Lompat Jauh

43
SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906. Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic Sports’.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya. Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama.

description

pjm3112

Transcript of Lompat Jauh

Page 1: Lompat Jauh

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA

 Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906.

Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic Sports’.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.

Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama.

Page 2: Lompat Jauh

Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.

Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic of British Malaya’.

Pada 1913, nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of Malaya’.Nama kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’.

Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.

Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya Amateur Athletic Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.

Page 3: Lompat Jauh

Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf.

Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara.

Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada ‘Malaysia Amateur Athletics Union’ (MAAU).

Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.

Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian

Page 4: Lompat Jauh

- SEJARAH PERMULAAN ACARA LOMPAT JAUH DIKESAN PADA AWAL TAHUN 708 S.M. IAITU SEMASA SUKAN OLIMPIK KUNO DI GREECE.

- MENURUT CATATAN, LOMPATAN PERTAMA YANG DILAKUKAN ADALAH SEJAUH 7.05 METER OLEH CHIONIS IAITU SEORANG ATLET DARI SPARTA.

- TEKNIK DAN GAYA LOMPATAN YANG DILAKUKAN ADALAH BERBEZA DARIPADA LOMPATAN YANG DILAKUKAN PADA MASA KINI.

Sejarah Lompat Jauh

Page 5: Lompat Jauh

Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan yang terdapat pada tembikar pada zaman dahulu, lompatan di buat secara berkali-kali sama ada dalam bentuk multiple, double triple atau quintriple.

Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah dikategorikan dalam acara olahraga dan bermula daripada itu ia telah diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat dunia.

Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa kini.

Lompat jauh dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada risiko kecederaan.  

Page 6: Lompat Jauh

PERALATAN DAN KELENGKAPAN

1) Pita pengukur -- Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan.

Jarak lompatan diukur dari hujung yang terdekat dengan papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam kawasan pendaratan.

Dalam kejohanan dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik dan menjadikan pengukuran lebih mudah serta cepat dilakukan.

Page 7: Lompat Jauh

2) Kasut berpaku (spike) Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan

sebagai perlindungan. Kasut yang berpaku dan bertumit plastik sesuai digunakan dalam lompat jauh.

3) Bendera isyarat Bendera yang digunakan oleh pengadil adalah

untuk mengawasi lompatan. Terdapat dua jenis bendera iaitu bendera putih dan merah. Bendera putih untuk lompatan yang sah dan bendera merah untuk lompatan yang batal.

 

Page 8: Lompat Jauh

4) Lorong larian Lorong larian yang sesuai adalah penting untuk

melakukan pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian adalah 45 meter x 1.22 meter.

5) Papan pelepas Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan

permulaan lompatan. Papan pelepas yang standard adalah bersaiz 1.22 meter panjang dan 20 meter lebar. Papan ini diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan dan biasanya diwarnakan dengan warna putih.

Page 9: Lompat Jauh

6) Kawasan pendaratan

Ia digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan.

Kawasan ini penting dan merupakan peralatan utama dalam acara lompat jauh. Ia disikan dengan pasir halus dan dilembapkan.

Saiz standard kawasan pendaratan adalah 9 meter panjang dan 2.75 meter lebar.

7) Pengukur halaju angin

Alat ini digunakan untuk mengukur halaju angin ketika lompatan dilakukan.

Ia penting untuk menentukan sama ada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau tidak. Alat pengukur ini tidak digunakan dalam kejohanan peringkat sekolah atau kelab.

 

Page 10: Lompat Jauh

Rajah 1.1: Ruang dan kelengkapan acara lompat jauh

Page 11: Lompat Jauh

TEKNIK LOMPATAN 

1) Kelajuan larian Kelajuan lompatan adalah penting untuk

menghasilkan daya lompatan yang kuat dan jauh. Kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan

membantu pergerakan menegak yang kuat semasa lompatan di lakukan.

Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah penting.

Kebiasaannya, pelompat melakukan larian yang mempunyai 18 hingga 22 langkah atau jarak di antara 25 hingga 40 meter.

Page 12: Lompat Jauh

Bagi mendapatkan ketepatan, check mark dilakukan sebelum membuat lompatan bagi memudahkan pelompat untuk membuat larian mula dengan papan pelepas.

Terdapat dua kaedah untuk melakukan check

mark iaitu kaedah pertama pelompat perlu mencari konsentrasi melalui larian yang berulang-ulang dan menandakan titik yang paling sesuai.

Manakala kaedah kedua ialah mencari konsentrasi melalui larian dari papan pelepas tetapi ia kurang sesuai jika tiupan angin yang terlalu kuat.

Page 13: Lompat Jauh

Rajah 1.2: Teknik membuat check mark

Page 14: Lompat Jauh

2) PELEPASAN LOMPATAN

Ia penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak maksimum dan dalam melakukan lompatan yang berkesan.

Kelajuan larian dan daya konsistensi yang sesuai dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik dalam lompatan.

Dianggarkan pelompat hanya berada selama 0.11 saat pada tahap pelepasan lompatan ini tetapi ia penting dalam menentukan daya lompatan yang baik atau lompatan yang batal.

Page 15: Lompat Jauh

MELALUI PEMERHATIAN CORAK DAN TEKNIK YANG DILAKUKAN OLEH JAGUH-JAGUH PERINGKAT ANTARABANGSA, TEKNIK PELEPASAN LOMPATAN BERIKUT ADALAH DISARANKAN IAITU:

i. Pelompat perlu ada konsentrasi yang tinggi pada tahap pelepasan lompatan.

ii. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas ke bawah dan pada kaki sudut hentian perlu diubah.

iii. Bahu dan dada di angkat keatas untuk membantu dalam membuat pelepasan.

Page 16: Lompat Jauh

Rajah 1.3: Membuat pelepasan lompatan

Page 17: Lompat Jauh

3) LOMPATAN DI UDARA

Semasa pelepasan lompatan dilakukan, momentum menegak mula mengambil tempat pada pelompat.

Daya pergerakan menegak ini dikurangkan akibat daripada sudut hentian yangberlaku di awal pelepasan.

Pergerakan menegak ini juga dikurangkan oleh daya graviti iaitu pusat graviti semasa di udara adalah pada badan pelompat.

Terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh pelompat semasa berada di udara, iaitu:

Page 18: Lompat Jauh

PERGERAKAN BERLAYAR

Page 19: Lompat Jauh

PERGERAKAN MENGAYUH

Page 20: Lompat Jauh

PERGERAKAN AYUNAN PUNGGUNG

• Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini pergerakan mengayuh adalah paling licin dan banyak digunakan dalam lompat jauh pada peringkat antarabangsa

Page 21: Lompat Jauh

4) PENDARATAN

Dalam menentukan jarak pencapaian yang maksimum, aspek pendaratan memainkan peranan penting.

Pergerakan yang sesuai mampu menghasilkan jarak yang maksimum dan dapat mengelakkan gangguan pada momentum menegak.

Teknik pendaratan yang sesuai digunakan adalah jack-knifing. Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan.

Ia dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan.

Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dipindahkan ke bahagian kaki dan tangan.

Page 22: Lompat Jauh

Rajah 1.7: Mendarat

Page 23: Lompat Jauh

TEKNIK-TEKNIK DALAM LOMPAT JAUH ADALAH

Fasa penujuan Lari landas menuju ke papan lonjak. Pelompat berlari dengan kepantasan yang

optimum dan terkawal. Bilangan langkah mestilah membolehkan

pelompat mencapai kepantasan maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.

Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat mesti bersedia untuk melonjak.

Pada langkah terakhir, pelompat harus merendahkan sedikit bahagian badan untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang dibengkokkan.

Page 24: Lompat Jauh

FASA LONJAKAN

Lakukan lonjakan yang kuat dengan lutut kaki diangkat tinggi semasa melonjak. Kedua-dua belah tangan hendaklah diayunkan ke atas bertujuan untuk membantu lonjakan.

Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Fasa ini memerlukan:

Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat.

Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.

Page 25: Lompat Jauh

Aksi lonjakan ini mengamalkan uruten tumit-hujung kaki.

Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi.

Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendakla dihayun dengan kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.

Kedua-dua belah tangan di hayun kehadapan dan ke atas untuk membantu mencapai lonjakan yang tinggi.

Page 26: Lompat Jauh

FASA LAYANGAN

Semasa fasa layangan, mata memandang tepat ke hadapan. Kedua-dua belah kaki dilunjurkan ke hadapan badan semasa dalam kedudukan bersedia untuk mendarat.

Tujuan utama ialah supaya pelompat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan pendaratannya. Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:

Page 27: Lompat Jauh

Gaya Layar – pelompat melunjurkan kedua-dua kakinya ke hadapan dan badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga ke hujung kaki.

Gaya Gantung – pelmpat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seolah-olah bergantung di udara. Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang.

Gaya Tendang Kayuh – pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya tegak.

Page 28: Lompat Jauh

FASA MENDARATAN

Gerakkan badan ke hadapan supaya pelompat tidak terjatuh ke belakang iaitu dengan mengayunkan tangan ke hadapan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan semasa tumit mula mencecah pasir.

Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak.

Page 29: Lompat Jauh

Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayun ke atas.

Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

Page 30: Lompat Jauh

PRINSIP-PRINSIP ASAS

Tujuan utama dalam lompat jauh adalah untuk mencapai jarak lompatan maksimum mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Jarak ini dapat dicapai dengan melalukan larian pantas serta lonjakan yang kuat dan tinggi.

Selain itu, kelenturan badan serta daya koordinasi yang baik perlu untuk menghasilkan lompatan yang baik dan berkesan.

Page 31: Lompat Jauh

Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat dapat mempengaruhi jangka masa pelompat semasa berada di udara.

Kedua-dua fasa lompatan ini dapat mengakibatkan pelompat bergerak mengikut ketentuan lompatan yang dikehendaki.

Gaya badan semasa di fasa layangan adalah untuk mengimbangi badan serta membolehkan pelompat membuat persediaan untuk mendarat dengan baik.

Bagi yang baru mempelajari lompat jauh, gaya layar adalah sesuai digunakan untuk melakukan jarak lompatan yang dekat dan fasa layangan yang singkat.

Gaya layar adalah mudah dipelajari tetapi lompatan gaya ini tidak mampu menghasilkan lompatan yang jauh.

Page 32: Lompat Jauh

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ASAS 

1. Setiap peserta hanya dibenarkan melakukan tiga atau enam lompatan sahaja berdasarkan keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika bilangan peserta yang ramai, hanya tiga lompatan perlu di buat.

2. Lompatan yang terbaik iaitu lompatan yang paling jauh akan dikira sebagai pencapaian terbaik dan pemenang.

3. Peserta perlu membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan dan peserta tidak dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke papan pelepasan.

Page 33: Lompat Jauh

Lompatan dikira batal jika peserta melakukan perkara-perkara seperti berikut; Memijak atau menyentuh kawasan

hadapan papan pelepasan melepasi tanda yang dibenarkan.

Semasa mendarat, seluruh badan peserta berada di luar kawasan mendarat.

Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan dan kebiasaannya jarak yang digunakan adalah antara 15 hingga 40 meter.

Page 34: Lompat Jauh

Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan mendarat. Ukuran dilakukan antara dari hujung papan pelepasan dengan hujung kawasan mendarat iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling hampir yang disentuh oleh peserta.

Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan dalah dilarang.

Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil diperlukan untuk mengawasi lompatan iaitu mengawasi papan pelepasan, tempat mendarat dan sebagai pencatat.

Page 35: Lompat Jauh
Page 36: Lompat Jauh

ANSUR MAJU LOMPAT JAUH

Latihan ansur maju

Menentukan kaki lonjakan – pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.

 Latihan lonjakan Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang

melonjak seberapa tinggi yang boleh. Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak. Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat. ·Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.

Page 37: Lompat Jauh

 Latihan mendarat Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki

lonjakan. Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol

(atau peti kayu) atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.

Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).

 Mengukur penujuan Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki

bukan untuk lonjakan di atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah pertama dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menanda titik tersebut.

Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan.

Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.

Page 38: Lompat Jauh

Latihan gaya lompatan berbeza Berlari 9 langkah dan melompat

menggunakan gaya bebas. Melonjak dari peti lombol atau kotak

dengan gaya yang berbeza (layar, gantung, tendang kayuh).

Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya layar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh.

Page 39: Lompat Jauh

LATIHAN ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH

 Berlari anak dan melangkah ke kawasan mendarat. Ini dibuat secara berulang-ulang.Tetapkan tanda permulaan larian. Latihan ini adalah untuk memberi tumpuan kepada pelajar untuk melakukan larian dengan langkah yang sama.

Page 40: Lompat Jauh

  Berlari dari tandaan dan melonjak tinggi. Lutut kaki bebas diangkat tinggi dan tangan dihayun ke atas. Latihan ini akan dapat membantu pelajar merasai keadaan yang sebenar semasa melonjak ke atas. Mereka hendaklah mencuba untuk membuat lompatan tertinggi semasa latihan.

Page 41: Lompat Jauh

 Gunakan tali sebagai halangan. Para pelajar berlari dan melonjak. Semasa berada di udara, kaki bebas  di buka luas ke hadapan. Mendarat secara mengangkang dengan kaki bebas ( kaki di sebelah hadapan ) mencecah tanah dahulu. Latihan ini untuk memastikan pelajar melonjak dengan tinggi dan menggerakkan kakinya yang bebas ke hadapan semasa berada di fasa layangan.

Page 42: Lompat Jauh

 Ulang latihan 3. Gerakkan kaki lonjak ke hadapan bersama-sama dengan kaki bebas supaya pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kakinya melunjur ke hadapan.Tujuan latihan ini adalah untuk memahirkan pelajar supaya mendarat dengan betul.

Page 43: Lompat Jauh

      Berlari pantas ( 11 hingga 13 langkah ), melonjak dan mendarat. Guna dan sesuaikan tandaan untuk mencapai ketepatan melonjak. Latihan ini merupakan latihan lompat jauh secara keseluruhan.