Majalah Muhibah ... Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah

download Majalah Muhibah ... Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah

of 18

  • date post

    02-Mar-2021
  • Category

    Documents

  • view

    4
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of Majalah Muhibah ... Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah Menengah

  • 2 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

  • 3Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

    Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah mengadakan Majlis Pelancaran Akta Rukun Tetangga 2012 pada 9 Ogos 2012 bertempat di Garden Ballroom, Marriot Hotel Putrajaya. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

    Program ini merupakan acara bersejarah kerana buat julung kalinya, semua pegawai JPNIN telah menerima pewakilan kuasa daripada Menteri bagi menjalankan kewajipannya selaras dengan Akta Rukun Tetangga 2012.

    Seramai 124 orang pegawai JPNIN telah menerima wa kah pelan kan masing-masing sebagai Pengarah Rukun Tetangga, Timbalan Pengarah Rukun Tetangga dan Penolong Pengarah Rukun Tetangga. YBhg. Dato’ Azman Amin bin Hassan telah dilan k sebagai Ketua Pengarah Rukun Tetangga manakala En. L. Gandesan a/l Letchumanan telah dilan k sebagai Timbalan Ketua Pengarah Rukun Tetangga. Majlis diakhiri dengan Majlis Ramah Mesra.

    Sebagai penghargaan kepada semua warga kerja JPNIN yang telah menghadiri majlis tersebut, satu Majlis Ramah Mesra Berbuka Puasa bersama YBhg. Dato’ Ketua Pengarah JPNIN turut diadakan.

    Majlis Pelancaran Akta Rukun Tetangga 2012

    Berita : Nazliza Binti Mohd Nazrin Suntingan : Michele Lim Lean Ming

  • 4 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

    KECEMERLANGAN prestasi kerja tahunan dan kesetiaan berkhidmat lama dengan kerajaan dihargai apabila warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di seluruh negara menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sijil Pengiktirafan Perkhidmatan.

    Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disini pada 22 Mei 2012 telah disempurnakan Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Seramai 315 Warga Kerja JPNIN daripada pelbagai jawatan telah terpilih menerima APC kerana prestasi kerja mereka sepanjang tahun 2011. Daripada jumlah tersebut, 14 adalah pegawai dan kakitangan di peringkat Ibu Pejabat JPNIN dan 301 dari peringkat Negeri, termasuk Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan.

    Pemilihan penerima APC ini adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah digariskan di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA), Bilangan 2 Tahun 2002, iaitu memperolehi markah 85% dan ke atas; penilaian atas sumbangan calon kepada organisasi, Perkhidmatan Awam, komuniti, daerah, negeri, negara dan peringkat antarabangsa; di mana bilangan penerima tidak melebihi 8% daripada jumlah keseluruhan perjawatan warga Jabatan pada 31 Disember 2011 lalu.

    Dalam majlis ini juga telah disampaikan Sijil Pengiktirafan Perkhidmatan, kepada 15 Warga Kerja Jabatan yang telah dan akan bersara pada tahun 2012 sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam Perkhidmatan Awam sepanjang hampir separuh daripada hayat mereka, iaitu sekurang-kurangnya 25 tahun dalam perkhidmatan.

    Majlis juga turut meraikan kejayaan Pasukan Inovasi Jabatan (e-Sepakat) yang telah memenangi Tempat Ketiga di peringkat Jabatan Perdana Menteri di dalam kategori Most Promising.

    315 WARGA KERJA JPNIN TERIMA APC Berita : Adiratno Che AniSuntingan : Zulku li Aziz

    Berita : Zainudin Ali Chua Suntingan : Mohd Azani Jabar

    Atas keperihatinan dan semangat perpaduan, JPNIN telah mengadakan kutipan amal bagi menyahut MISI KEMANUSIAN SOMALIA yang dianjurkan oleh Pertubuhan Siap Siaga Malaysia (SIAP SIAGA). Program amal ini merupakan satu sokongan moral kepada mangsa yang terlibat di mana seramai 3.8 juta penduduknya terutamanya di selatan dan tengah Somalia berada dalam kebuluran dan lebih 2.9 juta orang khususnya kanak-kanak berisiko mati jika tidak mendapat bekalan makanan dengan seberapa segera.

    JPNIN telah berjaya mengumpul sebanyak RM38,239.50 hasil sumbangan warga kerja JPNIN, ahli-ahli Rukun Tetangga dan ibu bapa pelajar tabika/tadika di seluruh Malaysia. Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Pengarah Bahagian Korporat JPNIN selaku penyelaras kepada Dato’ Ketua Pengarah JPNIN di Majlis APC JPNIN pada 22 Mei 2012.

    JPNIN merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kemanusiaan ini khususnya kepada semua penyumbang.

    SUMBANGAN KEMANUSIAN MANGSA KEBULURAN DAN PELARIAN AKIBAT KEMARAU DAN PERANG SAUDARA DI SOMALIA

  • 5Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

    Pertandingan Debat Perpaduan Antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) merupakan acara tahunan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bagi Kelab Sekritariat Rukun Negara dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT); RTM, Filem Negara Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor dan Sekretariat Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). Pertandingan ini menjadi platform kepada para mahasiswa menguji tahap pengetahuan dan keprihatinan mereka tentang isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan negara dan integrasi nasional di negara ini serta mengcungkil kewibawaan mereka sebagai pemimpin di masa hadapan dalam membahaskan isu-isu berkenaan.

    Bagi tahun ini, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang telah dipilih sebagai tuan rumah Pertandingan

    Berita : Nomalin Saikhani Suntingan : Aidil Andy

    Debat Perpaduan Antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2012 yang berlangsung dari 3 hingga 7 Julai 2012.

    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dinobatkan sebagai Johan, manakala Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai Naib Johan, dan tempat Ketiga diberikan kepada dua pasukan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Pertandingan tersebut juga telah memilih Mohd. Ikhwan bin Mohd Rosseli daripada USIM sebagai Pembahas Terbaik, manakala Pembahas Harapan pula adalah Muhammad Badri Ishak (UPM), Mohd Fikrie Azlan (UPM) dan Mohammad Ibnu Mohamed (UiTM). Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YB Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 7 Julai 2012 yang diadakan di Dewan Besar UPM, Serdang, Selangor.

    PERTANDINGAN DEBAT PERPADUAN ANTARA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) 2012

    Interfaith YOUTH ORCHESTRAProgram ini telah diadakan pada 1 Mei 2012 di HGH Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur dan telah

    dirasmikan oleh Y.B. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Program ini bertujuan untuk mempromosikan perpaduan negara dan mewujudkan masyarakat penyayang melalui muzik dan drama. Seramai 250 orang peserta belia daripada pelbagai badan agama seperti Islamic Youth Movement of Malaysia, Buddhist Missionary Society, Catholic Church, Council of Churches of Malaysia, Malaysia Hindu Sangam dan Malaysian Gurdwaras Council telah mengambil bahagian dalam program ini. Program ini merupakan hasil kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bersama Sathya Sai Baba Central Council of Malaysia (Friendship Group for Inter-Religious Services).

    Berita : Unit Perhubungan Agama Suntingan : Aidil Andy

  • 6 Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

    LAWATAN MUHIBBAH AHLI JAWATANKUASA MEMPROMOSIKAN PERSEFAHAMAN DAN KEHARMONIAN DIANTARA PENGANUT AGAMA (JKMPKA)

    Menghargai anutan agama dan amalan budaya yang berbeza dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum merupakan perkara penting bagi mewujudkan toleransi demi mengekalkan keharmonian, keamanan dan kedamaian rakyat negara ini.

    Sehubungan dengan itu, pada 18 hingga 21 Jun 2012 yang lalu, seramai 35 ahli Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) telah mengadakan Lawatan Muhibah ke Sarawak.

    Lawatan yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dato’ Azman Amin Hassan selaku Pengerusi JKMPKA telah diraikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin dan Isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dalam satu majlis makan malam di Astana Negeri, Petra Jaya, Kuching.

    Hadir sama Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Haji Kipli Yassin, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak, Datu Haji Putit Matzen dan Timbalan Pengarah JPNIN Sarawak, Delin Liet Blaun.

    Selepas lawatan Muhibah ke Sarawak, pada 3 Julai 2012, seramai 18 orang ahli JKMPKA juga turut mengadakan kunjung hormat ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Rombongan tersebut telah disambut oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tn. Haji Zakaria bin Isa dan satu sesi taklimat telah diberikan kepada ahli-ahli JKMPKA mengenai latar belakang dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh masjid ini sejak tahun 2000. Ahli-ahli JKMPKA bukan Islam turut diberi penerangan mengenai cara hidup dan amalan agama Islam termasuk ibadah solat.

    Berita : Unit Perhubungan Agama Suntingan : Aidil Andy

  • 7Bil. 2-2012 Majalah Muhibah

    Program Global Peace Leadership Exchange (GPLE) TINGKATKAN IMEJ KESTABILAN MASYARAKAT MALAYSIA DI MATA DUNIA

    MEMPROMOSIKAN keunikan budaya masyarakat Malaysia pelbagai kaum dan keharmoniannya boleh meningkatkan imej kestabilan masyarakat Malaysia di mata dunia.

    Dengan tujuan tersebut, pada 23 Mei 2012 lalu, ‘Program Global Peace Leadership Exchange (GPLE) Kali Ke-10’ telah berjaya dianjurkan bersama oleh Global Peace Festival Malaysia (GPFM) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

    Program yang telah dirasmikan oleh Dato’ Azman Amin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu menyambut baik kehadiran delegasi dari Korea Selatan, dan ianya diadakan dalam dua segmen iaitu berbentuk Forum dan Program Integrasi Komuniti. Bagi segmen forum, ianya telah diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya dengan taj