Lobak, Telur,Biji Kopi

24
LOBAK, TELUR DAN BIJI KOPI

description

Lobak, Telur,Biji Kopi

Transcript of Lobak, Telur,Biji Kopi

  • LOBAK, TELURDAN BIJI KOPI

  • Didihkan air di dalam tiga periuk.

  • Dalam periuk pertama, masukkan lobak

  • Dalam periuk kedua, masukkan telur.

  • Dalam periuk ketiga, masukkan biji kopi yang telah dikisar (serbuk kopi)

  • Didihkan ketiga-tiga periuk selama 15 minit.

    Keluarkan apa yang telah direbus tadi.

  • Lobak yang keras sekarang menjadi lembutTelur yang lembut (cair) didalam akhirnya bertukar keras (beku) dalamnya.

  • TETAPI.. Air yang direbus tadi bertukar warna dan mengeluarkan bau yang harum.Serbuk kopi telah pun lenyap.

  • Sekarang fikirkan tentang hidup.Hidup tidak selalu mudah.

    Hidup tidak selalu selesa

    Adakalanya hidup sangat sukar.

  • Kita bekerja keras tetapi mendapat hasil yang sedikitApa yang berlaku bila kita berhadapan dengan kesukaran??Perkara tidak berlaku seperti yang kita harapkan.

    Orang tidak melayan sebagaimana kita inginkan.

  • Fikirkan tentang periuk tadi..Air yang direbus ibarat masalah dalam kehidupan kita.

  • Kita boleh menjadi seperti lobakBermula dengan teguh dan kuatBerakhir dengan lembut dan lemah.

  • Kita menjadi penat.Hilang harapan.Putus asa.Tiada semangat untuk menjalani kehidupanJANGAN MENJADI SEPERTI LOBAK!!!!

  • Kita boleh menjadi seperti telurBermula dengan hati yang lembut dan sensitif.Berakhir dengan hati yang keras dan tidak berperasaan.

  • Kita benci orang lain.Kita tidak suka diri sendiri.Kita menjadi tidak berperasaanJANGAN JADI SEPERTI TELUR!!!

  • Kita boleh menjadi seperti biji kopi.Air tidak mengubah serbuk kopiTetapi serbuk kopi yang mengubah air!!!!

  • Air berubah wajah disebabkan oleh serbuk kopi.

    Lihat. Bau.Minum.

    Semakin panas air, semakin sedap rasanya.

  • Kita boleh menjadi seperti serbuk kopi.Kita mengubah sesuatu menjadi lebih baik dari kesukaran yang kita hadapi.

    Kita belajar perkara baru.

  • Kita mempunyai ilmu baru, kemahiran baru dan kemampuan yang baru.Kita membesar dalam pengalaman.

  • Kita menjadikan sesuatu di sekeliling kita bertambah baik.

  • Untuk berjaya, kita mesti mencuba dan terus mencuba.Percaya dengan apa yang dilakukan.Tidak mudah putus asa.Sentiasa bersemangat.Mesti bersabar.

  • Masalah dan kesukaran memberi kita peluang menjadi kuat.dan teguhdan bertambah baik.

  • Apa yang akan kita pilih sekiranya perkara tidak berlaku seperti yang dirancang??!!TELUR

    Atau BIJI KOPI???LOBAK

  • Jadilah Seperti BIJI KOPI!!!