Lelong

download Lelong

of 1

description

Lelong teknik

Transcript of Lelong

LELONG_BAGAIMANA NAK ELAKKAN DARIPADA TIDAK MENDAPAT LOAN SELEPAS MENANG LELONG?==================================Lakukan perkara-perkara di bawah SEBELUM masuk lelong.1. Semak kelayakan loan diri sendiri terlebih dahulu. Kira Debt Service Ratio (DSR) dan semak CCRIS. Kalau ragu-ragu, sila berjumpa dengab banker untuk kirakan.2. Semak geran. Jika master title melebihi 10 tahun, kebanyakan (bukan semua) bank sukar untuk beri loan.3. Semak geran juga. Jika individual title, elakkan yang ada kaveat persendirian.4. Semak geran lagi. Jika leasehold dengan baki tenure tinggal sedikit, elakkan. Biasanya bank beri syarat ada sekurang-kurangnya 30 tahun baki tenure selepas tamat tempoh loan. Kecuali ia terletak di kawasan hot contohnya Petaling Jaya.5. Tanya valuer berapa harga pasaran (market value) dan bila kali terakhir traksaksi dilakukan. Jika harga pasaran hanya RM 200K tetapi anda bida sehingga RM500K, malang sungguh!6. Tanya banker-banker bank-bank berbeza di cawangan berhampiran adakah mereka pernah mengendalikan loan di kawasan tersebut dan jika ya, adakah loan-loan tersebut diluluskan atau ditolak.7. Tanya penduduk / penghuni di situ adakah penghuni yang baru membeli di situ. Jumpa dan minta nasihat individu yang baru beli itu.8. Tanya agen hartanah (abang long kawasan) yang mahir di kawasan sana.9. Tengok kawasan dan unit tersebut. Jika unit terbengkalai (abandoned unit), besar kemungkinan akan sukar untuk dapat loan.10. TanyaHafiz Ejen Lelong Fullyang banyak kendalikan unit lelong. Biasanya kebanyakan unit di KL / Selangor dia tahu kerana klien-klien dia akan cerita A-Z kepada dia. Tapi .... dia ni artis. Kena call berpuluh-puluh kali baru dia sempat angkat. Hahaha!11. Tanya banker berapa nilai loan paling minimum yang boleh dipohon. Ada yang 40K, ada yang 100K, ada yang 50K. Jadi jika beli yang berharga bawah daripada nilai tersebut, sila beli secara tunai (cash).12. (Tambahan daripada puanShariza Abd Latif) Untuk unit master title, semak status pemaju (developer). Kalau developer sudah bangkrap dan di bawah liquidator insolvensi, agak sukar untuk dapat loan dan prosesnya sangat makan masa.Banyak lagi cara rasanya. Sesiapa yang sudi kongsi, boleh letak di ruangan komen.Nak selamat, kenalah rajin. Rumah lelong bukan macam subsale.Kalau subsale pun, pastikan kena ada klausa "deposit dipulangkan sepenuhnya jika loan ditolak" dalam perjanjian semasa bayar booking dan deposit.cc :Nor Hanisah Bt OsmanOzilasyraf AmirulFaDhLi