m k,.

9
Idea memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah telah diketengahkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau telah mengumumkan idea ini dalam satu kenyataan ketika merasmikan Bangunan Wisma Sejarah, Persatuan Sejarah (PSM) di Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2008. Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa mata pelajaran Sejarah akan diperkenalkan di sekolah rendah mulai tahun 2014. Di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib bagi semua murid yang berada di tahap dua. Pengenalan mata pelajaran Sejarah akan menggantikan mata pelajaran Kajian Tempatan dan mata pelajaran Kajian Tempatan akan dimansuhkan secara berperingkat sehingga pusingan pertama KSSR tamat pada tahun 2016. Topik-topik dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 4 dan Tahun 5 disusun dengan lebih baik dan sistematik mengikut peringkat umur murid. Jika diteliti, topik-topik dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 4 dan Tahun 5 lebih ke arah melahirkan warganegara yang patriotik dan juga mempunyai jati diri. Yang berikut adalah topik-topik dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 4. Topik 1 : Mari Belajar Sejarah Topik 2 : Zaman Air Batu Topik 3 : Zaman Prasejarah Topik 4 : Kerajaan Melayu Awal Topik 5 : Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka

description

nklmnklmkl

Transcript of m k,.

Idea memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah telah diketengahkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau telah mengumumkan idea ini dalam satu kenyataan ketika merasmikan Bangunan Wisma Sejarah, Persatuan Sejarah (PSM) di Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2008. Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa mata pelajaran Sejarah akan diperkenalkan di sekolah rendah mulai tahun 2014. Di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib bagi semua murid yang berada di tahap dua. Pengenalan mata pelajaran Sejarah akan menggantikan mata pelajaran Kajian Tempatan dan mata pelajaran Kajian Tempatan akan dimansuhkan secara berperingkat sehingga pusingan pertama KSSR tamat pada tahun 2016. Topik-topik dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 4 dan Tahun 5 disusun dengan lebih baik dan sistematik mengikut peringkat umur murid. Jika diteliti, topik-topik dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 4 dan Tahun 5 lebih ke arah melahirkan warganegara yang patriotik dan juga mempunyai jati diri. Yang berikut adalah topik-topik dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 4.Topik 1 : Mari Belajar SejarahTopik 2 : Zaman Air BatuTopik 3 : Zaman PrasejarahTopik 4 : Kerajaan Melayu AwalTopik 5 : Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka

Daripada kelima-lima topik ini, ada beberapa topik yang dapat melahirkan warganegara yang patriotik dan juga mempunyai jati diri. Antaranya ialah topik 1, Mari Belajar Sejarah. Di bawah topik ini murid-murid diajar tentang warisan. Warisan merujuk kepada sesuatu yang diwarisi secara turun temurun iaitu dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Warisan sesebuah masyarakat dalam sesebuah negara dianggap sebagai khazanah negara yang paling penting. Dalam buku teks Sejarah tahun 4, murid-murid didedahkan tentang tarian dan alat muzik beberapa kaum di Malaysia. Contoh tarian dalam buku teks adalah Tarian singa, Baratha natyam, Sumazau, Inang dan Ngajat manakala alat muzik pula seperti Gendang, Tabla, Sape, Erhu dan Sompoton. Melalui ini jati diri dapat disemai dalam jiwa setiap warganegara Malaysia. Ini akan menimbulkan kesedaran dalam diri supaya warisan yang diwarisi ini perlu dikekal dan dipelihara supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Dalam topik yang sama juga penekanan diberikan kepada sejarah diri dan keluarga. Sebelum mempelajari sejarah negara, setiap insan di dunia ini harus mengetahui siapakah dirinya sendiri dan juga salasilah keluarga masing-masing. Tidak ada makna jika seseorang itu memiliki pengetahuan yang luas dalam bidang sejarah tetapi tidak tahu sejarah diri dan keluarga. Mengikut buku teks, murid-murid diajar untuk mengenali diri mereka berpandukan contoh sijil kelahiran yang diberikan. Di sekolah guru boleh meminta setiap murid untuk membawa salinan sijil kelahiran masing-masing. Ini akan membolehkan murid-murid melihat dan memahami sejarah kelahiran mereka berdasarkan butiran yang ditulis dalam sijil kelahiran. Ini akan membantu melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri. Murid-murid yang merupakan pemimpin negara masa hadapan akan berusaha mengekalkan identiti diri dan menetapkan matlamat hidup serta berusaha untuk mencapainya. Yang seterusnya ialah sejarah keluarga. Keluarga boleh didefinisikan sebagai sekumpulan manusia yang mempunyai ikatan atau hubungan yang erat dan tinggal di bawah satu bumbung yang sama. Jati diri dapat dipupuk dalam kalangan murid apabila mereka belajar tentang sejarah keluarga mereka. Sebagai contoh, di bawah topik ini murid-murid akan belajar tentang rajah salasilah keluarga atau pokok keluarga. Ini akan mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Di sekolah guru hendaklah menerangkan kepada murid bahawa budaya yang diamalkan oleh setiap murid adalah budaya yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga. Ini akan menyedarkan murid dalam mengekalkan budaya atau amalan keluarga yang diwarisi itu walaupun dunia sedang menuju ke arus pemodenan. Topik yang seterusnya ialah topik 2, Zaman Air Batu. Tajuk ini menjelaskan tentang Zaman Air Batu akhir iaitu zaman Plestosen dan zaman Holosen. Tajuk ini juga menerangkan hubungan antara ilmu geografi dengan sejarah bagi memupuk semangat jati diri, sayang akan negara dan menghargai alam sekitar (Dokumen Standard Kurikulum Tahun 4, Kementerian Pendidikan Malaysia). Merujuk kepada buku teks, topik ini menerangkan tentang Zaman Air Batu dimana air batu menutupi permukaan bumi pada 2.6 juta hingga 3.5 juta tahun yang dahulu. Selain daripada itu, topik ini banyak menyentuh tentang kepenting alam sekitar. Di bawah topik ini, murid-murid diajar bahawa manusia dan alam sekitar saling melengkapi antara satu sama lain. Manusia bergantung kepada alam sekitar untuk mendapatkan udara, air dan juga hutan sebagai kawasan tadahan hujan. Tambahan, dijelaskan juga kesan perbuatan manusia yang memusnahkan hutan, pembuangan sampah dan sisa toksik ke dalam sungai. Beberapa langkah-langkah pemeliharaan alam telah diberikan dalam buku teks seperti mengitar semula barang, mengurangkan penggunaan elektrik dan menanam lebih banyak pokok. Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, guru boleh mengaitkan keadaan bumi pada zaman dahulu dengan keadaan bumi pada hari ini. Ini membolehkan murid-murid memahami perubahan yang berlaku dalam bumi. Ini akan menimbulkan kesedaran dan menanam jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia. Rakyat berasa bertanggungjawab dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memelihara alam sekitar. Mereka tidak sesekali melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang boleh memusnahkan keindahan alam sekitar. Topik yang berikut adalah topik 3 iaitu Zaman Prasejarah. Zaman Prasejarah merujuk kepada zaman sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Mengikut buku teks tahun 4, murid-murid belajar tentang empat zaman prasejarah yang utama iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan juga Zaman Logam. Apabila murid-murid didedahkan tentang zaman prasejarah, mereka dapat memahami lokasi, ciri-ciri penempatan dan masyarakat, kegiatan utama, peralatan yang digunakan terserta kepercayaan yang diamalkan. Manusia zaman prasejarah hidup bersama dan saling bekerjasama antara satu sama yang lain. Tambahan, mereka juga lebih kreatif dalam membuat alatan untuk kegunaan harian. Sebagai contoh, masyarakat Zaman Logam telah mencipta alatan seperti kapak, sabit, mata pisau dan mata lembing menggunakan logam. Melalui tajuk ini negara mampu melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri. Apabila mempelajari tajuk ini murid-murid akan memahami bahawa jika bekerjamasa dapat menjalankan hidup dengan lebih baik dan mudah. Alatan yang dicipta akan menyebabkan murid-murid bersikap lebih inovatif dan berusaha mencipta sesuatu yang baru supaya dapat mengekalkan nama dan juga membanggakan negara. Tajuk terakhir yang dapat melajirkan warganegara yang patriotik dan juga mempunyai jati diri dalam tahun 4 ialah tajuk 5 iaitu Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka. Tokoh terbilang bermaksud tokoh yang menyumbang kepada kegemilangan sesebuah bangsa dan negara serta sumbangannya dihargai dan dikenang oleh masyarakat sepanjang zaman. Dalam topik ini murid-murid akan belajar tentang Parameswara. Parameswara merupakan pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Dalam buku teks, sifat kepimpinan Parameswara ditunjukkan supaya sifat pemimpin yang ulung ini dapat dicontohi oleh murid. Antara sifat Parameswara adalah gigih, berpandangan jauh, bijak, bercita-cita tinggi dan bermuafakat. Ini akan memupuk rasa bangga dan setia kepada pemimpin dan institusi pemerintahan. Di samping itu, warisan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka juga turut didedahkan kepada murid. Aspek yang paling penting di bawah warisan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka adalah agama Islam. Kesultanan Melayu Melaka boleh dikatakan salah satu sebab agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi dalam negara. Semasa Kesultanan Melayu Melaka agama Islam telah dijadikan agama rasmi. Sultan dijadikan sebagai ketua agama Islam dalam empayar Kesultanan Melayu Melaka. Kedua-dua aspek ini masih dikekalkan sehingga ke hari ini iaitu agama Islam sebagai agama rasmi dan Sultan sebagai ketua agama Islam. Ini akan menyemai jati diri dalam rakyat Malaysia dan mendorong mereka sentiasa mempertahankan agama dan mengekalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara sehingga ke generasi akan datang. Bagi rakyat yang bukan beragama Islam, wujud kesedaran bahawa agama Islam mesti dihormati kerana ia merupakan agama rasmi negara. Dalam topik yang sama, murid-murid diajar tentang tentang Bendahara Tun Perak dan juga Laksamana Hang Tuah. Contohnya dalam buku teks, riwayat hidup Laksamana Hang Tuah diceritakan dengan lebih baik supaya murid-murid dapat mengetahui sejarah hidupnya. Hang Tuah bukan sahaja dijadikan sebagai Laksamana semasa Kesultanan Melayu Melaka malah ditugaskan menjadi utusan ke negara lain. Pada masa yang sama, Hang Tuah juga menjadi ketua angkatan laut dan sentiasa memastikan keselamatan di perairan Melaka. Laksamana Hang Tuah merupakan seorang yang sangat setia kepada pemerintah. Beliau sentiasa mengutamakan kehendak pemerintah dan sanggup menerima segala titah Sultan walaupun terpaksa berkorban nyawa. Ini akan menanamkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Rakyat akan menjadikan Laksamana Hang Tuah sebagai teladan hidup dan sentiasa mempertahankan kedaulatan negara supaya tidak diancam oleh musuh. Rakyat akan memastikan negara sentiasa aman dan damai. Bukan itu sahaja, rakyat akan sanggup berkorban demi kepentingan negara yang tercinta. Selain topik-topik dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 4, ada juga topik-topik yang boleh melahirkan warganegara yang patriotik dan mempunyai jati diri dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 5. Yang berikut adalah topik-topik yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 5. Topik 6 : Warisan Negara Kita Topik 7 : Perjuangan Kemerdekaan Negara Topik 8 : Yang di-Pertuan Agong Topik 9 : Identiti Negara Kita Antara topik yang dapat melahirkan warganegara yang patriotik dan mempunyai jati diri ialah topik 6 iaitu Warisan Negara Kita. Tajuk ini memberikan pendedahkan tentang warisan negara kepada murid yang merangkumi aspek institusi raja, agama Islam dan bahasa Melayu seperti termaktub dalam perlembagaan negara. Pemahaman tentang tajuk ini membolehkan murid menghayati dan menghargai tradisi tersebut sebagai warisan negara bagi melahirkan semangat jati diri dan taat setia kepada negara (Dokumen Standard Kurikulum Tahun 5, Kementerian Pendidikan Malaysia). Secara kesuluruhannya, topik ini memberikan fokus kepada tiga aspek yang penting iaitu institusi raja, agama Islam dan bahasa Melayu. Murid-murid tahun 5 didedahkan tentang institusi raja di negara kita. Melalui ini, mereka dapat memahami bahawa institusi raja di negara ini telah wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Awal dan masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Mereka juga dapat mengetahui kedudukan Sultan pada Zaman Kerajaan Melayu Awal, pentadbiran British dan pemerintahan pada masa kini. Konsep daulat dan derhaka turut didedahkan kepada murid. Melalui ini, jati diri dapat dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia. Rakyat sentiasa taat setia kepada Raja. Rakyat akan mula menghormati Sultan bukan sahaja di negeri masing-masing tetapi Sultan-sultan di seluruh Malaysia. Dengan adanya pengetahuan tentang konsep daulat dan derhaka, rakyat akan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan nama dan imej baik Sultan. Tambahan, akan timbul kesedaran dalam diri setiap rakyat Malaysia bahawa institusi raja dalam negara perlu dikekalkan. Aspek yang kedua ialah agama Islam. Jika merujuk kepada unit 2 dalam topik Warisan Negara Kita, murid-murid belajar tentang kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Penyebaran agama Islam di Tanah Melayu telah dilakukan oleh para pedagang yang datang berdagang dari Arab dan Parsi. Pedagang Islam pula telah mula menyebarkan agama Islam terutamanya ketika Kesultanan Melayu Melaka dan ini telah menyebabkan Kesultanan Melayu Melaka mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi. Ini akan membantu memupuk jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia. Masyarakat yang beragama Islam akan mempertahankan agama mereka. Pada masa yang sama, masyarakat yang bukan beragama Islam akan menghormati agama Islam yang merupakan agama Persekutuan. Walaupun Islam dijadikan sebagai agama Persekutuan, rakyat yang bukan beragama Islam tidak dihalang untuk mengamalkan agama masing-masing di negara ini. Begitu juga dengan aspek yang ketiga iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Hal ini akan menyemai semangat jati diri dalam kalangan rakyat. Rakyat Malaysia akan menghormati kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Bagi masyarakat bukan Islam, mereka akan sedar bahawa walaupun bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi negara tetapi rakyat bukan Islam masih boleh menggunakan bahasa masing-masing. Ini menunjukkan keprihatinan negara terhadap rakyat. Dengan itu, mereka akan berasa bertanggungjawab dalam mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

.