Literasi Bahasa - Skrip Boneka

download Literasi Bahasa - Skrip Boneka

of 7

Transcript of Literasi Bahasa - Skrip Boneka

Literasi Bahasa Ca dan Cing Watak-watak

Dua ekor cacing Seekor siput Seorang petani Seorang orang kampung / suara latar

Suara latar Suatu masa dahulu, tinggal 2 ekor cacing yang bersahabat baik di sebuah kampung. Mereka tinggal di sebidang tanah yang subur.

Cacing 1 (Ca) Wah. Indahnya suasana pagi ini. Matahari memancar sinar. Awan berarak riang . Memang seronok jika kita keluar berjalan-jalan.

Cacing 2 (Cing) Betul kata awak Ca. Angin pun bertiup lembut. Tak terasa bahang matahari. Marilah kita keluar mencari makanan. Moga banyak hasil kita pada hari ini.

Ca Saya teringin benar nak memakan sisa tumbuhan segar di hujung kampung. Sudah seminggu rasanya kita tidak pergi bersiar-siar ke sana. Dengar khabarnya ramai kawan-kawan kita mahu ke sana pada hari ini.

Cing Kalau begitu, marilah kita bergerak sekarang. Kalau lambat bimbang kehabisan pula makanan tersebut.1

Ca Iyalah. Sementara awan tidak menurunkan hujan, ada baiknya kita bergerak. Kalau sudah hujan nanti, susah kita hendak mencari makanan. Jom Cing.

(berjalan bersama)

Cing (lagu rakyat) Anak rusa nani Baru kembang ekor Apa dosa kami Lalu tidak tegur

Buai laju-laju Sampai puncak sana Apa dalam baju? Sekuntum bunga Cina

Siput Amboi Ca & Cing! Bukan main gembira lagi saya lihat kalian berdua ini. Sampai tidak sedar saya di sini.

Cing Eh, Put rupanya. Maaflah. Tidak perasan pula kami.

2

Ca Wah. Segak benar awak hari ini Put. Macam mahu ke majlis kenduri-kendara saja. Hihi

Put Betul ke saya segak? (memusing-musingkan badan- bagai melihat cermin) Ahh. Pandailah kamu ini hendak mengambil hati saya. Asyik hendak memuji saya saja. Eh, Ca & Cing hendak ke mana? Mahu pergi perjumpaan Kelab Serangga kah?

Cing Ish. Tidaklah Put. Pengerusi Kelab Serangga, Si Kumbang Merah menziarahi kampung sebelah. Jadi aktiviti kelab direhatkan seketika. pergi

Put Oh, begitu. Patutlah saya tidak nampak Si Kumbang Merah dalam sehari-dua ini. Rupanya-rupanya ada tugasan luar.

Ca Put hendak ke mana? Nampak bersemangat betul hari ini. Mengengsot lebih pantas daripada biasa.

Put Haish kamu ini Ca. Kalau siput itu, siput jugalah. Mana bisa mengensot pantas. Saya daripada hujung kampung. Ada satu berita gempar! Sudah heboh berita ini disebarkan oleh Cik Pepatung.

3

Cing Apa dia? Kami belum tahu lagi berita itu. Put Dengar ceritanya, taman bunga di hujung kampung itu hendak dimajukan. Pemaju hendak membina taman perumahan yang baru. Saya ada dengar perbualan tok ketua kampung tadi. Bulan depan mereka akan mulakan projek tersebut.

Ca Ehh. Betulkah begitu? (cemas) Benarkah berita ini? Atau khabar angin semata-mata?

Put Saya yakin ia berita yang benar. Saya dengar sendiri daripada mulut Tok Ketua Kampung tadi. Begini perbualan mereka.

(imbas kembali)

Suara latar Di sebuah kedai kopi

Tok Ketua Tempohari pihak pemaju daripada Kuala Lumpur ada datang berjumpa saya. Menurut mereka, minggu hadapan mereka akan datang mengadakan perjumpaan dengan penduduk kampung.

Orang Kampung

4

Saya sedih sebenarnya apabila mengenangkan taman bunga di hujung kampung itu hendak digantikan dengan taman perumahan. Pada setiap petang, di situlah anak-anak saya bermain pada setiap hari.

Tok Ketua Saya pun rasa begitu. Dahulu semasa kita kecil, di taman itulah juga kita bermain. Air sungai di taman itu dahulu jernih. Ikan-ikan pun banyak. Tapi sekarang semuanya tinggal kenangan.

Orang Kampung Betul kata Tok Ketua. Teringat pula saya pada satu lagu. Saya nyanyi sikit ya.

Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa

Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang

Tok Ketua Wah. Sedap juga suara kamu ini Dollah. Bagai buluh perindu merdunya

Orang Kampung5

Hihihi. Ada-ada saja Tok Ketua ini.

Tok Ketua Eh, baru saya teringat. Saya perlu pergi ke mesyuarat kampung bersama dengan Pegawai Daerah. Mesyuarat berkaitan dengan pembinaan taman perumahan yang saya nyatakan tadi. Saya beransur dahulu ya Pak Dollah.

Orang Kampung Baiklah Tok Ketua. Hati-hati.

(imbas kembali tamat. Watak cacing dan siput kembali)

Put Begitulah apa yang saya dengar sebentar tadi. Nampaknya terpaksalah kita mencari habitat yang baru selepas ini. Di taman bunga itulah tumbuhtumbuhan segar terbaik boleh kita dapati.

Ca Betul kata awak itu Put. Lagipun musim kemarau sudah hampir tiba. Kita perlu untuk mencari bekalan makanan yang mencukupi.

Cing Iyalah. Saya tidak mahu kebuluran pada musim kemarau nanti. Ada baiknya kita pulang sekarang dan bersiap-sedia mengumpul bekalan makanan.6

Put Mari. Langit pun sudah kelihatan mendung. Saya bimbang akan hujan pulak sebentar lagi.

Cing Baiklah. Mari kita pulang

Ca, Cing & Put Geylang si paku Geylang Geylang si rama-rama Pulang marilah pulang Marilah pulang bersama-sama

(tamat)

7