Majlis Anugerah Anak-Anak Cemerlang Dan Seminar Ict

2
م ي ح را ا ي ن م ح ا ر يPada majlis yang dipayungi rahmat-Mu dan dihampari sayap para malaikat-Mu, kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah, jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang senantiasa dahaga dan mencintai ilmu, mendapat kesejahteraan di dunia dan di akhirat. م ي ل ع ا اح ي ت ف ا يBersempena dengan MAJLIS ANUGERAH ANAK-ANAK CEMERLANG DAN SEMINAR ICT, Jadikanlah anak-anak yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Seterusnya Engkau kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan Rasul serta ilham dari para malaikat yang senantiasa dekat dengan-Mu. Ya Allah, Engkau berikanlah kepada kami pengetahuan yang berguna, lapangkanlah dada-dada kami untuk menerima ilmu yang bermanfaat agar kami berada di bawah lembayung barakah serta kasih sayang dari-Mu. هار ق ا ي ز ي ز ع ا يJadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.

Transcript of Majlis Anugerah Anak-Anak Cemerlang Dan Seminar Ict

Page 1: Majlis Anugerah Anak-Anak Cemerlang Dan Seminar Ict

يا رحـمن يا راحيمPada majlis yang dipayungi rahmat-Mu dan dihampari sayap para malaikat-Mu, kami

zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami

seluruhnya. Lantaran itu ya Allah, jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang

beriman, yang bertaqwa, yang senantiasa dahaga dan mencintai ilmu, mendapat

kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

يا فتاح يا عليمBersempena dengan MAJLIS ANUGERAH ANAK-ANAK CEMERLANG DAN

SEMINAR ICT, Jadikanlah anak-anak yang menerima hadiah dan sijil penghargaan

pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur atas pengiktirafan ini.

Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan

tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi mereka dalam bidang akademik

mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Seterusnya Engkau kurniakanlah kami

kefahaman para Nabi dan Rasul serta ilham dari para malaikat yang senantiasa

dekat dengan-Mu. Ya Allah, Engkau berikanlah kepada kami pengetahuan yang

berguna, lapangkanlah dada-dada kami untuk menerima ilmu yang bermanfaat agar

kami berada di bawah lembayung barakah serta kasih sayang dari-Mu.

يا عزيز يا قهارJadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan

perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan

dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang

bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.

وصـــلى اللـــه على محمـــد وعلى آلـــه وصـــحبه أجمعينوالحمدلله رب العالمين