lokasi (6)

7
960930-01-6999 3.0 LOKASI KAJIAN Saya telah memilih Sungai Petani,Kedah sebagai lokasi kajian saya. Peta 1: Peta Negeri Kedah Sumber : Laman Web Google Map Negeri Kedah juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 13 negeri Malaysia. Kedah terletak di utara Semanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9425 km 2 . Ibu negerinya ialah Alor Setar dan Anak Bukit merupakan Bandar Diraja. Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, dan sesuai digunakan untuk menanam padi.

description

d

Transcript of lokasi (6)

960930-01-69993.0 LOKASI KAJIANSaya telah memilih Sungai Petani,Kedah sebagai lokasi kajian saya.

Peta 1: Peta Negeri KedahSumber : Laman Web Google Map Negeri Kedah juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 13 negeri Malaysia. Kedah terletak di utara Semanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9425 km2. Ibu negerinya ialah Alor Setar dan Anak Bukit merupakan Bandar Diraja. Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, dan sesuai digunakan untuk menanam padi. Di bahagian utara,Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Provinsi Songkhla dan Yala di wilayah Thailand. Ia juga bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya.

Peta 2 : Peta Daerah Sungai PetaniSumber: Laman Web Google Map Sungai Petani merupakan sebuah bandar yang besar di negeri Kedah Darul Aman dan terletak di bahagian selatan negeri tersebut di utara Semanjung Malaysia. Jarak bandar ini dengan Alor Setar adalah kira-kira 70 km dan ia berdekatan denganButterworthdiPulau Pinang. Sungai Petani juga merupakan bandar pembangunan pesat serta perindustrian utama terbesar bagi negeri tersebut. Bandar Sungai Petani akan dinaik taraf sebagai bandaraya menjelang tahun 2015 menjadi Kedah antara negeri yang mempunyai bandaraya di Malaysia selain Selangor dan Sarawak. Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah akan ditukar kepada Majlis Bandaraya Sungai Petani. Sektor perumahan berkembang pesat di Sungai Petani. Semenjak tahun 1990-an, bandar Sungai Petani menerima pelaburan besar oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Mutiara Indah, Taman Berlian merupakan perumahan terancang yang terawal di Sungai Petani. Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort Homes. Sebuah kondominium mewah telah dibina pada tahun 2008 oleh EUPE Corporation di dalam kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang. Kondominium itu diberi nama Sky Residences. Kini Bandar Sungai Petani adalah kawasan perumahan terbesar diKedah mengalahi Bandaraya Alor Setarselaku ibu negeri. Bandar ini juga adalah kawasan perindustrian terbesar disebabkan faktor bandar ini dekat dengan Bandaraya Pulau Pinangiaitu bandaraya ketiga utama diMalaysia. Populasi penduduk telah mencapai sebanyak 456,605 orang pada tahun 2010.

Peta 3 : Peta Lokasi Taman Melati dalam Bandar Sungai PetaniSumber : Laman Web Google Map Taman Melati berhampiran dengan Taman Bunga Raya, Taman Wira Indah dan Kampung Terai. Taman Melati berhampiran dengan SMJK Sin Min.Hal ini telah menjadikan ramai orang ingin menetap tempat tinggal di taman ini. Lokasi Taman Melati agak strategik kerana terletak berhampiran dengan kedai-kedai runcit,farmasi,klinik,dan restoran.Kebanyakan penduduk Taman Melati adalah majoritinya orang Cina manakala orang Melayu dan orang India merupakan sebahagian daripada keseluruhan penduduk-penduduk Taman Melati.

Gambar 1 :Gambar Taman MelatiSumber:Kerja Lapangan 2015Terdapat satu taman permainan dan kedai-kedai runcit berdekatan di tempat tersebut.