Lina Joy

6
1. Azlina Jailani @ Lina Joy Nama asal Lina Joy ialah Azlina Jailani. Pada tahun 1997 beliau pernah memohon pertukaran nama kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk pertukaran nama kepada Lina Joy telah diluluskan pada tahun 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran. Lina Joy mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir dimana Lina Joy telah beragama Kristian sejak tahun 1990. Lina Joy juga mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998 dan pada tahun 2000 Lina Joy menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang lelaki India Kristian. Selepas Lina Joy berkahwin dengan seorang lelaki Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, namun tidak dibenarkan kerana didalam Kad Pengenalan beliau masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy. Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000. Walaubagaimanapun permohonan tidak dibenarkan oleh JPN kerana tidak ada kebenaran daripada Mahkamah Syariah yang memperakui beliau keluar Islam. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang- undang Islam yang tidak membenarkan (mengharamkan) seseorang Muslim keluar daripada agama Islam (murtad) dan Sijil Tukar Agama (murtad) seperti dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan. Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi pada tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19 September 2005. Akhirnya Mahkamah Syariah membenarkan beliau keluar dari Islam

description

Lina Joy

Transcript of Lina Joy

1. Azlina Jailani @ Lina JoyNama asal Lina Joy ialah Azlina Jailani. Pada tahun 1997 beliau pernah memohon pertukaran nama kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk pertukaran nama kepada Lina Joy telah diluluskan pada tahun 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran. Lina Joy mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir dimana Lina Joy telah beragama Kristian sejak tahun 1990. Lina Joy juga mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998 dan pada tahun 2000 Lina Joy menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang lelaki India Kristian.

Selepas Lina Joy berkahwin dengan seorang lelaki Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, namun tidak dibenarkan kerana didalam Kad Pengenalan beliau masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy. Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000. Walaubagaimanapun permohonan tidak dibenarkan oleh JPN kerana tidak ada kebenaran daripada Mahkamah Syariah yang memperakui beliau keluar Islam. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan (mengharamkan) seseorang Muslim keluar daripada agama Islam (murtad) dan Sijil Tukar Agama (murtad) seperti dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan. Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi pada tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19 September 2005. Akhirnya Mahkamah Syariah membenarkan beliau keluar dari Islam dan perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan juga boleh dibuang.Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela yang bernama Dato Cr Cyrus Das juga bekas Presiden Majlis Peguam berjaya mendapatkan kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan. Kes didengar oleh 3 Hakim iaitu Tun Fairuz, Dato Alauddin dan Dato Richard pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan hinggalah Majlis Peguam yang diketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk berhujah dan bersuara dan dibenarkan oleh mahkamah yang terlibat. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah tetapi memberi hujah bahawa Lina Joy berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.2. Aisyah Bukhari

Aishah adalah gadis Melayu yang didedahkan dengan ilmu agama sepatutnya tidak akan murtad. Latar belakangnya yang berpendidikan agama, melayakkan dirinya menjadi ustaah serta layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al-Azhar. Beliau dibesarkan dalam suasana yang bapanya seorang Imam. Aishah dapat masuk UiTM dan terlibat dalam gerakan Islam. Beliau didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Injil. Dari segi keterampilan dia seorang perempuan Melayu biasa, pakai tudung dan berbaju kurung. Setiap hari dia menelefon bapanya melaporkan isu terkini. 2 tahun begitu kali terakhir dia menelefon bapanya pada 19 November 1997, memberitahu dia telah Kristian. Puncanya Nur Aishah ingin berkahwin dengan lelaki bernama Joseph Arnold Lee tetapi ditentang oleh bapanya, Hj. Bukhari.Permohonan dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak kebebasan beragama. Permohonan itu menyatakan perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang diberi, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

3. Suzie Teoh

Suzie Teoh seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah memeluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapanya tidak suka dan mengambil tindakan saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, seterusnya mengheret anaknya ke Mahkamah Persekutuan dengan harapan anak yang memeluk agama Islam tidak sah dari sisi undang-undang pada tahun 1990. Semasa di Mahkamah Persekutuan Tun Salleh Abas yang menjadi hakim. Beliau terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya semasa Suzie Teoh memasuki agama Islam, beliau berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.Dua tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, Tun Salleh Abas membuka semula kes itu dan memberi peluang kepada Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Sambil menangis, Suzie berkata "Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.". Maka Tun Salleh Abas pun mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. 4. Siti Fatimah Abdul KarimSiti Fatimah Abdul Karim dilahirkan pada tahun 1978 merupakan anak pasangan India Muslim, Ab Karim Masoosai bin Abdullah dan Zaleha binti Mohd Ali. Beliau dibesarkan oleh ibubapa beliau mengikut agama Islam dan beliau sendiri mengamalkan ajaran Islam sehinggalah usia 20 tahun apabila beliau melarikan diri bersama teman lelakinya yang beragama Hindu. Namun begitu, dalam affidavitnya dan laporan yang diperolehi Jerusalem Post mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh neneknya yang beragama Hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.

Berdasarkan kenyataan dalam laman web pada tahun 2001, beliau telah membuat suatu deklarasi melalui statutory declaration bahawa beliau seorang Hindu dan menukar nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh itu, kad pengenalan diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah binti Ab Karim dan agama beliau adalah Islam. Menurut ibunya, ibubapa serta keluarganya telah berusaha untuk mencarinya dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga namun semua usaha itu gagal kerana mereka sering diancam oleh keluarga teman lelakinya dan pernah bapa dan adik lelakinya ditahan dalam lokap polis berpunca dari pergaduhan antara kedua-dua belah pihak. Selepas beberapa tahun melarikan diri bersama teman lelakinya, pada tahun 2004, beliau telah berkahwin dengan teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan seorang Hindu mengikut upacara perkahwinan agama Hindu. Oleh kerana itu, perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa kerana perbezaan agama. Seterusnya, hasil perkahwinan tersebut, pada 19 Disember 2005 beliau telah melahirkan seorang anak di Hospital Besar Melaka. Ibunya telah mendapatkan bantuan Jabatan Agama Islam Melaka untuk mendapatkan anak tersebut memangdangkan Siti Fatimah seorang yang beragama Islam di sisi undang-undang.