MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM - mbsa.gov.my · ITP - RM 180.00 Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00...

6
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan. BIL JAWATAN GRED KEKOSONGAN TETAP KONTRAK GRED LANTIKAN 1 PEGAWAI ALAM SEKITAR C41 1 2 ARKITEK J41 1 3 PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN N27 1 4 PENOLONG PUSTAKAWAN S27 1 5 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27 5 6 JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 6 7 PEMBANTU PENILAIAN W17 15 KLASIFIKASI PERKHIDMATAN C - Perkhidmatan Sains F - Perkhidmatan Sistem Maklumat J - Perkhidmatan Kejuruteraan N - Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan S - Perkhidmatan Sosial W - Perkhidmatan Kewangan SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN: Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa. PERHATIAN KEPADA PEMOHON: i) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; ii) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini; iii) Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan; iv) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan; v) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;

Transcript of MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM - mbsa.gov.my · ITP - RM 180.00 Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00...

Page 1: MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM - mbsa.gov.my · ITP - RM 180.00 Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00 Kenaikan Gaji Tahunan - RM 95.00 Syarat-Syarat Lantikan: a) i) Sijil Pelarajan Malaysia

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

BIL JAWATAN GRED KEKOSONGAN

TETAP KONTRAK

GRED LANTIKAN

1 PEGAWAI ALAM SEKITAR C41 1

2 ARKITEK J41 1

3 PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN N27 1

4 PENOLONG PUSTAKAWAN S27 1

5 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27 5

6 JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 6

7 PEMBANTU PENILAIAN W17 15

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

C - Perkhidmatan Sains

F - Perkhidmatan Sistem Maklumat

J - Perkhidmatan Kejuruteraan

N - Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

S - Perkhidmatan Sosial

W - Perkhidmatan Kewangan

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN: Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa. PERHATIAN KEPADA PEMOHON: i) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ii) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;

iii) Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;

iv) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;

v) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;

Page 2: MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM - mbsa.gov.my · ITP - RM 180.00 Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00 Kenaikan Gaji Tahunan - RM 95.00 Syarat-Syarat Lantikan: a) i) Sijil Pelarajan Malaysia

vi) Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;

vii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN

Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Bahagian Sumber Manusia Majlis Bandaraya Shah Alam

Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200 40706 Shah Alam, Selangor

Tarikh iklan dikeluarkan : 03 November 2014

Tarikh tutup permohonan adalah pada : 17 November 2014

Page 3: MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM - mbsa.gov.my · ITP - RM 180.00 Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00 Kenaikan Gaji Tahunan - RM 95.00 Syarat-Syarat Lantikan: a) i) Sijil Pelarajan Malaysia

GRED LANTIKAN: 1. NAMA JAWATAN : PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR (KONTRAK)

Gred dan Jadual Gaji C41 : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM

RM 1940.00 RM 8720.00

ITKA - RM 300.00

ITP - RM 250.00

Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00

Kenaikan Gaji Tahunan - RM 225.00

Syarat Lantikan: a) Ijazah Sarjana Muda Sains (Alam Sekitar) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada

institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;

dan b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; atau

ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

2. NAMA JAWATAN : ARKITEK (TETAP)

Gred dan Jadual Gaji J41 : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM

RM 2360.00 8743.00

ITKA - RM 300.00

ITP - RM 250.00

Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00

Kenaikan Gaji Tahunan - RM 225.00

Syarat-Syarat Lantikan:

(a) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

dan (b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL): Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik (Senibina) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; atau

ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Page 4: MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM - mbsa.gov.my · ITP - RM 180.00 Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00 Kenaikan Gaji Tahunan - RM 95.00 Syarat-Syarat Lantikan: a) i) Sijil Pelarajan Malaysia

3. NAMA JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN (KONTRAK)

Gred dan Jadual Gaji N27 : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM

RM 1362.00 RM 5092.00

ITKA - RM 160.00

ITP - RM 180.00

Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00

Kenaikan Gaji Tahunan - RM 145.00

Syarat Lantikan: a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh kerajaan; atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(iii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

dan b) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. NAMA JAWATAN : PENOLONG PUSTAKAWAN (KONTRAK)

Gred dan Jadual Gaji S27 : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM

RM 1362.00 RM 5092.00

ITKA - RM 160.00

ITP - RM 180.00

Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00

Kenaikan Gaji Tahunan - RM 145.00

Syarat Lantikan: a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh kerajaan; atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(iii) Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

dan b) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

* Keutamaan kepada Diploma Pengurusan Perpustakaan dan yang telah berkhidmat di perpustakaan sekurang-kurangnya 2 tahun.

Page 5: MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM - mbsa.gov.my · ITP - RM 180.00 Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00 Kenaikan Gaji Tahunan - RM 95.00 Syarat-Syarat Lantikan: a) i) Sijil Pelarajan Malaysia

5. NAMA JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN (KONTRAK)

Gred dan Jadual Gaji W27 : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM

RM 1367.00 RM 5098.00

ITKA - RM 160.00

ITP - RM 180.00

Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00

Kenaikan Gaji Tahunan - RM 145.00

Syarat Lantikan: a) (i) Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda

yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

dan b) Lulus dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

* Tempoh kontrak 2 tahun sahaja

6. NAMA JAWATAN : PEMBANTU PENILAIAN (KONTRAK)

Gred dan Jadual Gaji W17 : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM

RM 929.00 RM 3377.00

ITKA - RM 115.00

ITP - RM 180.00

Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00

Kenaikan Gaji Tahunan - RM 95.00

Syarat-Syarat Lantikan: a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

(ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi Penilaian Negara (INSPEN) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

dan b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

* Tempoh kontrak 2 tahun sahaja

Page 6: MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM - mbsa.gov.my · ITP - RM 180.00 Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00 Kenaikan Gaji Tahunan - RM 95.00 Syarat-Syarat Lantikan: a) i) Sijil Pelarajan Malaysia

7. NAMA JAWATAN : JURUTEKNIK KOMPUTER (KONTRAK)

Gred dan Jadual Gaji FT17 : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM

RM 953.00 RM 3490.00

ITKA - RM 115.00

ITP - RM 180.00

Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00

Kenaikan Gaji Tahunan - RM 95.00

Syarat-Syarat Lantikan:

a) i) Sijil Pelarajan Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

vi) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

v) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

dan b) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.