Lian

download Lian

of 8

description

fekah

Transcript of Lian

  • 1.0 PENDAHULUAN

    Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut

    istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki

    dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan

    yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud

    pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan

    manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

    Firman Allah S.W.T dalam surah an Nisaa ayat 3 :

    Maksudnya: Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak

    yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika

    kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu

    miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-

    wenangnya.1

    Rumahtangga adalah tahap pertama pembentukan masyarakat. Sebagaimana

    masyarakat yang besar memerlukan penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat

    rumahtangga memerlukan penyusunan. Pembentukan rumahtangga secara bersekedudukan

    bebas tanpa perkahwinan dan perlindungan undang-undang melambangkan suatu

    pembentukan rumahtangga yang tidak tersusun. Ia akan berkembang menjadi belukar dan

    hutan belantara yang hidup di dalamnya binatang-binatang buas. Hak-hak suami isteri tidak

    dapat dibela dan diberi keadilan di dalam kehidupan seumpama ini.

    Sebaliknya, rumahtangga yang dibentuk menerusi perkahwinan yang tertakluk kepada

    peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan sempurna, akan menjadi seperti pohon-pohon

    1 Al Quran Al karim surah an Nisaa ayat 3

  • yang ditanam secara tersusun. Jika pohon-pohon ini terus dipelihara, ia kekal menjadi taman

    indah yang menyegarkan kehidupan. Demikianlah halnya sebuah rumahtangga yang diikat

    dengan perkahwinan akan menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan kebisingan

    anak-anak meniadi seperti siulan burung-burung di taman yang indah.

    Namun begitu jika perkahwinan tersebut mula dicemari dengan pelbagai masalah yang

    melanda akan menyebabkan pelbagai implikasi dalam perhubungan suami isteri dan juga

    terhadap anak-anak khususnya hingga tercetusnya berlaku perceraian.Seperti yang diketahui

    umum, terdapat beberapa jenis perceraian dalam syariat Islam. Antara jenis-jenis perceraian

    seperti talaq, fasakh, khulu, ila dan lian. kesemua cara perceriaian ini mempunyai faktor

    faktor yang tersendiri yang menyebabkan perceraian berlaku.

    2.0 LIAN

    2.1 DEFINISI LIAN

    Lian dari segi bahasa bermaksud berjauhan , menolak, mencerca diri sendiri,

    menjauhkan diri daripada kebaikan atau menghalau. Menurut syarak lian ialah beberapa

    perkataan yang tertentu yang dijadikan hujah bagi suami untuk menuduh isterinya berzina atau

    menafikan anak yang dikandung oleh isterinya.2

    Dari segi istilah lian pula bermaksud apabila suami menuduh isterinya berzina atau tidak

    mengakui anak yang dilahirkan isterinya sebagai anaknya, sedangkan ianya tidak memiliki

    saksi atas tuduhannya dan isteri tidak mengakui perbuatannya, maka masing-masing suami

    isteri harus bersumpah3. Apabila seorang suami menuduh isterinya berzina sedang si isteri

    tidak mengakui dan suami tetap dengan tuduhannya, maka pada saat inilah lian harus

    dilaksanakan. Terdapat dua keadaan dimana lian wajib dilaksanakan.

    Apabila suami menuduh isterinya berzina misalnya beliau mengatakan : Engkau telah

    berzina atau aku melihatmu berzina, sedang ia tidak mempunyai 4 orang saksi yang

    menyaksikan kejadian yang dituduhkan kepada isterinya itu, demikian juga apabila suami

    berkata: Hai perempuan penzina! Maka dalam hal ini dinyatakan beberapa pandangan ulama

    2 Al Sharbiny, Sheikh Muhammad Al Khatib, 1958.Mughniy al Muhtaj. Mesir: Maktabah wa Matbaah

    Mustafa al babiy al Halabiy, Juz 3, Hlm.367 3 Ibn Manzur, Jamaluddin Muhammad bin Mukram.1990. Lisan al Arab . Beirut: Dar al sadir Jld13, hlm

    387

  • dan jumhur harus dilakukan lian di mana ianya berbeza dengan pandangan Imam Malik yang

    mengatakan apabila suami tidak mengakui anak yang dilahirkan isterinya sebagai anaknya.

    Allah S.W.t telah menyebut hukum dan cara-cara lian melalui firmanNya;

    Maksudnya: Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada

    saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah

    pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah,

    empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; Dan sumpah yang kelima

    (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang

    yang dusta.4

    2.2 ASBABUN NUZUL AAYAH

    Peristiwa ini pernah berlaku di zaman Nabi sallahu 'alaihi wasallam, dan ini

    merupakan sebab berlakunya turun ayat surah an-Nur ini. Diriwayatkan oleh

    Ibn 'Abbas radhiyallahu 'anh5:

    : : !

    : :

    . { } : {

    }

    : :

    . :

    4 Al Quran Al Karim

    5 Ibn 'Abbas merupakan sepupu Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam, ketika Rasulullah sallahu

    'alaihi wasallam wafat beliau berumur dalam belasan tahun.

  • : .

    :

    .

    Ertinya: "Dari Ibn 'Abbas radhiyallahu 'anh bahawa Hilal bin Umaiyah menuduh

    isterinya berzina dengan Sharik bin Sahma. Maka Nabi sallahu 'alaihi

    wasallam bersabda kepada Hilal, diminta untuk membawa saksi atau akan

    dikenakan hukuman sebat. Hilal berkata: "Ya Rasulullah, jika seorang suami

    yang melihat isterinya berzina dengan lelaki lain dengan matanya sendiri,

    apakah perlu membawa saksi yang lain?". Nabi bersabda lagi: diminta untuk

    membawa saksi atau akan dikenakan hukuman sebat. Hilal berkata: "Demi zat

    yang mmengutuskanmu dengan hak, sesungguhnya aku benar dan

    sesungguhnya Allah akan menurunkan ayat yang membebaskan aku daripada

    dikenakan hukuman sebat". Kemudian Jibril menurunkan ayat [surah an-nur,

    ayat 6-9]. Nabi sallahu 'alaihi wasallam beredar, kemudian baginda

    mengutuskan seseorang untuk memanggil Hilal dan isterinya. Hilal pun datang,

    lalu bersaksi. Nabi sallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah

    mengetahui bahawa salah seorang di antara kamu berdusta. Apakah di antara

    kamu ada yang mahu bertaubat?". Kemudian isteri Hilal bangkit, lalu dia pun

    bersaksi. setelah pada kesaksian kelima, orang-orang yang hadir menyuruhnya

    berhenti. Mereka berkata: "Sesungghunya kesaksian itu pasti terbukti". Ibnu

    'Abbas berkata: "Kemudian wanita (isteri Hilal) itu diam dan menarik diri dari

    sikapnya sehingga kami mengira bahawa dia akan pulang". Kemudian wanita

    itu berkata: "Aku tidak akan pernah mempermalukan kaumku". Wanita itu pun

    berlalu. Nabi sallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Perhatikanlah wanita itu. Jika

    dia melahirkan bayi yang kedua matanya celak, kedua pinggulnya besar, dan

    kedua betisnya bengkok, bererti anak itu adalah anak Sharik bin Sahma".

    Ternyata dia melahirkan anak yang demikian.6

    Sumpah lian yang dilafazkan oleh Hilal dan isterinya itu dilakukan setelah

    solat asar, dan beberapa sahabat telah berkumpul di masjid untuk menyaksikan

    peristiwa ini. Setelah Hilal bersumpah empat kali, Nabi sallahu 'alaihi

    wasallam berkata: "Sesungguhnya Allah mengetahui di antara kamu ada yang

    berdusta". Lalu Hilal terus melakukan sumpahan yang kelima. Begitu juga dengan

    6 Riwayat abu daud

  • giliran isterinya, apabila selesai empat kali sumpahan, Nabi sallahu 'alaihi wasallam

    mengulangi perkataannya bahawa "Sesungguhnya Allah mengetahui di antara kamu

    ada yang berdusta .7 setelah mereka selesai melakukan sumpahan tersebut, lalu

    Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam memisahkan mereka selama-lamanya

    Pendapat Abu al-Su'ud tentang ayat ini: untuk melihat sebagai jawapan tersirat

    daripada ayat ini ialah; " jika Allah subhanau wa ta'ala tidak bersikap kasihan terhadap

    kamu, nescaya suami yang membuat tuduhan bahawa isterinya telah melakukan

    penzinaan, nescaya kamu akan ditimpa hukuman yang di luar jangkaan kamu, iaitu

    nescaya suami yang membuat tuduhan itu dijatuhkan hukuman qazaf walaupun pada

    zahirnya mungkin dia benar, tetapi dia terlibat dalam kes membuat tuduhan tanpa

    saksi. Dan jikalau tuduhan suami itu menyebabkan si isteri terpaksa dijatuhi hukuman

    rejam, maka isterinya akan hilang kemuliaan tarafnya dan menjadi teraniaya. Dan

    kalaulah sumpah balas isteri itu dijadikan sebab bahawa suaminya dijatuhkan

    hukuman sebat, maka suami itu pula yang akan hilang taraf kemuliaannya, maka

    alangkah bijaksana hukuman yang ditetapkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala ini, dan

    betapa tinggi hikmahnya".8

    2.2.1 KETERANGAN MUFRADAT

    1.

    maksudnya menuduh isteri melakukan perbuatan keji dan melontarkan tuduhan zina

    kepadanya.9

    7 Ayat 6 dan 7 merupakan sumpahan li'an suami, manakala ayat 8 dan 9 merupakan sumpahan

    isteri.

    8 Tafsir Mubin, 4: 231

    9 Tafsir ayat Ahkam: huraian hukum hakam dalam al Quran . Hlm 317

  • 2.

    Maksudnya persaksian yang diberikan untuk menyelamatkan dirinya dari hukum

    Qazaf iaitu, bersumapah sebanyak empat kali dengan nama Allah yang dia (suami)

    benar dalam tuduhannya bahwa isterinya berzina.10

    dari segi bahasa ilah keterangan yang pasti kata digunakan dalam syariat

    untuk makna kesaksian yang diberi oleh seseorang terhadap orang lain.

    3.

    Maksudnya orang-orang yang benar, di dalam ayat 6-9 bermaksud si suami yang

    bersumpah dengan nama Allah bahawa dia adalah benar dalam tuduhan terhadap

    isterinya.

    4.

    Bermaksud orang-orang yang berdusta, ia membawa maksud si isteri. bersumpah 4

    kali dengan nama Allah bahawa suaminya itu berdusta dalam tuduhannya. Ini juga

    sebagai sumpah untuk menghindarkan si isteri dari hukuman rejam( zina).

    5.

    Maksudnya : kemarahan dan kemurkaan Allah. Asal dari makna terusir dari

    rahmat Allah sebagaimana kemarahan Allah terhadap Iblis.11

    2.3 PENDAPAT JUMHUR ULAMAK MENGENAI MELAKSANAKAN LIAN

    Li`an berlaku apabila seorang suami menuduh isterinya berbuat zina sedangkan si isteri

    tidak mengakuinya dan si suami tidak menarik kembali tuduhannya, maka berlakulah hukum

    li`an bagi keduanya dan dapat terjadi dalam dua keadaan :

    HUKUM PERTAMA

    10

    Tafsir ayat Ahkam: huraian hukum hakam dalam al Quran . Hlm 317 11 Tafsir ayat Ahkam: huraian hukum hakam dalam al Quran . Hlm 317

  • Keadaan pertama ;

    Kalau seorang suami menuduh isterinya berzina, umpamanya dengan mengatakan kepadanya

    Kau telah berzina atau Aku melihatmu berzina, sedangkan ia tidak mempunyai saksi

    yang dapat memberikan kesaksian akan kebenaran tuduhannya.

    Tetapi kalau ia mengatakan kepada isterinya Kau pelacur, maka menurut pendapat jumhur

    ulamak fiqh sudah harus berlaku hukum li`an, sedangkan Imam Malik tidak berpendapat

    demikian.

    Keadaan kedua :

    Kalau seorang suami menolak mengakui kehamilan isterinya datang dari maninya, dan ia

    mengatakan Kehamilan ini bukan dariku, atau ia tidak mengakui seorang anak sebagai

    anaknya.

    HUKUM KEDUA

    Para Ulamak Fiqh ikhtilaf dalam dua mazhab mengenai masalah pernyataan kesaksian atau

    sumpah.

    Mazhab pertama :

    Li`an diformulakan dalam bentuk kesaksian. Pendapat ini adalah dari Mazhab Imam Hanafi.

    Mazhab kedua :

    Li`an diucapkan dalam bentuk sumpah kerana bila berlaku padanya hukum sumpah. Pendapat

    ini adalah mazhab Jumhur (Imam Malik, Imam Syafi`e dan Imam Ahmad).

    HUKUM KETIGA

    Li`an dapat dilakukan oleh orang kafir atau hamba sahaya atau seorang yang dijatuhi hukuman

    qazaf..

    Seiring dengan ikhtilaf yang terjadi di antara ulamak fiqh mengenai sifat li`an dan timul pula

    siapakah yang diperbolehkan melakukan li`an.

  • Ulamak Mazhab Hanafi mensyaratkan bahawasanya suami yang dapat melakukan li`an

    adalah suami yang memiliki keabsahan untuk memberikan kesaksian terhadap seorang muslim.

    Maka li`an tidak sah dilakukan antara dua orang suami isteri dari golongan hamba sahaya atau

    antara suami isteri yang kafir atau yang berlainan agama atau kedua-duanya dijatuhi hukuman

    qazaf.

    Para Ulamak Hanafi berhujah dengan sebuah Hadis Nabi :

    : , ,

    .

    Maksudnya : Empat golongan tidak sah di antara mereka li`an, antara seorang lelaki

    merdeka dan seorang perempuan hamba sahaya tidak ada li`an, antara seorang wanita

    merdeka dan seorang lelaki hamba sahaya tidak ada li`an, antara seorang lelaki muslim

    dan seorang perempuan yahudi tidak ada li`an dan antara seorang lelaki muslim dan

    seorang perempuan nasrani tidak ada li`an.

    Kesimpulannya, sesiapa saja yang sumpahnya diterima dengan sah, maka diterima juga

    li`annya.