LEMBARAN PENERANGAN PRODUK CIMB Bank Berhad · PDF file• Bank akan menjual kenderaan...

3
LEMBARAN PENERANGAN PRODUK CIMB Bank Berhad (Sila baca Lembaran Penerangan Produk sebelum membuat keputusan untuk mengambil Pinjaman Kenderaan. Sila dapatkan keterangan lanjut daripada CIMB Bank Berhad sekiranya anda tidak jelas tentang mana-mana bahagian maklumat atau terma-terma am di dalam lembaran ini) Pinjaman Kenderaan Tarikh : _________________ 1 1. Produk ini berkaitan apa? Pinjaman kenderaan ini adalah untuk pembiayaan pembelian kenderaan yang dikira atas kadar faedah tetap ataupun kadar faedah boleh ubah. Hakmilik kenderaan kekal di pihak Bank sehinggalah penyelesaian pinjaman sepenuhnya. Operasi pinjaman kenderaan ini adalah di bawah kawalan Akta Sewa Beli 1967. 2. a. Apakah faedah yang boleh saya nikmati dari produk ini? Harga Belian : RM Jumlah Pinjaman : RM Caj Terma : RM Kadar Pinjaman : % Tempoh Pinjaman : bulan Kadar Faedah Tetap : % Kadar Faedah Boleh Ubah : + KPA (%) Kadar Pinjaman Tahunan : % Kadar Pinjaman Asas (KPA) Semasa : % pada b. Untuk Kadar Boleh Ubah :- Faedah akan dikira berdasarkan baki berjadual dan akan ditambah ke akaun pada setiap bulan. Setiap lebihan pembayaran ansuran bulanan akan dikira sebagai bayaran pendahuluan. Ini bagaimanapun tidak akan mengurangkan jumlah faedah kena bayar dan tidak boleh dikeluarkan. 3. Apakah tanggungjawab saya? Ansuran Bulanan : RM Jumlah bayaran balik termasuk pinjaman pokok : RM Nota: Jumlah bayaran balik untuk pinjaman kadar boleh ubah akan berbeza bergantung pada Kadar Pinjaman Asas (KPA) semasa yang dikenakan.. 4. Apakah yuran atau caj yang perlu saya bayar? Duti setem sebanyak RM10 untuk Surat Perjanjian Sewa Beli dan RM10 untuk setiap jaminan, jika ada. Semua caj pos untuk penghantaran dokumen dan notis, jika ada. 5. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal memenuhi ketetapan ini? Caj lewat bayar pada kadar 8% setahun bagi kemudahan caj terma kadar faedah tetap atau 2% melebihi kadar caj terma semasa yang terpakai setahun bagi kemudahan kadar caj terma faedah boleh ubah, akan dikenakan ke atas jumlah yang tertunggak. Bank akan menguatkuasakan hak untuk memperoleh semula kenderaan yang dibiayai selepas dua tunggakan berterusan. Semua perbelanjaan berkaitan urusan perolehan semula kenderaan akan dicaj ke akaun pinjaman peminjam. Bank akan menjual kenderaan selepas tamat tempoh Notis Jadual Ke 5 (Notis kepada Penyewa - Seksyen 15 Akta Sewa Beli 1967) untuk mendapatkan balik jumlah pinjaman yang masih ada jika penebusan tidak dibuat oleh peminjam dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. Segala kerugian selepas jualan akan dituntut daripada peminjam. Tindakan undang-undang juga boleh diambil terhadap anda untuk mendapatkan baki tertunggak yang perlu dibayar ke atas kemudahan ini yang mana akan menjejaskan kedudukan kredit anda. Hak untuk mengambil alih : Pihak bank berhak untuk mengambil sebarang baki kredit dari mana-mana akaun anda yang diselenggarakan oleh bank ini bagi membayar tunggakan pinjaman tersebut setelah memberi notis 7 hari kalender terlebih dahulu. V2.0 (12/16) PDS_Conv_Act_BM

Transcript of LEMBARAN PENERANGAN PRODUK CIMB Bank Berhad · PDF file• Bank akan menjual kenderaan...

Page 1: LEMBARAN PENERANGAN PRODUK CIMB Bank Berhad · PDF file• Bank akan menjual kenderaan selepas tamat tempoh Notis Jadual Ke 5 (Notis kepada Penyewa - Seksyen 15 Akta Sewa Beli 1967)

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK CIMB Bank Berhad

(Sila baca Lembaran Penerangan Produk sebelum membuat keputusan untuk mengambil Pinjaman

Kenderaan. Sila dapatkan keterangan lanjut daripada CIMB Bank Berhad sekiranya anda tidak

jelas tentang mana-mana bahagian maklumat atau terma-terma am di dalam lembaran ini)

Pinjaman Kenderaan

Tarikh : _________________

1

1. Produk ini berkaitan apa?

Pinjaman kenderaan ini adalah untuk pembiayaan pembelian kenderaan yang dikira atas kadar faedah tetap ataupun kadar faedah boleh

ubah. Hakmilik kenderaan kekal di pihak Bank sehinggalah penyelesaian pinjaman sepenuhnya. Operasi pinjaman kenderaan ini adalah di

bawah kawalan Akta Sewa Beli 1967.

2. a. Apakah faedah yang boleh saya nikmati dari produk ini?

• Harga Belian : RM

• Jumlah Pinjaman : RM

• Caj Terma : RM

• Kadar Pinjaman : %

• Tempoh Pinjaman : bulan

• Kadar Faedah Tetap : %

• Kadar Faedah Boleh Ubah : + KPA (%)

• Kadar Pinjaman Tahunan : %

• Kadar Pinjaman Asas (KPA) Semasa : % pada

b. Untuk Kadar Boleh Ubah :-

• Faedah akan dikira berdasarkan baki berjadual dan akan ditambah ke akaun pada setiap bulan.

• Setiap lebihan pembayaran ansuran bulanan akan dikira sebagai bayaran pendahuluan. Ini bagaimanapun tidak akan mengurangkan

jumlah faedah kena bayar dan tidak boleh dikeluarkan.

3. Apakah tanggungjawab saya?

• Ansuran Bulanan : RM

• Jumlah bayaran balik termasuk pinjaman pokok : RM

Nota:

Jumlah bayaran balik untuk pinjaman kadar boleh ubah akan berbeza bergantung pada Kadar Pinjaman Asas (KPA) semasa yang dikenakan..

4. Apakah yuran atau caj yang perlu saya bayar?

• Duti setem sebanyak RM10 untuk Surat Perjanjian Sewa Beli dan RM10 untuk setiap jaminan, jika ada.

• Semua caj pos untuk penghantaran dokumen dan notis, jika ada.

5. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal memenuhi ketetapan ini?

• Caj lewat bayar pada kadar 8% setahun bagi kemudahan caj terma kadar faedah tetap atau 2% melebihi kadar caj terma semasa yang

terpakai setahun bagi kemudahan kadar caj terma faedah boleh ubah, akan dikenakan ke atas jumlah yang tertunggak.

• Bank akan menguatkuasakan hak untuk memperoleh semula kenderaan yang dibiayai selepas dua tunggakan berterusan.

• Semua perbelanjaan berkaitan urusan perolehan semula kenderaan akan dicaj ke akaun pinjaman peminjam.

• Bank akan menjual kenderaan selepas tamat tempoh Notis Jadual Ke 5 (Notis kepada Penyewa - Seksyen 15 Akta Sewa Beli 1967) untuk

mendapatkan balik jumlah pinjaman yang masih ada jika penebusan tidak dibuat oleh peminjam dalam tempoh waktu yang telah

ditetapkan.

• Segala kerugian selepas jualan akan dituntut daripada peminjam.

• Tindakan undang-undang juga boleh diambil terhadap anda untuk mendapatkan baki tertunggak yang perlu dibayar ke atas kemudahan ini

yang mana akan menjejaskan kedudukan kredit anda.

• Hak untuk mengambil alih : Pihak bank berhak untuk mengambil sebarang baki kredit dari mana-mana akaun anda yang diselenggarakan

oleh bank ini bagi membayar tunggakan pinjaman tersebut setelah memberi notis 7 hari kalender terlebih dahulu.

V2.0 (12/16)

PDS_Conv_Act_BM

Page 2: LEMBARAN PENERANGAN PRODUK CIMB Bank Berhad · PDF file• Bank akan menjual kenderaan selepas tamat tempoh Notis Jadual Ke 5 (Notis kepada Penyewa - Seksyen 15 Akta Sewa Beli 1967)

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK CIMB Bank Berhad

(Sila baca Lembaran Penerangan Produk sebelum membuat keputusan untuk mengambil Pinjaman

Kenderaan. Sila dapatkan keterangan lanjut daripada CIMB Bank Berhad sekiranya anda tidak

jelas tentang mana-mana bahagian maklumat atau terma-terma am di dalam lembaran ini)

Pinjaman Kenderaan

Tarikh : _________________

2

6. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya membayar sebahagian dari ansuran bulanan?

• Penerimaan sebahagian dari ansuran bulanan pada bila-bila masa tidak akan menyebabkan variasi atau pindaan terhadap kewajipan anda

untuk membuat bayaran ansuran bulanan sepenuhnya seperti yang termaktub.

• Pihak Bank berhak untuk menuntut pembayaran ansuran sepenuhnya pada bila-bila masa berikutnya.

7. Apa akan berlaku sekiranya saya melunaskan sepenuhnya pinjaman sebelum tempoh matang?

• Untuk Pinjaman Dengan Feadah Kadar Tetap :

Anda berhak untuk mendapat rebat ke atas caj bertempoh untuk tempoh pinjaman yang tidak digunakan. Pengiraan adalah berdasarkan

formula yang tercatat di dalam Akta Sewa Beli 1967.

Rebat = n (n+1) X TC Iaitu : n = Baki tempoh pinjaman

N (N+1)

TC = Caj terma

N = Tempoh pinjaman asal

• Untuk Pinjaman Dengan Kadar Faedah Boleh Ubah :

Penyelesaian pinjaman akan dikira daripada baki pinjaman bersama dengan caj terma terakru dan dikira sehingga ke tempoh bayaran

pinjaman yang seterusnya.

8. Adakah saya memerlukan insurans atau takaful?

Anda dikehendaki menginsuranskan sepenuhnya kenderaan yang dibiayai untuk sepanjang tempoh pinjaman.

9. Apakah risiko-risiko utama?

Untuk pinjaman dengan kadar faedah boleh ubah, kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman mungkin berubah sejajar dengan perubahan

kadar pinjaman asas (KPA). Peningkatan KPA mungkin akan menyebabkan peningkatan bilangan ansuran bulanan atau jumlah ansuran

bulanan yang anda perlu bayar. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk memenuhi tanggungjawab ke atas pinjaman ini, sila hubungi kami

untuk berbincang mengenai kaedah pembayaran alternatif.

10. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?

Penjamin mungkin diperlukan di dalam keadaan tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh tatatertib urusan perniagaan Bank. Cagaran tidak

diperlukan.

11. Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya terdapat perubahan pada nombor telefon atau alamat surat menyurat?

Adalah penting bagi anda untuk menghubungi pihak Bank dan mengemaskini data yang telah berubah seperti alamat surat menyurat atau

nombor telefon supaya anda dapat dihubungi dengan kadar segera.

12. Di mana saya boleh mendapatkan bantuan dan pembelaan?

• Sekiranya anda menghadapi masalah di dalam membuat bayaran bulanan, anda diminta untuk menghubungi pihak Bank secepat mungkin

untuk berbincang mengenai alternatif pembayaran. Anda boleh menghubungi kami seperti berikut :

CIMB Bank Berhad

Perkhidmatan Perbankan Automotif

Tel : +603 2780 3500

Faks : +603 9235 6380

• Anda juga boleh memohon khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), iaitu sebuah agensi yang telah

ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan

dan penstrukturan semula pinjaman secara percuma kepada individu. Untuk membuat pertanyaan, anda boleh menghubungi AKPK seperti

berikut :

Tingkat 8, Maju Junction Mall

1001, Jalan Sultan Ismail

50250 Kuala Lumpur

Tel : +603 2616 7766

E-mel

: [email protected]

Page 3: LEMBARAN PENERANGAN PRODUK CIMB Bank Berhad · PDF file• Bank akan menjual kenderaan selepas tamat tempoh Notis Jadual Ke 5 (Notis kepada Penyewa - Seksyen 15 Akta Sewa Beli 1967)

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK CIMB Bank Berhad

(Sila baca Lembaran Penerangan Produk sebelum membuat keputusan untuk mengambil Pinjaman

Kenderaan. Sila dapatkan keterangan lanjut daripada CIMB Bank Berhad sekiranya anda tidak

jelas tentang mana-mana bahagian maklumat atau terma-terma am di dalam lembaran ini)

Pinjaman Kenderaan

Tarikh : _________________

3

• Sekiranya anda ingin membuat aduan berkenaan produk atau perkhidmatan yang kami sediakan, anda boleh menghubungi kami seperti

berikut :

Customer Resolution Unit

CIMB Bank Berhad

Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce

No. 11, Jalan Raja Laut

50350 Kuala Lumpur

Tel : +603 6204 7788

Faks : +603 2691 3248

E-mel

: [email protected]

• Jika anda tidak berpuas hati dengan maklumat yang telah kami berikan berdasarkan pertanyaan dan aduan yang telah dikemukakan, anda

boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di :

Block D, Bank Negara Malaysia

Jalan Dato' Onn

50480 Kuala Lumpur

Tel : 1 300 88 5465

Faks : +603 2174 1515

E-mel

: [email protected]

13. Di mana saya boleh mendapat maklumat lanjut?

Untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman kenderaan, sila lawati cawangan-cawangan Pusat Perkhidmatan Perbankan Automotif kami di

seluruh negara atau laman web bank di www.cimb.com. Anda juga boleh menghubungi kami di :

Tel : Pusat Panggilan +603 6204 7788

Faks

: Ibu Pejabat Perkhidmatan Perbankan Automotif

+603 2619 3571

14. Jenis pinjaman kenderaan lain

Tiada.

15. Cukai Barangan dan Perkhidmatan

Tanpa prejudis terhadap sebarang peruntukan di dalam ini, [Anda/Pelanggan/Klien/Peminjam/Pelabur] akan bertanggungjawab ke atas

sebarang cukai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan yang berkaitan atau timbul daripada Perjanjian ini atau [akaun]/

Kemudahan/Produk atau mana-mana perkhidmatan yang berkenaan.

PERINGATAN : KENDERAAN ANDA MUNGKIN AKAN DITARIK DAN SETERUSNYA DIJUAL SEKIRANYA ANDA TIDAK

MENJELASKAN BAYARAN PINJAMAN MENGIKUT TEMPOH MASA YANG TELAH DITETAPKAN. M a k l u m a t d i d a l a m l e m b a r a n p e n e r a n g a n p r o d u k i n i a d a l a h s a h p a d a : 1 6 / 1 2 / 2 0 1 6