Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet].pdf

15

Transcript of Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet].pdf

Page 1: Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet].pdf
Page 2: Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet].pdf

1

Latar Belakang MBJB

Sejarah perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada tahun 1933 apabila Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950. Pada tahun 1967, di bawah Seksyen 15 Enakmen Lembaga Bandaran 118, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah mengambil alih kuasa pentadbiran Bandar Johor Bahru. Pada 1 April 1977, Majlis Bandaran dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran dan seterusnya menikmati kenaikan taraf kepada sebuah Bandaraya pada 1 Januari 1994 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Johor Bahru. Bermula pada tarikh ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor melepaskan tanggungjawabnya sebagai "Yang Dipertua" dengan perlantikan Datuk Bandar, Bandaraya Johor Bahru. Berikut merupakan ringkasan penubuhan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Pejabat Majlis Bandaran Pejabat Majlis Perbandaran

Bangunan MBJB

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk Bandar Raya Johor Bahru. Sebagai organisasi yang diletakkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru juga bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan Bandaraya Johor Bahru yang merangkumi kawasan seluas 220 kilometer persegi.

Page 3: Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet].pdf

2

TAHUN TARAF KELUASAN (KM PERSEGI) 1933 Lembaga Bandaran 12.12 1949 Lembaga Bandaran 13.85 1956 Majlis Bandaran 48.99 1962 Majlis Bandaran 68.42 1977 Majlis Perbandaran 119.50 1990 Majlis Perbandaran 120.00 1994 Majlis Bandaraya 186.00 2000 Majlis Bandaraya 220.00

Majlis Bandaraya Johor Bahru akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan sejajar dengan visi MBJB iaitu "Johor Bahru Bandar Raya Bertaraf Antarabangsa 2020"

Pelancaran Iskandar Malaysia pada tahun 2006 telah meningkatkan lagi potensi dan cabaran kepada Bandaraya Johor Bahru untuk lebih kompetatif dirantau ini. Keseluruhan kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru yang kini berkeluasan 220km persegi adalah termasuk di dalam wilayah pembangunan ekonomi tersebut. Bandaraya Johor Bahru memainkan peranan penting di Peringkat Nasional dimana telahpun dikenalpasti sebagai Pusat Wilayah Negara iaitu Tahap Kedua selepas Lembah Klang. Di peringkat negeri pula, Bandaraya ini mempunyai beberapa peranan khusus iaitu sebagai Ibu Negeri Johor Darul Takzim, Bandar Diraja, Pusat Pentadbiran Negeri Johor Darul Takzim, Pintu Masuk Utama Selatan Semenanjung dan Pusat Kewangan dan Perdagangan Iskandar Malaysia. Peranan tersebut, menjadikan Majlis Bandaraya Johor Bahru sebagai pendukung utama di dalam konteks pembangunan nasional dan negeri.

Page 4: Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet].pdf

3

Misi & Visi

MISI

MEMUDAHCARA DAN MEMANGKIN PEMBANGUNAN MAMPAN DAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BERKUALITI MENERUSI TADBIR URUS BERINTEGRASI, INOVATIF DAN PENGGUNAAN SUMBER YANG CEKAP BAGI MEMACU KEHIDUPAN WARGA KOTA BISTARI DAN BERJATI DIRI.

1. MBJB memudahcara pembangunan di bandaraya dan menyediakan perkhidmatan berkualiti menerusi perkhidmatan-perkhidmatan teras yang telah ditentukan.

2. Bagi melaksanakan fungsinya, MBJB mengamalkan tadbir urus berintergrasi di mana semua jabatan melaksanakan fungsi secara bersepadu dan saling melengkapi sebagai satu entiti. Integrasi dengan jabatan dan agensi luaran yang berkaitan dengan perkhidmatan dapat membantu meningkatkan kecekapan.

3. Budaya inovatif dan kreatif diberi penekanan untuk mencapai 'value for money' melalui penggunaan semua sumber iaitu kewangan, aset dan logistik, modal insan dan teknologi secara cekap dan bijaksana.

4. Matlamat pelaksanaan Misi ini adalah untuk mencapai kualiti kehidupan yang tinggi di mana warga kota mengambil berat dan melibatkan diri secara aktif di dalam usaha pembangunan dan peningkatan kesejahteraan bandar raya.

VISI

JOHOR BAHRU BANDAR RAYA BERTARAF ANTARABANGSA 2020.

Page 5: Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet].pdf

4

Objektif

1. Melakukan lonjakan paradigma tadbir urus.

2. Memperkukuhkan kedudukan kewangan.

3. Meningkatkan penggunaan teknologi secara menyeluruh.

4. Melaksanakan pembangunan holistik dan mampan.

5. Membudayakan kualiti hidup yang unggul.

6. Mengamalkan pengurusan fasiliti yang efisien.

7. Memperkasa imej bandar raya Johor.

Page 6: Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet].pdf

5

Fungsi

Perancangan dan kawalan pembangunan.

Pengeluaran dan pengawalan lesen perniagaan.

Pengindahan.

Perkhidmatan Kesihatan.

Pembinaan dan penyelenggaraan jalan.

Pengurusan lalulintas dan pengangkutan awam.

Penyelenggaraan sistem saliran.

Kebersihan alam sekitar.

Penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan awam.

Page 7: Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet].pdf

6

Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan ini memberi komitmen bahawa :

Piagam Pelanggan

Memastikan permohonan lesen premis perniagaan diberikan keputusan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

Memastikan permohonan kebenaran merancang diberikan keputusan dalam tempoh 47 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

Memastikan pelan-pelan infrastruktur iaitu pelan jalan, pelan saliran, pelan pembetungan, pelan kerjatanah dan pelan landskap serta pelan-pelan bangunan diberikan keputusan dalam tempoh 25 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

Memastikan maklumbalas aduan akan diberikan tidak melebihi 3 hari dari tarikh aduan diterima.

Memastikan semua tuntutan pembayaran dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh tuntutan diterima oleh pihak Majlis.

Memastikan bantahan yang layak terhadap nilaian harta oleh pembayar cukai diberi keputusan dalam 2 bulan dari tarikh kes itu dirujuk ke Jawatankuasa Pendengaran Bantahan.

Memastikan bil-bil cukai harta dihantar kepada pembayar cukai selewat-lewatnya dalam 3 minggu selepas bermulanya setiap penggal.

Page 10: Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet].pdf

9

Logo MBJB

Jata MBJB Logo MBJB

Jalur Berwarna Biru Tua Melambangkan objektif dan fungsi Majlis Bandaraya Johor Bahru sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang memberi pelbagai perkhidmatan perbandaran kepada penduduk-penduduk bandaraya. la juga melambangkan hasrat dan matlamat untuk menjadikan Johor Bahru bandar raya yang maju, bersih, indah dan makmur. Jalur Berwarna Merah Melambangkan kemakmuran dan kemajuan bandar raya sebagai pusat pertumbuhan yang utama di Selatan Semenanjung. Jalur Berwarna Putih Melambangkan keharmonian dan perpaduan penduduk-penduduk bandar raya yang berbilang bangsa serta Majiis Bandaraya Johor Bahru sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang bersama-sama berganding bahu, menggembleng tenaga untuk membangunkan bandar raya Johor Bahru. Bulan Dan Bintang Melambangkan Islam sebagai agama rasmi.

Page 11: Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet].pdf

10

Bendera MBJB Bunga Inai

Bunga Inai Inai Merah, Bunga Rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru

Perancangan Strategik - ISP

Penerangan Strategik

Tadbir urus yang efisien dan efektif.

Pengurusan kewangan yang kukuh.

Pembangunan holistik dan mampan.

Pengantarabangsaan Johor Bahru.

Penggunaan ICT yang menyeluruh.

Penyelenggaraan yang berkesan.

Peningkatan kesejahteraan hidup.

Page 12: Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet].pdf

11

Slogan

M - Mesra B - Berkhidmat Warga kerja MBJB sentiasa mengamalkan sikap mesra, bersopan santun, senyum, bertimbang rase, menyayangi dan menghormati dalam melaksanakan kerja, usaha serta kemudahan dalam menabur bakti untuk kepentikan orang ramai antara warga kerja dan pelanggan. J - Jujur B - Berbakti Ketulusan dan keikhlasan hati dalam memberikan perkhidmatan yang baik demi untuk kepentingan orang ramai.

Page 13: Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet].pdf

12

Johor Bahru terletak di posisi yang amat istimewa dan strategik di Selatan Semenanjung Malaysia. Tidak hairanlah ia menjadi pintu masuk paling popular dari selatan sehingga mendapat jolokan "The Southern Gateway to Peninsular Malaysia". Dipinggiri oleh dua perairan penting di rantau Asia Tenggara, Selat Tebrau di bahagian Selatan yang turut memisahkannya daripada kota Singapura.

SEJARAH JOHOR

Latar Belakang

Latar Belakang Johor Bahru

Kedudukan Johor Bahru Johor Bahru terletak di posisi yang amat istimewa dan strategik di Selatan Semenanjung Malaysia.Tidak hairanlah ia menjadi pintu masuk paling popular dari selatan sehingga mendapat jolokan "The Southern Gateway to Peninsular Malaysia". Dipinggiri oleh dua perairan penting di rantau Asia Tenggara, Selat Tebrau di bahagian Selatan yang turut memisahkannya daripada kota Singapura.Perairan Laut Cina Selatan pula berada di sebelah timur Bandar raya Johor Bahru menikmati iklim tropika dengan perubahan suhu harian daripada 24oC hingga 32oC.Pada keseluruhannya

Page 14: Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet].pdf

13

keadaan topografi Johor Bahru adalah mendatar dan beralun dengan ketinggian paras muka buminya berada pada 200 meter melebihi paras laut manakala kawasan terendah pula adalah 2 meter di atas paras laut.Sungai utama yang merintangi bandar raya Johor Bahru adalah Sungai Segget sepanjang kira-kira 7 kilometer yang bermula daripada lima hulu. Johor Bahru Ibu Negeri Sejarah gilang-gemilang yang dibarisi daripada pelopornya, Temenggung Daeng Ibrahim telah menjulang Johor Bahru sebagai antara bandar raya yang pesat membangun dinegara Malaysia. Johor Bahru dihubungkan dengan bandar-bandar di negara ini melalui rangkaian jalan raya serta pengangkutan udara. Jarak antara Johor Bahru dengan kota raya Kuala Lumpur adalah lebih kurang 375 kilometer dan hanya kira-kira 1.5 km dengan kota raya Singapura yang dihubungkan oleh tambak Johor.

Johor Lama

Latar Belakang

Temenggong Daeng Ibrahim

Johor Bahru mula dibuka pada 10 Mac 1855 oleh Temeggung Daeng Ibrahim setelah Sultan Ali Ibni Sultan Husain Syah menyerahkan Negeri Johor kecuali jajahan Kesang kepada baginda. Kerja-kerja merintis dan membina bandar Johor Bahru atau dahulunya dikenali sebagai Iskandar Puteri dijalankan dari Teluk Belanga , Singapura , tempat tinggal baginda dan juga tempat lahir beberapa tokoh penting dalam sejarah pembangunan kerajaan Johor Moden.

Page 15: Majlis Bandaraya Johor Bahru [Sumber Internet].pdf

14

Sultan Abu Bakar

Temenggong Daeng Ibrahim mangkat pada 31 Januari 1862 dan digantikan oleh Temenggong Abu Bakar .Baginda bertanggungjawab memperkenalkan corak pentadbiran moden kepada Negeri Johor sehingga dikenali sebagai Bapa Johor Moden. Lanjutan daripada penduduk yang semakin ramai serta kawasan-kawasan baru yang diterokai, Temenggong Abu Bakar telah menukar nama Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dalam suatu upacara gilang-gemilang.

Pada tahun 1889 pusat pemerintahan Negeri Johor telah berpindah daripada Teluk Belanga, Singapura ke Johor Bahru. Antara tokoh anak negeri yang terpenting adalah Abdul Rahman Andak (Datuk Seri Amar Diraja),Munsyi Muhamman Ibrahim (Datuk Bentara Dalam), Abdul Samad Ibrahim (Datuk Penggawa Barat), Engku Sulaiman Daud dan ramai lagi.

Sumber : http://www.mbjb.gov.my Tarikh Akses : 12 Mac 2013