Lembaran Kerja 1

download Lembaran Kerja 1

of 2

description

jj

Transcript of Lembaran Kerja 1

Lampiran 1

Hari Keusahawanan PIBG

Kim Ho, Kalang dan Nisya sampai awal di sekolah.Mereka hendak membantu Encik Teck Sing dan Encik Bintung menjual minuman sempena Program Keusahawanan PIBG di sekolah mereka. Mereka ingin mendapatkan keuntungan untuk menambah sumber kewangan PIBG sekolah.Kim Ho,Kalang dan Nisya membantu Encik Teck Sing menyediakan gerai. Kemudian , Encik Teck Sing meletakkan alas plastik di atas meja. Kim Ho,Kalang dan Nisya bersama-sama memasang kain rentang di bahagian belakang gerai. Kain rentang itu tertera nama Gerai Minuman Jumadu.Selepas itu, mereka mula membancuh minuman yang hendak dijual. Encik Teck Sing mengupas buah jambu sebelum mengisar buah itu untuk dijadikan jus. Encik Bintung pula mencampurkan jus tersebut dengan air masak dan madu.Semua persiapan sudah beres. Mereka menunggu kunjungan pembeli. Jualan mereka laris dan mendapat keuntungan yang banyak.

LAMPIRAN 2- Lembaran KerjaArahan: Menyusun gambar tentang proses membuka gerai minuman jumadu dengan Betul dan mengisi tempat kosong di bawah berdasarkan petikan di atas.1

Proses Membuka Gerai Minuman Jumadu1. Menyediakan gerai