LMCP1522 Pembangunan Mapan Dalam Islam

8
LMCP1522 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM KESEJAHTERAAN SOSIAL DALAM ISLAM “SEDEQAH” NAMA : MOHD KHAIRUL SHAFIQ BIN MOHD BADRI NO. MATRIK : A161238

Transcript of LMCP1522 Pembangunan Mapan Dalam Islam

Page 1: LMCP1522 Pembangunan Mapan Dalam Islam

LMCP1522 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM

KESEJAHTERAAN SOSIAL DALAM ISLAM “SEDEQAH”

NAMA : MOHD KHAIRUL SHAFIQ BIN MOHD BADRINO. MATRIK : A161238

Page 2: LMCP1522 Pembangunan Mapan Dalam Islam

DEFINISI PEMBANGUNAN SOSIAL

• Merupakan satu proses pembangunan yang fokus utamanya adalah kepada manusia dan system sosialnya.

• Proses yang dirancang perubahan sosial yang direka untuk mengangkat kebajikan keseluruhan penduduk dalam kombinasi dengan proses dinamik pembangunan ekonomi.

Page 3: LMCP1522 Pembangunan Mapan Dalam Islam

DEFINISI SEDEQAH

• Sedekah asal kata bahasa Arab ‘shadaqoh’ yang berarti suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu.

• Juga berErti suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap redha Allah SWT dan pahala semata.

• Sedekah dalam pengertian di atas oleh para fuqaha (ahli fikih) disebuh sadaqah at-tatawwu' (sedekah secara spontan dan sukarela).

Page 4: LMCP1522 Pembangunan Mapan Dalam Islam

KELEBIHAN SEDEQAH• Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah. “Sesungguhnya orang-

orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

• Rezeki dimurahkan Allah SWT. Firman Allah SWT.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)

• Sedekah digandakan 700 kali ganda. Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)

Page 5: LMCP1522 Pembangunan Mapan Dalam Islam

PERKARA-PERKARA UNTUK MENDAPATAKAN KESEMPURNAAN DALAM BERSEDEQAH

• Barang yang elok dan baik. Barang yang hendak disedeqahkan itu mesti baik, elok dan tidak malu untuk digunakan. Jika kita sendiri tidak gamak untuk menggunakannya, tidak perlulah barang itu disedeqahkan. Bersedeqahlah dengan barang yang disukai penerima. Allah melarang kita bersedeqah dengan barang yang tidak elok kerana sedeqah merupakan ibadat dan sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah. Buktinya telah Allah nyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 267.

Page 6: LMCP1522 Pembangunan Mapan Dalam Islam

• Hasil yang halal.Semua perkara atau wang yang kita sedeqahkan kepada golongan yang memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang halal akan mengugurkan dosa dan mendatangkan pahala. Selain itu, akan dijauhkan diri daripada bala atau musibah. Seseorang yang bersedeqah dengan harta yang halal akan dijauhkan diri daripada api neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Terdapat sebuah hadis untuk menyatakan tempat untuk orang yang menyedeqah dengan hasil yang haram, bersabda Nabi saw : “Di dalam neraka jahanam ada sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ disediakan oleh Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta haram.” ( Al-Hadith )

Page 7: LMCP1522 Pembangunan Mapan Dalam Islam

• Sedeqah dengan niat yang ikhlas. Sedeqah dengan seikhlas hati, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakitkan hati orang yang menerima sedeqah kerana pembuatan ini haram dan akan merosakkan niat bersedeqah . Dalam surah Al-Baqarah ayat 264 bermaksud Allah telah membandingkan orang yang mengungkit dalam amalan sedeqahnya seperti “Batu licin yang terdapat tanah diatasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat. Setelah hujan reda, batu itu sudah licin dan tiada lagi tanah diatasnya. Demikian juga dengan orang yang kafir dan riak. Mereka gagal memdapat satu ganjaran pahala daripada apa yang telah diusahakan. Dan ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan memberi petunjuk kepada kaum kafir.

Page 8: LMCP1522 Pembangunan Mapan Dalam Islam

KESIMPULAN

• Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 114 yang ertinya,

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keridhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.