LITERASI MAKLUMAT

9
LITERASI MAKLUMAT 1. Apakah definisi Literasi? Mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu. 2. Apakah definisi Maklumat? Data yang telah diolah atau digubal untuk memberi makna kepada pengguna yang menggunakannya. Maklumat merupakan cetusan idea, pendapat pengertian, fakta atau pengetahuan baru yang dikemukakan untuk kegunaan pengguna semua. 3. Apakah maksud Literasi Maklumat? Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif. Doyle (1992) mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengekses, menilai dan mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) pula mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai “keupayaan untuk mengkakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.” 4. Apakah kemahiran yang terkandung dalam Literasi Maklumat? • Kemahiran Maklumat • Kemahiran Membaca • Kemahiran Belajar • Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif • Kemahiran ICT • Kemahiran Komunikasi 5. Bagaimanakah penguasaan kemahiran Literasi Maklumat dapat dilaksanakan di sekolah? Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran: • Melalui Kerja Kursus • Melalui Projek Khusus Mata Pelajaran Tertentu (Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan lain lain) • Melalui Aktiviti di dalam Kelas • Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum • Melalui Kerja Kendiri (independent study) • Melalui Program/Aktiviti PSS • Melalui Program Membaca • Melalui Aktiviti Penyelesaian Masalah dan lain-lain

description

Literasi maklumat

Transcript of LITERASI MAKLUMAT

LITERASI MAKLUMAT1. Apakah definisi Literasi?Mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu.

2. Apakah definisi Maklumat?Data yang telah diolah atau digubal untuk memberi makna kepada pengguna yang menggunakannya. Maklumat merupakan cetusan idea, pendapat pengertian, fakta atau pengetahuan baru yang dikemukakan untuk kegunaan pengguna semua.

3. Apakah maksud Literasi Maklumat?Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.Doyle (1992) mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengekses, menilai dan mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) pula mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai keupayaan untuk mengkakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.

4. Apakah kemahiran yang terkandung dalam Literasi Maklumat? Kemahiran Maklumat Kemahiran Membaca Kemahiran Belajar Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif Kemahiran ICT Kemahiran Komunikasi

5. Bagaimanakah penguasaan kemahiran Literasi Maklumat dapat dilaksanakan di sekolah?Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran: Melalui Kerja Kursus Melalui Projek Khusus Mata Pelajaran Tertentu (Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan lain lain) Melalui Aktiviti di dalam Kelas Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum Melalui Kerja Kendiri (independent study) Melalui Program/Aktiviti PSS Melalui Program Membaca Melalui Aktiviti Penyelesaian Masalah dan lain-lain

6. Apakah peralatan atau bahan yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat?Peralatan atau bahan yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat adalah seperti berikut: Panduan Guru Bahan-bahan kovensional di perpustakaan (bercetak dan bukan cetak) Komputer dan akses internet Bahan digital sumber elektronik Sumber-sumber lain seperti agensi kerajaan dan orang perseorangan

7. Apakah Kemahiran Maklumat yang perlu ada pada murid? Mengenalpasti keperluan maklumat Mengesan maklumat dan sumber maklumat yang pelbagai Menilai maklumat berdasarkan kualiti, ketepatan dan lain-lain Mempersembahkan maklumat

8. Apakah teknik pencarian maklumat? menentukan objektif dan skop pencarian membuat strategi pencarian melakukan pencarian mengumpul dan menilai hasil pencarian pengubahsuaian strategi

9. Apakah model-model Literasi Maklumat?a. The Big6 Skills Eisenberg and BerkowitzModel yang diguna pakai adalah The Big Six , melalui 6 langkah utama iaitu: menentu (task definition) mencari (information seeking strategies) mengguna (location and access) mencatat (use of information) melapor (synthesis) menilai ( evaluation)b. Empowering 8- NILIS (National Institute of Library and Information Sciences University of Colombo Sri Lanka mengenalpasti (Identify) mencari (Explore) memilih (Select) mengurus (Organise) mencipta (Create) melapor (Present) menilai (Assess) mengaplikasi (Apply)c. The British Model, 1981 ( Irving/ Marland) Formulation/analysis of information needs. Identification/appraisal of sources. Tracing/locating resources. Examining, selecting & rejecting resources. Interrogating/Using individual resources. Recording/Storing. Interpretation, analysis, synthesis & evaluation. Shape, presentation & communication. Evaluation of the assignment.d. Stripling and Pitts , 1988 - Research Process Choose a broad topic Get an overview of the topic Narrow the topic Develop thesis/purpose statement Formulate questions to guide research Plan for research and production Find, analyze and evaluate sources Evaluate evidence, take notes, and compile bibliography Establish conclusions/organize information in outline Create and present final product Reflection points is the paper/project satisfactorye. Kuhlthau Information Seeking Process (ISP) Initiation Selection Formulation of focus Exploration (investigate information on the general topic) Collection (Gather information on the focused topic) Presentation Assessment (of outcome/process)

10. Apakah kepentingan Literasi Maklumat? Pelajar harus tahu cara yang teratur dan tepat bagi mendapatkan maklumat yang sesuai kerana maklumat memainkan peranan penting dalam kehidupan. Melibatkan pelajar secara terus dengan sumber pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih aktif dan memberangsang. Melatih pelajar, belajar berdikari secara beransur-ansur untuk memudahkan mereka menghayati konsep pendidikan seumur hidup. Melatih pelajar untuk menangani ilmu yang pelbagai dan menjadikan sumber sebagai punca pembelajaran.

11. Apakah itu Literasi Digital?Literasi Digital yang juga dikenali sebagai Literasi Komputer merupakan salah satu komponen dalam Kemahiran Literasi Maklumat yang merangkumi kemahiran penggunaan perkasasan komputer, perisian, Internet, telefon bimbit, PDA dan peralatan digital yang lain. Literasi Digital merujuk kepada keupayaan mengenal pasti, mencari, memahami, menilai dan menganalisis dan mengguna maklumat melalui teknologi digital.

12. Apakah peranan BTP dalam Literasi Digital?Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat ditingkatkan melalui penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur, menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan, membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran mengurus pembelajaran mereka secara proaktif dan bertanggungjawab.Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai sumber pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan P&P. Teknologi Pendidikan merupakan satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber pendidikan dan proses teknologi yang sesuai.Pembelajaran berasaskan Sumber Pendidikan berteknologi tinggi (literasi digital) merujuk kepada pewujudan dan penyediaan kemudahan resos dan peralatan seperti perkakasan, perisian, dan rangkaian Internet kepada semua warga sekolah yang ingin mendapatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai sama ada melalui proses P&P secara formal atau secara kendiri. Pembelajaran berasaskan literasi digital pada dasarnya dapat dilaksanakan merentas sempadan dan masa dengan adanya peralatan digital berbentuk maya.Perkembangan pesat berbilion-bilion maklumat dan Sumber Pendidikan di Internet menyukarkan carian dan penilaian Sumber Pendidikan yang berkualiti dan sesuai dengan murid. Murid juga perlu diberi pendedahan Kemahiran Abad Ke-21 (21st Century Skills) dan Literasi Maklumat (Information Literacy) termasuk komponen Literasi Digital supaya mereka mampu mengenal pasti, mencari, menilai dan mengguna maklumat secara berkesan dan efisien. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah termasuk Pusat Akses Sekolah dan Sumber Pendidikan (termasuk sumber berteknologi tinggi) yang berkesan, sistematik dan efisien perlu dititik berat dan ditingkatkan. Tugas ini perlu digalas bukan sahaja oleh Guru Perpustakaan dan Media dan Guru Penyelaras Bestari / ICT, malah oleh semua guru bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, warganegara yang bertanggung jawab, pekerja yang berilmu dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.LITERASIMAKLUMATKONSEP LITERASI MAKLUMATLiterasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.Kepentingan Literasi MaklumatDasar pembangunan negara:1. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat.2. Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan3. Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan IT4. Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan5. Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT6. Pembangunan ICT dalam pendidikan7. Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat8. Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidupDari aspek EkonomiMenurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :1. Organisasimaya (Virtual Organization)2. Bertindaksebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat3. Ramai pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang pelbagai4. Penggunaankomputer dan sistem elektronik5. Setiaporganisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning Organization)Siapakah yang dikatakan sebagai seorang yang Berliterasi Maklumat?1. bolehmengenalpasti maklumat yang diperlukan2. bolehmengenalpasti bila maklumat diperlukan3. bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan4. menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat5. menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan6. melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan atau teknologi7. mengguna maklumat yang diperolehi secara beretika.5 ELEMEN LITERASI MAKLUMAT1.0. KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF10. KEMAHIRAN MAKLUMAT / PERPUSTAKAAN1.1 Lokasi bahan1.2 Sistem pengkelasan perpuluhan Dewey1.3 Bahan-bahan bercetak (Jenis-jenis buku)1.4 Bahan-bahan Bukan bercetak .2.1 Penggunaan lembaran pengurusan grafik2.2 Membanding beza2.3 Membuat ramalan dan sebagainya3. KEMAHIRAN BELAJAR3.1 Membaca3.2 Teknik mencatat Nota4. KEMAHIRAN KOMUNIKASI / MENYAMPAIKAN MAKLUMAT4.1 Verbal mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh.4.2 Menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporanpenyelidikan dan sebagainya.4.3 Menyediakan citation / nota kaki dan rujukan.5. KEMAHIRAN ICT5.1 Pencarian maklumat digital, pangkalan data dan enjin carian.5.2 Menghasilkan laman web, broser, dan risalah.5.3 Menggunakan perisian-perisian multimedia.PERANAN LITERSI MAKLUMAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran melalui:1. Kerja kursus2. Projek khusus mata pelajaran Tertentu3. Aktiviti kelas4. Aktiviti ko-kurikulum5. Kerja kendiri6. Program/aktiviti PSS7. Program membacaDi Malaysia model-model yang diguna pakai adalah :a. The Big6 Skills Eisenberg and BerkowitzDefinisi TugasanKenalpastimasalahKenalpastikeperluan maklumat

Strategi Pencarian Maklumat kenalpasti sumber maklumat yang mungkin pilih maklumat mengikut keutamaan

Lokasi dan Akses kenalpastilokasi maklumat yang akan dicari (termasuk pengkalan data atas talian) mencarimaklumat yang relevan

Mengguna maklumatkenalpasti jenis maklumat sama ada fakta atau pendapatmeringkaskan maklumat yang panjang lebarmencatatsumber maklumat yang diperolehimembaca, mendengar, mencatat maklumat yang diperolehi dengan tepat

Sintesismengurusdan merumus maklumat yang diperolehi dengan jelasmelapor maklumat yang diperolehi dengan jelasmengambilbahagian dalam perbincangan mengenai maklumat yang diperolehmempersembah maklumat yang diperolehi sesuai dengan mesej, media dan penonton.

Penilaianmenilaikeberkesanan hasil pencarian maklumatmenilaiproses perjalanan pencarian maklumatmencadangkanpenambahbaikankenalpastikeperluan mencari maklumat lanjut terhadap sebarang kekurangan

Petunjuk kejayaan sesuatu program literasi maklumat di sekolah1. Peningkatan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah2. Peningkatan Permintaan Terhadap Bahan Maklumat3. Peningkatan Permintaan Terhadap Akses Kepada Maklumat4. Peningkatan Penyebaran Maklumat5. Peningkatan Pencapaian Akademik6. Peningkatan Pencapaian Ko-Kurikulum.7. Aktivti penyelesaian masalah dan lain-lain.