Luluhawa

27
Mohammed Amiroul bin Daing Siyamerk Safwa Nadzirah binti Mohd Hisham Norazuren binti Mohd Johari Nur Hadira binti Jumre

Transcript of Luluhawa

Page 1: Luluhawa

Mohammed Amiroul bin Daing SiyamerkSafwa Nadzirah binti Mohd Hisham

Norazuren binti Mohd JohariNur Hadira binti Jumre

Page 2: Luluhawa

Satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan yang berlaku secara in-situ (setempat).

Pemecahan struktur batuan melalui pendedahan di atmosfera dinamakan luluhawa. Agen luluhawa melibatkan air hujan, sinaran matahari, fros (wap-wap air yang membeku) dan angin.

Ia dibahagikan kepada 3 jenis iaitu: Luluhawa fizikal (mekanikal) Luluhawa kimia (dalaman) Luluhawa biologi

Page 3: Luluhawa

Luluhawa fizikal (mekanikal) ialah proses penyepaian atau pemecahan batuan kepada saiz yang lebih kecil

Akibat tindak balas unsur-unsur iklim maka batuan akan dipecahkan kepada saiz yang lebih kecil tanpa mengubah sifat-sifat kimianya.

Page 4: Luluhawa

Penyepaian bongkah Penyepaian berbutir/ granul Pengelupasan

Page 5: Luluhawa

Penyepaian bongkah

Berlaku pada batuan yang bersendi atau mempunyai rekahan bersegi empat.

Pengembangan dan pengecutan berlaku di sepanjang sendi atau rekahan tersebut dan peyepaian terjadi mengikut sendi/rekahan menjadi bongkah-bongkah segiempat.

Page 6: Luluhawa

Penyepaian berbutir / granul

Berlaku pada batuan yang mempunyai banyak mineral di dalamnya (heterogenus).

Contohnya batuan granit yang mengandungi mineral kuartza, feldspar dan mika.

Mineral yang lebih cepat mengembang dan mengecut akan lebih awal tersingkir dari jisim asalnya.

Pemecahan begini akan menghasilkan serpihan batuan atau butir-butir yang halus.

Page 7: Luluhawa

Pengelupasan

Berlaku kepada struktur yang berlapis-lapis. Pada waktu siang, lapisan luar lebih cepat panas

dan mengembang berbanding dengan lapisan dalamnya masih lagi sejuk dan sebaliknya.

Kesannya pengelupasan berlaku selapis demi selapis bermula dengan lapisan paling luar dan merebak ke lapisan dalam.

Pemecahan begini akan menghasilkan kulit-kulit kelupasan dan juga serpihan-serpihan batuan.

Page 8: Luluhawa

Kembang-kecut Basah kering Tindakan ibun/fros Hablur garam Perlepasan tekanan

Page 9: Luluhawa

• Terjadi dalam kawasan tropika lembap.• Pembasahan berlaku apabila batuan ditimpa hujan

lebat sehingga menyerap air dan menjadi tepu.Bila lembap mengalami pengembangan sebaliknya bila panas mengalami pengecutan.

• Kembang dan kecut yang berulang membolehkan lapisan batuan tersepai dari jisim asalnya.

Page 10: Luluhawa

Proses pemecahan batuan akibat pembentukan hablur garam didalam rekahan rekahan dan rongga-rongga permukaan batuan.

Kadar sejatan yang tinggi akibat cuaca panas melampau mampu menarik garam-garam galian dari dalam bumi naik kepermukaan melalui kapilari.

Pembesaran hablur garam akan menimbulkan kuasa tekanan dan ketegangan keatas dinding-dinding rekahan sehingga rekahan jadi luas dan pecah tersepai.

Page 11: Luluhawa

Berlaku dikawasan yang mengalami kejatuhan suhu dibawah takat beku pada musim sejuk kerpasan seperti salji akan masuki rekahan batuan dan membeku didalamnya.

Page 12: Luluhawa

Pengurangan tekanan pada batuan.Batuan yang berada dibawah permukaan bumi berkeadaan tekanan tinggi akibat beban yang dikenakan ke atasnya.

Apabila lapisan atas muka bumi dihakis, diangkut dan direndahkan maka batuan yang berada di bawah akan timbul dipermukaan.

Pada masa itu tekanan tinggi dilepaskan dan akan menyebabkan lapisan atas rekahan mengalami rekahan iaitu pecah.

Page 13: Luluhawa
Page 14: Luluhawa

Merujuk kepada tindakan tumbuhan, haiwan, mikroorganisme dan manusia sama ada secara fizikal atau kimia yang dapat memecah dan menguraikan jenis dan proses.

Page 15: Luluhawa

Tindakan haiwan yang menggali lubang turut melemahkan struktur batuan yang membolehkan agen-agen luluhawa lain masuk kedalam rekahan.

Mikroorganisma seperti bakteria yang hidup dipermukaan batu akan mengeluarkan asid organik semasa menyerap zat-zat galian dari dalam batu.

Page 16: Luluhawa

Aktiviti manusia seperti penyahutanan,pembinaan jalan raya akan mendedahkan batuan kepada agen-agen luluhawa khusus matahari dana air hujan.

Aktiviti pertanian dan perindustrian membebaskan bahan-bahan kimia seperti baja, racun serangga akan terasid didalam air hujan atau cecair tanih untuk bertindak balas dengan mineral batuan dan meluluhawakan batuan.

Page 17: Luluhawa

Luluhawa kimia ialah proses penguraian yang dialami oleh batuan apabila mineral batuan bertindak balas dengan air, asid, ion iaitu sehingga mineral batuan tersebut bertukar dari primer kepada sekunder.

Luluhawa kimia juga dikenali sebagai luluhawa dalaman dan ia berlaku menerusi pelbagai proses seperti larutan, pengkarbonan, hidrolisis, penghidratan, pengoksidaan dan chelasi.

Page 18: Luluhawa

2. Larutan 3. Pengkarbonan4. Hidrolisis5. Penghidrat6. Pengoksidaan7. Chelasi

Page 19: Luluhawa

Terjadi akibat air hujan atau air larian yang bertindak sebagai pelarut.

Air berupaya melarutkan mineral batuan yang mudah larut seperti gipsum dan kalsium karbonat (batu kapur) menjadi hasil larutan.

Kuantiti hasil larutan bergantung kepada kuantiti air yang ada 2 kadar kelarutan setiap mineral yang membentuk batu.

Page 20: Luluhawa

Merupakan sebarang tindak balas antara asid lemah (asid karbonik) dengan kalsium karbonat (batu kapur).

Hujan yang turun akan berpadu dengan karbon dioksida di udara membentuk asid karbonik.

Batu kapur lazimnya mudah terluluhawa. Batuan lain juga mudah dikarbonkan ialah Dolomit dan kalsium silikat atau potasy-felsfar.

Page 21: Luluhawa
Page 22: Luluhawa

Hidrolisis merupakan tindak balas ion (H+) atau ion hidroksil (OH-) dengan ion mineral pembentuk batuan sehingga menyebabkan terhasil satu sebatian dan mineral yang berlainan.

Batuan ini menukar seluruh mineral batuan kepada bentuk baru (mineral peringkat ke-2) yang berlainan dengan sifat yang asalnya.

Page 23: Luluhawa

Merujuk kepada sebarang penambahan air kepada mineral batuan sehingga menyebabkan mineral tersebut mengalami tegasan dan pengembangan.

Contoh yang paling baik penglibatan proses hidrasi ini ialah dalam kejadian limonit daripada himatit.

Page 24: Luluhawa

Merupakan tindak balas antara oksigen dengan kandungan mineral batuan yang menyebabkan mineral tersebut teroksida.

Terdapat penyebatian sesama mineral di dalam batuan tersebut sehingga salah satu daripadanya teroksida.Ia juga di panggil sebagai pengoksidaan.

Page 25: Luluhawa

Chelasi merupakan proses pembendungan satu ion antara agen-agen chelasi yang dikeluarkan oleh tumbuhan dengan ion mineral dalam batuan seperti ion ferum.

Pembendungan ini menyebabkan batuan mengalami tegasan dan mengembang.

Page 26: Luluhawa

Struktur pembinaan lebih cepat menjadi lemah dan merekah kesan daripada tindakan akar yang masuk dicelah batuan.

Cerun bukit yang tidak dijaga menjadi sarang atau tempat tinggal binatang yang mngorek permukaan cerun menjadikan cerun tersebut tidak stabil.

Aktiviti perlombongan bijih besi menyebabkan landskap sekitarnya berubah menjadi gondol.

Page 27: Luluhawa

Sekian