MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN MS · PDF fileDokumen yang menghendaki saksi-saksi bagi...
-
Upload
nguyenkhanh -
Category
Documents
-
view
271 -
download
4
Transcript of MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN MS · PDF fileDokumen yang menghendaki saksi-saksi bagi...
DOKUMEN TIDAK TERKAWAL
MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN
MS ISO 9001: 2000
PKU-MSWP-06
PROSEDUR KUALITI
PENYERAHAN DOKUMEN-DOKUMEN KES Disediakan Oleh: Diluluskan Oleh: Tandatangan: Tandatangan: …………………………………… .…………………………………. Jawatan: Pendaftar Jawatan: Ketua Hakim Syarie Tarikh : Tarikh : SALINAN TERKAWAL NO. : JAWATAN :
KELUARAN: 2 PINDAAN: 0 TARIKH: 20 NOV 2006 HELAIAN: 1/11
DOKUMEN TIDAK TERKAWAL
PENYERAHAN DOKUMEN KES PKU– MSWP – 06
1. OBJEKTIF Prosedur ini bertujuan untuk menentukan kaedah dan tanggungjawab
melaksanakan penghantaran dokumen dan perintah kes mal/kes jenayah
supaya menepati Akta Tatacara Mal (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1998 dan Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997.
2. SKOP Prosedur ini digunakan oleh Bahagian Pendaftaran di Mahkamah Tinggi
Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Putrajaya dan
Labuan bagi proses dan aktiviti penghantaran dokumen mahkamah
3. DEFINISI
BIL ISTILAH PENGERTIAN
3.1 Dokumen Kes Saman/permohonan/waran/sapina dan perintah bertulis mahkamah yang digunakan di mahkamah dalam kes Mal dan Jenayah
3.2 Dalam Bidangkuasa Dalam Negeri Wilayah Persekutuan
3.3 Luar Bidangkuasa Luar dari Negeri Wilayah Persekutuan
3.4 Saman Saman bagi kes Mal dan termasuk penyata tuntutan atau saman OKT bagi kes jenayah
3.5 Permohonan Permohonan adalah termasuk notis dan affidavit sokongan bagi kes Mal
3.6 Waran Termasuk waran-waran tangkap atau waran geledah. Waran kerana menutup orang salah dalam tahanan/penjara dan waran mengeluarkan orang salah dalam penjara
HELAIAN: 2/11
DOKUMEN TIDAK TERKAWAL
PENYERAHAN DOKUMEN KES PKU– MSWP – 06
BIL ISTILAH PENGERTIAN
3.7 Sapina Dokumen yang menghendaki saksi-saksi bagi kes Mal atau jenayah hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan lisan atau mengemukakan dokumen.
3.8 Perintah Mahkamah Dokumen yang mengandungi segala perintah Hakim ditandatangani dan ada meterai mahkamah.
3.9 Pihak-Pihak Orang yang ditujukan kepadanya dokumen kes.
3.10 Buku Laporan Penghantar Notis
Buku laporan penghantar notis yang mencatatkan penerimaan dan penyerahan semua dokumen kes.
3.11 Affidafit Penyerahan Satu laporan yang dibuat oleh PN menyatakan sesuatu dokumen kes itu telah diserah kepada pihak-pihak dengan sempurna atau tidak. Laporan disahkan dan diikrar di hadapan Pendaftar/Pen.P.
3.12 Penerima Dokumen mal
Bermaksud Defendan/Responden/Peguam Syarie/Saksi
4. SINGKATAN
BIL SINGKATAN PENGERTIAN
4.1 Pen. Pendaftar Penolong Pendaftar
4.2 Pemb. Pendaftar Pembantu Pendaftar
4.3 PAR Pembantu Am Rendah
4.4 PN Penghantar Notis
HELAIAN: 3/11
DOKUMEN TIDAK TERKAWAL
PENYERAHAN DOKUMEN KES PKU– MSWP – 06
5. RUJUKAN
5.1 MK-MSWP-01
5.2 PKU-MSWP-01 5.3 PKU-MSWP-02
5.4 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan)1984 (A303)Pindaan 2006 (A1261).
5.5 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan)1993 (A505).
5.6 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan)1998 (A585).
5.7 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan)1997 (A561).
5.8 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
5.9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1997. 5.10 Arahan Amalan Mahkamah Syariah 2000 - 2006
HELAIAN: 4/11
DOKUMEN TIDAK TERKAWAL
PENYERAHAN DOKUMEN KES PKU– MSWP – 06
6. TANGGUNGJAWAB & TINDAKAN
TANGGUNGJAWAB TINDAKAN
Pen. Pendaftar / Pemb. Pendaftar
A. PENYERAHAN DOKUMEN KES DALAM BIDANGKUASA DAN YANG DI TERIMA DARI MAHKAMAH NEGERI LAIN
1. Menerima dokumen kes selepas pendaftaran atau permintaan penyampaian dokumen daripada mahkamah negeri lain.
2. Agihkan dokumen kes berkenaan kepada PN
PN 3. Rekodkan dokumen kes yang diterima
dalam Buku Laporan Penghantar Saman.
Perlaksanaan penyerahan dokumen Kes Mal seperti :-
a) Saman b) Sapina c) Notis Permohonan d) Perintah Bertulis Mahkamah
4. Menyerahkan dokumen tersebut kepada penerima dan dapatkan tandatangan penerima pada borang akuan penerimaan dan menyediakan afidavit (Lampiran 1).
5. Jika penerima enggan menerima dokumen
kes tersebut, tinggalkan dokumen berhampiran dengannya dan sediakan afidavit
6. Jika penerima gagal ditemui, setelah usaha
dijalankan hendaklah membuat Affidavit Tanpa Serahan.
HELAIAN: 5/11
DOKUMEN TIDAK TERKAWAL
PENYERAHAN DOKUMEN KES PKU– MSWP – 06
TANGGUNGJAWAB TINDAKAN
Perlaksanaan penyerahan dokumen Kes Jenayah seperti :-
a) Saman b) Sapina
PN 7. Serahkan dokumen tersebut kepada penerima
seperti yang dinamakan. Dapatkan tandatangannya pada bahagian belakang saman/sapina yang asal.
8. Ambil tindakan berikut jika penerima gagal ditemui setelah usaha yang wajar dijalankan:-
a) Serahkan salinan saman kepada anggota keluarga dewasa / pengkhidmatnya yang tinggal bersama, atau;
b) Menampal salinan saman di rumah atau di tempat lain yang lazimnya penerima itu tinggal.
9. Menyediakan affidavit dan rekodkan aktiviti
penyerahan ke dalam Buku Laporan Penghantar Saman.
Pemb. P 10. Menyediakan surat iringan kepada Pendakwa dan Mahkamah negeri berkenaan beserta dengan afidavit penyampaian / Afidavit tanpa serah.
11. Memfailkan satu salinan afidavit penyerahan ke dalam fail kes bagi kes dalam bidangkuasa sama ada kes mal atau jenayah.
12. Menyimpan fail.
HELAIAN: 6/11
DOKUMEN TIDAK TERKAWAL
PENYERAHAN DOKUMEN KES PKU– MSWP – 06
TANGGUNGJAWAB TINDAKAN
Pemb. P
B. PENYERAHAN DOKUMEN KES DI LUAR BIDANGKUASA 1. Menyediakan surat iringan
PAR 2. Poskan dokumen kes berserta surat iringan ke mahkamah berkenaan.
Pemb. P 3. Menerima Laporan Afidavit Penyerahan dan
failkan dalam fail kes (rujuk PKU-MSWP-01 dan 02)
HELAIAN: 7/11
DOKUMEN TIDAK TERKAWAL
PENYERAHAN DOKUMEN KES PKU– MSWP – 06
7. CARTA ALIRAN A. Penyerahan Dokumen Kes Dalam Bidangkuasa Dan Yang Diterima Dari Mahkamah Negeri Lain
Mula Terima dokumen kes
Input : dokumen kes
Agihkan dokumen kes kepada PN
Rekodkan dokumen kes dalam
Buku Laporan Penghantar Saman
Kes Jenayah
Dokumen kes Mal atau Jenayah
Kes Mal
Serahkan kepada Serahkan kepada penerima dan dapatkan penerima dan tandatangan penerima pada borang akuan dapatkan tandatangan penerimaan penerima pada bahagian belakang Jika penerima enggan terima saman asal tinggalkan berhampirannya
Jika penerima tidak Jika penerima tidak ditemui cuba kali ditemui, tinggalkan ke 2 atau 3 kepada keluarganya/ tampal di alamatnya Sediakan affidavit penyerahan
dan rekod dalam Buku Laporan PN
Sediakan surat iringan
A
HELAIAN: 8/11
DOKUMEN TIDAK TERKAWAL
PENYERAHAN DOKUMEN KES PKU– MSWP – 06
A Uruskan penyerahan dokumen kes
Failkan Laporan Afidavit Penyerahan bagi dokumen kes dalam bidangkuasa. Output : Laporan Affidavit Penyerahan
Simpan fail
Tamat
B. Penyerahan Dokumen di Luar Bidangkuasa
Mula Sediakan surat Input : dokumen kes
Poskan dokumen kes Terima Laporan Affidavit Penyerahan
Failkan Laporan Affidavit Penyerahan dalam fail kes Output : Laporan Affidavit Penyerahan
Tamat
HELAIAN: 9/11
DOKUMEN TIDAK TERKAWAL
PENYERAHAN DOKUMEN KES PKU– MSWP – 06
8. REKOD
BIL TAJUK LOKASI TEMPOH SIMPANAN
1.
Buku Laporan Penghantar Notis
Pejabat Pendaftar/ Pen. Pendaftar
5 tahun
2.
Afidavit
Fail kes
5 tahun setelah selesai kes
3.
Surat Iringan kepada mahkamah negeri lain
Fail kes
5 tahun setelah selesai kes
4.
Surat Iringan dari mahkamah negeri lain
Fail kes
5 tahun setelah selesai kes
9. LAMPIRAN
9.1 Afidavit – Lampiran 1
HELAIAN: 10/11
DOKUMEN TIDAK TERKAWAL
PENYERAHAN DOKUMEN KES PKU– MSWP – 06
Lampiran 1
HELAIAN: 11/11