Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online...

13
Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon) 1 Rajah 1: Carta Alir Proses Kerja Merekodkan/Mengemaskini Pengisytiharan/Pelupusan Harta Tidak Disahkan/ Dikembalikan MULA TAMAT Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online” Pilih Pautan Sub Menu “Isytihar Harta” Masukkan/kemaskini maklumat pengisytiharan/pelupusan harta Hantar maklumat kepada Ketua Jabatan untuk pengesahan Disahkan oleh Ketua? Penerimaan oleh Urusetia Pengisytiharan Harta Ya Diterima oleh Urusetia? Ya Kelulusan Pengisytiharan/Pelupusan Harta oleh Jawatankuasa Tatatertib Tidak Diterima/ Dikembalikan

Transcript of Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online...

Page 1: Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online ...my2.ummc.edu.my/manual_pengguna/manualisytiharharta.pdf · mengubah margin untuk menghasilkan cetakan borang yang sempurna.

Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)  

1  

Rajah 1: Carta Alir Proses Kerja Merekodkan/Mengemaskini Pengisytiharan/Pelupusan Harta

Tidak Disahkan/ Dikembalikan

MULA

TAMAT

Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online”

Pilih Pautan Sub Menu “Isytihar Harta”

Masukkan/kemaskini maklumat pengisytiharan/pelupusan harta

Hantar maklumat kepada Ketua Jabatan untuk pengesahan

Disahkan oleh Ketua?

Penerimaan oleh Urusetia Pengisytiharan Harta

Ya

Diterima oleh

Urusetia?

Ya

Kelulusan Pengisytiharan/Pelupusan Harta oleh Jawatankuasa Tatatertib

Tidak Diterima/ Dikembalikan

Page 2: Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online ...my2.ummc.edu.my/manual_pengguna/manualisytiharharta.pdf · mengubah margin untuk menghasilkan cetakan borang yang sempurna.

Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)  

2  

Permohonan Pengisytiharan/Pelupusan Harta boleh dibuat melalui Portal PPUM dialamat

http://portal.ummc.edu.my dibawah pautan Permohonan Online dan Sub Menu Isytihar

Harta.

Pengguna perlu log masuk ke Portal PPUM dengan memasukkan ID dan Katalaluan yang

telah didaftarkan iaitu menggunakan log masuk Single Sign On (SSO). Setelah berjaya login,

pengguna perlu memilih pautan Permohonan Online pada senarai menu di sebelah kiri Portal.

Seterusnya pengguna perlu memilih sub menu Isytihar Harta.

Page 3: Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online ...my2.ummc.edu.my/manual_pengguna/manualisytiharharta.pdf · mengubah margin untuk menghasilkan cetakan borang yang sempurna.

Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)  

3  

Selepas pengguna memilih menu Permohonan Online > sub menu Isytihar Harta, pengguna

seterusnya akan dapat mengakses Sistem Pengisytiharan Harta.

Pada sistem ini, pengguna boleh membuat permohonan pengisytiharan harta atau

permohonan pengisytiharan pelupusan harta jika ingin melupuskan harta yang telah

diluluskan oleh Jawatankuasa Tatatertib. Untuk membuat pengisytiharan harta, pengguna

perlu klik pada Borang Pengisytiharan Harta atau klik pada Borang Pengisytiharan Pelupusan

Harta jika ingin membuat permohonan untuk melupuskan harta yang telah diisytiharkan.

i. Borang Pengisytiharan Harta

Pada borang ini, terdapat lima bahagian maklumat iaitu keterangan pegawai/keluarga,

pendapatan bulanan, tanggungan/ansuran bulanan, keterangan mengenai harta dan

Page 4: Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online ...my2.ummc.edu.my/manual_pengguna/manualisytiharharta.pdf · mengubah margin untuk menghasilkan cetakan borang yang sempurna.

Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)  

4  

pengesahan pegawai. Namun pemohon tidak perlu mengisi bahagian keterangan

pegawai/keluarga kerana maklumat tersebut diambil secara terus daripada Sistem eHR.

Oleh itu, pemohon perlu memastikan terlebih dahulu maklumat berkenaan diri sendiri

dan keluarga adalah betul dan terkini sebelum membuat permohonan pengisytiharan

harta.

ii. Borang Pengisytiharan Pelupusan Harta

Setelah maklumat pada bahagian keterangan pegawai/keluarga adalah betul dan terkini,

seterusnya pemohon perlu mengisi bahagian pendapatan bulanan, tanggungan/ansuran

dan maklumat harta. Setelah kesemua maklumat ini selesai dimasukkan, pengguna

seterusnya boleh memilih Ketua untuk mengesahkan maklumat pengisytiharan harta

yang dimasukkan.

Page 5: Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online ...my2.ummc.edu.my/manual_pengguna/manualisytiharharta.pdf · mengubah margin untuk menghasilkan cetakan borang yang sempurna.

Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)  

5  

Sebelum memasukkan maklumat pendapatan bulanan, pengguna perlu memilih

maklumat pengisytiharan sama ada kali pertama atau tambahan. Seterusnya, bagi

pengguna lelaki, terdapat butang untuk menambah pasangan (isteri). Jumlah tambahan

yang boleh dibuat adalah sebanyak tiga orang tidak termasuk ruangan pasangan yang

telah tersedia. Oleh itu jumlah keseluruhan pasangan yang boleh dimasukkan adalah

empat orang. Tekan butang Tambah Pasangan bagi menambah pasangan, dan tekan

butang Padam Pasangan bagi memadamkan ruangan pasangan yang telah ditambah.

Bagi maklumat pendapatan bulanan, nilai gaji dan elaun akan dipaparkan secara

automatik oleh sistem. Walau bagaimanapun pengguna perlu memasukkan lain-lain

maklumat. Bagi pengguna yang mempunyai pasangan dan bekerja, mereka wajib untuk

memasukkan maklumat pendapatan, dan sekiranya tidak dimasukkan, keseluruhan

Page 6: Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online ...my2.ummc.edu.my/manual_pengguna/manualisytiharharta.pdf · mengubah margin untuk menghasilkan cetakan borang yang sempurna.

Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)  

6  

maklumat pendapatan bulanan tidak boleh disimpan. Selain itu, pengguna juga boleh

menambah lain-lain maklumat pendapatan sama ada sendiri atau pasangan. Lain-lain

pendapatan tidak terhad kepada hanya satu, pengguna boleh menambah lain-lain

pendapatan dengan menekan butang Tambah dan butang padam bagi menghapuskan

ruangan lain-lain pendapatan yang telah ditambah. Setelah kesemua maklumat selesai

dimasukkan, klik pada butang simpan untuk menyimpan maklumat berkenaan.

Seterusnya bagi memasukkan maklumat tanggungan atau ansuran bulanan atas hutang

atau, pinjaman, seperti pada maklumat pendapatan bulanan, pengguna boleh menambah

pasangan dengan klik pada butang Tambah Pasangan. Begitu juga untuk memasukkan

lain-lain maklumat tanggungan/ansuran bulanan, pengguna boleh memasukkan lebih

daripada satu maklumat dengan klik pada butang Tambah pada ruangan Lain-lain. Untuk

memadamkan ruangan tambahan yang dimasukkan pengguna boleh klik pada butang

Padam. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik pada butang Simpan untuk

menyimpan maklumat berkenaan.

Page 7: Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online ...my2.ummc.edu.my/manual_pengguna/manualisytiharharta.pdf · mengubah margin untuk menghasilkan cetakan borang yang sempurna.

Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)  

7  

Setelah selesai memasukkan maklumat pendapatan bulanan dan tanggungan/ansuran

bulanan, pengguna perlu memasukkan maklumat keterangan harta. Pengguna perlu

memilih jenis harta dan memasukkan maklumat-maklumat lain pada ruangan yang telah

disediakan. Setelah selesai tekan butang Simpan. Pengguna boleh memasukkan

maklumat keterangan harta satu per satu, dan senarai harta yang dimasukkan akan

dipaparkan di bawah ruangan merekodkan maklumat harta.

Pengguna boleh mengemaskini atau menghapus rekod keterangan harta yang telah

dimasukkan dengan klik pada pautan maklumat keterangan harta yang telah

disenaraikan.

Page 8: Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online ...my2.ummc.edu.my/manual_pengguna/manualisytiharharta.pdf · mengubah margin untuk menghasilkan cetakan borang yang sempurna.

Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)  

8  

Page 9: Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online ...my2.ummc.edu.my/manual_pengguna/manualisytiharharta.pdf · mengubah margin untuk menghasilkan cetakan borang yang sempurna.

Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)  

9  

Untuk menghapuskan rekod keterangan harta yang dimasukkan, klik pada pautan Hapus

Rekod, dan jika ingin membuat kemaskinian, kemas maklumat pada ruangan yang

berkenaan dan klik butang Simpan.

Seterusnya, setelah selesai memasukkan kesemua maklumat, pengguna perlu menghantar

maklumat pengisytiharan harta ini kepada Ketua Jabatan/Unit untuk tindakan

pengesahan, dan kemudian maklumat berkenaan akan sampai kepada Urusetia Isytihar

Harta. Untuk menghantar maklumat pengisytiharan harta kepada Ketua Jabatan/Unit,

klik pada bahagian Pengesahan Pegawai. Pilih Ketua Jabatan dan klik butang Hantar

Borang kepada Ketua Jabatan.

Apabila maklumat berkenaan telah berjaya disimpan, pada menu utama Sistem

Pengisytiharan Harta akan dipaparkan maklumat permohonan pengguna bersama status

pengesahan, penerimaan dan kelulusan permohonan. Pengguna boleh membuat

pengemaskinian terhadap maklumat yang dimasukkan dengan klik pada pautan di

ruangan Jenis Pengisytiharan. Kemaskinian maklumat hanya boleh dibuat sekiranya

permohonan belum diambil tindakan oleh Ketua Jabatan/Unit dan Urusetia atau

dikembalikan semula permohonan berkenaan kepada pemohon untuk tindakan

pembetulan.

Jika permohonan pengisytiharan harta telah disahkan, diterima dan diluluskan, pengguna

boleh melihat keseluruhan Borang Pengisytiharan Harta yang telah siap diisi dan boleh

mencetaknya.

Page 10: Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online ...my2.ummc.edu.my/manual_pengguna/manualisytiharharta.pdf · mengubah margin untuk menghasilkan cetakan borang yang sempurna.

Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)  

10  

Untuk mencetak borang, pada menu bar, pilih File dan pilih Print Preview, sila pastikan

borang berkenaan dalam paparan yang sempurna sebelum mencetak. Pengguna boleh

mengubah margin untuk menghasilkan cetakan borang yang sempurna.

ii. Borang Pengisytiharan Pelupusan Harta

Pengguna boleh melupuskan harta yang telah diisytiharkan melalui Borang

Pengisytiharan Pelupusan Harta. Pada menu utama Sistem Pengisytiharan Harta, pilih

pautan Borang Pengisytiharan Pelupusan Harta.

Page 11: Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online ...my2.ummc.edu.my/manual_pengguna/manualisytiharharta.pdf · mengubah margin untuk menghasilkan cetakan borang yang sempurna.

Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)  

11  

Seterusnya, setelah Borang Pengisytiharan Pelupusan Harta dipaparkan, semua harta

yang telah diisytiharkan didalam rekod pengguna berkenaan akan dipaparkan. Pengguna

perlu memilih harta yang ingin dilupuskan dengan tick pada bahagian no. 5 Keterangan

Harta, dan pada ruangan Lupus.

Selepas pengguna memilih harta yang ingin dilupuskan, pengguna kemudian perlu

memilih Ketua Jabatan yang akan mengesahkan permohonan pengisytiharan pelupusan

harta berkenaan iaitu pada ruangan Pengesahan Kenyataan, dan tekan butang "Dengan ini

saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah lengkap dan benar.

Hantar borang kepada Ketua Jabatan"

Seperti Borang Pengisytiharan Harta, setelah maklumat permohonan pengisytiharan

pelupusan harta diisi dan dihantar kepada Ketua Jabatan/Unit, pengguna boleh melihat

status permohonan melalui menu utama Sistem Pengisytiharan Harta. Untuk

mengemaskini permohonan, pengguna boleh klik pada pautan diruangan Tarikh Mohon.

Page 12: Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online ...my2.ummc.edu.my/manual_pengguna/manualisytiharharta.pdf · mengubah margin untuk menghasilkan cetakan borang yang sempurna.

Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)  

12  

Page 13: Log masuk ke Portal PPUM dan pilih menu “Permohonan Online ...my2.ummc.edu.my/manual_pengguna/manualisytiharharta.pdf · mengubah margin untuk menghasilkan cetakan borang yang sempurna.

Manual Pengguna Modul Isytihar Harta (Peranan Pemohon)  

13