MAD QGK3023 TGSN 1.docx

21
SEMESTER 2 SESI 2012/2013 QGK302 3 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH TUGASAN 1 PEMARKAHAN Program Efektif Kesihatan Sekolah DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK NO TELEFON MUHAMAD MADRISAM B MUHAMAD D20102041822 013 7998587 KUMPULAN KULIAH: UPSI 01 (A131PJJ)

Transcript of MAD QGK3023 TGSN 1.docx

Page 1: MAD QGK3023 TGSN 1.docx

SEMESTER 2 SESI 2012/2013

QGK3023

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

TUGASAN 1

PEMARKAHAN

Program Efektif Kesihatan Sekolah

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK NO TELEFON

MUHAMAD MADRISAM B MUHAMAD D20102041822 013 7998587

KUMPULAN KULIAH: UPSI 01 (A131PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ABD. RAHIM BIN MOHD SHARIFF

TARIKH SERAH: 24 NOVEMBER 2013

Page 2: MAD QGK3023 TGSN 1.docx

P ENGENALAN

Kesihatan dan kesejahteraan sering silih berganti, tetapi ianya mempunyai makna

dalam kehidupan. Perbezaan bukan menjadi isu utama,kerana kedua-duanya meainkan

peranan untuk kehidupan seharian. Kesihatan adalah lebih menjurus kepada istilah yang

berkait rapat dengan perubatan dan menerangkan keadaan fizikal dan mental

seseorang. Kesihatan membawa pengertian konsep usaha mendapatkan kesihatan

keseluruhan yang merangkumi komponen fizikal, mental, emosi dan sosial. Semuanya

bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih baik. Banyak faktor yang telah

menyumbang kepada peningkatan kesedaran awam terhadap kesihatan. Peningkatan

penyakit yang berisiko tinggi seperti penyakit jantung,kanser, pertambahan kepada

populasi obes, dan pelbagai ancaman kesihatan yang lain semua telah menarik perhatian

kepada keperluan untuk pilihan gaya hidup yang sihat.

Komponen utama dalam penjanaan kesihatan adalah pengambilan makanan yang

sihat. Ia di anggap asas dalam mendapatkan kesihatan yang baik. Ramai yang telah

menerima hakikat, makanan yang kita ambil berkait rapat dengan status kesihatan kita.

Oleh itu, menjaga kualiti dan kuantiti pemakanan merupakan asas kepada penjagaan

dan pengekalan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup yang baik.

Melakukan senaman yang memadai telah dikenalpasti sebagai bahagian yang

penting dalam gaya hidup sihat. Selain itu menjauhi bahan dan tabiat yang berisiko negative

seperti menjauhkan diri dari mengambil bahan-bahan dan tabiat yang mempunyai risiko

kesihatan yang negatif seperti bahan tembakau, alkohol, dadah.

Punca utama kematian semenjak 100 tahun yang lalu telah mengalami perubahan

dramatik. Penyakit berjangkit menyumbang untuk kematian lebih di awal 1900-an tetapi kini

penyakit-penyakit kronik yang berkaitan dengan tingkah laku dan gaya hidup telah menjadi

ancaman yang lebih besar. Kesihatan boleh ditakrifkan sebagai satu adalah keadaan

kesejahteraan optimum yang menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup. Istilah ini

bukan sahaja merujuk kepada ketiadaan sebarang penyakit, walaupun bebas dari penyakit

adalah penting untuk kesihatan yang baik. Kesihatan yang optimum termasuk kesihatan

mental, sosial, emosi, rohani, dan kesejahteraan fizikal dalam ruang lingkup sesebuah

keturunan dan kemampuan peribadi.

Keseluruhan pendidikan kesihatan, pendidikan awam dan pengurusan penyakit

kronik mempunyai tujuan yang sama iaitu membantu orang ramai untuk mengekalkan dan

meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan resiko penyakit dan mengawal penyakit

yang kronik. Tujuan utamanya ialah untuk mempertingkatkan tahap kesihatan setiap

individu dan untuk mengubah dan memberi kejayaan memerlukan perubahan tingkah

laku dan disulami dengan perbuatan. Mempertingkatkan mutu kesihatan dan merubah

perlakuan manusia terhadap amalan kesihatan, kerajaan telah memberlanjakan berjuta- juta

Page 3: MAD QGK3023 TGSN 1.docx

ringgit demi memastikan rakyat mendapat ekses kesihatan yang sempurna. Namun begitu

masih ramai yang tidak mengendahkannya kerana tidak semua program yang dianjurkan

berjaya ada sebahagiannya gagal.

Program kesihatan di sekolah umpamanya adalah salah satu inisiatif yang baik

antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan dalam usaha

mempertingkatkan pengetahuan dan membudayakan amalan kesihatan untuk kanak-

kanak pada asasnya. Dalam melaksanakan program kesihatan disekolah, terdapat

beberapa model kesihatan yang digunakan sebagai panduan pelaksanaan sesuatu

program itu.

Model- model kesihatan ini membantu perjalanan program tersebut dari saat

perancangan hinggalah penilaian. Antara model yang sering digunakan ialah model

PRECEDE-PROCEDE, model MATCH (Multilevel Approach to Community Health), model

CDCynergy, model A systematic Approach to Health Promotion (Healthy People 2010),

model Assessment Protocol for Excellence in Public Health (APEX-PH) dan model SWOT

(Strengths, Weakness, Opportunities, Threats.).

Model yang akan saya gunakan ialah model MACTH. Model ini ialah model dimana

ianya dibangunkan lewat tahun 1980an oleh Simons-Morton et al., 1988. Model ini terbahagi

kepada lima bahagian dimana setiap fasa mempunyai beberapa langkah.

Model MATCH

Fasa 1: Penetapan matlamat

Fasa 2 : Perancangan Intervensi

Fasa 3: Pembangunan Program

Fasa 4 ; Persediaan Pelaksanaan

Fasa 5 : Penilaian

Page 4: MAD QGK3023 TGSN 1.docx

Program yang dijalankan disekolah

1. Program Pemakanan Sihat

Program – program yang dijalankan disekolah ini menggunakan kaedah model MATCH.

Kaedah ini membantu pelaksanaan setiap program yang dijalankan sepanjang tahun.

Program yang dijalankan adalah pada amnya untuk memberi maklumat dan

penerangan tentang amalan kesihatan yang baik tetapi matlamat khususnya ialah

mengurangkan jumlah obesiti dikalangan murid dan kakitangan sekolah. Obesiti

dikalangan murid dan kakitangan sekolah semakin meningkat disebabkan amalan kesihatan

dan kurangnya pendedahan terhadap amalan kesihatan dan pemakanan yang baik.

M odel M A C TH

Fasa 1: Penetapan matlamat

Lan g k a h 1 : m e m i l ih m a tl a m a t k e sih a t a n

Matlamat utama program ini dijalankan ialah untuk mendedahkan murid kepada amalan

gaya hidup sihat yang mementingkan penjagaan kesihatan dengan amalan bersenam dan

pemilihan pemakanan yang seimbang. Matlamat kesihatan ini amatlah penting dalam

menentukan hala tuju program yang akan dijalankan.

Lan g k a h 2 : m e m i l ih po pu lasi y an g t in gg i

Program ini dipilih adalah kerana populasi murid yang mengalami lebihan berat badan dan

obesiti semakin meningkat semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini. Program ini

mensasarkan secara umumnya keseluruhan murid yang mengikuti namun sasaran khusus

ialah murid- murid yang mengalami berlebihan berat badan dan obesiti. Obesiti dipilih

kerana ianya adalah penyakit tidak berjangkit yang boleh memudaratkan kesihatan di

mana ianya mempengaruhi hidup seseorang individu dan juga masyarakat.

Lan g k a h 3 : me n g ena l pa sti ma tl a m a t ti n g k a h l a ku k e s i ha t a n

Matlamat tingkah laku yang dikenal pasti ialah murid yang mengalami masalah berat badan

berlebihan dan obesiti seringkali mengalami masalah dalam kelas pendidikan jasmani

dimana mereka ini sering kali mengelak daripada melakukan aktiviti dengan pelbagai

alasan. Mereka seringkali mengelak daripada melakukan aktiviti kerana keadaan fizikal

mereka yang besar dan berat dimana mereka sukar untuk bergerak dan melakukan aktiviti

fizikal. Keadaan fizikal mereka yang terlebih berat badan mempengaruhi sikap dan

perlakuan mereka sama ada didalam kelas mahupun semasa mengikuti aktiviti yang

dijalankan semasa kelas Pendidikan Jasmani. Meraka akan merasa tidak cergas dan cepat

Page 5: MAD QGK3023 TGSN 1.docx

letih malahan sering mengantuk menyebabkan prestasi mereka tidak dapat ditingkatkan.

Program ini dijalankan supaya mereka mampu mengubah keadaan fizikal mereka daripada

mengalami berat badan berlebihan kepada berat badan ideal dan mampu untuk

meningkatkan kecergasan fizikal.

Lan g k a h 4 : me n g e n a l pa sti ma tl a m a t f a k t o r p e rsekit a ran

Program yang dijalankan mengambil kira faktor persekitaran dimana persekitaran murid

adalah dikelilingi sumber makanan yang boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit dan

yang utamanya ialah meningkatkan berat badan. Persekitaran murid semasa di rumah juga

adalah menyebabkan kurangnya pendedahan terhadap amalan pemakanan yang seimbang

yang sememangnya baik untuk kesihatan diri dan keluarga. Program ini menyediakan

landasan yang baik untuk murid mengetahui dan mempelajari amalan pemakan yang baik

untuk tumbesaran yang sempurna dan sihat.

Fasa 2 : Perancangan Intervensi

Program ini bekerjasama dengan kementerian kesihatan untuk mendapatkan khidmat

nasihat dan bimbingan mengenai aspek yang terdapat didalam jadual program. Khidmat

nasihat daripada pihak kesihatan amatlah diperlukan untuk membantu menghebahkan

mengenai amalan kesihatan yang baik. Disamping itu juga persatuan –persatuan

kesihatan sekitar juga di maklumkan mengenai program yang akan dijalankan ini.

Kerjasama daripada semua pihak akan membuatkan program ini berjalan dengan lancar

disamping input yang disampaikan mendapat manfaat yang baik kepada peserta program.

Lan g k a h 1 : m e n g ena l pa sti s a s a ran i n t e r v e n si

Sasaran utama adalah kementerian kesihatan iaitu doktor, ketua jururawat,

jururawat masyarakat dan juga ahli- ahli persatuan kesihatan bebas yang lain yang berada

disekitar sekolah dan komuniti.

Lan g k a h 2 : m e m i l ih ob jek t if i n t e r v en si

Memilih objektif intervensi adalah untuk menyalurkan maklumat dengan lebih berkesan dan

padat terhadap isi program dan membuka minda mereka terhadap kepentingan amalan

kesihatan yang baik untuk kesejahteraan hidup. Objektif utama ialah mengurangkan

bilangan murid yang mengalami berat badan berlebihan dan obesiti.

Lan g k a h 3 : m e n g ena l p a sti p e n g an t a r a d i d a l a m o b jek t i f i n t e r v e n si

Pengatara dalam objektif program adalam bahan edaran, poster- poster kesihatan dan juga

secara lisan iaitu melalui ceramah yang diadakan. Pengatara ini membantu dengan lebih

jelas maksud program ini dijalankan.

Page 6: MAD QGK3023 TGSN 1.docx

Lan g k a h 4 : m e n g ena l pa sti ma tl a m a t f a k t o r p e rsekit a ran

Matlamat utama program ini dijalankan adalah membantu murid mengurangkan makanan

yang tidak sihat disamping mengamalkan amalan bersenam untuk sihat. Murid dipilih

kerana persekitaran murid adalah lebih terdedah kepada ancaman permasalahan yang

mengganggu kesihatan fizikal dan masyarakat.

Fasa 3: Pembangunan Program

Lan g k a h 1 : me w u ju d k a n k o m p o n e n a t a u un it p ro g ram

Mewujudkan senarai ahli jawatankuasa untuk menjalankan program yang telah dirancang

bertetapan dengan visi dan misi program agar segala perancangan dapat disempurnakan

dengan baik mengikut masa yang diberikan.

Lan g k a h 2 : m e m i l ih da n mem b a n g un k a n k u r i k u lum a t a u p a n du a n i n t e r v en si

Memilih dan mengaitkan kurikulum seperti kaitan antara subjek dalam matapelajaran

dengan bahan ceramah dan edaran-edaran semasa program dijalankan. Contohnya

pemakanan yang seimbang, jenis- jenis makanan dan khasiatnya. Bagaimana pemakanan

membantu meningkatkan kesihatan diri dan membantu pertumbuhan fizikal disamping

makanan yang membantu melawan penyakit. Program ini juga mengajar murid supaya

mengenali makanan yang menyebabkan pertambahan berat badan dan cara mengawalnya.

Lan g k a h 3 : m e m b an gu n k a n s e si pe r an c a n g a n

Menyusun semula jadual program dengan melengkapkan setiap aktiviti program

dengan perkara yang berkaitan dan memberi manfaat kepada murid.

Lan g k a h 4 : me w u ju d k a n a t a u mem pe rol e h b ah a n i n struksi o na l, p r o du k a t a u s u mbe r

Menjalinkan kerjasama dengan klinik kesihatan berdekatan untuk memperolehi maklumat

dan bahan- bahan bercetak untuk di edarkan kepada murid semasa program dijalankan.

Poster- poster kesihatan amatlah penting dalam memberi input yang terbaik untuk murid.

Fasa 4 ; Persediaan Pelaksanaan

Lan g k a h 1 : m e m u d a h k a n p en gg una a n , pe la k s an a a n d a n p e n y en g ge ra a n Menggunakan

kemudahan yang sedia ada untuk menjalankan aktiviti dengan lebih efisyen seperti

dewan tertutup dimana ianya mempunyai pentas dan sistem audio yang amat baik.

Dewan yang digunakan akan memudahkan urusan, kawalan dan penyenglenggaraan.

Lan g k a h 2 : m e m i l ih da n mel a tih pe lak s an a

Mengadakan mesyuarat untuk menerangkan peranan dan fungsi setiap ahli jawatankuasa

untuk program yang dirancang. Penerangan secara detail akan memudahkan pelaksanaan

kerana setiap ahli jawatankuasa memahami dan mengetahui peranan dan tugas masing-

masing.

Page 7: MAD QGK3023 TGSN 1.docx

Fasa 5 : Penilaian

Lan g k a h 1 : m e n g a w a l p ros e s p en i l a i a n

Apabila selesai program dijalankan, proses penilaian dilakukan dengan melibatkan ahli

jawatankuasa program, beberapa wakil guru dan murid serta wakil daripada jemputan yang

hadir. Perkara ini amatlah diperlukan dan ianya memberi kesan terhadap program yang

akan dianjurkan pada masa akan datang.

Lan g k a h 2 : m e n g u k u r k e s a n

Melalui penilaian yang dijalankan, kesan program diukur dengan mengambil beberapa orang

murid yang mengalami masalah berlebihan berat badan dan dipantau berat badannya

dalam tempoh tertentu. Hal ini akan dapat mengetahui kesan program terhadap diri murid

yang terlibat.

Lan g k a h 3 : m e m a n t a u ha sil

Diakhir sekali ialah memantau hasil di atas kesan program yang dijalankan. Hasil yang

didapati sama ada bertambah baik ataupun tiada perubahan. Pemantau hasil ini

diperlukan untuk menilai sejauh mana keberkesana program yang dijalankan.

Page 8: MAD QGK3023 TGSN 1.docx

Kertas Kerja

Program Pemakanan Sihat

P e ngen a l a n

Makanan adalah sumber yang mempengaruhi tumbesaran seseorang individu itu. Makanan

menjadi perkara utama dalam kehidupan kerana makanan memberikan tenaga,

mencantikkan serta menguatkan sistem imun seseorang. Makanan mempengaruhi corak

kehidupan sesorang sama ada sihat atau tidak sihat.

Pemakanan yang sihat mampu memberikan kehidupan yang sempurna dan

sejahtera disamping mengamalkan senaman. Program ini bertujuan membantu memperbaiki

tabiat pemakanan golongan sasaran. Selain itu juga diharap golongan sasaran dapat

mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan mempengaruhi ahli keluarga yang lain juga

untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang demi memiliki kualiti hidup yang sejahtera.

Aktiviti yang dijalankan membantu golongan sasaran mengamalkan amalan pemakanan

yang optimum.

Tema Sambutan

Kesihatan Tunjang Kesejahteraan

Objektif

Meningkatkan pengetahuan mengenai kepentingan dan faedah mengamalkan pemakanan

dan gaya hidup yang sihat.

K hu s u s

Di akhir program, murid dapat:

1. Mengetahui status berat badan mereka

2. Mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat

3. Mengetahui keburukkan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Sasaran

Murid Tahap Dua SK Gugusan Lekir

Page 9: MAD QGK3023 TGSN 1.docx

Tarikh

21 Ogos 2013

Tempat

Dewan Sekolah Rendah

Aktiviti

1. Saringan BMI

2. Ceramah oleh kakitangan daripada Kementerian Kesihatan

3. Pameran Pemakanan sihat ( Piramid Makanan Malaysia)

4. Kuiz Pemakanan

6. Edaran risalah pemakanan

7. Edaran mini poster kesihatan

8. Panduan Pemakanan Kanak-kanak

Perbelanjaan

Peruntukan daripada duit Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Aturcara Majlis

8.00 – 9.00pg : Pendaftaran

: Saringan BMI

: Pameran Pemakanan dan kuiz bertulis

9.00 – 9.45pg : Ceramah daripada Kementerian Kesihatan

9.45 – 10.15pg : Minum Pagi

10.15 – 11.00pg : Pertandingan melukis poster kesihatan (Kesihatan TunjangKesejahteraan)

11.00 – 11.30pg : Majlis Penyampaian Hadiah

11.30pg : Bersurai

Page 10: MAD QGK3023 TGSN 1.docx

Carta Organisasi Program

Penasihat : Pn.Aminah bt Abd Jabar

Pengerusi : En.Ismail b Din

Setiausaha : En. Muhamad Madrisam b Muhamad

Bendahari : Pn. Che Norliza bt Che Zainal

Ahli jawatankuasa

Brosur : Pn. Asiah bt Arsad

Banner : En. Ikhwan b Jamaludin

Pengacara majlis perasmian : Pn. Sharidah Farwin bt Arsad

Persiapan tempat : En. Zulkifli Bin Tuan Ismail

Jemputan : Pn. Auni Sofea Bt Ahmad

Ajk BMI : Pn. Sofiah Bt Rahman

Ajk Ceramah : Pn. Ainul Mardiah Bt Ahmad Syukri

Ajk Pameran : En. Abdul Razak Bin Hashim Ajk

Kuiz Kesihatan : Pn. Malah Nadarajah

Makanan dan minuman : Pn. Khatijah bt Khalid

Kawalan murid : Pn. Ruslin Bt Anuar

Page 11: MAD QGK3023 TGSN 1.docx

Penutup

Program ini diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti kesihatan

dan kecergasan di sekolah. Program ini juga diharapkan dapat menjadi satu platform bagi

warga pendidikan memulakan amalan atau budaya hidup sihat dengan cara yang mudah

dan menyeronokkan. Melalui program ini juga diharap akan lahir masyarakat yang

mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek. Adalah menjadi harapan semua pihak

agar segala perancangan yang dibuat akan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Program Kesihatan dan Kecergasan yang bakal diadakan ini juga diharap dapat membuka

lembaran baru dan mewujudkan kerjasama serta penglibatan masyarakat ke arah

perubahan tingkahlaku yang sihat.

Disediakan oleh

…………………………………………………………

(EN MUHAMAD MADRISAM B MUHAMAD )

Setiausaha

Program Pemakanan Sihat

Page 12: MAD QGK3023 TGSN 1.docx

RUMUSAN

Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi, rohani, fizikal, sosial dan

sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan yang sejahtera dan produktif. Kesihatan

yang baik dipengaruhi oleh amalan pemakanan yang sihat dan seimbang. Dalam

merealisasikan penjagaan kesihatan, pelbagai pihak terlibat dalam mempromosi,

menyebarkan, memberi khidmat nasihat serta membantu mendapatkan rawatan

kesihatan. Program kesihatan yang dijalankan disekolah merupakan program yang

bertujuan untuk menjamin kebersihan dan kesihatan murid secara berterusan sepanjang

tahun demi muwujudkan suasana persekitaran yang kundusif dan bebas ancaman penyakit

serta membina amalan- amalan kesihatan yang baik.

Program yang dijalankan ini membantu membentuk sahsiah murid agar menitik

beratkan amalan pemakanan yang sihat demi menjaga tubuh badan supaya tidak

mengalami obesiti dimana individu yang terlibat membuka peluang kepada penyakit tidak

berjangkit menyerang seterusnya memudaratkan kesihatan. Amalan pemakanan yan baik

memberi impak dalam kehidupan dimana hidup individu yang mengamalkan pemakan

secara sihat hidup lebih baik daripada individu yang tidak mengamalkannya.

Model kesihatan pula membantu dalam merancang dan melaksanakan sesuatu

program. Model kesihatan memberikan panduan tentang bagaimana menguruskan sesuatu

aktiviti itu dengan bijaksana dan dapatan hasil daripada kursus tersebut mendapat

manfaat yang baik untuk semua yang terlibat. Model kesihatan adalah pemudah cara

bagi merangka sesuatu program yang akan diadakan.

Kesihatan pada umumnya adalah perkara yang perlu ada dalam diri namun

sebenarnya kesihatan ialah kehidupan kita sendiri dimana kesihatan penentu kehidupan.

Kehidupan yang sejahtera bermula dari kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik pula

bermula dari amalan pemakanan dan senaman. Semuanya adalah saling berkait di antara

satu sama lain. Kehidupan yang sempurna dan sejahtera merangkumi semua aspek yang

dinyatakan tadi. Oleh itu mengamalkan amalan kesihatan contohnya amalan pemakanan

yang sihat amatlah penting dalam merealisasikan kehidupan yang penuh bermakna.

Page 13: MAD QGK3023 TGSN 1.docx

R UJUKAN

Dr. Abd Rahim Bin Mohd Shariff & Nik Mohd Zaki Bin Nik Mohamed. Modul Program

Kesihatan Sekolah. Pusat Pendidikan Luar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Izham Mohd Ibrahim.(1998). Mendekati Promosi Kesihatan. Shah Alam. Dewan

Kosmik

Green L. W., Krueter M. W. (2005). Health Program Planning: An Educational and

Ecological Approach. 4th edition. New York: McGraw-Hill

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan

Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan Pusat Perkembangan

Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Modul Asas Promosi Kesihatan (2011). Kementerian Kesihatan Malaysia. Putrajaya

Page 14: MAD QGK3023 TGSN 1.docx