LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN....

24
"LUPING" DALAM BUDAYA DUSUN Lidwina Romius Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2011

Transcript of LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN....

Page 1: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

"LUPING" DALAM BUDAYA DUSUN

Lidwina Romius

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2011

Page 2: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

ftsat Kbidmat Maklumat Akademik � UNIVERSTI'I MALAYSIA SARAWAK

P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

UNIMAf

miHiiinim 1000273069

"L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN

LIDWINA ROMIUS

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2011

i

Page 3: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN

JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN.

SESI PENGAJIAN 2008 / 2011

Saya LIDWINA ROMIUS

Mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan

seperti berikut:

1. Tesis/laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 5. ** Sila tandakan f7l

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

andmän T an Penulis Tandatangan Penyelia Tarikh: 14/ qWj / Tarikh: 1'ý fec 12p``

Alamat Tetap: Kg. Tohan Baru, P/S 1553, 89008, Kenngau, Sabah. Catatan: * Tcsis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda

** Jika Tesis / Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkau surat daripada pihak berkuasa /

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tests / laporan ini perlu di'lcelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

ii

Page 4: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

PENGAKUAN

Projek bertajuk "Loping" Dalam Budaya Dusun. Kajian kes di Kampung To6an Baru telah disediakan oleh Lidwina Romius dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif Pengurusan Seni.

Diterima dan diperiksa oleh:

494ut i

(Puan Noria Ak Tugang)

Tarikh:

iii

Page 5: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

PENGHARGAAN

Syukur pada Tuhan, pengkaji telah berjaya menyiapkan projek tahun akhir. Hasil

daripada usaha dan pertolongan pihak yang terlibat telah membantu pengkaji meneruskan

perjuangan ini walaupun menghadapi pelbagai kesulitan, kesedihan, kegembiraan dan

masalah dalam menjalankan kajian. Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia projek

tahun akhir pengkaji iaitu puan Noria Ak Tugang. Beliau telah memberikan tunjuk ajar

dan maklumat penting dalam kajian ini. Titik peluh beliau pasti dibalas Tuhan atas

kerjasama dan kemurahan dalam membentuk dan menolong pengkaji sebagai pelajarnya.

Penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu pengkaji iaitu Keyang Bt. Kassim

atas dorongan dan sokongannya. Membantu dan mengikut setiap perkembangan

penulisan dan kajian yang pengkaji telah lakukan. Begitu juga, setinggi-tinggi terima

kasih kepada bapa pengkaji iaitu Romius Sodomon atas bantuan kewangan yang beliau

berikan. Pengkaji mengucapkan terima kasih atas keprihatinan beliau terhadap bebanan

yang ditanggung oleh pengkaji tersebut.

Dalam kesempatan ini juga, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih Para

informan pengkaji yang telah membantu dan menyumbangkan ilmu serta maklumat yang

pengkaji tidak pernah ketahui dalam masyarakat Dusun sendiri. Pengkaji berbesar hati

atas peluang dan kesempatan yang diberikan oleh para informan tersebut. Akhir sekali,

pengkaji mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sccara langsung

dan tidak langsung dalam menyiapkan projek tahun akhir pengkaji.

iv

Page 6: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

ftstt K6idmat Maklumat Akademik UNIVERS177 MALAYSIA SARAWAI(

ISI KANDUNGAN

Halaman Tajuk

Borang Pengesahan Pengakuan

Pengakuan

Penghargaan

Isi Kandungan

Senarai Jadual

Senarai Gambar Rajah

Senarai Gambar

Abstrak

Abstract

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan

1.2 Definisi

1.2.1 Tembikar

1.2.2 Adat

1.2.3 Budaya

1.3 Objektif Kajian

1.4 Hipotesis Kajian

1.5 Skop Kajian

1.5.1 Pendahuluan

1.5.2 Lokasi Kajian

1.6 Permasalahan Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Rumusan

MUKA SURAT

i

11

iii

iv

V- n

Vil

vii

V ii-ix

x

xi

1-9

10-11

12

12

13-14

15-19

20

21-24

25-27

28-29

30 V

Page 7: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

1.9 Nota 31-32

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Pengenalan

2.2 Penulisan Ilmiah Dan Jurnal

2.3 Rumusan

2.4 Nota

33

34-47

48

49

BAB3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 50

3.1.1 Kaedah Temuramah 51-52

3.1.2 Kelompok Fokus 53

3.2 Lokasi Kajian 54

3.3 Somber Data

3.3.1 Data Primer 55

13.2 Data Sekunder 55

3.4 Populasi Kajian 56

3.5 Instrumen Kajian 57

3.6 Limitasi Kai ian

3.6.1 Kekurangan Bahan Rujukan 58

3.6.2 Kekangan Masa 58

3.6.3 Masalah Kerjasama Daripada Para Informan 56

3.7 Delimitasi Kajian 60

3.8 Rumusan 61

BAB 4 ANALISA DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 62 vi

Page 8: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

4.2 Dapatan Kajian

4.2.1 Jenis-Jenis Luping Dusun 63-94

4.2.2 Adat Perkahwinan 95-100

4.2.3 Adat Kematian 101-103

4.2.4 Makanan Dan Minuman 104-107

4.2.5 Pantang Larang 108-109

4.2.6 Sogit 110-111

4.2.7 Hari Keluarga (Moginakaan) 112

4.2.8 Budaya Minum Tapai (Poginuman) 113-115

4.2 Sebab Perubahan Penggunaan Peralatan Luping

4.2.1 Pengaruh Agana 116-121

4.2.2 Penglobalisasian 122-123

4.2.3 Asimilasi / Pertembungan Budaya 124-125

4.4 Analisa Dapatan Kajian 126-132

4.5 Rumusan 133

4.6 Nota 134-136

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 137

5.2 Rumusan 138-140

5.3 Cadangan 141-145

5.4 Cadangan Untuk Pengkaji Akan Datang 146-147

5.5 Kesimpulan 148-149

Glosari 150-151

Bibliografi 152-157

L. ampiran 158-167 vii

Page 9: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

Senarai Jadual

Jadual 1: Temu ramah bersama dengan Japan orang informan.

Jadual 2: Jenis-jenis peralatan luping yang mengikut saiz dan bentuk.

Jadual 3: Jenis-jenis dan kegunaan luping tersebut dalam kalangan masyarakat

orang Dusun.

Jadual 4: Perubahan nilai dan fungsi luping.

Jadual 5: Perbezaan penerimaan peralatan luping dalam aspek pantang larang,

sogit, had keluarga dan budaya minum tapai.

Senarai Gambar Rajah

Garnbar Rajah 1: Pennasalahan kajian

vii

Page 10: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

Senarai Gambar

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Gambar 8

Gambar 9

Gambar 10

Gambar 1l

Gambar 12

Gambar 13

Gambar 14

Luping Panding

Luping Panding Empat Mata

Luping Tuvad

Luping Sapah

Luping solong

Luping Rangkang

Luping Pampangan

Luping Labayon

Luping Kibut

Luping Kabu

Luping Balanai

Luping Goroi

Luping Garouk

Merupakan dua buah luping yang disediakan untuk pasangan pengantin

lelaki dan perempuan semasa pihak keluarga lelaki datang ke rumah

kelu. arga perempuan yang bertujuan menbawa batik bersama pengantin

perempuan.

viii

Page 11: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

Gambar 15 : Gambar ini merupakan salah satu jenis gong (tagung) yang dijadikan

sebagai medium penetapan berian oleh masyarakat Dusun.

Gambar 16 : Terdapat sebilangan orang yang masih meletakkan luping di tepi kubur

tersebut sebagai tanda sahaja.

Gambar 17 : Sejenis tumpung yang merupakan salah satu jenis tapai tetapi

menggunakan botol plastik untuk menghasilkan tapai.

Gambar 18 : Budaya minum tapai dalam kalangan masyarakat Dusun dan

menggunakan siopoon sebagai alat untuk menghisap air tapai tersebut

daripada luping.

ix

Page 12: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

ABSTRAK

Pada zaman dahulu, masyarakat Dusun memartabatkan Luping sebagai peralatan

simbolik dalam adat perkahwinan, kematian dan di dalam kehidupan seharian mereka.

Pengkaji ingin melihat penggunaan Luping dalam masyarakat Dusun yang kian pupus.

Mereka memperl; ahankan Luping sebagai peralatan simbolik penting dan barangan

berharga. Tetapi generasi kini hanya memandang rendah terhadap penggunaan peralatan

Luping tersebut. Justeru itu, kepupusan tersebut banyak melahirkan kesedaran dalam

masyarakat Dusun hingga ke hari ini.

X

Page 13: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

ABSTRACT

Luping is a tool which has been practiced in Dusun community in order to

evaluate symbolic customs of marriage, death, and also have been used in their daily life

for a long time ago. However the researchers observed that Luping tool did not practiced

anymore by today's generation and it is on the stage of extinction. Compared to our

ancestors and folks, the new generation today did not appreciate Luping anymore. For a

long time ago, our ancestor maintained Luping as an important symbolic tools and

valuables instead our present generation just look down on Luping. Thus, the extinction

of Luping creating awareness in the Dusun community nowadays.

Page 14: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Lupingj merupakan istilah penggunaan bahasa dalam masyarakat orang Dusun di

Sabah. Luping juga dikenali sebagai tembikar atau tajau". Luping merupakan peralatan

yang memenuhi keperluan dalam masyarakat Dusun pada zaman nenek moyang. Warisan

yang begitu dikenali oleh masyarakat kaum Dusun tersebut kerana mereka merupakan

etnik yang terbesar di Sabah. Kaum Dusun atau Kadazan merupakan komuniti terbesar

peribumi Sabah, iaitu lebih kurang 34% daripada jumlah penduduk keseluruhan (Ismail

Yusoff, 2004). Beliau juga menerangkan bahawa masyarakat Dusun lebih banyak

membuat penempatan di sekitar kawasan Keningau dan Ranau.

Sejarah seni tembikar di Sabah bermula daripada penghijrahan orang luar yang

datang berniaga dan bekerja di Borneo khususnya Sabah. Penjajahan juga merupakan

salah satu penerimaan seni tembikar tersebut dalam masyarakat mereka. Salah satunya,

luping tersebut merupakan salah satu seni tembikar yang telah diterima masuk dalam

masyarakat mereka serta mempengaruhi penduduk tempatan. Penduduk tempatan bukan

sahaja menerima warisan tersebut tetapi mengangkat dan memartabatkan warisan

1

Page 15: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

tersebut Hal ini demikian, penggunaan peralatan luping ini bernilai dalam aspek sosial

dan ekonomi mereka.

Kedatangan pedagang daripada China membawa masuk seni tembikar mereka ke

Borneo. Menurut Nora A. Taylor (2000), "Chinese potters who had migrated to Borneo

during the nineteenth". Selain itu, behau juga menerangkan dalam bukunya bahawa

penduduk tempatan telah menerima tembikar atau tempayan tersebut dalam aspek

kematian, harts benda dan sebagaianya. "On the island of Borneo they were also used for

burial;, as on accompaniment for, or container of, human remains. Today, they are also

valued as antique heirlooms, collector's items, and transportable capital". (Nora A.

Taylor 2000,87).

Dusun mempunyai kesenian dan kebudayaan yang diwarisi secara turun temurun.

Orang Dusun memartabatkan seni kebudayaan dan warisan yang dimiliki apabila nilai-

nilai dan amalan yang merangkumi adat dan kepercayaan diaplikasikan dalam kehidupan

seharian mereka. Luping merupakan seni warisan tembikar yang mempunyai nilai yang

penting dalam masyarakat Dusun sendiri. Mereka sendiri mengakui bahawa luping

merupakan peralatan barangan Yang penting dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini

demikian, luping itu mempunyai fungsional tersendiri dalam kehidupan seharian mereka.

Masyarakat Dusun juga ada menjelaskan bahawa luping menipakan peralatan yang

dijadikan sebagai simbolik dalam adat dan kepercayaan orang Dusun.

2

Page 16: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

Selain masyarakat Dusun, suku kaum etnik lain seperti Murrt juga mengakui

kepentingan dan nilai bagi sebuah luping tersebut. Menurut Abd. Mohad (2004: 63),

beliau menjelaskan bahawa dalam budaya Murut itu sendiri mewajibkan penggunaan

tajau dalam adat perkahwinan Murut yang bermula seawal dari proses peminangan.

Selain itu, beliaujuga menyatakan bahawa tajau dijadikan sebagai medium penyimpanan

mayat si mati semasa terjadinya sesuatu kematian. Hal mi secara tidak langsung

menunjukkan kepentingan penggunaan tembikar atau tempayan (luping) dalam

masyarakat peribumi di Sabah.

Seperti mana masyarakat Dusun juga mengakui kepentingan luping tersebut,

masyarakat Murut juga mempercayai tajau (luping) tersebut dalam masyarakat mereka

yang melibatkan adat kematian. Hal ini dapat dilihat apabila berlakunya kematian

tersebut saudara-maranya membersihkan mayat serta memakaikannya dengan pakaian

yang bersih sebelum dikebumikan dalam posisi duduk. Seterusnya mayat tersebut dibakar

dalam tembikar dan disimpan dalam nunah selama tujuh hari. (Sejarah Tingkatan 1).

Luping mempunyai ciri-ciri keunikannya dalam kalangan masyarakat Dusun itu

sendiri. Mereka mengakui dan mengagungkan seni tembikar tersebut dalam konteks adat,

budaya dan warisan yang diaplikasikan dalam masyarakat mereka. Keunikan luping itu

dijadikan sebagai tarikan untuk masyarakat Dusun. Dahulu mereka benLuha untuk

mengumpul dan menyimpan koleksi seni tembikar tersebut. Kepercayaan mereka

terhadap penggunaan luping tersebut sebagai simbolik kepada kekayaan dan

kemalanuran hidup yang mereka miliki. Walau bagaimanapun, luping adalah sebuah seni

3

Page 17: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

warisan tembikar yang hanya diperbuat daripada tanah liat, mempunyai corak bentuk

bujur dan bulat serta mempunyai leher dan teliuga pada luping tersebut. Tankannya yang

lain iaitu corak, bentuk, saiz, berat, ketahanan dan jenis kategori luping tersebut. Tetapi,

luping bernilai dalam adat perkahwinan, adat kematian, hukuman denda (sogfit), pantang

larang dan kehidupan seharian.

Luping terdiri daripada pelbagai jenis yang merujuk kepada corak bentuk, saiz,

motif corak dan nilai estetika yang ada. Masyarakat Dusun mengelaskan luping dengan

nama-nama yang berbeza mengikut dari aspek perbezaan sesebuah luping tersebut.

Contohnya, Panding, Bagaton, Sapah, Timbangan, Tompok Garouk, Lanuangan, Tuva4

Labayan, Tamana, Goroi, Kabuk Panding Seridon, Panding Empat Mata dan Gantung

Serilih. Seni tembikar im dikategorikan yang bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan

mengenai jenis-jenis luping yang bernilai dan tidak bernilai dalam persepsi masyarakat

Dusun. Dalam kalangan masyarakat Dusun, jenis-jenis luping yang dipandang tinggi

terdiri daripada luping yang mempunyai perbezaan dari segi corak, motif dan seni

estetika tersendiri. Contohnya, luping Sapah yang bercorak naga serta mempunyai salz

bentuk yang besar dan tinggi.

Bagi masyarakat Dusun, Iuping berfungsi sebagai medium penyimpanan mayat

scmasa upacara pengebumian. Adat pengcbumian orang Dusun dahulu amat

mementingkan penggunaan luping sebagai medium penguburan si mati. Lazimnya,

luping bersaiz besar merupakan pilihan utama untuk menyimpan mayat tersebut.

4

Page 18: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

I'usat Khidmat Maklumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Sekiranya si mati adalah berbadan besar dan terdiri dari golongan dewasa, maka nilai

luping tersebut adalah lebih tinggi berbanding mayat bayi ataupun mayat kanak-kanak.

Masyarakat Dusun mempercayai sewaktu terjadinya kematian, orang Dusun

terlibat serta dalam pengurusan jenazah mayat sebelum dan semasa adat pengebumian.

Sebelum jenanah mayat tersebut dikebumikan pare saudara mara atau sahabat handai

bekerjasama untuk menggali lubang kubur dan bertanggungjawab untuk meletakkan

hartanya sebelum mayat si mati ditanam ke dalam lubang kubur tersebut. Lazimnya,

mayat dewasa diuruskan oleh kaum lelaki yang mempunyai pertalian saudara atau

persahabatan. Manakala mayat kanak-kanak pule dibantu oleh kaum wanita. Menurut

Thomas Rhys William (1965), "as basic items ofparendenen one large pig must usually

be killed and one medium-size jar be used at the grave. A wealthy person may have one

or several water buffalo (kerbau) and several large jars used for burial". Buku ini

menjelaskan bahawa persediaan mereka dalam upacara pengebumian merangkumi

beberapa penggunaan loping bagi menyempurnakan proses pengebumian tersebut.

Semasa upacara pengebumian, mayat si mati diusung ke tanah perkuburan

menggunakan pengusung yang diperbuat daripada pokok buluh. Lazimnya, Pam saudara

mara dan sahabat handai merupakan orang yang memegang tanggungjawab tersebut.

Mereka mcngiringi si mati tersebut sehingga ke tanah perkuburan. Setelah itu, mayat

tersebut dimasukkan ke dalam NOV tersebut. Selepas itu, barulah lubang kubur boleh

ditimbus menggunakan tanah. Menurut Thomas Rhys William (1965), "a grave has been

5

Page 19: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

dug some hours previously. At the graveside it has been customary that the body be

transferred for burial to a large earthenware jar ".

Selain itu, lubang kubur tersebut juga diukur berpandukan saiz luping tersebut dan

bilangan harta miliknya yang ditanam sekali bersama dengan jenazah mayat tersebut.

Para penggali lubang kubur tidak melihat dari aspek lebar dan panjang mayat si mati

tersebut. Lazimnya, pengali kubur akan mengali lubang kubur berdasarkan jenis luping

tersebut. Dalam kalangan masyarakat mereka, penggunaan luping sebagai medium

penyimpanan mayat tidak meluas. Hal im demikian, tahap kelas sosial yang dimiliki

dalam suatu masyarakat adalah berbeza. Terdapat golongan kaya dan golongan miskin

dalam masyarakat Dusun. Menurut Thomas Rhys William (1965), "poorer families,

unable to afford ajar of this size, must bury the dead in the bamboo covers placed over

the body for the transport to the grave ".

Penggunaan luping dalam adat perkahwinan masyarakat Dusun dapat dilihat pada

suatu masa dahulu sebagai simbolik kepada dalam penentuan mas perkahwinan, simbol

mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak pengantin lelaki dan perempuan dan

hukuman dan denda dalam institusi kekeluargaan. Sebelum kedatangan pengaruh Islam

dan Kristian orang Dusun/Kadazan dianggap pagan (Thomas Rhys William 1965,11).

Menurut sejarawan, kemasukan kuasa barat dalam menyebarkan pengatuh keagamaan ini

membawa perubahan di mann orang Dusun mula memeluk agama Islam dan agama

Kristian. Namun terdapat segelintir mereka masih mengamalkan ajaran pagan

terutamanya di kawasan pedalaman.

6

Page 20: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

Menurut Ismail Yusoff (2004,27), adat memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan orang Dusun yang merangkumi aspek perkahwinan, pengtrusan harta pusaka,

jenazah sehingga ke aktiviti ekonomi. Barangan seperti luping im mempunyai nilai yang

tinggi dalam kalangan masyarakat Dusun sebelum mereka muia-mule memeluk agama

Islam dan Kristian yang melibatkan aspek-aspek seperti adat perkahwinan, adat

pengebumian jenanah, harta pusaka, ekonomi dan sebagainya.

Dalam masyarakat Dusun pagan", luping sangat bernilai sebagai mas

perkahwinan atau berian. Semasa urusan menentukan perkahwinan tersebut, pihak

perempuan diberikan luping sebagai berian. Selain itu, gong (tagung) dan binatang

seperti khinzir, ayam, dan kerbau juga merupakan barangan dan keperluan yang penting

nilai luping tersebut. Menurut Thomas Rhys Williams (1965,5), "marriage always

involves direct and substantial property payment or napan, by the groom to father of the

bride. This payment of gongs, jars, and animals is not intended as a "price " for the

bride, but is supposed to "represent" her in the nuclear family household by "staying in

her place " to comfort her parents in her absence ".

Luping merupakan harta yang mempunyai nilai dalam proses perinintaan dan

pembayaran berian pihak lelaki terhadap pihak perempuan. Tujuan utama berian tersebut

ditetapkan untuk mengikat satu perjanjian antara ibu bapa pihak lelaki terhadap ketepatan

permintaan yang diminta oleh pihak keluarga perempuan merujuk nilai harta (napan)

7

Page 21: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

iaitu berian harta terhadap ibu bapa pengantin perempuan atas usaha mereka

membesarkan anak perempuan mereka.

Adat kepercayaan dalam masyarakat Dusun yang mementingkan luping sebagai

medium penyimpanan makanan dan pembuatan minuman. Walaupun bagaimanapun,

luping masih diteruskan penggunaannya dari aspek pembuatan minuman tapai (wine rice)

pada masa kini namun terdapat perubahan dari segi penghasilannya. Luping juga

merupakan medium penyimpanan makanan dalam masyarakat ini, penggunaan luping

seperti penyimpanan perkasam atau jeruk (bosou) ikan, daging, sayur-sayuran dan buah-

buahan merupakan satu cam mereka mengelakkan makanan tersebut rosak dan tahan

lama.

Orang Dusun gemar menggunakan luping sebagai medium penyimpanan

makanan dan minuman kerana luping mempunyai ciri-ciri yang kukuh, kedap udara,

senang dicuci, tidak berbau dan sebagainya. Selain itu, penggunaan luping juga sangat

ringkas dan mudah didapati serta penggunaan yang sesuai dalam setiap aktiviti kehidupan

seharian. Salah satunya, tapai" (wine rice) sebenarnya merupakan minuman keras yang

amat digemari oleh orang Dusun. Cara pembuatan tapai tersebut iaitu, mencampur

adukan beras yang telah dimasak dengan yis (sasad) dalam sebuah luping yang dipilih.

Selepas itu, taxi tersebut diperap selama beberapa minggu atau bulan dalam luping bagi

menghasilkan rasa tapai yang sedap untuk diminum. Biasanya, rasa tapai yang sesuai

dengan cita rasa mereka ialah rasa mans dan pahit atau masam dan mans. Oleh itu,

penghasilan tapai (wine rice) digemari apabila diperap dalam luping tersebut.

8

Page 22: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

Dari segi aspek hukuman dan denda (sogit) dalam masyarakat Dusun.

Pembayaran sogit amat dititikberatkan bagi memohon pengampunan dan belas kasihan di

atas kesalahan atau musibah yang dilakukan. Hal im demikian, mereka percaya bahawa

sekiranya membayar denda tersebut maka mereka menghormati adat walaupun mereka

telah melakukan kesalahan tersebut. Oleh itu, luping memainkan peranan yang penting

pada mereka sebagai medium atau barangan yang utama dalam sesuatu pembayaran

denda tersebut. Hal ini dapat dilihat dalam masalah rumah tangga sesebuah keluarga yang

bergaduh dan tidak sefahaman. Contohnya, suami isteri yang tidak sehaluan dan tidak

sefahaman akan didenda sebuah luping apabila berlaku pergaduhan yang menyebabkan

pendarahan ataupun kesakitan. Hukuman tersebut harus diikuti bagi menghormati adat

dan kepercayaap masyarakat Dusun.

9

Page 23: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

1.2 Definisi

1.2.1 Tembikar (luping)

Tembikar tradisional merupakan khaz. anah yang dimiliki oleh sesetengah lapisan

masyarakat yang terdapat di Malaysia. Kamus dewan edisi keempat mentakritkan

tembikar sebagai barang daripada tanah Hat yang dibakar dan bergilap (cawan, mangkuk,

pinggan, dan lain-lain) atau seramik iaitu serpihan (pinggan, periuk, dan lain-lain), beling

dan tembereng. Menurut sumber yang diterbitkan oleh perbadanan kemajuan kraf tangan

Malaysia, 2005. Terdapat jenis barangan yang telah dihasilkan oleh tiga buah negeri iaitu

perak, Kelantan dan Pahang seperti labu, geluk, buyung, terenang, belanga, perasap,

tempayan das periuk.

Sabah dan Sarawak juga termasuk dalam lingkungan yang menghasilkan tembikar

tersebut dalam masyarakat. Salah satu contoh tembikar yang dimiliki oleh suku kaum

Kadazan Dusun iaitu kuron atau tembikar yang mempunyai penutup kepalanya. Kuron

dihasilkan untuk kegunaan harian seperti memasak dan menyimpan barang makanan atau

air (Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia, 2005). Penduduk dari kampung

Melangkap, Kota Belud merupakan pengusaha kepada seni warisan iaitu tembikar.

Hal ini menunjukkan masih terdapat golongan masyarakat yang masih mewarisi

cara pembuatan tembikar secara manual dan buatan tangan tanpa menggunakan teknologi 10

Page 24: LUPING DALAM BUDAYA DUSUNLUPING' dalam budaya Dusun … · JUDUL: "L UPING" DALAM BUDAYA DUSUN. SESI PENGAJIAN 2008 / 2011 Saya LIDWINA ROMIUS Mengaku membenarkan tesis/laporan *

mesin kini. Masyarakat Dusun amat bergantung pada penggunaan luping suatu masa

dahulu. Oleh itu, masyarakat Dusun telah mempelajan dan mewarisi kepakaran dan

kemahiran untuk menghasilkan luping sendiri tanpa bergantung dari luping yang dibawa

dari luar iaitu negara China.

11