Mahu Travel Gaya BACKPACKER Ke Eropah? fileKembara tanpa perancangan rapi, tidur tepi jalan dan...
Transcript of Mahu Travel Gaya BACKPACKER Ke Eropah? fileKembara tanpa perancangan rapi, tidur tepi jalan dan...
2
Gambar semasa kami di Medina Azzahra, Cordova Spain
Kenapa Anda Patut Baca Buku Ini? - - - - X Jika anda bercadang untuk travel secara backpacking, jaga-jaga. Ramai orang pergi travel dengan hati gembira, tapi pulang dengan hati marah, kecewa dan stress.
Kenapa?
3
Kerana banyak masalah “blind spot” yang tak dapat dilihat berlaku pada mereka. Tujuan buku ini adalah membuka mata anda, tentang bagaimana nak jadikan pengalaman backpacking anda menjadi pengalaman paling indah.
“ “TMPL memang pakar dalam bawak traveler ke tempat-tempat yang pelik, hidden yang tak pernah orang pergi… tapi LAWA GILER. Highly
recommended!” - Puan Daliza (Editor Kosmo)
”
4
Kesilapan Backpacker Memilih Travel Agen - - - - X Tertipu
Ada antara travel agen yang menjanjikan pergi banyak tempat dalam tawaran. Tapi bila kat sana, tempat yang
dijanjikan tu ‘skip’ pulak, atau tak pergi. Aik?
Guide Atau Team Leader Tak Berpengalaman
Ada juga Team Leader yang tak boleh diharap. Gagal mengawal geng travel. Gagal mencari penyelesaian bila berlaku masalah atau perkara di luar jangka.
Contohnya: Mereka tak boleh nak handle kalau berlaku kes terlepas flight, atau hostel yang ditempah penuh. Ada jugak jika ada geng travel yang sakit, mereka tak pandai nak handle macamana. Sedangkan ini isu kritikal yang perlu dikendalikan dengan tenang dan profesional.
5
Gambar di Dubrovnik, Croatia
Layanan yang kurang memuaskan Banyak perkara ahli kumpulan terpaksa buat sendiri. Contohnya cari pengangkutan sendiri dari airport atau terminal bas ke tempat penginapan. Jadi jika layanan dan servis tak dijalankan dengan baik, akan berlaku miscommunication. Bukan sahaja mendedahkan geng travel kepada risiko sesat, tapi boleh juga menjadi mangsa culik pada penjenayah.
6
Gambar di Reynisfjara Beach, Iceland Gambar di Old Market, Cadiz, Spain
“Hidden Cost” Geng travel terpaksa membuat bayaran menggunakan wang sendiri sewaktu travel tanpa mendapat penjelasan sebelum fly. Ini sedikit sebanyak akan menganggu perancangan atau bajet kewangan yang telah dibuat sebelum travel. Ini belum kira lagi mengganggu emosi geng travel.
7
Kelemahan komunikasi
Komunikasi yang kurang lancar juga boleh buat aktiviti kembara yang sepatutnya berakhir dengan gembira berakhir sebaliknya. Tiada komunikasi sama ada dengan Team Leader mahupun geng travel yang lain.
Kembara secara berkumpulan yang sepatutnya mengeratkan silaturrahim berakhir kecewa bila masing-masing mementingkan diri sendiri dan saling menyalahkan antara satu sama lain.
Gambar di Wreckplane, Iceland (pada musim sejuk)
8
Salah Faham Tentang BACKPACKERS
Murah dan jimat
Sebenarnya, tujuan kembara secara backpackers bukan untuk berlumba - lumba siapa yang lebih murah kos travelnya.
Backpackers adalah kembara lebih jauh pada kos yang berbaloi.
Pengalaman yang dapat dikutip sepanjang kembara jauh lebih berharga dari sekadar siapa yang kos kembaranya lebih murah.
Persiapan serba serbi sempurna
Satu lagi salah faham bila kembara bila kita yang dah biasa selesa sewaktu di negara sendiri mengharapkan perkara yang sama sewaktu kembara.
Kembara terutama secara backpackers mendedahkan kita dengan banyak perkara tidak terduga. Tetapi perkara-perkara seperti itulah yang dapat membina semangat kental dan menjadikan kita insan yang lebih baik.
9
Gambar di hadapan air terjun Skogafoss, Iceland
Kembara tanpa perancangan rapi, tidur tepi jalan dan tidak mandi berminggu- minggu
Ini juga antara salah faham berkaitan dengan backpackers.
Di TMPL Backpackers, walaupun kita bergerak 100% menggunakan pengangkutan awam, semua urusan tiket telah dibuat tempahan selewat-lewatnya 45 hari sebelum waktu berlepas. Begitu juga penginapan. Walaupun kita memilih penginapan di hostel, keselamatan geng travel tetap menjadi keutamaan. Untuk geng perempuan, kami menempah bilik atau asrama yang dikhaskan untuk wanita sahaja.
10
Agama diketepikan
Backpacking seringkali digambarkan dengan image sosial pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan.
Selain memilih penginapan asing untuk lelaki dan perempuan, solat tetap diutamakan.
Malah, Team Leader turut memasukkan kunjungan ke masjid-masjid utama sebagai salah satu aktiviti sewaktu travel.
Menaiki unta menuju ke Gurun Sahara
11
Perkara atau RISIKO Yang Patut Tahu Sebelum Travel
1. Terlepas kapal terbang dan luggage delay.
2. Sakit atau tercedera
3. Menjadi mangsa samun
4. Kehilangan passport.
5. Mangsa jenayah culik.
6. Tidak dapat melepasi atau dihalang dari memasuki negara. ( PTPTN kantoi)
Berbaju melayu di Santorini,Greece
7. Terkandas di lapangan terbang akibat bencana alam.
8. Terkandas di sesuatu destinasi akibat faktor dalaman negara terbabit seperti serangan pengganas atau cuaca atau pembatalan penerbangan atau mogok oleh pekerja syarikat pengangkutan.
12
9. Berhati- hati menjaga beg sewaktu di lapangan terbang. Risiko orang masukkan barangan terlarang di dalam bagasi anda.
Penyelesaian
1. Travel insurans.
2. Hubungi Kedutaan Malaysia terdekat.
3. Pemberitahuan pada waris tentang perjalanan.
4. Adakan salinan passport.
5. Membuat kajian tentang bentuk-bentuk penipuan yang sering dilakukan oleh penjenayah di negara tersebut.
6. Sambungan internet sangat diperlukan.
7. Jangan keluar terlalu lewat malam.
8. Jangan mengikuti orang yang tidak anda kenali.
13
Kesilapan WAJIB ELAK Bila Nak Pilih Travel Company
Percaya pada 1 maklumat sahaja.
Secara asas semua orang takut buat silap. Apatah lagi membuat kesilapan memilih syarikat travel. Namun kadang-kadang sebilangan orang kita agak malas untuk membuat kajian mendalam. Sama ada menerima bulat- bulat tawaran yang ditawarkan oleh syarikat travel atau sekadar membaca review yang ada dalam website syarikat atau di Facebook.
Sebagai pengguna bijak, kita harus lebih rajin meneliti latar belakang dan maklumat syarikat . Selain sekadar membaca review yang ditulis, ada baiknya menemubual pihak atau orang sebenar yang membuat review tersebut.
Tidak menyimpan bukti bayaran sebaik bayaran dibuat.
Adalah penting untuk menyimpan semua bukti transaksi kewangan agar jika berlaku sesuatu masalah, ada dokumen yang boleh dijadikan bukti jika ingin membuat tuntutan kelak.
14
Sifat menyimpan bukti bayaran ini juga harus dijadikan satu tabiat agar kita dapat mengurus kewangan dengan lebih baik.
Gambar di Zaanse Schans, Amsterdam.
Secara ringkas 3 perkara ini perlu dilihat dan diteliti dalam-dalam.
1.Harga pakej
15
- Apa yang ditawarkan
- Berapa hari total pakej tersebut
- Apa tawaran percuma yang ditawarkan
- Syarikat penerbangan mana yang dicadangkan
- Senarai tempat penginapan yang dicadangkan oleh pihak syarikat
- Senarai aturcara sepanjang kembara
- Apa aktiviti yang ditawarkan sepanjang kembara
Santai-santai di Ljubjana, Slovenia
16
2. Syarikat yang menawarkan
- Periksa latarbelakang syarikat
- Periksa akaun social media syarikat
- Buat lawatan ke premis syarikat
- Periksa review dan hubungi atau jumpa sekali orang yang buat review (jika boleh)
- Syarikat ada buat sesi taklimat atau tidak
3. Cara bayaran
- Simpan resit selepas buat bayaran
- Berapa kali bayaran perlu dibuat
- Bagaimana cara bayaran yang ditetapkan oleh pihak travel agensi
17
Menikmati tiupan angin segar di Reynisdrangar, Iceland
Tawaran yang “too good to be true”
1. Hanya melihat harga sahaja tanpa keseluruhan pakej.
2. Mudah teruja dengan perkataan PERCUMA tanpa soal selidik.
3. Tak lihat betul-betul penerbangan yang digunakan. Ia mungkin yang bermasalah.
4. Tak tengok betul-betul senarai detail itinerary
5. Lihat dulu latar belakang syarikay, seperti adakah mereka aktif media sosial. Semak alamat atau lokasi premis
18
6. Pastikan samada feedback atau review original atau rekaan.
7. Pastikan samada mereka buat sesi briefing atau tidak.
Lihat secara keseluruhan berapa hari itinerary penuh pakej yang di sediakan.
Jangan terpedaya dengan offer percuma itu dan ini. Ikuti tips-tips ini sebelum buat keputusan.
Lihat syarikat penerbangan mana yg digunakan.
Tanya tempat penginapan yang bagaimana disediakan? Adakah jauh dari lokasi? Kebersihannya bagaimana? Review nya macamana?
Di hadapan air terjun sewaktu jelajah
Norway In A Nutshell
19
Pastikan berapa total berapa hari waktu kembara
Apa aktiviti yang disediakan sewaktu kembara?
BEST KE Travel Bersama TMPL Backpackers?
Jimat masa.
Tak perlu pening nak buat tempahan. Proses membuat kajian destinasi yang ingin dilawati boleh jadi rumit dan memakan masa yang banyak. Banyak faktor perlu diambilkira seperti budaya tempatan, destinasi yang hendak dikunjungi, cara pergerakan dari satu point A ke point B dan seterusnya, keadaan lokasi penginapan yang bukan sahaja selamat serta bersih, tapi pada kadar tidak terlalu mahal.
Setelah dikenalpasti semua perkara tersebut, proses membuat tempahan juga harus lebih teliti agar tiada kesilapan terutama dari segi tarikh dan waktu kerana ini melibatkan kos wang ringgit. Perkara ini menjadi lebih rumit jika laman web tempahan hanya terdapat dalam bahasa rasmi negara tersebut dan bukan bahasa Inggeris.
20
Mencuba masakan tradisi di Morrocco
Merasai travel ke destinasi destinasi yang jarang dikunjungi oleh orang Malaysia.
Destinasi-destinasi yang dalam senarai team TMPL Backpackers adalah destinasi yang sangat jarang dikunjungi oleh traveller dari Malaysia atau dianjurkan oleh syarikat pelancongan. Bertepatan dengan misi TMPL Backpackers iaitu travel ke destinasi rare dan unik,
21
lokasi pilihan seperti kembara ke padang pasir terbesar di dunia di Gurun Sahara, merasai perjalanan keretapi epik hampir 10000 km Trans Siberia di Rusia selama 10 hari merentas 8 zon waktu berbeza.
Melakukan aktiviti unik yang jarang ditawarkan oleh pakej pelancongan.
Kita juga mencuba aktiviti unik seperti:
1. Merentas sempadan Spain dan Portugal menggunakan zipline.
2. Bermalam dengan raja haiwan seperti singa dan harimau di Safari South Afrika.
3. Mencuba zipline terpantas di dunia di Snowdonia National Park di Wales.
22
Di hadapan Blue Mosque, Istanbul
Jadual atau itinerary yang fleksibel.
Geng travel dibenarkan selit cadangan destinasi atau tempat pilihan diorang sendiri dan jika tempat tu berdekatan atau pada laluan yang sama dengan destinasi utama dalam itinerary akan kita singgah.
Contoh jika di Madrid. Jika lelaki suka ke Stadium Santiago Bernabeu milik pasukan hebat Real Madrid
23
manakala wanita lebih gemar memborong aksesori kecantikan di gedung ekslusif jenama terkemuka di dunia yang berasal dari Sepanyol iaitu Zara.
Lebih selamat dan sistematik.
Bergerak dalam kumpulan kecil dapat mengurangkan risiko kejadian tidak baik menimpa kerana akan ada geng travel yang menemani atau memerhati barangan kita sewaktu atas train atau ingin ke bilik air.
Panduan dan nasihat percuma sebelum trip.
Team leader akan kumpulkan semua geng travel dalam whatsapp group sewaktu di Malaysia lagi. Dalam whatsapp group ini, Team Leader akan bantu beri panduan dalam semua aspek seperti cara packing bag betul, waktu sesuai untuk beli tiket flight, penerangan tentang tempat bakal dikunjungi dan aktiviti yang akan dibuat. Nasihat tentang keadaan cuaca di destinasi serta makanan halal yg available. Paling penting anggaran kos dan perbelanjaan agar geng travel dapat membuat bajet .
24
Dapat kawan baru yg sporting dan best.
Selain kumpulan kecil sekitar 8-12 orang, geng travel biasanya adalah golongan single but profesional dalam usia lingkungan akhir 20 an hingga pertengahan 40 an.
Berada dalam lingkungan umur yang hampir sama memudahkan dan mempercepatkan bonding sesama geng travel seterusnya dari sekadar kawan travel menjadi menjadi teman baik seperti ahli keluarga.
Masalah yang sama ramai kaki travel hadapi ialah nak travel tapi takde kawan dan lepas ikut trip dengan TMPL Backpackers, insya Allah 70% masalah dah selesai dan selepas ini boleh cuba merancang travel sendiri bersama-sama kawan yang dah dikenali.