m - TAJUK 10 Edited

download m - TAJUK 10 Edited

of 3

Transcript of m - TAJUK 10 Edited

  • 8/14/2019 m - TAJUK 10 Edited

    1/3

    Prinsip Perakaunan KBSM

    Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 74

    TAJUK 10 : PERKONGSIAN

    Perubahan bentuk pemilikan perniagaan daripada milikan tunggal kepada

    perkongsian

    Perniagaan milikan tunggal boleh berubah menjadi perkongsian apabila bilangan

    pemiliknya meningkat melebihi satu orang dan kurang 20 orang. Penubuhan

    perkongsian ini mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub dalam Akta

    Perkongsian 1961.

    Perubahan perniagaan milikan tunggal kepada perkongsian boleh berlaku

    atas beberapa sebab. Antaranya ialah:-

    Penggabungan idea, kemahiran dan pengalaman untuk kepentingan

    perniagaan

    Keperluan sokongan modal yang mencukupi daripada orang lain

    Perkongsian tanggungan risiko perniagaan

    Keperluan terhadap kemahiran tertentu

    Kos penubuhan lebih rendah dan proses yang lebih mudah berbanding

    penubuhan syarikat berhad.

    Perlunya berkongsi pengurusan dan kepakaran dengan orang lain.

    Beban cukai yang rendah kerana cukai yang dikenakan adalah cukai

    perseorangan.

    Hasil Pembelajaran

    Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:

    Menyatakan perubahan bentuk pemilikan perniagaan

    daripada milikan tunggal kepada perkongsian.

    Menjelaskan kesan kemasukan rakan kongsi baharu.

    10.1 Penubuhan Perkongsian

  • 8/14/2019 m - TAJUK 10 Edited

    2/3

    Prinsip Perakaunan KBSM

    Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 75

    Kesan kemasukan rakan kongsi baharu

    Rakan kongsi baharu diperlukan atas kemahiran tertentu yang dimiliki ataupun

    sumbangan modal yang diberikan. Dari aspek perundangan, perkongsian tidak

    dianggap entiti berasingan dengan pekongsi (liabiliti tidak terhad). Hal ini bermakna

    segala urusan yang dibuat oleh seorang pekongsi baharu akan mengikat

    perkongsian secara keseluruhannya.

    Seorang yang diakui sebagai pekongsi baharu dalam sesuatu firma, dia

    secara automatik mengambil tanggungjawab sebagai pekongsi tetapi tidak

    bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku sebelum menjadi pekongsi.

    Kemasukan rakan kongsi baharu akan mengubah kedudukan aset dan liabiliti

    setiap rakan kongsi. Penilaian semula aset dan liabiliti perlu dibuat bagi

    menentukan kadar pembahagian untung atau rugi. Perjanjian baharu perlu dibuat

    bagi memperuntukkan hak-hak dan tugas-tugas rakan kongsi.

    LATIHAN

    A SOALAN OBJEKTIF

    1. Antara berikut yang manakah sebab pemilikan tunggal berubah menjadi perkongsian

    ?

    A Pemilik milikan tunggal meninggal dunia

    B Liabiliti pemilik milikan tunggal tidak terhad

    C Perniagaan milikan tunggal dikenakan cukai syarikat

    D Pemilik milikan tunggal memerlukan kemahiran yang dimiliki oleh individu

    tertentu

    2. Berikut adalah sebab-sebab perubahan pemilikan tunggal kepada perkongsian

    kecuali

    A Kos penubuhan adalah murah berbanding penubuhan syarikat berhad

    B Pemilik sendiri boleh memperoleh untung yang banyakC Pemilik dapat berkongsi idea pengurusan

    D Lebih banyak modal boleh dikumpulkan

  • 8/14/2019 m - TAJUK 10 Edited

    3/3

    Prinsip Perakaunan KBSM

    Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 76

    3 Kemasukan rakan kongsi baru akan memberi kesan kepada perniagaan kecuali

    A Kedudukan aset dan liabiliti pemilik tidak berubah

    B Pembahagian untung dan rugi antara pekongsi akan berubah

    C Risiko tanggungan dikongsi lebih ramai pemilik

    D Pengurusan dikongsi bersama

    Jawapan:

    1. D

    2. B

    3. A

    B SOALAN SUBJEKTIF

    1. Terangkan kesan kemasukan rakan kongsi baharu dalam perkongsian.

    2. Berikan tiga sebab perniagaan milikan tunggal bertukar menjadi perkongsian.