Majikan Masuk Mahkamah - osmanaffan.com · Namun apa yang tidak biasa berlaku ialah majikan yang...

111
Page of 1 111

Transcript of Majikan Masuk Mahkamah - osmanaffan.com · Namun apa yang tidak biasa berlaku ialah majikan yang...

Page � of �1 111

Page � of �2 111

TERIMA KASIH.

Terima kasih kerana memuat turun ebook ini. Ebook ini adalah hasil kompilasi tulisan saya sejak 2014 hingga kini. Perjalanan mengutip pengalaman bagi menyiapkan ebook ini adalah lebih kurang 5 tahun.

Ebook ini adalah catatan saya terhadap apa yang berlaku kepada saya, keluarga dan syarikat apabila berlaku kes pecah amanah dalam syarikat Osman Affan SmartStudy & Consultant.

Kes pecah amanah, mencuri atau majikan kena khianat adalah perkara biasa dan selalu berlaku. Dalam industri training juga biasa berlaku.

Namun apa yang tidak biasa berlaku ialah majikan yang kena tipu dan kena khianat, mengambil tindakan undang-undang dan melawan bermati-matian untuk membersihkan semula nama baik syarikat.

Dalam ebook ini, saya hanya tulis apa yang telah berlaku dan apa yang telah dibuktikan di mahkamah. Tentu anda sudah tahu, apa yang kita tahu, belum tentu kita boleh buktikan di mahkamah.

Sebagai contoh, kita lihat dengan mata kepala kita sendiri seorang pencuri mencuri duit dan kemudian merosakkan periuk nasi kita di dalam rumah kita sendiri. Kemudian dia berjaya melarikan diri sambil ketawa dan mendabik dada.

Walaupun tidak ada keraguan bahawa orang itu adalah pencuri, di dalam mahkamah, tidak semudah itu untuk ia dibuktikan. Pencuri itu boleh berkata bahawa kita sedang menipu. Pencuri itu boleh menipu dengan mengatakan bahawa barang curi itu adalah miliknya. Malah pencuri itu boleh menyebarkan fitnah bahawa dia sebenarnya yang teraniaya.

Jadi, ebook ini, menerangkan tentang 7 perkara yang membuat kami menang di mahkamah dan berjaya membuktikan bahawa kecurian, pecah amanah dan pengkhianatan benar-benar telah berlaku.

Semoga ia mampu memberi sedikit ilmu dan persepsi baru buat kita semua dalam mengharungi cabaran hidup yang tidak pernah jemu melintas di hadapan mata.

Page � of �3 111

Osman Affan

Page � of �4 111

Page � of �5 111

7 Perkara Majikan Wajib Tahu bagaimana kami berjaya menang saman

terhadap BEKAS PEKERJA YANG MENIPU, MENCURI & PECAH AMANAH.

01

03

0504

02

0607

Appointment Letter

EPF & SOCSO

Peguam & laporan Polis

Facebook & Media Sosial

Lawan dengan Fakta, bukan

cerita kosongWhatsapp, email & HP

Sokongan & Dorongan

Sahabat

MAJIKAN MASUK MAHKAMAH

OSMAN AFFAN

=======================

Bagaimana kes ini bermula=======================

Sekitar awal Disember 2013, satu malam, saya terperasan, 2 orang anakanda saya memakai baju tidur yang koyak-koyak pada bahagian lutut dan punggungnya.

Saya terus tegur Puan Isteri, kenapa bagi anak pakai baju koyak begitu, kenapa tidak beli baju lain?

Puan Isteri menjawab dengan satu jawapan ringkas yang terpahat, terbakar dan terukir dalam otak yang terkurung dalam tengkorak kepala saya hingga kini...

"Mana ada duit Bang... Abang tak perasan ke, sejak lebih setahun lepas, kalau minta duit nak beli apa-apa, abang mesti jawab, duit ada, tapi nak backup duit gaji staff...."

=========================Tidak pernah tersentak sebegitu=========================

Sepanjang usia perkahwinan kami, rasanya tidak pernah saya tersentak sebegitu. Rasa malu, sedih dan kecewa dengan diri sendiri kerana saya rasa saya telah gagal menjaga kebajikan ahli keluarga saya dengan baik.

Lutut saya terasa begitu lemah. Wajah dan mata saya tidak dapat menahan perasaan kecewa dan sedih yang memenuhi ruang hati saya.

Bermula malam itu, saya terus gagahkan diri berhadapan dengan situasi sebenar perniagaan saya. Situasinya ialah saya sebenarnya sudah tidak mampu menanggung kos membayar gaji pekerja dan urusan syarikat.

Sewa pejabat sudah beberapa bulan tertunggak. Kereta saya sudah keluar surat arahan tarik daripada bank. EPF & Socso pekerja ada beberapa bulan tertunggak. Duit tidak ada yang masuk dan jemputan program pula seperti langsung tidak ada. Kalau ada pun, pasti akan dibatalkan pada saat akhir.

Page � of �6 111

====================Keputusan berhentikan pekerja

====================

Percaya atau tidak, rasa sakit disebabkan tersentak itu membuat saya berani membuat keputusan untuk merendahkan ego saya dan melepaskan semua staf saya.

Siapa yang ada pengalaman menjadi majikan tentu tahu apa perasaannya apabila kita terpaksa lepaskan staf. Ada rasa malu dan ada rasa bimbang sebab terfikir bagaimana pula mereka mahu cari pekerjaan lain nanti.

Saya sangat bimbang apakah nasib trainer-trainer saya kalau saya berhentikan mereka. Saya siap ada terfikir mahu berikan mereka modul SmartStudy secara percuma. Malah saya ada terfikir mahu berikan mereka Macbook syarikat, iPhone syarikat dan sound system syarikat untuk membantu mereka.

Jadi pada 26 Disember 2013, saya panggil semua staf yang masih bekerja untuk maklumkan bahawa saya dan syarikat sudah tidak mampu menanggung mereka. Rasa malu dan sedih sukar untuk saya gambarkan ketika itu kerana saya rasa saya telah gagal menjaga kebajikan trainer dan staf yang bekerja di bawah saya.

Saya beri jaminan kepada pekerja saya bahawa saya akan bantu mereka untuk memulakan kerjaya baru sebaik yang mungkin agar saya dapat menebus kegagalan saya itu.

=======================Berita mengejutkan!

=======================

27 Disember 2013, sehari selepas saya lepaskan pekerja-pekerja saya, saya secara tidak sengaja menerima satu berita yang mengejutkan. Berita itu adalah berkenaan apakah sebab sebenar yang menyebabkan syarikat saya jatuh, gagal, hampir bankrap dan terpaksa lepaskan semua pekerja.

Rupa-rupa ada berlaku kecurian, pecah amanah, penipuan dan pengkhianatan yang telah berlarutan sejak 2 tahun sebelumnya.

Page � of �7 111

Ketika saya menerima berita tersebut, lutut saya terasa lemah. Tangan saya menggigil. Menggigil bukan kerana marah tetapi kerana terfikir betapa bodohnya saya kerana boleh diperbodohkan oleh trainer yang pecah amanah selama lebih kurang 2 tahun!

=======================Sudah jatuh ditimpa tangga. =======================

Selepas kami pecat 2 trainer yang pecah amanah, kami mula terdengar khabar angin atau fitnah yang mengatakan bahawa kami adalah majikan yang jahat dan tidak berhati perut. Mengapa? Ia kononnya kerana

1. Tidak bayar gaji pekerja.

2. Tidak bayar EPF & SOCSO pekerja.

3. Tidak bayar elaun pekerja.

Ada beberapa lagi tuduhan pelik-pelik yang dilemparkan kepada kami tetapi 3 tuduhan itulah yang paling besar kerana ia boleh melibatkan undang-undang.

Akibat tuduhan dan fitnah ini, saya & puan isteri mula dipulaukan oleh kawan-kawan trainer dalam industri. Ramai juga kawan trainer yang dulu baik, rapat dan selalu belajar sesuatu daripada saya tiba-tiba sahaja membuat posting mengutuk saya.

Tiba-tiba sahaja sampai ke telinga saya sekumpulan trainer yang dulu banyak saya bantu ahlinya, menjadikan saya sebagai bahan kutukan dalam perbualan sesama mereka. Jadi mereka ini turut membantu menyebarkan lagi fitnah dan tuduhan tadi kepada saya dan juga kepada nama baik syarikat saya.

Apa yang membuat saya agak kecewa ketika itu ialah trainer-trainer ini langsung tidak bertanya kepada saya tentang apa sebenarnya yang berlaku. Mereka cuma dengar cerita yang disampaikan oleh bekas trainer lalu mereka sebarkan kepada seramai mungkin termasuk kepada pelanggan-pelanggan syarikat kami.

Page � of �8 111

=======================Majikan di mata orang ramai

=======================

Jika anda adalah seorang majikan, tentu anda telah sedar bahawa di mata orang ramai, majikan lebih mudah nampak buruk dan jahat berbanding pekerja. Apa perkara buruk yang pekerja ceritakan berkenaan majikan sangat mudah diterima oleh orang ramai.

Akibatnya, walaupun saya yang dianiaya, saya yang hampir bankrap dan saya yang ditipu selama 2 tahun, saya pula yang kelihatan jahat dan tidak berhati perut di kalangan kawan-kawan dan juga pelanggan syarikat.

=======================Kronologi apa yang berlaku

=======================

Saya tidak mahu bercerita lebih panjang dan secara terperinci dalam penulisan kali ini kerana fokus penulisan ini adalah apakah yang kami lakukan sehingga kami berjaya melawan fitnah bekas pekerja yang pecah amanah dan berjaya menyaman mereka di mahkamah hingga kami menang di mahkamah sivil, mahkamah tinggi dan juga mahkamah rayuan.

Jadi dalam muka surat seterusnya, saya sertakan imej ringkasan kronologi apa yang berlaku daripada awal hingga kami tamat mengambil tindakan mahkamah terhadap bekas pekerja kami.

=================================

Page � of �9 111

Page � of �10 111

Page � of �11 111

7 Perkara Majikan Wajib Tahu bagaimana kami berjaya menang saman

terhadap BEKAS PEKERJA YANG MENIPU, MENCURI & PECAH AMANAH.

01

03

0504

02

0607

Appointment Letter

EPF & SOCSO

Peguam & laporan Polis

Facebook & Media Sosial

Lawan dengan Fakta, bukan

cerita kosongWhatsapp, email & HP

Sokongan & Dorongan

Sahabat

MAJIKAN MASUK MAHKAMAH

OSMAN AFFAN

Perkara 1: Appointment Letter

Page � of �12 111

=======================Ada majikan terlepas pandang.

=======================

Selepas kami menang tindakan mahkamah terhadap bekas trainer yang pecah amanah dan mahkamah membenarkan tuntutan gantirugi kami terhadap mereka, ramai juga sahabat di kalangan majikan yang menghantar mesej kepada saya.

Ramai yang mengucapkan tahniah. Namun dalam masa yang sama, ada ramai juga yang bertanya pendapat dan pandangan saya mengenai situasi mereka dengan pekerja mereka.

Rupa-rupanya, pekerja mencuri atau pecah amanah bukanlah satu perkara yang pelik atau jarang berlaku. Ia sangat biasa dan sangat banyak berlaku.

Cuma dalam kes saya ini, bunyi kes pecah amanah ini agak pelik kerana bekas trainer saya itu menyampaikan modul-modul motivasi, teknik belajar dan sahsiah diri kepada pelajar di sekolah. Memang mengejutkan apabila trainer yang sibuk bercerita tentang sahsiah dan personaliti cemerlang rupa-rupanya dalam diam 2 tahun membuat khianat kepada majikan tempat dia bekerja.

Jadi, apabila rakan majikan bertanya kepada saya tentang situasi pecah amanah, kecurian atau kesalahan yang dilakukan oleh pekerja mereka, saya pasti akan tanyakan satu soalan terpenting ini.

“Staf atau pekerja Tuan / Puan ada tandatangan Appointment Letter (surat perlantikan) atau tidak?”

Agak mengejutkan juga, kebanyakan rakan majikan yang meminta pendapat saya itu sebenarnya tidak pernah mengeluarkan surat perlantikan atau pekerja mereka tidak pernah menandatangani surat perlantikan kerja (appointment letter).

Page � of �13 111

=======================Tidak ada appointment letter

=======================

Apabila tidak ada appointment letter, ia bermaksud pekerja tersebut secara rasminya bukan pekerja majikan tersebut. Jika mereka bukan pekerja, bagaimana mereka boleh diambil tindakan undang-undang di atas apa-apa kesalahan?

Banyak bahaya yang jelas jika pekerja tidak ada appointment letter. Yang paling jelas ialah mereka sebenarnya tidak terikat dengan apa-apa peraturan yang syarikat kita kenakan kepada mereka.

Mereka boleh berhenti kerja bila-bila masa sahaja yang mereka mahu. Lebih membimbangkan, mereka boleh bawa keluar apa sahaja maklumat penting atau rahsia syarikat dan gunakan untuk kepentingan mereka sendiri.

=======================Appointment letter SmartStudy

=======================

Semasa saya ambil bekerja 2 bekas trainer yang terlibat dengan masalah pecah amanah ini, saya tidak pandai langsung cara untuk membuat appointment letter. Jadi apa yang saya lakukan ialah merujuk kepada beberapa sahabat saya yang sudah lama memiliki syarikat.

Sahabat-sahabat saya bukan sahaja berikan tip dan panduan tentang apa yang perlu ditulis dalam surat tersebut, malah mereka berikan contoh appointment letter yang boleh saya tiru.

Kata mereka, tiru sahaja isi kandungan yang ada surat tersebut kerana hampir semuanya sama atau ‘standard’ sahaja. Kemudian tambahkan beberapa elemen lain yang unik kepada syarikat saya sendiri.

Page � of �14 111

Jadi, dalam appointment letter SmartStudy, kebanyakan isinya adalah sama seperti kebanyakan appointment letter syarikat lain. Apa yang mungkin ditambah oleh saya ialah berkenaan 4 perkara iaitu:

i. Tugas di luar waktu bekerja.

ii. Rahsia & harta intelek syarikat.

iii. Persaingan selepas bekerja.

iv. Hasil kerja & harta intelektual syarikat.

=======================Mengapa tidak boleh buat training di luar waktu bekerja?

=======================

Saya pernah terima soalan, mengapa saya tidak benarkan staf atau trainer saya menjalankan program lain di luar waktu bekerja? Maksud program lain ialah program yang mereka kendalikan sendiri dan duit program sepenuhnya masuk ke poket sendiri.

Sebabnya ialah bagaimana saya boleh pastikan sama ada program yang dijalankan di luar waktu bekerja itu adalah bukan modul syarikat?

Bagaimana pula saya mahu pastikan bahawa program di luar waktu kerja itu promosinya atau ‘marketing’nya tidak dilakukan semasa trainer bertugas dalam waktu syarikat?

Lebih rumit lagi, pihak syarikat juga mempromosikan trainer sebagai individu yang menjalankan program buat syarikat. Pihak syarikat keluarkan duit dan luangkan masa untuk promote trainer syarikat.

Apabila trainer sudah dikenali, dia mahu buat program di luar waktu bekerja dan hasilnya semua diambil? Sangat rumit.

Page � of �15 111

=======================Contoh Appointment letter SmartStudy

=======================

Bersama ebook ini, saya sertakan contoh appointment letter SmartStudy. Ia sedikit sebanyak mungkin memberi panduan dan contoh buat sahabat majikan yang baru mahu menyiapkan appointment letter untuk syarikat sendiri.

Saya percaya, yang mana boleh diambil, silakan ambil. Yang mana perlu dibuang dan ditambah, terpulang kepada keperluan sahabat semua nanti.

Contoh di bawah adalah appointment letter kami kepada 2 trainer kami. Cuma bahagian cover sahaja berbeza. Jadi contoh dimulakan dengan 2 cover appointment letter dan seterusnya isi kandungan surat tersebut.

=======================

Untuk pengetahuan sahabat pembaca sekalian, appointment letter ini turut dibawa dan dipertontonkan sebagai salah satu bahan bukti di dalam perbicaraan di mahkamah.

Maksudnya, apabila mahu ambil tindakan undang-undang terhadap pekerja yang pecah amanah, appointment letter adalah antara perkara pertama yang diperlukan sebelum diteruskan dengan bukti-bukti yang lain.

Page � of �16 111

Page � of �17 111

Page � of �18 111

Page � of �19 111

Page � of �20 111

Page � of �21 111

Page � of �22 111

Page � of �23 111

Page � of �24 111

Page � of �25 111

7 Perkara Majikan Wajib Tahu bagaimana kami berjaya menang saman

terhadap BEKAS PEKERJA YANG MENIPU, MENCURI & PECAH AMANAH.

01

03

0504

02

0607

Appointment Letter

EPF & SOCSO

Peguam & laporan Polis

Facebook & Media Sosial

Lawan dengan Fakta, bukan

cerita kosongWhatsapp, email & HP

Sokongan & Dorongan

Sahabat

MAJIKAN MASUK MAHKAMAH

OSMAN AFFAN

Perkara 2: EPF & SOCSO

Page � of �26 111

=======================Wajib bayar EPF & SOCSO pekerja

=======================

Jika sudah ada appointment letter dan pekerja itu sah bekerja denga syarikat kita, adalah wajib bagi kita sebagai majikan membayar caruman EPF & SOCSO mereka. Jika tidak dibayar, majikan boleh diambil tindakan undang-undang.

Saya rasa, sebagai majikan, caruman ini terasa berat kerana majikan perlu bayar tambahan lebih kurang 12%-13% daripada gaji pekerja untuk bayar kedua-dua caruman ini. Namun walaupun mungkin terasa berat, ia adalah satu perkara yang biasa dan perlu dilalui oleh pihak yang bergelar majikan.

=======================Mengapa berani ambil tindakan mahkamah

=======================

Salah satu sebab kami berani ambil tindakan mahkamah terhadap kes pecah amanah malah menang pula adalah disebabkan kami mencarum EPF & SOCSO pekerja-pekerja kami.

Selama 3 tahun mereka bekerja, caruman mereka dilakukan oleh pihak syarikat. Namun, pada tahun 2013, ketika syarikat sudah mula nazak dan prestasi kewangan jatuh merudum, pihak syarikat mula hadapi masalah.

Akibatnya, ada beberapa bulan caruman EPF & SOCSO tertangguh. Apa yang ramai tidak tahu ialah jika ada masalah untuk mencarum, majikan sentiasa boleh hubungi pegawai daripada EPF atau SOCSO untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian untuk masalah caruman tertunggak itu.

Page � of �27 111

=======================Apa yang kami dengar

=======================

Apa yang mengejutkan dan menyedihkan kami sebagai majikan ialah khabar angin dan tuduhan yang kami dengar disebarkan merata-rata iaitu seolah-olah kami langsung tidak membayar EPF atau SOCSO pekerja kami selama 3 tahun mereka bekerja. Malah tuduhan juga berbunyi yang kami tidak membayar gaji pekerja.

Saya fikir, adakah orang percaya khabar angin berbentuk fitnah ini? Adakah orang percaya yang 3 tahun bekerja, gaji, EPF & SOCSO langsung tidak dibayar?

Secara lojiknya, kalau tidak dibayar gaji, EPF & SOCSO, berapa lama agaknya seorang pekerja akan bertahan dan terus bekerja? Sebulan? 6 bulan? Setahun?

Dalam kes kami, trainer ini bukan bekerja selama sebulan dua tetapi 3 tahun! Malah, di akhir 3 tahun, mereka dipecat, baru mereka tinggalkan syarikat.

Ada sesiapa terfikir apa yang membuat mereka melekat bekerja di syarikat kami walaupun ada tuduhan kami tidak membayar gaji dan caruman?

=======================Isu EPF & SOCSO di mahkamah

=======================

Saya dapati, semasa perbicaraan di mahkamah sivil, isu EPF & SOCSO ini langsung tidak diberikan perhatian yang besar. Maksudnya ia adalah satu perkara kecil kerana peguam kami telah menjelaskan bahawa

1. Cuma ada beberapa bulan sahaja caruman yang tertunggak.

2. Sebelum ini semua caruman dibayar dengan sempurna.

3. Syarikat tidak mampu membayar caruman pula adalah disebabkan oleh aktiviti pecah amanah bekas trainer sendiri yang menyebabkan syarikat hilang dan kurang sumber pendapatan.

Page � of �28 111

=======================Bekas trainer masih cuba menjatuhkan

=======================

Setelah kami menang saman mahkamah sivil pada Mei 2015, pada bulan Julai tahun yang sama, bekas trainer kami Syed Faizal Sitheek Rahman cuba membuat tindakan balas. Dia pergi ke SOCSO dan membuat laporan bahawa syarikat saya tidak membayar caruman SOCSOnya.

Tindakan ini agak mengejutkan saya dan syarikat kerana jumlah caruman itu, kalau dibuat pun, bukan akan diterima atau dimasukkan ke dalam akaun Syed Faizal ini. Jadi kami berpendapat ketika itu bahawa jelas dia mahu mengenakan kami dengan tindakan membuat laporan tersebut.

Saya tidak pernah ada pengalaman berdepan dengan pihak SOCSO begini. Jadi ia agak mendebarkan juga. Akhirnya, saya pergi sendiri bertemu dengan pegawai yang bertugas berkenaan laporan ini. Apakah hasilnya?

Baca posting FB saya yang bertarikh 24 Julai 2015 di bawah.

PERKESO mahu saman saya RM10,000 dan penjara 2 tahun?

2 minggu lalu, pejabat saya dikunjungi seorang pegawai Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial. Juga dikenali sebagai SOCSO). Pegawai itu memberitahu,

"Pihak kami menerima ADUAN daripada Syed Faizal Bin Sitheek Rahman berkenaan caruman SOCSO tertunggak.......

.....Keengganan pihak syarikat membuat bayaran boleh menyebabkan syarikat di dakwa dan boleh dikenakan saman RM10,000 dan penjara 2

tahun...."

Page � of �29 111

Saya tidak ada di pejabat ketika pegawai ini hadir. Jadi saya cuma terima pesanan daripada Tim SmartStudy, baca surat dan email yang dihantarkan. Nampaknya ex-trainer saya ini bersungguh-sungguh mahu MENGENAKAN saya dan syarikat saya melalui PERKESO.Apabila saya maklumkan perkara ini kepada Puan Isteri, reaksi spontan beliau ialah"Kerja tak buat, curi program, pintas program, cipta email palsu, buat invois palsu, rosakkan nama syarikat, curi nota dengan modul syarikat, buat syarikat jadi bankrap...sekarang, bukan datang minta maaf, nak khianat dan jatuhkan kita lagi?Lepas tu pergi buat training, ajar orang korporat, ajar cikgu sekolah dan ajar pelajar sekolah tentang INTEGRITI dan SAHSIAH DIRI?"Saya sendiri tidak terlalu terkejut dengan perkara ini kerana sudah menjangkakannya. Saya kira, inilah STRATEGI mereka mahu mengenakan saya seperti yang mereka bangga-banggakan sangat dalam facebook mereka.

*************************Dipendekkan cerita... *************************

Saya aturkan pertemuan dengan pegawai tersebut pagi tadi, jam 10 pagi. Pertemuan kami sangat ringkas dan berakhir dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja. Saya terangkan kepada pegawai ini berkenaan bekas pekerja saya ini yang pecah amanah, mencuri dan sebagainya dan sudah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah (maklumat lanjut boleh dibaca melalui link ini  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153378185097743&set=a.46661252742.71970.530422742&type=3&theater)

Komen pegawai Perkeso ini, perkara sebegini memang sudah biasa berlaku. Banyak kes di mana pekerja yang buat hal tetapi akhirnya membuat aduan terhadap majikan kerana tidak puas hati.Saya lihat, tidak puas hati dan mahu kenakan majikan itu sangat jelas kerana jika pembayaran dibuat kepada Perkeso, sama ada tertunggak atau pun denda, satu sen pun tidak akan dapat ke tangan bekas pekerja.Apa yang dapat hanyalah PUAS HATI dan mungkin GEMBIRA melihat bekas majikan berada dalam keadaan susah dan huru-hara.

Page � of �30 111

******************** Keputusan pertemuan

********************

Alhamdullillah, pertemuan dan perbincangan ini dipermudahkan. Saya dan Puan Isteri sangat bersyukur. Kami langsung tidak dikenakan sebarang saman atau denda akibat aduan ini. Apa yang perlu kami lakukan ialah membayar tunggakan caruman Perkeso bagi beberapa bulan yang belum dibayar. Syukur Ya Allah.(Sekadar perkongsian, ex-trainer ini sibuk membuat pengumuman ke sana ke mari tentang "EPF dan SOCSO KAMI TIDAK DIBAYAR! Bunyinya seperti sepanjang 3 tahun dia bekerja, EPF dan SOCSO langsung tidak pernah dibayar. Jadi ramai yang mendengar cerita mereka rasa kasihan, terpengaruh dan menyokong mereka kerana percaya bahawa EPF dan SOCSO langsung tidak pernah dibayar.Padahal, yang tidak dibayar atau tertunggak hanyalah pada beberapa bulan tahun terakhir sebelum mereka dipecat. Mengapa syarikat tidak dapat bayar EPF dan SOCSO? (Kerana aktiviti pecah amanah mereka yang menyebabkan duit tidak masuk ke syarikat dan syarikat menanggung kerugian besar setiap bulan.)Menurut pegawai Perkeso ini lagi, disebabkan semua bayaran telah diselesaikan, pihak beliau akan memaklumkan kepada bekas pekerja ini bahawa tunggakan telah dibayar dan kes ini sudah ditutup!Case Closed!********************* Pesanan Penaja ********************* Pesan saya buat sahabat usahawan yang baru atau belum ada pengalaman dalam perkara sebegini, tidak perlu risau jika bekas pekerja mahu menganiaya kita. Jika kita lakukan sesuatu yang betul mengikut peraturan dan undang-undang yang telah disediakan, Insyaallah kebajikan kita sebagai majikan akan terjaga dan terpelihara.Buat sahabat-sahabat yang mengenali ex-trainer saya ini pula, mohon sampaikan salam saya buat mereka (saya tidak boleh lihat FB mereka kerana sudah lama mereka block FB saya dan Puan Isteri). Beritahu mereka, "Nice game... Good Try, Good Move.... Now Wait For Our Next

Move..."  :-)

Page � of �31 111

Page � of �32 111

7 Perkara Majikan Wajib Tahu bagaimana kami berjaya menang saman

terhadap BEKAS PEKERJA YANG MENIPU, MENCURI & PECAH AMANAH.

01

03

0504

02

0607

Appointment Letter

EPF & SOCSO

Peguam & laporan Polis

Facebook & Media Sosial

Lawan dengan Fakta, bukan

cerita kosongWhatsapp, email & HP

Sokongan & Dorongan

Sahabat

MAJIKAN MASUK MAHKAMAH

OSMAN AFFAN

Perkara 3: Peguam & Laporan Polis

Page � of �33 111

=======================Rujuk peguam sebelum buat laporan polis.

=======================

Jika kita sudah buat keputusan untuk mengambil tindakan terhadap kes salah laku atau jenayah yang dilakukan oleh pekerja, laporan polis perlu dibuat. Laporan polis ini akan menjadi sumber rujukan utama terhadap apa yang kita akan tuntut kepada pekerja di mahkamah nanti.

Namun ada satu perkara yang saya percaya telah memudahkan kami menang di mahkamah semasa melawan bekas trainer kami.

Perkara itu adalah sebelum saya pergi buat laporan di balai polis berdekatan pejabat saya, saya rujuk dahulu peguam yang telah saya lantik untuk menguruskan kes kami ini di mahkamah.

=======================Kenapa rujuk peguam? Bukankah senang sahaja buat laporan?

=======================

Pada mulanya, saya sendiri sangka membuat laporan polis adalah mudah. Benar, ia sangat mudah. Pergi sahaja ke balai polis dan maklumkan yang kita mahu membuat laporan. Pegawai polis yang bertugas akan membantu dan memudahkan kita untuk membuat laporan. Laporan mungkin boleh siap dalam 15-20 minit atau mungkin kurang 1 jam sahaja.

Namun, setelah saya rujuk peguam, rupa-rupanya, apa yang ditulis dalam laporan itu amat penting kerana ia akan menentukan sama ada urusan dalam perbicaraan nanti menjadi senang ataupun susah.

Maksudnya, kalau cara kita menulis laporan itu mengikut suka hati kita sahaja, tidak mengikut aturan atau bahasa yang sesuai menurut undang-undang, amat sukar untuk kita melawan orang yang kita dakwa di mahkamah nanti.

Page � of �34 111

=======================Peguam bantu betulkan draf laporan polis.

=======================

Dalam kes kami, saya buat dahulu satu draf laporan polis. Agak panjang saya tulis. Maklumlah, saya ini seorang penulis dan dalam hati pula api sedang marak menyala. Tambahan pula saya tidak tahu apa yang patut difokuskan dalam tulisan laporan tersebut.

Jadi tulisan laporan saya itu ada banyak yang perlu diperbetulkan. Alhamdulillah, draf kedua yang saya tulis diterima oleh peguam dan saya terus ke balai polis untuk menghantar laporan tersebut.

=======================Pengalaman baru.

=======================

Saya tidak pernah buat sebarang laporan polis sebelum ini rasanya. Jadi ada rasa kekok dan takut-takut sedikit. Saya dapati, saya boleh buat laporan dengan cara dibantu dan ditaip oleh pegawai polis. Cara ini akan memakan masa dan leceh sedikit terutamanya kalau laporan itu panjang.

Apa yang diajarkan kepada saya oleh peguam ialah dengan membawa ‘pen drive’ salinan laporan yang telah saya taip. Jadi apabila sampai ke balai polis, pegawai polis akan ‘copy’ data daripada salinan itu dan ‘paste’ pada laporan polis.

Sangat sekejap dan mudah. Pegawai polis kemudian cetak laporan tersebut dan minta saya baca semula jika ada apa-apa kesilapan yang mahu dibetulkan.

Dalam muka surat seterusnya, saya sertakan salinan laporan polis yang saya buat selepas merujuk kepada pihak peguam.

Sekadar perkongsian, dalam laporan ini, kami tidak tulis semua aktiviti pecah amanah atau mencuri yang dilakukan. Kami cuma sertakan beberapa yang besar dan selebihnya akan diuruskan semasa perbicaraan dalam mahkamah.

Page � of �35 111

Page � of �36 111

Page � of �37 111

=======================Pencuri pun boleh buat laporan polis.

=======================

Jangan terkejut, apabila pekerja kita buat kesalahan dan kita buat laporan polis terhadap mereka, mereka juga boleh membuat laporan polis terhadap kita.

Saya benar-benar terkejut, setelah perbicaraan berlangsung di mahkamah, saya baru tahu bahawa bekas trainer saya yang pecah amanah ada membuat 2 laporan polis terhadap saya dan syarikat saya. Malah, mereka buat laporan polis lebih awal daripada saya.

Bayangkan, saya pecat mereka pada akhir Disember 2013 dan saya buat laporan polis untuk ambil tindakan mahkamah pada Mac 2014. Lebih kurang 3 bulan kemudian.

Mereka?

Mereka telah buat laporan polis terhadap saya seawal Januari 2014 (3 minggu selepas kena pecat). Hanis Jenalis buat laporan polis pada Januari 2014 kononnya posting facebook isteri saya memfitnah dirinya. Disebutkan juga tentang caruman EPF & SOCSO yang tidak diselesaikan.

Syed Faizal pula buat laporan polis pada bulan Mac 2014. Dia buat laporan polis sebab kami buat laporan polis terhadapnya. Saya ulangi. Syed Faizal buat laporan polis terhadap saya kerana saya buat laporan polis berkenaan dia pecah amanah. Dia menafikan pecah amanah itu dengan cara membuat laporan polis.

======================

Posting FB 14 Februari 2018

======================

Pada 14 Februari 2018, saya tulis satu posting menerangkan tentang perkara ini. Perlukah majikan rasa bimbang jika pekerja pecah amanah membuat laporan polis terhadap majikan?

Page � of �38 111

Sumber: facebook.com/osman.affan14 februari 2018

==============================Majikan Masuk Mahkamah. Apabila pekerja yang mencuri dan pecah

amanah ACAH-ACAH INNOCENT dengan membuat laporan polis.==============================

Tahukah anda, sesiapa sahaja boleh buat laporan polis? Ada kemungkinan tidak ramai tahu perkara ini. Saya percaya, ramai yang menyangka, seorang pencuri tidak akan berani membuat laporan polis.

Ramai juga menyangka, jika seseorang itu LEBIH AWAL membuat laporan polis, mungkin dialah ORANG YANG BENAR.

Ini kes yang berlaku pada syarikat kami. Kami temui begitu banyak bukti yang sangat-sangat jelas bahawa 2 orang trainer kami dan turut dibantu oleh kerani kami, membuat aktiviti pecah amanah, mencuri dan menipu pelanggan-pelanggan kami.

Kami dapat tahu perkara ini pada akhir Disember 2013. Isteri saya buat satu posting facebook lebih kurang 2 minggu selepas itu tanpa menyatakan dengan terbuka siapa yang buat kerja tersebut.Kalaulah kita sudah buat salah, mencuri dan mengkhianat, kemudian ia terbongkar dan majikan kita mahu dedahkan perkara tersebut, APAKAH perkara lojik yang akan kita lakukan?Ramai jawab cuba selesai dengan baik, minta maaf dan cuba bayar ganti rugi.

Namun apa yang bekas pekerja kami lakukan? Mereka BUAT LAPORAN POLIS terhadap kami. Mereka kata KAMI FITNAH mereka!

Saya lihat, niat tindakan ini adalah MUDAH DIFAHAMI. Mereka mahu tunjukkan bahawa mereka benar, tidak bersalah dan sedang dianiaya oleh kami, majikan mereka.

Page � of �39 111

Kalau anda tidak kenal saya dan tidak kenal bekas pekerja kami ini, terbaca tentang repot polis tersebut, sudah tentu anda akan PERCAYA dan rasa SIMPATI pada bekas pekerja kami ini bukan?Inilah yang mereka cuba lakukan. Mereka ulang dalam repot polis mereka, ‘KAMI MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA…..’ (Entah kenapa setiap kali terbaca kenyataan itu, perkataan ‘Munafik’ terlintas dalam minda saya.)Sudah buat jahat tetapi masih ada kemampuan menipu dengan ayat tersebut!

=======================Apa yang majikan patut tahu? =======================

Semasa kami BERGELUT dalam situasi ini, kami berada keadaan yang SANGAT SUSAH. Saya sudah tidak ada wang akibat pecah amanah & kecurian yang mereka lakukan selama 2 tahun (Sewa pejabat tidak dapat bayar, kereta sudah keluar surat tarik, hutang utiliti bertimbun dan sebagainya).

Nama saya sudah buruk dalam pasaran akibat mereka aktif menipu pelanggan-pelanggan kami (mereka janji pada sekolah Osman Affan akan hadir tetapi pada hari program mereka yang datang buat program, guna bahan-bahan syarikat dan ambil semua duitnya tanpa pengetahuan kami).

Rakan trainer pula sudah memulaukan kami kerana sudah termakan fitnah bekas pekerja ini. Jadi aktiviti bekas trainer membuat laporan polis ini menambahkan lagi SAKIT dan DERITA kami mengharunginya.

NAMUN, kami benar-benar mendapatkan khidmat nasihat peguam. Peguam kami nasihatkan untuk buat laporan polis. Peguam kami meneliti dan membetulkan draf laporan polis yang kami buat sebelum kami pergi ke balai polis.Malah peguam kami MELARANG kami daripada MENDEDAHKAN maklumat terperinci berkenaan perkara ini di media sosial. Jadi kami TERPAKSA BERDIAM DIRI sahaja. Apa lagi, semakin kuatlah orang percaya bahawa kami yang bersalah.BERITA BAIKnya, BERSALAH atau TIDAK BERSALAH TIDAK BERGANTUNG kepada SIAPA YANG TERLEBIH DAHULU MEMBUAT LAPORAN POLIS!

Page � of �40 111

==============Dalam Mahkamah ==============

Kami dapati, dalam mahkamah, laporan polis yang mereka hasilkan ini LANGSUNG TIDAK MEMBANTU MEREKA. Apa yang JELASnya ialah betapa mereka ini kuat menipu dan cuba menutup kesalahan mereka melalui laporan polis ini.Laporan yang dibuat oleh Mohd Hanis Jenalis mendakwa kami memfitnah mereka. Sekarang sudah jelas terbukti sejelas-jelasnya yang BENAR dia melakukan aktiviti pecah amanah dan mencuri tersebut.Jika anda seorang majikan, bolehkah anda membuat anggaran apakah keperibadian atau personaliti yang dimiliki oleh bekas pekerja kami ini?Laporan polis Syed Faizal Sitheek Rahman Best Belajar itu lagilah MEREPEK-REPEK. Dia buat laporan polis kerana kami buat laporan polis terhadapnya.Saya ulangi. Dia buat laporan polis kerana kami buat laporan polis terhadapnya. Ini bukan sahaja menjadikan kami membuat beberapa andaian tentang akhlaknya tetapi juga berkenaan IQnya.Apa yang menariknya, laporan polis yang mereka lakukan ini menjadi salah satu SENJATA KAMI semasa melawan mereka di mahkamah. Mereka terperangkap dalam beberapa situasi penipuan mereka di mahkamah akibat laporan polis ini. Allah Maha BESAR bukan?

KESIMPULAN.Jika anda seorang majikan dan ada pekerja anda yang didapati melakukan aktiviti mencuri, pecah amanah atau apa sahaja yang salah, sebaiknya perlu dirujuk seseorang yang berpengetahuan sebelum mengambil tindakan.Jika kami tidak dapatkan nasihat sahabat peguam, sudah tentu kami akan luahkan kemarahan kami yang meluap-luap ketika itu di media sosial dan akhirnya akan menyebabkan kami sukar untuk menang di mahkamah.Adakah kami menang melawan mereka di mahkamah? Ya, SUDAH TENTU. Kami menang mahkamah sivil Mei 2015. Syed Faizal bawa masuk mahkamah tinggi.Kami menang mahkamah tinggi pada tahun 2017. Syed Faizal cuba lagi tunjuk hebat dan bawa masuk mahkamah rayuan. Sayang, rayuannya ditolak. Kami menang 3-0, Alhamdulillah.Rujuk imej laporan polis mereka di bawah.

Page � of �41 111

Page � of �42 111

Repot Polis Mohd Hanis Jenalis21 Januari 2014

Page � of �43 111

Repot Polis Syed Faizal Sitheek Rahman

12 Mac 2014

Page � of �44 111

7 Perkara Majikan Wajib Tahu bagaimana kami berjaya menang saman

terhadap BEKAS PEKERJA YANG MENIPU, MENCURI & PECAH AMANAH.

01

03

0504

02

0607

Appointment Letter

EPF & SOCSO

Peguam & laporan Polis

Facebook & Media Sosial

Lawan dengan Fakta, bukan

cerita kosongWhatsapp, email & HP

Sokongan & Dorongan

Sahabat

MAJIKAN MASUK MAHKAMAH

OSMAN AFFAN

Perkara 4: Facebook & Media Sosial

Page � of �45 111instagram.com/osman_affan

www.Facebook.com/Osman.Affan

=======================Posting FB sebelum & semasa berlangsungnya perbicaraan.

=======================

Semasa dalam keadaan marah, sakit hati dan seperti sakit jiwa akibat tahu dikhianati orang yang sangat dipercayai, kita akan cenderung melepaskan kemarahan tersebut di media sosial. Namun, tindakan membuat posting dalam bentuk tuduhan, cemuhan atau kata-kata yang tidak ‘beralas’, boleh memberikan kesan buruk pada perbicaraan yang sedang berlangsung.

Kami failkan kes ke mahkamah sivil pada September 2014 dan perbicaraan berlangsung pada Mac 2015. Sebelum dan semasa perbicaraan ini, peguam kami sentiasa nasihatkan kami agar tidak menulis apa-apa yang bakal dibicarakan dalam mahkamah.

Kami diminta tidak membuat tuduhan secara terbuka dan kami diminta agar tidak membuat posting yang terlalu mendedahkan bukti-bukti yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Menurut peguam kami, jika kami berbuat demikian, pihak lawan mungkin boleh menggunakan posting kami tersebut untuk melawan kami semula dan mungkin juga akan mengalahkan kami.

=======================Tutup mulut, gigit lidah.

=======================

Bayangkan, sepanjang kes belum selesai di mahkamah, kami tidak dapat dedahkan bukti-bukti pecah amanah yang bekas trainer kami lakukan. Kami tidak dapat tunjukkan contoh duit dan cheque yang masuk ke akaun mereka. Kami tidak dapat dedahkan program sekolah mana yang mereka curi dan apakah cara mereka mencuri & mengkhianat selama 2 tahun lamanya.

Jadi, apabila kami dituduh tidak bayar gaji pekerja, dituduh menganiaya pekerja dan dituduh sengaja mahu memburuk-burukkan bekas pekerja, kami hanya boleh tutup mulut, gigit lidah dan menahan jari jemari daripada menulis dan menunjukkan semua bukti tersebut di media sosial.

Ada juga beberapa posting yang saya dan Puan Isteri lakukan tetapi ia tidak mendedahkan bukti dan kes yang sedang dibicarakan.

Page � of �46 111

=======================Peguam memantau.

=======================

Bukan sahaja kami menahan diri daripada membuat posting, peguam kami juga jadi pemantau kami secara tidak rasmi.

Saya akui, ada beberapa kali saya tidak dapat menahan rasa marah sehingga saya membuat posting di FB yang ada sedikit mendedahkan bukti-bukti kecurian.

Kurang setengah jam sahaja selalunya peguam saya akan hubungi saya dan minta saya ‘delete’ atau ‘hide’kan dahulu posting tersebut hingga kes selesai. Saya akur dengan nasihat peguam kami.

Antara saya dan Puan Isteri, Puan Isteri saya terlebih dahulu membuat satu posting FB pada awal Januari 2014, beberapa minggu selepas bekas trainer dipecat.

Posting ini tidak menyebut nama sesiapa. Namun posting ini menimbulkan kekecohan seketika di kalangan sahabat kami kerana mereka tertanya-tanya siapakah gerangan orang yang dimaksudkan.

Apa yang menariknya, lebih kurang seminggu selepas posting dipaparkan di wall FB Puan Isteri, bekas trainer saya Mohd Hanis Jenalis membuat laporan polis mengatakan posting itu memfitnah dan membuka aibnya.

Kami ketika itu tidak tahu tentang laporan polis ini. Boleh rujuk isi kandungan Perkara 3: Peguam & Laporan Polis berkenaan laporan polis yang dibuat oleh si Hanis ini.

Kami cuma sedar tentang kewujudan laporan polis itu semasa perbicaraan di mahkamah lebih kurang setahun kemudian.

Dalam muka surat seterusnya disertakan posting facebook yang dibuat oleh Puan Isteri bersama 3 imej perbualan bekas trainer dalam nombor whatsapp syarikat hingga memotivasikan Mohd Hanis Jenalis membuat laporan polis.

Page � of �47 111

Page � of �48 111

Page � of �49 111

Page � of �50 111

Page � of �51 111

=======================Kelebihan FB & Media Sosial

=======================

Walaupun kami tidak boleh dedahkan apa-apa fakta berkenaan kes yang sedang dibicarakan, Facebook atau media sosial adalah sumber utama untuk kami kumpulkan bahan bukti bagi melawan bekas trainer kami di mahkamah.

Sungguh mengejutkan apabila kami temui banyak program yang dijalankan, menggunakan nama syarikat atau modul syarikat tanpa pengetahuan kami. Hasil bayaran program pula semuanya mereka bolot untuk kegunaan sendiri.

=======================Apa yang ditemui melalui media sosial?

=======================

Kami temui dan senaraikan 22 program yang kami pasti bahawa dijalankan tanpa pengetahuan kami. Namun ada juga antara program tersebut seingat kami ia pernah dimaklumkan kepada kami namun mereka kata ia program percuma, tidak mendapat apa-apa bayaran.

Padahal, mereka terima bayaran dan mereka sangat yakin kononnya duit itu hak mereka.

Apabila peguam kami menyoal Syed Faizal contohnya tentang program yang dijalankan secara haram ini, jawapannya hampir serupa. Antara jawapannya ialah

1. Program itu sekadar mahu promosikan syarikat SmartStudy.

2. Program sekadar dapat bayaran saguhati cukup untuk menampung kos perjalanan.

Page � of �52 111

=======================Satu contoh penipuan Syed Faizal di mahkamah.

=======================

Bagaimana boleh anda jelaskan tentang program Motivasi Best Belajar pada 29.9.2013, 4.10.2013 dan 10.10.2013?

Jawapan Syed Faizal:

“Program-program itu saya jalankan sekadar untuk mempromosikan syarikat. Saya tidak mendapat bayaran profesional. Hanya sekadar menampung kos perjalanan dan bahan sahaja.”

Maklumbalas kami di SmartStudy.

“Kami tidak tahu program itu dijalankan. Tambahan pula, dalam syarikat SmartStudy, tidak ada program bernama Best Belajar. Bagaimana pula program Best Belajar digunakan untuk mempromosikan syarikat kami

sedangkan kami tidak tahu dan kami pula ada bermacam-macam modul yang boleh dijalankan?”

Ini adalah salah satu contoh bagaimana bekas trainer kami ini cuba memberikan jawapan tidak benar atau dalam kata lainnya menipu di mahkamah.

Saya akan tunjukkan beberapa contoh lagi nanti bagaimana Syed Faizal ini cuba menipu di mahkamah agar kelihatan apa yang dilakukannya itu tidak salah.

=======================Senarai 22 program dicuri yang dipaparkan dimahkamah.

=======================

Dalam beberapa muka surat selepas ini, saya paparkan beberapa program yang kami temui melalui Facebook dan kami serahkan kepada peguam untuk dibentangkan di dalam mahkamah. Saya paparkan sebahagian kecil sahaja agar tidak memakan terlalu banyak ruang di dalam ebook ini.

Page � of �53 111

Page � of �54 111

Program : Teknik Pengucapan Awam-Seni Bicara Syed Faizal. (Perkhemahan Madrasatul Hayah IKRAM) Tarikh : 15 Disember 2013Lokasi : Kem Rimba Tamu, Batang Kali.Kendalian : Syed Faizal

*Program dilakukan dalam tempoh bekerja tanpa pengetahuan syarikat.

Page � of �55 111

*Program bersama SMK Aminuddin Baki, dilakukan semasa masih bekerja dan menerima gaji Osman Affan SmartStudy & Consultant. Program ini

sepatutnya dijalankan dibawah nama syarikat OASC dan SMK Aminuddin Baki pula merupakan antara pelanggan setia program SmartStudy.

Bukti ini menunjukkan kepada kami bahawa pasangan Hanis Jenalis juga turut terlibat bagi menjayakan program ini.

Page � of �56 111

*Program Motivasi bersama anak-anak angkat Yayasan Johawaki, dilakukan semasa masih bekerja dan menerima gaji Osman Affan SmartStudy &

Consultant. Program ini sepatutnya dijalankan dibawah nama syarikat OASC tetapi dipintas dan dilakukan tanpa pengetahuan syarikat agar duitnya semua

dapat dimasukkan ke dalam akaun syarikat yang baru mereka cipta.

Page � of �57 111

Program : Program B.E.S.T PersonalitiTarikh : 09 Disember 2013

Lokasi : UiTM Puncak AlamKendalian : Syed Faizal Training

*Program personal dilakukan dalam tempoh bekerja tanpa pengetahuan syarikat.

Page � of �58 111

Program : Program Khalifah Muda Pembina Ummah

Tarikh : 01 Disember 2013

Lokasi : -Kendalian : Syed Faizal Training

& Consultant

*Program dilakukan di bawah nama syarikat milik sendiri

walaupun masih berada dalam tempoh bekerja & tanpa

pengetahuan syarikat Osman Affan SmartStudy & Consultant.

Bukti-bukti ini membuat kami sedar bahawa pasangan Syed Faizal turut terlibat dalam menjayakan program-program yang dicuri.

Page � of �59 111

Program : Program B.E.S.T Personaliti Tarikh : 10 November 2013Lokasi : Kem Sentosa, Chenderiang Perak.Kendalian : Syed Faizal Training & Consultant bersama Hanis Jenalis dan Farahlina Abd. Rahim

*Program BESt Personaliti merangkumi 3 bahagian: 1.Best Kepimpinan - Syed Faizal 2.Best Komunikasi - Hanis Jenalis 3.Best Ketrampilan - Farahlina Abd Rahim

Program dijalankan dalam tempoh bekerja tanpa pengetahuan syarikat.

Page � of �60 111

Program : Program SmartStudy Skor Sejarah Tarikh : 21 Oktober 2013Lokasi : SMK Dato’ Tun Hussein Onn (DTHO)Kendalian : Syed Faizal

*Program SmartStudy Skor Sejarah milik syarikat Osman Affan SmartStudy & Consultant dilakukan sebagai program personal tanpa pengetahuan syarikat.

=======================Apa maksud mencuri program?

=======================

Bekas trainer kami ini diberikan gaji tetap untuk menyampaikan program. Mereka juga menerima panggilan telefon atau mesej melalui Whatsapp untuk jemputan program.

Jika mereka pergi jalankan program di atas nama syarikat, duit program akan dimasukkan ke dalam akaun syarikat dan mereka akan menerima elaun menjalankan program antara RM100 hingga RM300 bagi satu program.

Sayangnya, mereka terima jemputan melalui saluran syarikat (telefon, whatsapp, email, FB), pergi jalankan program atas kapasiti trainer SmartStudy, gunakan nama Best Belajar (kononnya ciptaan sendiri) dan apabila terima bayaran, dimasukkan ke dalam akaun mereka.

Ini bermaksud, dengan menerima gaji tetap bulanan dan mempunyai akses kepada panggilan pelanggan, mereka gunakan panggilan dan jemputan itu untuk memasukkan duit ke dalam poket mereka tanpa pengetahuan kami.

Sebagai contoh, ini adalah satu program yang dicuri oleh Syed Faizal. Dia memberitahu saya bahawa sekolah meminta satu program percuma, sekadar untuk memperkenalkan SmartStudy.

Rupa-rupanya sekolah ada sediakan bayaran. Syed Faizal pula meminta pihak sekolah membayar terus ke atas nama akaun peribadi agar tidak boleh dikesan oleh syarikat kami.

Page � of �61 111

Apabila peguam kami bertanya tentang cheque bayaran RM300 yang jelas salah kerana masuk ke akaun peribadi sedangkan ia patut masuk ke akaun syarikat, Syed Faizal menjawab,

“Pembayaran tersebut merupakan cenderahati/saguhati bagi bahan nota yang disediakan oleh saya dengan duitnya dan juga untuk menanggung kos perjalanan di mana semua saya tidak dibayar oleh plaintif-plaintif. Plaintif ketika mengarahkan saya menjalankan ceramah di SMK Setapak Indah tidak memberitahu berapa bayaran yang saya akan terima. Token saya terima tidak menyamai yuran profesional.”

Bagi saya dan pihak syarikat SmartStudy, jawapan berbelit-belit ini sangat jelas merupakan satu penipuan. Syarikat yang keluarkan semua kos bahan atau nota setiap kali ada program dan sekolah tersebut pula cuma lebih kurang 10 minit sahaja daripada pejabat kami.

Mengapa pula boleh timbulkan alasan kos nota dan kos perjalanan? Kemudian timbulkan isu tidak tahu berapa bayaran yang akan diterima dan token pula tidak menyamai yuran profesional. Berbelit-belit bukan?

Peguam cuma tanya kenapa duit masuk akaun peribadi sedangkan polisi atau Standard Operating Procedure ialah masuk akaun syarikat. Panjang dan berbelit jawapannya tetapi tidak menjawab kehendak sebenar soalan peguam kami.

=======================Kalau pekerja menipu dalam mahkamah, siapa yang hakim percaya?

=======================

Soalan yang sangat baik. Saya sendiri pun tertanya-tanya soalan tersebut sepanjang perbicaraan berlangsung. Adakah Puan Hakim akan menerima penipuan demi penipuan ini?

Jawapannya, tidak semudah itu hakim akan menerima. Tambahan pula, dalam muka surat seterusnya nanti saya akan berikan contoh bagaimana peguam kami buktikan dengan jelas bahawa Syed Faizal ini sedang menipu dan apa maklumbalas Puan Hakim mengenai penipuan tersebut.

Page � of �62 111

Page � of �63 111

7 Perkara Majikan Wajib Tahu bagaimana kami berjaya menang saman

terhadap BEKAS PEKERJA YANG MENIPU, MENCURI & PECAH AMANAH.

01

03

0504

02

0607

Appointment Letter

EPF & SOCSO

Peguam & laporan Polis

Facebook & Media Sosial

Lawan dengan Fakta, bukan

cerita kosongWhatsapp, email & HP

Sokongan & Dorongan

Sahabat

MAJIKAN MASUK MAHKAMAH

OSMAN AFFAN

Perkara 5: Lawan dengan Fakta, bukan kata-kata kosong.

Page � of �64 111

=======================Siapa yang patut dipercayai?

=======================

Apabila kami sedar kami sudah dikhianati dan berlaku kes pecah amanah, bekas trainer kami pula tidak mengaku dan kemudian membesarkan isu kononnya gaji mereka tidak dibayar dan caruman EPF & SOCSO mereka diabaikan.

Bagi sesiapa yang mendengar atau terbaca kisah ini, siapa yang mereka mahu percaya agaknya?

Setakat ini, kami sedar, orang ramai lebih mudah percayakan cerita pekerja teraniaya berbanding majikan teraniaya. Orang ramai juga lebih mudah percaya orang yang nampak Islamik dan orang yang facebooknya penuh hadith, ayat Al-Quran dan gema takbir.

Jadi, percaya atau tidak, sebelum kami menang kes saman pecah amanah ini, ramai sahabat dan kenalan yang menjauhi kami kerana sudah sudah termakan cerita sebelah pihak.

Bagaimana kami boleh melawan? Hanya dengan satu jalan iaitu dengan menggunakan kebenaran. Kebenaran pula memerlukan bukti dan fakta, bukan sekadar cakap kosong sahaja.

=======================Usaha mengumpul bukti.

=======================

Bayangkan, kami pecat bekas trainer pada Disember 2013 dan kami failkan kes ini ke mahkamah pada September 2014. Ia memakan masa lebih kurang 9 bulan untuk kami kumpulkan bukti, susun bukti, hubungi pelanggan, guru, organisasi, kenalan trainer di sana sini untuk mengumpul maklumat.

Berita buruknya, ada pihak sekolah atau guru yang tidak mahu berikan kerjasama atau membantu memberikan bahan bukti. Berita baiknya pula, tidak banyak guru dan sekolah yang begitu. Kebanyakan guru dan sekolah yang saya hubungi sendiri memberikan kerjasama yang baik malah mendorong kami agar lebih sabar dan tabah dalam usaha untuk membersihkan nama baik kami ini.

Page � of �65 111

=======================Bantuan pihak Yayasan Johawaki.

=======================

Saya paling terharu dengan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh pihak Yayasan Johawaki. Salah satu program besar yang dicuri oleh bekas trainer adalah program bersama Yayasan Johawaki ini.

Pengerusi Yayasan sendiri telah memberi jaminan kepada saya bahawa dia sanggup hadir ke mahkamah jika diperlukan untuk memberikan keterangan. Namun bukti yang diberikan oleh pihak Yayasan sudah cukup untuk membuktikan bahawa bekas trainer kami memang menipu dan mencuri.

=======================Contoh bagaimana peguam buktikan Syed Faizal menipu tentang program

bersama Yayasan Johawaki.

=======================

Yayasan Johawaki adalah salah satu pelanggan setia kami. Sudah beberapa kali kami jalankan program buat mereka dan maklumbalas yang kami terima daripada pelajar mereka amatlah memuaskan.

Namun semasa mengumpul bukti, kami terjumpa satu program untuk Yayasan Johawaki yang dijalankan oleh trainer kami tanpa pengetahuan kami.

Kami hubungi Yayasan dan memohon bantuan maklumat berkenaan program tersebut. Kami terima 2 perkara daripada Yayasan dan kami temui bukti-bukti bergambar daripada Facebook Syed Faizal dan Mohd Hanis.

2 perkara daripada Yayasan Johawaki adalah

1. Cheque bernilai RM3,800 atas nama syarikat Syed Faizal.

2. Kertas kerja program atas nama Syed Faizal yang disediakan oleh

Mohd Hanis Jenalis.

Page � of �66 111

Page � of �67 111

Petikan FB saya bertarikh 7 November 2017

Page � of �68 111

Page � of �69 111

Page � of �70 111

=======================Strategi melawan penipu.

=======================

Saya faham, amat mudah mudah menipu bagi menyelamatkan diri. Jadi, dalam usaha kami melawan bekas trainer yang mencuri dan menipu ini ialah dengan menyandarkan setiap tuduhan kami kepada fakta.

Setiap tuduhan yang kami kenakan terhadap mereka mempunyai bukti kukuh. Mereka pula, hanya menjawab kosong dan membuat tuduhan kosong.

=======================Tuduhan bahawa kami tidak membayar elaun.

=======================

2 bekas trainer ini menyerang saya dalam mahkamah dengan tuduhan bahawa saya tidak membayar elaun training mereka. Jumlahnya pula besar, seorang menuntut RM19,000 elaun tertunggak dan seorang lagi dalam RM4,000 lebih tertunggak.

Jumlah ini sangat mengejutkan. Namun, peguam kami tanya mereka dengan 2 soalan mudah.

1. Berapa lama sekali kamu sepatutnya hantar borang ‘claim’ untuk elaun? Sepatutnya sebulan sekali.

2. Bila kamu hantar borang ‘claim allowance’ tertunggak ini? Mohd Hanis Jenalis tidak menghantar claim selama 18 bulan manakala Syed Faizal pula tidak menghantar claim selama 8 bulan. Mereka cuma hantar pada saat akhir ketika syarikat sudah hampir jatuh akibat perbuatan mereka.

Saya pernah merasa pelik mengapa trainer-trainer saya ini sangat liat mahu menghantar claim. Mereka tidak perlu pakai duitkah? Sekarang kami sudah faham. Apa yang menyedihkan ialah kisah claim tertunggak ini telah disebarkan bagi memburukkan nama baik syarikat kami dan bagi menampakkan bahawa merekalah orang yang teraniaya.

Page � of �71 111

=======================Bukti yang dipaparkan di mahkamah.

=======================

Bukti yang kami paparkan di mahkamah bukan sahaja bukti daripada media sosial, tetapi juga bukti daripada ‘screenshot’ whatsapp dan email.

Melalui Whatsapp dan email kami temui sangat banyak penyelewengan mereka. Saya akan terangkan tentang bukti-bukti ini dalam perkara seterusnya.

Kami juga paparkan bukti Cheque yang mereka terima dan invois palsu yang mereka hasilkan.

=======================Bukti invois palsu.

=======================

Dalam keterangan jawapan bekas trainer, beberapa kali mereka cuba tegaskan kononnya mereka masukkan duit ke akaun mereka kerana pihak pelanggan yang berikan cheque atas nama mereka. Jadi kami perlu buktikan bahawa mereka yang meminta pelanggan masukkan duit ke atas nama mereka.

Kami temui 2 invois palsu yang dihasilkan oleh Hanis Jenalis & Syed Faizal. Saya fikir, mungkin sebab sudah terlalu lama dan banyak kali menipu saya (lebih kurang 2 tahun), saya tidak dapat kesan dan mereka lepaskan diri dengan mudah, mereka jadi ‘over-confident’ dengan memberikan pelanggan invois di atas nama syarikat tetapi menukarkan nama penerima pada invois itu di atas nama mereka sendiri.

Oleh kerana over-confident juga, mereka tidak sedar ini adalah satu jenayah Criminial Breach Of Trust (CBT) yang memungkinkan mereka dipenjara. Invois palsu ini membuktikan bahawa bekas trainer saya mengarahkan pelanggan untuk memasukkan duit ke akaun peribadi mereka.

Berikut adalah 2 invois palsu yang mereka cipta untuk Universiti Teknikal Melaka dan untuk Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak.

Page � of �72 111

Page � of �73 111

Page � of �74 111

=======================Bagaimana kami temui kebanyakan bukti-bukti ini?

=======================

Selain daripada mencari ke sana dan ke mari bukti-bukti ini, kami juga memperolehinya secara tidak sengaja atau melalui pertolongan guru walaupun tanpa diminta.

Invois palsu UPSI kami perolehi secara tidak sengaja kerana pihak bendahari UPSI menghubungi kami bertanyakan mengapa bayaran perlu dibuat ke atas nama pekerja, bukan akaun rasmi syarikat.

Ketika itu baru kami sedar ada program dijalankan atas nama SmartStudy di UPSI dan invois palsu telah dihasilkan oleh Mohd Hanis Jenalis.

Salinan cheque RM300 kepada Syed Faizal pula diberikan kepada kami oleh seorang guru kaunseling. Apabila guru ini mendapat tahu tentang kes pecah amanah ini, beliau teringat yang Syed Faizal pernah datang jalankan program ke sekolah beliau tetapi di bawah seliaan guru lain.

Guru kaunseling ini terus hubungi guru penyelia tersebut, dapatkan maklumat dan terus ke pejabat untuk mendapatkan salinan cheque tersebut.

Alhamdulillah. Kami percaya contoh UPSI dan guru kaunseling ini adalah rezeki kami anugerah daripada Allah. Kami rasa begitu bersyukur ketika itu kerana urusan kami telah dipermudah bagi menyediakan bukti-bukti yang kami perlukan.

Page � of �75 111

Page � of �76 111

7 Perkara Majikan Wajib Tahu bagaimana kami berjaya menang saman

terhadap BEKAS PEKERJA YANG MENIPU, MENCURI & PECAH AMANAH.

01

03

0504

02

0607

Appointment Letter

EPF & SOCSO

Peguam & laporan Polis

Facebook & Media Sosial

Lawan dengan Fakta, bukan

cerita kosongWhatsapp, email & HP

Sokongan & Dorongan

Sahabat

MAJIKAN MASUK MAHKAMAH

OSMAN AFFAN

Perkara 6: Whatsapp & email

Page � of �77 111

=======================Maklumat melalui HP syarikat.

=======================

Pada 30 Disember 2013, ketika saya berdepan dengan 2 trainer yang pecah amanah untuk memecat mereka, saya minta mereka letakkan di atas meja HP syarikat dan Macbook syarikat.

Setelah selesai bercakap dan memecat mereka, saya perasan Syed Faizal terus keluar daripada bilik pejabat saya dan keluar daripada pejabat SmartStudy. Mohd Hanis Jenalis keluar daripada bilik saya dan masuk ke bilik pejabat SmartStudy.

Apa yang saya tidak perasan ialah Mohd Hanis telah mengambil semula HP syarikat, keluar daripada ofis saya untuk menekan reset button pada HP tersebut. Jadi terhapuslah segala bukti penipuan dan aktiviti pecah amanah mereka dalam HP tersebut.

Apa yang Mohd Hanis Jenalis ini tidak perasan ialah Syed Faizal betul-betul tinggalkan HP tersebut. Saya ambil semua HP dan Macbook, kemas barang saya dan terus pulang ke rumah. Ada seorang staf saya masih ada di pejabat ketika itu.

Selepas saya pulang, saya dimaklumkan oleh staf saya bahawa mereka datang semula selepas saya pulang. Mereka minta staf bukakan kunci pintu kerana mereka sudah serahkan kunci kepada saya.

Saya juga dimaklumkan bahawa mereka masuk ke bilik pejabat saya untuk mencari HP yang Syed Faizal tinggalkan.

Malang buat mereka, saya telah bawa pulang HP tersebut.

Page � of �78 111

=======================Bukti pecah amanah dalam HP syarikat.

=======================

Ketika pulang ke rumah, saya langsung tidak pedulikan HP dan Macbook yang saya bawa pulang. Fikiran saya sedang berkecamuk. Badan saya jadi panas dan sejuk akibat rasa marah dan geram. Fikiran saya pula buntu.

Seminggu kemudian rasanya baru Puan Isteri yang buka HP tersebut dan terkejut melihat isi kandungannya. 2 perkara besar kami temui melalui HP tersebut.

1. Perbualan mesej Whatsapp aktiviti pecah amanah di kalangan staf. Rupa-rupanya trainer berdua ini turut dibantu oleh kerani kami.

2. Email palsu yang dicipta oleh Syed Faizal pada Januari 2012 untuk memintas dan mencuri jemputan yang masuk ke dalam syarikat.

=======================Mesej Whatsapp

=======================

Antara mesej whatsapp utama kami gunakan dalam mahkamah ialah mesej berkenaan pembahagian duit antara Hanis & Syed Faizal. Duit itu diperolehi daripada program yang dicuri melalui program bersama Yayasan Johawaki.

Ia adalah mesej yang dipaparkan oleh Puan Isteri dalam posting pertamanya di Facebook. Mesej perbualan mereka tentang pembahagian hasil curi berbunyi sangat santai dan selesa.

Ia membuat kami faham bahawa mereka sudah sangat biasa melakukan perkara ini sehingga tidak ada langsung nada bersalah dalam perbualan mereka.

Dalam satu mesej itu pula nampak dengan jelas bagaimana mereka saling membantu untuk menipu saya agar saya tidak sedar apa yang mereka lakukan tanpa pengetahuan saya.

Mesej-mesej ini juga membuktikan bagaimana mereka suka mencuri modul SmartStudy dan tukarkan kepada jenama mereka.

Page � of �79 111

Perbualan santai dan selesa.

Page � of �80 111

Ini adalah cara mereka bekerjasama untuk menipu saya. Disebabkan syarikat sedang tenat, saya ada berikan beberapa tugas kepada mereka. Mereka langsung tidak lakukan tugas tersebut kerana lebih mudah menipu saya berbanding dengan melakukan tugasan.

Jadi apabila saya hantar mesej kepada Hanis bertanya progress report untuk tugasannya, dia tidak balas. Saya hantar mesej dan bertanya kepada Syed Faizal. Syed Faizal bantu menipu untuk pihak Hanis.

Ketika ini Hanis Jenalis sudah sedar bahawa syarikat sedang nazak dan merancang untuk hantar surat berhenti kerja. Syed Faizal halang dan suruh tunggu dulu sampai saya bentangkan dan kongsikan tentang idea Projek baru Mutiara SmartStudy. Kononnya mereka mahu dengar dulu idea tersebut dan mungkin bolehlah ambil mana yang patut.

Mesej whatsapp di bawah menunjukkan perbualan tersebut.

Page � of �81 111

===================

Curi Modul MathMedic®

===================

Mohd Hanis Jenalis memikul tanggungjawab untuk memajukan modul dan program MathMedic®. Saya asyik dengar dia mengeluh dan merungut untuk memajukan modul dan sukar untuk hasilkan modul baru. Tidak pula saya menyangka bahawa ada aktiviti mencuri modul begini.

Syed Faizal pula selalu berlagak mengatakan dia tidak mencuri modul dan dia cipta modul Best Belajar sendiri.

Imej di bawah ini adalah satu bukti dalam mahkamah bagaimana selama ini Syed Faizal mencuri modul SmartStudy dan tukarkan kepada nama modul kononnya ciptaan sendiri.

Page � of �82 111

Berdasarkan bukti curi modul MathMedic® tersebut, SmartStudy ada modul Skor Sejarah. Bolehkah kita teka bagaimana tiba-tiba Syed Faizal ada modul Best Belajar Sejarah?

Berdasarkan bukti curi modul MathMedic® tersebut, SmartStudy ada modul Bijak Bicara. Bolehkah anda teka, ketika masih bekerja dengan SmartStudy, bagaimana tiba-tiba Syed Faizal ada modul Seni Bicara?

Page � of �83 111

Skor Sejarah SmartStudy Best Belajar Sejarah

Bijak Bicara Seni Bicara

Berdasarkan bukti curi modul MathMedic® tersebut, adakah tidak masuk akal jika kita kata modul Best Belajar ini adalah modul curi dan ciplak modul SmartStudy?

Berapa tinggikah tahap penipuan ini apabila nama program yang dipaparkan di Facebook ialah Best Belajar tetapi slides powerpoint mengggunakan slides modul SmartStudy Memory Skills?

LCD Projector dan Uniform pun pakai hak milik SmartStudy.

Page � of �84 111

SmartStudy Memory Skills Best Belajar

Berdasarkan bukti curi modul MathMedic® juga, tidakkah kita boleh nampak dengan jelas bahawa modul Best Personaliti ini juga mencuri dan menggunakan modul & slides Powerpoint SmartStudy?

Page � of �85 111

Gaya Belajar SmartStudy Best Personaliti

=======================Cuba menipu peguam dan mahkamah.

=======================

Benar, jika ditanya kepada Syed Faizal ini, dia akan sekeras-kerasnya menafikan bahawa dia mencuri dan mengkhianat. Ada yang boleh percaya kata-katanya kerana orang tidak sangka bahawa trainer motivasi dan sahsiah diri dan kononnya pakar NLP boleh menipu, berbohong atau tidak bercakap benar.

Ini adalah satu contoh bagaimana Syed Faizal cuba menipu apabila peguam kami bertanyakan tentang imej Whatsapp ini.

Peguam kami sudah tahu bahawa SFTC itu adalah Syed Faizal Training & Consultant. Namun peguam kami bertanya sekali lagi untuk pengesahan agar dapat kami kaitkan aktiviti mencuri ini kepada nama syarikatnya.

“SFTC ni apa?" Tanya peguam kami.

“Syed Faizal Team & Crew.”Jawab Syed Faizal. (Jadi kononnya ia bukan syarikat Syed Faizal Training & Consultant)

Page � of �86 111

Saya dan Puan Isteri yang mendengar j a w a p a n i t u h a n y a m a m p u menggelengkan kepala. Sampai dengan cara bodoh begitu sekali dia cuba menipu?

Namun kami bimbang juga, adakah Puan Hakim akan menerima alasan tidak masuk akal itu?

Lihat dan baca maklumbalas Puan Hakim dalam muka surat seterusnya.

Dengar apa maklumbalas Puan Hakim berkenaan cubaan menipu ini dan apa pendapat Puan Hakim berkenaan perangai Syed Faizal ini.

Maklumbalas Puan Hakim berkenaan penipuan Syed Faizal.

Page � of �87 111

Berdolak dalik + menyimpang daripada keterangan yang benar

Penipu=

=======================Email palsu.

=======================

Melalui HP itu juga, kami temui satu email palsu yang dicipta oleh Syed Faizal bagi memintas program atau jemputan yang masuk ke dalam syarikat.

Email rasmi syarikat hanya satu iaitu [email protected]. Semua trainer mempunyai akses kepada email ini.

Syed Faizal pada Januari 2012, mencipta satu email rahsia dengan nama [email protected].

Saya langsung tidak tahu tentang kewujudan email ini apatah lagi memiliki akses untuk melihat isi kandungannya.

Apabila Syed Faizal menghubungi pelanggan melalui email ini, pelanggan menyangka mereka sedang berurusan dengan syarikat SmartStudy.

Rupa-rupanya mereka sedang ditipu dan berurusan secara terus dengan Syed Faizal. Jadi amat mudahlah untuk Syed Faizal memintas dan mencuri program atau jemputan yang sepatutnya masuk ke dalam syarikat.

=======================Akses email palsu melalui HP.

=======================

Oleh kerana kami telah merampas semula HP syarikat, kami boleh akses email tersebut melalui HP. Walaupun kami tidak boleh log in ke dalam email (mungkin Syed Faizal sudah tukar password) tetapi kami masih boleh akses semua email yang telah dimuat turun ke dalam HP.

Daripada email itulah dapat kami lihat rupa-rupanya, mereka sudah mula lakukan aktiviti pecah amanah itu selama 2 tahun, Januari 2012 hingga 30 Disember 2013 di mana mereka dipecat.

Saya tunjukkan beberapa contoh email dalam muka surat seterusnya yang menunjukkan bagaimana cara Syed Faizal mencuri jemputan yang masuk.

Ia menunjukkan juga bagaimana Syed Faizal menipu pelanggan mengatakan bahawa jadual saya sudah penuh, jadi tidak boleh menjemput saya. Hanya boleh jemput associate trainer iaitu Syed Faizal & Hanis Jenalis sahaja!

Page � of �88 111

Email palsu [email protected] dan bila ia dicipta.

Page � of �89 111

=======================Cara memperdaya pelanggan menggunakan email palsu.

=======================

Apabila peguam bertanya tentang email palsu ini, Syed Faizal nyatakan bahawa ini adalah email syarikat juga, dia cipta sendiri untuknya. Syed Faizal cuba salahkan saya kononnya dia pernah minta email peribadi begini tetapi saya tidak benarkan.

Jika difikirkan, dimanakah lojiknya ini adalah email syarikat jika saya sebagai pemilik syarikat tidak tahu dan tidak mempunyai akses kepada email ini.

Dalam muka surat seterusnya, saya sertakan apa maklumbalas Puan Hakim berkenaan email palsu ini.

Page � of �90 111

=======================Kenyataan Puan Hakim.

=======================

=======================Jika anda Google [email protected]

=======================

Page � of �91 111

Page � of �92 111

7 Perkara Majikan Wajib Tahu bagaimana kami berjaya menang saman

terhadap BEKAS PEKERJA YANG MENIPU, MENCURI & PECAH AMANAH.

01

03

0504

02

0607

Appointment Letter

EPF & SOCSO

Peguam & laporan Polis

Facebook & Media Sosial

Lawan dengan Fakta, bukan

cerita kosongWhatsapp, email & HP

Sokongan & Dorongan

Sahabat

MAJIKAN MASUK MAHKAMAH

OSMAN AFFAN

Perkara 7: Sokongan & Dorongan Sahabat & Kenalan

Page � of �93 111

=======================Jenis-jenis kawan & sahabat.

=======================

Ketika melalui saat getir melawan kes pecah amanah di mahkamah, minda terasa penat dan letih. Semangat mudah jatuh.

Sebarang jenis sokongan dan dorongan daripada sahabat dan kenalan benar-benar dapat membantu.

Dalam masa yang saya, apabila kita ditimpa kesusahan, kita akan mula nampak dengan jelas siapa sebenarnya yang benar-benar boleh dikategorikan sebagai sahabat atau dikategorikan sebagai bermuka-muka sahaja selama ini.

=============

Pengalaman saya sendiri.

=============

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya lihat begitu ramai individu yang saya sangka selama ini kawan atau sahabat, bertukar sekelip mata menjadi musuh. Bukan sahaja mereka menyokong bekas trainer saya, malah mereka membantu menyebarkan cerita buruk dan tidak benar tentang saya & SmartStudy.

Sukar dipercayai, apabila saya betul-betul dalam kesusahan melawan kes pecah amanah ini, rakan trainer yang datang atau hubungi saya serta bertanya dengan jelas kepada saya, boleh dikira dengan jari sebelah tangan sahaja.

Selebihnya, sama ada berdiri atas pagar atau masuk ke pagar pihak lawan.

=============

Peluang untuk kenal sebenar-benar kawan.

=============

Dalam situasi begini, walapun sukar tetapi ia adalah peluang untuk kami melihat dan mengenal kawan-kawan yang sejati. Walaupun kami cuba gagahkan diri melawan emosi dan juga berdepan dengan kos yang tinggi, dorongan dan sokongan daripada sahabat yang masih setia ini benar-benar menyumbang kepada kekuatan kami.

Page � of �94 111

=============

Mengapa faktor ketujuh ini menyumbang ke arah kemenangan?

=============

Saya dalam industri training. Jadi saya ada ramai rakan trainer. Namun apabila saya jatuh, ramai rakan trainer pulaukan dan jauhkan diri daripada saya kerana mereka lebih percaya pada cerita yang sampai ke telinga mereka daripada pihak bekas trainer saya.

Apa saya buat, saya ada ramai kenalan lain di luar industri training. Ramai juga saya kenal orang hebat dalam dunia perniagaan. Jadi saya mohon bertemu dan berdepan dengan mereka untuk mendapatkan nasihat.

Salah seorang daripada mereka menasihatkan saya untuk mengambil tindakan undang-undang. Walaupun hampir semua trainer yang saya kenal beri komen agar maafkan, lupakan, move on, redho dan sebagainya, sahabat ahli perniagaan ini kata saya mesti bertegas ambil tindakan undang-undang.

Kata beliau, kalau kau sayangkan anak-anak dan isteri kau, kau kena ambil tindakan undang-undang walau seberat manapun kerjanya nanti.

Saya pegang nasihat tersebut. Alhamdulillah, kami telah berjaya.

Setelah menang di mahkamah, baru saya faham mengapa sahabat saya ahli perniagaan ini bertegas suruh saya ambil tindakan undang-undang.

2 perkara besar dapat saya lihat.

Pertama, saya dapat membuktikan bahawa saya bercakap benar dan berada di pihak yang benar. Ini adalah nikmat yang paling berharga buat kami.

Kedua, bayangkan kalau saya tidak ambil tindakan. Apa agaknya penipuan, tuduhan dan fitnah yang akan saya bawa seumur hidup saya dan keluarga?

Bayangkan kalau dalam mahkamah pun boleh menipu dan berbelit-belit, dengan orang yang jumpa di luar, bagaimana pula tahap penipuannya?

=============

Mentor bisnes berkata.

=============

Saya dituduh dan difitnah sebagai majikan yang jahat dan tidak berhati perut.

Page � of �95 111

Namun apabila mentor bisnes dengar dan buat analisa kes saya, kata mereka, saya terlalu berlembut dan senang-senang dipijak oleh pekerja saya.

Satu komen daripada seorang mentor, “Hati kau tak cukup kering Man nak buat bisnes ni..”

Seorang mentor dengan ‘laser'nya berkata "Kau ni jenis gopoh sangat. Lepas tu cepat sangat percaya kat orang bila nampak alim sikit…”

Seorang lagi mentor berkata,

“Kalau aku, dah lama aku buang kerani kau yang bersubahat dengan 2 trainer tu. Kau dok kesian kat dia sebab dia mengandung. Dia ada kesian kat ko bila dia tolong jahanamkan periuk nasi kau dan anak bini? Dia ada fikir gaji dia bawa balik bagi anak-anak dia makan tu tak halal?”

Merah juga telinga saya mendengar komen dan maklumbalas itu semua. Namun, saya sentiasa percaya bahawa maklumbalas 'straight to the point’ beginilah yang benar-benar mampu membuka mata dan minda untuk berubah dan terus kuat berusaha.

Page � of �96 111

Hari pertama, Pengalaman pertama masuk mahkamah melawan kes

pecah amanah bekas trainer smartstudy.

Page � of �97 111

Selesai Perbicaraan Hari pertama

Page � of �98 111

Hari pengumuman keputusan perbicaraan SmartStudy melawan 2

trainer yang pecah amanah.

Page � of �99 111

Keputusan Perbicaraan Mahkamah Tinggi.

Page � of �100 111

Page � of �101 111

Topik Bonus: Akaun bank Syed Faizal

Satu tuduhan dan fitnah yang kami tanggung selepas memecat trainer pecah amanah ialah kami tidak bayar gaji, elaun, EPF & SOCSO. Ini adalah isu sensitif yang mampu menarik simpati dan sokongan sesiapa yang mendengarnya.

Entah bagaimana, rezeki kami barangkali, semasa perbicaraan, Syed Faizal Sitheek Rahman menunjukkan ringkasan penyata akaun banknya selama setahun.

Kami tidak minta penyata tersebut dan hingga sekarang kami tidak pasti mengapa dia bawa untuk ditunjukkan ke mahkamah. Barangkali dia mahu tunjukkan yang dia ada masukkan duit ke akaun syarikat.

==================

Apa yang mengejutkan?

==================

Apa yang mengejutkan ialah jumlah wang yang masuk ke dalam akaun tersebut setiap bulan. Secara purata, duit yang masuk ke akaunnya ialah RM10,000 sebulan.

Dalam situasi Syed Faizal sibuk sebar cerita saya tidak bayar gajinya, duit yang masuk ke akaunnya adalah RM10,000 sebulan.

Gaji bersihnya cuma RM2000 sebulan dan dia tidak hantar claim untuk elaun selama 8 bulan.

Bukan sebulan atau 2-3 bulan tetapi setiap bulan daripada awal tahun hingga akhir tahun puratanya RM10,000 sebulan.

Syarikat kami sedang nazak, bil tidak berbayar, sewa tertunggak, caruman EPF SOCSO tertunggak tetapi akaunnya masuk RM10,000 sebulan.

Ini adalah akaun orang yang cuba sebar fitnah kononnya saya tidak bayar gaji dan elaun. Ini adalah akaun orang yang sekeras-kerasnya menafikan mencuri dan pecah amanah.

Page � of �102 111

Ini cuma penyata akaun bank. Dalam dunia training, selalu juga pihak pelanggan membuat bayaran menggunakan tunai. Berdasarkan pengalaman, saya jangka, jumlah sebenar yang diterima setiap bulan, besar kemungkinan jauh lebih besar daripada ini.

Apabila peguam tanya daripada mana datang jumlah wang yang besar begini? Syed Faizal ada menyebut tentang derma dan hadiah kahwin yang orang berikan kepadanya.

Derma? Hadiah kahwin? Sepanjang tahun?

Apa kata Puan Hakim berkenaan perkara ini? Rujuk muka surat seterusnya.

Page � of �103 111

Maklumbalas Puan Hakim berkenaan wang RM10,000 sebulan.

Page � of �104 111

Page � of �105 111

Usaha peguam mematahkan cubaan menipu Mohd Hanis Jenalis.

Page � of �106 111

Clue: Mesej bertarikh 18 Disember, mahu hantar surat berhenti kerja.

Page � of �107 111

Apa lagi 2 strategi untuk membuat Hanis Jenalis mengaku?Disebabkan Hanis Jenalis sudah mengaku, peguam kami tidak perlu lagi gunakan 2 lagi strategi simpanan. 2 lagi strategi itu ialah:

1. Menyoal Syed Faizal untuk sahkan ‘Hanis Samsung’ adalah Mohd Hanis Jenalis. Benar, semasa peguam soal Syed Faizal, adakah Hanis Samsung ini Mohd Hanis Jenalis, Syed Faizal jawab dengan pantas dan yakin, “Ya!”. Selesai masalah.

2. Mohd Hanis Jenalis terlupa yang dia ada membuat laporan polis terhadap posting isteri saya. Posting isteri saya ada memaparkan imej perbualan telefon ini tanpa mendedahkan nama penuh. Rujuk perkara 3: Peguam & Laporan Polis dan baca laporan polis yang dibuat oleh Hanis Jenalis.

Page � of �108 111

Page � of �109 111

Keputusan Penuh Mahkamah Sivil

Page � of �110 111

Terima kasih sekalung budi.

Terima kasih kerana sudi membaca kisah dan perkongsian kami berkenaan pengalaman kami melawan pekerja pecah amanah. Harapan kami, semoga perkongsian ini boleh menjadi sumber rujukan dan pengajaran agar Tuan-Tuan & Puan-Puan dapat elakkan daripada berlaku kepada diri sendiri.

Terima kasih sekalung budi daripada saya, Osman Affan.

Terima Kasih Khas.

Terima kasih khas buat sahabat lama saya & juga merupakan peguam yang dilantik untuk kes ini, Tuan Shahdan Johari & The Team. Kerja keras, semangat dan kesungguhan sahabat saya ini membantu memudahkan proses untuk kami untuk menang dengan besar dalam kes ini. Alhamdulillah.

Terima kasih khas juga buat bekas Tim SmartStudy, Cikpuan Syuhairah Abdullah yang daripada awal hingga akhir membantu saya & isteri membuat research dan menggali semua bukti yang cuba dihapuskan oleh bekas trainer & kerani yang pecah amanah.

Terima kasih buat keluarga, sanak saudara dan sahabat-sahabat kami yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan dorongan buat kami.

Paling penting, terima kasih khas & istimewa buat Puan Isteri saya yang kekal sabar dan tabah disisi saya sepanjang mengharungi dugaan, kutukan, hinaan, sindiran, fitnah dan tuduhan yang sangat pedih menghiris hati. Semoga kita terus diberikan kekuatan untuk bergerak lebih maju dan lebih berjaya ke hadapan. Amin….

Page � of �111 111