Lupa

2
LUPA Ramai yang terlupa di akhirat sana, nikmat yang maha besar sedang menunggu bagi sesiapa yang bersedia dan sentiasa menambah persediaan dan bekalannya. Nikmat Syurga tidak mampu sama sekali digambar, sebagaimana pereka cipta kereta Ford di awal rekaannya tidak akan mampu sama sekali terbayang kereta Ferrari di zaman ini. Jika diandaikan seorang dari kita tiba-tiba melayang ke masa silam dan cuba menerangkan perihal bentuk dan enjin Ferrari, bentuk dan fungsi i-phone dan i-pad ,tentunya tiada siapa yang berada di zaman itu boleh membayangkannya. Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta'ala : ر ش ب ب ل ق ى علَ رَ طَ خ ، ولا ت ع م س ن ذ ، ولا أ ت رأ ن$ عي لا ما ن$ حي ل صا ل أ$ اذي ب ع ل عدذت أErtinya : Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim) Manakala dalam catatan Imam Ahmad ، ولا ت رأ ن$ عي لا ما1 ة3 ن ج ل أ$ ى ف ه، اب ب ش ى ن ف$ ي ه، ولا اب$ ب ث ى ل ب ث س، لا ا ب? ث م ولا ع ن$ ث1 ة3 ن ج ل ل أ خ د$ ي ن م ه بG أ ر ش ب ب ل ق ى عل ر ط خ ، ولا ت ع م س ن ذ أErtinya: Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan dikurniakan nikmat yang tidak akan jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang di dalam Syurga, sesuatu yang mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad) Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami Syurga tidak sama sekali bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu sentiasa berubah- ubah nikmatnya dan tidak akan sama sekali membosankan. Luasnya tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia. Menurut hadis, individu yang menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah beberapa kali ganda dunia hari ini, apatah lagi yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah mengubahkan kepada apa yang dikehendakiNya. Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri: وت م ل أ ن م ه$ ن ف ن$ ي ق$ ي لاL ك ش ن م ه ن ش ه أ$ ن فL ك ش لا اً ب$ ي ق$ ي ب$ ي ما رأErtinya : Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara

description

lupa

Transcript of Lupa

Page 1: Lupa

LUPA

Ramai yang terlupa di akhirat sana, nikmat yang maha besar sedang menunggu bagi

sesiapa yang bersedia dan sentiasa menambah persediaan dan bekalannya. Nikmat Syurga

tidak mampu sama sekali digambar, sebagaimana pereka cipta kereta Ford di awal

rekaannya tidak akan mampu sama sekali terbayang kereta Ferrari di zaman ini. Jika

diandaikan seorang dari kita tiba-tiba melayang ke masa silam dan cuba menerangkan

perihal bentuk dan enjin Ferrari, bentuk  dan fungsi i-phone dan i-pad ,tentunya tiada siapa

yang berada di zaman itu boleh membayangkannya.

Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta'ala :

على َخ(َط(َر( وال ، سمعت أذن وال ، رأت عين ال ما الصالحين لعبادي أعددتبشَر قلب

Ertinya : Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah

pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya)

oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat

Al-Bukhari & Muslim)

Manakala dalam catatan Imam Ahmad

الجنة في شبابه، يفنى وال ثيابه، تبلى ال يبأس، وال ينعم الجنة يدَخل من إنهبشَر قلب على َخَطَر وال سمعت، أذن وال رأت، عين ال ما

Ertinya:  Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan dikurniakan nikmat yang

tidak akan jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang

di dalam Syurga, sesuatu yang mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah

didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya)

oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad)

Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami Syurga tidak sama

sekali bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu sentiasa berubah-ubah nikmatnya dan

tidak akan sama sekali membosankan. Luasnya tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia.

Menurut hadis, individu yang menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah

beberapa kali ganda dunia hari ini, apatah lagi yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat

oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah mengubahkan kepada apa yang

dikehendakiNya.

Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri:

الموت من فيه يقين ال شك من أشبه فيه شك ال iا يقين رأيت ماErtinya : Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan

padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya,

(seolah tidak yakin kewujudannya) lebih dari perihal kematian.

Sama-samalah kita berdoa agar sewaktu nyawa kita ditarik kita berada di dalam keadaan

yang baik di sisi manusia, amat baik di sisi Allah. Janganlah dimatikan kita sewaktu terlanjur

melakukan maksiat.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

Page 2: Lupa

www.zaharuddin.net

23 April 2010