Linguistik 111

22
PENGENALAN Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan DEFINISI LINGUISTIK Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa maksud 'bahasa'. Dalam bahasa-bahasa "Roman"(iaitu bahasa- bahasa yang berasal daripada bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu langue dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa Itali. Seterusnya, bahasa Inggerís memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language. Istilah 'linguistics' dalam bahasa Inggerís adalah berkaitan dengan kata language tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau "linguistik". TAKRIFAN LINGUSITIK

description

111

Transcript of Linguistik 111

Page 1: Linguistik 111

PENGENALAN

Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di

Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Tidak

hairanlah, subjek ini diajar di peringkat  tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut

perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini

terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan

teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh

kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di

kalangan

DEFINISI LINGUISTIK

Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa

maksud 'bahasa'. Dalam bahasa-bahasa "Roman"(iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada

bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu langue dan langage

dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa Itali. Seterusnya, bahasa Inggerís memungut

kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language. Istilah 'linguistics' dalam bahasa Inggerís

adalah berkaitan dengan kata language tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah

linguistique adalah berkaitan dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik

merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau "linguistik".

TAKRIFAN LINGUSITIK 

Linguistik.(linguistics)

Pengkajian saintifik terhadap bahasa, yang antara lain

mencakupi linguistik antropologi, psikolinguistik, sosiolinguistik, danneurolinguistik.(Kamus

Linguistik , 1997:148)

linguistik am(general linguistics)

Istilah umum bagi cabang-cabangpengkajian linguistik yang menghasilkan konsep asas, teori, 

model dankaedah, dan biasanya merangkumi prinsip analisis dan pemerian dalampengkajian

Page 2: Linguistik 111

fonologi, tatabahasa, dan kosa kata, serta pengkajian

grafemik,sejarawi, perbandingan, dan dialek. (linguistik teori) (

Kamus Linguistik 

,1997:149)

linguistik antropologi

(anthropological linguistics)

Linguistik yangmenerapkan teknik penyelidikan antropologi dan linguistik untuk mengkajibahasa

komuniti bahasa yang tidak mempunyai sistem tulisan dan tradisipersuratan. Contohnya, teknik

yang digunakan oleh F. Boas dan E. Sapir.(

Kamus Linguistik 

, 1997:149)

psikolinguistik

 

(psycholinguistics)

Bidang yang menggabung usaha para

ahlipsikologi, yang cuba menerangkan sama ada hipotesis tertentu tentangpemerolehan

bahasa dan kecekapan, seperti yang disarankan dalam teorilinguistik semasa, mempunyai asas

yang kukuh dari segi persepsi, ingatan,kecerdasan, atau motivasi. (

Kamus Linguistik 

, 1997:193)

 

Page 3: Linguistik 111

psikologi linguistik

 

(psychological linguistics)

Istilah umum untuk beberapapendekatan yang berbeza terhadap bahasa, dari kaca mata

psikologi. (

KamusLinguistik 

, 1997:193)

linguistik psikologi

 

(psychological linguistics)

Istilah umum untuk pelbagaipendekatan dalam pengkajian bahasa dari segi psikologi. (

Kamus Linguistik 

,1997:153)

sosiolinguistik

 

(sociolinguistics)

Cabang linguistik yang mengkaji semuaaspek hubungan antara bahasa dan masyarakat.

Page 4: Linguistik 111

2.0 ARTIKEL TERPILIH

Bahasa Melayu dalam Era Globalisasi

Negara telah melangkah ke alaf baru empat tahun lalu. Dan pada tahun 2020 Malaysia

dijangka menjadi sebuah negara maju, meninggalkan tarafnya sebagai negara membangun.

Perhitungan ini banyak disandarkan kepada pembangunan fizikal dan terlalu sedikit kepada

asas-asas jiwa dan penjiwaan, kualiti hidup dan jati diri bangsa. Kita, misalnya, sentiasa

mengukur pencapaian mengikut KDNK, pertumbuhan ekonomi sebenar, ketinggian bangunan

yang kita bina dan lain-lain pencapaian fizikal. Pada tahun 2020, iaitu sekitar 15 tahun dari kini

tentunya serba-serbi berjalan pantas. Kehidupan masyarakat Malaysia, seperti yang diramal,

akan dipenuhi pembaharuan demi pembaharuan. Teknologi informasi dan komunikasi pada

masa itu akan secanggih mungkin. Cara hidup kita di Malaysia dan juga di merata dunia akan

turut berubah.

Kita sedang diterap dan dicorakkan oleh nilai-nilai dan amalan dunia global dengan

hebatnya. Segala macam ilmu pengetahuan akan lebih pantas diperolehi. Cara berfikir, cara

bertindak dan cara hidup, semuanya akan berubah. Banyak penyakit yang tidak terubat pada

masa ini mungkin beroleh penawar yang mujarab di zaman itu. Atau sebaliknya, masyarakat

Malaysia, khususnya orang Melayu, akan lebih terdedah kepada unsur-unsur baru. Unsur-unsur

ini tidak semestinya membina jati diri atau yang membina bangsa yang dikehendaki kerana

proses yang ada pada masa itu ialah yang sesuai dipanggil osmosis di mana proses nilai kuat

lagi berpengaruh menyedut nilai lemah yang kurang berpengaruh. Salah satu yang bakal

disedut melalui proses osmosis itu nanti ialah menerusi pencabulan bahasa, kebudayaan dan

cara hidup yang mencorakkan sifat kemelayuan mereka. Pandangan yang cenderung ke arah

fenomena ini mungkin akan dipertikai tetapi pada amatan kebanyakan pemerhati ianya pasti

berlaku.

Seperti yang telah disaksikan kebelakangan ini, kesan kemajuan global telah banyak

mengubah cara hidup lama. Satu-satunya yang baru ialah hidup dengan komputer dan internet.

Orang kini mengirim berita pantas melalui e-mail dan sms, dua istilah yang sudah pun menjadi

sebahagian perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramai yang berurus niaga melalui

internet. Perkataan terbaru sering memasuki perbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu

ditapis atau dihalusi terlebih dahulu. Istilah Infotenmen, misalnya, yang menimbulkan

kontroversi dalam penggunaan istilah bahasa Melayu juga merupakan satu istilah baru yang

Page 5: Linguistik 111

dipertikaikan walaupun Menteri Penerangan telah menghujahkan alasan-alasan

penggunaannya di parlimen. Hiburan, berita dan maklumat, kebanyakannya disajikan oleh

media sampai terus ke bilik tidur dengan nisbah yang lebih ketara daripada yang disajikan

secara tempatan. Alat-alat canggih pengguna dipasarkan secara meluas lalu menggantikan

peralatan lama. Bahasa Melayu dituturkan separuh Melayu separuh Inggeris, di kalangan sektor

swasta pertuturan adalah lebih kurang 70% dalam bahasa Inggeris dan hanya 30% dalam

bahasa Melayu, itu pun adunan bahasanya dalam keadaan lintang-pukang seolah-olah sekerat

ular sekerat belut. Dan secara ketara, pendidikan negara mulai disalut dengan kaedah-kaedah

baru dengan perantaraan media baru iaitu bahasa Inggeris.

Nisbah perkataan baru yang di ceduk dari bahasa Inggeris lalu jadi sebahagian bahasa

rojak kita. Dunia siber sudah bertapak dalam hidup kita. Sebenarnya soalan ini tidak akan dapat

dijawab secara tepat dan kalau dijawab pun ianya belum pasti akur kepada apa yang mungkin

terjadi. Jika diamati generasi muda Melayu di pusat-pusat Bandar, akan tersua amalan asas

mereka. Mereka leka dengan perkelilingan baru keluarga, hiburan, sukan, tempat kerja dan

tumpuan-tumpuan hidup yang lain lantas dipengaruhi unsur-unsur global yang telah

dipopularkan melalui media, dagangan antarabangsa dan hiburan muzik serta wayang gambar

hollywood dan bollywood. Mereka kian lama kian jauh dari apa yang dahulunya boleh dikesan

sebagai belia Melayu. Sementara itu golongan Korporat Melayu cuba berlumba-lumba

mendapatkan hak mereka dari “kuih” ekonomi yang ada, sekali pun tahap yang dicapai setakat

ini masih di paras 18%. Jelaslah 12% lagi masih di awangan dan belum menepati janji serta

aspirasi kita yang digurindamkan pada tahun 1971 dahulu.

Dari tahun 1999 hingga 2003 terdapat secara rambang sekitar 94 rencana utama

termasuk kertas-kertas simposium dan konvensyen yang memperkatakan tentang bahasa

Melayu dari pelbagai sudut dan aspek. Tajuk-tajuk yang digemari ialah masalah bahasa rojak,

keupayaan bahasa Melayu dalam dunia moden, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan

bahasa ilmu, kemampuan bahasa Melayu sebagai lingua franca di kepulauan Melayu, bahasa

Melayu dalam konteks pembudayaan bahasa persuratan, kelunturan bahasa Melayu dan

pelbagai lagi tajuk pokok yang kesemuanya menyentuh tentang pusaka perhubungan Melayu

ini. Malangnya tiada satu pun di antara rencana-rencana itu yang memuji atau memberi markah

tinggi kepada usaha memperkasakan bahasa Melayu. Sebenarnya usaha memperkasakan

Bahasa Melayu semacam sudah dilupai, seolah-olah seperti bidalan terpijak pergi terlanda

pulang. Boleh juga dikatakan bahawa piel atau sikap yang ada ialah sikap tangkap muat

atau taking things for granted dalam kiasan bahasa Inggerisnya.

Page 6: Linguistik 111

3.0 GOLONGAN KATA

Penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan perkataan berdasarkan

keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Penggolongan

kata penting kerana kita dapat meletakkan maksud tertentu dalam ayat. Tatabahasa Dewan

Edisi Ketiga (2008) menyatakan perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam

golongan tertentu berdasarkan kriteria , misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi , kriteria

struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Penggolongan kata boleh juga disebut

sebagai kelas kata, kategori kata dan jenis kata.  Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat

berubah-ubah iaitu mengikut fungsinya dalam ayat. Justeru itu kita perlu mempelajari konsep

penggolongan kata dengan betul agar boleh membezakan mengikut kelas kata tersebut.

Golongan kata terbahahagi kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif daan kata tugas.

3.1 KATA NAMA

 Ciri-ciri Penggolongan Kata Nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan, iaitu:

i)          Kata Nama Am

ii)         Kata Nama Khas

iii)        Kata Ganti Nama

        3.1.1 Kata Nama Am

Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau

perkara-perkara yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87).

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama am

dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata

nama am konkrit.

Contohnya:

Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.

Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.

Page 7: Linguistik 111

3.1.2 Kata Nama Khas

Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan

benda secara khusus. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah

Karim et. al : 2004 : 86), kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama

sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.   Kata

nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu nama khas hidup dan kata

nama khas tak hidup (Nik Safiah Karim et al : 2004 : 86).

Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas

hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et.

al : 2004 : 86).

Manusia Binatang Tempat

Kata Nama Am

Murid burung pasar

Pekebun kucing padang

Kata nama khas

hidup manusia

Kata nama khas hidup

bukan manusiaKata nama khas tak hidup

KataNama Khas

Ahmad Lassie Pahang

Edelina Si Belang Pulau Pinang

Chandran Sang Kancil Gunung Tahan

3.1.3     Kata Ganti Nama

  Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan

kepada dua sub-golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama

diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).  Ganti nama diri pula dibahagikan

kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.Ganti nama diri orang

terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang

kedua dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)

Page 8: Linguistik 111

   Kata Ganti Nama Tunjuk:

Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada

kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang

dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu

“ini” untuk menunjukkan pada yang dekat dan “itu” untuk menunjukkan ada yang

jauh.

  Kata Ganti Nama:

     Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri

pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.

 

Kata Ganti Nama Diri

PertamaPenggunaan Contoh Ayat

Aku/SayaMerujuk kepada diri

sendiriAku hendak pergi ke perpustakaan

BetaDigunakan oleh

kerabat diraja

Beta berharap negara bertambah maju dan

makmur.

HambaMerujuk kepada diri

sendiri

"Hamba mohon ampun daripada baginda," kata

Hang Tuah

KitaMerujuk diri sendiri

dan diri orang kedua

"Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad

kepada Azri.

Kami

Merujuk diri dan

rakannya apabila

bercakap dengan

orang kedua

"Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata

Amin dan Ali kepada Zulkifli.

Kata Ganti

Nama Diri

Penggunaan Contoh Ayat

Page 9: Linguistik 111

Kedua

Anda Merujuk diri orang kedua Anda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT.

Awak Merujuk diri orang kedua Awak disuruh membersihkan bilik darjah.

Engkau Merujuk diri orang kedua Engkau hendak pergi ke kedai buku?

Kamu Merujuk diri orang kedua Kamu mesti belajar dengan lebih tekun.

Kata Ganti

Nama Diri

Ketiga

Penggunaan Contoh Ayat

BeliauDigunakan untuk merujuk

orang yang dihormatiBeliau dilantik menjadi pegawai penerangan.

BagindaDigunaan untuk kerabat

dirajaBaginda telah berangkat ke luar negeri.

DiaDigunakan untuk diri

orang ketigaDia datang awal ke pejabat sekolah

MerekaBilangan orang lebih

daripada seorangPentas dihiasi oleh mereka dengan cantik.

CONTOH KATA NAMA BERDASARKAN ARTIKEL TERPILIH

Kata nama am negara, fizikal, jiwa, hidup, masyarakat, bahasa, proses

Kata nama khas Malaysia, Melayu

Kata ganti nama Mereka

3.2 KATA KERJA

Page 10: Linguistik 111

Kata kerja dalam bahasa Melayu dapat digolongkan kepada dua kumpulan

utama, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif dapat

dibahagi kepada dua kumpulan yang lain, iaitu kata kerja tak transitif tak berpelengkap

dan kata kerja tak transitif  berpelengkap. Kata kerja transitif juga terbahagi kepada dua

kumpulan, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. 

3.2.1 KATA KERJA TAK TRANSITIF

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak mengambil sebarang

objek atau penyambut selepas kata kerja tersebut.  Kata kerja tak transitif

terbahagi kepada dua jenis iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata

kerja tak transitif berpelengkap.

Kata kerja tak transitif tak berpelengkap ialah kata kerja yang tidak

memerlukan objek atau penyambut sesudahnya.  Kata kerja jenis ini boleh

berdiri sendiri sebagai predikat ayat atau sebagai unsur ini dalam frasa kerja

kerana ia boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi untuk memberi

maklumat tambahan.

Contohnya : 1.  Semua orang sudah datang.

2.  Dia suka menangis.

3.  Buah mangga itu sudah masak.

Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang memerlukan

pelengkap yang berupaya sama ada perkataan nama, kata adjektif atau frasa

sendi nama seperti contoh-contoh yang berikut:

Contohnya    1.   Dia menjadi guru bahasa Melayu.

                           2.   Saya ada wang.

                          3.    Mereka tidur berbantalkan lengan.

                          4.    Rumahnya bertiangkan batang meranti.

3.2.2 KATA KERJA TRANSITIF

Page 11: Linguistik 111

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang

terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat.

Contoh ayat :

Kakak suka membaca buku.

(Kata kerja “membaca mesti disertai dengan objek, iaitu “buku”

supaya maksud ayat ini lengkap)

Emak sedang mencuci baju.

(Kata kerja “mencuci” mesti disertai dengan objek iaitu “ baju”

supaya maksud ayat ini lengkap)

CONTOH KATA KERJA BERDASARKAN ARTIKEL TERPILIH

Kata kerja langkah, meninggalkan, bangun, bertindak, sentuh, binaubah, masuk, tapis, dihalusi, pertikaikan, tapak, jawab

Page 12: Linguistik 111

3.2 KATA ADJEKTIF

Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat ialah perkataan yang menjadi

unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif dapat dikenalpasti dan dibezakan

daripada kata nama atau kata kerja dengan ciri-cirinya boleh didahului dengan penguat

contohnya sangat tinggi, amat sakit, terlalu banyak dan lain-lain lagi.

JENIS CONTOH AYAT CONTOH

Bentuk bujur,bulat,bundar,bengkok -Kayu yang diraut itu sangat

lurus.

Cara cepat,cermat,laju,lambat -Anim selalu datang ke

Rumah saya.

Perasaan benci,gelisah,kasih,sayang -Ibu sangat sayang akan

saya.

Sifat/keadaan baik,cerdik,jahat,lemah -Orang kaya itu sangat

baik.

Ukuran besar,kecil,nipis,panjang -Buku cerita itu sangat

nipis.

Warna biru,hijau,kuning -Dia memakai baju warna

kuning.

Waktu awal,baru,kini,lama -Sekarang saya hendak ke

pejabat.

Jarak Jauh,hamper,dekat -Budak itu nyaris kena

langgar kereta.

Pancaindera sedap,manis,lazat -Buah itu sangat manis.

KATA ADJEKTIF BERDASARKAN ARTIKEL TERPILIH

Kata adjektif pantas , sedikit, hebat, baru, lama, kurang

3.4 KATA TUGAS

Page 13: Linguistik 111

Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat

penting kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya. Tiap-tiap jenis kata tugas

mempunyai peranan tertentu, yang jikalau tidak hadir dalam ayat, sama ada akan

merosakkan ayat itu atau mengurangkan maksud-maksud tertentu. Tidak seperti tiga

golongan kata yang lain dalam bahasa Melayu, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata

adjektif, kata tugas tidak berfungsi sebagai inti sesuatu frasa. Kata tugas hadir dalam

ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau di belakang

perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan

peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan.

Oleh itu, dari segi kehadiran kata tugas dalam ayat, dapat dibahagikannya

kepada empat, iaitu:

- Sebagai perkataan yang menghubungkan ayat dengan ayat (kata hubung)

- Sebagai perkataan yang hadir di hadapan ayat atau klausa (kata praklausa)

- Sebagai perkataan yang hadir di hadapan frasa (kata prafrasa)

- Sebagai bentuk perkataan yang hadir selepas perkataan-perkataan tertentu

(kata pascakata)

3.4.1 KATA HUBUNG

Kata hubung terdiri daripada empat subjenis, iaitu kata hubung

gabungan, kata hubung pancangan keterangan, kata hubung pancangan relatif,

dan kata hubung pancangan komplemen.

Jumlah kata hubung gabungan dalam bahasa Melayu amat besar,

antaranya, dan, tetapi, atau, serta, seraya, sambil, dan lalu. Demikian juga

dengan kata hubung pancangan keterangan; antaranya, walaupun, kerana,

hingga, jikalau, untuk, dan apabila. Sebaliknya, hanya terdapat satu kata hubung

pancangan relatif, iaitu yang. Jumlah kata hubung pancangan komplemen juga

tidak banyak, antaranya, bahawa, untuk, dan supaya.

3.4.2 KATA PRAKLAUSA

Page 14: Linguistik 111

Golongan kata praklausa pula terbahagi kepada lima subjenis, masing-

masing hadir di hadapan ayat dan masing-masing memikul tugas tertentu.

Subjenis kata praklausa ialah kata seru, kata tanya, kata perintah, kata

pembenar, dan kata pangkal ayat. Sebagai contoh:

Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan

perasaan-perasaan seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan ejekan.

Sebagai contoh ialah perkataan cis dan aduh dalam ayat-ayat yang berikut:

1. Cis, penakut rupanya!

2. Aduh, sakitnya kakiku!

Perhatikan bahawa dalam ayat seru, kata seru berada di hadapan ayat dan pada

akhir ayat diletakkan tanda seru (!).

3.4.4 KATA PRAFRASA

Yang agak besar jumlahnya dan yang kerap menimbulkan masalah ialah

golongan yang ketiga, iaitu kata prafrasa. Bukan sahaja jumlah subjenisnya

banyak, tetapi jumlah perkataan dalam setiap subjenis juga banyak dan hampir

semuanya mempunyai kekerapan yang tinggi dalam bahasa Melayu. Kata sendi

nama, misalnya terdiri daripada satu jumlah yang besar dan kompleks

penggunaannya. Subjenis kata bilangan juga kompleks, dan para pelajar selalu

keliru tentang penggunaan kata nafi serta kata pemeri. Sebagai contoh:

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.

Jumlah kata sendi nama dalam bahasa Melayu agak banyak, masing-masing

dengna cara penggunaan tersendiri. Kata sendi nama adalah antara perkataan

yang menjadi masalah bagi para pelajar. Berikut disenaraikan kata sendi nama

dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan.

di bagi umpama hingga

ke demi sejak untuk

3.4.5 KATA PASCAKATA

Page 15: Linguistik 111

Kata pascakata hadir selepas perkataan dengan tugas-tugas tertentu.

Terdapat dua subjenis kata pascakata, masing-masing ditandai dengan

perkataan –nya, iaitu kata penekan, yang memberikan penegasan, dan kata

pembenda, yang menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata nama.

Contoh fungsi penekan ialah sesungguhnya, bahawasanya, dan nampaknya.

Contoh fungsi pembenda ialah lajunya, sakitnya, dan datangnya.Demikianlah

huraian ringkas tentang kata tugas, yang tiap-tiap satu memerlukan huraian yang

lebih lanjut. Jelas kelihatan bahawa golongan kata ini penting dalam bahasa

Melayu kerana peranan yang dimainkan oleh tiap-tiap jenis.

KATA TUGAS BERDASARKAN ARTIKEL TERPILIH

Kata tugas kepada, misalnya, dari, dan, dengan, atau, tetapi, ianya, ialah, ke, daripada, iaitu

4.0 FRASA DAN KLAUSA

Page 16: Linguistik 111

Definisi frasa terdiri daripada pelbagai pandangan dan fahamanyang berbeza-beza.

Contohnya, menurut Abdullah Hassan et al. (2006), frasa adalah unit yang terdiri daripada

sekurang-kurangnya satu perkataan, danberpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan

atau lebih.Frasa didefinisikan oleh Nik Safiah et al. (2010) ialah unit yang boleh terdiridaripada

satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan,ataupun satu perkataan

yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataanatau lebih. Frasa dinyatakan berbeza

daripada klausa kerana binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Di

samping itu, frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.

Frasa dapat juga difahami sebagai binaan daripada satu perkataan yangmempunyai potensi

untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Misalnya, bentuk kata burung

ialah frasa kerana bentuk tersebut boleh diperluas menjadi seekor burung, burung

merpati, seekor burung merpati dan sebagainya (NikSafiah Karim et. al, 2010).

Klausa ialah deretan kata yang mempunyai subjek dan predikat, yang menjadi

konstituen ayat. Dari segi struktur, klausa sama dengan ayat kerana mempunyai subjek dan

predikat. Dari segi fungsi, klausa sama dengan frasa kerana berfungsi pada frasa tertentu

dalam ayat. Klausa terbahagi dua, iaitu klausa utama dan klausa subordinat. Klausa utama

tidak memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat, tetapi klausa subordinat,

memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat. Klausa utama dikenali juga dengan nama

klausa bebas kerana diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa subordinat dikenali

juga dengan nama klausa tak bebas kerana tidak ditandai intonasi yang lengkap.