Lwtn PDK

19
Laporan : Program Lawatan Dekat Di Hati Menyemai Kasih ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 2 2.0 Tujuan 3 3.0 Objektif 3 4.0 Ahli Jawatankuasa Jawatankuasa Induk 4 Jawatankuasa Pelaksana 4 Spesifikasi Tugas 5 5.0 Tentatif Program 6 6.0 Laporan Lawatan 7 7.0 Gambar Sekitar Lawatan 8 8.0 Penutup 14 9.0 Perakuan 14 Lampiran Kertas Kerja DISEDIAKAN OLEH : CIKGU NURITA BINTI JUSLIN 1

Transcript of Lwtn PDK

Laporan : Program Lawatan Dekat Di Hati Menyemai Kasih

ISI KANDUNGAN

BIL.PERKARAMUKA SURAT

1.0Pengenalan22.0Tujuan33.0Objektif34.0Ahli JawatankuasaJawatankuasa Induk4Jawatankuasa Pelaksana4Spesifikasi Tugas55.0Tentatif Program66.0Laporan Lawatan77.0Gambar Sekitar Lawatan88.0Penutup149.0Perakuan14

LampiranKertas Kerja

1.0PENGENALANProgram Lawatan Dekat Di Hati Menyemai Kasih

Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Rancha-Rancha teah mengadakan Program Lawatan Dekat Di Hati Menyemai Kasih ke salah sebuah Pemulihan Dalam Komuniti yang terdapat di WP Labuan. Program Peulihan Dalam Komuniti (PDK) atau Community-Based Rehabilition (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Program lawatan ke PDK ini merupakan satu program yang dimasukkan dalam Takwim PPKI SK Rancha-Rancha bagi tahun 2014. Program Lawatan sebegini merupakan salah satu pendekatan yang perlu digunakan untuk murid-murid berkeperluan khas. Pendekatan ini dikenali sebagai Pendekatan Multisensori.

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang dipilih kali ini ialah Pemulihan Dalam Komuniti Jalan Tenaga terletak di No. U1258, Jalan Tenaga, WP Labuan. PDK ini merupakan PDK yang pertama sekali ditubuhkan di WP Labuan iaitu pada Mei 1996. PDK ini menempatkan seramai 68 orang pelatih dan ditadbir urus oleh seorang Penyelia dan 5 orang tenaga pegajar. PDK ini berfungsi sebagai pusat bagi program aktiviti harian ke atas Orang Kelainan Upaya yang mengalami kecacatan atau kurang upaya dari segi akal, anggota, pendengaran, pertuturan dan penglihatan.

Bagi memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar, Ahli Jawatankuasa induk dan pelaksana telah dibentuk. Diharap program ini akan memberi impak yang besar kepada semua peserta program terutama murid, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan guru-guru pendidikan khas integrasi.

2.0TUJUANProgram Lawatan Dekat Di Hati Menyemai Kasih

Memberi pendedahan kepada murid dan guru pendidikan khas integrasi mengenai pengisian Program Pemulihan Dalam Komuniti yang turut melibatkan Orang Kelainan Upaya (OKU).

3.0OBJEKTIFProgram Lawatan Dekat Di Hati Menyemai Kasih

3.1Guru3.1.1Guru dan pekerja PDK bersama-sama dapat berkongsi pengetahuan mengenai pendidikan khas di samping mengeratkan perhubungan sesame sendiri di samping memupuk nilai kesyukuran dalam diri setiap guru.

3.2Murid3.2.1Murid dapat membina hubungan sosia bersama para pelatih PDK dan berupaya membina keyakinan diri apabila berada di dalam suasana bermasyarakat dan berupaya memupuk nilai-nilai kesyukuran dalam diri.

4.0AHLI JAWATANKUASAProgram Lawatan Dekat Di Hati Menyemai Kasih

JAWATANKUASA INDUKPROGRAM LAWATAN DEKAT DI HATI MENYEMAI KASIH

Penaung: En. Asmawi Bin Hj. Ahmad Guru Besar

Penasihat: Pn. Midah Binti Yusof Penolong Kanan Pentadbiran

Penyelaras: Pn. Rosidah Binti Mat Said Penolong Kanan Pendidikan Khas

JAWATANKUASA PELAKSANAPROGRAM LAWATAN DEKAT DI HATI MENYEMAI KASIH

Pengerusi: Pn. Rosidah Binti Mat SaidSetiausaha: Cik Nurul Afni Astrian Binti LimBendahari: Pn. Nurita Binti JuslinAJK : Perhubungan Luas - Pn. Norsam Binti Raffie Dokumentasi - En Rodhy Edward Jalin Peralatan- En. Mohd Fahmi Bin Punggot

SPESIFIKASI TUGAS

TUGAS / AJKPERINCIAN TUGAS

Pengerusi Program Ketua pengurusan program. Mempengerusikan mesyuarat. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan. Menjadi rujukan setiap ahli jawatankuasa program. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke semasa.

Setiausaha Menyediakan kertas kerja program. Menguruskan halhal surat menyurat. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan. Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat diadakan. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan program. Menjalankan tugastugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari semasa ke semasa.

Bendahari Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan program. Membuat dan menyimpan kirakira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya. Menyediakan Penyata KiraKira program dan menandatanganinya. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat. Menjalankan tugastugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Ajk Perhubungan Luar Bertanggungjawab dalam menghubungi pihak terlibat untuk memperolehi maklumat yang berkaitan. Meneliti kesesuaian tempat aktiviti dan program yang akan dijalankan.

Ajk Dokumentasi Menguruskan urusan rakaman video dan mengambil gambar sepanjang program berlangsung. Menjalankan kerja-kerja menyunting video. Menyediakan gambar-gambar yang diambil semasa program berlangsung. Menyediakan laporan akhir majlis.

Ajk Peralatan

Menyediakan peralatan yang diperlukan bagi setiap aktiviti yang akan dilaksanakan. Memastikan setiap peralatan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Mengumpul dan menyimpan semula peralatan yang telah digunakan.

5.0TENTATIF PROGRAMProgram Lawatan Dekat Di Hati Menyemai Kasih

HARI / TARIKHAGENDA

24 September 20147.30 - 12.30Di sekolah: Murid dan guru berkumpul di sekolah. Murid diberikan sarapan pagi. Murid dan guru dijangkakan bertolak pada pukul 7.30 dan dijangkakan sampai pada pukul 8.00 pagi.

*Di PDK Jalan Tenaga: Suai kenal antara pelatih PDK dengan rombongan PPKI SKK SKRR Sesi lawatan ke sekitar PDK: Bilik-bilik pembelajaran Bilik/ruangan terapi Ruangan aktiviti luar-tapak perkebunan Sesi penerangan daripada pihak PDK Sesi penutup dan pemberian cenderahati kepada wakil PDK Jalan Tenaga. Makan tengah hari dan bersurai.

(Catatan: Aktiviti semasa di PDK berubah mengikut kendalian pihak PDK)

6.0LAPORAN LAWATANProgram Lawatan Dekat Di Hati Menyemai Kasih

Pada 24 September 2014 bersamaan hari rabu pada jam 8.00 pagi rombongan PPKI SK Rancha-Rancha WP Labuan yang terdiri daripada tujuh (7) orang murid, dua (2) orang Pembantu Pengurusan Murid dan tujuh (7) orang guru telah berangkat ke Pemulihan Dalam Komuniti Jalan Tenaga dengan menaiki bas sewa. Rombongan kami tiba kira-kira jam 8.20 pagi. Ketibaan kami disambut mesra oleh petugas-petugas di PDK tersebut. Acara dimulakan dengan sesi suai kenal dan persembahan gerakan senam tari oleh pelatih dan juga petugas di PDK tersebut. Kemudian, Pn. Zubaidah selaku Penyelia PDK Jalan Tenaga memberikan ucapan alu-aluan. Kemudian, rombongan kami dibawa melawat ke sekitar PDK tersebut. PDK Jalan tenaga ini beroperasi di sebuah rumah dua tingkat yang telah diubahsuai. Terdapat dapur, bilik terapi, bilik multimedia, ruang berehat dan juga ruang pembelajaran dan pengajaran.Selesai acara lawatan, kami menikmati makanan dan minuman yang telah dibawa daripada sekolah. Selesai aktiviti rehat makan, kami meneruskan aktiviti kui dan Pertandingan Mewarna bagi pelatih PDK dan juga murid PPKI. Aktivti mewarna ini berlangsung dalam tempoh satu jam tiga puluh minit. Selesai Pertandingan mewarna, diadakan pula aktiviti meyampaian hadiah.Sesi lawatan ini berakhir pada jam 12.00 tengahari.

7.0GAMBAR SEKITAR LAWATAN Program Lawatan Dekat Di Hati Menyemai Kasih

Bilik Multisensori

Bilik Terapi

Ucapan alu-aluan Penyelia PDK Jalan Tenaga

Pelatih PDK yag teruja melihat guru PPKI

Aktiviti sambutan dengan gerak tari 2 buah lagu

NurulAin yang tidak mahu mengikuti aktiviti yang dijalankan

Aktiviti Soal Jawab atau Kuiz bersama salah seorang Petugas / Guru di PDK Jalan Tenaga

Pertandingan Mewarna

Antara lukisan yang telah selesai diwarnakan

Penyampaian hadiah

Penyampaian Cendera kenangan

Gambar Kenangan

Gambar Kenangan di hadapan Bangunan PDK Jalan Tenaga

8.0PENUTUPProgram Lawatan Dekat Di Hati Menyemai Kasih

Sesungguhnya, sekalung terima kasih di atas keizinan tuan Guru Besar SKK SK Rancha-Rancha kerana meluluskan permohonan siri lawatan kali ini. Lawatan Dekat Di Hati Menyemai Kasih ini memberi inspirasi kepada guru-guru pendidikan khas dan juga pembantu pengurusan murid pendidikan khas untuk mengendalikan anak-anak berkeperluan khas, khususnya dari segi terapi.

9.0PERAKUANProgram Lawatan Dekat Di Hati Menyemai Kasih

Disediakan oleh:

____________________( NURITA BINTI JUSLIN ) Bendahari Program b/p AJK Dokumentasi Program Pendidikan Khas Integrasi, SKK SK Rancha-Rancha, WP Labuan

Disemak oleh:

__________________________( ROSIDAH BINTI MAT SAID ) Penolong Kanan Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Integrasi SKK SK Rancha-Rancha, WP Labuan

Disahkan oleh:

__________________________( ASMAWI BIN HJ. AHMAD ) Guru Besar SSK SK Rancha-Rancha, WP Labuan

ULASAN GURU BESAR:____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

LAPORAN PPKI SKK SKRR

PDK JLN TENAGAPROGRAM LAWATAN DEKAT DI HATI MENYEMAI KASIH

24 SEPTEMBER 2014

DISEDIAKAN OLEH:NURITA BINTI JUSLINGURU PENDIDIKAN KHAS INTEGERSIdisediakan oleh : cikgu nurita binti juslin01