LESEN MEMBEKAL PERALATAN/MEMBERI · PDF fileKelulusan ini bukan satu perjanjian/jaminan ......

download LESEN MEMBEKAL PERALATAN/MEMBERI · PDF fileKelulusan ini bukan satu perjanjian/jaminan ... sebarang kaitan/hubungan dengan PETRONAS ... INSTRUMENTATION MAINT-ACTUATED BALL VALVE SELF

If you can't read please download the document

Transcript of LESEN MEMBEKAL PERALATAN/MEMBERI · PDF fileKelulusan ini bukan satu perjanjian/jaminan ......

  • Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen 7, Akta Kemajuan Petroliam, 1974 dan mengikut Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Petroliam,1974, yangdiwakilkan kepada saya oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, saya dengan ini mengeluarkan lesen dibawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Petroliam ini bagi tujuandi atas kepada:

    Tarikh Dicetak:02/21/2013DAYA BUMIMAJU SDN BHD (647925-W)LOT B13, KAWASAN MIEL JAKAR, FASA IV, 24000 KEMAMANTERENGGANU

    Butir-butir Lesen adalah seperti berikut:-

    Nombor Syarikat : 647925-W

    Jenis Syarikat : LESEN

    Tempoh Sah Lesen : 02/19/2013 - 02/18/2016

    Yuran Lesen : RM 750

    Bidang pembekalan/perkhidmatan : Seperti di Lampiran 'BIDANG-BIDANG LESEN / PENDAFTARAN'.

    Syarat-syarat Khas yang dikenakan ke atas Lesen ini:-

    Tertakluk kepada syarat khas seperti di lampiran berkaitan.

    Syarat-syarat Am Lesen ini adalah seperti yang tercatit di halaman seterusnya.

    LESEN MEMBEKAL PERALATAN/MEMBERI PERKHIDMATAN KEPADASYARIKAT-SYARIKAT CARIGALI DAN PENGELUAR MINYAK/GAS DI MALAYSIA

    Peringatan: Pemegang Lesen Hendaklah Memohon Pembaharuan Lesen Tiga (3) Bulan Sebelum Tarikh Tamat Lesen.

    Sijil ini dicetak oleh komputer dan tandatangan pihak Petronas tidak diperlukan. Muka Surat 1 / 5

  • SYARAT-SYARAT AM LESEN PETRONAS

    1. Syarikat ini dikehendaki berdaftar, mendapatkan lesen, permit atau kebernaran daripada pihakberkuasa yang berkenaan untuk mengendalikan perkhidmatan atau pembekalan peralatan ataubahan-bahan yang berkaitan dalam operasi atau aktiviti-aktiviti syarikat ini yang diperlukan;

    2. Lesen ini tidak boleh dipindahmilik kepada mana-mana syarikat/pihak lain;

    3. Lesen ini akan dibatalkan sekiranya syarikat ini didapati berada di dalam proses penyelesaianhutang-hutangnya (liquidation), penggulungan (winding-up) atau pembubaran (dissolution);

    4. Syarikat ini hendaklah memaklumkan kepada PETRONAS sebarang perubahan ke atas kedudukansyarikat seperti pemilikan ekuiti, lembaga pengarah dan kakitangan pengurusan dalam masaempat belas (14) hari dari perubahan tersebut berlaku. Kegagalan untuk berbuat demikianboleh mengakibatkan lesen ini dibatalkan;

    5. Syarikat ini hendaklah mengambil tindakan segera untuk memenuhi syarat-syarat khas yangdikenakan di dalam lampiran lesen dan memaklumkan kepada PETRONAS atas perkembangantindakan tersebut;

    6. Syarikat ini tidak dibenarkan mengambil syarikat lain sebagai prinsipal, agen, sub-kontraktor atausebaliknya untuk memberi apa-apa perkhidmatan atau membekal apa-apa kemudahan, kelengkapanatau peralatan bagi pihaknya tanpa kebenaran bertulis daripada PETRONAS terlebih dahulu;

    7. Syarikat hendaklah membenarkan wakil pihak PETRONAS membuat lawatan pemeriksaan/audit keatas premis/syarikat dan menyemak/menyalin dokumen-dokumen serta menemubual kakitangansyarikat dan pihak yang berkaitan;

    8. Lesen ini hendaklah ditunjukkan kepada pegawai-pegawai PETRONAS apabila dikehendaki untukdiperiksa;

    9. Lesen ini adalah sah untuk memberi perkhidmatan dan membekal peralatan bagi bidang-bidangyang tercatat di lampirannya sahaja;

    10. Syarikat ini boleh dikenakan tindakan sekiranya pada pendapat PETRONAS, syarikat melakukansatu atau lebih daripada perkara-perkara seperti berikut;

    a. Gagal melaksanakan kerja yang diberikan sehingga selesai.

    b. Gagal untuk melaksanakan tanggungjawab kontrak atau mana-mana tanggungjawab lain dibawah undang-undang terhadap rakan kongsi, prinsipal, agen, sub-kontraktor dan sebagainya.

    c. Menerima 'garnishee order'.

    d. Menghadapi tindakan muflis.

    e. Tidak dapat dikesan melalui alamat terakhir.

    f. Mengsub-kontrak kerja kepada kontraktor lain tanpa kebenaran bertulis daripada PETRONAS.

    g. Menolak mana-mana kontrak atau tender yang diberikan.

    h. Memasuki atau menerima kontrak atau tender semasa di dalam penggantungan lesen.

    i. Memberi maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan.

    j. Tidak mematuhi peraturan-peraturan dan etika-etika tender meliputi tetapi tidak terhad kepadamenghantar surat layang, memberi rasuah atau melobi;

    k. Melakukan kegiatan yang tidak sewajar dengan Lesen ini.

    11. Menurut peraturan 9, Peraturan-Peraturan Petroliam 1974, seseorang yang memulakan ataumeneruskan sesuatu urusan atau perkhidmatan yang tersebut dalam Peraturan 3 tanpa lesen atautidak mematuhi apa-apa syarat lesen tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan apabiladisabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 50,000.00 (Ringgit Lima Puluh Ribu)atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua (2) tahun atau kedua-duanya dan mengenaisesuatu kesalahan yang berterusan ia boleh dikenakan denda lanjutan RM 1,000.00 (Ringgit Seribu)tiap-tiap satu (1) hari atau sebahagian daripada satu (1) hari kesalahan itu berterusan selepas haripertama sabitan itu direkodkan;

    12. Kelulusan ini bukan satu perjanjian/jaminan bahawa syarikat tuan akan dipanggil untuk menyertaitender atau sebutharga oleh PETRONAS atau anak-anak syarikatnya;

    13. Syarikat ini sama ada secara dengan sendirinya, melalui pekerja-pekerjanya, pengarah-pengarahnya,agen-agennya atau kakitangan-kakitangannya:-

    a. Tidak dibenarkan menggunakan logo titisan minyak (oil drop) PETRONAS atau perkataan"PETRONAS" atau menggunakan sebarang tanda, logo atau perkataan atau memakai gayacetakan (typeface), gaya huruf (font), rupa atau warna yang menyerupai cap-cap daganganyang dimiliki atau yang digunakan oleh PETRONAS ataupun anak-anak syarikatnya ("cap-capdagangan PETRONAS") dalam sebarang bentuk sekalipun sama ada pada bahan cetakan, lamanweb ataupun papan tangan; dan

    b. Tidak dibenarkan melakukan apa-apa perbuatan atau dalam apa-apa cara sama ada secaralangsung atau tidak langsung mengaku bahawa ia adalah rakan kongsi atau mempunyaisebarang kaitan/hubungan dengan PETRONAS dan/atau anak-anak syarikatnya,MELAINKAN DAN KECUALI Syarikat ini dibenarkan menggunakan rujukan [Syarikat] inidilesenkan oleh PETRONAS [No. lesen], di bawah Peraturan 3 Peraturan-peraturan Petroliam1974.

    14. Lesen ini boleh dibatalkan, digantung atau disenaraihitamkan pada bila-bila masa jika mana-manasyarat di atas, syarat-syarat am pelesenan dan pendaftaran PETRONAS dan syarat-syarat lain yangterkandung didalam Panduan Am Permohonan Lesen dan Pendaftaran PETRONAS tidak dipatuhi.

    Muka Surat 2 / 5

  • NAMA SYARIKAT : DAYA BUMIMAJU SDN BHD (647925-W)

    NO LESEN : 647925-W

    TEMPOH SAH LESEN : 02/19/2013 - 02/18/2016

    S Y A R A T K H A S L E S E NANNUAL AUDITED REPORT Syarikat dikehendaki mengemukakan salinan Laporan Kewangan Tahunan yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2012 dan kedudukan "shareholders' funds" hendaklah

    positif sebelum 01 Oktober 2013. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan syarikat tidak lagi disenaraikan dalam "List of Licensed/Registered Companies (LLRC)"PETRONAS.

    ANNUAL AUDITED REPORT Syarikat dikehendaki mengemukakan salinan Laporan Kewangan Tahunan yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 dan kedudukan "shareholders' funds" hendaklahpositif sebelum 01 Oktober 2014. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan syarikat tidak lagi disenaraikan dalam "List of Licensed/Registered Companies (LLRC)"PETRONAS.

    ANNUAL AUDITED REPORT Syarikat dikehendaki mengemukakan salinan Laporan Kewangan Tahunan yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 dan kedudukan "shareholders' funds" hendaklahpositif sebelum 01 Oktober 2015. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan syarikat tidak lagi disenaraikan dalam "List of Licensed/Registered Companies (LLRC)"PETRONAS.

    B I D A N G - B I D A N G L E S E N / P E N D A F T A R A NBIDANG-BIDANG LESEN YANG DILULUSKAN

    (Approved License Categories)L/R Kod Perkhidmatan / Bekalan

    (Service / Supplier Code)Bentuk Operasi(Mode of Operation)

    Nama Produk / Rig / Kapal(Bila Mana Berkaitan)

    L SI2010100INSTRUMENTATION MAINT-ACTUATED BALL VALVE

    SELF-OPERATED Not Applicable (N/A)

    L SI2010200INSTRUMENTATION MAINT-ACTUATED GLOBE VALVE

    SELF-OPERATED Not Applicable (N/A)

    L SI2010300INSTRUMENTATION MAINT-ACTUATED BUTTERFLY VALVE

    SELF-OPERATED Not Applicable (N/A)

    L SI2010400INSTRUMENTATION MAINT-MOTOR OPERATED VALVE

    SELF-OPERATED Not Applicable (N/A)

    L SI2010500INSTRUMENTATION MAINT-REGULATOR

    SELF-OPERATED Not Applicable (N/A)

    L SI2010600INSTRUMENTATION MAINT-SOLENOID OPERATED VALVE (SOV)

    SELF-OPERATED Not Applicable (N/A)

    L SM3030102MARINE TRANSPORTATION SERV-TURBOCHARGER

    SELF-OPERATED Not Applicable (N/A)

    L SM3030103MARINE TRANSPORTATION SERV-MAIN ENG-GOVERNOR

    SELF-OPERATED Not Applicable (N/A)

    L SM3030104MARINE TRANSPORTATION SERV-MAIN ENG-AUTOMATION

    SELF-OPERATED Not Applicable (N/A)

    L SM3031900MARINE TRANSPORTATION SERV-RECONDITIONING

    SELF-OPERATED Not Applicable (N/A)

    L SM5010101MECHANICAL ENG MAINT-FLOATING ROOF STORAGE TANK

    SELF-OPERATED Not Applicable (N/A)