LTS BM 011 Set1
Transcript of LTS BM 011 Set1
-
8/14/2019 LTS BM 011 Set1
1/10
Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________
SULIT
011BahasaMelayuLTS 2006
Set 150 minit
JABATAN PELAJARAN PERAK
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
_____________________________________________
MODUL LEARNING TO SCORE UPSR 2006
011
011 BAHASA MELAYU
Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi40 soalan. Jawabsemua soalan.
2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3. Bagi setiap soalan, hitamkansatu ruangan sahaja.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudianhitamkanjawapan yang baru.
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak
011 2006 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak SULIT
-
8/14/2019 LTS BM 011 Set1
2/10
SULIT KERTAS 011
2
Tiap-tiap soalan diikuti olehtiga pilihan jawapanA, B danC atauempat pilihan jawapanA, B,C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian,tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
Soalan 1 hingga Soalan 20
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yangpaling sesuai.
Soalan 1berdasarkanGambar 1
1 Encik Zainuddin hendak __________ bil elektrik dan bil
astro di pejabat pos.
A jelas
B menjelas
C menjelaskan
Gambar 1
D memperjelas
2 __________ riangnya Muhammad Nordin apabila melihat kepulangan abangnya
sekeluarga dari luar negara.
A Agak
B Sering
C Betapa
D Demikian
Soalan 3berdasarkanGambar 2
3 Puan Norehan menggubah dua __________ tuala untuk
dijadikan gubahan berbentuk dua __________ cendawan.
A helai ... kaki
B bidang ... pokok
C keping ... pasang
Gambar 2
Soalan 4berdasarkanGambar 3
4Bukan __________ caranya hendak menjadi seorang murid
yang cemerlang, kata Puan Salmi kepada anaknya.
A selalu
B begitu
C mudah
Gambar 3
D pernah
-
8/14/2019 LTS BM 011 Set1
3/10
SULIT KERTAS 011
3
Soalan 5berdasarkanGambar 4
5 Pak Samad __________ jalanya untuk menangkap udanggalah di sungai itu.
A membaling
B membuang
C menebar
Gambar 4
D melabuh
6 Sanak-saudara yang jauh mahupun yang dekat akan __________ semasa menyambuthari raya puasa.
A tegur-menegur
B kenang-mengenang
C kunjung-mengunjungi
D pandang-memandang
Soalan 7berdasarkanGambar 5
7 Pak Cik Alias sedang __________ papan untuk dibuatdinding rumahnya.
A meraut
B melarik
C mengetam
Gambar 5
D menggosok
8 Banyak pekerja di kilang elektronik itu telah __________ akibat kemelesetan ekonomi.
A berhentikan
B diberhentikan
C menghentikan
D memberhentikan
Soalan 9berdasarkanGambar 6
9 Razak meminta datuknya __________ buah durian keranadia sangat suka __________rasanya.
A membelah padaB mengupas akan
C memotong dengan
Gambar 6
D mengopek tentang
-
8/14/2019 LTS BM 011 Set1
4/10
SULIT KERTAS 011
4
Soalan 10berdasarkanGambar 7
10 Harwan Singh sedang __________ gambar pemandangan
di dalam biliknya.
A melukis
B melakar
C melorek
Gambar 7
D menconteng
11 __________ ada usaha dan kesungguhan, kita boleh berjaya dalam semua bidang, kata
Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Gerik kepada peserta Kem Gerak Gempur.
A Sementara
B Semenjak
C Sekiranya
D Semasa
Soalan 12berdasarkanGambar 8
12 Budak lelaki itu sedang __________ jambatan gantung di
kawasan hutan rekreasi itu.
A menaiki
B melintasi
C merentasi
Gambar 8
D mengharungi
13 Semasa bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah, janganlah pulaada yang mengambil kesempatan untuk __________, kata Cikgu Ali.
A mandi peluh
B langkah kiri
C akal kancil
D curi tulang
Soalan 14berdasarkanGambar 9
14 Syahriman sedang __________ di kawasan air terjun pada
cuti hujung minggu yang lalu.
A bermadahB bersantai
C bersenda
Gambar 9
D bertapa
-
8/14/2019 LTS BM 011 Set1
5/10
SULIT KERTAS 011
5
Soalan 15berdasarkanGambar 10
15 Raja Mahmud akan mewarisi takhta kerajaan Mahawangsakerana baginda merupakan __________ negeri itu.
A anak tunggal
B anak gahara
C anak manja
Gambar 10
D anak emas
16 Nawawi, Kim Seng, dan Nathan berusaha bersungguh-sungguh untuk __________ projekreka cipta itu.
A mendirikan
B menyiapkan
C mengindahkan
D membangunkan
Soalan 17berdasarkanGambar 11
17 Pak Cik Dollah memegang se __________ anak padi.
A gemal
B pokok
C batang
Gambar 11
D rumpun
Soalan 18 berdasarkanGambar 12
18 Pihak polis __________ sijil penghargaan kepada Encik Alikerana membantu polis menangkap seorang peragut.
A menganugerahkan
B menghadiahkan
C menganugerahi
Gambar 12
D menghadiahi
Soalan 19 dan Soalan 20berdasarkanGambar 13
19 Kereta lembu merupakan kenderaan yang ________ padazaman dahulu.
A popularB serasi
C antik
Gambar 13
-
8/14/2019 LTS BM 011 Set1
6/10
SULIT KERTAS 011
6
20 Kereta lembu masih boleh dilihat di negeri Melaka. Perkataan seerti bagi kereta lembuialah __________.
A beca
B lanca
C tandu
D pedati
Soalan 21
Pilihjawapan yang paling sesuai bagisoalan yang diberikan.
21 Adakah peraturan sekolah ini akan kamu patuhi ?
A Benar, peraturan sekolah mesti kita patuhi.
B Ya, kami akan mematuhi peraturan sekolah ini.
C Ya, saya akan mematuhi peraturan sekolah ini.
D Tidak pasti sama ada mereka akan mematuhinya atau tidak.
Soalan 22
Pilihsoalan yang paling sesuai bagijawapan yang diberikan.
22 Saya menyiapkan projek reka cipta itu selama tiga hari.
A Bilakah kamu menyiapkan projek reka cipta itu?
B Bagaimanakah kamu menyiapkan projek reka cipta itu?
C Benarkah kamu menyiapkan projek reka cipta itu selama tiga hari?
D Berapa lamakah masa yang kamu ambil untuk menyiapkan projek reka cipta itu?
Soalan 23
Pilih ayat yang menggunakanperkataan bergaris denganbetul.
23 A Cili Sos Aminah Hassan memang lazat.B Goreng pisang Mak Cik Lijah sungguh rangup.
C Mereka telah menyertai pertandingan Pop Kuiz baru-baru ini.
D Estet mini diwujudkan bagi membantu golongan miskin mengusahakan tanah mereka.
Soalan 24 dan Soalan 25
Pilih ayat-ayat yang menggunakanperkataan bergaris denganbetul.
24 I Emak membeli bahan untuk membuat kek lapis.
II Fahmi mencari bahan untuk berhujah dengan pihak lawan.
III Farah Dila belajar menggunakan bahan perhiasan daripada kakaknya.
IV Bahan perbicaraan kes penyeludupan kereta import itu dihadapkan di mahkamah.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
-
8/14/2019 LTS BM 011 Set1
7/10
SULIT KERTAS 011
7
25 I Karmila telah melancarkan lukisannya di bilik darjah.
II Kerajaan telah melancarkan kempen anti merokok baru-baru ini.
III Pasukan tentera darat telah melancarkan serangan ke atas kubu-kubu pengganas.
IV Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu mengadakan perjumpaan setiap hujung minggu
untuk melancarkan lagi perjalanan persatuan.
A
BC
D
II dan IV sahaja
I, II dan III sahajaI, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Soalan 26 dan Soalan 27
Pilih ayat yangsama maksud denganayat yang diberi.
26 Saya tidak mampu membeli kasut sukan yang mahal itu, kata Faris kepada Hashim.
A Faris memberitahu Hashim tidak mampu membeli kasut sukan yang mahal itu.
B Faris memberitahu Hashim bahawa dia tidak mampu membeli kasut sukan yang
mahal itu.
C Faris berkata kepada Hashim bahawa dia tidak akan membeli kasut sukan yangmahal itu.
D Faris menjelaskan kepada Hashim apabila dia tidak mampu membeli kasut sukan
yang mahal itu.
27 Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah dapat diatasi jika mereka tidak memilihkerja.
A Jika tidak memilih kerja semua siswazah tidak akan menganggur.
B Kalangan siswazah jangan memilih kerja, kelak berlaku pengangguran.
C Jika para siswazah tidak memilih kerja, masalah pengangguran dapat diatasi.
D Pengangguran berpunca daripada sikap kalangan siswazah yang memilih kerja.
Soalan 28 dan Soalan 29
Pilih ayat-ayat yangbetul.
28 I Aduhai, sakitnya luka ini!
II Amboi, cantiknya lukisan kamu!
III Wah, pandainya kamu berlakon!
IV Cis, berani sungguh dia mencabar saya!
A I dan II sahaja
B II dan III sahajaC I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
-
8/14/2019 LTS BM 011 Set1
8/10
SULIT KERTAS 011
8
29 I Pantun ini kami tujukan khas untuknya.
II Mak Cik Safiah menjunjung bakul yang berisi padi.
III Keempat-empat orang itu adalah pegawai perangkaan.
IV Kesihatan mereka diawasi daripada semasa ke semasa.
A
B
CD
I dan II sahaja
I dan IV sahaja
II dan III sahajaIII dan IV sahaja
Soalan 30
Pilih ayat yangbetul.
30 A Di hari minggu, ayah membawa kami bersiar-siar.
B Burung-burung terbang di sarang apabila senja tiba.
C Para-para peserta dikehendaki melaporkan diri pagi esok.
D Budak itu hanya tersengih apabila dipuji oleh kawan-kawannya.
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Hingga ke saat ini
hembusan bayu menerjah
tubuhku yang kerdil
namun langkahku tetap bersemangat
mencari sesuap nasi
demi keluarga tercinta.
Anak isteriku tetap menanti
rezeki yang kubawa
penuh resah dan gelisah
yang tersembunyi di lubuk hati
namun pasrah pada ketentuan Ilahi.
Kuredah lautan yang ganas
tanpa teman tanpa rakan
nyawa menjadi pertaruhan
demi memenuhi harapan keluarga.
Jauh di sudut hati
azamku terus membara
melihat anak-anak
menggapai kejayaan
-
8/14/2019 LTS BM 011 Set1
9/10
SULIT KERTAS 011
9
31 Penulis menyara keluarganya dengan cara
A menangkap ikan.
B menternak ikan.
C menjual ikan.
D meraih ikan.
32 Suasana yang digambarkan oleh pemuisi dalam sajak di atas jelas menunjukkan bahawapada masa itu musim
A luruh.
B bunga.
C kemarau.
D tengkujuh.
33 Penulis terpaksa ke laut walaupun rakan-rakannya tidak berbuat demikian kerana
A dia perlu menyara keluarganya.
B dia seorang yang tabah dan berani.
C dia ingin meningkatkan taraf hidupnya.D dia dan keluarganya berada dalam kelaparan.
34 Keluarga penulis berada dalam keadaan resah dan gelisah kerana
A risau akan penulis lewat pulang.
B bimbang akan keselamatan penulis.
C risau akan keadaan laut yang bergelora.
D bimbang akan penulis tidak mendapat hasil tangkapan.
35 Manakah antara yang berikut tidak benar tentang puisi di atas?
A Penulis tidak ada kerja lain selain daripada mencari rezeki di laut.B Penulis telah karam di laut akibat dipukul ombak yang tinggi dan ganas.
C Penulis terpaksa ke laut walaupun dia tahu bahawa keadaan di laut berbahaya.
D Penulis yang hidup dalam kemiskinan sanggup menggadai nyawa demi keluarganya.
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Bot yang kutunggu sudah tiba. Penumpang berebut-rebut memasukinya. Perut bot ituhanya boleh memuatkan dua belas orang tetapi kini terdapat tujuh belas orang penumpang di
dalamnya. Semua penumpang tidak mahu beralah walaupun pemandu bot mengatakan botsudah terlebih muatan.
Pemandu bot terpaksa memulakan perjalanan. Bot tidak dapat bergerak laju keranamenanggung muatan yang berlebihan. Aku membatukan diri walaupun perasaanku resah.
Aku memakai jaket keselamatan. Namun ada juga penumpang yang tidak berbuatdemikian kerana jaket yang disediakan tidak mencukupi. Laut mula bergelora. Aku semakinresah apabila bot terumbang-ambing dipukul gelombang. Keadaan menjadi tidak terkawalapabila ada penumpang yang menjerit ketakutan.
-
8/14/2019 LTS BM 011 Set1
10/10
SULIT KERTAS 011
10
Tiba-tiba bot terbalik akibat pukulan ombak dan gelombang yang sungguh kuat. Aku danpenumpang bot yang lain tercampak ke laut. Aku bernasib baik kerana memakai jaketkeselamatan. Kami berenang mencari pantai dalam keadaan laut yang bergelora.
Mujurlah ada sebuah bot yang kebetulan lalu di kawasan itu dan menyelamatkan kami.Kami dibawa balik ke jeti. Walau bagaimanapun, dua orang penumpang mati lemas.Pengalaman ngeri itu sukar untuk aku lupakan. Aku berharap agar tragedi itu tidak berulang
lagi.
36 Bot itu tidak dapat bergerak laju kerana
A terlebih muatan. .
B laut bergelora.
C enjin bot rosak
D terlanggar beting pasir.
37 Apakah yang menyebabkan aku begitu resah?
A Lambat sampai di destinasi.
B Takut akan ombak yang ganas.
C Tidak menyukai penumpang yang lain.
D Bimbang penumpang tidak memakai jaket keselamatan.
38 Apakah yang terjadi kepada penumpang apabila bot terbalik?
A Berenang mencari pantai.
B Menjerit meminta tolong.
C Menangis ketakutan.
D Terhumban ke laut.
39 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.
A Keadaan dalam bot terlalu padat.
B Lima belas orang penumpang bot itu terselamat.
C Bot itu dinaiki oleh dua belas orang penumpang.
D Terdapat penumpang yang tidak memakai jaket keselamatan.
40 Perkataan tragedi dalam petikan di atas bermaksud
A cerita.
B sejarah.
C salasilah.
D peristiwa.
KERTAS SOALAN TAMAT