M4

download M4

of 3

description

Contoh Jurnal

Transcript of M4

JURNAL PRAKTIKUM Bilangan Jurnal: KE- 4

Minggu Praktikum: KEEMPAT

Tarikh Peristiwa / Kejadian:17 FEBRUARI 2014 HINGGA 21 Februari 2014

Tajuk Jurnal: PENULISAN OBJEKTIF

1. Masalah /Peristiwa:Sepanjang saya mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik minggu ini, saya mendapati bahawa saya mengalami masalah dalam penulisan objektif yang tidak selaras dengan aktiviti yang dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, saya mendapati bahawa penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan tidak tepat.

1. AnalisisPenulisan objektif yang tidak selaras dengan aktiviti pengajaran yang diajar mungkin disebabkan oleh ketidakfahaman mengenai tajuk yang diajar ataupun mungkin disebabkan oleh guru tidak menguasai kemahiran yang diajar. Masalah ini juga boleh berlaku disebabkan oleh guru tidak memahami konsep utama objektif itu ditetapkan. Objektif pendidikan (pengajaran/pembelajaran) merupakan pernyataan mengenai perubahan yang diharapkan dalam pemikiran, tindakan atau perasaan pelajar-pelajar akibat daripada sesuatu kursusatau program pendidikan (B.S.BLOOM(Ed.)(1956). TaxonomyOf Educational Objectives. Hanbook 1: Cognitive Domain). Menurut R.J. Kibler, et.al(1981) dalam Objectives forInstructionand Evaluation, objektif pengajaran merupakan pernyataan yang menerangakn apa yang dapat pelajar lakukan setelah menyempurnakan sesuatuunit pelajaran. Objektif pengajaran merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai atau dikuasai oleh murid selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran merupakan komponen terpenting bagi sesuatu rancangan pengajaran, pengetahuan asas berkaitan yang diperlukan, isi pelajaran di samping mencadangkan aktiviti guru atau muird yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada lima komponen iaitu pelaksana, perlakuan, hasil perlakuan, syarat perlakuan dan kriteria perlakuan. 1. Cadangan Tindakan SusulanSebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba memperbetulkan masalah yang saya hadapi dalam penulisan objektif ini. Untuk itu, saya perlu menguasai dan memahami konsep dan kepentingan objektif pendidikan dan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Saya juga perlu memperbanykkan bacaan mengenai penulisan rancangan pengajaran harian dan objektif penagajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan. Objektif pengajaran amat penting dalam membatu guru mengenalpasti apa yang hendak diajar dan memandu mereka dalam membuat pemilihan kaedah atau strategi pengajaran dan pembelajaran termasuk jenis-jenis bantuan teknologi pendidikan yang sesuai digunakan. Selain itu, objektif pengajaran memberi asas kepada guru dalam menilai pelaksanaan rancangan pengajaran, keberkesanan pengajaran dan pencapaian (prestasi) pelajar-pelajar. Di samping memberi asas kepada guru dalam melaksanakan pengajaran pemulihan atau pengayaan kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya. Objektif pengajaran juga penting dalam menyedarkan pelajar-pelajar tentang apa yang diharapkan dicapai oleh mereka pada akhir pembelajaran, justeru diharap mereka akan lebih peka dalam mempertingkatkan pembelajaran.

1. Tempoh MasaSaya akan cuba mengatasi masalah ini pada setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Sekiranya, masalah in tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya.1. Tindakan SusulanSaya akan berbincang dengan guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik kelas 4 Lili dan 2 Kenangan bagi mengatasi masalah yang saya hadapi ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :....................................... Tandatangan :..............................................

Nama :...................................... Nama :..............................................

Tarikh :...................................... Tarikh :..............................................