MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA: DULI YANG … perencana kota yang cukup unik lagi sempurna. Setiap...

4
www.instagram.com/masjiduitmshahalam www.facebook.com/masjiduitmshahalam www.twitter.com/masjiduitm BIL 3/BHEI/2017 EDISI JUN 2017 MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA: DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR & DULI YANG MAHA MULIA TENGKU PERMAISURI SELANGOR

Transcript of MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA: DULI YANG … perencana kota yang cukup unik lagi sempurna. Setiap...

www.instagram.com/masjiduitmshahalam www.facebook.com/masjiduitmshahalam www.twitter.com/masjiduitm

BIL 3/BHEI/2017 EDISI JUN 2017

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA:

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR &DULI YANG MAHA MULIA TENGKU PERMAISURI SELANGOR

MAJLIS PENYAMPIAN ZAKAT KEPADA

PELAJAR UiTM

MAJLIS BACAAN YASIN BERSAMA-SAMA WARGA UiTM

MAJLIS BERBUKA PUASA

MA

JLIS

KH

ATA

M A

LQU

RA

N &

PE

NYA

MP

AIA

N B

AN

TUA

N H

AR

I RA

YA K

EP

AD

A K

AK

ITA

NG

AN

UiT

M

Majlis Khatam alQuran peringkat UiTM

Penyampaian Bantuan Hari

Raya kepada kakitangan UiTM

Penyerahan Cek

Zakat daripada

BIMB dan

Koperasai

Kakitangan

UiTM

FOKUS MINI

Kenali sang semut(iktibar dari-nya))

SEMUTmerupakan serangga yang ada

dikesahkan di dalam Al-Quran iaitu di

dalam Surah An Naml yang merupakan

surah ke-27 dalam Al Qur'an.

Surah ini terdiri dari 93 ayat,

Surah ini tergolong dari kumpulan

surah-surah MakkiyahAn Naml ataupun semut merupakan di antara serangga kecil yang merayap

dipermukaan bumi. Semut juga dijadikan perumpamaan di dalam bahasa

Melayu seperti “ada gula adalah semut” ataupun “mati semut kerana gula”.

Semut walaupun haiwan kecil terkenal dengan sifat kerja gotong royong

dan bekerjasama, upaya strategi ketenteraan, mantapnya jaringan

komunikasi yang maju, makhluk yang agak cerdik, hidup penuh disiplin,

dan perencana kota yang cukup unik lagi sempurna. Setiap koloni semut,

tanpa kecuali, tunduk pada sistem kasta secara ketat.

Hakikatnya kerajaan semut (Wadin Naml) telah wujud sekian lama. Ianya boleh dibuktikan di dalam Surah

An-Naml pada ayat 18, diberitakan Raja semut mengatakan kepada anak buahnya agar masuk ke dalam

sarang masing-masing, supaya jangan terpijak oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tenteranya yang akan melewati

tempat itu. Mendengar titah perintah Raja semut kepada anak buahnya itu, Nabi Sulaiman a.s. tersenyum

dan takjub atas betapa teratur dan tersusunnya kerajaan semut itu, walaupun kecil tetapi cukup

mengkagumkan.

GLOSARI SIRAH

Buah Tamar

SIRAH TAMAR

Tamar atau kadangkala dipanggil buah kurma di dalam bahasa arab dipanggil Tamar atau Rutob (tamar

mengkal yang baru dipetik). Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncang pohon tamar di

tempat dia melahirkan Nabi Isa (A.S.), lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam

Itulah sejarah pertama tamar dikenali. Pada bulan Februari, biasanya pohon tamar jantan dan betina

berbunga setahun sekali. Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Bulan Julai pula

adalah musim tamar masak ranum manakala bulan Ogos untuk dituai. Tamar Nabi dipanggil (Al-Ajwah). Ia

adalah sejenis tamar kota Madinah Al-Munawarah, bijinya lebih besar warnyanya agak hitam, merupakan

tanaman junjungan Nabi Muhammad (SAW) Baginda lazim berbuka puasa dengan beberapa rutob Hadith

ada menceritakan Dari Anas (RA), sesungguhnya Nabi (SAW) berbuka puasa dengan beberapa Rutob

(sejenis tamar yang mengkal tetapi segar yang baru dipetik dari pohonnya) sebelum shalat, kalau tidak ada

rutob, maka dengan beberapa kurma yang ranum, kalau tidak ada, maka dengan meneguk beberapa

tegukan air putih. (Abu Daud dan At-Tirmidzi).: