LONTAR PELURU

7
Lontar Peluru Sejarah Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry O’Brien. Berat Peluru 1. DEWASA 7. 265 kg 2. WANITA 4. 005 kg 3. REMAJA 4. 000 kg Peraturan Asas Lontar Peluru Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.

description

l

Transcript of LONTAR PELURU

Page 1: LONTAR PELURU

Lontar Peluru

Sejarah

Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga.

Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza

mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah

seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah,

gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry O’Brien.

Berat Peluru

1. DEWASA 7. 265 kg

2. WANITA 4. 005 kg

3. REMAJA 4. 000 kg

Peraturan Asas Lontar Peluru

Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.

Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan.

Peluru mesti mendarat dalam sektor 35-40°.

Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak

bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas

peluru dilepaskan.

Page 2: LONTAR PELURU

Pelontar boleh keluar dari bahagin belakang bulatan lontaran selepas peluru

mendarat.

Kemahiran Asas Lontar Peluru

1) Pegangan

Pegang peluru menggunakan tiga jari ditengah-tengah.

Ibu jari dan jari kelengkeng disisi peluru.

2) Persedian

Rapatkan peluru pada leher dan bahagian bawah dagu.

Lontar Peluru Gaya Berdiri

Berdiri sisi.

Buka kaki seluas bahu.

Bahu kiri menghadap arah lontaran.

Bengkokkan badan serendah mungkin.

Gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang.

Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke

hadapan.

Gerakkan siku serta tangan ke atas.

Lepaskan peluru.

Berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Page 3: LONTAR PELURU

Lontar Peluru Gaya Parry O’Brien

Ada 4 Fasa :-

1) Fasa persediaan

Bengkokkan badan.

Bengkokkan kaki kanan.

Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.

2) Fasa Gelongsoran

Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak gelongsorkan

kaki ke kanan ketengah bulatan.

Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian

atas badan.

Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit

(kilasan).

Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.

Bahu menghadap arah lontaran..

3) Fasa Lontaran

Siku kanan diangkat tinggi.

Kaki kiri masih menyentuh bulatan.

Peluru dilepaskan.

Page 4: LONTAR PELURU

4) Fasa Pemulihan

Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.

Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Lontar Peluru Gaya Lontaran Sisi

Berrdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah

bulatan lantaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki kiri

diangkat.

Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.

Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.

Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan tolakkan peluru keluar.

Lontar Peluru Gaya Membelangkangi Kawasan Lontaran

Teknik ini merupakan p-eringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru

terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia

menjadi suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-

langkahnya adalah seperti berikut:

Mulakan dengan membelangkangi arah membuat lontaran. Bongkokkan

badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.

Angkat kaki kiri sedikit.

Turunkann kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan

lontaran.

Pusingkan bahu dan pinggang kea rah lontaran.

Tolak peluru keluar sekuat mungkin.

Page 5: LONTAR PELURU

CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN

Jarak lontaran peluru boleh diukur daripada kesan peluru di kawasan mendarat

sehingga ke bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan. Pangkal pita ukur

ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat dengan bulatan

melontar. Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai ditandaan di tengah-tengah

bulatan melontar. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan

penahan akan menunjukkan jarak lontaran itu.

PRINSIP UMUM LONTAR PELURU

Beberapa prinsip asas acara ini yang harus terdapat pada setiap peserta iaitu :

1) Peserta mestilah seorang yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan

dengan penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan.

2) Peserta hendaklah mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri

dalam acara ini sama ada matlamat dirinya atau pasukannya.

3) Peserta hendaklah mempunyai bentuk serta ciri-ciri pelontar pelurusupaya

penglibatannya memberikan keberkesanan.

4) Peserta hendaklah seorang yang mengambil bahagian dengan mematuhi setiap

peraturan yang berkaitan dengannya, serta mempunyai semangat kesukanan tulen.

5) Peserta hendaklah bersedia ketika mengambil bahagian dalam sesuatu

pertandingan sama ada daripada segi fizikal, kemahiran dan mentalnya.