Luas dan perimeter
-
Upload
habibah-abdullah -
Category
Documents
-
view
1.958 -
download
10
Transcript of Luas dan perimeter
Account Options>
Log Masuk
Tetapan
Laporkan penyalahgunaan
PROJEK GIFTED LINDA, NORA, MIZA.doc
Tiada penonton lain
Ulasan
Kongsi
Ulas
Anda tiada kebenaran untuk menambah ulasan.
Anda sedang menggunakan versi Internet Explorer yang tidak disokong. Sesetengah ciri mungkin tidak berfungsi dengan betul. Sila kemas kini penyemak imbas anda atau cuba Google Chrome.Ketepikan
Fail
Edit
Lihat
Bantuan
Lihat sahaja
Cari dalam menu (Alt /)
Untuk mendayakan sokongan pembaca skrin, tekan CTRL + ALT + Z. Untuk mengetahui tentang pintasan papan kekunci, tekan CTRL + TANDA CONDONG DEPAN.
Pengenalan
Definisi pembelajaran secara umumnya, “learning is about how we perceive and
understand the world, about making meaning” (Marton & Booth, 1997; dirujuk oleh Fry et al.,
2003) dan oleh itu pembelajaran merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan
kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi
situasi tertentu, mengenali sesuatu, dan penaakulan (reasoning) (Fry et al., 2003).
Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil
daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan (Nicholls, 2002).
Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat, guru
perlu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kaedah dan strategi pengajaran
yang efektif untuk memaksimakan pencapaian kanak-kanak mereka. Terdapat pelbagai
kaedah yang dapat digunakan antaranya kaedah pecutan, penggayaan, pengelompokan dan
pembelajaran koperatif. Oleh itu, setiap pendidik memerlukan pengetahuan dan kemahiran
dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya melalui strategi berkesan.
Sally (2007) menyenaraikan tiga kaedah mengajar pelajar-pelajar pintar iaitu yang pertama
menyediakan bahan-bahan kandungan pengajaran yang sesuai dan memberi tugasan yang
mencabar, yang kedua memulakan unit pelajaran dengan memilih konsep dalam kurikulum
atau disiplin teras, mengenal pasti satu atau lebih generalisasi yang sesuai, dan mereka
bentuk tingkat pelajaran yang berkaitan dengan generalisasi tersebut. Tingkat pelajaran
adalah strategi pelajaran di mana guru-guru mentaksir tahap kesediaan minat, pengetahuan
sedia ada dan tahap kemahiran pelajar-pelajar dan mengumpulkan mereka mengikut
100%
pengajaran dan penghasilan yang sewajarnya.
Keperluan yang ketiga pula ialah, bagi pelajaran atau unit yang diberi, guru boleh
merancang dari tiga hingga enam latihan yang berlainan yang memfokuskan kepada konsep
dan generalisasi yang sama tetapi menggunakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pelajaran
yang aras kesukaran yang meningkat dan semakin kompleks. Disebabkan tahap kesediaan
pelajar akan berbeza bagi setiap topik, kumpulan pelajar dalam kelas akan berbeza
bergantung pada perubahan kurikulum. Tingkat pelajaran menyesuaikan semua pelajar
dengan tahap kesediaan individu dan tahap kandungan, dan menyediakan peluang kepada
pelajar untuk mencabar diri mereka sendiri.
13
Objektif:
Objektif projek yang akan dijalankan ialah:
a.Untuk mengkaji sejauh mana murid dapat mengaplikasikan kreativiti mereka dalam
memahami konsep perimeter dan luas.
b.Membina pemikiran matematik murid melalui aktiviti yang melibatkan pelbagai deria.
c.Menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk perimeter dan luas.
Persoalan Kajian:
Secara khususnya, projek ini akan menjawab persoalan yang berikut:
a.Bagaimanakah pemahaman murid tentang konsep perimeter dan luas?
b.Bagaimanakah pemikiran matematik murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang
dijalankan?
c.Sejauhmanakah kepelbagaian pendekatan pengajaran mempengaruhi pembelajaran
murid pintar cerdas?
13
Kajian Literatur
Kaedah Inkuiri Penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat,
menganalisa dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan
kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri sama untuk
membuat generalisasi. Dalam pembelajaran matematik, murid-murid boleh memahami
sesuatu konsep matematik melalui aktiviti menyiasat, mengumpul maklumat dan
menganalisa maklumat ( Mok Soon Sang, 1996 ).
Konsep pembelajaran matematik kini dikonsepkan sebagai sesuatu proses dimana
kanak-kanak membina dan membentuk ilmu di dalam bidang matematik dengan
memperkaitkan ilmu atau konsep yang sedia ada pada mereka. Ini dapat disokong dengan
pandangan yang dikeluarkan oleh NCTM, 1989 yang mengatakan bahawa antara perkara
yang perlu diambil kira dalam menggunakan konsep konstruktif dalam pengajaran
kanak-kanak ialah konteks pembelajaran, peringkat perkembangan kognitif dan interaksi
sosial yang berlaku semasa pembelajaran
Pengetahuan yang diperolehi melalui persekitaran dan juga pengalaman harian ini
dikenali sebagai pemikiran informal. Kanak-kanak secara amnya belajar konsep-konsep
informal daripada ahli keluarga, rakan, TV dan permainan mereka. Pengetahuan informal
yang mereka perolehi ini akan mempengaruhi bagaimana mereka belajar dan memahami
matematik formal yang mereka akan pelajari di peringkat sekolah secara formal. Pernyataan
ini juga selaras dengan kajian yang telah dijalankan oleh Ginsburg (1977), dimana dalam
kajiannya beliau mencadangkan bahawa pemikiran informal tentang matematik telah wujud
dalam kanak-kanak sejak sangat awal lagi.
Setiap individu akan mengalami proses penambahan dan pengembangan konsep
dalam minda yang mana akan dimanafaat apabila berhadapan dengan sesuatu situasi baru
(Klausmeir, Ghatala & Frayer, 1974). Dalam matematik, konsep adalah merupakan bahagian
yang terpenting , khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Pada awalnya, perbincangan tentang konsep banyak dilakukan oleh ahli-ahli psikologi
samada dari ahli psikologi abstraksi, ahli-ahli psikologi fungsional, ahli psikologi prototaip atau
pun ahli ahli kunstruktif (Nik Azis, 1989).
Ahli-ahli psikologi abstraksi mengatakan bahawa kanak-kanak membina konsep
13
dengan memerhatikan objek-objek yang berada di persekitarannya. Mereka mengabstrak
keluar sebarang unsur-unsur biasa iaitu sebarang objek yang mempunyai sifat-sifat yang
sama dan mengumpulkannya dalam kumpulan ciri-ciri yang sama. Bagi ahli psikologi
fungsional, konsep ditakrifkan sebagai ' terms ' proses perpindahan. Ahli psikologi prototaip
pula menyatakan pembentukan konsep adalah berdasarkan idea yang dibina melalui
memerhatian terhadap objek-objek dan peristiwa di persekitarannya (Daehler & Bukatko,
1985). Manakala bagi ahli-ahli konstruktif, mereka berpandangan bahawa konsep adalah
sesuatu yang dibina sendiri oleh individu berdasarkan pengalamannya yang unik (Mohd Nor ,
1995). Dari sudut pandangan tradisional pula seseorang kanak-kanak membentuk sesuatu
konsep bila dia berkebolehan membandingkan atau membezakan ciri-ciri sesuatu objek atau
peristiwa dan dapat memadankan dapatannya kepada sebarang keadaan yang akan
ditemuinya ( Lovel, 1971 ).
Perkataan konsep digunakan untuk membentuk kedua-dua pembinaan mental
seseorang individu dan pengkelasan entiti umum yang mengandungi unsur-unsur dari
pelbagai disiplin. Oleh itu perkataan konsep digunakan dalam dua konteks yang berbeza.
Seterusnya Klausmeier (1974) mendefinisikan konsep sebagai;
" a concept as ordered information about the properties of one or more
things -objects, events or processes -that enables any particular thing
or classes of things " (m.s 4)
Dalam hubungan konsep sebagai pembinaan mental , Klausmeier menyatakan;
" It is noted that each maturing individual attains concepts according to
his unique learning experiences and maturational pattern " (m.s 4)
Manakala konsep sebagai entiti umum didefinisikan sebagai :
" The organized information corresponding to the meanings of words "
(m.s 4)
Sebenarnya konsep matematik agak sukar ditakrifkan (Skemp, 1987). Walau
bagaimanapun Skemp menyatakan bahawa konsep matematik boleh dibahagikan kepada
konsep primer dan konsep sekunder. Konsep primer dibentuk menggunakan deria dan
13
kaedah induksi, iaitu mengabstrakkan melalui pemerhatian ciri-ciri yang sama daripada
pelbagai objek atau peristiwa. Konsep sekunder pula dibentuk daripada pelbagai konsep
primer yang mempunyai ciri-ciri yang sama.
Gagne (1975) telah menghuraikan pembelajaran konsep sebagai proses mengenal
ciri yang sama daripada objek atau konsep. Pembelajaran ini adalah bertentangan dengan
pembelajaran pembezaan yang berusaha untuk mencari ciri-ciri yang berbeza.
Pembelajaran konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik
penyampaian iaitu:
i.memberi berbagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi
ii.memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan
iii.memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajar untuk
membuat pembezaan dan generalisasi
iv.memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep yang tepat.
Vinner (1991) menyatakan bahawa setiap pelajar mempunyai imej konsep yang
berbeza. Imej konsep ialah sesuatu yang bukan verbal yang disatukan dalam minda. NCTM
(1989) pula telah meletakkan beberapa petunjuk bagi seseorang individu yang memiliki
konsep terhadap sesuatu, di mana seseorang itu mestilah dapat :
" label, verbalize, identify and generate examples and nonexamples,
use diagrams or model, translate from one mode of representation to
another, recognize the various meaning and interpretations, identify
properties, compare and contrast " (m.s: 223)
Kenyataan di atas bertepatan dengan definisi konsep yang diberikan oleh Souviney
(1988):
" a mathematics concept can be defined as the underlying pattern that
relates sets of objects or actions to one another" ( m.s 16 )
Berdasarkan beberapa penjelasan yang telah dibuat maka dapat disimpulkan bahawa
konsep adalah rupa bentuk kefahaman terhadap sesuatu benda atau peristiwa. Sesuatu
konsep dibina dalam minda dan boleh digunakan untuk menilai atau menafsir sesuatu benda
13
atau situasi.
Kerangka Konseptual
Pemahaman Murid dalam Konsep Perimeter dan Luas
Murid dapat mengaplikasikan konsep dengan betul dalam setiap aktiviti.
Pendekatan
Pengajaran
13
Metodologi Projek
Bahagian ini akan membincangkan metodologi projek yang akan digunakan semasa
projek dijalankan. Perbincangan ini akan merangkumi reka bentuk projek, populasi serta
sampel projek, instrumen projek, dan prosedur pengumpulan data dan maklumat. Reka
bentuk projek adalah kuantitatif. Data projek diperolehi melalui aktiviti-aktiviti pengajaran yang
dijalankan. Didalam projek ini, sampel terdiri daripada 12 orang murid dari tahun 4 di sebuah
sekolah di daerah Kuala Kangsar. Guru telah mengagihkan sampel ini kepada 4 kumpulan.
Guru memilih kumpulan murid tersebut kerana mereka merupakan kumpulan murid yang
diajar oleh guru sendiri dan dianggap berbakat. Perkara ini akan memudahkan lagi guru untuk
mengumpul data kerana guru akan sentiasa berada bersama mereka sepanjang projek ini
dijalankan.
Guru telah memilih tajuk perimeter dan luas matematik tahun 4. Di dalam projek ini
murid akan diberi 5 peringkat tugasan. Pada peringkat pertama, murid dikehendaki mencari
ukuran standard gelanggang bola jaring, bola tampar, bola sepak, sepak takraw, lontar
peluru, bola baling dan badminton. Seterusnya, pada peringkat kedua, murid akan
membanding perimeter dan luas bagi setiap gelanggang dan pada peringkat ketiga pula,
murid akan bergerak secara berkumpulan untuk membuat gelanggang yang diberikan. Pada
peringkat keempat, murid akan diberi cabaran untuk melakarkan luas gelanggang yang paling
maksimum daripada seutas tali yang berukuran 100cm dan akhirnya, pada peringkat kelima,
murid dikehendaki menjawab soal selidik berkenaan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang telah digunakan oleh guru.
Melalui peringkat-peringkat yang telah dijalani oleh murid, guru akan membuat
kesimpulan tentang sejauhmanakah murid dapat menyampaikan pemahaman mereka
terhadap konsep perimeter dan luas menggunakan kreativiti dan pemikiran kritikal mereka
sendiri. Berfikir secara matematik dapat membantu murid belajar matematik dengan penuh
yakin dan boleh mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam semua situasi yang berkaitan
dengan kehidupan harian mereka. Menurut James Dunlap ( 2001 ), berfikir secara matematik
13
merupakan satu pendekatan kognitif kepada permasalahan yang melibatkan pemikiran logik
dan secara matematik. Definisi ini membolehkan kita menggunakannya secara kondusif
dalam menyelesaikan masalah matematik yang mana menggunakan pendekatan yang tidak
memaksa murid untuk menggunakan satu kaedah atau strategi sahaja semasa
menyelesaikan masalah atau mereka mesti menggunakan kaedah penyelesaian yang
ringkas dan cepat.
Dapatan Projek
Di dalam projek yang telah dijalankan ke atas 4 kumpulan sampel, didapati bahawa
hasil dapatan daripada setiap sampel murid ini, mereka mempunyai idea yang sama dan
13
berbeza-beza terhadap tugasan yang diberikan.
Dapatan projek adalah seperti berikut:
1)Sampel Pertama
Murid dapat mencari maklumat dan membandingkan ukuran perimeter dan luas
setiap gelanggang. Ini telah menggambarkan bahawa murid telah memahami konsep
perimeter dan luas. Ini telah menjawab persoalan projek yang pertama iaitu ”bagaimanakah
pemahaman murid tentang konsep perimeter dan luas”. Murid dapat menunjukkan dengan
jelas bahawa perimeter adalah ukur keliling setiap gelanggang dengan menambah panjang
setiap sisi. Konsep luas pula dapat diterjemahkan oleh sampel ini sebagai ukuran panjang
yang didarabkan dengan lebar. Bagi menjawab persoalan kedua, iaitu ”bagaimanakah
pemikiran matematik murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan”, didapati murid
berjaya melakarkan tiga ukuran gelanggang yang mempunyai ukur keliling 100m pada
peringkat keempat projek. Sampel ini menyatakan 625m2 adalah luas yang paling
maksimum. (Lampiran 1)
2)Sampel Kedua
Murid dapat mencari maklumat dan membandingkan ukuran perimeter dan luas
setiap gelanggang. Ini telah menggambarkan bahawa murid telah memahami konsep
perimeter dan luas. Ini telah menjawab persoalan projek yang pertama iaitu ”bagaimanakah
pemahaman murid tentang konsep perimeter dan luas”. Murid dapat menunjukkan dengan
jelas bahawa perimeter adalah ukur keliling adalah proses hasil penambahan sekeliling
setiap gelanggang. Konsep luas pula ditafsirkan sebagai besar sesuatu kawasan. Bagi
menjawab persoalan kedua, iaitu ”bagaimanakah pemikiran matematik murid dapat
diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan”, didapati murid berjaya melakarkan empat ukuran
gelanggang yang mempunyai ukur keliling 100m pada peringkat keempat projek. Sampel ini
menyatakan 600m2 adalah luas yang paling maksimum. (Lampiran 2)
3)Sampel Ketiga
Murid dapat mencari maklumat dan membandingkan ukuran perimeter dan luas
setiap gelanggang. Ini telah menggambarkan bahawa murid telah memahami konsep
perimeter dan luas. Ini telah menjawab persoalan projek yang pertama iaitu ”bagaimanakah
pemahaman murid tentang konsep perimeter dan luas”. Murid dapat menunjukkan dengan
jelas bahawa perimeter adalah ukur keliling setiap gelanggang dengan menambah panjang
setiap sisi. Konsep luas pula dapat diterjemahkan oleh sampel ini sebagai hasil gabungan
13
perimeter-perimeter di dalam kawasan itu. Bagi menjawab persoalan kedua, iaitu
”bagaimanakah pemikiran matematik murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang
dijalankan”, didapati murid berjaya melakarkan tiga ukuran gelanggang yang mempunyai ukur
keliling 100m pada peringkat keempat projek. Sampel ini menyatakan 625m2 adalah luas
yang paling maksimum. (Lampiran 3)
4)Sampel Keempat
Murid dapat mencari maklumat dan membandingkan ukuran perimeter dan luas
setiap gelanggang. Ini telah menggambarkan bahawa murid telah memahami konsep
perimeter dan luas. Ini telah menjawab persoalan projek yang pertama iaitu ”bagaimanakah
pemahaman murid tentang konsep perimeter dan luas”. Murid dapat menunjukkan dengan
jelas bahawa perimeter adalah ukur keliling setiap gelanggang dengan menambah panjang
setiap sisi. Konsep luas pula dapat diterjemahkan oleh sampel ini sebagai ukuran panjang
yang didarabkan dengan lebar. Bagi menjawab persoalan kedua, iaitu ”bagaimanakah
pemikiran matematik murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan”, didapati murid
berjaya melakarkan lima ukuran gelanggang yang mempunyai ukur keliling 100m pada
peringkat keempat projek. Sampel ini menyatakan 625m2 adalah luas yang paling
maksimum.
Bagi menjawab persoalan ketiga iaitu, ” sejauhmanakah kepelbagaian pendekatan
pengajaran mempengaruhi pembelajaran murid pintar cerdas”, berdasarkan maklumat
daripada soal selidik yang diperolehi, guru mendapati kaedah pengajaran yang berkesan
merupakan tonggak kejayaan seseorang pelajar. Jika pelajar merasakan kaedah pengajaran
yang diterima adalah berkesan maka ini akan secara tidak langsung mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar. Penggunaan kaedah dan strategi yang pelbagai akan
menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan
pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan
bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat,
terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang
demikian pemilihan terhadap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara teliti supaya
kanak-kanak dapat mengembangkan potensi yang ada pada diri mereka.
13
Perbincangan dan Kesimpulan
Dari hasil projek yang telah dijalankan guru mendapati pemahaman konsep
matematik lebih mudah diterapkan kepada murid jika mereka sendiri yang melakukan aktiviti
untuk membina kefahaman mereka sendiri. Menurut Mohamad Daud Hamzah (1990),
setiap murid mempunyai skema pengetahuan mereka sendiri. Mereka menghimpunkan
pelbagai maklumat dalam ingatan mereka. Apabila mereka mentaakul sesuatu kejadian,
mereka akan mengaktifkan sesuatu konsep. Konsep yang diaktifkan ini akan mengaktifkan
konsep lain yang berkaitan melalui proses rebakan gegaran. Mengikut Jean Piaget,
kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 10 tahun, perkembangan kognitif mereka masih
pada peringkat operasi konkrit dan semi konkrit. Untuk menerapkan konsep matematik
dengan berkesan aktiviti yang melibatkan penggunaan deria motor seperti melukis
gambarajah sangat sesuai dalam membantu mereka memahami sesuatu konsep matematik
tersebut dengan jelas.
Topik bentuk dan ruang dimasukkan ke dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
13
Rendah (KBSR) kerana pakar pendidikan merasakan ilmu geometri perlu di ajar di peringkat
kanak – kanak lagi supaya pada peringkat ini mereka akan mendapat pendedahan awal.
Dalam projek ini, guru mendapati bahawa murid mempunyai pemahaman yang tersendiri
tentang konsep perimeter dan luas. Melalui projek ini guru dapat melihat bagaimana
murid-murid ini memberi reaksi yang sebenar apabila mereka diberi peluang untuk
menjalankan aktiviti mencari maklumat, mengukur, melakar dan melahirkan idea yang kreatif,
bernas dan logik. Dapatan guru, murid-murid yang pintar cerdas ini mempunyai idea yang
melangkau tahap pemikiran yang sepatutnya.
Cadangan
Jadi untuk menggalakkan sikap positif terhadap matematik dan menggalakkan
perkembangan pemikiran matematik di kalangan kanak-kanak, guru perlulah mengetahui
peringkat perkembangan murid. Kanak-kanak akan belajar dengan seronok jika mereka
boleh melihat dengan jelas dan memahami apa yang disampaikan oleh guru terutama sekali
apabila melibatkan pengalaman sebenar mereka.
Bagaimana untuk menerapkan pemikiran matematik dalam proses pengajaran?
Berikut merupakan beberapa cadangan lain yang mungkin dapat membantu guru:
a)Menggalakkan pelajar mempelajari matematik daripada konteks yang spesifik,
menggunakan grafik-grafik berkaitan, menggunakan simbol-simbol matematik untuk
menerangkan sesuatu dalam usaha menerapkan pemikiran matematik mereka.
b)Menggalakkan murid untuk menggunakan grafik bagi pemikiran visual dan
matematik.
c) Menggalakkan murid meningkatkan kesedaran kepentingan pemikiran matematik.
d) Galakkan pelajar supaya sentiasa berusaha untuk membuat pembuktian secara logik
13
Togol sokongan pembaca skrin
Afrikaans
Bahasa Indonesia
Bahasa Melayu
Català
Čeština
Dansk
Deutsch
Eesti
English (United Kingdom)
English (United States)
Español
Español (Latinoamérica)
Euskara
Filipino
Français
Français (Canada)
Galego
hrvatski
Isizulu
Íslenska
Italiano
Kiswahili
Latviešu
Lietuvių
Magyar
Malti
Netherlands
Norsk
Polski
Português (Brasil)
Português (Portugal)
Română
Slovenčina
Slovenščina
Suomi
Svenska
Tiếng Việt
Türkçe
Ελληνικά
Български
Русский
Српски
Українська
עברית
اردو
العربية
فارسی
ने�पा�ली�
मरा�ठी
हि�न्दी�
বাং��লা�
ગુ�જરા�તી�
தமி�ழ்
తెలు�గు�
ಕನ್ನ�ಡ
മലയാ�ളം�
සිං�හල
ไทย
ລາວ
አማርኛ
ខ្មែ��រ
中文(中国)
中文(台灣)
中文(香港)
日本語
한국어
Kongsi...
Baru(N)►
Buka...(O)Ctrl+O
Namakan semula...(R)
Edit keterangan...(Y)Ctrl+Shift+E
Buat salinan...(C)
Alih ke folder...(M)
Alihkan ke sampah(T)
Lihat sejarah semakanCtrl+Alt+Shift+G
Bahasa(L)►
Muat turun sebagai(D)►
Terbitkan ke web...
E-mel kolaborator...
E-melkan sebagai lampiran...
Persediaan halaman...(G)
Pratonton cetak(V)
Cetak(P)Ctrl+P
Buat asalCtrl+Z
Buat semula(R)Ctrl+Y
PotongCtrl+X
Salin(C)Ctrl+C
TampalCtrl+V
Papan klip web►
Pilih semuaCtrl+A
Pilih tiada(N)Ctrl+Shift+A
Padatkan kawalan(O)Ctrl+Shift+F
Skrin penuh
Bantuan Dokumen(H)
Laporkan isu
Laporkan penyalahgunaan
Pintasan papan kekunciCtrl+/
Sebaris
1.15
1.5
Dua baris
Tersuai
Tambah ruang sebelum perenggan
Alih keluar ruang selepas perenggan
Jarak langkau tersuai…
Setiap perubahan yang anda buat disimpan secara automatik dalam Drive.
Umum di web
Sesiapa sahaja di Internet boleh mendapatkan dan mengakses. Tiada log masuk diperlukan.
« Tutup pratonton
Cari dalam menu (Alt /)
Cetak
Sedang dijalankan
Memperkenalkan konsep luas
Formula Segi Empat Sama Sisi
Cara mengira panjang segi empat sama
Maka luas setiap segi empat sama sisi ialah 4cm2
2 cm x 2 cm =4 cm2
Kepentingan ukurabn panjang
Ukuran panjang memainkan peranan dalam kehidupan harian kita. Sebagai murid kita perlu tahu bagaimana untuk mengukur panjang sesuatu benda dan berapakah ukurannya.Kali ini kita akan belajar tentang ukuran.
Murid-murid perlu mengetahui unit ukuran. Apakah nama-nama ukuran tersebut. Berikut adalah antara unit ukuran yang perlu dipelajar iaitu milimeter, sentimeter, meter dan kilometer.
Milimeter Unit milimeter lazimnya digunakan untuk mengukur panjang yang sangat kecil. Sebagai contoh, tebal sekeping duit syiling.
Simbol yang digunakan ialah mm
Alat untuk mengukur unit milimeter ialah pembaris.
Kilometer Unit kilometer biasanya digunakan untuk mengukur jarak sesuatu benda atau tempat.
Simbol yang digunakan ialah km.
Alat yang digunakan untuk mengukur unit kilometer ialah pita ukur.
Unit Ukuran PanjangUnit ukuran panjang yang digunakan adalah seperti berikut:
1 km = 1000 m
1 m = 100 cm
1 cm = 10 mm
Unit ukuranDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pejabat Timbang dan Ukur dahulu di Middlesex, England.
Takrif, persetujuan dan kegunaan unit ukuran telah memainkan peranan yang utama dalam usaha
manusia sejak dari awal-awal lagi sehingga hari ini. Sistem-sistem ukuran yang berbeza sama sekali
amat biasa pada suatu ketika, tetapi kini terdapat satu piawai sejagat, iaitu Sistem Unit
Antarabangsa (SI), yang merupakan bentuk sistem metrik yang moden yang telah atau
sedang diiterimaguna di seluruh dunia. Amerika Syarikat hampir pasti merupakan negara yang
terakhir untuk menerimaguna sistem ini, walaupun sistem ini semakin digunakan di sana.
Dalam perdagangan, timbang dan ukur seringnya dikawal oleh peraturan kerajaan untuk
memastikan keadilan dan gambaran. Bureau international des poids et mesures (BIPM) telah ditugasi
untuk memastikan keseragaman ukuran-ukuran di seluruh dunia serta kebolehkesanan kepada
Sistem Unit Antarabangsa (SI). Metrologi ialah sains untuk mengembangkan timbang dan ukur
negara, serta timbang dan ukur antarabangsa yang boleh diterima.
Dalam bidang-bidang fizik dan metrologi, unit-unit merupakan piawai-piawai untuk mengukur kuantiti
fizikal dan yang perlu diberikan takrif yang jelas supaya berguna. Kebolehulangan ujian merupakan
pokok kaedah saintifik dan oleh itu, satu sistem unit yang piawai dapat memudahkan pelaksanaan ini.
Sistem-sistem unit saintifik merupakan perbaikan konsep timbang dan ukur yang dikembangkan untuk
tujuan perdagangan sejak lama dahulu.
Sains, perubatan, dan kejuruteraan seringnya menggunakan unit-unit ukuran yang lebih besar atau
lebih kecil daripada unit-unit yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari, dan merujuk kepada unit-
unit mereka dengan lebih tepat. Pemilihan unit-unit ukuran yang bijak boleh membantu para penyelidik
dalam penyelesaian masalah (sila lihat, umpamanya analisis dimensi).
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Sejarah
2 Sistem ukuran
3 Unit asas dan terbitan
4 Pengiraan dengan unit
o 4.1 Unit-unit sebagai dimensi
o 4.2 Garis panduan
o 4.3 Menyatakan nilai fizikal dalam unit yang lain
5 Implikasi dunia nyata
6 Lihat juga
7 Rujukan
8 Pautan luar
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Sejarah ukuran
Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan
kuantiti bagi sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia.
Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda: pembinaan tempat kediaman
bagi bentuk dan saiz yang sesuai, rekaan pakaian, atau penurakan bahan makanan.
Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terawal diketahui nampaknya telah dicipta
pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM di kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah
Indus, dan mungkin juga Elam di Parsi.
Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling
sebagai alat pengukur. Pengetahuan kita tentang berat dan ukuran muncul dari banyak sumber.
Sistem ukuran[sunting | sunting sumber]
Sebelum penggunaan sejagat akan sistem metrik, banyak sistem ukuran yang berbeza
digunakan. Kebanyakannya dikaitkan dengan sesuatu takat atau yang lainnya. Lazimnya, ia
dikaitkan dengan matra jasad manusia. Sebagai kesannya, unit ukuran boleh berbeza bukan
sahaja dari tempat ke tempat, tetapi turut daripada orang perseorangan.
Beberapa sistem metrik bagi unit telah berkembang sejak penggunaan sistem metrik asli
di Perancis pada tahun 1791. Sistem metrik piawai antarabangsa kini adalah Sistem unit
antarabangsa. Ciri penting bagi sistem moden adalah pemiawaian. Setiap unit mempunyai saiz
yang sama semuanya.
Kedua-dua unit imperial dan unit kebiasaan Amerika Syarikat terbit daripada unit Inggeris. Unit
imperial dahulunya sering digunakan oleh Komanwel British dan bekas Empayar British. Unit
kebiasaan Amerika Syarikat adalah sistem ukuran utama di Amerika Syarikat. Walau
bagaimanapun, beberapa langkah pemetrikan telah dibuat.
Sistem di atas adalah berdasarkan unit sembarangan yang dijadikan rasmi dan piawai. Beberapa
nilai unit adalah semula jadi dalam sains. Sistem unit yang berdasarkan unit-unit yang tersebut
dipanggil unit semula jadi. Sama juga dengan unit semula jadi, unit atom (au) adalah sistem
unit ukuran yang sesuai digunakan dalam fizik atom.
Juga terdapat banyak unit yang pelik dan tidak piawai yang ditemui. Ini termasuklah:
tan TNT, bom atom Hiroshima dan berat seekor gajah.
Unit asas dan terbitan[sunting | sunting sumber]
Sistem unit yang berbeza diasaskan oleh pilihan set unit asas yang berbeza. Sistem unit yang
paling luas digunakan adalah Sistem Unit Antarabangsa, atau SI. Terdapat tujuh unit asas SI.
Semua unit SI lain boleh diterbitkan dari unit asas tersebut.
Bagi kebanyakn kuantiti, unit amatlah diperlukan untuk membicarakan sesuatu nilai kuantiti fizik.
Sebagai contoh, memberi seseorang kepanjangan tertentu tanpa menggunakan sesuatu unit
amatlah mustahil kerana kepanjangan tidak boleh diperihalkan tanpa menggunakan sebarang
rujukan bagi nilai tersebut.
Tidak semua kuantiti memerlukan unit mereka masing-masing. Dengan menggunakan hukum
fizik, unit kuantiti boleh dinyatakan sebagai gabungan unit bagi kuantiti lain. Maka, hanya satu set
kecil unit diperlukan. Unit-unit ini dianggap sebagai unit asas. Unit lain adalah unit terbitan. Unit
terbitan adalah untuk kemudahan, memandangkan unit-unit itu boleh dinyatakan dalam unit asas.
Unit yang mana menggunakan unit asas adalah satu pilihan.
Unit asas SI bukanlah set unit terkecil. Set terkecil telahpun ditakrifkan. Terdapat set yang medan
elektrik dan magnet berkongsi. Ini bergantung kepada hukum fizik yang menunjukkan bahawa
medan electrik and magnet adalah manifestasi yang berbeza bagi fenomena yang sama. Dalam
beberapa bidang sains, sistem unit lebih digunakan berbanding sistem SI.
Pengiraan dengan unit[sunting | sunting sumber]