Lokasi Jajahan Terbaharu Malakat Grocer Di Kota Warisan · 2021. 4. 5. · pes, kerepek, makanan...

4
Malakat Eco News / Edisi 6 / 2 April - 8 April 2021 Nak Sale LETUP? Iklankan bisnes anda di sini! SELEPAS melebarkan sayap ke daerah Ampang dengan pembukaan dua cawangan di Taman Kosas dan Pandan Mewah, Malakat Grocer kini terus meluaskan kawasan jajahannya di Kota Warisan, Sepang. Pembukaan outlet ke enam pada Sabtu lalu itu telah dirasmikan oleh pengasas Malakat Mall, Fadzil Hashim dan rakan usahawan Malakat, Hafiz Syafik Abdul Manan yang juga merupakan pemilik outlet tersebut. Menurut Fadzil, pembukaan cawangan terbaharu itu adalah untuk memberi pilihan kepada penduduk setempat untuk mendapatkan barangan basah dan kering dengan mudah. Tambah beliau, pihaknya akan membuka lebih banyak cawangan pada masa akan datang dan lokasinya bergantung kepada sokongan daripada penduduk setempat.Antara lokasi yang sedang dipertimbangkan adalah Jasin dan Merlimau di Melaka, Puncak Alam, Selangor dan beberapa lokasi di Johor. Bagaimanapun, dalam masa terdekat, cawangan terbaharu Malakat Grocer akan dibuka di Gombak, Selangor dan Alam Damai, Cheras, Selangor. Lokasi Jajahan Terbaharu Malakat Grocer Di Kota Warisan

Transcript of Lokasi Jajahan Terbaharu Malakat Grocer Di Kota Warisan · 2021. 4. 5. · pes, kerepek, makanan...

Page 1: Lokasi Jajahan Terbaharu Malakat Grocer Di Kota Warisan · 2021. 4. 5. · pes, kerepek, makanan sejuk beku, pencuci pakaian, minyak masak, biskut, kek buah dan air minuman. Noor

Malakat Eco News / Edisi 6 / 2 April - 8 April 2021

Nak Sale LETUP? Iklankan bisnes anda di sini!

SELEPAS melebarkan sayap ke daerah Ampang dengan pembukaan dua cawangan di Taman Kosas dan Pandan Mewah, Malakat Grocer kini terus meluaskan kawasan jajahannya di Kota Warisan, Sepang.

Pembukaan outlet ke enam pada Sabtu lalu itu telah dirasmikan oleh pengasas Malakat Mall, Fadzil Hashim dan rakan usahawan Malakat, Hafiz Syafik Abdul Manan yang juga merupakan pemilik outlet tersebut. Menurut Fadzil, pembukaan cawangan terbaharu itu adalah untuk memberi pilihan kepada penduduk setempat untuk mendapatkan barangan basah dan kering dengan mudah.

Tambah beliau, pihaknya akan membuka lebih banyak cawangan pada masa akan datang dan lokasinya bergantung kepada sokongan daripada penduduk setempat.Antara lokasi yang sedang dipertimbangkan adalah Jasin dan Merlimau di Melaka, Puncak Alam, Selangor dan beberapa lokasi di Johor. Bagaimanapun, dalam masa terdekat, cawangan terbaharu Malakat Grocer akan dibuka di Gombak, Selangor dan Alam Damai, Cheras, Selangor.

Lokasi Jajahan Terbaharu Malakat Grocer Di Kota Warisan

Page 2: Lokasi Jajahan Terbaharu Malakat Grocer Di Kota Warisan · 2021. 4. 5. · pes, kerepek, makanan sejuk beku, pencuci pakaian, minyak masak, biskut, kek buah dan air minuman. Noor

Malakat Eco News / Edisi 6 / 2 April - 8 April 2021

PELUANG memperkenal dan memasarkan produk di pusat beli-belah Malakat Mall terus mendapat sambutan dalam kalangan vendor usahawan kecil dan sederhana (IKS) yang datang dari seluruh pelosok negeri ini.

Pegawai Pembangunan Vendor Malakat Mall, Noor Herdawaty Zakaria berkata, sejak pembukaan Hari Bertemu Vendor pada Khamis lalu, kira-kira 100 usahawan hadir memohon untuk mempamerkan produk di Malakat Mall yang baharu dibuka pada 13 Mac lalu.Antara produk yang ditawarkan

para vandor termasuklah pes, kerepek, makanan sejuk beku, pencuci pakaian, minyak masak, biskut, kek buah dan air minuman.

Noor Herdawaty berkata, berikutan itu pihaknya telah melanjutkan Hari Bertemu Vendor yang diadakan selama dua hari untuk memberi peluang kepada lebih ramai usahawan di negeri ini mendapat ‘tempat’ di pusat beli belah ini.

Lebih membanggakan katanya, kebanyakan usahawan yang hadir pada sesi ‘pitching’ itu

sudah bersedia berdasarkan standard pembungkusan produk yang berkualiti tinggi dan menepati piawaian untuk bersaing dengan produk-produk komersial sedia ada.

Malakat Mall Masjid Tanah yang merupakan cawangan kedua selepas cawangan utama di Cyberjaya, Selangor menawarkan peluang kepada usahawan untuk memasarkan produk di seluruh rangkaian pusat beli belah itu termasuk di segmen peruncitan di Malakat Grocer.

Kakitangan Brainy Bunch Teruja Persembahan

Makanan Casa De Madani

Lebih 100 Vendor IKS Memohon Luas Pasaran

Produk

“Alhamdulillah, sebenarnya dah lama saya teringin menikmati hidangan di Casa De Madani. Perasaan saya terujalah bila lihat persembahan makanan yang

dihidangkan dengan citarasa yang mewah dan mempunyai ‘class’ yang tersendiri. Casa De Madani adalah pilihan yang terbaik. Anda pasti berpuas hati!”.

-Jufen, Brainy Bunch Bandar Puteri, Klang.

“Sememangnya menu dari Casa De Madani tidak pernah menghampakan. Menu yang memukau selera dan gabungan

‘condiments’ memberi rasa yang terbaik. Semoga Casa De Madani terus maju dan berjaya menapak di hati pencinta

makanan”.-Mona, Brainy Bunch Seksyen 3, Shah Alam.

“Casa De Madani merupakan satu- satunya halal fine dining terbaik di Malaysia. Sedap tu sudah pastilah cuma mula-

mula tu saya sayang nak makan kerana persembahan makanannya cantik dan menarik sangat. Semoga Casa De

Madani terus maju dan berjaya di masa hadapan”.-Fatonah, Brainy Bunch Sri Hartamas.

MALAKAT FOOD mencatat sejarah tersendiri pada majlis Makan Malam Tahunan tenaga pengajar Brainy Bunch bagi Lembah Klang dengan menyediakan ‘7-course fine dining dinner’ bagi 500 jemputannya.

Majlis makan malam tersebut dianjurkan di Dewan Banquet Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch dikelolakan oleh cef-cef berpengalaman dari Fine Dining Halal, Casa De Madani dan petugas dapur dan dewan yang berdedikasi.

Menariknya, Malakat Food kini turut membuka tempahan daripada individu dan syarikat yang berminat untuk menganjurkan sebarang majlis.

Mana-mana pihak yang berminat menggunakan perkhidmatan Malakat Food, bolehlah menghubungi 016-2214961 untuk maklumat lanjut. Malakat Food Catat Sejarah

Page 3: Lokasi Jajahan Terbaharu Malakat Grocer Di Kota Warisan · 2021. 4. 5. · pes, kerepek, makanan sejuk beku, pencuci pakaian, minyak masak, biskut, kek buah dan air minuman. Noor

Malakat Eco News / Edisi 6 / 2 April - 8 April 2021

PENGANJURAN Program Ayuh Bangkit ke 10 yang diadakan pada Sabtu lalu telah disertai oleh para usahawan bagi mengikuti sesi perkongsian formula bisnes berjaya dari Pengasas Kumpulan Malakat dan Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim.

Program perkongsian yang dijalankan di Malakat Mall, Cyberjaya ini adalah kuliah tip-tip perniagaan yang dijalankan sejak tahun 2019 dan istimewanya kali ini ia ditawarkan secara percuma kepada orang ramai yang berminat.

Sepanjang dua jam berlangsung, para usahawan didedahkan dengan pelbagai tip perniagaan dengan megambil kira beberapa topik berkaitan antaranya Rahsia Barakah Dalam Mengatasi Masalah dan Membina Kejayaan Bisnes, ‘CF Magic Formula’ untuk naikkan jualan dan keuntungan secara strategik dan efektif.

Selain itu juga, pada usahawan turut menerima suntikan inspirasi dan motivasi untuk terus berjuang dalam perniagaan masing-masing. Setiap formula yang dikongsikan telah dikaji dan diperhalusi agar ia menjamin sesebuah bisnes itu kekal bertahan dalam apa jua keadaan.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan hadiri program ini Sabtu lalu, nantikan Ayuh Bangkit sesi seterusnya!

LEBIH 100 pek darah berjaya dikumpulkan dalam Kempen Derma Darah anjuran Malakat Pharmacy. Kempen derma darah itu anjuran bersama Pusat Darah Negara yang diadakan di ruang legar Malakat Mall, baru-baru ini.

Pengurus Jenama Malakat Pharmacy, Anis Sabrina Azizuddin berkata, kempen yang bermula jam 11 pagi dan berjaya menarik lebih 120 pengunjung mendaftar. Katanya, pada mulanya, Pusat Darah Negara menyasarkan kira-kira 50 beg darah dalam tempoh dua hari kempen itu berjalan.

Namun, katanya, sambutan luar biasa di kalangan pengunjung Malakat Mall, pihaknya berjaya mengumpul lebih 100 beg darah untuk kegunaan kecemasan di masa hadapan. “Selain orang ramai yang terlibat, staff dan pengasas Malakat Mall, Fadzil Hashim juga menderma darah mereka untuk mengisi tabung bagi kegunaan kecemasan,” katanya.

Ayuh Bangkit 10 Fokus Formula Bisnes Berjaya

Kempen Derma Darah: Sambutan Luar Biasa!

“Jarak yang dekat dengan tempat kerja membuatkan saya selalu datang ke Malakat Grocer membeli barang dapur, tak perlu buang masa dah” -Rohani Tiot, 56-

“Walaupun ini merupakan kali kedua saya datang ke Malakat Grocer, ini adalah tempatnya saya boleh dapatkan keperluan barangan segar selain produk Muslim mudah,”. -Haminah Md Molasa, 68-

“Saya bangga dengan adanya Malakat Grocer yang dibangunkan sendiri oleh anak Melayu. Selain itu juga, Selain produk segar dan buatan Muslim tempatnya pun selesa,”. -Noor Seha Md Molasa, 60-

Reaksi Pelanggan

Page 4: Lokasi Jajahan Terbaharu Malakat Grocer Di Kota Warisan · 2021. 4. 5. · pes, kerepek, makanan sejuk beku, pencuci pakaian, minyak masak, biskut, kek buah dan air minuman. Noor

Malakat Eco News / Edisi 6 / 2 April - 8 April 2021

Ruang iklan ini boleh dimiliki oleh ANDA! Jangan lepaskan peluang!

Email ke [email protected] tempahan.

Imbas di sini

KEDAI yang menawarkan pelbagai kelengkapan barangan sukan, Tahan Sports yang ditubuhkan sejak Mac tahun lalu kini kian menjadi tumpuan peminat aktiviti sukan.

Ini kerana, jenama yang berada di bawah kelolaan Malakat Mall itu mengambil inisiatif menjadi pusat sehenti kepada pelbagai jenis produk sukan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia.

Pengurus Jenama Tahan Sports, Mohd Fuad Rahim berkata,

terdapat lebih 10 jenama barangan sukan tempatan boleh didapati di premis berkenaan.

Ia merupakan salah satu keunikan Tahan Sports di mana ia menawarkan barangan sukan yang direka oleh rakyat tempatan bersesuaian dengan aktiviti sukan di negara ini, cuaca dan cita rasa rakyat tempatan.

Antara jenama barangan sukan buatan yang terdapat di Tahan Sports ialah Sportsevo, Abstrax dan Capo Apparels.

DIY MALAYA bukan sahaja menjual pelbagai kelengkapan barangan rumah namun menyediakan perkhidmatan latihan dan kemudahan kepada pelanggan yang tidak terdapat di tempat lain. Terbaharu, lebih 50 peserta terlibat dalam Program Dari Sisa Menjadi Baja oleh Penceramah dari Biosense, Dr Rokiah Hassan yang diadakan di Malakat Mall, Cyberjaya. Dalam program itu, Pra Pelancaran World Earth Day 2021 turut diadakan bagi menggalakkan peserta mengurangkan pembuangan sisa makanan ke tempat pelupusan sampah sepanjang Ramadan nanti. Peserta juga diberi pendedahan mengenai teknik-teknik menghasilkan baja melalui sisa makanan di dapur dan seterusnya menggalakkan mereka menjana pendapatan sampingan.

Tahan Sports Pusat Sehenti Produk Sukan Tempatan

Dari Sisa Makanan Jadi Baja Kompos

SELAIN barangannya setanding dengan rangkaian kedai serbaneka popular yang lain, 2358 Fashion juga memiliki keistimewaan tersendiri dalam memenuhi citarasa dan gaya hidup terkini.

Biarpun baru bertapak di pasaran tempatan sejak tahun lalu, kedai yang dianggap ‘berhantu’ ini komited dalam menawarkan pelbagai barangan yang berkualiti dan unik dengan harga yang berpatutan.

Terdapat pelbagai barangan dijual termasuklah perkakasan dapur, aksesori wanita, produk kecantikan, alat solekan, gajet, perhiasan rumah dan sebagainya.

Bagi menghargai ke semua pelanggan yang tidak jemu memberikan sokongan, 2358 Fashion kini menawarkan potongan harga 50 peratus pada setiap barangan kosmetik dan penjagaan kulit bermula 6 Mac sehingga 6 April ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 2358 Fashion, ikuti Instagram dan Facebook rasmi jenama ini.

2358 Fashion Kedai ‘Berhantu’

Pengurus Jenama DIY Malaya, Izni bersama sebahagian peserta mengambil bahagian dalam sesi pembelajaran Dari Sisa Jadi Baja dan Pra Pelancaran World Earth Day di Malakat Mall.

Sebahagian peserta khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh penceramah jemputan.

Kelebihan Baja Kompos:

Ianya sangat murah untuk dibuat tapi bermanfaat untuk tanaman

1

2

3

4 Jika anda rajin, ianya boleh menjadi sumber pendapatan sampingan

Tanaman yang disiram akan menjadi lebih sihat, tanaman yang sihat lebih kuat menentang penyakit

Ianya organik dan mesra alam