MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH Sistem Penilaian...
Transcript of MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH Sistem Penilaian...
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka 2016 1
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka 2016 2
1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
1.1 Sejarah
Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah lahir bersama Bandar
Melaka, dari sebuah perkampungan nelayan sehingga menjadi
bandaraya yang dikenali di seluruh dunia. Berikut adalah
merupakan kronologi sejarah penubuhan Majlis Bandaraya Melaka
Bersejarah (MBMB) :
1780 - Penubuhan Municipal of Town and Fort of Malacca di
bawah pentadbiran Syarikat Hindia Timor Belanda (VOC:
Verenigde Oostindische Compagnie) yang ditadbir oleh
“The Committee Of Assessors”. Keluasan pentadbiran 1.1
batu persegi yang dikenali sebagai Dutch City and Fort Of
Malacca.
1824 - Municipal of Town and Fort of Malacca diambil alih oleh
Syarikat Hindia Timor Inggeris (British East India
Company) yang ditadbir secara “Municipal Committee”
menggantikan “The Committee Of Assessors”.
1848 - Dibawah Akta IV Hindia Timur, peruntukan bagi Negeri
Selat (termasuk P.Pinang & Singapura).
1856 - Di bawah Akta XXVII Hindia Timur, Pesuruhjaya
Perbandaran diasaskan.
1887 - Ordinan Perbandaran Negeri-Negeri Selat meluluskan
sempadan perbandaran kepada 1.46 batu persegi.
1930 - Sempadan perbandaran diluaskan kepada 4.2 batu
persegi.
1950 - Ordinan Perbandaran Pihak Berkuasa Tempatan
dikuatkuasakan dan memperuntukkan pilihanraya kecil
Majlis Perbandaran Melaka.
1957 - Municipal Council of Town and Fort of Malacca di tukar
nama sebagai Majlis Perbandaran Kota Melaka.
1976 - Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) telah diterima pakai
dan memansuhkan Ordinan Perbandaran Pihak Berkuasa
Tempatan.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka 2016 3
1977 - Majlis Perbandaran Kota Melaka dicantumkan dengan
Majlis Daerah Luar Bandar Melaka Tengah dan dikenali
sebagai Majlis Perbandaran Melaka Tengah (MPMT)
dengan keluasan 115 batu persegi.
1987 - Majlis Perbandaran Melaka Tengah telah ditukar nama
kepada Majlis Perbandaran Melaka (MPM) pada 7
Oktober 1987.
1989 - Majlis Perbandaran Melaka telah ditukar nama kepada
Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah
(MPMBB) sempena pengiktirafan Bandar Melaka sebagai
Bandaraya Bersejarah dengan keluasan pentadbiran 303
km persegi.
1977 - Majlis Perbandaran Kota Melaka dicantumkan dengan
Majlis Daerah Luar Bandar Melaka Tengah dan dikenali
sebagai Majlis Perbandaran Melaka Tengah (MPMT)
dengan keluasan 115 batu persegi.
1987 - Majlis Perbandaran Melaka Tengah telah ditukar nama
kepada Majlis Perbandaran Melaka (MPM) pada 7
Oktober 1987.
1989 - Majlis Perbandaran Melaka telah ditukar nama kepada
Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah
(MPMBB) sempena pengiktirafan Bandar Melaka sebagai
Bandaraya Bersejarah dengan keluasan pentadbiran 303
km persegi.
2003 - Pada 15 April, Kerajaan Persekutuan telah menaik taraf
Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya dan dikenali
sebagai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
2008 - Pada 7 Julai 2008, Melaka telah diiktiraf sebagai tapak
warisan Dunia oleh UNESCO yang mana tapak tersebut
terletak didalam kawasan pentadbiran MBMB.
2010 - Pada 1 Januari 2010, Kerajaan Negeri telah mewujudkan
sebuah lagi Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Perbandaran
Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan keluasan kawasan MBMB
kini adalah seluas 270.39 km persegi.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka 2016 4
1.2 Peta Kawasan Tadbir Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Rajah : peta kawasan pentadbiran MBMB yang terkini
1.3 Alamat Pentadbiran
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Graha Makmur
No. 1, Jalan Abd. Razak – Hang Tuah Jaya
75450 Melaka
Tel: 06-3333333 Faks:06-2325716
KELUASAN :
273.39 km2
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka 2016 5
1.4 Maklumat Pentadbiran
1.4.1 Carta Organisasirajah : carta organisasai MBMB
Rajah : Carta Organisasi MBMB
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 6
1.4.2 Visi
MBMB ke arah bandaraya kosmopolitan bertaraf dunia.
1.4.3 Misi
i. Membangunkan bandaraya maju dan mampan berteraskan
teknologi hijau dengan pelan pembangunan yang
terancang, pengurusan projek yang sistematik dan
penyediaan infrastruktur yang efisen.
ii. Membudayakan sistem tadbir urus korporat yang cekap
dan berintegriti dengan pelaksanaan peraturan,
penggemblengan sumber secara efektif serta pengamalan
persekitaran yang kondusif.
iii. Memperkayakan budaya dan warisan dunia melalui
pelaksanaan kajian, dokumentasi, pemuliharaan, promosi
serta aktiviti pendidikan yang berterusan dan berkesan.
1.4.4 Moto MBMB
Bergerak Bersama, Maju Bersama
1.4.5 Fungsi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Bandaraya
Melaka Bersejarah mempunyai peranan penting di dalam
memaju dan membangunkan kawasan pentadbirannya. Di
antara peranan terpenting Majlis ialah seperti berikut :
i. Perancangan Bandar
ii. Pengurusan Projek Pembangunan dan
Penguatkuasaan Effluent
iii. Kawalan Pembangunan
iv. Pengindahan Bandar dan Kawal Selia Kebersihan
Awam
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 7
v. Perkhidmatan Pelesenan dan Kesihatan
Persekitaran
vi. Penilaian dan Pengurusan Harta
vii. Penyediaan dan Penyelenggaraan Infrastruktur
Kemudahan Awam
viii. Perundangan dan Penguatkuasaan
ix. Pengurusan Premis Perniagaan dan Perkhidmatan
Pelanggan
x. Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia
xi. Pengurusan Teknologi Maklumat dan Inovasi
xii. Pengurusan Kewangan
xiii. Perhubungan Awam dan Antrabangsa
1.4.5 Statistik Anggota
Sehingga 15 Januari 2016, Majlis mempunyai seramai 1158
orang anggota yang bertugas di 12 buah jabatan. Berikut
adalah pecahan anggota Majlis mengikut taraf perjawatan dan
kumpulan.
KUMPULAN WUJUD
TARAF PERJAWATAN JUMLAH
TETAP KONTRAK SEMENTARA/
PINJAMAN
Jusa 1 1 0 0 1
Pengurusan & Profesional
76 59 0 0 59
Pelaksana 1090 951 56 2 1009
Lantikan Kontrak
0 - 81 - 81
Pinjaman 0 0 0 3 3
Perlantikan KPKT
0 2 3 0 5
JUMLAH 1167 1013 140 5 1158
Jadual : Statistik anggota mengikut kumpulan perjawatan
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 8
1.5 MAKLUMAT JABATAN
1.5.1 Latar Belakang Jabatan Penilaian dan Pengurusan
Harta
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta adalah
merupakan salah satu jabatan utama di dalam organisasi
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Jabatan
ini ditubuhkan bagi menjadi penjana kepada punca hasil
utama Majlis iaitu melalui cukai taksiran, sumbangan
membantu kadar dan pengurusan tanah Majlis. Tugas
utama bagi jabatan ini adalah untuk menilaikan kesemua
harta tanah yang terletak di dalam kawasan kadaran
MBMB untuk dikenakan cukai taksiran dan sumbangan
membantu kadar yang merupakan punca hasil utama
Majlis.
Jabatan ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Bahagian
Penilaian Kadaran, Bahagian Pengurusan Cukai
Taksiran, Bahagian Pengurusan Harta dan Bahagian
Pentadbiran.
Jabatan Penilaian & Pengurusan
Harta
Bahagian Penilaian Kadaran
Bahagian Pengurusan
Cukai Taksiran
Bahagian Pengurusan
Harta
Bahagian Pentadbiran
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 9
1.5.2 Piagam pelanggan Jabatan Penilaian dan Pengurusan
Harta
1.5.3 Fungsi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Fungsi 1. Memproses permohonan pindahmilik
pegangan berkadar
2. Menilaikan semua bangunan yang terletak
di dalam kawasan MBMB untuk dikenakan
Cukai Taksiran
3. Menilaikan semua hartanah yang dimiliki
oleh kerajaan Persekutuan, Kerajaan
Negeri dan Badan Berkanun untuk
dikeanakan Sumbangan Membantu Kadar
4. Mengeluarkan bil Cukai Taksiran dan
notis-notis tuntutan tunggakan Cukai
Taksiran
5. Menguruskan harta tanah milik
MBMB
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 10
2.0 MAKLUMAT PROJEK
2.1 Tujuan
Sistem Penilaian Harta (e-nilai) dibangunkan bertujuan bagi
memudahkan proses perlaksanaan kerja dalam membuat
penilaian cukai taksiran ke atas bangunan berkadar. Disamping
itu, sistem ini juga diintergrasikan dengan sistem sediada iaitu
Sistem logins dan Sistem e-SKB (Sistem Kawalan Bangunan).
Rajah : Integrasi antara sistem-sistem di MBMB
2.2 Objektif Pelaksanaan
2.2.1 Projek ini dibangunkan bagi memastikan semua pelan
bangunan yang telah pun siap dibina / telah mendapat
CCC (sijil layak menduduki) akan dikenakan Cukai
Taksiran Harta.
2.2.2 Perlaksanaan kerja-kerja membuat penilaian cukai
taksiran menjadi lebih sistematik dan efisien.
2.2.3 Dapat meningkatkan hasil cukai kepada pihak Majlis.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 11
2.3 Proses pelaksanaan
2.3.1 Sistem Penilaian Harta e-nilai telah dibangunkan oleh
Jabatan Penilaian Harta dengan dengan kerjasama
Multiplex Solution melibatkan jumlah kos sebanyak
RM40,000.
2.3.2 Sistem ini dibangunkan mengikut kehendak dan kriteria-
kriteria yang telah ditetapkan oleh jabatan dan dipantau
oleh Unit IT, Jabatan Khidmat Pengurusan.
2.3.3 Sistem ini melibatkan beberapa modul pilihan iaitu Modul
Pelan, Modul Lawat periksa, Modul Penilaian dan Modul
Laporan.
2.3.4 Sistem ini dibangunkan dalam bentuk „Web Based‟ di
mana sistem ini boleh dibuka dan dicapai dimana-mana
sahaja menggunakan talian internet. Oleh itu, kerja-kerja
penilaian cukai taksiran boleh dilaksanakan walaupun
tidak berada di pejabat.
2.4 Tempoh Pelaksanaan
•Perbincangan bersama perundingJul 2014
•Pembangunan sistemJul - Dis
2014
•Sistem siap dibangunkanDis 2014
•Uji cuba sistemJan 2015
•Latihan dan kursus kepada anggota jabatan
•Pembekalan buku manual kepada anggota terlibatJan 2015
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 12
2.5 Peringkat Pelaksanaan
2.5.1 Pembangunan sistem
Rajah : Carta aliran proses penilaian Cukai Taksiran Harta
2.5.2 Sistem e-nilai ini telah diintergrasikan dengan Sistem e-
SKB (Sistem Kawalan Bangunan) di mana segala
permohonan pelan bangunan yang dibuat di Jabatan
Kawalan Bangunan boleh terus dibuka dan didaftarkan di
dalam Sistem e-nilai. Ini bermakna melalui Sistem e-nilai,
Jabatan Penilaian Harta akan dapat memantau dan
memastikan setiap pelan bangunan yang telah diluluskan
oleh Majlis dan yang telah siap dibina akan dikenakan
cukai taksiran.
2.5.3 Disamping itu, Sistem e-nilai ini juga telah diintergrasikan
dengan Sistem Logins iaitu sistem bil cukai taksiran di
mana semua pelan-pelan bangunan yang telah pun siap
dinilaikan cukai taksiran akan terus dipindahkan ke dalam
sistem bil cukai taksiran untuk dibilkan cukai kepada
pemilik bangunan.
2.5.4 Sehingga kini pihak jabatan telah menggunakan Sistem
e-nilai selama setahun dari awal tahun 2015 dan didapati
sistem ini telah berjaya dan dapat berfungsi dangan
lancar dimana proses penilaian cukai taksiran dapat
dibuat dengan mudah dan sistematik.
Terimaan pelan bangunan
daripada Jabatan Kawalan
Bangunan,
Pendaftaran pelan bangunan
Laporan lawatperiksa
Penilaian cukai taksiran
Notis-notis cukai taksiran dan
laporan-laporan berkaitan
Bil cukai taksiran dikeluarkan
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 13
2.6 Penambahbaikkan
Sistem ini akan ditambahbaik lagi untuk peringkat seterusnya
iaitu bagi mengintegrasikan dengan Sistem GIS iaitu bagi
maklumat lot pegangan cukai dan Sistem E-DMS iaitu bagi
simpanan dokumen dan rekod dalam bentuk „softcopy‟.
3.0 INOVASI DALAM PELAKSANAAN PROJEK
SISTEM E-NILAI
SISTEM E-DMSSISTEM GIS
SISTEM LOGINS
SISTEM E-SKB
MASA
• Menjimatkan masamemproses sebanyak 20 minit
• Laporan penilaian Cukaidalam masa 10 minit
KUANTITI
• Penilaian dapat dibuatdalam kuantiti yang banyak pada satu-satumasa
KUALITI• Laporan lebih tepat(kurang kesilapan)
• Laporan lebih kemas
SUMBER MANUSIA
• Penjimatan sumbermanusia
INOVASI DALAM
PELAKSANAAN
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 14
3.1 Masa
- Penggunaan sistem e-nilai dapat menjimatkan masa dalam
membuat penilaian cukai taksiran dimana proses dapat dibuat
dengan lebih cepat berbanding secara manual.
- Sebagai contoh, dengan menggunakan sistem ini, laporan penilaian
cukai taksiran dapat dibuat dalam masa 10 minit berbanding 30
minit dengan menggunakan cara manual.
3.2 Kuantiti
- Pegangan cukai dapat dinilai dengan serentak dalam jumlah yang
banyak dalam tempoh masa yang sama.
- Sebagai contoh penilaian bagi 200 unit harta tanah boleh dibuat
secara serentak bagi jenis harta yang sama di mana maklumat
cukai hanya perlu disalin sahaja tanpa perlu menaip semula
maklumat tersebut.
3.3 Kualiti
- Laporan penilaian cukai taksiran akan menjadi lebih tepat di mana
kurang berlaku kesilapan dalam memproses cukai taksiran.
- Semakan dapat dibuat lebih awal dan mudah sebelum bil cukai
taksiran dikeluarkan.
- Laporan penilaian cukai taksiran menjadi lebih kemas dengan
hanya perlu dicetak daripada sistem e-nilai berbanding sebelum
penggunaan sistem di mana laporan perlu ditulis secara manual.
3.4 Sumber manusia
- Penggunaan sistem e-nilai dapat mengurangkan anggota yang
melaksanakan kerja-kerja penilaian.
- Sebagai contoh tugas bagi pembantu tadbir untuk mengeluarkan
notis-notis cukai taksiran dapat dilaksanakan oleh dua orang
pembantu tadbir sahaja berbanding tiga orang pembantu tadbir
sebelum menggunakan sistem e-nilai.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 15
4.0 KESAN PELAKSANAAN
4.1 Pemantauan
- Kerja-kerja penilaian cukai taksiran harta dapat dipantau
dengan lebih berkesan dan efektif.
- Cukai taksiran bagi semua pelan bangunan yang telah siap
dibina dikenakan secara menyeluruh.
- Proses nilaian cukai dapat dilaksanakan dengan lebih tepat
dan cekap.
4.2 Hasil Majlis
- Pelaksanaan Sistem ini secara tidak langsung dapat
meningkat hasil kutipan cukai kepada Majlis dengan
mengenakan cukai taksiran secara menyeluruh dan
berkesan.
4.3 Sasaran kerja
- Sasaran jabatan bagi mengenakan cukai taksiran bagi
semua bangunan yang dibangunkan dalam kawasan
pentadbiran MBMB tercapai.
- Pengwujudan sistem ini telah dapat mempercepatkan proses
nilaian di mana sebelum ini nilaian hanya dibuat setelah
Jabatan Penilaian Harta mendapat salinan CCC daripada
Jabatan Kawalan Bangunan.
5.0 KEBAIKAN PENGGUNAAN SISTEM e-nilai
- Proses kerja menjadi mudah dan sistematik dengan menggunakan
sistem e-nilai dimana proses kerja akan menjadi lebih teratur dan
lancar mengikut format yang telah ditetapkan.
- Sistem e-nilai boleh diintergrasi dengan sistem yang lain seperti
Sistem e-SKB dan Sistem logins. Oleh itu, satu perkongsian data
maklumat dapat diwujudkan dan digunapakai oleh jabatan-jabatan
yang terlibat.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 16
- Sistem e-nilai dibangunkan dengan menggunakan „web based‟
yang mana sistem ini boleh digunakan dimana-mana sahaja
secara internet.
- Sistem e-nilai adalah merupakan sistem terkawal yang hanya
boleh digunakan oleh pengguna yang berdaftar sahaja dan juga
tidak mudah digodam oleh orang lain.
- Penyimpanan data maklumat lengkap untuk setiap harta boleh
dibuat dan dicapai semula oleh sistem ini walaupun rekod
„hardcopy‟ telah dicetak dalam simpanan fail.
- Sistem e-nilai merupakan sistem „friendly user‟ dan mudah
difahami oleh pengguna untuk menggunakan sistem ini.
- Sistem e-nilai ini juga boleh digunapakai oleh Pihak Berkuasa
Tempatan lain yang ingin menggunakan sistem penilaian untuk
menilaikan cukai taksiran.
6.0 RUMUSAN
Pengwujudan Sistem e-Nilai telah membantu Jabatan Penilaian Harta
untuk membuat penilaian cukai taksiran harta terhadap pegangan-
pengangan dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya dengan
lebih efektif dan menyeluruh. Penggunaan sistem ini secara tidak
langsung membantu meningkatkan produktiviti jabatan dan sekaligus
dapat meningkatkan hasil cukai Majlis. Selain itu penggunaan sistem
ini menjadikan proses nilaian dapat dijalankan dengan lebih berkesan
dan lebih tepat.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 17
LAMPIRAN
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 18
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 19
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 4
PAPARAN SISTEM e-NILAI
Hanya anggota yang mempunyai ID pengguna dan kata laluan sahaja boleh akses ke dalam sistem e-Nilai
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 5
CARIAN PELAN JABATAN KAWALAN BANGUNAN
Cara untuk membuat carian pelan JKB PT boleh hanya taip %01515% maka senarai pelan yang ada nombor tersebut akan keluar. Buat carian
pelan JKB berkaitan dari senarai tersebut. Klik pada nombor pelan tersebut.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 6
DAFTAR PELAN
Maklumat pelan JKB akan dipaparkan di maklumat pelan. Semak maklumat pelan tersebut dan jika betul klik “daftar” untuk pendaftaran pelan.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 7
CARIAN PELAN JKB
Masukkan maklumat pada bahagian daftar pelan penilaian seperti nombor lot, tarikh CF, tarikh terimaan, nama PP dan nama PPP. Klik butang
“simpan” untuk simpan daftar pelan tersebut.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 8
CARIAN PELAN OLEH PP
Taip nombor pelan bangunan tersebut menggunakan format P02626/01/2012. Maklumat pelan bangunan yang telah dihantar oleh PT
pendaftaran akan keluar pada senarai daftar pelan. Klik butang “edit” untuk langkah seterusnya.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 9
KEMASKINI MAKLUMAT PELAN
1. Masukkan maklumat seperti tarikh lawat periksa dan kategori pelan sama ada akaun baru atau pindaan. Kemudian klik butang “simpan”.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 10
KEMASKINI MAKLUMAT PELAN
2. Pada maklumat pemilik lengkapkan maklumat seperti berikut dan klik butang “simpan”.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 11
CARIAN NOMBOR AKAUN SEDIA ADA
Untuk membuat carian klik butang “cari” dan senarai akaun bagi keseluruhan taman akan dikeluarkan dan pilik nombor akaun yang terlibat.
Contoh carian bagi nombor kauan 124160000517
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 12
STATUS AKAUN TELAH DI DAFTAR
Nombor akaun yang dipilih akan didaftarkan. Kamudian klik butang “edit” untuk langkah seterusnya.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 13
KEMASKINI MAKLUMAT TANAH
1. Pada skrin maklumat harta, PP perlu lengkapkan maklumat kemasan harta tersebut dan jika telah lengkap klik butang “simpan” untuk langkah seterusnya.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 14
KEMASKINI MAKLUMAT TANAH
2. Pada skrin maklumat harta, PP perlu lengkapkan maklumat kemasan harta tersebut dan jika telah lengkap klik butang “simpan” untuklangkah seterusnya.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 15
BORANG LAWAT PERIKSA
Borang ukur periksa dipaparkan seperti berikut. Jika telah PP boleh mencetak borang ukur periksa tersebut untuk dimasukkan ke dalam fail.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 16
PROSES HANTAR KES KEPADA PEGAWAI PPP
Kemudian klik pada bahagian “maklumat umum” dan klik butang hantar untuk serahan kepada PPP untuk tindakan penilaian. Tindakan PP
telah pun selesai.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 17
PAPARAN SENARAI PELAN UNTUK DINILAI
Untuk proses penilaian, PPP perlu membuat carian pelan bangunan mengikut nama PP. Senarai pelan yang telah dihantar oleh PP akan
dipaparkan di senarai daftar pelan. PPP pilih pelan terlibat dan klik butang “edit” untuk proses nilaian seterusnya.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 18
PROSES KAEDAH PENILAIAN CTH
1. Pada skrin maklumat nilaian, PPP perlu pilih kaedah penilaian dan data perbandingan yang diambil akan dimasukkan. Kemudian klik butang “simpan” untuk langkah seterusnya.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 19
PROSES KAEDAH PENILAIAN CTH
2. PPP akan semak ukuran bangunan dan jika betul masukkan aras nilaian tersebut. Kemudian klik butang “simpan” untuk langkah seterusnya
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
Sistem Penilaian Harta (e-Nilai)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2016 L 20
PROSES AKHIR PENILAIAN CUKAI TAKSIRAN HARTA
Kiraan nilaian bangunan akan dipaparkan dan PP akan menyemak dan memilih status nilaian “selesai” dan nama PPP yang menilai. Jika telah
selesai klik butang “cetak” untuk view borang nilaian dan cetak. Kemudian klik butang “simpan” untuk rekod. Tindakan PPP telah pun selesai.