Madu 1 tahun

3
Kenapa madu tidak sesuai untuk bayi bawah umur setahun? Sebelum anda mengatakan ini teori konspirasi, atau cuma agenda pihak-pihak tertentu memburukkan makanan sunnah, sila bukakan minda seluasnya untuk meneruskan pembacaan dengan mengambil kira beberapa perkara ini : *Bagi sesiapa yang mahu melakukan amalan bertahnik, tidak menjadi masalah, kerana bertahnik cuma mencalitkan sedikit madu pa da lidah anak, bukan beri makan atau minum hingga sesudu madu.

Transcript of Madu 1 tahun

Page 1: Madu 1 tahun

Kenapa madu tidak sesuai

untuk bayi bawah umur setahun?

Sebelum anda mengatakan ini teori konspirasi, atau cuma agenda pihak-pihak tertentu memburukkan makanan sunnah, sila

bukakan minda seluasnya untuk meneruskan pembacaan dengan mengambil kira beberapa perkara ini :

*Bagi sesiapa yang mahu melakukan amalan bertahnik, tidak menjadi masalah, kerana bertahnik cuma mencalitkan sedikit madu

pada lidah anak, bukan beri makan atau minum hingga sesudu madu.

Page 2: Madu 1 tahun

*Ditegaskan bahawa, madu memang makanan sunnah dan sedia maklum khasiatnya, artikel ini tidak mengatakan bahawa madu itu

membawa keburukan sepenuhnya, namun kami cuba menyampaikan sesuatu maklumat bedasarkan kajian terkini.

*Di dalam al-Quran telah disebutkan banyak lagi makanan sunnah sebagai penawar, Buah Kurma, Buah Delima, Habbatussauda,

Susu Kambing , Buah Zaitun dan lainnya juga sangat berkhasiat, jadi tiada apa kurangnya jika menunggu anak sehingga berumur 1

tahun baru diberi madu.

*Jika apa yang mahu disampaikan ini teori konspirasi, maka adalah sia-sia pihak pengeluar madu ternama di luar negara iaitu Madu

Manuka sentiasa menulis di label botol produk mereka 'tidak boleh diberi untuk bayi 1 tahun ke bawah' , bukankah lebih untung

pada mereka jika tulis 'boleh digunakan oleh semua peringkat umur'

PENGENALAN

Kenapa tidak selamat?

Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang boleh menyebabkan penyakit yang sangat

merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.

Spora ini sangat sukar dibunuh juga ianya tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Apakah “botulism”?

Botulism akan menyerang sistem saraf yang boleh menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan

kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah-muntah,cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?

Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini. Apabila madu ini dimakan, ia akan membiak dan akan

menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan

“botulism”.

Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?

Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan

kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11

bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Simptom-simptom:

1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang

Page 3: Madu 1 tahun

keracunan makanan atau makanan tercemar.

2. Kepenatan (lethargy,weakness)

3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)

4. pertukaran nada nangis(altered cry)

Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar

kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh

tangan,kaki,badan dan otot pernafasan

Bagaimana pula dengan orang dewasa?

Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa. Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk

menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

*Maklumat dikumpulkan oleh Puan Zaleha Khalid dan Puan Azza Jauhar

Laporan kes botulism : http://pediatrics.aappublications.org/content/122/1/e73.full.pdf

http://faculty.weber.edu/ewalker/Medicinal_Chemistry/topics/Cholinergic2/botulism.htm

http://www.bees-and-beekeeping.com/infant-botulism.html

Sumber : http://wholesomebabyfood.momtastic.com/infantbotulismhoney.htm#.UaSmvYwaySM

http://drzubaidi.com/blog/?p=3946