M5

download M5

of 2

description

jurnal minggu 5

Transcript of M5

JURNAL MINGGU 5

(02/03/2015 06/03/2015)

MURID TIDAK MEMATUHI ARAHAN GURU1.Masalah / PeristiwaMasalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak mematuhi arahan guru. Semasa guru memberikan arahan, murid tidak mendengar dengan teliti dan apabila guru meminta murid melakukan tugasan, hanya segelintir murid sahaja dapat menyiapkan tugasan tepat pada masanya manakala murid yang lain tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kerana mereka tidak memahami apa yang perlu dilakukan.2.AnalisisMasalah ini timbul kerana murid tidak menumpukan sepenuh pehatian terhadap pengajaran guru dan gemar berbual semasa guru sedang mengajar. Begitu juga semasa guru memberikan arahan, murid tidak mendengar dengan teliti arahan yang diberikan menyebabkan mereka tidak memahami dengan jelas apa yang perlu dilakukan. Oleh itu, mereka tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya.

3.Cadangan Tindakan Susulan Guru perlu sentiasa bergerak ke setiap ruang kelas agar murid tidak membuat bising dan berbual semasa guru sedang mengajar. Guru perlu menerapkan nilai tekun dalam diri murid agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru dan mendengar arahan guru dengan teliti.

4.Tempoh Masa Tindakan SusulanSaya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu agar murid-murid di sekolah ini dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan dapat memahami dengan jelas apa yang ingin disampaikan oleh guru