literasi bahasa

83
MODUL BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH WAJ3115 (TESL) SEKOLAH RENDAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

description

waj 3115

Transcript of literasi bahasa

Page 1: literasi bahasa

MODUL BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

WAJ3115

(TESL)

SEKOLAH RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

Page 2: literasi bahasa

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Guru

Panduan Pelajar

Pengenalan

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 Fungsi Bahasa Melayu

1.0 Sinopsis

1.1 Hasil Pembelajaran

1.2 Kerangka Tajuk

1.3 Kandungan Isi

Bahasa Kebangsaan Bahasa Rasmi Bahasa Perpaduan Bahasa Pengantar Bahasa Ilmu Bahasa Perdagangan

Tajuk 2: Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat

Melayu dan Malaysia

2.0 Sinopsis

2.1 Hasil Pembelajaran

2.2 Kerangka Tajuk

2.3 Kandungan Isi

Takrif Budi

Takrif Bahasa

Takrif Budi Bahasa

Ciri-ciri Budi Bahasa

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 3: literasi bahasa

ii

Tajuk 3: Kesantunan Bahasa Melayu

3.0 Sinopsis

3.1 Hasil Pembelajaran

3.2 Kerangka Tajuk

3.3 Kandungan Isi

Konsep Kesantunan

Kesantunan Verbal

Kesantunan Bukan Verbal (bahasa tubuh)

Tajuk 4: Sistem Sapaan

4.0 Sinopsis

4.1 Hasil Pembelajaran

4.2 Kerangka Tajuk

4.3 Kandungan Isi

Kata Panggilan dalam Keluarga

Kata Panggilan dalam Masyarakat

Protokol:

Panggilan Hormat dalam Majlis Rasmi

Tajuk 5: Gaya Bahasa

5.0 Sinopsis

5.1 Hasil Pembelajaran

5.2 Kerangka Tajuk

5.3 Kandungan Isi

Diksi

Metafora

Simile

Hiperbola

Personafikasi

Imejan

Paradoks

Simbol

Ambiguiti

Konotatif

Page 4: literasi bahasa

iii

Denotatif

Bahasa sindiran dan kiasan

Peribahasa

Tajuk 5: Gaya Bahasa

6.0 Sinopsis

5.1 Hasil Pembelajaran

5.2 Kerangka Tajuk

5.3 Kandungan Isi

Tajuk 6: Laras Bahasa

6.1 Sinopsis

6.1 Hasil Pembelajaran

6.2 Kerangka Tajuk

6.3 Kandungan Isi

Konsep, Kepelbagaian dan Perbezaan Laras Bahasa Agama Sains (perubatan, angkasa lepas,farmasi

dan lain-lain) MatematikTeknologi (pertanian,

kejuruteraan, masakan dan lain-lain) Kreatif Media/Multimedia Undang-undang Ekonomi Sukan Politik

Tajuk 7: Wacana

7.1 Sinopsis

7.1 Hasil Pembelajaran

7.2 Kerangka Tajuk

7.3 Kandungan Isi

Konsep

Ciri Wacana

Jenis Wacana

Penanda Wacana

Keutuhan Wacana

Page 5: literasi bahasa

iv

Tajuk 8: Wacana

8.1 Sinopsis

8.1 Hasil Pembelajaran

8.2 Kerangka Tajuk

8.3 Kandungan Isi

Analisis Kesilapan Tatabahasa

Sebutan

Ejaan dan Tanda Baca

Morfologi dan Sintaksis

Semantik

Bibliografi

Panel Penulis Modul

Ikon Modul

Page 6: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

FUNGSI BAHASA MELAYU

BAHASA KEBANGSAAN BAHASA RASMI BAHASA

PERPADUANBAHASA

PENGANTAR BAHASA ILMU BAHASA PERDAGANGAN

TAJUK 1 FUNGSI BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk 1 menjelaskan fungsi Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu

sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan,

bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa perdagangan.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan kedudukan Bahasa Melayu mengikut perlembagaan;

2. menyenaraikan fungsi-fungsi Bahasa Melayu;

3. menyatakan definisi bagi setiap fungsi berkenaan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI Pengenalan Bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting semenjak

zaman berzaman, iaitu sebelum kedatangan pengaruh Barat ke rantau

Melayu. Setelah merdeka, bahasa Melayu telah diangkat sebagai

bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Perkara ini

termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang

Page 7: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah bahasa

Melayu. Kemudian pada tahun 1967, bahasa Melayu telah diangkat

menjadi bahasa rasmi tunggal Malaysia. Oleh itu, bahasa Melayu

telah menjalankan dua tugas utama dalam aktiviti kebahasaan di

Malaysia, iaitu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

Fungsi Bahasa Melayu

o Bahasa Kebangsaan

Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diberikan fungsi untuk

menunjukkan identiti kebangsaan bagi sesebuah negara. Asmah Hj.

Omar (1993), mentakrifkan   bahasa   kebangsaan   sebagai   ”bahasa  

yang   melambangkan   identiti   dan   kedaulatan   negara”.   Bahasa  

kebangsaan dipilih daripada salah satu bahasa tempatan atau

bahasa peribumi yang dianggap mantap dan luas penggunaannya.

Selain itu, bahasa yang dipilih juga haruslah mempunyai ciri-ciri

kebangsaan negara berkenaan di samping berpotensi besar untuk

menyatupadukan pelbagai kaum yang tinggal dalam negara

tersebut. Contohnya di Malaysia, bahasa Melayu telah dipilih

sebagai bahasa kebangsaan disebabkan bahasa ini merupakan

bahasa tempatan dan telah lama digunakan sebagai alat

perhubungan dalam kalangan penduduknya. Walaupun bahasa-

bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil dituturkan oleh

sebahagian rakyat Malaysia, namun bahasa tersebut tidak

memperlihatkan identiti kebangsaan bagi negara Malaysia kerana

bahasa-bahasa tersebut merupakan bahasa pendatang.

o Bahasa Rasmi

Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi

dan pentadbiran kerajaan bagi sesebuah negara. Asmah Hj. Omar

(1993)   berpendapat,   bahasa   rasmi   ialah   ”bahasa   yang   digunakan  

Page 8: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan

pentadbiran, sisitem pendidikan negara, urusan perdagangan dan

perusahaan, upacara   rasmi   dan   sebagainya.”   Bahasa   rasmi   tidak

semestinya bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi ini

penggunaannya semata-mata untuk tujuan tertentu yang tidak

perlu dikaitkan dengan nasionalisme. Pemilihan bahasa rasmi tidak

semestinya bahasa tempatan atau peribumi tetapi boleh dipilih

daripada bahasa asing. Contohnya, di Malaysia sebelum negara

mencapai kemerdekaan, bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa

rasmi. Walau bagaimanapun, selepas negara merdeka fungsi

bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi telah diambil alih oleh

bahasa Melayu.

Layari laman web yang berkaitan. Dengan sokongan bahan grafik, banding bezakan antara bahasa rasmi dengan bahasa kebangsaan.

o Bahasa Perpaduan

Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam sesebuah

negara bagi tujuan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum

(majmuk). Ini bermakna bahasa Melayu adalah merupakan agen

penyatuan masyarakat. Bahasa Melayu juga menimbulkan

kecintaan dan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat

menerusi fungsinya sebagai bahasa kebangsaan. Saat Md Yasin

(2007) menganggap bahawa penerimaan bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan oleh semua kaum di

Malaysia adalah suatu tanda bahawa mereka menerima konsep

bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan

masyarakat Malaysia.

Page 9: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan sering dilaungkan oleh kerajaan. Pada pendapat anda, kenapakah perkara ini penting dalam kehidupan di Malaysia ?

o Bahasa Pengantar

Bahasa pengantar merupakan bahasa yang digunakan diperingkat

sekolah rendah hinggalah peringkat institusi pengajian tinggi. Pada

tahun 1981 iaitu melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, bahasa

Melayu telah digunakan sebagai bahasa penghantar di semua

peringkat persekolahan. Manakala pada tahun 1983 pula, semua

kursus tahun pertama di universiti menggunakan bahasa Melayu

sebagai bahasa penghantar. Penubuhan Universiti Kebangsaan

Malaysia pada tahun 1970 merupakan titik permulaan di mana

universiti ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar tunggalnya. Menurut Siti Hajar Abd. Aziz (2008), segala

usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar yang peranannya untuk melahirkan bangsa Malaysia

yang mempunyai pemikiran yang tinggi tidak akan berjaya selagi

rakyat sendiri tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.

o Bahasa Ilmu

Bahasa ilmu ialah bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah dan

institusi pengajian tinggi. Peranannya seiring dengan penekanan

terhadap budaya ilmu yang dilaungkan kerajaan. Ini bermakna

bahasa Melayu telah berada pada tahap yang tinggi dan seiring

dengan bahasa-bahasa utama lain. Sebagai bahasa ilmu, bahasa

Melayu perlu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa

yang sesuai agar dapat menghurai konsep kompleks dan abstrak.

Bagi mencapai tujuan ini bahasa Melayu perlu mempunyai dua ciri

utama iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa.

Menurut Siti Hajar Abd. Aziz (2008), keintelektualan bahasa dicapai

Page 10: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

melalui perkembangan perbendaharaan kata dan struktur

tatabahasa. Kesempurnaan bahasa pula dicapai melalui kestabilan,

kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahannya.

o Bahasa Perdagangan

Bahasa perdagangan ialah bahasa yang digunakan dalam urusan

perdagangan melibatkan aktiviti tawar-menawar dan sebagainya.

Kadar penggunaan bahasa Melayu dalam perdagangan

bergantung pada sejauh mana penutur-penutur bahasa ini

menggunakannya dalam urusan perdagangan mereka. Sekiranya

banyak dalam kalangan mereka terlibat dalam urusan ini, maka

bahasa yang digunakan akan berkembang dan menjadi alat

komunikasi utama. Contohnya, bahasa Inggeris telah menjadi

pilihan utama para perdagang pada masa kini kerana besarnya

jumlah penutur yang menjalankan perdagangan dengan negara-

negara yang menggunakan bahasa Inggeris seperti Amerika

Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan Britain.

Latihan 1 – Dengan merujuk bahan multimedia dan sokongan pengurusan grafik, huraikan pelbagai fungsi bahasa Melayu di negara kita.

Rehatlah seketika sambil berbual-bual dengan rakan sekuliah. Nikmati secawan kopi sebelum meneruskan latihan seterusnya.

Latihan 2 – Jelaskan bagaimana anda boleh memainkan peranan anda sebagai pelajar, untuk merealisasikan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di IPG anda.

Page 11: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Hilangkan stres, minum-minum sambil hayati pantun.

Bagaimana tidak diikat, Kain batik sama sujinya; Bagaimana tidak diingat, Orang baik bahasa budinya. Apa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali; Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati.

TAMAT

Rujukan: Asmah Hj. Omar, (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan

khusus kepada perancangan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nuraini Yusoff et al., (2005). Bahasa Melayu untuk Pengurusan.

Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Saat Md. Yasin, (2007). Bahasa Kebangsaan A. Kuala Lumpur:

Pearson Prentice Hall. Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Page 12: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

TAJUK 2 KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MELAYU DAN MALAYSIA

SINOPSIS Tajuk 2 menjelaskan tentang konsep budi, bahasa dan budi bahasa

dalam masyarakat Melayu dan Malaysia kepada pelajar. Turut

dibincangkan ialah ciri-ciri budi bahasa.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep budi, bahasa dan konsep budi bahasa;

2. menyenaraikan ciri-ciri budi bahasa;

3. menerangkan amalan budi bahasa masyarakat Malaysia.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI

Pengenalan Perhubungan sosial dalam masyarakat Melayu khususnya Malaysia

diikat oleh perkongsian makna yang disimbolkan melalui bahasa,

gerak geri badan dan gabungan perlakuan dan sikap keseluruhannya.

Simbol ini dilambangkan dengan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh

Konsep Budi Bahasa dalam

Masyarakat Melayu dan Malaysia

Takrif Budi

Takrif Bahasa

Takrif Budi

Bahasa

Ciri-Ciri

Budi Bahasa

Page 13: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

seseorang apabila berdepan dengan alam sosialnya. Kegagalan

seseorang individu mengendalikan hubungan sosial ini akan

menyebabkan dia disingkirkan atau dipulaukan oleh masyarakatnya

sendiri. Sebaliknya, jika kita berkebolehan menguasai hubungan

sosial ini dengan baik, maka kita akan dihormati dan berjaya dalam

hidup.

Apakah kayu ukur dalam membina hubungan yang luhur ini? Adakah

harta kekayaan atau budi bahasa? Budi bahasa tetap menjadi

keutamaan.   Sebab   itu   ada   bidalan:   ”Biar buruk kain dipakai, asalkan

pandai  membawa  diri.”  Tetapi,  semakin  maju  masyarakat,  sistem  budi  

bahasa juga berubah, semakin tinggi tahap ekonomi, semakin

cenderung manusia untuk memandang ke atas. Walaupun budi

bahasa masih menjadi keutamaan, kalau ada harta lebih dihormati.

Namun, dalam apa jua keadaan budi dan bahasa adalah citra

masyarakat negara Malaysia.

Takrif Budi

Menurut Asma Abdullah (2009), budi ditakrifkan sebagai intelek atau

kebaikan. Budi adalah sebahagian daripada sistem etika orang

Melayu dan Malaysia yang mencerminkan peribadi dan asuhan

mereka, dan mempengaruhi cara mereka berhubungan dengan orang

lain. Perjalanan kehidupan harian dipandu oleh budi yang diwarisi

daripada generasi yang terdahulu seperti yang dicerminkan dalam

pantun Melayu berikut:

Pisang emas dibawa belayar,

masak sebiji di atas peti.

Hutang emas boleh dibayar,

hutang budi dibawa mati

Tegak rumah kerana sendi,

tegak manusia kerana budi.

Page 14: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Profesor Dahlan dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah meng-

gambarkan budi sebagai penguasaan rasa (rasa dalaman intuitif) ke

atas pemahaman yang rasional semata-mata. Budi menghendaki

manusia bersifat rasional tetapi dengan sensitiviti dan keprihatinan

yang sewajarnya terhadap rasa, adalah konsep kognitif. Rasional

membolehkan manusia mengawal dan mengeksploitasi alam semula

jadi dan dapat mengelak daripada dianggap sebagai tidak berhati

perut.

Menurut Noriati (2002), budi ialah akal, kebijaksanaan, perangai dan

akhlak yang baik. Pentakrifannya juga melibatkan perbuatan dan

tingkah laku yang baik. Tegasnya persoalan budi berkait rapat dengan

conscience, kesedaran, kata hati, perasaan, rasa, hati dan berhati

perut. Budi ialah satu keseluruhan sifat, sikap, pemikiran, pengucapan,

perlakuan dan akhlak yang menjelaskan persoalan dalaman manusia.

Jelasnya budi ialah pancaran nilai utama yang telah menetapkan

corak akhlak dan nilai manusia.

Kesimpulannya, seseorang yang berbudi ialah orang yang berilmu,

bijak, pandai, mengetahui, mengerti, berpengalaman dan berakal. Berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan

pembudayaan. Guru-guru memerlukan pembangunan budi yang

terpuji seperti ketulusan, kejujuran, intergriti, adil, amanah dan

akauntabiliti. Dengan ini, kita bukan sahaja mampu membentuk aspek

pembangunan luaran semata-mata, tetapi perlu memperbaiki aspek

dalaman yang dikenali sebagai aspek keperibadian untuk menjadikan

masyarakat sebagai suatu masyarakat yang benar-benar bertamadun.

Takrif Bahasa

Bahasa ialah suatu sistem simbol lisan yang arbitrari yang digunakan

oleh anggota sesuatu masyarakat bahasa untuk berkomunikasi dan

Page 15: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

berinteraksi sesama mereka berlandaskan kepada budaya yang

mereka miliki bersama. (Soenjono Dardjowidjojo,2007)

Selain itu, terdapat beberapa definisi yang mengungkapkan maksud

bahasa;

a. Bahasa adalah sistem yang arbitrari iaitu simbol bunyi bersuara

yang membenarkan semua orang dalam budaya itu ataupun

mereka yang mempelajari sistem budaya berkomunikasi

(Finocchiaro,1964).

b. Bahasa adalah sistem yang arbitrari bagi simbol bunyi bersuara

yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi (Wardhaugh,

1972).

c. Menurut Kamus Linguistik (1997), bahasa adalah keupayaan fitrah

manusia yang berupa satu sistem lambang bunyi bersuara arbitrari

yang dipersetujui bersama oleh satu kelompok sosial dan

digunakan sebagai alat berinteraksi.

d. Bahasa ialah lambang pertuturan arbitrari yang digunakan oleh

masyarakat untuk berhubung. Bahasa sebagai satu sistem kognitif

manusia yang unik yang dapat dimanipulasikan oleh manusia bagi

menghasilkan sejumlah perkataan yang tidak terbatas untuk

berkomunikasi dan mengumpulkan ilmu pengetahuan (Mangantar

Simanjuntak, 1987)

Dalam konteks dunia pendidikan, Nik Safiah Karim (2002)

mengatakan bahawa penggunaan bahasa merujuk kepada kebolehan

pelajar memulakan, membina dan mengekalkan persahabatan serta

perhubungan dengan orang lain. Hasilnya pelajar dapat berinteraksi,

memberi pendapat, berunding, membuat pertimbangan, merujuk dan

berurus bagi mendapatkan maklumat dan perkhidmatan.

Page 16: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Dalam  bidang   ’maklumat’,  bahasa  merujuk  kepada  keupayaan  pe lajar

memperoleh dan menyampaikan maklumat secara berilmu. Proses

mendapat maklumat adalah keupayaan pelajar memperoleh dan

menyampaikan maklumat serta ilmu. Maklumat boleh diterokai melalui

aktiviti mendengar, membaca dan mengakses maklumat daripada

multimedia. Akhirnya pelajar dapat memproses dan menyampaikan

maklumat.

Dalam   bidang   ’estetik’   pula,   melalui   bahasa   pelajar   dapat   menikmati

karya sastera dan melahirkan idea serta perasaan secara kreatif.

Fokus lebih kepada keupayaan pelajar menguasai aspek kebahasaan,

keindahan dan kehalusan bahasa. Bidang ini juga mementingkan

kenikmatan daripada hasil karya yang indah, melahirkan perasaan,

membuat apresiasi dan penghayatan.

Layari laman web yang berkaitan. Kemudian dapatkan seberapa banyak maklumat tentang budi dan bahasa masyarakat Malaysia. Dengan sokongan bahan grafik, banding bezakan antara budi dan bahasa masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Takrif Budi Bahasa

Budi bahasa merupakan satu pendekatan budaya, komunikasi dan

hubungan yang ditekankan serta mengandungi unsur-unsur sopan santun,

menghormati tetamu atau pelanggan, menunjukkan sikap mesra

pelanggan dan merupakan satu elemen penting bagi meningkatkan

martabat budaya bangsa (Abd. Rahim Abd Rashid, 2006)

Budi bahasa ialah kebolehan menyampaikan simbol-simbol makna dalam

bentuk pertuturan iaitu satu bentuk komunikasi yang paling mudah

Page 17: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

difahami. Seseorang perlu berhati-hati apabila berkata-kata. Sesuai

dengan corak kehidupan masyarakat yang mementingkan pemeliharaan

maruah orang lain, aspek budi bahasa ini dititikberatkan. Perkara penting

bagi memelihara maruah orang lain adalah bijaksana dalam menuturkan

kata-kata. Bahasa yang dituturkan hendaklah kata-kata yang baik, penuh

kehalusan, tertib, mudah difahami dan sentiasa memuliakan orang lain.

Orang yang tidak berbudi bahasa dianggap berperangai rendah, tidak

berbudi dan dianggap biadap. Oleh itu, kemahiran berbahasa penting

dalam masyarakat Malaysia bagi memastikan wujudnya suasana harmoni

dalam kelompok.

Umumnya setiap gerak laku, tuturkata, tatacara hidup, pemikiran dan

perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan

masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain

yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia,

adil, hormat, bijaksana, berani, mulia, setia, malu sabar dan sopan.

Kempen budi bahasa menjadi sebahagian daripada agenda menyatupadukan masyarakat Malaysia berbilang kaum. Pada pendapat anda, kenapakah perkara ini penting dalam kehidupan masyarakat di Malaysia ?

Ciri-Ciri Budi Bahasa

1. Sifat Merendah Diri

Tidak menunjukkan perasaan bangga diri yang keterlaluan semasa

berkomunikasi. Lebih banyak mendengar daripada berbicara.

2. Bersifat Sabar

Kesabaran menjadi nilai yang dapat menyelesaikan segala masalah

hidup dengan beransur-ansur dan bijaksana.

Page 18: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

3. Bersikap Positif Sentiasa memilih cara yang terbaik dengan menggunakan akal fikiran

yang positif.

4. Kesantunan Bahasa Apabila Berinteraksi Melalui cara ini mereka akan menjadi mesra dan saling mengenal hati

budi masing-masing. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus

sesuai dengan norma budaya sesuatu masyarakat agar tidak timbul

kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak lain.

5. Tertib dan Bersopan santun. Menunjukkan sikap menghormati orang lain, peramah, mesra dan

manis tutur kata. Boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Latihan 1 – Dengan merujuk bahan multimedia dan sokongan pengurusan grafik, huraikan ciri-ciri budi bahasa yang wujud dalam masyarakat Malaysia.

Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan selanjutnya.

Latihan 2 – Jelaskan dengan contoh bagaimana anda boleh mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Page 19: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Hilangkan stres seketika, sambil hayati pantun budi.

Perigi dikatakan telaga, Tempat budak berulang mandi; Emas merah ada harga, Budi bahasa bernilai abadi. Diribut runduklah padi, Dicupak Datuk Temenggung; Hidup kalau tidak berbudi, Duduk tegak ke mari tanggung

TAMAT

Rujukan: Abd. Rahim Abd Rashid. (2006). Agenda Perubahan

Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Dist.

Asma Abdullah. (2009). Ke Arah Glokal Dimensi Budaya

dalam Pengurusan Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Naffi Mat. (2009). Teknik Mengajar KOMSAS. Kuala

Lumpur: Penerbitan PTS. Noriati dan Sanat. (2002). Persidangan Antarabangsa

Pengajian Melayu Beijing Ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 20: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

TAJUK 3 KESANTUNAN BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk 3 menjelaskan kesantunan bahasa Melayu kepada pelajar iaitu

konsep kesantunan, kesantunan verbal dan kesantunan bukan verbal

(bahasa tubuh).

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep kesantunan;

2. menyatakan takrif kesantunan verbal dan bukan verbal.

3. memberi contoh kesantunan verbal dan kesantunan bukan verbal

(bahasa tubuh).

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI

Pengenalan Kesantunan adalah merujuk kepada cara sapaan sama ada secara lisan

atau bertulis dalam bahasa Melayu. Cara sapaan tersebut diucap atau

Page 21: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

ditulis dengan sopan santun supaya pengucap atau penulis berkenaan

tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Dalam erti kata

lain kesantunan bermaksud kehalusan budi bahasa dalam memakai atau

menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.

Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan

dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini

melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

Kesantunan berbahasa juga mempunyai ciri-ciri yang tertentu.

Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus dalam

kesantunan agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan

keakraban hubungan. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan

penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa

istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat,

bersiram, bersemayam, junjung kasih, mencemar duli dan sebagainya.

Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.

Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan,

pangkat, umur dan keakraban hubungan.

Konsep Kesantunan Kesantunan berbahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam

berbahasa dan sering kali dilihat dalam interaksi antara individu semasa

berkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan

norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut.

Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat sering kali dipenuhi oleh norma

budaya masyarakat tersebut. Bahasa yang digunakan bukan sahaja

mengambil kira bentuk atau pilihan kata tetapi turut menitikberatkan

sistem sapaan yang akan diguna pakai.

Selain itu, terdapat beberapa pendapat yang menjelaskan konsep dan

takrif kesantunan;

Page 22: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

(a) Abdull Sukor Shaari et al. (2003) mentakrifkan kesantunan sebagai

cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu

dengan penuh sopan, tidak biadap atau kurang ajar. Ia

merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan

ketika bertegur sapa (bahasa sapaan), nada, gerak laku dan gaya

yang digunakan ketika berkomunikasi.

(b) Noresah Baharom et al. (2000) mendefinisikan kesantunan sebagai

perihal santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa dan budi

pekerti).

(c) Amat Juhari Moain (1992), pula berpendapat kesantunan

berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan

bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.

Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun

dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.

(d) Menurut Asmah Hj. Omar (2000) pula, kesantunan melibatkan

kesedaran peranan, taraf sosial, kuasa dan kepatuhan mengawal

perbincangan dan menjaga air muka. Air muka berasaskan maruah

dan martabat itu berbeza dengan bahasa tubuh berasaskan

keinginan mencapai sesuatu.

(e) Noriati A. Rashid (2005) mentakrifkan kesantunan sebagai

penggunaan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik, dan

sentiasa menjaga air muka pendengar.

Oleh itu, kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan

bahasa ketika berkomunikasi, sama ada secara lisan atau bertulis.

Kesantunan juga merujuk kepada maksud timbang rasa yang diberikan

kepada pihak yang mendengar perkara yang diperkatakan atau terhadap

apa-apa yang ditulis. Sehubungan dengan kesantunan orang Melayu,

mereka memandang tinggi terhadap budi bahasa. Orang yang berbudi

bahasa, berbudi mulia dan sopan dalam berbahasa diberi nilai yang

Page 23: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

sangat tinggi. Orang yang tidak berbudi bahasa dan bercakap dengan

tidak sopan dianggap berperangai rendah.

Layari laman web berkaitan. Dengan sokongan bahan grafik, senaraikan ciri-ciri kesantunan bahasa.

Kesantunan Verbal Kesantunan verbal bermaksud komunikasi lisan. Berkomunikasi jenis ini

banyak digunakan dalam kalangan individu yang berlaku setiap hari. Hal

ini kerana kita sentiasa berhubung dengan orang lain samada bertujuan

untuk melahirkan pendapat atau perasaan kita. Perhubungan antara kita

dengan orang lain itu melalui proses komunikasi secara verbal. Dengan ini

dapatlah kita berkongsi atau bertukar-tukar fikiran, idea, maklumat dan

perasaan dengan orang lain.

Proses penyampaian maklumat yang berkesan akan memudahkan

penyampaian dan penerimaan maklumat. Komunikasi akan menjadi lebih

menarik dan berkesan apabila kesantunan verbal diamalkan dalam

percakapan. Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat

penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan

tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut. Kesantunan verbal

berkait rapat dengan sistem sapaan dan protokol. Kedua-dua tajuk ini

akan dihuraikan dalam tajuk empat nanti.

Kesantunan Verbal dan Persekitaran Guru o Kesantunan Menggunakan Telefon

Semasa menjawab telefon Jawab tiap-tiap panggilan dengan ucapan selamat diikuti oleh

nama organisasi, nama pejabat atau nama sendiri dengan nada

Page 24: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

suara yang ramah sebaik sahaja anda mengangkat gagang telefon.

Contohnya:

(a) Hello ... Selamat pagi, Unit Stor IPG Kampus Raja Melewar.

Puan Nadia bercakap. Boleh saya bantu?

(b) Hello ... Selamat tengahari, Pusat Sumber IPG Kampus Raja

Melewar. Puan Masitah bercakap. Boleh saya bantu?

(c) Hello ... Selamat Petang, Unit LDP JPNS. Puan Normala

pegawai bertugas sedia membantu.

Semasa membuat penggilan

Selepas ungkapan hello, mulakan dengan buat semakan untuk

mempastikan tempat yang dihubungi dan nama pegawai betul.

Kemudian perkenalkan diri dan organisasi yang diwakili. Contoh:

(a) Hello Unit Stor, Puan Masita dari Pusat Sumber. Boleh saya

bercakap  dengan  Puan  Nadia?  ….  Terima  kasih.

(b) Hello Unit Pentadbiran. Saya Puan Nurul dari Unit Bahasa

Inggeris. Izinkan saya  bercakap  dengan  Puan  Faezah  ?  ….  

Terima kasih.

o Kesantunan bahasa di kaunter

Bahagian di hadapan kaunter adalah tempat di mana orang ramai

berkumpul untuk mendapatkan makluman dan perkhidmatan. Justeru

petugas perlu senyum dan bertanyalah dengan bahasa yang

bersantun. Contoh:

Selamat pagi encik/puan, boleh saya bantu?

Terima kasih, jumpa lagi.

o Kesantunan bahasa di pintu masuk

Imej sesebuah organisasi bermula dari pintu masuk. Walaupun

petugas di pondok pengawal dikendalikan syarikat swasta, bimbinglah

mereka untuk bertutur dengan penuh kesantunan. Contoh:

Page 25: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

(a) Selamat pagi encik, boleh saya bantu?

(b) Sila tinggalkan lesen memandu encik di sini. Terima kasih.

(c) Maaf encik, hanya kenderaan yang mempunyai pelekat rasmi

sahaja dibenarkan masuk.

(d) Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu? Terima kasih encik/puan.

Selamat jalan..

o Kesantunan bahasa di tempat letak kereta

Contoh:

(a) Maaf encik/puan, di sini tidak dibenarkan meletakkan kenderaan.

(b) Mohon alihkan kenderaan ke tempat meletak kereta di sana.

(c) Maaf Encik/Puan, hanya kereta berpelekat sahaja dibenarkan

masuk.

Buat rujukan di perpustakaan. Dapatkan seberapa banyak maklumat tentang kesantunan verbal. Kemudian buat peta minda untuk memudahkan pemahaman.

Kesantunan Bukan Verbal (bahasa tubuh)

Istilah   ’bukan   verbal’   ialah   istilah   popular   untuk   beberapa   istilah   lain  

seperti   ’nonverbal’,   ’BL   (body language), ’bahasa   badan’   dan   ’bahasa  tubuh’.   Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang

melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan. Bahasa ini

sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan

melalui pertuturan atau tulisan. Komunikasi melalui bahasa tubuh ini

mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan, dan status sosial

seseorang individu. Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan

bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemah maksud

yang hendak disampaikan dengan jelas. Menurut Abdullah Hassan dan

Ainon Mohd. (1999) apa yang disebut bahasa badan (bahasa tubuh)

termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak-geri,

Page 26: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

roman (rupa) muka, gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita

bercakap.

Dengan membaca bahasa tubuh, kita dapat mengetahui sama ada mesej

yang diperkatakan itu dapat diterima secara positif atau sebaliknya. Ada

empat jenis pergerakan anggota badan manusia yang menyumbang

kepada pelaksanaan bahasa tubuh, iaitu:

o Gerak Anggota Badan Peranan gerak anggota badan penting dalam komunikasi tanpa lisan.

Oleh itu, pergerakan anggota badan dapat menyampaikan mesej

secara lebih berkesan semasa proses berkomunikasi berlaku.

Biasanya   pergerakan   anggota   badan   perlulah   ’sejagat’     dan   boleh  

difahami oleh semua orang sebelum berkomunikasi. Contohnya:

Menggelengkan kepala bermaksud tidak setuju atau berminat.

Membesarkan kelopak mata bermaksud geram atau marah.

Hentak kaki untuk maksud penegasan, larangan dan lain-lain.

o Gerakan Mata Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa

lisan. Contohnya:

Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat

Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya

Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta

Tidak memandang mata semasa bercakap, menunjukkan berminat

tetapi malu atau tidak tenteram perasaannya.

o Gerakan Tangan Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh

kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang budaya. Gerak

Page 27: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat

mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku. Contohnya:

Isyarat gerakan tangan yang digunakan menggunakan gaya

tersendiri semasa berpidato untuk menyampaikan maksud tertentu.

Meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermaksud diam.

Menggenggam tangan menunjukkan maksud geram atau amaran.

Semasa bercakap, seseorang gemar menggunakan tangan untuk

menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikan.

o Memek Muka

Memek muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat

diterjemah maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Memek muka

dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang. Riak air

muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas

terhadap seseorang. Contohnya:

Berdasarkan memek muka orang yang sedang berinteraksi dengan

kita, lazimnya kita akan mengetahui maklumat tersurat dan tersirat.

Memek muka juga menggambarkan keperibadian seseorang

seperti lemah-lembut, bengis atau penyayang.

Memek muka juga menggambarkan perasaan sebenar penutur

semasa berinteraksi seperti sedih atau gembira.

Latihan 1 – Dengan merujuk bahan multimedia, jelaskan bagaimana kesepaduan bahasa lisan dan bahasa tubuh dalam komunikasi dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam antara pemberi dengan penerima mesej.

Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan seterusnya.

Page 28: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Latihan 2 – Dengan sokongan bahan grafik, banding bezakan pelbagai jenis fungsi anggota badan yang terlibat dengan kesantunan bukan verbal.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

TAMAT

Rujukan: Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Komunikasi Untuk

Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdull Sukor Shaari et al. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong: PTS Publications. Amat Johari Moain. (1992). Panduan Utamakanlah

Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noresah Baharom et al. (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A. Rashid. (2005, Jun). Konsep kesantunan dalam

masyarakat Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Jilid 3 Bil. 1: 112-128.

Page 29: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

24

TAJUK 4 SISTEM SAPAAN DAN PROTOKOL

SINOPSIS Tajuk 4 menjelaskan sistem sapaan bahasa Melayu kepada pelajar

iaitu kata panggilan dalam keluarga dan kata panggilan dalam

masyarakat serta panggilan hormat dalam majlis rasmi.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan sistem sapaan dalam masyarakat Melayu;

2. menyatakan kata panggilan dalam keluarga dan masyarakat;

3. memberi contoh panggilan hormat dalam majlis rasmi.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

SISTEM SAPAAN

KATA PANGGILAN

DALAM KELUARGA

KATA PANGGILAN

DALAM MASYARAKAT

PROTOKOL

PANGGILAN DALAM MAJLIS RASMI

Page 30: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

25

KANDUNGAN ISI

a. Bahasa Sapaan Apakah maksud bahasa sapaan ? Dalam komunikasi seharian , seseorang itu akan menggunakan perbendaharaan kata tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang lain. Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, sama ada disengajakan ataupun tidak, boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun menjatuhkan air muka kawan yang dilawan bercakap. Masyarakat menggunakan perbendaharaan kata serta ungkapan yang dikatakan bahasa sapaan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi. Bahasa sapaan itu pula berkait rapat dengan kata ganti nama diri. Penggunaannya juga mesti sesuai dengan struktur masyarakatnya. Ada ketikanya, bahasa sapaan mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang dilawan bercakap. Kesimpulannya, Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar. Ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan. Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Situasi formal dan tidak formal mempunyai system sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa. b. Kata Ganti Diri dan Sapaan dalam Keluarga Penggunaan nama-nama panggilan kekeluargaan dan bahasa sapaan mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan serta kedudukannya dalam masyarakat amnya. Keluarga Sedarah Keluarga sedarah ialah keluarga yang terdiri daripada saudara-saudara sedarah dalam beberapa generasi. Kata ganti diri dalam sesebuah keluarga sedarah ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/ perut dan keluarga turun-temurun.

Page 31: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

26

i. Keluarga asas

PANGGILAN

KEDUDUKAN DALAM KELUARGA

Bapa, ayah, abah, bapak, ba, walid

Ketua keluarga lelaki

Emak, mak, ibu, bu, umi, encik, wan

Ketua keluarga perempuan

PANGGILAN

KEDUDUKAN DALAM KELUARGA

CARA MENYEBUT

Long Anak sulung / anak pertama Bang Long, Kak long Ngah Anak kedua Bang Ngah, Kak Ngah Lang Anak ketiga Bang Lang, Kak Lang Uda Anak keempat Bang Uda, Kak Uda Andak Anak kelima Bang Andak, Kak Andak Teh Anak keenam Bang Teh, Kak Teh Busu Anak Bongsu / anak terakhir Busu, Kak Su

PANGGILAN

KEDUDUKAN DALAM KELUARGA

CARA MENYEBUT

Abang

Ahli lelaki yang tua dalam keluarga

Abang serta nama Contoh : Abang Ali atau Bang Li

Kakak

Ahli perempuan yang tua dalam keluarga

Kakak serta nama Contoh : Kakak Fatimah atau Kak Timah

Adik

Ahli lelaki / perempuan yang muda dalam keluargu

Adik serta nama Contoh : Adik Rozita atau Adik Ita Adik Azlan atau Adik Lan

Page 32: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

27

ii. Keluarga Suku / Perut Keluarga suku atau keluarga perut terdiri daripada ahli-ahli keluarga sebelah ibu atau bapa dalam keluarga asas. Kata ganti diri atau bahasa sapaan bagi ahli-ahli dalam keluarga jenis ini, sama ada bapa atau emak saudara daripada sebelah bapa atau emak, adalah berdasarkan bahasa sapaan yang digunakan dalam keluarga asas juga.

KELUARGA ASAS

KELUARGA SUKU / PERUT

Bang Long / Kak Long Pak Long / Mak Long Bang Ngah / Kak Ngah Pak Ngah / Mak Ngah Bang Lang / Kak Lang Pak Lang / Mak Lang Bang Uda / Kak Uda Pak Uda / Mak Uda Bang / Kak Andak Pak Andak / Mak Andak Bang Teh / Kak Teh Pak Teh / Mak Teh Bang Busu / Kak Su Pak Busu / Mak Busu

PANGGILAN

GELARAN

CARA MENYEBUT

Abang sepupu Sepupu selari lelaki Abang + nama Contoh : Abang Ali

Kakak sepupu Sepupu selari perempuan Kakak + nama Contoh : Kak Lili

Bapa saudara sepupu

Sepupu lelaki kepada ibu atau bapa

Sama seperti panggilan kepada saudara kandung sebelah ibu atau bapa. Contoh : Pak Ngah atau Pak Ngah Salim

Emak saudara sepupu

Sepupu perempuan kepada ibu dan bapa

Sama seperti panggilan kepada saudara kandung sebelah bapa atau emak. Contoh : Mak Lang atau Mak Lang Kiah

Page 33: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

28

PANGGILAN

GELARAN

CARA MENYEBUT

Anak sepupu Anak saudara sepupu ( lelaki / perempuan)

Bahasa sapaan nama ( tidak mengira umur ) Contoh : Milah, Ahmad

Cucu saudara Cucu saudara lelaki / perempuan Bahasa sapaan nama ( tidak mengira umur) Contoh : Amin , Hasnah

iii) Keluarga Turun-temurun

Keluarga turun-temurun ialah keluarga keturunan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain iaitu anak, cucu, baka zuriat ( Teuku Iskandar, 1970: 1304 )

PANGGILAN

GELARAN CARA MENYEBUT

Onyang, moyang

Generasi yang lebih tua sama ada lelaki/ perempuan

Moyang , onyang

Datuk, tok, tok wan

Generasi lelaki sebelum keluarga asas

Datuk, tok , tok wan

Mak tok, nenek, opah, wan

Generasi perempuan sebelum keluarga asas

Mak tok, nenek, opah, wan

Datuk saudara Saudara kandung lelakisebelah datuk dan nenek

Datuk, tok

Nenek saudara Saudara kandung perempuan sebelah datuk dan nenek

Nenek, nek, datuk, tok

Cucu

Cucu lelaki / perempuan

Nama cucu itu sendiri atau panggilan keluarga yang diberikan kepada cucu itu. Contoh : Bang Long Bang Ngah

Page 34: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

29

b. Keluarga Semenda

Keluarga semenda ialah keluarga yang pertalian kekeluargaannya terbentuk menerusi perkahwinan. PANGGILAN GELARAN CARA

MENYEBUT Ayah/ emak mertua

Ibu bapa kepada suami atau isteri

Ayah, bapak/ ibu, emak

Anak menantu

Suami atau isteri kepada anak sendiri

Memanggil nama anak menantu tersebut

Ipar

Abang/ adik suami atau isteri

Abang serta nama Contoh: Abang Ali Panggilan Keluarga Contoh : Bang Long Panggilan keluarga serta nama : Alang Hamid Untuk adik dipanggil nama sahaja Contoh : Salleh

Ipar-duai / ipar-lamai

Sepupu suami atau sepupu isteri

Sama seperti kata sapaan bagi panggilan ipar.

Biras

Suami / isteri kepada abang / kakak / adik ipar

Sama seperti kata sapaan bagi panggilan ipar

Suami / isteri

Pasangan suami isteri

Memanggil nama ( panggilan untuk isteri) Sayang

Page 35: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

30

PANGGILAN GELARAN CARA MENYEBUT Yang Abang ( panggilan untuk suami ) Mengikut panggilan dalam keluarga Contoh: Along, Andak Ayah/ abah atau emak diikuti dengan nama anak. Contoh : Ayah Lizanya Mak Lizanya

c. Keluarga Angkat

Keluarga angkat ialah keluarga yang diakui seperti keluarga sendiri. Anak angkat boleh dibahagikan kepada tiga: i) Anak angkat benar

Anak angkat benar ialah anak angkat yang tiada pertalian darah langsung dengan keluarga yang memeliharanya, tetapi dipelihara seperti anak kandung sendiri. Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan dalam keluarga sedarah.

ii) Anak angkat panggilan

Anak angkat panggilan ialah anak yang tidak ada pertalian darah dengan keluarga asas tetapi dianggap sebahagian keluarga sendiri. Contohnya, seseorang yang merantau. Oleh sebab kemesraannya dengan sesebuah keluarga jadilah dia anak angkat keluarga itu. Anak angkat ini akan memanggil ketua keluarga lelaki sebagai pak cik dan perempuannya ialah mak cik.

Page 36: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

31

iii) Anak angkat sementara

Seseorang anak yang tiada pertalian darah tetapi tinggal bersama keluarga angkat untuk satu jangka masa tertentu dengan tujuan tertentu dipanggil anak angkat sementara. Contohnya, projek anak angkat. Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan bagi keluarga sedarah.

d. Kata Ganti Diri dan Sapaan dalam Masyarakat

Masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. Kata ganti diri dan sapaan di luar keluarga juga digunakan berdasarkan kepada faktor umur, pangkat atau status dalam masyarakat. i) Kata ganti diri dan sapaan berdasarkan umur dalam pergaulan

biasa HUBUNGAN UMUR KATA GANTI DIRI

Erat

Lebih tua daripada penutur / separuh umur

Pak, pak cik, mak, mak cik

Lebih erat

Lebih tua daripada penutur / separuh umur

Pak cik + nama Pak + nama Contoh : Pak Man Mak cik + nama Mak + nama Contoh : Mak Munah

Kurang rapat

Jauh lebih tua daripada penutur

Tok + nama Contoh : Tok Man

Rapat

Jauh lebih tua daripada penutur

Tok + gelaran pangkat dalam keluarga Contoh : Tok Cik Nek + gelaran pangkat dalam keluarga Contoh : Nek Ngah

Page 37: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

32

Rapat

Lebih tua daripada penutur

Abang + nama Contoh : Abang Zaki Kak + nama Contoh : Kak Tijah

Rapat

Lebih muda daripada penutur

Nama sahaja ( jika diketahui namanya) Kalau tidak tahu digunakan panggilan adik sahaja.

Rapat

Sebaya

Nama sahaja

Kurang rapat

Sebaya

Saudara ( lelaki ) Saudari ( perempuan)

ii) Bahasa sapaan berdasarkan pangkat atau status seseorang dalam masyarakat. Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan. Dalam pergaulan seharian terdapat sekatan-sekatan sosial tertentu antara ahli masyarakat itu. Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial. Dalam bentuk sapaan yang berdasarkan pangkat atau status seseorang itu, pembahagian dibuat seperti berikut: a. Gelaran pergaulan tak sengaja b. Gelaran warisan c. Gelaran kurniaan kerajaan d. Gelaran kurniaan ikhtisas e. Gelaran keagamaan ( Asmah Hj. Omar, 1982) a. Gelaran Pergaulan Tak Sengaja ( formal)

Pergaulan tak bersahaja ( formal ) dimaksudkan sebagai pergaulan yang menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial, atau sekatan sosial disebabkan si penyapa tidak begitu kenal antara satu sama lain.

Page 38: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

33

Kata ganti diri sapaan

Orang yang ditujukan

Tuan

Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur ( dari segi status pekerjaan ) Dirujuk kepada orang yang menjadi Pengerusi Majlis. Contoh : Tuan Pengerusi Majlis Digunakan bersama nama / jenis jawatan Contoh : Tuan Pengetua Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim, doktor. Contoh : Tuan Hakim Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki dalam sesuatu upacara rasmi. Contoh : Tuan-tuan sekalian Pemilik harta. Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai Orang yang bergelar seperti Haji, Profesor Contoh : Tuan Haji Shukor, Tuan Profesor

Encik

Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur.

Puan

Orang perempuan yang sudah berkahwin Orang perempuan yang memegang jawatan Contoh : Puan Pengetua Pengerusi sesuatu upacara atau majlis Contoh : Puan Pengerusi

Page 39: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

34

Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara rasmi Contoh : Puan-puan sekelian

Cik

Orang perempuan yang belum berkahwin Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada penutur

Saudara ( lelaki)/ Saudari (perempuan)

Orang yang baru dikenali Kaki tangan bawahan atau setaraf dengan penutur Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis Digunakan dalam mesyuarat dan majlis perdebatan

b. Gelaran Warisan

Gelaran warisan merupakan gelaran yang diwarisi oleh seseorang sejak kelahirannya seperti: GELARAN / BAHASA SAPAAN Tengku, Raja ( Engku) Engku Megat ( Encik Megat) Syed ( Tuan Syed ) Wan ( Encik Wan / Cik Wan) Nik ( Pak Nik ) Abang ( Sarawak) Abang (Brunei) Dayangku ( Brunei)

Page 40: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

35

c. Gelaran Kurniaan Kerajaan Gelaran kurniaan kerajaan adalah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang dianggap berjasa.

GELARAN

BAHASA SAPAAN

Tun Toh Puan Tan Sri Puan Sri Datin Paduka

Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan, Puan , Encik atau Cik kecuali mereka mempunyai gelaran lain seperti Doktor , Profesor , Tengku , atau Haji. Contoh : Tun Dr. Ismail Tan Sri Tengku Ahmad

d. Gelaran Kurniaan Ikhtisas

Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional.

GELARAN

BAHASA SAPAAN

Profesor Doktor Cikgu Ustaz

Bentuk panggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka. Contoh : Seseorang guru agama dipanggil Ustaz Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor dan Doktor. Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor

e. Gelaran Keagamaan

Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam, terdapat beberapa gelaran bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam hal keagamaan.

GELARAN BAHASA SAPAAN Haji Hajah Imam Lebai

Tuan Haji / Pak Haji Osman Puan Hajah / Mak Hajah Esah Cik Haji ( bagi lelaki / perempuan ) Tuan Imam Pak Lebai

Page 41: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

36

Protokol Komunikasi protokol melibatkan penggunaan kata sapaan , adab berbual, penggunaan bahasa istana dan panggilan hormat. Panggilan hormat yang dikuatkuasakan penggunaannya dalam ucapan rasmi atau pengacaraan bagi sesuatu majlis adalah berdasarkan :

Gelaran Diraja Gelaran Turun –temurun Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran Gelaran Kurniaan Ikhtisas Gelaran Keagamaan

Protokol Panggilan Hormat

Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar, Yang memerintah

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong

Duli  Yang  Maha  Mulia  Tuanku  …….(  nama  ) Kebawah  Duli  Yang  Maha  Mulia  Tuanku  …….(  nama  ) Duli  Yang  Maha  Mulia  Sultan  …….(  nama  ) Duli  Yang  Maha  Mulia  Almutawakkil  Alallah  ……(  nama  ) Kebawah  Duli  Yang  Maha  Mulia  Sultan  …..    (  nama  )

Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara – negara Asing /

Duta Besar / Duta / Pesuruhjaya Tinggi

Tuan Yang Terutama

Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di- Hilir Perak

Duli  Yang  Teramat  Mulia  Tuanku  ……(  nama  ) Duli  Yang  Amat  Mulia  Tuanku  ……  (  nama  ) Yang  Amat  Mulia  Undang  ……(  nama  ) Kebawah  Duli  Yang  Teramat  Mulia  Tuanku  …..(  

nama )

Page 42: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

37

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Besar / Ketua Menteri/ Menteri-menteri/ Timbalan Menteri/

Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri/ Pegawai/ Kaki tangan Kerajaan

Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Mulia Yang Berhormat Yang Berhormat Mulia Tuan Yang Dipertua Yang Mulia Tuan Yang Dipertua Yang Berhormat Senator Yang Berhormat Mulia Senator

Tun/ Toh Puan/ Kerabat Diraja/ Syed/ Syarifah

Yang Amat Berbahagia Yang Amat Mulia Yang Mulia

Ketua Hakim Negara/ Hakim Besar/ Hakim Yang Amat Arif Tuan Ketua Hakim Negara Yang  Amat  Arif  Tengku….. Yang Arif Tuan Hakim Besar/ Tuan Hakim

Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk Seri/ Datin Seri/ Datuk Patinggi/ Datin Patinggi/ Datuk/ Datuk Amar/ Datin/ Datin Paduka

Yang Berbahagia Yang Mulia ( untuk kerabat diraja )

Mufti/ Kadi/ Haji/ Hajah Yang Berbahagia Tuan Mufti Sahibussamahah  Tan  Sri/  Datuk  Mufti  …..(  nama  ) Yang Mulia ( kerabat diraja ) Yang Mulia Tuan Haji Yang Mulia Puan Hajah

Page 43: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

38

Ketua Pengarah/ Pengarah/ Setiausaha/ Setiausaha Agung/ Pengurus Besar / Pengurus

Yang Berbahagia

Residen/ Pegawai Daerah/ Penghulu/ Orang Kaya-kaya/ Sidang

Yang Berbahagia

Ustaz/ Ustazah/ Imam/ Pengetua/ Guru Besar/ Pemangku Ketua

Yang Berbahagia

Syed/ Syarifah/ Profesor/ Profesor Madya/ Drs/ Dra/ Encik/ Nik/ Wan/ Abang/ Megat/ Meor/ Ahmad/ Cik/ Puteri/

Pengerusi Majlis

Yang Mulia Tuan Syed Yang  Berbahagia  Tuan….. Yang  Mulia  Cik…… Yang Mulia Tuan/Puan Pengerusi

Page 44: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

39

Latihan 1 – Dengan merujuk bahan multimedia, jelaskan bagaimana sistem sapaan dalam keluarga dan masyarakat dapat melahirkan keluarga bahagia dan masyarakat harmoni.

Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan seterusnya.

Latihan 2 – Dengan sokongan bahan grafik, buat simulasi tentang protokol panggilan hormat dalam majlis rasmi.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

TAMAT

Rujukan: Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Komunikasi Untuk

Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdull Sukor Shaari et al. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong: PTS Publications. Amat Johari Moain. (1992). Panduan Utamakanlah

Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noresah Baharom et al. (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A. Rashid. (2005, Jun). Konsep kesantunan dalam

masyarakat Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Jilid 3 Bil. 1: 112-128.

Page 45: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

TAJUK 5 GAYA BAHASA SINOPSIS

Tajuk 5 menjelaskan tentang maksud gaya bahasa dan kepelbagaian

gaya bahasa yang terdapat dalam penggunaan bahasa Melayu.

Beberapa contoh diberikan agar pelajar dapat meneliti dan memahami

penggunaan gaya bahasa tertentu dalam komunikasi sama ada secara

lisan atau tulisan.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan maksud gaya bahasa;

2. menjelaskan unsur gaya bahasa dalam bahasa Melayu; dan

3. mengaplikasikan unsur gaya bahasa dalam komunikasi bahasa

Melayu.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

GAYA BAHASA

BUNYI - Asonansi - Aliterasi

- Rima

UNGKAPAN - Peribahasa

- Kata-kata Hikmat - Cogan kata

AYAT - Jenis Ayat

- Ragam ayat - Bentuk ayat

PERKATAAN - Diksi

- Metafora - Simile

- Personifikasi - Hiperbola

- Pengulangan

Page 46: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

KANDUNGAN ISI

Pengenalan

Untuk menyampaikan idea, pendapat, perasaan, emosi, dan sebagainya

kita akan menggunakan bahasa sama ada secara lisan ataupun secara

bertulis. Mungkin perkataan yang digunakan atau ayat yang dibina adalah

berbeza kepada setiap individu walaupun mereka memperkatakan

perkara yang sama. Setiap orang mempunyai gaya dan cara yang

tersendiri kerana sifat bahasa yang kreatif. Penggunaan gaya bahasa

yang tepat dan sesuai akan meningkatkan keberkesanan komunikasi.

Selain itu, gaya bahasa juga akan dapat menarik perhatian dan tumpuan

pendengar atau pembaca yang terlibat.

Maksud Gaya Bahasa

Menurut Nik Safiah Karim (1988), gaya bahasa ialah cara bagaimana

seseorang itu mengungkapkan bahasa sama ada semasa bertutur atau

menulis.   Za’ba   pula dalam buku Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan

gaya bahasa sebagai rupa susuk ayat yang dipakai apabila bercakap atau

mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya,

cara susunan atau bentuk perbahasaannya. Oleh itu, dalam kajian gaya

bahasa akan melihat aspek-aspek kesesuaian penggunaan parkataan,

frasa, ayat dan ungkapan tertentu dalam situasi-situasi tertentu.

Berdasarkan gaya bahasa yang digunakan oleh penutur atau penulis, kita

boleh mengenal peribadi seseorang. Misalnya, bagi penulisan sesebuah

cerpen, Othman Putih (1993) menyatakan bahawa setiap pengarang

mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengekspresi atau

menyatakan sesuatu ceritanya. Cara penyampaiannya itu amat

bergantung pada keupayaannya menguasai bahasa tersebut sebagai alat

komunikasi atau pengucapannya. Gaya yang tersendiri itu boleh menjadi

cerminan peribadi pengarang.

Page 47: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Berdasarkan huraian di atas jelaslah bahawa gaya bahasa ialah cara

bahasa diungkapkan oleh seseorang untuk menyampaikan sesuatu dalam

komunikasi sama ada secara lisan atau secara tulisan. Dalam hal tersebut,

beberapa aspek boleh dilihat, iaitu dari segi pemilihan kata, frasa, dan

ayat yang digunakan. Keperluan untuk membuat pemilihan dari aspek

bahasa ini sangat penting agar apa yang hendak disampaikan mudah

difahami oleh penerimanya. Selain itu, penggunaan bahasa yang baik,

tepat dan menarik akan membuatkan pendengar atau pembaca memberi

sepenuh tumpuan dalam komunikasi tersebut.

Aspek Gaya Bahasa

Untuk meneliti gaya bahasa, kita boleh membahagikannya kepada

empat aspek, iaitu:

i. Bunyi

ii. Perkataan

iii. Ungkapan

iv. Ayat

i. Bunyi

o Asonansi

Asonansi ialah perulangan bunyi vokal yang terdapat dalam

baris. Perulangan ini bukan sahaja dapat menimbulkan kesan

bunyi indah tetapi turut memberi kesan makna. Cuba lihat

contoh   baris   sajak   ’Bunga   Popi’   karya   Sasterawan   Negara  

Usman Awang berikut:

Dari darah, dari nanah yang punah di tanah

Page 48: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

o Aliterasi

Aliterasi ialah perulangan bunyi konsonan yang terdapat dalam

baris. Perulangan konsonan juga akan menimbulkan keindahan

bunyi dan membawa makna yang tersendiri. Contoh:

malam kelam berbalam-balam

o Rima

Rima bermaksud perulangan atau pertentangan bunyi yang

terdapat dalam baris atau pada akhir baris. Sama seperti

asonansi dan aliterasi, bunyi yang berima akan menimbulkan

kesan indah pada indera pendengaran. Lihat contoh pantun

berikut yang mempunyai rima abc-abc.

Nyiur gading tinggi menjulang, Masak ketupat berisi inti, Buah delima di dalam cawan; Hancur daging berkecai tulang, Belum dapat belum berhenti, Hendak bersama denganmu tuan.

ii. Perkataan

o Diksi Diksi ialah pemilihan dan susunan perkataan yang tepat dan

sesuai dalam pertuturan atau tulisan. Nilai diksi yang baik

terletak pada ketepatan pemilihan perkataan sesuai dengan

maksud yang hendak disampaikan. Dalam penciptaan puisi,

pemilihan perkataan yang baik akan menghasilkan bait -bait

puisi yang puitis.

Page 49: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

o Metafora

Kiasan atau perbandingan setara secara terus atau langsung

yang tidak menggunakan kata perbandingan seperti, umpama,

bagai, bak dan seumpamanya. Contoh:

Kehidupan adalah lautan

o Simile

Kiasan atau perbandingan setara yang menggunakan perkataan

bagai, umpama, bak, ibarat dan sebagainya. Contoh:

Bagai aur dengan tebing

o Personafikasi

Dikenali juga perorangan atau memberikan sifat-sifat manusia

kepada benda-benda bukan manusia. Contoh:

Daun nyiur melambai-lambai

o Hiperbola

Pernyataan berlebih-lebihan yang bertujuan untuk menekankan

tentang sesuatu idea atau perkara. Contoh:

Lautan api sanggup ku renangi

o Pengulangan

Pengulangan sesuatu perkataan sama ada dalam baris atau

antara baris bertujuan untuk menimbulkan keindahan bahasa.

Contoh:

Dari mana punai melayang,

Dari sawah turun ke padi;

Dari mana datangnya sayang,

Dari mata turun ke hati.

Page 50: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Layari laman web yang berkaitan. Kemudian dapatkan seberapa banyak maklumat lain tentang gaya bahasa dari aspek perkataan. Dengan menggunakan pengurusan grafik buat gambar rajah atau jadual yang menunjukkan aspek gaya bahasa tersebut.

Rehatlah seketika sambil berbual-bual dengan rakan sekuliah

Hilangkan stres, minum-minum sambil hayati pantun.

Ada perigi dikata telaga, Tempat budak berulang mandi; Emas perak ada harga, Budi bahasa sukar dicari. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakar di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa.

Page 51: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Latihan 1 – Baca dan fahami sajak di bawah. Kemudian huraikan aspek gaya bahasa yang boleh anda kenal pasti yang terdapat dalam sajak tersebut.

Bunga Pagi itu Kutemui dikau di kaki gunung Bunga kecil yang baru tumbuh Daunmu tersembunyi Tanpa bau Tanpa warna Kecuali bunga Yang menghidupkan rerama Bunga Menyusun warna Membenih seri Dalam kegilaan siang Dalam keharuan malam Setelah menemui wasiat itu Kau harus bangun dan tumbuh Seperti bunga gunung Terpencil dan jauh Kau hidupkan aku Dengan tiupan angin Dan jari pelindung! (Siti Zainon Ismail, 1990, hal.22)

iii. Ungkapan

o Peribahasa

Penggunaan peribahasa dalam lisan atau tulisan berfungsi

untuk menimbulkan keindahan berbahasa, menguatkan makna

dan menimbulkan suasana yang sesuai dalam situasi

berbahasa. Tambahan pula peribahasa mengandungi

kebijaksanaan fikiran, tersusun indah, ringkas, dan sedap

Page 52: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

didengar. Peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan,

pepatah, perbilangan dan perumpamaan. Contoh:

Hidup dikandung adat Mati dikandung tanah

o Kata-kata hikmat

Kata-kata hikmat, kata-kata bijak pandai, kata-kata bestari atau

dikenali juga madah pujangga ialah kata-kata yang tersusun

indah dan mengandungi pengertian yang tinggi yang menjadi

pedoman hidup masyarakat. Penggunaannya dalam lisan atau

tulisan akan meningggalkan kesan keindahan berbahasa.

Contoh:

Rajin dan usaha tangga kejayaan

o Cogan kata

Cogan kata atau slogan ialah ungkapan pendek yang menjadi

pegangan sesaorang atau sesebuah masyarakat. Contoh:

Berkhidmat untuk negara

iv. Ayat

Apabila memperkatakan gaya bahasa sama ada lisan atau tulisan,

pemilihan jenis ayat, ragam ayat dan bentuk ayat juga akan dapat

menimbulkan kesan-kesan tertentu. Ada pengarang mempunyai

kecenderungan untuk menggunakan bentuk-bentuk ayat tertentu

dalam tulisannya sehingga tulisannya dapat dikenali melalui gaya

tersebut. Walau bagaimanapun, ayat yang berkesan ialah ayat yang

dapat menyampaikan maksud orang yang menutur atau menulisnya.

Bincangkan kenyataan yang mengatakan bahawa penulis sesebuah karya sastera dapat dikenali melalui hasil karyanya.

Page 53: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Latihan 2– Dengan menggunakan sebuah cerpen sebagai bahan kajian, analisis aspek gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam karyanya itu.

TAMAT

Rujukan: Abdul Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt, (2002).

Bahasa Kebangsaan. Petaling Jaya : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, (1988). Bahasa Melayu dalam

Pembinaan: Beberapa Laras Bahasa Melayu Moden. Dewan Bahasa. 32:9, 636-647.

Othman Putih, (1993). Penulisan Cerpen: Visi dan

Langgam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahman Shaari, (1985). Memahami Istilah Sastera. Kuala

Lumpur: Karya Bistari Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz, (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam:

Oxford Fajar Sdn. Bhd. Siti Zainon Ismail, (1990). Kau nyalakan lilin... Bangi:

GRUPEMUISI, UKM.

Page 54: literasi bahasa

TAJUK 6

LARAS BAHASA

▪ SINOPSIS Tajuk 6 menjelaskan kepada pelajar tentang takrif laras, ciri-ciri laras bahasa,

dan contoh laras bahasa.

▪ HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan takrif laras bahasa,

2. menyenaraikan ciri-ciri laras bahasa,

3. memberi contoh-contoh yang sesuai bagi

setiap jenis laras yang dipelajari.

▪ KERANGKA TAJUK-TAJUK

LARAS BAHASA

Takrif Laras Bahasa

Ciri-ciri Laras Bahasa

Contoh-contoh Laras Bahasa

Ciri Keperihalan Sesuatu Peristiwa Ciri-ciri Linguistik

Laras Agama Laras Sains Laras Matematik Laras Teknologi Laras Kreatif Laras Undang-undang Laras Ekonomi Laras Sukan Laras Politik Laras Sejarah Laras Geografi Laras Seni

Page 55: literasi bahasa

▪ KANDUNGAN ISI

Pengenalan

o Laras bahasa juga disebut sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Laras

bahasa yang digunakan merupakan variasi atau jenis bahasa yang ada pada

tiap-tiap pengguna bahasa, misalnya jenis bahasa yang digunakan kepada

ibu bapa kita, kepada guru kita, kepada rakan baik kita atau kepada penjual

ikan di pasar. o Menurut Nik Safiah et al. (2008), setelah empat dekad berlalu bahasa

Melayu kini telah dapat memperkatakan apa jua bidang ilmu dan kegiatan,

selaras dengan kemajuan dunia abad ke-20. Pada peringkat universiti pula,

hampir semua bidang ilmu diajarkan dalam bahasa Melayu merangkumi

bidang sastera, ekonomi, undang-undang, pertanian, hingga ke bidang

kejuruteraan, fizik, perubatan dan psikologi. Demikian juga dalam konteks

mata pelajaran di sekolah-sekolah dan institusi lain semuanya dapat

diperkatakan dalam bahasa Melayu.

o Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial kerana sesuatu laras tertentu

digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Seseorang pengguna bahasa

menggunakan laras yang berbeza-beza bagi situasi yang berlainan, mengikut

kesesuaiannya. Jumlah laras yang wujud dalam kelompok masyarakat

bahasa sebenarnya menggambarkan pengalaman bahasa masyarakat

tersebut. Furguson (1968) dalam Nik Safiah (2006), mengatakan bahawa

salah satu daripada ukuran bagi menentukan taraf kemajuan ialah menerusi

jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan.

Takrif Laras Bahasa

Laras bahasa merujuk kepada cara atau gaya penggunaan sesuatu bahasa menurut

situasi bahasa itu digunakan dan bidang yang diperkatakan. Laras bahasa berubah

selaras dengan perubahan-perubahan sosial dan kebudayaan yang berlaku dalam

masyarakat. Menurut Ure & Ellis dalam  Nik  Safiah  (2006),  menganggap  laras  sebagai  “

jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi  yang  berlainan”.

Malah Nik Safiah (2006) sendiri berpendapat bahawa pilihan laras amat luas sama ada

laras semasa lisan ataupun secara bertulis. Jumlah laras seseorang itu

Page 56: literasi bahasa

menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya dan peranan yang telah

dimainkan olehnya dalam masyarakat. Semakin besar jumlah peranannya, maka

semakin besarlah jumlah laras bahasa yang digunakan.

Ciri-Ciri Laras

Fungsi laras bahasa adalah berbeza-beza mengikut bidang yang hendak diperkatakan

seperti bidang ketenteraan, sains, komersial, agama dan lain-lain. Ciri-ciri sesuatu laras

boleh dikenal pasti melalui peristiwa bahasa dan situasi penggunaan bahasa itu.

Menurut Abdul Shukor, Nuraini Yusoff dan Mohd. Isha Awang (2003), penggunaan

laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh dua faktor utama, iaitu:

1. Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa

2. Ciri-ciri Linguistik

Ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa terbahagi kepada dua jenis iaitu situasi

luaran dan situasi persekitaran. Situasi luaran bermaksud semua aspek yang

mempunyai kaitan dengan latar kebudayaan dan sosial sesebuah komuniti bahasa.

Manakala situasi persekitaran melibatkan aspek yang berkaitan dengan penggunaan

bahasa seperti cara penyampaian, hubungan sosial dan peribadi, serta perkara yang

diperkatakan dan fungsi sosial. Ciri Linguistik pula merujuk kepada aspek morfologi,

sintaksis dan fonologi.

Layari laman web yang berkaitan. Kemudian dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang ciri-ciri laras bahasa dan huraikan perbezaannya dari segi keperihalan sesuatu peristiwa bahasa dengan ciri-ciri linguistik.

Laras bahasa agama

Laras bahasa agama mengandungi beberapa istilah agama. Banyak istilah yang

digunakan dipinjam daripada bahasa Arab. Struktur ayatnya juga banyak

dipengaruhi oleh struktur bahasa Arab. Wacana jenis ini banyak digunakan untuk

menerangkan sebarang topik yang ada kaitan dengan agama termasuklah

Page 57: literasi bahasa

tentang akidah, fiqah, kisah-kisah Nabi dan para sahabat. Kadang kala diselitkan

dengan petikan daripada al-Quran dan hadis. Wacana ini juga kerap

menggunakan kias ibarat.

Laras Bahasa Sains Wacana laras bahasa sains disampaikan secara formal. Segala maklumat yang

diberikan adalah berdasarkan hasil kajian dan fakta. Penggunaan perkataan

yang tepat menjadi keutamaan dalam wacana jenis ini. Selain itu, wacana ini

juga menggunakan kosa kata dan formula atau rumus yang berkaitan dengan

bidang sains seperti fotosentesis, pH, H2O, SO2,H2SO2 meteoroid, asteroid, buruj

dan sebagainya.

Laras Bahasa Matematik Laras bahasa Matematik merupakan laras ilmiah, bersifat formal dan tidak

menggunakan bahasa basahan. Laras matematik mempunyai sifat intelektual,

saintifik dan formal berdasarkan hasil kajian dan fakta. Banyak menggunakan

istilah yang berkaitan dengan pengiraan dan simbol-simbol atau unit-unit bagi

mewakili   sesuatu   perkataan   seperti   ‘m’   untuk   meter,   ‘km’   untuk   kilometer dan

sebagainya.

Laras Bahasa Teknologi Laras bahasa jenis ini merupakan laras bahasa yang banyak digunakan dalam

bidang teknologi iaitu teknologi maklumat dan teknologi mekanikal. Beberapa

istilah seperti tetikus, papan kekunci, pen-drive dan sebagainya merupakan laras

bahasa untuk teknologi komputer manakala istilah seperti laman sesawang, e-

mail, sistem pesanan ringkas dan sebagainya dalam bidang telekomunikasi.

Untuk teknologi mekanikal pula, istilah seperti servis, alat ganti tulin, bumper,

minyak pelincir dan sebagainya digunakan untuk kenderaan.

Laras Bahasa Kreatif Laras bahasa sastera mempamerkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.

Bahasanya merangkumi bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Page 58: literasi bahasa

Laras bahasa sastera klasik banyak menggunakan kata-kata yang sudah tidak

digunakan kini. Penggunaan kata-katanya banyak dipengaruhi oleh bahasa

Sanskrit dan bahasa Arab. Laras bahasa sastera moden pula banyak

menggunakan bunga-bunga bahasa yang terkandung dalamnya bentuk bahasa

figuratif. Namun begitu, dalam rencana berbentuk kritikan sastera, bentuk

bahasanya lebih berbentuk formal dan ilmiah. Bentuk-bentuk karya kreatif seperti

cerpen, novel, filem, teater dan puisi.

Laras Bahasa Media Massa

Laras bahasa media massa digunakan dalam penulisan berita atau rencana

tentang isu semasa. Bentuk wacana laras bahasa media massa yang penting

adalah rencana dan berita. Rencana adalah karangan yang memberikan ulasan

tentang sesuatu isu semasa. Biasanya, wacana ini merupakan pendapat surat

khabar atau majalah tentang sesuatu isu. Terdapat kepelbagaian idea dan

wacana serta penggunaan kosa kata yang senang difahami oleh masyarakat

umum.

Berita pula bertujuan memberikan maklumat tentang sesuatu kejadian yang

dapat menarik perhatian orang ramai. Dalam berita, bahagian yang penting

diletakkan pada bahagian awal penulisan berita berkenaan. Hal ini bertujuan

membolehkan pembaca memahami keseluruhan berita itu setelah membaca

bahagian awal berita tersebut.

Antara ciri-ciri berita adalah ;

a. bentuknya ringkas tetapi kandungan beritanya maksimum

b. tidak mementingkan gaya dan nahu

c. menitikberatkan ketetapan, kejituan dan ringkas

d. mudah difahami

e. tiada bahasa yang berbunga-bunga, berbelit-belit dan berlapis-lapis

f. kandungannya berbentuk piramid terbalik, iaitu yang penting didahulukan

Page 59: literasi bahasa

Berita mengandungi judul dan teks. Judul berperanan memperkenalkan apa-apa

yang ada dalam teks berita. Judul berita disampaikan dalam tiga bentuk iaitu;

a. ringkasan, misalnya ‘Selangor Juarai Tiga Piala’

b. tafsiran, misalnya ‘Peningkatan Jumlah Kenderaan Punca Jerebu’

c. petikan, misalnya ‘Jangan Politikkan Slogan Satu Malaysia – PM’

Laras Bahasa Undang-undang Laras bahasa jenis ini banyak terdapat dalam teks yang berkaitan dengan

perundangan. Teks undang-undang mengandungi prinsip undang-undang dan

biasanya berbentuk akta yang terbahagi kepada bahagian dan seksyen. Pada

sesuatu seksyen, terdapat pula pecahan atau sub-seksyen. Laras bahasa

undang-undang juga mengandungi frasa sendi nama yang tidak digunakan

dalam bidang teknikal lain. Antara ciri penting dalam laras undang-undang

termasuklah kepersisan, keobjektifan, kejelasan, dan keterperincian. Wacana ini

juga menggunakan istilah-istilah dan kata-kata yang ada kaitannya dengan

undang-undang seperti petisyen, mandatori, pendakwaan, pembelaan, denda,

hukuman dan penjara.

Laras Bahasa Ekonomi Laras bahasa ekonomi mementingkan susunan rapi setiap maklumat. Maklumat

disampaikan secara jelas atau eksplisit, iaitu setiap fakta yang diberikan benar-

benar berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik. Wacananya ditandai

dengan kosa kata dan istilah ekonomi seperti eksport, lebihan dagangan, tahap

tertingi, melonjak, perdagangan antara bangsa, industri dan jumlah dagangan.

Laras Bahasa Sukan Laras bahasa sukan biasanya disampaikan dengan gaya bersahaja dan jelas.

Selain menggunakan kata-kata umum yang senang difahami, wacana ini juga

menyelitkan kosa kata berkaitan dengan sukan atau bidang sukan tertentu

seperti menang, tewas, pertandingan, latihan, atlit, kejohanan terbuka, suku

akhir, pemain perseorangan, beregu wanita, pilihan ketiga, pusingan kedua dan

pasangan bukan pilihan.

Page 60: literasi bahasa

Layari laman web yang berkaitan. Kemudian dapatkan maklumat lanjut tentang kepelbagaian laras dan banding bezakan setiap jenis laras tersebut.

Secara berkumpulan, bincangkan ciri-ciri dan perbezaan bagi setiap laras yang telah anda pelajari.

Rehatlah sebentar sambil berbual-bual dengan rakan sekuliah.

Secara individu, cuba anda buat simulasi penyampaian teks pelbagai laras mengikut intonasi, gaya dan nada yang berbeza.

TAMAT

RUJUKAN Abdull Sukor, Nuraini Yusoff & Mohd Isha (2003), Bahasa Melayu Komunikasi.

Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Page 61: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

TAJUK 7

WACANA

▪ SINOPSIS

Tajuk 7 menjelaskan tentang definisi wacana dalam bahasa Melayu, ciri-ciri

wacana, keutuhan wacana dan penanda wacana.

▪ Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat,

1. menjelaskan konsep wacana dalam bahasa Melayu;

2. menyenaraikan ciri-ciri dan jenis wacana dalam bahasa Melayu;

3. menghuraikan maksud penanda wacana dan keutuhan wacana dalam

bahasa Melayu.

▪ KERANGKA TAJUK-TAJUK ▪ KANDUNGAN ISI Pengenalan

Ayat dianggap sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam

susunan tatabahasa mengikut kajian sintaksis. Namun begitu, dalam

mengungkapkan sesuatu perkara (sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan)

seseorang individu tidak mengungkapkannya dalam satu ayat sahaja, tetapi

gabungan atau jalinan beberapa ayat. Gabungan beberapa ayat ini dinamakan

sebagai wacana.

WACANA

Definisi Wacana Ciri-ciri Wacana Penanda Wacana

Jenis-jenis Wacana Penutup

Page 62: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Definisi Wacana

Menurut Asmah,(2008), wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat.

Oleh itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku,

siri buku dan lain-lain. Wacana merupakan satuan bahasa terlengkap dalam

hierarki tatabahasa yang tertinggi. Wacana dapat direalisasikan dalam bentuk

karangan yang utuh seperti novel, buku, siri ayat atau perenggan. Oleh itu, dapat

disimpulkan bahawa wacana merupakan jalinan unit-unit bahasa yang tersusun

rapid an berkesinambungan bagi melahirkan kesatuan bahasa yang utuh. Dari

segi heirarki tatabahasa, wacana dikatakan terletak dalam heirarki yang tertinggi

selepas ayat. Hal ini ditunjukkan oleh rajah di bawah.

Rajah 8.1: Heiraki Tatabahasa

Ciri Wacana Sebagai unit bahasa yang lengkap, wacana mempunyai beberapa ciri penting.

Ciri-ciri wacana dapat diteliti daripada segi tujuan, hubungan penghasil wacana

dengan khalayak, keutuhan suasana (berturutan) dan maklumat. Menurut

Layari laman web berkenaan. Kemudian dapatkan huraian yang lengkap tentang konsep wacana wacana.

Wacana

Ayat

Klausa

Frasa

Kata

Page 63: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Beaugrande dan Dressier (1981) dalam Nik Safiah (2006), terdapat tujuh ciri

ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu

tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.

Buat rujukan di perpustakaan. Kumpulkan maklumat berkaitan tautan,runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks untuk menghasilkan wacana yang utuh.

Jenis-jenis Wacana

Wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu wacana lisan dan wacana

tulisan.

Wacana lisan

Wacana lisan adalah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, iaitu

melibatkan pembicara dan pendengar. Komunikasi yang terlibat dalam wacana

lisan ini adalah komunikasi interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan

pembicara pendengar secara langsung. Dalam wacana lisan, pembicara

biasanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak badan dan

sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar.

Biasanya dalam wacana lisan, pembicara akan mendapat respons daripada

pendengar pada ketika itu juga. Antara contoh wacana lisan adalah melalui

perbualan, temu ramah, ceramah, khutbah, pidato dan siaran televisyen atau

radio.

Wacana tulisan

Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana

tulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang

terlibat adalah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu arah. Penulis

tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Oleh

itu, penulis tidak mendapat respons secara langsung daripada pembaca.

Wacana tulisan sering kali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan

yang berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks

Page 64: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang

pengarang atau penulis. Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang

terdapat di dalam akhbar, majalah dan buku.

Selepas berehat layarilah laman web berkenaan. Kumpulkan maklumat dan contoh-contoh tentang wacana tulisan dan lisan yang baik.

Penanda Wacana

Dalam sesebuah teks, penanda wacana sangat penting kerana penanda wacana

dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks

dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan. Penanda wacana dalam

bahasa Melayu terdiri daripada :

a. penanda leksikal

b. penanda rujukan

c. penanda penghubung

d. penanda penggantian

e. penanda ellipsis atau pengguguran

Buatlah rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang penanda-penanda wacana. Kemudian anda buat catatan lengkap di dalam buku catatan anda.

Keutuhan Wacana

Keutuhan wacana terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau

teratur dalam sesuatu wacana. Ciri ini sangat penting kerana ciri inilah yang

menentukan sesuatu sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau hanya

merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Terdapat dua aspek penting yang

menghasilkan wacana yang utuh iaitu;

Page 65: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

a. terdapatnya runtutan atau koheren, (kesinambungan idea) yang

menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami;

dan

b. wujudnya tautan atau kohesi iaitu keserasian hubungan antara suatu

unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain.

Seterusnya, keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan

daripada aspek semantik, leksikal, dan gramatikal antara bahagian dalam

sesuatu wacana.

Rujuklah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keutuhan wacana.

Buatlah catatan dan nota dalam bentuk grafik supaya anda boleh berkongsi maklumat dengan rakan-rakan semasa sesi toturial.

Berehatlah sebentar sambil menghubungi rakan-rakan yang lain.

Berkongsilah sebarang maklumat yang anda perolehi dengan rakan-rakan sekuliah semasa sesi tutorial anda.

Rujukan : Abdul Shukor Shaari et al, (2003), Bahasa Melayu Komunikasi,

Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nik Safiah et al, (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah et al, (2006), Teks Bahasa Melayu STPM, Shah Alam:

Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Page 66: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

TAJUK 8

TATABAHASA BAHASA MELAYU

▪ SINOPSIS Tajuk 8 menjelaskan tentang beberapa perkara penting yang berhubung dengan

tatabahasa bahasa Melayu seperti yang berikut;

a) Definisi Tatabahasa

b) Analisis Kesilapan Tatabahasa

i. Ejaan dan Tanda Baca

ii. Morfologi dan Sintaksis

iii. Semantik

▪ HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat,

1. menghuraikan definisi tatabahasa bahasa Melayu.

2. membuat analisis kesilapan tatabahasa dari segi ejaan dan tanda baca,

morfologi dan sintaksis serta semantik berdasarkan bahan bacaan.

3. Menghasilkan satu wacana lengkap yang betul dari segi tatabahasa

bahasa Melayu.

▪ KERANGKA TAJUK-TAJUK

TATABAHASA BAHASA MELAYU

DEFINISI TATABAHASA ANALISIS KESILAPAN TATABAHASA

Sebutan Ejaan dan Tatabahasa Morfologi dan Sintaksis Semantik

Page 67: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

▪ KANDUNGAN ISI Definisi Tatabahasa

Tatabahasa dapat ditakrifkan sebagai peraturan, kaedah dan sistem sesuatu

bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terkira jumlahnya.

Menurut Nik Safiah (2006), tatabahasa ialah bidang yang menumpukan

perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu

bahasa. Ayat terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan

dibina daripada gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang bermakna

yang digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Bidang tatabahasa melihat

bagaimana perkataan-perkataan ini terbentuk dan seterusnya bagaimana

perkataan-perkataan ini bercantum membentuk frasa dan ayat.

Terdapat dua pendekatan yang kerap digunakan oleh ahli-ahli bahasa untuk

menganalisis dan menghuraikan ayat iaitu, analisis melalui rumus dan analisis

transformasi – generatif. Goay, et.al. dalam Nik Safiah (2006),menjelaskan

analisis rumus meneliti cara sesuatu ayat dibina berdasarkan rumus tatabahasa

tertentu. Ayat yang lengkap dilihat terbina daripada konstituen subjek dan

predikat. Seterusnya konstituen subjek dan predikat dilihat terbentuk daripada

frasa-frasa tertentu.

Manakala pendekatan tranformasi-generatif menggunakan konsep ayat dasar

dan ayat terbitan untuk menganalisis dan menghuraikan ayat. Ahli bahasa aliran

tranformasi-generatif menganggap bahawa bilangan ayat dalam sesuatu bahasa

tidak terhad jumlahnya. Namun demikian, kesemua ayat yang terbentuk itu

masih tetap mematuhi dan berasal daripada satu ayat dasar yang menjadi

sumber menerbitkan ayat-ayat yang lain. Ayat-ayat yang diterbitkan daripada

ayat dasar ini dikenali sebagai ayat terbitan atau ayat tranformasi.

Kajian terhadap bidang tatabahasa biasanya dilakukan dari dua segi, iaitu dari

segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan dari segi cara

perkataan-perkataan ini disusun menjadi ayat. Dalam istilah ilmu linguistik,

Page 68: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

bidang huraian pada peringkat perkataan disebut morfologi, sementara bidang

huraian pada peringkat ayat disebut sintaksis. Dengan kata lain, bidang

tatabahasa terbahagi kepada dua, iaitu morfologi dan sintaksis.

Layari laman web berkenaan untuk mendapatkan maklumat

tentang kajian terhadap bidang tatabahasa bahasa Melayu yang

telah dilaksanakan.

▪ Analisis Kesilapan Bahasa

Ketika menggunakan bahasa, kita selalu membuat kesilapan. Kadang-kadang

kesalahan ini berlaku kerana kecuaian semata-mata, tetapi kerap kali berlaku

kesalahan kerana kita kurang arif tentang peraturan-peraturan tertentu. Ada juga

kesalahan bahasa yang berlaku kerana pengaruh bahasa lain, yang strukturnya

tidak sama dengan bahasa Melayu.

◦ Kesalahan Ejaan

Kesalahan ejaan umumnya berlaku disebabkan tidak arif tentang peraturan-

peraturan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Berikut ialah beberapa contoh

kesilapan yang berlaku.

◦ Kesalahan Berkait Dengan Pola Keselarasan Vokal

Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu telah menetapkan pola-pola

keselarasan vokal dalam bahasa Melayu, yang berbeza daripada sistem yang

digunakan dalam sistem-sitem ejaan terdahulu. Kesilapan berlaku apabila pola

keselarasan ini dipatuhi.

Walau bagaimanapun beberapa perkataan yang dipinjam daripada bahasa

Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan vokal

ini.

Page 69: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

◦ Kesalahan Berkait dengan Ejaan Gugus Konsonan

Dalam bahasa Inggeris terdapat perkataan-perkataan yang dieja dengan gugus

konsonan, iaitu dengan dua konsonan atau lebih. Apabila perkataan ini dipinjam

oleh bahasa Melayu, unsur gugus konsonan ini dikekalkan dan tidak dieja seperti

dalam sistem ejaan lama.

◦ Kesalahan Berkait dengan Prinsip Mempertahankan Bentuk Visual Kata

Pinjaman

Satu daripada prinsip yang dipegang apabila meminjam perkataan daripada

bahasa asing ialah agar dipertahankan bentuk visual perkataan itu, dengan

hanya membuat penyesuaian pada ejaannya. Perkataan Inggeris dialect,

misalnya diterima dengan bentuk demikian, setelah disesuaikan ejaan ct menjadi

k dalam bahasa Melayu, iaitu dialek. Soal sebutan asal dalam bahasa asing

tidak diambil kira kerana cara menyebut perkataan dialek ditentukan oleh sistem

bunyi bahasa Melayu.

Kesalahan ejaan berlaku apabila kata pinjaman daripada bahasa asing, terutama

bahasa Inggeris, tidak dieja mengikut peraturan penyesuaian bentuk visual.

◦ Kesalahan Berkait dengan Ejaan Kata Majmuk

Kata majmuk lazimnya dieja terpisah, kecuali beberapa bentuk kekecualian,

yang akan disenaraikan kemudian. Oleh itu, adalah salah jika kata majmuk itu

dieja bercantum, apatah lagi meleburkan dua bunyi sama yang berderetan.

Terdapat 15 patah perkataan yang dianggap telah mantap dalam bentuk ejaan

yang digabungkan. Perkataan-perkataan ini tidak boleh dieja secara terpisah.

Terdapat juga sejumlah perkataan, yang dari segi sejarah, terbina melalui

percantuman perkataan-perkataan, tetapi kini telah dianggap sebagai satu

perkataan, dan oleh itu, tidak dianggap sebagai kata majmuk yang terkecuali

ejaannya.

Page 70: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Berehatlah seketika sementara sebelum membuat aktiviti seterusnya.

Buatlah rujukan di perpustakaan. Gunakan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapat maklumat tentang analisis kesilapan tatabahasa yang telah anda baca.

Buatlah nota dan catatan dalam bentuk grafik untuk memudahkan anda faham dan boleh berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.

◦ Kesalahan Berkait dengan Cara Mengeja Kata Sendi Nama dan Awalan

Kata sendi nama dieja terpisah daripada kata nama yang mengikutinya,

manakala awalan dieja bercantum dengan kata dasar. Banyak orang terkeliru

dengan cara mengeja kata sendi nama di dan ke dengan awalan di- dan ke.

◦ Kesalahan Tanda Baca

Tanda baca ialah lambang-lambang tertentu yang digunakan sewaktu menulis

untuk memberi penjelasan tambahan tentang makna yang ingin disampaikan.

Mana-mana pelanggaran terhadap penggunaan tanda-tanda baca tersebut

dianggap sebagai kesalahan bahasa. Sebagai contoh, tidak menggunakan huruf

besar, koma atau titik pada tempat-tempat yang sepatutnya merupakan

kesalahan-kesalahan penggunaan tanda baca.

1. Tanda Baca Titik (.)

2. Tanda Baca Sempang (-)

3. Antara ke dengan angka

4. Antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran –an

5. Antara huruf kecil dengan huruf besar

6. Tanda Baca Tanda Seru (!)

Page 71: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

◦ Kesalahan Kosa Kata

Kosa kata ialah perbendaharaan kata atau keseluruhan perkataan dalam

sesuatu bahasa. Antara aspek kosa kata yang sering dibuat kesalahan ialah;

1. membuat pilihan perkataan yang tidak tepat atau tidak sesuai

2. menggunakan penanda jamak dengan cara yang salah, dan

3. penggunaan kata sendi nama yang salah.

Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang mendukung konsep-konsep

tertentu. Jika perkataan yang salah digunakan, maka makna yang ingin

disampaikan tidak jelas. Sebagai contoh ialah perkataan jahat dan nakal. Tidak

betul jika dikatakan seseorang kanak-kanak itu jahat, kerana dia hanya nakal.

Demikian juga, meninggal dunia, mati, dan mampus tidak boleh bertukar ganti

walaupun maknanya sama.

Seterusnya cara kita melihat. Kita boleh, misalnya, memandang, merenung, dan

mengintai. Kesemuanya, walaupun sama, membawa perbezaan-perbezaan

tertentu dan kesesuaiannya begantung pada cara digunakan dalam ayat.

◦ Penggunaan Penanda Jamak dengan Cara yang Salah

Bahasa Melayu mempunyai cara tersendiri bagi menunjukkan jumlah yang

banyak. Satu daripada caranya adalah dengan menggandakan perkataan yang

berkenaan atau dengan menggandakan perkataan-perkataan yang sedia

mendukung maksud banyak seperti segala, semua, para, dan beberapa. Antara

kesalahan bahasa yang berkait dengan penanda jamak ialah;

1. Menggandakan kata nama yang didahului oleh perkataan yang

menandakan banyak.

Page 72: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

2. Menggandakan kata nama yang sudah mendukung makna banyak. 3. Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah

◦ Penggunaan Kata Sendi nama yang Salah

Kata sendi ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama. Jumlahnya agak

besar dan tiap-tiap kata sendi nama mempunyai tugas yang berlainan dan

kehadirannya dalam ayat sering disalahgunakan kata sendi nama.

1. Kata sendi nama di

2. Kata sendi ke

3. Kata sendi nama dari

4. Kata sendi nama kepada

▪ Penggunaan Perkataan yang Hampir Sama Bunyi tetapi Berlainan Makna

Kesalahan dalam kes ini ialah membuat pilihan perkataan yang tidak sesuai.

Contohnya;

1. Kesalahan penggunaan imbuhan

2. Tidak menggunakan imbuhan

3. Menggunakan imbuhan yang salah

4. Awalan menge-

5. Tidak sedar bentuk itu awalan

4. Perbezaan antara Apitan peN….an dengan apitan per….an

◦ Kesalahan Frasa

Terdapat empat jenis frasa dalam bahasa Melayu iaitu frasa nama, frasa kerja,

frasa adjektif dan frasa sendi nama. Tiap-tiap frasa mempunyai binaan tersendiri.

Kesalahan berlaku apabila syarat-syarat binaan ini tidak dipatuhi.

Page 73: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

◦ Melanggar Hukum D-M

Binaan frasa nama, pada amnya, tertakluk pada hukum D-M, iaitu bahagian yang

diterangkan (D) mendahului bahagian yang menerangkan (M). Jika susunan ini

tidak dipatuhi maka akan menjadi kesalahan iaitu apabila diletakkan bahagian

(M) sebelum bahagian (D).

◦ Frasa Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif boleh diikuti unsur keterangan, yang selalunya berbentuk

frasa sendi nama. Kesalahan berlaku apabila kata sendi nama tidak digunakan.

◦ Frasa Sendi Nama Gabungan dengan Se-

Frasa sendi nama boleh digabungkan dengan kata sendi nama dari dan ke-,

misalnya dari masa ke masa. Apabila se- digunakan, misalnya dari semasa ke

semasa, bentuk se- tidak boleh digugurkan secara berasingan, melainkan

kedua-duanya sekali.

◦ Bentuk Perbandingan dalam Frasa Adjektif

Dalam frasa adjektif, bentuk perbandingan dapat dinyatakan dalam tiga darjah,

iaitu (a) darjah biasa, (b) darjah bandingan dan (c) darjah penghabisan, iaitu

tentang penggunaan bentuk-bentuk ter-, sekali dan paling.

▪ Kesalahan ayat

Ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada subjek dan predikat. Ada ayat

tunggal dan ada ayat majmuk; ada ayat aktif dan ada ayat pasif. Kesalahan

berlaku apabila binaan pelbagai jenis dan bentuk ayat ini tidak sempurna.

Page 74: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

1. Ayat Tergantung

2. Partikel – Kah

3. Ayat Nafi dengan Kata Nafi yang Salah

4. Ayat dengan Kata Pemeri

Rujuklah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai perkara-perkara di atas.

Buat catatan dan nota dalam bentuk grafik untuk memudahkan anda faham.

Berehatlah sebentar sambil menikmati minuman sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.

Analisis kesilapan tatabahasa yang terdapat dalam bahan teks yang anda baca dan buat huraian untuk dibincang dan dibentangkan semasa sesi tutorial.

Bentangkan hasil analisis yang peroleh sewaktu sesi tutorial bersama pensyarah anda.

TAMAT

Page 75: literasi bahasa

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Rujukan : Ab. Malek bin Zainal, (2000). Mengenal pati Kesalahan Tatabahasa.

Melaka: Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim et. al. (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et.al (2006), Teks Bahasa Melayu STPM. Shah

Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1. Shah

Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Page 76: literasi bahasa

PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

(TESL PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

Dr. Hjh. Maridah binti Hj. Alias Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. [email protected]

Dr. Falsafah (Kesusasteraan Melayu) – UPM Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) – UPM Bac. Pendidikan (PBMP) – UPM Sijil Perguruan Asas – MPPM Sijil Perguruan Khas - MPPM Pengalaman Mengajar BM – 18 Tahun Pengalaman Pensyarah IPG – 7 Tahun

Dr. Khairuddin bin Mohamad Ketua Unit Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. [email protected]

Dr. Falsafah (Pemikiran Kritis dalam BM) - UKM Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) - UPM Bac. Pendidikan (PBMP) – UPM Sijil Perguruan Asas (PM/PS) - IPSI Pengalaman Mengajar BM – 18 Tahun Pengalaman Pensyarah IPG – 5 Tahun

Azmi bin Ayub Pensyarah, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. [email protected]

Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) – UPM Bac. Pendidikan (PBMP) – UPM Sijil Perguruan Asas - MPMK Pengalaman Mengajar BM – 19 Tahun Pengalaman Pensyarah IPG – 5 Tahun

Faiziah binti Hj. Shamsudin Pensyarah, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. [email protected]

Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) – UPM Bac. Pendidikan (PBMP) – UPM Sijil Perguruan Asas - MPKI Pengalaman Mengajar BM – 14 Tahun Pengalaman Pensyarah IPG – 5 Tahun

Nazariyah binti Sani Pensyarah, IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor. [email protected]

Sarjana Pengajian Melayu – UM Sarjana Muda Pengajian Melayu – UM Kursus Perguruan Lepasan Diploma (KPLD) – MPMK Pengalaman Mengajar BM – 15 Tahun Pengalaman Pensyarah IPG – 5 Tahun

Page 77: literasi bahasa

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 78: literasi bahasa

1

Pro Forma Kursus                                                                          Program Pensiswazahan  Guru  (PPG)  2011

Nama Kursus

Bahasa Melayu Komunikatif I (Communicative Malay Language I)

Kod Kursus WAJ3115

Kredit 2(2+0)

Jam Interaksi 30 jam

Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Prasyarat Tiada

Semester Satu/Dua

Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan fungsi bahasa Melayu dalam konteks negara

Malaysia.

2. Menghuraikan konsep budi bahasa dan kesantunan dalam masyarakat Melayu dan Malaysia.

3. Mengaplikasikan sistem sapaan bahasa Melayu dalam

komunikasi. 4. Mengaplikasikan unsur gaya bahasa dalam komunikasi

bahasa Melayu. 5. Membandingbezakan laras bahasa Melayu. 6. Menjelaskan wacana yang utuh dalam penulisan bahasa

Melayu serta menganalisis dan membetulkan kesilapan bahasa Melayu dalam penulisan.

Sinopsis

Kursus ini menghuraikan peranan bahasa Melayu, konsep budi bahasa dalam masyarakat Melayu dan Malaysia, kesantunan berbahasa, kata sapaan, gaya bahasa, laras bahasa dan wacana serta menganalisis kesilapan tatabahasa bahasa Melayu dalam konteks. This course focuses on the role of Malay language, concept of courtesy in the Malay society, addressing people and protocol, language styles, language register, discourse and the Malay language grammer.

Page 79: literasi bahasa

2

Tajuk Kandungan Jam

1

Fungsi Bahasa Melayu

• Bahasa Kebangsaan

• Bahasa Rasmi

• Bahasa Perpaduan

• Bahasa Pengantar

• Bahasa Ilmu

• Bahasa Perdagangan

2

2

Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat

Melayu dan Malaysia

• Takrif Budi

• Takrif Bahasa

• Takrif Budi Bahasa

• Ciri-ciri Budi Bahasa

2

3

Kesantunan Bahasa Melayu

• Konsep Kesantunan

• Kesantunan Verbal

• Kesantunan Bukan Verbal (bahasa tubuh)

3

4

Sistem Sapaan :

• Kata Panggilan dalam Keluarga

• Kata Panggilan dalam Masyarakat

Protokol:

• Panggilan Hormat dalam Majlis Rasmi

3

Page 80: literasi bahasa

3

Tajuk Kandungan Jam

5

Gaya Bahasa

• Diksi

• Metafora

• Simile

• Hiperbola

• Personafikasi

• Imejan

• Paradoks

• Simbol

• Ambiguiti

• Konotatif

• Denotatif

• Bahasa sindiran dan kiasan

• Peribahasa

4

6

Laras Bahasa Konsep, Kepelbagaian dan Perbezaan Laras Bahasa

• Agama

• Sains (perubatan, angkasa lepas,farmasi dan lain-lain)

• Matematik

• Teknologi (pertanian, kejuruteraan, masakan dan lain-lain)

• Kreatif

• Media/Multimedia

• Undang-undang

• Ekonomi

• Sukan

• Politik

4

Page 81: literasi bahasa

4

Tajuk Kandungan Jam

• Sejarah

• Geografi

• Seni (muzik, tarian,kraf tangan dan lain-lain)

7

Wacana

• Konsep

• Ciri wacana

• Jenis wacana

• Penanda wacana

• Keutuhan wacana

4

8

Tatabahasa Bahasa Melayu

Analisis Kesilapan Tatabahasa

• Sebutan

• Ejaan dan tanda baca

4

Analisis Kesilapan Tatabahasa

• Morfologi dan Sintaksis

• Semantik

4

JUMLAH

30

Penilaian

Kerja Kursus 60%

Ujian Akhir Kursus 40%

Rujukan Asas

Asmah Haji Omar.(2000). Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan

Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang. (2003). Bahasa

Melayu Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors

Page 82: literasi bahasa

5

Tajuk Kandungan Jam

Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Tambahan

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa Melayu

Komunikasi 1. Kuala Lumpur: Longman.

Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Awang Sariyan. (2004). Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1984). Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Henry Guntur Tarigan. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Noriati A.Rashid. (2005). Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Page 83: literasi bahasa

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Kod : WAJ3115 Nama Kursus : Bahasa Melayu Komnikatif 1 Kandungan modul ini dibahagi kepada lapan (8) tajuk. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk pembelajaran melalui modul.

AGIHAN TAJUK

Bil. Tajuk/Topik Interaksi Jumlah Jam

1 Fungsi Bahasa Melayu Tutorial 1 ( 2 Julai 2011)

4 2 Konsep Budi Bahasa dalam

Masyarakat Melayu dan Malaysia 3 Kesantunan Bahasa Melayu Tutorial 2

(30 Julai 2011)

6 4 Sistem Sapaan dan Protokol

5 Gaya Bahasa Tutorial 3 (20 Ogos 2011)

8 6 Laras Bahasa

7 Wacana Tutorial 4 (24 September 2011) 4

8 Tatabahasa Bahasa Melayu Tutorial 5 (1 Oktober 2011)

8

JUMLAH 30