literasi dalam pendidikan khas
-
Upload
janenettykarek -
Category
Documents
-
view
275 -
download
1
description
Transcript of literasi dalam pendidikan khas
1
1.0 PENDAHULUAN
Pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah merupakan satu tugas yang memerlukan
kesabaran yang tinggi daripada individu yang bergelar guru bahasa. Tidak semua guru bahasa
berjaya mencapai objektif pembelajaran yang diinginkan setelah selesai mengajar bahasa
kepada murid-muridnya. Tidak ramai juga murid yang berjaya mengikuti dan memahami apa
yang diajar oleh guru mereka walaupun diajar berulang-ulang kali. Terdapat masalah dalam
diri murid untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu
antaranya, pengetahuan asas membaca seperti kegagalan murid-murid memahami kandungan
maklumat dalam teks yang dibaca dan tidak memahami maksud ayat yang dibaca manakala
masalah yang berlaku untuk kemahiran asas menulis pula menunjukkan bahawa murid-murid
tidak dapat membezakan huruf besar atau huruf kecil melalui pengecaman
Literasi umumnya dirujuk sebagai kebolehan minimum menggunakan kemahiran
membaca dan menulis untuk memenuhi tuntutan kehidupan harian dan merupakan keperluan
asasi setiap individu. Justeru kemahiran membaca dan menulis adalah kemahiran asas Bahasa
Melayu yang perlu dikuasai oleh murid-murid sekolah rendah. Hal ini amatlah penting untuk
mereka mencapai kejayaan di masa hadapan.
2
2.0 KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS
Membaca merupakan salah satu asas pembentukan diri kearah memperoleh ilmu
pengetahuan. Keupayaan membaca merupakan kemahiran yang amat bernilai bagi setiap
murid sekolah rendah dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi
yang aktif dan bermakna antara pembaca dan penulis. Kemahiran membaca di sekolah rendah
merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi dan jeda
yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Membaca juga dikatakan
sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk
dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya (Abdul Rasid
Jamian, 2011). Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa,
gaya kognitif dan pengalaman membaca. Tanpa menguasai kemahiran ini, sukarlah untuk
seseorang murid meneruskan pengajiannya dalam dunia pendidikan. Kegagalan menguasai
kemahiran asas membaca pada peringkat awal terutamanya dalam kalangan murid Tahun
Satu boleh mengakibatkan berlakunya ‘Defisit Akademik’ dan keadaan ini boleh berterusan
dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah malah berterusan sehingga
meninggalkan alam persekolahan. ‘Defisit Akademik’ bermaksud kegagalan menguasai
kemahiran asas seperti membaca.
Sementara itu, kemahiran menulis adalah suatu budaya intelek yang saling
melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Kemahiran menulis merupakan
sebahagian daripada kemahiran literasi yang menurut Pertubuhan Pendidikan, Sains dan
Kebudayaan PBB (UNESCO) merupakan salah satu hak asasi individu yang menjadi
tanggungjawab sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Keupayaan menulis merupakan proses
penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu
mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa dan gaya penulisan. Kemahiran menulis di
sekolah rendah merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca
dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan
menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan
dan imaginatif.
3
Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang
menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam
pelbagai disiplin ilmu di sekolah rendah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam
kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid
dalam Bahasa Melayu dan matapelajaran tertentu. Setiap murid adalah berbeza antara satu
sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh
yang demikian, guru seharusnya memahami keperluan konsep pemulihan dalam bilik darjah
bagi mengatasi permasalahan menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan
murid sekolah rendah. Pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) bagi merangka program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi
Awalan Membaca dan Menulis (KIA2M) yang kini telah terhapus rentetan Program Literasi
dan Numerasi (LINUS) sejak awal 2011 dan Program Bimbingan Membaca dan Menulis
(PROBIM). Melalui program-program yang dirancang diharapkan dapat membantu serta
memenuhi keperluan murid-murid ini.
4
3.0 PERMASALAHAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS
Murid-murid sekolah rendah merupakan aset negara pada masa hadapan bagi
meneruskan kesinambungan bangsa dalam memajukan negara untuk mencapai matlamat
Wawasan 2020. Terdapat beberapa faktor murid mengalami masalah untuk menguasai
kemahiran membaca dan menulis dan juga kesan masalah tersebut terhadap pencapaian
akademik murid.
3.1 Faktor Murid Mengalami Masalah Menguasai Kemahiran Membaca dan
Menulis
Antara salah satu faktor murid mengalami masalah menguasai kemahiran membaca
dan mnenulis adalah berpunca daripada guru yang mengajar. Ada di kalangan guru tidak
mempedulikan tahap murid di dalam kelas masing-masing dan bagi mereka, yang penting
sekali adalah untuk menghabiskan silibus yang diwajibkan ke atas mereka tanpa
mempedulikan murid-murid yang akan ketinggalan. Selain itu, masalah keluarga juga
merupakan punca kepada murid-murid mengalami masalah menguasai kemahiran membaca
dan menulis. Ada segelintir ibu bapa yang memandang ringan terhadap kehadiran anak-anak
mereka ke sekolah dan terlalu memanjakan anak mereka sehinggakan anak mereka kerap
tidak hadir ke sekolah dan hal ini akan menyebabkan murid ketinggalan dalam proses
pembelajaran. Kadang-kadang guru tidak akan mengulang kembali pengajaran yang telah
dilakukan dan ini salah satu punca murid mengalami masalah membaca dan menulis.
Seterusnya, wujud kelompok murid yang mempunyai daya pemikiran yang pantas dan
lemah. Jika tidak diasingkan, yang lemah akan terus ketinggalan. Guru harus peka dan
prihatin terhadap kemampuan murid-murid sendiri. Jika terdapat murid yang mempunyai
daya pemikiran yang pantas dan tajam, mereka perlu diasingkan dari murid lain. Guru perlu
sensitif dan mengambil berat akan masalah ini. Kadang-kadang guru berasa selesa dengan
murid yang selalu faham dan tidak pernah bertanyakan mengenai isi pembelajaran dan
langsung melupakan murid-murid yang lemah dan tidak faham akan pengajaran guru. Ada di
kalangan murid juga tidak mempunyai sebarang minat untuk belajar. Kaedah pengajaran guru
salah satu punca murid tidak mempunyai minat untuk belajar contohnya proses pengajaran
5
dan pembelajaran yang membosankan. Hal ini seterusnya menyebabkan berlakunya masalah
membaca dan menulis dalam kalangan murid.
Faktor seterusnya yang dikenalpasti punca berlakunya masalah membaca dan menulis
dalam kalangan murid ialah persekitaran yang tidak kondusif. Terdapat tiga faktor
persekitaran yang mempengaruhi murid iaitu keluarga, sekolah dan rakan. Suasana yang
bising serta gangguan dari rakan sekeliling menyebabkan murid sukar untuk menumpukan
perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Di rumah juga terdapat gangguan
daripada ahli keluarga contohnya ibu bapa yang sering bergaduh serta adik-beradik yang
nakal serta sering membuat bising.
3.2 Kesan Masalah Menguasai Kemahiran Membaca dan Menulis Terhadap
Murid
Kemahiran membaca dan menulis merupakan aspek yang sangat penting dalam
menguasai sesuatu ilmu pengetahuan. Seseorang yang mempunyai kemahiran membaca
dengan mudah dapat memperolehi serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai
bidang. Sehubungan itu, kemahiran asas yang diajar di sekolah sejak zaman berzaman yang
lalu ialah menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Namun begitu, walaupun penekanan diberikan terhadap kemahiran-kemahiran
tersebut sehingga kini masih terdapat murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran
tersebut. Keadaan ini tidak boleh dipandang ringan kerana dalam zaman globalisasi kini,
dengan perubahan yang mendadak dari segala aspek kehidupan, pendidikan terus berperanan
bukan sahaja sekadar untuk mencelikkan mereka yang buta huruf dan buta angka, tetapi turut
berperanan untuk mencelikkan generasi muda kita.
Kegagalan murid membaca dan menulis dengan baik seringkali dikaitkan dengan
kegagalan dalam peperiksaan. Kegagalan dalam peperiksaan ini banyak dipengaruhi oleh
kesukaran murid-murid untuk memahami isi kandungan pelajaran yang dipelajari disebabkan
oleh kegagalan membaca dengan baik. Murid yang menghadapi masalah membaca ini juga
didapati berhadapan dengan masalah untuk menguasai mata pelajaran yang lain selain Bahasa
Melayu. Akibat daripada kelemahan menguasai kemahiran membaca ini, pencapaian mereka
terhadap matapelajaran lain seperti Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains terjejas.
6
Murid yang lemah menguasai kemahiran membaca dan menulis akan menghadapi
pelbagai impak psikologi. Murid yang lemah dalam kemahiran-kemahiran tersebut akan
dipulaukan oleh kawan-kawan mereka, menyebabkan murid ini terasa asing dan tidak
dipedulikan. Murid yang lemah dalam kemahiran membaca dan menulis juga selalu merasa
rendah diri kerana mereka tahu bahawa mereka tidak ada kebolehan seperti kawan-kawan
yang lain. Murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran tersebut juga kurang motivasi
untuk belajar berbanding murid yang menguasai kemahiran membaca dan menulis.
3.3 Langkah Mengatasi Masalah Menguasai Kemahiran Membaca dan Menulis
Untuk mengatasi masalah murid dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis,
strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan
keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera
yang boleh. Antara strategi yang digunakan ialah berpusatkan guru iaitu guru merancang dan
menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan
dan diarahkan oleh guru sahaja. Langkah yang seterusnya adalah berpusatkan bahan di mana
bahan-bahan yang di perlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang jelas tentang
keperluan aktiviti berkaitan kemahiran membaca dan menulis yang akan dijalankan.
Selain itu, strategi berpusatkan murid turut diguna pakai iaitu murid diberi galakan
untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara
individu, kumpulan kecil ataupun kelas untuk meningkatkan kemahiran membaca dan
menulis. Pendekatan secara individu membolehkan guru menumpukan perhatian kepada
murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang
dihadapinya. Bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu. Dalam
pendekatan secara berkumpulan pula, kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid
yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk dan guru akan menjalankan
pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan. Selanjutnya pendekatan
secara kelas perlu dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan
keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai
dilakukan di awal dan di akhir waktu belajar.
7
4.0 TEKNIK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID
Kemahiran membaca merupakan kemahiran peringkat tinggi, kemahiran ini bukan
satu peringkat yang mudah untuk dikuasai terutamanya pada peringkat awal pembacaan.
Kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan. Guru memainkan
peranan yang amat penting bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid
sekolah rendah. Terdapat beberapa kaedah mengajar membaca Bahasa Melayu yang
dilaksanakan di dalam kelas. Antara kaedah mengajar yang digunakan ialah kaedah pandang
sebut, kaedah abjad, pendekatan binaan dan pendekatan cerakinkan.
4.1 Langkah-langkah Pengajaran Kaedah Pandang Sebut
Langkah yang pertama ialah menyebut perkataan. ini memerlukan murid-murid
menyebut perkataan yang disebut oleh guru terlebih dahulu setelah diperlihatkan gambar atau
perkataan tersebut. Semasa kad-kad diimbas, murid-murid menyebut perkataan beberapa kali.
Kaedah ini dinamakan kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang
gambar atau perkataan dahulu dan diikuti aktiviti menyebut.
Seterusnya mencerakinkan perkataan. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah rangkai
kata. Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawan prinsipnya dengan cara menyebut
perkataan. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau cerakin atau dengan perkataan lain
mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.
Langkah yang ketiga ialah membina dan membaca ayat. Kaedah ini juga dikenali
sebagai kaedah ayat. Murid-murid diperkenalkan dengan ayat-ayat yang pendek dan mudah
setelah beberapa perkataan dikuasainya. Kemudian, mereka diminta mengecam terus dengan
tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setrelah mengecam, murid-
murid diminta terus membaca. Pada peringkat ini, guru seharusnya membuat pengulangan
serta latih tubi perlu diperbanyakkan.
Akhir sekali, menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah pandang
dan sebut contohnya kad perkataan atau huruf , kad gambar dan kad suku kata. Guru
menampal kad huruf atau perkataan dan menyebut nama huruf atau membaca perkataan dan
murid dikehendaki untuk mengikut sebutan guru. Apabila sudah mahir, guru menyebut bunyi
8
huruf dan murid mengikutnya. Bagi kad bergambar pula, guru menunjukkan kad gambar dan
murid menyatakan objek tersebut, kemudian guru memperkenalkan kad perkataan
berdasarkan gambar. Apabila sudah mahir, guru menyuruh murid memadankan kad gambar
dengan kad perkataan. Penggunaan kad suku kata pula, guru akan menunjukkan kad suku
kata terbuka terlebih dahulu. Apabila murid sudah mahir, guru menggunakan kad suku kata
tertutup dan diikuti oleh diftong dan digraf.
4.2 Langkah-langkah Pengajaran Kaedah Abjad
Kaedah ini merupakan kaedah tertua dan dikenali sebagai kaedah klasik di mana
kaedah abjad ini adalah sangat popular digunakan oleh guru pada peringkat permulaan
mengajar membaca kepada murid-murid. Dalam kaedah ini, murid-murid diperkenalkan
dengan kesemua 26 huruf. Murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad dan rancangan
pembelajaran harian bermula dengan huruf ‘a’ hingga ‘z’.
Seterusnya, latihan menulis dan pengacaman abjad dilaksanakan dan murid perlu
menghafal setiap lambang abjad. Setelah murid-murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi
huruf akan diajar kepada murid. Murid akan diajar dengan huruf kecil dahulu barulah diikuti
dengan huruf besar. Latihan menulis dan memadankan huruf kecil dan huruf besar diberikan
kepada murid. Murid juga diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan
sesuatu bunyi huruf vokal contohnya ayam, api, adik dan awan. Murid turut diperkenalkan
dengan permulaan perkataan bermula dengan huruf konsonan contohnya bola, buku, batu dan
besi.
Setelah murid-murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf dan
perkataan, murid diajar membentuk dan membaca suku kata serta mencantumkan suku kata
dengan suku kata untuk membentuk perkataan mudah. Seterusnya murid akan diajar
kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah dan diajar membentuk ayat mudah.
9
4.3 Langkah-langkah Pengajaran Pendekatan Binaan
Dalam pendekatan binaan, murid-murid akan diajar dengan cara atau kaedah dalam
membaca abjad, seterusnya suku kata, perkataan, frasa dan ayat sehingga mereka boleh
memahami maksud yang tersirat dan tersurat di dalam pembacaan. Pendekatan binaan juga
dikenali sebagai pendekatan sintesis.
Pengajaran bacaan bagi pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-
unsur yang terkecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan unsur yang lebih besar. Murid-
murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu kemudian diikuti suku kata,
perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita.
4.4 Langkah-langkah Pengajaran Pendekatan Cerakinkan
Pendekatan cerakinkan adalah pendekatan mencerai-ceraikan satu bahagian yang
besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Pendekatan ini menghasilkan kaedah pandang
dan sebut. Pendekatan ini pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku
kata, perkataan dan ayat dengan baik. Maka daripada sebuah ayat lengkap, guru akan
mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca.
Pengajaran bacaan ini dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid
kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan-perkataan, daripada perkataan dipecahkan
kepada suku kata dan seterusnya huruf-huruf.
10
5.0 TEKNIK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS MURID
Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Terdapat tiga peringkat kemahiran
menulis iaitu peringkat pramenulis, peringkat mekanis dan peringkat pelahiran.
5.1 Peringkat Pramenulis
Di dalam peringkat pramenulis, strategi pengajaran pratulisan ialah dengan
memberikan latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata kepada murid.
Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan
kemas dan betul. Antara contoh aktiviti pramenulis ialah murid diberikan latihan menulis dari
kiri ke kanan, latihan mewarnakan gambar dari kiri ke kanan serta latihan membentuk bulatan
di udara, di atas meja, pasir dan lantai tanpa menggunakan alat tulis. Murid juga diberikan
latihan menyambung titik, latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang
dilakukan secara bebas serta melukis gambar.
5.2 Peringkat Mekanis
Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke
peringkat mekanis. Strategi pengajaran di dalam peringkat mekanis ialah mengajar tulisan
tangan dan mengajar ejaan. Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran
membentuk huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis
huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Untuk membolehkan murid-murid menguasai
kemahiran ini, guru boleh menjalankan aktiviti-aktiviti seperti latihan menulis bentuk-bentuk
yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis dan latihan menekap huruf mengikut acuan
huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang. Murid-murid juga dilatih dengan latihan
menulis huruf dalam suku kata, latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar serta
menamakan gambar-gambar dan latihan menyalin frasa atau ayat daripada buku.
11
5.3 Peringkat Pelahiran
Pada peringkat ini, murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Guru boleh memulakan pengajaran
menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal
dan separa berpandu. Kemudian murid boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.
Di peringkat ini juga murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan
serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama murid-murid akan menggunakan
kemahiran tatabahasa dan ejaan yang mereka telah kuasai dan merancang penulisan mereka
dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.
RUMUSAN
Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjejaskan potensi
serta motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dewasa ini
memang perlu diberi perhatian yang lebih serius. Seluruh warga pendidik Bahasa Melayu
perlu mempunyai komitmen serta kekuatan untuk menghadapi cabaran dan seterusnya
memanfaatkan pengetahuan serta kemahiran sebaik mungkin.