LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat,...

30
Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 29(1) 2013: 199-228 LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK MELALUI ANALISIS SEMIOTIK RABIATUL ADAWIYAH MD SUHAIMI, FAUZIAH AHMAD, CHANG PENG KEE, MOHD HELMI ABD RAHIM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruhlogodengan menggunakan Teori Semiotik Peirce (1839-1914). Logo perniagaan yang dipilih adalah logo McDonald’s. Ini adalah kerana dengan simbol atau visual yang baik mampu menggambarkan misi, visi, dan identiti McDonald’s sebagai sebuah perniagaan yang terkenal di seluruh dunia.Seramai 200 responden telah dijadikan sampel dan dianalisa datanya. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis pengkelasan frekuensi. Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Untuk tujuan analisis data, ujian ANOVA dan analisis regresi linear dijalankan.Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara hubungan logo dengan pengaruh terhadap penggunanya. Berdasarkan penemuan, logo McDonald’s memberi pengaruh positif kepada penggunanya. Hasil kajian ini diharap dapat membawa manfaat kepada semua pihak terutamanya dalam merancang aktiviti atau penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti perniagaan restoran makanan segera terhadap logo yang dipamerkan. Kata Kunci : Semiotik; Logo; Analisis; khalayak; Pemikiran

Transcript of LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat,...

Page 1: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of Communication

Jilid 29(1) 2013: 199-228

LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK MELALUI ANALISIS SEMIOTIK

Rabiatul adawiyah Md SuhaiMi, Fauziah ahMad, Chang Peng Kee, Mohd helMi abd RahiM

univeRSiti KebangSaan MalaySia

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruhlogodengan menggunakan Teori Semiotik Peirce (1839-1914). Logo perniagaan yang dipilih adalah logo McDonald’s. Ini adalah kerana dengan simbol atau visual yang baik mampu menggambarkan misi, visi, dan identiti McDonald’s sebagai sebuah perniagaan yang terkenal di seluruh dunia.Seramai 200 responden telah dijadikan sampel dan dianalisa datanya. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis pengkelasan frekuensi. Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Untuk tujuan analisis data, ujian ANOVA dan analisis regresi linear dijalankan.Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara hubungan logo dengan pengaruh terhadap penggunanya. Berdasarkan penemuan, logo McDonald’s memberi pengaruh positif kepada penggunanya. Hasil kajian ini diharap dapat membawa manfaat kepada semua pihak terutamanya dalam merancang aktiviti atau penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti perniagaan restoran makanan segera terhadap logo yang dipamerkan.

Kata Kunci : Semiotik; Logo; Analisis; khalayak; Pemikiran

Page 2: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 29(1) 2013: 199-228

200

MCDONALD’S LOGO: READING AUDIENCE’S MIND THROUGH SEMIOTIC ANALYSIS

AbstractThe aim of this research is to studythe influence of logo using Pierce’s Theory of Semiotic(1839-1914). The logo that is used for this study is McDonald's. The attractive symbol that Mcdonald’shas been using describes the mission, vision, and the identity of McDonald's as a prominent business worldwide.A total of 200 respondents were used as samples.Descriptive analysis was used to analyse the frequency classification. Pearson correlation coefficient was used to test the research hypotheses. Fordata analysispurposes, ANOVA and linear regression analysis was used. Research results revealedthat the logo that McDonald's used has positively influenced its customers. It is hoped that this study will benefit many people especially those in the food chain industry to enhance the quality of fast food restaurant business through the portrayal of logo.

Keywords : Semiotic; Logo; Analysis; Reading; Audience

PENGENALANDisiplin kajian semiotik bermula dari Barat sekitar abad ke-19.Justeru, memang tidak menghairankan jika banyak bahan bacaan dari Barat yang menjadi sumber rujukan di Malaysia memandangkan bidang ilmu ini dipelopori oleh sarjana Barat.Dua orang tokoh utama sebagai printis memperkenalkan semiotik ialah Charles Sanders Pierce (1839-1914) dan Ferdinand de Saussure (1857-1913). Ini telah mendorong kemunculan lebih ramai lagi penyelidik yang menumpukan kajian dalam bidang yang sama dengan teori dan fahaman yang tersendiri. (Neumann& Rehmann, 2006).Globalisasi merujuk kepada interaksi dan integrasi yang melibatkan orang ramai, pemerintah dan gedung perniagaan dari pelbagai negara menerusi pelancongan, perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Dalam buku Philippe (2004), Open World: The Truth About Globalisation, menyatakan bahawa globalisasi adalah pencampuran budaya menerusi penghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi perdagangan, pelancongan dan media, perkembangan jenama bertaraf antarabangsa seperti Coca-Cola, McDonald’s, dan Disney telah menjadi bahan rujukan ramai. Hari ini, globalisasi berkembang pesat dan amat menyeluruh. Ianya boleh disifatkan sebagai satu fenomena yang digambarkan oleh ciri sifat terbuka dan saling bergantung antara satu sama lain.Menurutnya lagi, perubahan yang

Page 3: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Logo Mcdonald’s: Meneliti Pemikiran Khalayak Melalui Analisis SemiotikRabiatul Adawiyah Md Suhaimi, Fauziah Ahmad,

Chang Peng Kee, Mohd Helmi Abd Rahim

201

berlaku akibat globalisasi hari ini amatlah pantas jika dibandingkan dengan masa lampau.Misalnya, radio mengambil masa 38 tahun selepas diperkenalkan sebelum penggunanya mencapai tahap 50 juta orang. Tetapi World Wide Web hanya mengambil masa selama empat tahun untuk mencapai angka yang sama. Ahli sejarah mentaksirkan penggunaan cili dalam masakan tersebar dari Korea ke Sri Lanka dalam masa 100 tahun.Namun McDonald’s hanya mengambil masa dua dekad untuk tersebar ke seluruh Asia.Pertambahan permintaan pengguna terhadap sesuatu keluaran turut mempengaruhi perkembangan sesebuah perniagaan yang dijalankan.

Jenama global dilihat pada konteks satu barangan yang mempunyai jenama, rekabentuk dan strategi kreatif pengiklanan yang sama dan beroperasi seolah-olah hanya terdapat satu pasaran sahaja di dunia. Ia menyebabkan sesebuah perniagaan itu berusaha memberikan yang terbaik untuk sesuatu keluarannya. Kebanyakan firma perniagaan antarabangsa lebih mengutamakan untuk menggunakan penjenamaan global bagi memasarkan barangan mereka dalam bentuk yang sama di mana-mana sahaja di pelusuk dunia. Jenama global adalah sesuatu produk atau perkhidmatan yang mempunyai jenama, rekabentuk dan strategi kreatif pengiklanan yang sama, di mana-mana sahaja barangan tersebut dipasarkan. Globalisasi dalam konteks komunikasi dilihat seakan-akan suatu generalisasi komunikasi yang merentasi sempadan geografi dan budaya.Budaya mungkin bercambah dengan luas dalam negara yang mempunyai penduduk multi etnik seperti Malaysia.Setiap budaya juga mempunyai jaringan hubungan sosial yang kompleks, kepercayaan agama, bahasa, sikap kepenggunaan dan amalannya.(Mohd Helmi & Mohd Nizam, 2005).Sejajar dengan perkembangan dunia penyiaran dalam arus globalisasi ini, pengiklanan global juga turut berkembang bagi memastikan keluaran sesuatu produk atau perkhidmatan mendapat pasaran yang lebih luas.

Pengiklanan global dipercayai mempunyai dampak yang signifikan di dalam pengaruhnya terhadap pembentukan identiti nasional dan budaya terutama melalui paparan imej dan logo yang dibawakannya.Ini menunjukkan bahawa perkembangan pengiklanan yang turut mendokong globalisasi.(Parnell, 2006).Dari segi komunikasi, logo adalah sistem simbol yang menghantar maklumat.Kadang-kadang, hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan makna logo seperti reka bentuk logo atau warna tertentu. Logo adalah tanda unik kerana ia mengandungi bukan sahaja fungsi wakil, tetapi juga fungsi pragmatik dalam berhubung dengan nilai komersial. Dalam erti kata lain, ia membentuk satu reaksi kepada penerima dengan mengambil kira pengetahuannya, kesukaannya, kesedarannya, dan lain-lain berkenaan dengan logo tersebut. (Alberto, 2007). Untuk membezakan jenama dalam pasaran, sesebuah perniagaan perlu menjalankan aktiviti penjenamaan iaitu proses untuk mengawal perbuatan jenama dan cara untuk disampaikan dengan mengenalpasti personaliti dan bagaimana jenama diletakkan, perbezaan jenama yang melibatkan integrasi komunikasi dan sentiasa memantau jenama dan pesaing. (Parker,

Page 4: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 29(1) 2013: 199-228

202

2009). Jenama haruslah mempunyai objektif untuk meningkatkan jualannya, mengekalkan dan meningkatkan perkembangan pasaran, mencipta klimaks jualan, memberitahu dan mendidik pasaran, mencipta persaingan yang berbeza, dan membaiki kecekapan promosi, mencipta identiti dan kesedaran jenama, jaminan terhadap tahap kualiti, kuantiti dan perasaan puas hati pengguna serta aktiviti mempromosikan produk. (Onkvisit dan Shaw, 1997).

Masyarakat telah melabelkan jenama sebagai material marker dengan merujuk kepada barangan yang mempunyai nama, tanda perniagaan, logo dan pembungkusan. Jenama wujud hasil daripada imej jenama iaitu tanggapan daripada persepsi pengguna melalui pengiklanan dengan menonjolkan imej, teks, bentuk jenama dan seterusnya membentuk ingatan kepada pengguna dan mempengaruhi aspek penjenamaan, pemasaran dan pengiklanan tersebut.Jenama perlu berbeza dengan pesaing bagi membolehkan jenama menjadi unik dan dikenali.Selain itu, perbezaan jenama boleh dilihat daripada aspek rumusan produk, sistem penghantaran, saiz, warna, bau, bentuk serta lain-lain.(Holt, 2004).Semiotik membawa maksud secara terminologinya sebagai pengetahuan mengenai tanda ataupun dikenali sebagai simbol.Simbol atau tanda yang dimaksudkan ini adalah merangkumi pelbagai bidang seperti menyentuh aspek kebudayaan, kemasyarakatan dan sistem kehidupan yang telah menggunakan simbol atau tanda ini sebagai salah satu bentuk kaedah penyampaian komunikasi yang berkesan serta memberikan maksud-maksud yang tertentu.(Mick, Burroughs, Hetzel, & Brannen, 2004).Semiotik ini merupakan salah satu bidang komunikasi tanpa lisan yang merujuk kepada aspek pesanan yang tidak diberikan makna literal perkataan.Kaedah penyampaian lebih kepada tanda atau simbol yang lebih mudah difahami serta berkesan.Ada pelbagai pandangan serta pendapat yang telah dilakukan demi mengupas secara menyeluruh mengenai definasi, teori mahupun falsafah mengenai semiotik ini.Istilah semiotik ini lebih dominan digunakan sebagai salah satu ilmu penyampaian berkenaan tanda ataupun simbol.(Neumann & Rehmann, 2006).

Charles Sanders Peirce (1839-1914) mempunyai rangka kerja semiotik.Ia terdiri daripada rangka kerja tiga bahagian makna iaitu representamen (tanda itu sendiri), objek (tanda merujuk kepada apa), dan interpretant (tafsiran penonton atau kesan ke atas penonton). Menurut Peirce, semiotik melambangkan hubungan tanda dan objek. Mesej mengandungi tanda-tanda yang dihantar melalui sistem tanda.Sistem tanda ini dipanggil kod. Model Peirce adalah salah satu pengaruh paradigma yang telah digunakan untuk analisis semiotik pengguna dan isu pemasaran. (Moriarty, 2002).Komunikasi visual merupakan salah satu cabang ilmu komunikasi terhadap sesuatu objek yang dipamerkan untuk ditafsirkan.Semiotik komunikasi visual pula adalah sebuah interpretasi terhadap ilmu semiotik itu sendiri, iaitu semiotik sebagai sebuah kaedah tafsiran hasil reka bentuk visual yang dipamerkan.Logo merupakan tanda yang menggambarkan sebuah budaya dan sejarah yang memberi makna mengenai sebuah perniagaan yang diusahakan.(Messaris, 2003).Semotik adalah berasal dari kata Yunani iaitu

Page 5: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Logo Mcdonald’s: Meneliti Pemikiran Khalayak Melalui Analisis SemiotikRabiatul Adawiyah Md Suhaimi, Fauziah Ahmad,

Chang Peng Kee, Mohd Helmi Abd Rahim

203

'Semeion' yang bermaksud tanda.Istilah ini diperkenalkan oleh ahli falsafah Jerman yang bernama Lambert dalam abad ke 18.Semiotik adalah alat yang berguna untuk menumpukan perhatian pada pembangunan tanda-tanda yang membantu mengenal pasti dan membezakan makna reka bentuk dan penjelasan fungsi tanda atau logo dalam memproses makna oleh sesebuah perniagaaan kepada penggunanya.Kajian semiotik dalam komunikasi adalah kajian mengenai tanda yang tersembunyi disebalik sesebuah teks yang kita baca mahupun yang kita tulis yang berkembang kepada kajian tanda disebalik karya-karya digital seperti gambar, suara, muzik, gestur dan lain sebagainya.(Thellefsen, Sorensen, Danesi & Anderson, 2005).Barnhurst (2004) dalam artikelnya pula mengatakan bahawa kajian mengenai visual bermula pada akhir tahun 1950-an. Pada permulaannya, kajian ini berhubung kait dengan kajian mengenai fotografi dan filem yang mengandung unsur budaya popular.Dalam hal ini penyelidik menekankan bahawa komunikasi visual merupakan sebuah disiplin ilmu yang terletak di antara komunikasi dan seni dengan mengkhususkan kajiannya kepada teknologi baru dan menggunakan semiotik sebagai alat kajiannya.Kajian ini melibatkan aspek dalam bidang semiotik bagi mempermudahkan pengguna memahami isyarat yang ingin diketengahkan dengan melihat tanda atau logo yang dipamerkan dalam sesebuah perniagaan.Dalam kajian ini, komunikasi visual juga dilihat dalam mengkaji logo McDonald’s sebagai sebuah restoran makanan segera terbesar di dunia.

RESTORAN MAKANAN SEGERA MCDONALD’SRestoran makanan segera McDonald's sudah berada di mana sahaja dalam negara ini. Tidak kira sama ada di bandar atau di kampung, restoran yang memainkan lambang huruf 'M' ini pasti ditemui. McDonald’s, tentunya satu nama yang tidak asing lagi di hati kita. Bertepatan dengan slogan yang dibawanya, McDonald’s merupakan satu jenama perkhidmatan makanan segera yang terkemuka, tentunya digemari dan disukai oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan peringkat umur.Ia merupakan satu produk makanan segera yang menyediakan hidangan burger daging dan ayam, kentang goreng, ayam goreng, minuman ringan, makanan sarapan pagi, aiskrim dan pelbagai lagi hidangan lazat dan berkhasiat dengan harga yang amat berpatutan. Pada tahun 1940, sebuah restoran McDonald’s dibuka oleh Richard “Dick” J. McDonald dan saudaranya Maurice “Mac” McDonald’s di Fourtheenth and E streets, San Bernandino, California, Amerika Syarikat.

Pada ketika itu, menu makanan hanya terdapat 9 jenis hidangan iaitu hamburger, cheeseburger, minuman ringan, susu kocak, kopi, potato chips, dan a slice of pie. Namun pada 1949, potato chips digantikan oleh French Fries dan menu ditambah dengan adanya Triple Thick Milkshakes. Dick dan Mac McDonald’s memperkenalkan “Speedee Service System” tahun 1948 yang menjadi pemangkin kepada layanan restoran sajian cepat (fast food restaurant). “Maskot” asli restoran McDonald’s adalah Speedee, seorang lelaki

Page 6: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 29(1) 2013: 199-228

204

dengan “topi koki” di atas kepala yang berbentuk hamburger.Speedee kemudian digantikan oleh Ronald McDonald, seorang badut yang memakai kostum dan kasut bergelembung pada tahun 1967, didaftarkan pertama kali menjadi tanda perniagaannya di Amerika Syarikat. Sejarah telah mencatatkan bahawa pada tahun 1958, McDonald’s telah berjaya menjual hamburgernya yang ke-100 juta seterusnya dengan pembukaan restoran McDonald’s yang ke-100 di Fond Du Lac, Wisconsin, Amerika Syarikat pada 1959.

1948 1967Rajah 1.1 : Mascot Speedee dengan topi koki pada 1948 dan Ronald McDonald

pada 1967

Selain itu, McDonald’s juga telah membuka Universiti Hamburger di ruang bawah tanah (basement) restoran McDonald’s di Elk Grove Village, Illinois, Amerika Syarikat pada tahun 1961. Para graduan akan mendapat gelaran Bachelor of Hamburgerology. Perubahan demi perubahan dilakukan sehinggalah pada kempen global McDonald’s, ”i’m lovin’ it” pertama kali yang dilancarkan pada 2 September 2003 di Muenchen, Jerman. Setahun kemudian Snack Wrap diperkenalkan di Amerika Syarikat.McDonald’s menambahkan maklumat nutrisi di setiap bungkusan makanannya untuk musim Sukan Olimpik.McDonald’s juga memperbaharui bungkusannya mengikut keperluan global pada tahun 2007, namun setahun kemudian reka bentuknya menjadi semakin komprehensif sepanjang sejarah McDonald’s.Pada tahun 2009 pula, McDonald’s Corporation Campus Office Building mendapatkan penghargaan terbesar iaitu penggunaan Green Building menggunakan LEED-EB Platinum.

Rajah 1.2 : Hamburger University

Page 7: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Logo Mcdonald’s: Meneliti Pemikiran Khalayak Melalui Analisis SemiotikRabiatul Adawiyah Md Suhaimi, Fauziah Ahmad,

Chang Peng Kee, Mohd Helmi Abd Rahim

205

Sehingga tahun 2011, statistik Perniagaan McDonald’s Amerika Syarikat menunjukkan pemilikan lebih 33,000 restoran McDonald’s merentasi 119 negara. Menyusuri sejarah bermulanya nama McDonald’s di Malaysia, ia membina namanya di Malaysia buat pertama kalinya pada bulan Disember 1980, apabila Perniagaan McDonald’s Amerika Syarikat menganugerahkan Golden Arches Restaurants Sdn Bhd lesen untuk mengendalikan rangkaian restoran McDonald’s di Malaysia. Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi yang paling strategik, dan seterusnya pada 29 April 1982, restoran McDonald’s yang pertama di Malaysia telah dibuka. Kini, McDonald’s Malaysia telah mempunyai sebanyak 204 rangkaian restoran di seluruh negara dengan kadar antara 15-20 buah restoran pada setiap tahun. (www.aboutmcdonalds.com). Oleh itu, logo McDonald’s ini diambil sebagai objek dalam kajian ini. Logo yang digunakan ini ialah logo McDonald’s pada 1981-2003 kerana ia merupakan logo yang paling lama digunakan dalam perniagaan ini. Logo ini juga memberi kesan kepada keutuhan serta perluasan kepada keluaran yang dipasarkan oleh perniagaan restoran makanan segera McDonlad’s ini.

Rajah 1.3 Logo McDonald’s 1981-2003(www.aboutmcdonalds.com)

Menurut Adams, Morioka, dan Stone (2004), kejayaan sesebuah perniagaan yang dijalankan adalah melalui jangka masa perancangan yang dibinanya sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang. Ia adalah penting untuk melihat tahap perniagaannya dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang. Adams et al. (2004) menjelaskan lagi, setiap perniagaan akan berkembang dan berubah. Saiz perniagaan, produk, dan keperluan perlu ada dalam perancangan yang berterusan.Ia membantu penggunanya untuk memberi tumpuan kepada keperluan semasa dan masa hadapannya.

Page 8: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 29(1) 2013: 199-228

206

Ia adalah penting untuk menentukan peluang pertumbuhan yang berpotensi wujud dalam perniagaan yang diceburi. Logo mewakili tanda yang merupakan asas kepada pengenalan dan gambaran penting lisan mahupun visual sesuatu kaedah promosi (Bennett, 1995).Ia berfungsi sebagai penghubung komunikasi antara perniagaan dan penggunanya yang akhirnya menyumbang kepada kejayaan kewangan dan kesetiaan pengguna kepada perniagaannya. Pengguna telah menjadi biasa dengan imej visual atau simbolik dan mereka tidak sedar betapa banyak mereka bergantung kepada logo sebagai petunjuk kepada sesuatu keluaran yang ada di pasaran pada hari ini.Bahagian komunikasi korporat setiap perniagaan turut berhadapan dengan cabaran untuk menarik perhatian pengguna produk melalui media yang sedia ada bagi menambah jumlah penggunanya.

Pengiklanan menjadi semakin penting apabila pengiklanan mula menjadi aktiviti utama dalam pemasaran global.Pengiklanan merangkumi seni dan sains.Seni dalam pengiklanan datang daripada penulisan, rekaan dan menghasilkan mesej yang menarik.Manakala sains dalam pengiklanan datang melalui pemikiran strategik.Pemikiran strategik bermaksud memberi pertimbangan kepada alternatif dan mengenalpasti pendekatan yang terbaik.(Wells, Burnett & Moriarty, 2003). Menurut Wells et al. (2003) lagi, satu mesej yang standard mungkin dapat mengurangkan kos skala berekonomi. Persembahan yang selaras ini kerap menjadi perbahasan terhadap pengiklanan sesebuah keluaran.Kepelbagaian pendekatan kreatif pengiklanan mungkin terbaik untuk sensitiviti budaya, namun identiti korporat perlu diambilkira.Kepentingan hubungan antara kedua-dua perkara yang bertentangan ini menjadi cabaran kepada pengiklanan global. Logo digunakan berfungsi sebagai salah satu cara sesebuah perniagaan berkomunikasi dengan mudah untuk diperkenalkan dan difahami oleh penggunanya. Fokus akan diberikan kepada logo yang dipamerkan. Dengan logo ini, secara tidak langsung dapat melihatkan budaya sesebuah perniagaan itu dengan merujuk kepada objek yang digambarkan.(Bishop, 2001).

Logo yang direka dan diiklankan dengan baik akan mempengaruhi pengguna untuk menerima mesej jenama dengan kesan emosi yang akan membawa kesetiaan kepada jenama tersebut. Ia bukan sahaja untuk kepentingan perniagaan semata-mata tetapi berpeluang untuk menarik lebih banyak lagi jumlah penggunanya sekaligus akan setia terhadap jenama keluarannya. Logo yang berjaya adalah simbolik kepada imej sesebuah perniagaan.Semiotik adalah amat sesuai untuk menerangkan bagaimana makna muncul dalam reka bentuk logo McDonald’s dan tafsirannya. Semiotik menangani perkara-perkara berkenaan dengan struktur dan proses dalam fenomena tanda di mana perhatian diberikan kepada persamaan dalam pilihan, kategori, warna, bentuk, dan lain-lain lagi dalam logo McDonald’s itu sendiri. Tingkah laku membeli makanan segera dilihat sebagai sebahagian daripada ideologi budaya, rutin, minat, dan visual perasaan untuk membentuk corak penggunanya.Tidak hanya orang dewasa tetapi kanak-kanak telah pergi ke restoran makanan segera untuk berseronok pada majlis-majlis seperti hari lahir dan sebagainya. Sebagai pengguna, mereka

Page 9: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Logo Mcdonald’s: Meneliti Pemikiran Khalayak Melalui Analisis SemiotikRabiatul Adawiyah Md Suhaimi, Fauziah Ahmad,

Chang Peng Kee, Mohd Helmi Abd Rahim

207

percaya bahawa makanan segera seperti McDonald’s adalah cepat, mudah dan memuaskan bukan sahaja makanan, tetapi persekitaran yang dinikmati sewaktu makan. (Linn, 2004).

Malah menurut kajian Goyal dan Singh (2007), mendapati kanak-kanak mampu mengingati logo McDonald’s dengan warnanya yang merah dan kuning. Apabila singgah di McDonald’s, mereka akan dapat mengecam dan menunjukkan reaksi apabila terlihat logo tersebut walaupun dari dalam kereta. Suasana gembira dan meyeronokkan apabila makan di Mcdonald’s akan menguatkan lagi ingatan mereka pada logo McDonald’s. Di mana mereka akan mengaitkan McDonald’s dengan ganjaran emosi. Ini ditambah lagi dengan rasa dan bau makanan McDonald’s yang turut akan menguatkan ingatan mereka pada jenama tersebut.

Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan Semiotik Peircean.Semiotik merujuk kepada kajian tanda-tanda dan simbol.Semiotik juga adalah mesej yang terdiri daripada tanda-tanda, yang disampaikan melalui sistem tanda.Sistem ini tanda dipanggil kod.Makna muncul dalam penyahkod iaitu mesej di mana penerima memahami kod.(Moriarty, 2002).Semiotik memberi tumpuan kepada tafsiran fungsi tanda dan persepsi makna oleh penyahkod.Analisis ini menumpukan kepada peranan tanda iaitu logo McDonald’s sebagai sebuah perniagaan dan kesetiaan pengguna terhadapnya.

TRANSISI LOGO-LOGO MCDONALD’SDalam kajian ini, penyelidik memilih untuk memberi tumpuan kepada komponen imej jenama iaitu logo yang membentuk kesan langsung terhadap perniagaan dan emosi tarikan kepada imej jenama atau logo seperti logo McDonald’s itu sendiri kepada penggunanya. Restoran makanan segera McDonald’s terkenal dengan perkhidmatannya yang cepat, murah, dan mempunyai pelbagai pilihan makanan di negara-negara di seluruh dunia. Seolah-olah ia datang untuk menjadi restoran di dunia yang paling luas rantaiannya. Pada mulanya imej logo McDonald’s yang diperkenalkan adalah dua buah gerbang yang disokong oleh dua bongkah logam yang dicat dengan warna kuning sepanjang 8.3 meter yang menarik perhatian penggunanya disebabkan penggunaan tanda-tanda yang besar serta bangunan yang memudahkan mereka untuk berkunjung dan mendapatkan apa yang diinginkan. (Hughes, 2008).

Di sebalik gerbang ‘M’ ini sebenarnya pelbagai perubahan sebelumnya dialami dan dengan itu simbol untuk McDonald’s dilahirkan. Sejak itu, tulisan berwarna putih dan berjubin merah serta gerbang kuning bertepatan dengan pendirian McDonald’s dengan konsep utamanya iaitu “Drive-Thru” yang mula diperkenalkan pada tahun 1953. Dick dan Mac McDonald telah meminta arkitek Stanley Metson untuk menyediakan pelan tindakan bagi mereka dalam merancang bangunan segi empat tepat dengan bumbung yang condong ke bawah dari depan dan belakang bangunan. Bumbung juga mengandungi jubin putih dan merah. Harapan mereka adalah untuk mengubah cara masyarakat Amerika dan seluruh

Page 10: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 29(1) 2013: 199-228

208

dunia untuk merasai hidangan makanan mereka deangan cara berbeza. Hasilnya, mereka menambah dua gerbang emas yang besar ke dalam pelan reka bentuknya.McDonald’s berusaha untuk menaik taraf perwakilannya dengan mencari logo baru. Pada asalnya, Fred Turner datang dengan idea "V" berdasarkan lambang Cadillac kemudiannya Jim Schindler memperluaskan kepada reka bentuk "M" untuk perniagaan McDonald’s yang dapat dilihat dari sudut 45 darjah. Beliau juga yang seterusnya mencipta logo yang serupa dan penambahan pada bumbung merah sama kaki sebagai latar belakang perkataan. Gerbang fizikal restoran telah dihentikan pada tahun 1960, meninggalkan gerbang logo emas sebagai tanda fizikal itu sendiri (representamen) bagi jenama McDonald’s dalam minda penggunanya yang berfungsi sebagai interpretant. (Love, 1995).Menurut Love (1995) lagi, logo McDonald’s telah menjadi simbol perkembangan perniagaan antarabangsa dan telah diistilahkan sebagai sebahagian daripada Amerikanisasi dan imperialisme budaya Amerika yang dapat dikenalpasti dengan tanda “A.S.

Golden Arches” yang terkenal dalam logo McDonald’s yang mewakili gaya, kepentingan dan identiti korporat yang kuat. Ia telah dicipta oleh Jim Schindler pada tahun 1962 dan idea yang mula diperkenalkan oleh Dick dan Mac McDonald sebagai gerbang tanda-tanda berbentuk di sisi restorannya, maka mereka mendirikan restoran hamburger berjalan yang boleh didapati di tepi-tepi jalan. Dari sudut, gerbang yang direka kelihatan seperti huruf "M" dan dengan itu ia telah dimasukkan dalam penghasilan logo McDonald’s sebagai penggabungan dua gerbang emas yang berdiri bersama-sama.

Fenomena globalisasi terhadap dunia perniagaan makanan segera McDonald’s ini mempunyai misi yang unggul dan teguh dalam menghasilkan perkembangan kepada dunia global.Perkembangan ini telah menyebabkan perniagaannya menubuhkan piawaian kualiti untuk penjenamaan yang betul dalam pengurusan produk mereka.Itulah yang menyebabkan keperluan untuk mewujudkan tanda atau logo yang betul dan sahih agar dapat menarik minat pasaran dan sasarannya dilakukan. Cap dagangan atau logo adalah jaminan keseragaman dan kualiti terhadap sesebuah produk mahupun perkhidmatan. Ia meyakinkan pengguna bahawa semua produk yang mempunyai tanda tertentu mempunyai kualiti yang sama di mana-mana di seluruh dunia. (Silayoi & Speece, 2004).

McDonald’s telah menjadi sinonim dengan makanan segera dan telah menjadi salah satu daripada rantaian terbesar restoran makanan segera di dunia.Nama McDonald’s kemudiannya digunakan dan ditambah dengan logo McDonald’s pada tahun 1969.Walaupun gerbang fizikal digugurkan dari semua reka bentuk bangunan restoran, “Golden Arches” kekal dalam logo McDonalds, dan telah dijenamakan oleh syarikatnya.Logo McDonald adalah salah satu contoh yang sempurna bagaimana dua warna iaitu merah dan kuning digabungkan dalam industri makanan segera.Dari segi warna, sebagai tanda (representamen), kuning adalah salah satu warna yang paling popular.(Singh, 2006). Oleh itu, (interpretant) logo McDonald’s yang dibangunkan sebagai elemen jenama yang tersimpan dalam minda pengguna seperti kanak-kanak telah membawa erti keseronokan

Page 11: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Logo Mcdonald’s: Meneliti Pemikiran Khalayak Melalui Analisis SemiotikRabiatul Adawiyah Md Suhaimi, Fauziah Ahmad,

Chang Peng Kee, Mohd Helmi Abd Rahim

209

serta makanan yang cepat disediakan ada pada tanda “Golden Arches” iaitu logo “M” itu sendiri. (Rowley, 2004).Asas warna boleh mencetuskan kesedaran kepada kepentingan sesebuah jenama kepada daya penarik penggunanya.Perniagaan seperti McDonald’s bukan sahaja memilih warna yang mampu meningkatkan daya tarikan kepada penggunanya malah mampu mengukuhkan imej korporat mereka untuk diingati penggunanya. Jadi apabila McDonald’s mengembangkan perniagaannya di seluruh dunia, ia memerlukan logo yang dapat memastikan nilai mereka berterusan dalam perniagaan restorannya.

Percubaan berjaya McDonald’s mewujudkan imej baru kepada perwakilan logo perniagaannya yang mengambil pendekatan yang lebih intim kepada penggunanya.Grossman dan Wisenblit (1999) mendapati bahawa warna tertentu adalah sesuai bagi kategori produk tertentu.Menurut mereka lagi, warna merah adalah warna yang mampu mencetuskan emosi ghairah serta dapat merangsang rasa keseronokan terhadap diri seseorang individu mahupun kumpulan. Ini adalah langkah yang diambil oleh McDonald’s untuk menambahkan sesuatu yang baru kepada perubahan yang dibawa oleh McDonald’s dan kepada imej baru mereka sebagai jenama yang terkenal di seluruh dunia. Usaha McDonald’s sekaligus mampu membuahkan hasil pendapatan yang sentiasa meningkat sebanyak 15% dalam tempoh satu tahun selepas kempen logo baru diselaraskan pada 1981 yang dilihat oleh lebih daripada dua bilion orang penggunanya. Seterusnya McDonald’s telah membuat penambahbaikan terhadap logonya yang bertujuan untuk mengukuhkan objek berdasarkan representamen.

Perkataan "I’m lovin’ it" di bawah lambang “Golden Arches” membawa makna keseronokan kepada keluarga dan masyarakat sekaligus bertujuan untuk mengembangkan imej produk McDonald’s dalam minda penggunanya. Ini adalah objek yang diwakili oleh slogan baru di bawah lambang “Golden Arches”.Pengguna perlu pergi ke McDonald’s sendiri untuk merasai pengalaman baru terhadap ungkapan ini.(Vignali, 2001). Schlosser (2001) pula menyatakan dalam penyelidikannya terhadap 7,000 peserta penduduk di Jepun, India, Jerman, Australia dan United Kingdom mendapati mereka mampu untuk mengenalpasti logo McDonald’s dengan baik. Tidak perlu dinyatakan lagi keberkesanan reka bentuk logo McDonald’s ini dalam memberi kesan emosi ke atas penggunanya.

McDonald’s mempunyai visi dan misi jangka panjang di mana dengan mengambil perspektif berorientasikan masa depan membenarkan perekacipta logo dan syarikatnya untuk sentiasa berfikir perancangan di masa hadapan dari segi mesej yang akan disampaikan melalui representamen, objek, dan bagaimana ia akan dinyahkod oleh pengguna dalam interpretant. McDonald’s telah mewujudkan satu identiti yang kukuh kepada penggunanya sebagai simbol visual untuk "Golden Arches" yang telah berjaya menjadi mercu tanda terhadap usaha perniagaannya selama ini.(Hughes, 2008).Tanggapan bahawa logo yang berjaya menggambarkan nilai sebenar sesebuah perniagaan. Namun, peningkatan logo mengambil masa yang panjang dalam evolusi perubahan yang di alami dari semasa ke semasa oleh McDonald’s untuk menambah daya tarikan

Page 12: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 29(1) 2013: 199-228

210

kepada penggunanya. Logo yang direka dengan baik akan memberi makna yang akan mempengaruhi

pengguna untuk menerima imej jenama dengan kesan emosi sekaligus membawa kepada kesetiaan kepada jenama tersebut. Setiap logo berfungsi sebagai respons kepada isu-isu pengguna dalam usaha untuk terus mempengaruhi persepsi perniagaannya.Ia berfungsi asas sebagai "suara" untuk memperbaharui dirinya dalam memberitahu mesej di kalangan penggunanya. Dengan menggunakan teori semiotik Pierce, logo McDonald’s akan dikaji secara terperinci mengikut pengertian kepada setiap komponen-komponen yang ada pada logo yang diinterpretasikan melalui pelbagai pendapat sarjana. Pelbagai perubahan telah berlaku ke atas reka bentuk logo McDonald’s telah dipamerkan kepada penggunanya dengan nilai-nilai tertentu yang ingin dibentuk oleh perniagaan ini yang terdiri daripada beberapa elemen seperti bentuk, warna, tulisan, dan lain-lain lagi. (Mick & Oswald, 2007). Apabila diperhatikan perubahan ke atas reka bentuk logo McDonald’s ini, kita dapat lihat nilai-nilai tersebut direka khas untuk disampaikan kepada pengguna sebagai daya tarikan seperti pemilihan bentuk “M” pada logonya yang berwarna kuning terang sebagai sinaran untuk menarik perhatian dan warna merah yang digunakan untuk membangkitkan emosi penggunanya serta jenis dan ukuran huruf yang dipilih mempunyai makna yang sangat penting kepada identiti McDonald’s sebagai sebuah perniagaan makanan segera dalam meningkatkan jumlah jualan sekaligus jumlah penggunanya.

1948 1949 1969 1981 2003

2012

Rajah 1.4 Transisi Logo-Logo McDonald’s dari tahun 1948-2012

Page 13: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Logo Mcdonald’s: Meneliti Pemikiran Khalayak Melalui Analisis SemiotikRabiatul Adawiyah Md Suhaimi, Fauziah Ahmad,

Chang Peng Kee, Mohd Helmi Abd Rahim

211

KAJIAN-KAJIAN LEPASPembangunan logo yang betul adalah penting, kerana logo adalah salah satu aspek utama kepada sebuah perniagaan untuk menunjukkan cara mereka berkomunikasi, mendapat perhatian, keuntungan, dan pengiktirafan (Hem & Iversen, 2004). Perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah penghasilan sesebuah penciptaan logo atau pengubahsuaian.Dalam Hem & Iversen (2004) mendapati penciptaan logo yang berkualiti berkait rapat dengan jumlah kewangan yang diperlukan. Ini termasuklah proses pembangunan logo yang boleh menjadi agak mahal. Ia melibatkan kos bagi reka bentuk awal, kos pengurusan bagi masa sepanjang proses pemilihan dan penempatan logo daripada segi dokumen-dokumen perniagaan, paparan untuk bangunan, pembungkusan, dan kenderaan. Garis panduan kepada pembangunan sesebuah logo sangat penting dan ianya sangat berguna dalam usaha untuk menawarkan logo yang berkualiti.Dalam sesebuah perniagaan, tunggak utama terdiri daripada para pemegang saham, kakitangan, mana-mana syarikat yang berpotensi dalam aliran organisasinya, pesaing-pesaingnya seterusnya adalah penggunanya.

Logo korporat adalah gambaran dunia sebenar yang digunakan sebagai penghubung antara perniagaan dan sasarannya. Logo yang berjaya mengandungi unsur-unsur leksikal dan grafik atau kata sifat yang dikaitkan dengan pelabelan nama, perkara, atau objek (Murphy, 2010). Dalam kajian ini, penyelidik cuba untuk menemui dan mengasingkan makna kedua-dua jenis leksikal dan grafik maklumat. Keputusan sudah pasti boleh digunakan untuk diaplikasikan dalam dunia sebenar apabila syarikat berusaha untuk mereka bentuk logo yang berkesan.Logo mestilah dikenali, membawa makna untuk pasaran sasaran yang dimaksudkan, serta mendorong kesan positif ke atas sesuatu keluaran perniagaan.Logo sangat berkait dengan identiti dan misi sesebuah syarikat.Emosi positif yang dibawa oleh logo boleh dicapai dengan reka bentuk logo pertama dan boleh dimajukan dari masa ke masa melalui pendedahan logo.Mereka perlu memastikan reka bentuk akhir sampai kepada pelanggannya.Oleh itu, adalah penting bahawa pereka membentangkan pelbagai idea-idea reka bentuk dan penyelesaian, menerangkan kepada mereka secara terperinci agar dekat dengan pelanggan untuk mendapat manfaat. Akhirnya, pembangunan logo adalah satu proses kreatif yang melibatkan perbincangan dan kerjasama kerana ianya disiasat, dipertingkatkan, diteliti dan diolah. Proses ini bukan sahaja penting malah sebagai penyelesaian untuk dibangunkan, diterima dan dihayati dalam perniagaan masing-masing. (Hem & Iversen, 2004).

Dalam kajian Smeesters & Liu (2011), mereka telah menguji keberkesanan warna terhadap pemasaran yang dijalankan.Pilihan warna memberi kesan kepada jawapan pengguna.Penyelidikan ini telah memberi tumpuan kepada kesan warna.Penyelidik mendapati bahawa produk yang berlatar belakang warna merah mendapatkan lebih perasaan rangsangan daripada latar belakang berwarna biru. Menurut Soldat, Sinclair, dan Mark (1997), satu lagi sebab mengapa warna merah digunakan dalam logo ini adalah kerana warna merah dikaitkan dengan

Page 14: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 29(1) 2013: 199-228

212

kebahagiaan yang membawa kepada proses bertingkah laku seseorang terhadap perasaan bahagia itu. Bagi kedua-dua warna merah dan kuning, ianya telah dicadangkan kerana menjadi warna yang memberi aura yang positif.Warna merah dan kuning mampu memberi rasa kebahagiaan, kegembiraan, dan keyakinan.Dalam kajian Chang dan Lin (2010) mendapati bahawa peserta dalam kajiannya memilih warna kuning sebagai kegembiraan, kecerahan, dan kehangatan.Begitu juga, pengguna memberi persepsi berbeza mengenai warna dengan mengambil kira jenama perniagaan dan identiti perniagaan serta telah memilih warna merah dan warna kuning sebagai pilihan warna mereka.

Dalam Elliot dan Maier (2007) pula telah menjalankan beberapa kajian berkaitan dengan pembungkusan saiz dan bentuk dan penggunaan yang melihat kepada warna yang digunakan memberi kesan positif terhadap hasil jualannya.Warna-warna yang dipilih untuk mewakili logo McDonald’s adalah diambil kira bagi memujuk minda pengguna-penggunanya supaya sentiasa dingati dalam minda mereka.Dalam penyelidikannya mendapati bahawa warna seperti merah dilihat dapat membangkitkan aura rasa lapar, berbanding dengan warna seperti hijau.Secara khususnya, warna kuning dan merah adalah perangsang yang melahirkan perluasan tingkah laku secara paksa.Menurut Rajan (2010) dalam kajiannya bahawa jenama boleh ditakrifkan sebagai sistem tanda dan simbol yang melibatkan pengguna dalam proses simbolik yang menyumbang kepada sesebuah nilai produk yang ditawarkan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang mewakili hubungan bagi memenuhi keperluan dan pada tahap produk, harga, promosi, dan lokasi. Penjenamaan yang baik memberi kesan imej yang lebih utuh.Rajan (2010) telah menggunakan teori semiotik Ferdinan de Saussure dalam mengkaji sebuah iklan yang mewakili sebuah produk melalui simbol, bahasa, warna, gambar dan logo yang dapat mempengaruhi pelanggan.

Kajian Alozie (2010) telah menggunakan teori semiotik Pierce yang menunjukkan pengguna berupaya mengingat teks yang ditulis dalam pengiklanan yang dipaparkan dengan baik.Matlamat, pengetahuan dan teks dicadangkan ke dalam penyelidikan komunikasi ini. Matlamat dan skema pengetahuan adalah faktor penting dan mungkin memberi hubungan dengan kedua-dua pihak iaitu kepada sesebuah perniagaan dan penggunanya yang melibatkan komunikasi pemasaran dan ia mempunyai keupayaan untuk diperluaskan dalam penyelidikan komunikasi. Dalam kajian Kress dan Van Leeuwen (2001) pula menggunakan teori semiotik Ferdinan de Saussure yang mendapati bahawa tahap komunikasi meningkat apabila didorong oleh sesuatu perkhidmatan bergantung kepada perlambangan, imej dan reka bentuk. Dalam konteks semiotik, perkhidmatan digambarkan dalam risalah, buku panduan, logo dan sebagainya daripada pemasaran dan pengiklanan, amalan komersial yang bergantung hampir sepenuhnya pada penjanaan imej, idea-idea dan gaya hidup.

Manakala dalam kajian Tresidder (2010) beliau telah menggunakan teori semiotik sosial dalam kajiannya ini dan melihat bahawa logo juga dapat menunjukkan kegiatan dan fungsi perniagaan yang dijalankan kerana logo

Page 15: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Logo Mcdonald’s: Meneliti Pemikiran Khalayak Melalui Analisis SemiotikRabiatul Adawiyah Md Suhaimi, Fauziah Ahmad,

Chang Peng Kee, Mohd Helmi Abd Rahim

213

akan direka secara unik, jelas, seimbang, mudah difahami, dan sederhana. Kesederhanaan dan kejelasan sangat penting kepada pengguna yang melihat reka bentuk logo yang disediakan agar tidak menyukarkan pengguna untuk memberi tafsiran ke atasnya.Thurlow dan Jaworski (2003) mengkaji mengenai analisis pengiklanan komersial dengan menggunakan teori semiotik Pierce.Apa yang membuatkan penjenamaan korporat dapat meningkatkan keuntungan adalah dengan pengiklanan dan pemasaran yang berkesan. Pemasaran, pengiklanan dan komunikasi tidak boleh dipisahkan di mana ianya merupakan konsep utama dalam dunia pemasaran.Pengiklanan terutamanya yang meliputi bahasa, grafik, foto, warna, dan simbol-simbol lain untuk memberi kesedaran tentang keluarannya kepada penggunanya. Menurut Danesi & Beasly (2002), dalam dunia sekarang pengiklanan adalah perniagaan yang berskala besar dan merupakan sebahagian daripada ekonomi negara di banyak negara. Iklan mampu membina, membentuk dan memanipulasi persepsi dan tingkah laku pengguna luar.

Henderson dan Cote (2004) telah menjalankan analisis komprehensif terhadap warna sesebuah reka bentuk logo dan mereka mendapati bahawa logo berupaya menentukan hubungan komunikasi antara sesebuah perniagaan dengan penggunanya melalui warna yang diterbitkan. Dickinson dan Svensen (2000) pula menyatakan bahawa warna-warna yang digunakan oleh syarikat-syarikat korporat seperti Shell, McDonald, dan Burger King mempunyai kesan emosi pada hari ini kepada pengguna dari segi maknanya. “Golden Arches” itu sendiri memberi makna kemashuran dengan ketersediaan makanan dan perkhidmatan yang cepat untuk menikmati makanan apabila seseorang lapar dan McDonald’s menjadi pilihan kepada penggunanya untuk singgah dan berkumpul bersama-sama keluarga, sekaligus menjadikan ianya sebuah restoran makanan segera yang terkemuka di seluruh dunia.Menurut kajian Boo, Busser dan Baloglu (2008) mendapati bahawa pengiklanan adalah sebuah pengaruh budaya, cara berkomunikasi dan penakhlukan kepada dunia.

Dalam setiap iklan disertakan corak budaya dan membiarkan pengguna untuk berunding dan berkongsi tentang sesuatu budaya.Simbol adalah rekaan yang dibuat bagi menarik minat seseorang atau kumpulan. Simbol ini dibina dunia mampu menjalinkan hubungan sosial dalam banyak cara yang sama seperti agama, sains dan seni. Selain itu, dalam Zhu & Thagard (2002) melihat semiotik sebagai asas kepada pengurusan sesebuah jenama atau logo sekaligus terdapat melihat terdapat hubungan komunikasi dalam pengiklanan, pembungkusan, logo dan jenama yang dipamerkan. Tindakan simbolik dan interaksi simbolik dapat dinikmati dalam aliran sosial untuk membina tingkah laku yang tersendiri.Melalui paparan simbol dalam iklan membawa penonton untuk turut merasai pengalaman sesebuah budaya yang dibawa oleh sesebuah perniagaan. Iklan membina realiti dalam persepsi terhadap penonton tentang apa yang ingin disampaikan. Ini menjadikan sesuatu produk di dalam dunia pemasaran menjadi semakin kompetitif dan menjadikan ianya sejagat di mata dunia berorientasikan kepada jenama yang diketengahkan.

Page 16: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 29(1) 2013: 199-228

214

Menurut Goi (2012) pula, dalam komunikasi pengiklanan, ia tidak hanya menggunakan bahasa sebagai alat tetapi juga alat komunikasi yang lain seperti gambar, warna, dan bunyi. Pada hari ini, iklan disampaikan melalui tiga saluran media massa iaitu media cetak, media elektronik dan media interaktif. Dalam Francoeur (2004), pula melihat bahawa komunikasi dapat dilakukan secara langsung dan tidak langsung. Pengiklanan merupakan bentuk komunikasi tidak langsung melalui perantaraan media berbentuk audio, visual mahupun audio visual. Pengiklanan termasuk dalam komunikasi massa kerana pengertian komunikasi massa itu sendiri adalah komunikasi yang ingin disampaikan kepada khalayak yang besar dengan tujuan tertentu menggunakan media tertentu dan diterima secara serentak.

Dalam penyelidikan Mick & Oswald (2007), penyelidik telah menemui kepentingan komunikasi jenama dalam membina dan mengekalkan nilai yang dipamerkan, nama jenama atau logo yang menggantikan sifat-sifat produk dan membezakan jenama dalam arena kompetitif. Sumbangan nama jenama telah memberi makna dan persepsi serta keuntungan kepada sesebuah perniagaan yang dijalankan. Misalnya jenama Coca Cola telah berjaya mengutip keuntungannya lebih daripada RM70 bilion. Ini membuktikan bahawa kuasa perwakilan simbolik telah menjadi tarikan kepada pengguna dengan cara tanda-tanda visual, audio, dan lisan.Melalui pengiklanan yang berkesan, ianya mampu meningkatkan jumlah penggunanya sekaligus menjadi tarikan kepada sasaran perniagaannya. Dimensi semiotik jenama atau logo memainkan peranan penting untuk meningkatkan kesedaran terhadap perniagaan dan kesetiaan pelanggan dalam jangka masa panjang dan menyumbang kepada pemilikan cap dagangan melalui pengaruh media. Kesannya, pengurusan sesebuah jenama atau logo amat bermakna dalam melihat hubungan semiotik ke atas jenama yang dipamerkan untuk menjadi tarikan kepada penggunanya.

METODOLOGI KAJIANKajian ini adalah merupakan kajian yang berbentuk kualitatif dan kuantitatif.Kaedah kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan dapat memberikan huraian bagi menjelaskan transisi logo dalam kajian ini. Analisis Kandungan adalah satu bentuk analisis terhadap bahan-bahan media cetak seperti akhbar, majalah, jurnal, buku, kitab, laporan bertulis, minit mesyuarat dan sebagainya juga bahan-bahan elektronik seperti filem, drama, rancangan radio, televisyen, cd dan papan iklan. Ia digunakan bagi mengkaji beberapa istilah, perkataan, konsep, tanda, simbol, tema, frasa, atau ayat yang ada dalam media berkenaan.

Analisis kandungan boleh digunakan dalam pelbagai bidang ilmu seperti politik, sosial, pengurusan, pendidikan dan sebagainya.Terdapat dua bentuk analisis kandungan iaitu Analisis Konseptual yang merupakan satu analisis yang mengutamakan huraian atau penjelasan tentang konsep dalam sesuatu kandungan yang dikaji seperti kandungan ucapan.Makna-makna yang bersifat implisit dijelaskan.Perkataan atau ungkapan yang dipilih kemudiannya dikelaskan

Page 17: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Logo Mcdonald’s: Meneliti Pemikiran Khalayak Melalui Analisis SemiotikRabiatul Adawiyah Md Suhaimi, Fauziah Ahmad,

Chang Peng Kee, Mohd Helmi Abd Rahim

215

kepada beberapa kategori mengikut keutamaan penyelidik.Manakala Analisis Semantik adalah analisis hubungan antara konsep-konsep dalam kandungan. Ia menggunakan kaedah yang sama seperti Analisis Konseptual tetapi lebih kepada menganalisis hubungan sesuatu konsep yang ada dalam sesuatu kandungan bahan yang dikaji. (Bauer, 2000).Dalam kajian ini, penyelidik ingin melihat dan menganalisis transisi logo-logo McDonald’s yang dikenalpasti dalam restoran makanan segera yang terkenal di serata dunia ini.Kaedah kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini pula adalah kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah diskriptif iaitu dengan menggunakan borang kaji selidik.Reka bentuk kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan semiotik terhadap transisi perubahan logo-logo McDonald’s yang sekaligus mempengaruhi penggunanya.

Oleh itu, penyelidik telah memilih 200 orang sebagai responden yang pernah atau kerap mengunjungi restoran makanan segera McDonald’s. Hasil yang diterima akan dinilai menggunakan statistik. Data-data yang diperoleh akan dianalisis berdasarkan maklumat dalam borang kaji selidik yang diedarkan.Kaedah analisis dalam kajian ini adalah menggunakan analisis semiotik.Semiotik merujuk kepada kajian tanda-tanda dan simbol.Semiotik adalah pertukaran mana-mana mesej dan sistem tanda-tanda yang menjadi asas untuk difahami.Mesej mengandungi tanda-tanda yang dihantar melalui sistem tanda.Sistem tanda ini yang dipanggil kod.Makna muncul hanya untuk melihat bahawa penerima mesej yang meliputi kod (Moriarty, 2002).Semiotik tertumpu kepada pemahaman fungsi tanda dan persepsi makna oleh penerima.Kajian ini menumpukan kepada peranan tanda terutamanya tanda bukan lisan. Menurut Peirce, semiotik merujuk hubungan tanda dengan objek. Oleh itu, pandangan beliau adalah sebahagian besarnya tertumpu pada makna tafsiran.Peirce melihat bahawa rangka kerja yang dibinanya adalah salah satu daripada dua paradigma dominan yang telah digunakan untuk analisis semiotik isu-isu pengguna dan pemasaran.Saussure pula dalam rangka kerjanya lebih tertumpu kepada bahasa dan sebahagian besarnya tertumpu di sekitar kod.(Mick et al., 2004).

Coombe (1998) melakukan analisis semiotik terhadap logo.Pendekatan semiotik telah dipilih kerana beberapa sebab.Logo di bawah analisis telah diubah suai dari reka bentuk asal mereka melalui pelbagai contoh sepanjang jangka masa kajian. Kepentingan strategi semiotik yang digunakan adalah untuk mengubah suai sebuah logo supaya berjaya. Semiotik adalah alat yang berguna untuk menumpukan perhatian pada pembangunan tanda-tanda yang membantu mengenal pasti dan membezakan makna reka bentuk dan penjelasan fungsi tanda atau logo dalam memproses makna oleh sesebuah perniagaaan kepada penggunanya.Kajian semiotik dalam komunikasi adalah kajian mengenai tanda yang tersembunyi disebalik sesebuah teks yang kita baca mahupun yang kita tulis yang berkembang kepada kajian tanda disebalik karya-karya digital seperti gambar, suara, muzik, gestur dan lain sebagainya.(Thellefsen, Sorensen, Danesi & Anderson, 2005).Satu analisis semiotik membolehkan kita untuk menentukan dan memahami penonton sekaligus dapat memberi persepsi pengguna terhadap

Page 18: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 29(1) 2013: 199-228

216

sesebuah logo korporat.Penting untuk memahami fungsi tanda unik ini dalam melihat logo korporat sebagai objek kajian semiotik.

Walaupun majoriti kajian mengenai logo menumpukan kepada kesedaran atau pengiktirafan, namun satu analisis semiotik logo membolehkan penyelidik untuk menentukan apa yang memberikan logo atau tanda-tanda yang unik ini sentiasa mendapat perhatian penyelidik-penyelidik untuk terus mengembangkan kajiannya dalam bidang semiotik ini. Semiotik adalah konsep yang saling berkaitan untuk mentafsirkan tanda-tanda dan menerangkan makna.Tanda ini adalah fleksibel dan ianya berfungsi sebagai teras penting dalam komunikasi dan makna. Tanda yang menjadi rangsangan fizikal atau bukan fizikal yang dapat dilihat dari sudut pandangan lain. Semiotik berurusan dengan kerumitan makna di mana semua peringkat analisis melalui sifat fizikal tanda dan makna, rangka kerja proses tanda dan makna, serta kaedah analisis. (Mick et al., 2004).Model semiotik yang digunakan dalam analisis ini adalah salah satu yang dinyatakan oleh Charles Sanders Peirce (1839-1914).Semiotik membolehkan penyelidik untuk memeriksa logo sebagai tanda-tanda serta undang-undang yang mengawal hubungan tanda. Oleh itu, ia menjadi penting untuk memahami fungsi tanda-tanda tertentu.

Analisis semiotik logo telah digunakan dalam melihat kepada pendekatan pemprosesan maklumat di mana pendekatan yang meletakkan terlalu banyak penekanan pada proses kognitif dan emosi psikologi yang merupakan kajian tanda-tanda dan simbol kerana ianya wujud pada logo. Dalam erti kata lain penyelidik ingin merungkaikan satu analisis semiotik terhadap logo menggunakan dimensi elemen fizik dari sifat fizikal logo iaitu melalui bentuk, warna, dan tulisan huruf. (Mick et al., 2004).Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan analisis semiotik ke atas bentuk, warna dan tulisan huruf logo Mcdonald’s. Logo McDonald’s mempunyai bentuk empat segi.Melalui analisis semiotik, makna mengenai bentuk segi empat ini dapat dihuraikan.Warna pula merupakan elemen yang sangat penting dalam rekaan sesebuah logo. Dalam pemilihan ke atas warna yang digunakan bagi logo dalam kajian ini, analisis semiotik digunakan bagi mengetahui makna disebalik pemilihan warna yang digunakan dalam logo McDonald’s iaitu kuning dan merah. Melalui tulisan dan huruf yang digunakan dalam logo McDonald’s ini, analisis semiotik terhadapnya dilakukan iaitu jenis huruf, ukuran huruf yang digunakan, warna huruf dan ketebalan huruf pada sesebuah logo merupakan perkara penting dalam sesebuah logo yang direka.

HASIL KAJIANBahagian ini akan membincangkan analisis dan huraian keputusan yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan. Hasil data telah dikumpulkan dari kajian iaitu data-data yang diperolehi akan dianalisis dan dibentangkan selaras dengan objektif kajian. Analisis data ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian yang dibentuk berdasarkan kepada objektif kajian yang dilakukan. Hasil analisis

Page 19: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Logo Mcdonald’s: Meneliti Pemikiran Khalayak Melalui Analisis SemiotikRabiatul Adawiyah Md Suhaimi, Fauziah Ahmad,

Chang Peng Kee, Mohd Helmi Abd Rahim

217

meliputi analisis perbandingan transisi logo, hasil kesan semiotik mengenai logo McDonald’s dan hasil analisis data kajian tinjauan yang didapati daripada borang kaji selidik yang diedarkan kepada responden yang akan menerangkan lebih lanjut tentang keseluruhan analisis data dan keputusan kajian dengan melihat kepada profil demografi iaitu latar belakang responden dalam analisis seterusnya. Penyelidik akan menjawab objektif-objektif kajian yang dipaparkan dalam bab satu iaitu yang pertamanya adalah untuk menganalisis perbandingan transisi logo McDonald’s, seterusnyauntuk mengenalpasti kesan semiotik yang ada di dalam logo McDonald’s yang dipilih dan yang terakhir sekali untuk mengenalpasti hubungan penggunaan logo McDonald’s dan pengaruh terhadap penggunanya. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan bentuk kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif sebagai teknik pengumpulan data bagi menjawab objektif dan tujuan kajian.

Penyelidik telah melakukan analisis kaji selidik di sekitar pusat beli-belah, pusat ilmu, dan kepada sesiapa yang berkunjung di restoran McDonald’s di sekitar Lembah Klang.Borang kaji selidik ini telah diedarkan dalam masa 7 minggu bermula 28 Mac 2013 sehingga 1 Mei 2013.Daripada hasil kaji selidik yang dijalankan responden yang dipilih untuk mengisi borang soalan kaji selidik adalah sesiapa sahaja yang pernah mengunjungi restoran makanan segera McDonald’s. Seramai 200 orang responden dengan komposisi ciri-ciri berbeza iaitu jantina iaitu lelaki dan perempuan, bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain, pekerjaan iaitu tidak bekerja, bekerja sendiri, pengurusan/professional, dan pelajar serta pendidikan iaitu SPM/Sijil, Diploma, Ijazah dan Sarjana/PhD.Melihat kepada jantina responden, majoriti responden adalah perempuan sebanyak 53.5% berbanding responden lelaki iaitu sebanyak 46.5%. Dari segi bangsa pula, sebanyak 56.5% terdiri daripada bangsa Melayu, 24.5% terdiri daripada bangsa Cina, 17.0% adalah bangsa India dan 2.0% terdiri daripada bangsa lain-lain. Apabila dilihat dari segi pekerjaan pula, sebanyak 1.5% responden adalah tidak bekerja manakala 12.5% responden bekerja sendiri.

Manakala sebanyak 50.5% responden adalah dari golongan pengurusan dan profesional manakala responden pelajar pula adalah sebanyak 35.5%.bagi tahap pendididkan pula sebanyak 5.0% responden adalah berpendididkan SPM mahupun sijil mnakala sebanyak 23.0% responden adalah berpendidikan Diploma. Manakala sebanyak 69.0% responden adalah berpendidikan ijazah seterusnya sebanyak 3.0% responden adalah berpendidikan Sarjana mahupun PhD. Jika dilihat dari sudut kekerapan pengguna mengunjungi restoran makanan segera McDonald’s, sebanyak 14.5% adalah Kurang Kerap, manakala sebanyak 44.5% responden memilih untuk mengunjungi restoran makanan segera McDonald’s sekali-sekala. Manakala sebanyak 31.0% responden adalah sering atau kerap menikmati hidangan dan mengunjungi restoran makanan segera McDonald’s manakala 10.0% responden lagi sangat kerap mengunjungi restoran makanan segera McDonald’s. Ini menunjukkan bahawa kekerapan mengunjungi restoran makanan segera McDonald’s bergantung kepada keperluan pengguna

Page 20: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 29(1) 2013: 199-228

218

yang sekadar untuk menimati hidangan atau untuk mencari kesenangan, maka responden datang sekali-sekala. Namun, apabila ia menjadi keharusan, maka responden akan datang dengan lebih kerap lagi.

Jadual 1.1: Profil responden

Pembolehubah Kategori Frekuensi Peratus

Jantina Lelaki 93 46.5

Perempuan 107 53.5

Bangsa Melayu 113 56.5

Cina 49 24.5

India 34 17.0

Lain-lain 4 2.0

Pekerjaan Tidak Bekerja 3 1.5

Bekerja Sendiri 25 12.5

Pengurusan/Profesional 101 50.5

Pelajar 71 35.5

Pendidikan SPM/Sijil 10 5.0

Diploma 46 23.0

Ijazah 138 69.0

Sarjana/PhD 6 3.0

Kekerapan Tidak Pernah 0 0.0

Kurang Kerap 29 14.5

Sekali Sekala 89 44.5

Kerap 62 31.0

Sangat Kerap 20 10.0

Jumlah keseluruhan 200 100.0

UJIAN PENGKELASAN FREKUENSIBagi mengetahui respon terhadap elemen-elemen logo sebagai pemboleh ubah terikat (Dependent Variable) dalam kajian ini, maka data akan diukur secara pengkelasan (julat). Ianya dapat dilakukan dengan cara menghitung jumlah keseluruhan dari persoalan yang berkaitan dengan logo dengan jawapan sangat setuju di mana skor tertinggi adalah 5 manakala skor terendah adalah 1. Daripada 24 persoalan mengenai logo, didapati nilai terendah adalah sebanyak 28 dan nilai tertinggi adalah 116 dan kemudiannya diukur dengan selang kelas dengan pembahagian frekuensinya. Kelas ditentukan berdasarkan baik dengan tidak baik dengan menentukan jumlah selang kelas setiap kelas dengan formula berikut :-

Page 21: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Logo Mcdonald’s: Meneliti Pemikiran Khalayak Melalui Analisis SemiotikRabiatul Adawiyah Md Suhaimi, Fauziah Ahmad,

Chang Peng Kee, Mohd Helmi Abd Rahim

219

Dengan,

i = nilai selang kelas

julat = nilai tertinggi - nilai terendah

k = jumlah kelas

i = julat

k

i = 116 – 28 = 44

2

Maka, dengan menggunakan jumlah selang kelas dan kelas, maka akan dapat menentukan pengkelasan frekuensi untuk pembolehubah logo.

Jadual 1.2 Pengkelasan frekuensi pembolehubah X (Logo)

Selang Kelas Jumlah Responden Peratus

Tidak Baik 28 - 72 14 7%

Baik 73 - 116 186 93%

Jumlah 200 100%

Jika dilihat dari jadual 4.3, dapat disimpulkan bahawa 93% berpendapat bahawa elemen-elemen yang digunakan pada logo McDonald’s memiliki elemen yang baik dan sesuai dengan apa yang telah disampaikan dalam kajian semiotik bahawa elemen-elemen yang digunakan pada logo yang telah dipilih memberi makna yang dapat mencerminkan misi,visi dan identity perniagaannya. Manakala untuk mengetahui respon terhadap pengguna sebagai pembolehubah bebas dalam kajian ini adalah daripada 12 persoalan mengenai pengguna didapati nilai terendah sebanyak 17 dan nilai tertinggi adalah sebanyak 59 dan kemudiaanya dibuat selang kelas untuk menentukan nilai kelas dan frekuensinya. Kelas ditentukan dengan berdasarkan positif dan negetif dengan menentukan jumlah selang kelas setiap kelas dengan rumus seperti berikut :-

Dengan,

i = nilai selang kelas

julat = nilai tertinggi - nilai terendah

k = jumlah kelas

Page 22: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 29(1) 2013: 199-228

220

i = julat

k

i = 59 – 17 = 21

2

Maka, dengan menggunakan jumlah selang kelas dan kelas, maka akan dapat menentukan pengkelasan frekuensi untuk pembolehubah pengguna.

Jadual 1.3 Pengkelasan frekuensi pembolehubah Y (Pengguna)

Selang Kelas Jumlah Responden Peratus

Negetif 17 - 38 49 24.5%

Positif 39 - 59 151 75.5%

Jumlah 200 100%

Jika dilihat dari jadual 4.4, dapat disimpulkan bahawa 75.5% berpendapat bahawa elemen-elemen yang digunakan pada Pengguna memiliki elemen yang positif terhadap logo McDonald’s dan sesuai pembentukan identiti perniagaan yang digunakan oleh McDonald’s bernilai positif di mata penggunanya.

HASIL ANALISIS REGRESI LINEARDalam usaha untuk mencapai objektif kajian ini, dapatan seperti yang telah dibincangkan disimpulkan mengikut hipotesis kajian, satu analisis korelasi digunakan bagi mengukur kekuatan dua pembolehubah iaitu mengukur kekuatan hubungan linear antara penggunaan logo perniagaan dengan pengaruh logo kepada pengguna di mana pembolehubah bebas (X) iaitu logo terhadap pembolehubah terikat (Y) iaitu pengguna.Analisis regresi linear juga digunakan bagi memperincikan lagi keputusan kajian untuk melihat hubungan yang terdapat dalam satu pembolehubah terikat yang diuji.Malah, Alias (1998) menjelaskan bahawa analisis regresi linear dapat memberi maklumat tentang sumbangan pembolehubah tidak bersandar terhadap jumlah varians pembolehubah bersandar melalui pekali penentuan R2.

Nilai pekali penentuan R2 juga telah digunakan untuk mengenalpasti kekuatan hubungan antara pembolehubah sama ada lemah, sederhana atau kuat. Nilai R2 kurang daripada .10 menunjukkan hubungan yang lemah, nilai R2 antara .10 hingga .25 menunjukkan hubungan yang sederhana dan nilai R2 lebih daripada .25 pula menunjukkan hubungan yang kuat (Sidek Mohd Noah, 2009).Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.5, analisis regresi linear dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah pembolehubah peramal menjadi penentu kepada kedua-dua hubungan. Hasil analisis regresi linear dengan menggunakan kaedah

Page 23: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Logo Mcdonald’s: Meneliti Pemikiran Khalayak Melalui Analisis SemiotikRabiatul Adawiyah Md Suhaimi, Fauziah Ahmad,

Chang Peng Kee, Mohd Helmi Abd Rahim

221

Stepwise menunjukkan bahawa persamaan regresi wujud dengan signifikan.

Jadual 1.4 Hasil Data Regresi Linear Sederhana Pada Aras Keyakinan 95% (a = 0.05)

Pembolehubah Terikat

Pembolehubah Bebas Korelasi t hit Signifikan

Y (Pegguna) X (Logo) 0.730 14.932 .000

Constant = 3.350 F-hitung = 222.968

R Square = 0.530 Sig = .000

Melihat kepada jadual di atas, nilai koefision korelasi (R) mendapati nilainya sebanyak 0.730 bersamaan dengan 73.0%. Ini bermaksud hubungan antara pembolehubah bebas (X) dengan pembolehubah terikat (Y) adalah kuat kerana memiliki nilai di atas paras 50%. Manakala daripada jadual ANOVA pula, nilai F test adalah sebanyak 222.968 yang menunjukkan bahawa terdapat pengaruh di antara pembolehubah terikat (Y) iaitu pengguna dengan pembolehubah bebas (X) iaitu logo.

Nilai R2 yang diperolehi ialah 0.530 bersamaan dengan 53%.Ini bermakna terdapat korelasi antara pembolehubah (X) dengan pembolehubah (Y), manakala hubungan yang terjadi di antara dua pembolehubah (X) dan (Y) bernilai positif. Ini dapat dilihat daripada nila Beta (Pemalar) sebanyak 0.442 yang bernilai positif tetapi nilai R2 yang diperolehi sebesar 0.530 atau 53% mempunyai hubungan korelasi antara pembolehubah (X) dan nilai (Y) adalah rendah. Ini menunjukkan bahawa perubahan pada Pengguna iaitu pembolehubah (Y) adalah sebanyak 53% dipengaruhi daripada pembolehubah (X) logo dari jumlah populasi yang sama. Nilai ujian ini adalah signifikan dengan nilai signifikan sebanyak 0.000 iaitu lebih kecil daripada nilai signifikan iaitu 0.005.Ini bermaksud model yang signifikan ini boleh mewakili data dan dapat dianggarkan. Maka, hipotesis dapat disimpulkan dalam bab 2 iaitu wujud hubungan di antara penggunaan logo dengan penggunanya. Manakala hasil perisian SPSS dengan menggunakan analisa regrasi linear pula mendapati wujud hubungan antara pembolehubah bebas (X) iaitu logo dengan pembolehubah terikat (Y) iaitu pengguna. Hal ini dibuktikan dengan nilai uji-F iaitu dengan hasil analisis menunjukkan nilai Fstat sebesar 222.968 dengan df (199), maka keputusan yang diperolehi adalah dengan menolak Ho dan menerima H1. Ini membawa pengertian bahawa H1 diterima kebenarannya atau Ho ditolak.Hal ini bertepatan dengan ringkat signifikan sebanyak 0.000 (0%) yang berada di bawah paras signifikan iaitu 0.005 (5%).

HUBUNGAN LOGO DAN PENGARUH KEPADA PENGGUNABagi menguatkan objektif kajian yang pertama dan kedua, objektif kajian yang

Page 24: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 29(1) 2013: 199-228

222

ketiga akan menjawab mengenai hubungan logo mempengaruhi penggunanya. Ini dapat dilihat dari dua sudut berbeza iaitu analisis semiotik mengenai elemen-elemen logo yang digunakan serta hasil jawapan dari borang kaji selidik yang diedarkan.Pembentukan logo amatlah penting dalam sesebuah perniagaan. Rekaan logo memerlukan kos yang tinggi dengan menggunakan pereka-pereka bentuk visual untuk mencipta logo perniagaannya. Logo perniagaan yang dipilih haruslah menggambarkan secara tersurat dan tersirat mengenai misi, visi, identiti perniagaan yang dijalankan. Selain daripada rekaan imej visual yang dipamerkan dalam penciptaan logo perniagaan, imej bukan visual juga menjadi perkara penting dalam penghasilan rekaan logo yang akan dipamerkan kepada penggunanya.

Imej bukan visual telah dinyatakan pada bab sebelumnya seperti perkhidmatan yang ditawarkan, kemudahan lain yang selesa, kempen social dan sebagainya yang akan menyokong penghasilan rekaan logo yang positif kepada penggunanya. Penggunaan elemen-elemen yang serasi seperti bentuk yang menarik, kombinasi warna yang sesuai serta tulisan yang mudah dibaca dapat membantu untuk menghasilkan sebuah logo yang menarik dan mudah diingati oleh khalayak dan penggunanya.Penggunaan logo yang dihasilkan oleh McDonald’s mengikut hasil kajian semiotik dan tinjauan kaji selidik yang dijalankan dapat memberi kesimpulan awal bahawa penggunaan logo yang digunakan oleh sesebuah perniagaan dapat mempengaruhi penggunanya.Ianya dapat memberi identiti yang khas untuk memperkenalkan sesebuah perniagaan yang diwakilinya.

Walaupun proses ketertarikan sesuatu produk atau perkhidmatan itu bergantung kepada tahap keinginan dan status individu tertentu kerana setiap orang mempunyai citarasa dan kehendak yang berbeza-beza. Pembentukan jenama kepada penggunanya merupakan sebuah usaha murni perniagaan ini dalam mendapatkan kesetiaan kepada produk yang ditawarkan dengan menitikberatkan soal-soal seperti sembelihan, halal, haram, vegetarian consumers, eco-pack, global warming, kempen kesedaran “Go Green” dan sebagainya. Dalam pembentukan identiti McDonald’s, ia telah memberi kesan bahawa McDonald’s yang merupakan sebuah perniagaan menjual makanan segera yang terkenal di seluruh dunia dengan menu utama yang disajikan adalah burger.

Ianya dapat dilihat daripada penggunaan elemen tulisan “McDonald’s” yang terdapat pada logo yang digunakan.Dalam kajian ini, logo McDonald’s secara visualnya telah dapat memenuhi perkara-perkara yang berkaitan dengan misi, visi, dan identiti perniagaannya.Penggunaan logo McDonald’s dapat berkembang di seluruh dunia serta dapat memberi kesan positif kepada penggunanya betapa perlu memberi sesuatu yang terbaik daripada perniagaannya sebagai sumber kekuatan dalam merentasi pelbagai budaya dunia supaya dapat meningkatkan jumlah jualan dan penggunanya untuk sentiasa mengingati dan setia berkunjung di premis perniagaannya bagi menikmati hidangan yang disediakan.Penggunaan logo dapat membantu menggerakkan produk, membangunkan kesetiaan penggunanya bagi jenama lokal mahupun global sekaligus membantu

Page 25: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Logo Mcdonald’s: Meneliti Pemikiran Khalayak Melalui Analisis SemiotikRabiatul Adawiyah Md Suhaimi, Fauziah Ahmad,

Chang Peng Kee, Mohd Helmi Abd Rahim

223

mengukuhkan perniagaannnya.Apa yang dapat menambah kekuatan sesebuah penghasilan logo adalah sebuah

fakta bahawa penggunaan logo tersebut memberi hubungkait dengan proses penjualannya. Manakala elemen-elemen logo yang dipilih oleh McDonald’s terbukti secara signifikan dapat memberi kesan yang kuat dalam membentuk identiti yang diinginkan serta memberi gambaran yang positif terhadap perniagaan McDonald’s itu sendiri. McDonald’s merupakan sebuah industri tempatan yang berkembang menjadi industri global. Berhubung dengan perkara ini, kita dapat melihat bahawa penggunaan nama keluarga dapat dilihat dengan lebih jelas sekali bahawa ianya menjadi identiti yang mewakili perniagaan McDonald’s. Manakala dalam setiap transisi-transisi logo yang dilakukan oleh perniagaan McDonald’s sering menitikberatkan elemen-elemen yang bernilai positif dan menjadi lambang khas kepada perniagaan McDonald’s.

KESIMPULANKajian ini mendapati bahawa pemilihan logo untuk sesebuah perniagaan mampu memberi kesan yang kuat kepada penggunanya.Dengan gambaran yang positif tercipta daripada identiti visual sesebuah logo, ianya mampu memberi sumbangan kesan posotif kepada perniagaan itu sendiri. Seterusnya, penyelidik melihat bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sesebuah perniagaan seperti penyediaan kemudahan yang lengkap seperti wifi, tandas, tempat duduk dan lain lain, kemesraan pelayan, peranan dalam kempen kesedaran, Corporate Sosial Responsibility (CSR) dan sebagainya mampu mempengaruhi pengguna untuk berkunjung ke premis sesebuah perniagaan. McDonald’s kekal konsisten dengan tanda perniagaan "Golden Arches."Melihat kepada hasil analisis yang dilakukan, tujuan komunikasi sesebuah perniagaan melalui logo telah mengambil masa yang lama untuk berkembang.Logo imej McDonald semasa kebanyakannya berdasarkan warna merah dan kuning mungkin telah mengambil hampir tujuh puluh tahun untuk membinanya bagi mendapat temapt di hati penggunanya dan terus setia dengan perniagaannya.

Pada masa yang sama, logo McDonald’s masih menyampaikan mesej kepada pengguna dengan objek simbol yang konsisten (Oswald, 2007) serta suasana keluarga dan menyeronokkan (Rowley, 2004). Ia adalah kepercayaan penyelidik yang menggambarkan logo McDonald’s mampu mempengaruhi pengguna melalui analisis semiotik ke atasnya dengan metod yang berbeza-beza iaitu melalui kaedah analisis kandungan dan kaedah tinjauan. Hasil kajian ini mendapati bahawa identiti visual pada logo dan identiti non-visual iaitu kelakuan perniagaan dapat memberi kesan positif yang sangat baik di kalangan khalayak umum mahupun penggunanya.Borang kaji selidik yang dibina dan diedarkan ini mempunyai pelbagai soalan yang berhubungkait dengan hasil daripada analisis semiotik terhadap logo sebelumnya yang sekaligus untuk melihat adakah ianya mampu mempengaruhi penggunanya.

Page 26: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 29(1) 2013: 199-228

224

BIODATARabiatul Adawiyah Md Suhaimi adalah pelajar siswazah di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.Beliau telah menghantar tesis akhirnya untuk dinilai.Fauziah Ahmad, Chang Peng Kee dan Mohd Helmi Abd Rahim adalah pensyarah di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.Penyelidikan Fauziah Ahmad tertumpu pada kajian semantik dan semiotik.Penyelidikan Chang Peng Kee mengarah ke kajian analisis pembingkaian dan hubungan awam.Beliau adalah juga Timbalan Pengarah di Pejabat Perhubungan Alumni, UKM. Penyelidikan Mohd Helmi Abd Rahim adalah dalam bidang pengiklanan.

Page 27: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Logo Mcdonald’s: Meneliti Pemikiran Khalayak Melalui Analisis SemiotikRabiatul Adawiyah Md Suhaimi, Fauziah Ahmad,

Chang Peng Kee, Mohd Helmi Abd Rahim

225

RUJUKAN

Adams, S., Morioka, N., & Stone, T. 2004.Logo design workbook: A hands-on guide to creating logos. Beverley, MA: Rockport Publishers

Alberto, P. A., Fredrick, L., Hughes, M., McIntosh, L., & Cihak, D. 2007. Components of visual literacy : Teaching logos. Journal Marketing Science.Vol. 22 (4).234-243.

Alias Baba. 1998. Model linear dalam penyelidikan sains sosial. Bangi: Penerbit UKM.

Alozie, E. C. 2010. Advertising and Culture : Semiotic Analysis of Dominant Symbols. Journal of Creative Communication.Vol. 5 (1).1-22.

Barnhurst, K.G., Vari, M. & Rodriguez. F. 2004. Mapping visual studies in communication.Journal of Communication.616-644.

Bauer, M.W. 2000.Classic Content Analysis: Qualitative Researching with Text, Image and Sound.A Practical Handbook. London: Sage.

Bennett, P. D. 1995. Dictionary of marketing terms. Lincolnwood, IL: NTC Business Books.

Bishop, R. 2001. Stealing the Signs: A Semiotic Analysis of the Changing Nature of Professional Sports Logos.Journal of Social Semiotics.Vol. 11 (1).23-41.

Boo, S., Busser, J. & Baloglu, S. 2008. A Model of Customer-Based Brand equity and its Application to Multiple Destinations. Journal of Tourism Management.Vol. 6 (3).1-13.

Chang, W. L., & Lin, H. L. 2010.The Impact of color traits on Corporate Building.Journal of Business Management.Vol. 4 (15). 3344-3355.

Coombe, R. 1998. The cultural life of intellectual properties: Authorship, appropriation, and the law. Durham, NC: Duke University Press.

Danesi, M., & Beasley, R. 2002.Persuasive sign : The Semiotics of Advertising. Berlin : Mouton.

Dickinson, P., & Svensen, N. 2000.Beautiful corporations: Corporate style in action. London : Financial Times Prentice Hall.

Page 28: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 29(1) 2013: 199-228

226

Elliot, A. J., & Maier, M. A. 2007.Color and Psychological Functioning.Journal of Psychological Science.Vol. 6 (5).250-254.

Francoeur, B. 2004. Brand Image and Walt Disney : A Qualitative analysis of Magical Gatherings. Journal of Undergraduate Research.Vol. 7.1-8.

Goi, C. L. 2012. The Impact of Colours Online Marketing Communication.Journal of Science, Engineering and Technology.Vol. 62.109-113.

Goyal, A., & Singh, N. P. 2007. Consumer perception about fast food in India : An exploratory study. British Food Journal.Vol. 109 (2).182-195.

Grossman, R. P., & Wisenblit, J. Z. 1999. What we know about consumers’ color choices. Journal of Marketing Practice.Vol. 5 (3).78-88.

Hem, L., & Iversen, M. 2004. How to develop a destination brand logo: A qualitative and quantitative approach. Journal of Hospitality and Tourism, 4(2), 83-106.

Henderson, P. W., & Cote, J. A. 1998.Guidelines for selecting or modifying logos.Journal of Marketing, Vol. 62 (1).14-30.

Holt, D. B. 2004. How Brands Become Icons: The Principles of Cultural BrandingUSA : Harvard Business School Press.

Hughes, M. 2008. Logos that became legends: Icons from the world of advertising. Journal Marketing Science.Vol. 22 (5).607-626.

http://www.aboutmcdonalds.com

Kress, G., & Leeuwen, T. V. 2002. Colour as a Semiotic mode : Notes for a grammer of Colour. Journal of Visual communication.Vol. 1 (3).343-368.

Linn, S. E. 2004. Food Marketing to Children in the Context of a Marketing. Journal of Public Health Policy.Vol. 25(4).367-378.

Love, J. F. 1995.McDonald’s: Behind the arches. New York: Bantam Books.

Messaris, P. 2003. Visual Communication : Theory and Research. Journal of Communication. Vol. 53 (3) : 551-561.

Mick, D. G., & Oswald. L. 2007. The Semiotic Paradigm on Meaning in the Marketplace.In Handbook of Qualitative Research Methods in Marketing.

Page 29: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Logo Mcdonald’s: Meneliti Pemikiran Khalayak Melalui Analisis SemiotikRabiatul Adawiyah Md Suhaimi, Fauziah Ahmad,

Chang Peng Kee, Mohd Helmi Abd Rahim

227

Northampton: Edward Elgar Publishing.

Mick, D. G., Burroughs, J. E., Hetzel, P., & Brannen, M. Y. 2004.Pursuing the meaning of meaning in the commercial world: An international review of marketing and consumer research founded on semiotics.Semiotica, 152(1), 1-74.

Mohd Helmi Abd.Rahim.,& Mohd Nizam Osman. 2005. Advertising, Globalisation and National Identity : A content study of Advertising in Malaysia. Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Commmunication. Vol. 21:30-41.

Moriarty, S. E. 2002. The Semiotics of semiotics and Visual Communication.Journal of Visual Literacy.Vol. 22 (1).19-28.

Murphy, M. L. 2010. Lexical meaning. Cambridge: Cambridge University Press.

Neumann-Held, E. M., & Rehmann-Sutter, C. 2006.Genes in development:Re-reading the molecular paradigm. Durham, NC: Duke University Press.

Onkvisit, S., Shaw, J. 1997.International Marketing : Analysis and Strategy. (3rd ed.) Upper Saddle River : Prentice-Hall. Inc

Oswald, L.R. 2007.Semiotics and strategic brand management.Article Of Marketing Semiotics.Champaign-Urbana.

Parker, B. T. 2009.A comparison of brand personality and brand user-imagery congruence.Journal of Consumer Marketing.Vol. 26 (3).175-184.

Parnell, J. 2006. Reassessing the “Think Global, Act Local” Mandate : Evaluation and Synthesis. Journal of Management.Vol. 1 (1).21-28.

Philippe, L. 2004. Open World: The Truth About Globalisation. University of California : Abacus Publisher.

Ranjan, S. D. 2010. Use the science of semiotics in advertising and consumer perception. Journal of Science American.Vol, 6 (2).

Rowley, J. 2004. Online branding: The case of McDonald’s.British Food Journal. Vol. 106 (3) : 228-237.

Schlosser, E. 2001.Fast food nation: The dark side of the all-American meal. Boston: Houghton Mifflin.

Page 30: LOGO McDONALD’S: MENELITI PEMIKIRAN KHALAYAK · PDF filepenghijrahan, sebaran pesat, berita, idea dan fesyen menerusi ... hanya satu atau dua elemen yang diperlukan untuk mendedahkan

Jurnal KomunikasiMalaysian Journal of CommunicationJilid 29(1) 2013: 199-228

228

Sidek Mohd Noah. 2002. Reka bentuk penyelidikan: Falsafah, teori dan praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Silayoi, P., & Speece, M. 2004. Packaging and Purchase Decisions : An exploratary study on the impact of involvement level and time pressure. British food Journal.Vol. 106 (8).607-628.

Singh, S. 2006. Impact of Color on Marketing.Journal of Management Dicision.Vol. 44 (6).783-789.

Smeesters, D., & Liu, J. E. 2011. The Effect of Color (Red verses Blue) on assimilation versus contrast in prime-to-behaviour effects. Journal of Experimental Social Psychology.Vol. 47 (1).653-656.

Soldat, A. S., Sinclair, R. C., & Mark, M. M. 1997. Color as an environmental processing cue: External affective cues can directly affect processing strategy without affecting mood. Journal Social Cognition. Vol. 15, 55-71.

Thellefsen, T., Sorensen, B., Danesi, M., & Anderson, C. 2005.A semiotic Note on Branding.Journal of Cybernatics and human Knowing.Vol. 14 (4).59-69.

Thurlow, C. and Jaworski, A. 2003.Communicating a Global Reach: Inflight Magazines as a Globalizing Genre in Tourism.Journal of Sociolinguistics.Vol. 7(4).581–608.

Tresidder, R. 2010. Reading food marketing: The semiotics of Marks & Spencer!? International.Journal of Sociology and Social Policy.Vol. 30 (9).472-485.

Vignali, C. 2001. McDonald’s: “Think global, act local” : The marketing mix. British Food Journal.Vol. 103(2).97-111.

Wells, W., Burnett, J., Moriarty, S. 2003.Advertising : Principles and Practice. New-Jersey : Prentice-Hall.

Zhu, J., & Thagard, P. 2002. Emotion and Action.Journal of Philosophical Psychology.Vol. 15 (1).19-34.