Litar pengguna

65
LITAR AKHIR Empat jenis litar akhir: Litar pengguna Litar Kawalan Litar Akhir Litar Pencahayaan

Transcript of Litar pengguna

Page 1: Litar pengguna

LITAR AKHIR

Empat jenis litar akhir:

Litar pengguna

Litar Kawalan

Litar Akhir

Litar Pencahayaan

Page 2: Litar pengguna

Litar Akhir

Litar Pengguna

Litar pengguna berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna.

Litar utama pemasangan pengguna mengandungi unit kawalan dan perlindungan yang berfungsi melindungi unit kawalan dari arus lebihan seperti litar pintas, beban lampau

Page 3: Litar pengguna

Litar AkhirLitar Kawalan Setiap pemasangan pengguna mestilah

dilindungi dari arus lebihan (litar pintas dan beban lampau) dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelakkan terkena kejutan elektrik, kebakaran dan sebarang bahaya yang mungkin terjadi.

Setiap alat kawalan dalam pemasanganmestilah yang mudah digunakan dan mudahdicapai oleh pengguna bagi tujuan:

1. Pengasingan dan penyuisan.

2. Perlindungan arus lebihan

3. Perlindungan kebocoran arus ke bumi

Page 4: Litar pengguna

1 Kotak simpang

2 Fius perkhidmatan dan

Penghubung Neutral

3 Meter KWj

4. Suis dan fius suia utama

5Pemutus litar bocor ke bumi

/ PLBB

6 Kotak Fius Agihan

KWJ

Litar Kawalan

Page 5: Litar pengguna

Litar KawalanCara-Cara Pengasingan dan Penyuisan

Semua suis kutub tunggal yang dipasang pada sistem TN dan TT hendaklah hanya kepada pengalir fasa (hidup) sahaja. Pengalir neutral tidakperlu diputuskan kecuali pada :

1. suis utama

2. alat perkakas pemanas di mana elemennya mungkinboleh disentuh.

3. pengubah auto lampu discas yang tidak melebihi1.5KV.

4. suis yang digunakan hendaklah daripada jenis berangkai dan tentukan ia dapat memutuskan litar bersama dengan pengalir fasa

.

Page 6: Litar pengguna

Cara-Cara Perlindungan Arus Lebihan

Fius dan pemutus litar tidak boleh dipasang pada pengalir neutral bumi dalam sistem TN dan TT. Sekiranya terdapat pemutus litar dipasang pada pengalir neutral bumi, ia mestilah dapat memutuskan litar bersama pengalir fasa.

Perkakas atau alat perlindungan arus lebihan yang digunakan mestilah daripada jenis yang :

dapat dikendalikan/putuskan litar secara automatik pada kadar yang ditetapkan

berkeupayaan untuk memutuskan dan jika perlu ia berkeupayaan menyambung semula

direka bentuk agar sesuai daripada bahaya kepanasan atau arka apabila ia dikendalikan dan dapat memberi bekalan tanpa bahaya.

Page 7: Litar pengguna

Litar Kawalan

Perlindungan Kebocoran Arus Ke Bumi

Semua bahagian pengalir (logam) dalampemasangan pengguna yang terdedah perludibumikan dan dilindungi dengan alatperlindungan arus lebihan bersesuaian ataupemutus litar bocor ke bumi kendalian arus danvoltan.

Page 8: Litar pengguna

Kawalan Turutan

Kawalan turutan ialah turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna, ini termasuklah pengasingan dan penyuisan, perlindungan kebocoran arus ke bumi. Susunan alat kawalan dan perlindungan dalam kawalan turutan adalah seperti berikut: Fius perkhidmatan dan penghubung neutral.

Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus

pengguna Jangka kilowatt jam

Mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan kadar

bayaran tariff.

Page 9: Litar pengguna

Litar Kawalan (samb)

Suis utamaPengasing/penyuisan litar dan perlindungan

arus lebihan Pemutus litar bocor ke bumi

Perlindungan kebocoran arus bumi dan pengasing litar

- Papan agihanSebagai pengagih litar akhir dan perlindungan

arus lebihan

Page 10: Litar pengguna

Kawalan Turutan

1. Kotak simpang

2. Fius perkhidmatan dan

rangkaian neutral

3. Meter KWj

4. Suis dan fius

utama

5. Pemutus litar

arus baki

6. Kotak agihan

KWJ

Page 11: Litar pengguna

Litar Akhir

Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada alat-alat yang memerlukan arus elektrik. Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhit ialah :

i. Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, iaitu dengan memastikan bahawa arus kerosakan yang akan mengendalikan sistem perlindungan itu tidak melebihi

daripada sepatutnya.

Page 12: Litar pengguna

Litar Akhir (samb)

ii. Untuk memastikan bahawa bahagian-

bahagian dalam pemasangan boleh

diputuskan bekalan bagi tujuan

pemeriksaan, pengujian atau kerja-

kerja membaiki tanpa mengganggu

litar lain.iii. Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku

pada sesuatu litar dari mengganggu litar yang

lain.

Page 13: Litar pengguna

1. Bagi sesuatu pemasangan yang mempunyai lebih daripada satu litar akhir, setiap litar akhir itu mestilah disambung dengan fius atau pemutus litar.

2. Pendawaian bagi setiap litar akhir mestilah diasingkan (secara elektrik) daripada litar kecil akhir yang lain. Bagi memudahkan tujuan pemeriksaan, pengalir neutral hendaklah disambung di dalam PFA sama seperti pengalir fasa.

3. Kapasiti membawa arus kabel yang digunakan di setiap litar akhir mestilah tidak boleh kurang daripada kadar arus nominal alat perlindungan litar kecuali bagi litar akhir gelang.

Peraturan IEE Bagi Litar Akhir (Keperluan Umum)

Page 14: Litar pengguna

Soket alur keluar jenis ini arus nominalnya 13A dan khusus digunakan untuk kegunaan rumah domestic. Tetapi ia juga sesuai digunakan untuk tempat selain rumah kediaman.

Soket alur keluar boleh dibuat dengan menyambung secara litar jejari dan litar gelang.

Litar Akhir Soket Alur Keluar Jenis BS1363

Page 15: Litar pengguna

Litar Akhir Soket Alur Keluar Jenis BS1363

Litar jejari

Litar gelang

Page 16: Litar pengguna

Pendawaian Litar Gelang

S/K 1 S/K 2 S/K 3

S/K 4 S/K 5 S/K 6

D/B

E N

Page 17: Litar pengguna

Bagi menentukan jumlah litar akhir yang perlu diagihkan dan saiz pengalir kabel yang digunakan ia hendaklah berpandukan kepada jadual 1.

Bilangan soket alur keluar yang hendak disambung adalah tidak terhad tetapi dengan syarat ia mampu mengendalikan perlindungan arus lebihandan luas lantai kurang daripada yang ditetapkan.

Peraturan IEE-Litar Jejari dan Gelang BS 1363

Page 18: Litar pengguna

Peraturan IEE-Litar Jejari dan Gelang BS1 363 (samb)

Kelonggaran kepelbagaian (diversity) tidak boleh digunakan bagi menentukanlitar akhir soket alur keluar BS3036.

Bagi sistem punca bekalan kuasa jenis TT (punca bumi tidak disediakan oleh pihakberkuasa pembekal), semua soket alurkeluar mestilah dilindungi oleh alat arusresidual (pemutus litar bocor ke bumikendalian arus) dengan arus kendaliannyatidak melebihi 30mA.

Page 19: Litar pengguna

Peraturan IEE-Litar Jejari dan Gelang BS1 363

Page 20: Litar pengguna

Setiap pengalir dalam litar kecil gelang mestilah bermula dari satu fius dalam papan agihan dan disambungkan pada setiap punca soket alur keluar dan berakhir di punca yang sama di papan agihan itu.

Setiap litar akhir gelang mestilah mempunyai pengalir perlindungan bumi dan disambung seperti pengalir fasa dan neutral kecuali litar gelang itu dibuat di dalam konduit, sesalur atau dengan menggunakan kabel berlapikkan logam.

Kapasiti membawa arus kabel (kadar arus kabel) mestilah tidak boleh kurang daripada 0.67 kali kadaran arus fius atau pemutus litar yang mengawal litar tersebut.

Peraturan IEE Khas Untuk Litar Gelang BS 1363

Page 21: Litar pengguna

Peraturan IEE Khas Untuk Litar Gelang BS 1363 (samb)

Apabila terdapat dua atau lebih litar gelang dipasang dalam satu bangunan yang sama, soket alur keluar itu mestilah diagihkan sama banyak.

Alat tetap yang dipasang di dalam litar gelang mestilah disambung dari sulur berfius dengan kadar fiusnya tidak melebihi 13A. Sekiranya ia adalah alat pemasak elektrik, alat tersebut mestilah dikawal oleh suis dengan jarak tidak lebih dua meter atau sulur berfius digantikan dengan pemutus litar yang berkadar tidak melebihi 16A.

Alat pemanas, pemanas air takungan lebih 15L danpemanas immersion tidak boleh disambung padalitar gelang. Litar akhir berasingan perlu diagihkanbagi beban tersebut.

Page 22: Litar pengguna

Sulur ialah satu cabang kabel yang disambung pada litar jejari dan gelang. Terdapat dua jenis sulur iaitu sulur tidak berfius dan sulur berfius.

1. Sulur tidak berfius

a) Sulur tidak berfius mestilah disambung pada :i. punca soket alur keluarii. peti sambunganiii. papan agihan

b) Kapasiti membawa arus kabel sulur mestilah lebih atau sama dengan pengalir litar gelang.

c) Bilangan yang boleh disambung ialah :i. 1 soket alur keluarii. 1 soket alur keluar kembariii. 1 alat pegun

Sulur

Page 23: Litar pengguna

2. Sulur berfius1. Jumlah bilangan sulur berfius tidak terhad

2. Suhu berfius mestilah disambung pada peti berfius

3. Kadar arus nominal fius tidak boleh melebihi kapasiti membawa arus kabel sulur dan jika ada persamaan ia mestilah tidak melebihi 13A

4. Saiz minimum bagi pengalir kabel sulur berfius adalah seperti berikut:

i. 1.5mm² - Kabel penebat PVK pengalir kuprum

ii. 2.5mm² - Kabel penebat PVK pelapik kuprum pengalir aluminium

iii. 1.0mm² - Kabel penebat mineral pengalir kuprum

Page 24: Litar pengguna

Sulur

Sulur berfius

Page 25: Litar pengguna

Litar Akhir Alat Pemasak Rumah Kediaman

Alat pemasak mudahalih mestilah disambung dengan menggunakan kord atau kabel mudah lentur ke soket alur keluar. Melainkan alat pemasak yang lebih daripada 4kW, ia tidak boleh dianggap mudah alih. Oleh itu bagi alat pemasak yang lebih daripada 3kW boleh disambung dengan menggunakan litar akhir tersendiri.

Page 26: Litar pengguna

Peraturan IEE Pemasak Bagi menentukan permintaan arus

litar akhir alat pemasak ia mestilah dinilai seperti berikut;

i. 10A yang pertamaii. + 30% lebihan jumlah arus

bebaniii. + 5A jika terdapat soket alur

keluar bersama dengan unit kawalan

pemasak

Page 27: Litar pengguna

Peraturan IEE Pemasak (samb) Litar akhir yang kadarnya 15A hingga 50A

boleh membekal dua atau lebih alat pemasak elektrik dalam sebuah bilik

Setiap alat pemasak elektrik mestilah dikawal oleh suis yang diasingkan daripada alat tersebut dengan jarak tidak lebih daripada 2meter dan di dalam bilik yang sama.

Satu suis boleh mengawal dua alat pemasak dalam satu bilik, dengan syarat kedua-dua alat pemasak itu tidak lebih 2meter daripada suis tersebut

Page 28: Litar pengguna

Litar Akhir Selain Daripada Alat Pemasak

Litar Akhir Lampu

Litar akhir lampu biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu discas (kalimantang).

Selain daripada punca lampu beban-beban yang lain juga boleh disambung dari litar akhir lampu, contohnya kipas siling, kipas dinding dan sebagainya dengan syarat arus beban penuh kurang yang ditetapkan.

Page 29: Litar pengguna

Litar Akhir Selain Daripada Alat Pemasak

Pengalir kabel litar akhir lampu yang diagihkan dari papan akhir akan berakhir di terminal siling ros atau pemegang lampu jenis batten.

Page 30: Litar pengguna

E N

Suis 1

K1

D/B

in out

C+ 1

Alatur kipas

Pendawaian Kipas

Page 31: Litar pengguna

E N

C1

2C+

1

2

Suis 1 Suis 2

L1

D/B

+

Pendawaian lampu suis 2 hala

Page 32: Litar pengguna

Peraturan IEE (litar akhirLampu) Bagi menentukan litar akhir lampu, jumlah

permintaan arus mestilah sesuai dengan alat perlindungan litar.

Setiap litar akhir lampu mestilah dilindungi dengan alat perlindungan yang arus nominalnya 5A dan bilangan maksimum beban yang boleh disambung ialah 10unit.

Setiap unit yang disambung permintaan arusnya dinilaikan 100W per pemegang lampu.

Bagi menentukan litar akhir lampu dicas jumlah permintaan arus mestilah didarabkan dengan 1.8 dan sesuai dengan alat perlindungan litar.

Kapasiti membawa arus kabel mestilah tidak boleh kurang daripada kadaran alat perlindungan.

Page 33: Litar pengguna

Litar Akhir Alat Pegun

Litar akhir alat pegun (tetap) yang berkadar lebih daripada 3kW tidak boleh disambung ke soket alur keluar, litar akhir yang berasingan perlu diagihkan untuk beban tersebut.

Page 34: Litar pengguna

Hanya satu beban sahaja yang dibenarkan disambung dari litar akhir alat pegun dan anggapan permintaan beban adalah sama dengan kadar arus bebanKapasiti membawa arus kabel

mestilah tidak boleh kurang daripada kadaran alat perlindungan

Peraturan IEE Litar Akhir Pegun

Page 35: Litar pengguna

Pembahagian fius pengguna

Litar yang keluar dari kotak agihan atau unit pengguna boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan litar akhir dan pembahagian ini dibuat berdasarkan arus dan jenis beban yang dipasangkan.

Kumpulan umum litar akhir itu ialah:

Page 36: Litar pengguna

Pembahagian fius pengguna Litar akhir pada kadaran arus yang kurang daripada

15 A

Litar akhir pada kadaran yang lebih daripada 15 A

Litar akhir pada kadaran arus yang lebih daripada 15 A tetapi tertumpu kepada soket alur keluar 13 A sahaja (BS 1363)

Litar akhir lampu nyahcas

Litar akhir motor

Litar akhir untuk pemasangan alat pemasak danpemanas air

Litar akhir untuk soket alur keluar BS 196 (5A, 15 A dan 30 A)

Litar akhir untuk soket alur keluar BS 4343 ( jenisperusahaan 16A ke 125A )

Page 37: Litar pengguna

Pembahagian fius pengguna

Litar akhir juga boleh dibahagikan kepada

2 kumpulan besar:

Litar akhir pada kadaran arus tidak lebih

15A

Litar akhir pada kadaran arus yang

melebihi 15A

Page 38: Litar pengguna

Litar akhir pada kadaran arus tidak

melebihi 15A

15A

13A

5A

Sekurang-kurangnya 0.5A

Poin atau peralatan Arus yg diperlukan

(anggapan)

Soket keluaran 15A

Soket keluaran 13A

Soket keluaran 5A

Soket keluaran 2A

15A

13A

5A

Sekurang-kurangnya 0.5A

Keluaran lampu Sama dengan arus beban

(0.5A) & minimum 100W

bagi setiap pemegang

lampu

Page 39: Litar pengguna

Litar akhir pada kadaran arus tidak

melebihi 15A

Poin atau peralatan Arus yg diperlukan

(anggapan)

Jam, pencukur elektrik

transformer loceng

Diabaikan

Alat-alat pegun yg lain Mengikut arus

biasanya/kadaran arus

B.S.

Page 40: Litar pengguna

Litar Akhir pada Kadaran Arus lebih

15A Peraturan A.26 beban yang menggunakan arus lebih 15A

hanya boleh dipasang 1 poin (beban) sahaja kecuali

pada perkara peraturan berikut;

Untuk sambungan alat pemasak pegun (A.27-29)

Untuk sambungan soket gelang atau jejari (A.30-42)

Untuk sambungan soket B.S. 169 (2A, 5A & 15A)

(A.43-45)

A.28 – litar akhir lebih daripada 15A<30A boleh dipasang

lebih daripada satu alat pemasak dengan syarat semua

alat pemasak berada dalam satu bilik.

A.29 – Pemasak pegun mestilah dikawal oleh suis

terpisah dari alat dengan jarak tidak lebih 2 meter.

Page 41: Litar pengguna

Litar Akhir pada kadaran Arus lebih

15A tetapi menggunakan soket 13A

Boleh dipasang pada litar jejari atau gelang

dengan syarat:

A.30– Pemasangn litar jejari atau gelang (ikut

jadual saiz kabel dan bilangan soket). Boleh

dibekalkan kepada soket jenis BS1363 & alat

pegun yang punyai kadaran tidak lebih 13A.

Page 42: Litar pengguna

Litar Akhir pada kadaran Arus lebih 15A tetapi menggunakan soket 13A

A31 – Soket kembar atau banyak tiap-tiap

keluaran dikira 1 poin.

A32 – Alat pegun dipasang tetap (tidak melalui

palam dan soket keluaran) ke litar akhir sama

ada jejari atau gelang mesti mematuhi A.30 iaitu

dilindungi dengan kadar fius tidak lebih 13A

dikawal dengan suis atau dilindungi pemutus

litar.

A.35 – Setiap pengalir litar akhir gelang mesti

dipasang dari MCB ke soket dan berakhir ke

MCB semula.

Page 43: Litar pengguna

Litar Akhir Lampu Nyahcas

Tidak sama dengan lampu filamen. Lampu yang

mengeluarkan cahaya bukan disebabkan aliran

arus pada filamen tetapi oleh aliran elektron dlm

tiub bergas.

Cth; lampu pendarflour, lampu natrium, lampu

wap raksa, lampu neon

.terbahagi 2 kump;

Voltan rendah

Voltan tinggi

Page 44: Litar pengguna

Natrium Lamp Wap raksa

Neon lamp

Page 45: Litar pengguna

Litar Akhir Lampu Nyahcas (samb)

Voltan rendah

Lampu nyahcas berkendali 200-250V

Cth. Lampu pendarflour (8-40W), lampu natrium (35-

400W), & Lampu wap raksa tekanan rendah (80-

1000W)

Voltan tinggi

Berkendali 250- 15kW antara fasa dan bumi.

Cth: lampu neon dan lampu wap raksa tekanan tinggi.

Page 46: Litar pengguna

High Intensity Discharge Lamps

Page 47: Litar pengguna

Litar Akhir Lampu Nyahcas (samb)

Peraturan IEE berkaitan lampu nyahcas.

G.2 – suis punyai kadar ketahanan arus tidak

kurang 2 kali jumlah arus mengalir. Jika

bercampur dengan litar lampu filamen (jumlah

arus filamen + arus nyah cas) x 2 = arus suis

G.3 – Kabel hendaklah dikadarkan agar boleh membawa arus biasa ke litar lampu

Page 48: Litar pengguna

Litar Akhir Motor

Arus diperlukan dalam sambungan motor

berdasarkan kepada kuasa kuda motor tersebut.

Peraturan IEE berkaitan;

A.63 – tiap-tiap motor mesti punyai alat untuk

menghidupkan dan menghentikan motor.

Dipasang berdekatan dengan motor.

A.64 – alat kawalan untuk mengelakkan motor

dihidupkan secara automatik- selepas

kegagalan bekalan dimana bahaya akan

wujud kerana motor akan berfungsi apabila

bekalan diberikan semula.

Page 49: Litar pengguna

Three Phase AC MotorSingle Phase AC Motor

Page 50: Litar pengguna

Litar Akhir Motor (Samb)

A.65 – Motor berkadar lebih daripada 0.37kW

hendaklah mempunyai alat kawalan yang

disertakan pelindung lebihan arus bagi

melindungi motor.

A.66 – kadaran arus kabel untuk membawa

arus permulaan arus pecutan dan arus beban

motor hendaklah sama dengan nilai arus

beban penuh.

A.67 – Kadar fius litar akhir perlulah sama

dengan kadaran arus kabel

Page 51: Litar pengguna

Pemasangan Litar Motor AU

Page 52: Litar pengguna

Litar Akhir bagi Pemasak & Pemanas

Air

Bagi litar akhir pemasak dan pemanas air

perlu mematuhi peraturan-peraturan

berikut;

C.39 – Pemutus litar yang dikawal dari jauh

iaitu dari pemanas/dandang hendaklah

mempunyai lampu penunjuk yg dipasang

berdekatan pemanas.

C.40 – Pembumian pemanas/dandang

hendaklah mengikut peraturan IEE –rangka

pemanas diikat ke penyalut kabel.

Page 53: Litar pengguna

Litar Akhir bagi Pemasak & Pemanas Air (samb)

C.41 – Pemasangan perlu mempunyai

pelindung arus bocor ke bumi yang beroperasi

10% daripada arus pemanas.

C.44 – setiap pemanas air 1 fasa perlu

mempunyai elemen pemanas tidak bertebat

diantara elemen dan air dan hendaklah

mematuhi peraturan C.45,C.50.

C.50 – Alat pemanas dipasang tetap ke

bekalan melalui suis dua kutub berangkai

yang terpisah degann alat pemanas.

Page 54: Litar pengguna

Kitchen Elecric

Page 55: Litar pengguna

Electric HeaterElectric Heater Fan

Page 56: Litar pengguna

Water Heater Electric

Page 57: Litar pengguna

Litar akhir untuk soket alur keluar BS

196

Soket alir keluar utk kegunaan perusahaan iaitu

(5A, 15 A dan 30 A) dgn kadar voltan dari 6V –

250V.

Soket ini mempunyai dua kutub dan satu

pangkal bumi. Palam direka agar tidak dipasang terbalik ke soket keluaran.

Page 58: Litar pengguna

Litar akhir untuk soket alur keluar BS

4343

Byk digunakan dlm perindustrian berat krn rekabentuknya tahan lasak dan boleh digunakan utk bekalkan voltan satu fasa dan tiga fasa bersama pengikat bumi.

Fius tidak dipasang pada palam soket alur keluar.

Hanya boleh disambung secara jejari pada bekalan satu fasa atau tiga fasa.

Page 59: Litar pengguna

32 Amp-

240V

16Amp-

400V

BS 4343

Page 60: Litar pengguna

Faktor Kepelbagaian

Faktor kepelbagaian ialah satu kiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus bagi alat saiz pengalir kabel, pengasingan dan alat perlindungan.

Dalam sesuatu pemasangan pengguna, tidak semestinya semua kelengkapan elektrik digunakan serentak pada satu masa.

Contohnya, jarang sekali pengguna memerlukan atau menggunakan lampu, seterika, pembakar roti, dapur elektrik, televisyen, alat stereo dan lain-lain dalam satu masa yang sama.

Page 61: Litar pengguna

Faktor Kepelbagaian (samb)Oleh itu arus maksimum yang mengalir dalam pengalir litar adalah kurang daripada jumlah arus yang dijangkakan bila kesemua alat kelengkapan elektrik digunakan serentak. Faktor kepelbagaian boleh digunakanuntuk mengira saiz pengalir dan suis peralatan litar kecuali untuk litar akhir.

Page 62: Litar pengguna

Faktor Kepelbagaian (samb)Bagi tujuan ini faktor kepelbagaian

dibenarkan tetapi hendaklah berlandaskan kepada peraruran IEE. Bagi mengira kelonggaran kepelbagaian bagi setiap beban perlulah menggunakan jadual 2.

Page 63: Litar pengguna

Berikut ialah jadual saiz kabel dan kadar arus nominal alat perlindungan sebagai panduan bagi pemilihan saiz yang sesuai selepas dikira anggaran kepelbagaian.

Kelonggaran bagi kepelbagaian

Page 64: Litar pengguna
Page 65: Litar pengguna

Faktor Kepelbagaian (samb)

Mengira Faktor Kepelbagaian

Faktor Kepelbagaian =

Jum. Beban yg digunakan serentak

Jum. Beban yg digunakan