LONTAR PELURU 2
-
Upload
amanda-hopkins -
Category
Documents
-
view
221 -
download
1
description
Transcript of LONTAR PELURU 2
LONTAR PELURU
Pengenalan
Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang
melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat
sejauh yang boleh. Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula
pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang
mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka
lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai
sukan di kedua-dua negara itu.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah
mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah
negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah
menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara
olahraga yang dipertandingkan.
Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran
tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Ramai beranggapan lontar peluru boleh
dilakukan oleh mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar. Ini satu
tanggapan yang salah. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang mempunyai
struktur fizikal yang tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik
untuk memastikan jarak yang maksimum.
FIZIKAL PELURU
Peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam lain yang tidak kurang
lembutnya. Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Saiz dan
berat peluru berbeza-beza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan. Berat
peluru bagi peserta lelaki ialah 7.26 kg manakala berat untuk peserta wanita ialah 4
kg. Berat peluru untuk peringkat sekolah pula bergantung pada umur mereka.
Perbezaan berat ini adalah perlu bagi memudahkan lontaran mengikut keupayaan
seseorang peserta berdasarkan peringkat umur mereka.
Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm,
manakala untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm. Dari sini, bermulalah
sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi
seberat 16 paun.
KAWASAN LONTARAN
Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta.
Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki
x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain
seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik
moden tahun1896.
Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada
tahun 1900 dan 1904. Pada tahun1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada
bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat
melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat
pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada
peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.
Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta
acara ini melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh
garisan sekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter
pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan
bulatan lontaran ini dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki
peserta menyentuh ataupun melepasi papan penahan yang mengakibatkan
lontarannya akan dibatalkan.
Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang
merentangi dan membahagikan bultan ini kepada dua bahagian selari dengan
kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran
dari dalam bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan ini.
KAWASAN PENDARATAN
Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang
dilontar mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang
gangguan. Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada
sudut 40 pada tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu
bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang
mengambil bahagian.
Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di
dalam kawasan tersebut. Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas
garisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal. Oleh itu peserta
hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam
kawasan yang dikhaskan.
PITA PENGUKUR
Lontaran yang dibuat oleh peserta perlulah diukur bagi menetukan jarak yang
dilakukan. Bagi menetukan jarak tersebut, ianya perlu diukur sebaik selepas sesuatu
lontaran. Ianya bermula dari tempat peluru mendarat hinggalah ke bahagian tengah
bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam
papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak yang paling
jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang
CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN
Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke
bahagian dalam penahan atau garis bulatan. Hujung pita ukur ditempatkan pada
bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan. Hujung pita ukur
ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan
lontaran. Pita ukur ditarik sehingga di tengah bulatan. Bacaan pita yang bertemu
dengan bahagian dalam penahan akan menunjukkan bacaan lontaran.
PERATURAN DAN PERTANDINGAN
Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam
acara ini. Beliau ialah Perry O’ Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta
teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal
sehingga hari ini.
Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi tekinik
dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang
bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik.
Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak
berhati-hati sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti.
Persediaan atlet, kekuatan tubuh badan dan anggota lain terutama tangan,
pinggang dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan
mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu
sendiri.
Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu
sebelum, semasa dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi
pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu
atau mencipta sesuatu kejayaan.
Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan
lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney
tahun 2000.
FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURU
Fasa-fasa peluru peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada:
1) Pegangan peluru
2) Lakuan sedia
3) Lungsuran
4) Kilasan badan
5) Lontaran
6) Pulihan
PEGANGAN PELURU
Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua
iaitu:
i. Teknik memegang peluru dengan tiga jari
Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking
dibengkokkan di sisi peluru.
ii. Teknik memegang peluru dengan lima jari
Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan
peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.
Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu
kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar
peluru.
TEKNIK MELONTAR PELURU
Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah:
a) Gaya berdiri dan melontar tanpa lungsuran
b) Gaya melungsur selangkah
c) Gaya Parry O’ Brien
a Gaya Berdiri dan Melontar tanpa lungsuran
Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala kea rah
lontaran. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai lebih kurang
dibawah telinga,peserta hendaklah merendahkan badan dengan membengkokkan
kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat badan
peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang.
Kilasan badan
Ianya dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Kemudian
diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Serentak
dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru.
Lontaran
Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang kaki kanandiluruskan sambil
menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru pun dilontar
keluar dari tangan menuju ke hadapan dank e atas. Tangan pelontar mengakhiri
pergerakan ini dalam keadaan lurus. Mata pelontar pula mengikuti pergerakan
peluru sehingga peluru itu mendarat.
Pulihan
Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan badan
pula tidak begitu kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini.
b Gaya Melungsur Selangkah
Lakuan sedia
Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan
lontaran. Selepas menempatkan peluru di ntempat yang sepatutnya, bongkokkan
badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan dalam keadaan
selesa bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung
kaki.Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia
diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.
Lungsuran
Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat
membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini dilakukan secara
pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan,
manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkokjangan tegakkan
badan semasa melungsur. Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan.
Kilasan badan
Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul
kanan dipusing ke kiri dan ke atas serantak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan
kanan yang memegang peluru masih menghala ke belakang.
Lontaran
Apabila kilasan badan itu selesai badan menghadap ke arah lontaran, kaki yang
melungsur kaki kanan yang di belakangmenolak dengan kuat sehingga badan
terangkat dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan
menolak peluru yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu diikuti pula
dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh
dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki
mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar.
Pulihan
Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan keimbangan dan
terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan
hendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada
pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan
ke hadapan bulatan belakang papan penahan dan pada masa yang sama kaki
kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.
c Gaya Parry O’ Brien
Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang termuka pada tahun 50-an. Pada
tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau
telahmenjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi
18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping
sumbangannya daripada segi teknik melontar, Parry O’ Brien jhuga telah
membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan
bagi acara melontar peluru.
Lakuan sedia
Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri membelangkan
arah lontaran. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke
hadapan sehingga selari dengan tanah.
Lungsuran
Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki
kanan, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan
dijengketkan lutut dibiarkan bengkok ke belakang. Serentak dengan pergerakan
ini, kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan bulatan. Badan pelontar ketika ini masih
di dalam keadaan condong.
Kilasan badan
Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas kaki kiri telah bertapak
di belakang papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan ke
hadapan teknik mengilas badan adalah hampir sama dengan teknik yang
diterangkan dalam gaya melungsur selangkah sebelum ini. Butiran yang penting
ditegaskan ialah lungsuran dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai satu
pergerakan yang terus-menerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk
membuat lontaran.
Lontaran, ikut lajak dan pulihan
Gaya ini sama dan boleh rujuk kepada lontaran dan pulihan dalam gaya melungsur
selangkah. Sebenarnya teknik kesemua fasa ini adalah hampir sama.
d Teknik lontaran sisi
Peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini sama ada dari sisi atau sisi kiri.
Peserta perlu berdiri secara mengereng, dengan mana-mana sisi badannya
menghadap ke kawasan pendaratan lontaran. Ini bermakna bahagian hadapan
peserta mengarah pada sudut 90 bulatan lontaran. Teknik lontaran ini adalah
seperti berikut :
I. Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan lontaran yang
disediakan.
II. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada garisan tengah
bulatan lontaran. Dalam pada itu peserta hendaklah menentukan kedudukan peluru
selesa pada tangannya.
III. Meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke hadapan
IV. Meluruskan kaki dan bersedia untuk melakukan lontaran.
V. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan tumitnya dan
diikuti dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya.
VI. Mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak
menyentuh garisan atau papan penanda, sambil memerhatikan pendaratan peluru.
VII. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya.
e Teknik membelakangi kawasan lontaran
Teknik lontaran secara membelakangi kawsan lontaran atau kawasan pendaratan
merupakan peringkat yang lebih maju dan biasanya dilakukan oleh peserta yang
berpengalaman. Jurulatih biasanya tidak mengalakkan peserta baru menggunakan
teknik lontaran ini kecuali mereka sudah benar-benar mahir dalam melakukannya.
Langkah-langkah yang boleh diambil oleh peserta dalam menggunakan teknik
lontaran cara ini :
I. Bersedia dengan memegang peluru di dalam bulatan lontaran
II. Memulakan pergerakan dengan membelakangi arah lontaran, sambil
membengkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kiri ke belakang.
III. Mengangkat kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan keseimbangan.
IV. Menurunkan kaki berhampiran dengan papan penanda dalam bulatan lontaran,
sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan mengawal pergerakan
dan keseimbangan.
V. Kemudian memusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
VI. Peserta menolak pelur keluar sekuat mungkin dan tangan yang bebas terus
mengawal.
VII. Mendapatkan kembali keseimbangan badan dan memerhatikan peluru mendarat
VIII. Peserta meninggalkan bulatan lontaran menerusi belakangnya untuk
membolehkan pegawai mengukur jarak yang dicapai.
LAKUAN MENGIMBANG SEMULA
Setelah peluru dilepaskan, kaki kanan melangkah pendek ke depan dan kaki kiri
diayun ke belakang untuk menahan agar badan tidak terjerumus ke luar lingkaran.
ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU
I. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan
betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan.
II. Gerakan berjingkit shift ke belakang jangan dilakukan terlalu tuinggi - iaitu
lakukan seberapa rendah yang boleh.
III. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di
bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada
bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.
CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN
Jarak lontaran peluru boleh diukur daripada kesan peluru di kawasan mendarat
sehingga ke bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan. Pangkal pita ukur
ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat dengan bulatan melontar.
Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai ditandaan di tengah-tengah bulatan
melontar. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penahan
akan menunjukkan jarak lontaran itu.
PRINSIP UMUM LONTAR PELURU
Beberapa prinsip asas acara ini yang harus terdapat pada setiap peserta iaitu :
1) Peserta mestilah seorang yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan dengan
penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan.
2) Peserta hendaklah mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri dalam
acara ini sama ada matlamat dirinya atau pasukannya.
3) Peserta hendaklah mempunyai bentuk serta ciri-ciri pelontar pelurusupaya
penglibatannya memberikan keberkesanan.
4) Peserta hendaklah seorang yang mengambil bahagian dengan mematuhi setiap
peraturan yang berkaitan dengannya, serta mempunyai semangat kesukanan tulen.
5) Peserta hendaklah bersedia ketika mengambil bahagian dalam sesuatu
pertandingan sama ada daripada segi fizikal, kemahiran dan mentalnya.
KESIMPULAN
Acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang individu
itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Sebagai acara pertandingan, lontar
peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah. Walau bagimanapun, asas
melontar peluru seperti acara-acara olahraga yang lain, boleh juga diperkenalkan
kepada para pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah
disesuaikan dengan kemampuan kumpulan pelajar yang diajar.