Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

24

Transcript of Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

Page 1: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan
Page 2: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

2014

Bicara Sihat18 Kawal Pemakanan Semasa Hari Raya

Pilihan Servis Anda22 Negeri Sembilan dan Johor

23 Pelantikan Baharu

17 Penyerahan Cek Kepada Balu Almarhum Encik Yusof Yakob (Fomen)

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

Libur Destinasi20 9 Perkara Menarik Dilakukan

Sepanjang Cuti Hari Raya

JILID 3 | MEI - JUN 2016 Sekilas Minda03 Teguh Merealisasikan Empayar

Kejayaan dan Salam Aidilfitri

Yang Perlu Anda Tahu04 Istilah-Istilah yang Digunakan dalam

Pengurusan Fleet

07 Statistik Kemalangan & Saman untuk Kenderaan Fleet SPANCO

Menjejak Inspirasi08 Penasihat Servis Komited Berikan

Perkhidmatan Cemerlang Seiring Penambahan Fleet

Kata Mereka10 Khidmat Cemerlang Bantu Kelancaran

Tugas di Jabatan Kesihatan Kelantan

Servis itu Penting12 Program Pentauliahan Kemahiran oleh

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Persada Inovasi14 Enam Cara Anda Boleh Digodam & Tip

untuk Mengelakkannya

Merakam Catatan16 Majlis Ramah Mesra YAB Perdana

Menteri Bersama Warga Korporat Pekan

Taklimat Pengurusan Kenderaan Kepada Bahagian Pengangkutan Pengkalan TLDM Lumut, Perak

Kursus Penyelenggaraan Kenderaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Taklimat Kenderaan Jabatan Untuk Pegawai Perhubungan Dari Setiap Kementerian

04

Sila hantar komen, pandangan dan sumbangan karya anda kepada Sidang Pengarang seperti di alamat penerbit yang tertera di sebelah. Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang Pengarang berhak melakukan penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

PenaungDato’ Hamzah Mohd Salleh

SiDang PengarangPeter LimShaheeran Jalalludinrusman Bassri

PencetakMiracle Offset Print Sdn Bhdno. 15, Jalan PBS 14/3taman Perindustrian Bukit Serdang

43300 Seri kembangan.

Tel 03-8941 4013

Faks 03-8941 4014

PerunDing PenerBitanexecutive Mode Sdn Bhd (317453-P)

PenerBitSPancO Sdn Bhd (172957-u)no. 2, Jalan Perusahaan 2kawasan Perusahaan Batu caves68100 Batu caves.

Tel 03-6192 8888

Faks 03-6192 8999

emel [email protected]

web www.spanco.com.my

Talian bebas tol 1-800-88-6999

Page 3: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 2016 3

TEGUH MEREALISASIKAN EMPAYAR KEJAYAAN dAN SALAM AIdILFITRI Kita telah melangkah ke pertengahan tahun dengan pelbagai pencapaian telah dirangkumkan dalam mengimplementasikan sasaran 2016. Antara yang utama, pelaburan dalam sistem dan kemudahan. Kita telah menyediakan pengurusan fleet kepada Kerajaan Malaysia dengan perkhidmatan yang sentiasa dipertingkatkan tahun demi tahun sejajar dengan perkembangan teknologi automotif.

Alhamdulillah, sejak memulakan operasi, SPANCO telah mempertingkatkan pelaburannya dalam sistem dan kemudahan bagi memastikan Kerajaan Malaysia mendapat perkhidmatan yang menjangkaui tahap perjanjian.

Di samping itu, kita juga telah melabur di dalam pembangunan sumber ihsan bagi memastikan kakitangan terutamanya dari bahagian teknikal adalah terlatih dan berkemahiran. Pada tahun lepas kita telah memulakan Program Pentauliahan Kemahiran oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran yang merupakan kesinambungan kepada usaha mendapatkan pengiktirafan daripada pihak pengedar, iaitu Proton Edar.

Dalam usaha mempertingkatkan servis dan mutu kerja yang profesional, kita juga telah merancang menjadikan Pusat Servis SPANCO sebagai salah sebuah Pusat Bertauliah Sijil Kemahiran Malaysia. Ia adalah sebahagian dari usaha

tanggungjawab sosial SPANCO dalam memberikan semula kepada masyarakat.

Jutaan terima kasih turut kami ucapkan kepada pihak Kerajaan dan pelanggan-pelanggan di atas sokongan dan keyakinan kepada kami dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua. Sempena Aidilfitri ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, semoga ukhuwah yang terjalin sesama pelanggan, kakitangan serta rakan niaga ini akan terus kukuh selamanya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin daripada

DATo’ HAMzAH MoHD SALLeH, Ketua Pegawai Eksekutif

AzMAn IDrIS, Ketua Pegawai Operasi

PeTer LIM, Pengarah Eksekutif

ng WAI THong, Pengawal Kewangan

Kita telah menyediakan pengurusan fleet kepada Kerajaan Malaysia dengan perkhidmatan yang sentiasa dipertingkatkan tahun demi tahun sejajar dengan perkembangan teknologi automotif.

SEKILAS MINDA

Page 4: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 20164

yANg pErLU ANDA tAhU

Istilah-Istilah yang digunakan dalam Pengurusan FleetApakah VOR, Kesediaan Kenderaan, Tempoh Kerosakan, Tempoh Penggantian Optimum dan Program Cegahan di dalam pengurusan fleet? Berikut adalah istilah-istilah yang sering digunakan di dalam industri fleet.

Kesediaan Kenderaan (Availability)Jumlah masa kenderaan bersedia untuk digunakan. Kesediaan dipengaruhi pelbagai faktor seperti keperluan penyenggaraan, beban kerja yang berlebihan dan kenderaan tidak berada di lokasi yang betul. Beberapa kaedah boleh

diguna pakai bagi memaksimumkan kesediaan kenderaan seperti mengkhususkan tugasan kenderaan, menggunakan GPS bagi memantau lokasi dan menjadualkan penyenggaraan di luar waktu kerja mereka.

98%SPANCOTAndA ArAs

2%SPANCOTAndA ArAs

Tempoh pembaiKan (Vehicle downtime)Jumlah masa fleet tidak dapat digunakan kerana menjalani penyenggaraan atau pembaikan. Ia mungkin disebabkan faktor seperti penyenggaraan yang tidak dirancang, pembaikan dan penukaran

tayar atau penggantian peralatan aksesori. Bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan kenderaan, tempoh pembaikan boleh dikurangkan dengan menyusun jadual penyenggaraan yang efektif.

Page 5: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 2016 5

Vor

Adalah singkatan bagi ‘vehicle off road’ atau tempoh kenderaan tidak dapat digunakan. penggunaan

Kenderaan (Utilisation)

Jumlah masa kenderaan dimanfaatkan berbanding tempoh kesediaannya. Ia diukur dengan mengira masa sebenar kenderaan digunakan berbanding

Kos seumur hidup

Apabila membeli kenderaan, organisasi harus mengambil kira ‘kos seumur hidup’ dari segenap sudut. Ini termasuklah kos perolehan dan penawaran tender, kos pajakan dan penyusutan nilai, penyenggaraan, penggunaan bahan api berbanding perbatuan, cukai jalan, insurans, bayaran bulanan, nilai pelupusan,

kos penamatan awal, pemasangan aksesori dalaman dan luaran serta kos mengecat. Pertimbangan dalam membuat keputusan pembelian harus juga termasuk faktor yang tidak membabitkan kewangan seperti kesediaan rangkaian pusat servis diiktiraf dan khidmat sokongan serta isu-isu berkaitan kualiti. Kos seumur hidup juga membantu mengenal pasti tempoh penggantian optimum.

sewa pajaK

Sebelum berhasrat menyewa pajak kenderaan, ‘kos seumur hidup’ hendaklah dikira dan dibandingkan dengan pilihan perolehan yang lain. Jika menyewa pajak adalah pilihan paling kos efektif, maka kos seumur hidup boleh digunakan untuk mengenal

tempoh kenderaan bersedia untuk digunakan. Penunjuk ini dapat membantu mengenal pasti sama ada saiz fleet bersesuaian dengan keperluan organisasi. masa Yang diambil

(Turnaround Time)

Tempoh yang diambil untuk menyiapkan sesuatu tugas servis. Tanda Aras SPANCO: dalam masa 24 jam untuk

servis berjadual, 21 hari untuk rombak rawat enjin dan 30 hari untuk pembaikan akibat kemalangan.

puTaran Kenderaan

Kenderaan boleh dipindahkan dari satu jabatan ke jabatan yang lain untuk menyamaratakan jarak perbatuan. Kaedah ini kerap digunakan ke atas kenderaan ‘pool’ iaitu kereta jabatan, berbanding yang dikhususkan untuk individu iaitu kereta rasmi jawatan. reKod penYenggaraan Rekod-rekod ini termasuklah butiran pemeriksaan keselamatan, penyenggaraan lazim, huraian kerosakan/kecacatan dan pembaikan yang telah dilaksanakan. Rekod yang lengkap dan terkini dapat membantu sesebuah organisasi mengurangkan kos,

memenuhi syarat jaminan dan digunakan sebagai bahan pembelaan jika menghadapi tindakan undang-undang.

program

penYenggaraan

Cegahan

Satu program komprehensif dan sistematik yang diamalkan oleh fleet yang menumpukan kepada aspek

pencegahan kerosakan iaitu dengan mengganti komponen kenderaan sebelum ia rosak. Bahagian tumpuan yang sering diperiksa ialah penggantian tayar dan bateri, minyak enjin, bahan pendingin dan semua sistem tali sawat.

KonTraK

penYenggaraan Perjanjian antara organisasi yang memiliki fleet kenderaan dan pembekal penyenggaraan. Kontrak haruslah menyenaraikan butiran program penyenggaraan yang dipersetujui untuk setiap kereta di dalam fleet, secara khusus, contoh, kekerapan penyenggaraan dan tahap sokongan yang disediakan. Bagi kereta yang disewa pajak, penyenggaraan adalah sebahagian dari bayaran bulanan tetap.

KerosaKan dan KeCemasan

Pemandu harus tahu tindakan yang perlu dilakukan jika berlaku kerosakan atau kecemasan. Pemandu mestilah sentiasa menyimpan nombor kecemasan iaitu bagi pelanggan SPANCO, Talian Bebas 1-800-88-6999. Mereka juga mestilah bersedia memberi maklumat lengkap seperti nombor pendaftaran kenderaan, lokasi, nama dan nombor untuk dihubungi serta keterangan masalah yang dihadapi.

Page 6: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 20166

yANg pErLU ANDA tAhU

buKu panduan pemandu

Pemandu dan pengguna kenderaan harus dibekalkan dengan buku panduan mengandungi semua maklumat yang diperlukan untuk mengendalikan kenderaan tersebut dengan selamat dan berkesan. Mereka harus membaca dan memahami buku panduan ini serta menyimpannya di dalam kenderaan yang digunakan. Buku panduan mestilah mengandungi panduan menggunakan

kenderaan, risiko yang dihadapi apabila memandu, dasar pemanduan organisasi seperti larangan penggunaan telefon bimbit dan memandu melebihi had tempoh tertentu, tip pemanduan berhemah dan meningkatkan keberkesanan, cara-cara menjimatkan bahan api dan mengurangkan kemalangan, tindakan jika berlaku kemalangan dan nombor kecemasan yang perlu dihubungi apabila kerosakan berlaku.

pasti tempoh sewaan yang optimum. Syarat-syarat pajakan selalunya melibatkan bayaran bulanan tetap sebagai balasan untuk menggunakan kereta tersebut. Kontrak akan mengkhususkan beberapa terma penggunaan seperti had jarak perjalanan yang telah dipersetujui dengan bayaran penalti dikenakan untuk setiap lebihan perbatuan.

polisi pelupusan

Polisi pelupusan menggariskan bagaimana sebuah organisasi boleh melupuskan kenderaan yang tidak diperlukan lagi. Polisi ini mengambil kira kos pemindahan ke tapak pelupusan, susut nilai, kerosakan, insurans, komisen, kos persiapan, pentadbiran jualan, kos penyimpanan dan keselamatan, cukai jalan yang tidak luput dan yuran lelongan. Sebagai panduan, semakin cepat kereta dapat dijual, maka semakin kurang pula kos pelupusan.

analisis KiTaran haYaT

eKonomi

Merupakan satu peralatan pengurusan untuk

susuT nilai Ia adalah pengurangan nilai ekonomi sesebuah kenderaan secara beransur-ansur atau kekal sepanjang tempoh usia penggunaannya.

polisi program

pengganTian

Polisi membabitkan penggantian bagi tempoh

dan jarak perbatuan tertentu. Ia berhubung kait dengan belanjawan pengurusan fleet dan dasar kewangan sesebuah organisasi supaya penggantian kenderaan mampu menjimatkan kos secara berkesan. Sebarang kesilapan boleh memberi kesan kepada lebihan kos sama ada melalui penyenggaraan yang tidak terkawal atau caj lebihan jarak perjalanan.

menganalisis kos pemilikan dan operasi keseluruhan hayat sesebuah kenderaan bagi mengira tahap optimum dari segi tempoh dan penggunaan untuk menggantikannya.

Pemahaman tentang kos kitaran hayat kenderaan adalah penting dalam

membangunkan program penggantian fleet yang berkesan. Ini kerana semakin berusia sesebuah kenderaan, maka perbelanjaan tertentu seperti kos penyenggaraan dan pembaikan akan meningkat manakala nilai kenderaan pula akan menyusut.

Tempoh pengganTian

opTimum

Tempoh masa kenderaan

harus diganti apabila kos mengekalkannya di dalam fleet adalah lebih tinggi berbanding manfaat yang diperoleh dari penggunaannya. Lazimnya berlaku sebaik sahaja jaminan telah lupus. Jika kereta dikembalikan kepada syarikat pajakan, perancangan perlu

dilaksanakan untuk memastikan kereta ganti dapat dipesan terlebih dahulu. Jika tidak, maka bayaran bulanan dan lebihan jarak perjalanan akan dikenakan kepada penyewa.  nilai sisa (residual Value)

Merupakan nilai yang dijangkakan bagi sesebuah kenderaan apabila ia telah mencapai ke penghujung tempoh penggunaannya.

KerosaKan KeCil

Pemandu harus melaporkan jika terdapat sebarang kerosakan kecil atau kecacatan pada kereta dengan menggunakan borang yang disediakan. Sesetengah kerosakan memerlukan perhatian serta-merta tetapi jika tidak kritikal atau tidak membahayakan pemandu dan penumpang, pembaikan bolehlah ditunda pada jadual penyenggaraan yang berikutnya.

Page 7: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 2016 7

StatistikKemalangan & Saman untuk Kenderaan Fleet SPANCOPerbandingan Kemalangan Suku Tahunan 2014-2016

747 RM

2,52

6

2014 Q1

788 RM

2,60

0

2014 Q2

673

RM3,

186

2014 Q3

779

RM2,

335

2014 Q4

679

RM3,

094

2015 Q2

652 RM

2,41

0

2015 Q1

703

RM3,

178

2015 Q4

679

RM2,

861

2015 Q3

431

RM4,

964

2016 Q1

571

RM4,

415

2016 Q2

Jumlah Kemalangan Purata kos pembaikan Kos Pembaikan

RM1.89juta

RM2.05juta

RM2.14juta RM1.82

juta

RM1.57juta

RM2.10juta

RM2.23juta

RM2.14juta

RM1.92juta

RM2.52juta

Rekod Saman Tertunggak 2011 - 2016

PRDM PBT Jumlah keseluruhan

YTD 2016 (Jun)

20152014201320122011

39,8

33

4,87

6

6,98

5

9,72

3 14,8

06

18,4

55

19,7

6944,7

09

47,8

33 54,8

18

41,6

76 51,3

99

51,8

65

66,6

71

53,1

67

71,6

22

52,9

52

72,7

21

Pada Jun 2016 saiz fleet adalah 12,118 unit, meningkat daripada 12,030 pada 2015 dan 10,733 pada 2014.

Terdapat peningkatan mendadak dari segi purata kos pembaikan kemalangan pada suku pertama dan kedua 2016 berbanding suku-suku tahun sebelumnya.

Suku pertama dan kedua 2016 mencatatkan purata kos pembaikan kemalangan tertinggi dan kedua tertinggi dengan masing-masing RM4,964 dan RM4,415 bagi setiap kes bagi tempoh 2014-2016.

Manakala kos pembaikan kemalangan untuk suku kedua 2016 adalah yang tertinggi bagi tempoh yang sama iaitu sebanyak RM2.52 juta.

Saman tertunggak didapati terus meningkat dari setahun ke setahun.

Setakat Jun 2016, sebanyak 52,952 saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 19,769 saman pihak berkuasa tempatan (PBT) masih gagal dijelaskan oleh pengguna dan pemandu yang menggunakan fleet kenderaan SPANCO.

Saman tertunggak yang tidak diselesaikan akan mengganggu urusan penggantian kenderaan yang tamat pajakan.

Pegawai kenderaan, pengguna dan pemandu bertanggungjawab untuk menyelesaikan saman-saman tertunggak tersebut.

Page 8: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

MENJEJAK INSpIrASI

Penasihat Servis Komited Berikan Perkhidmatan Cemerlang Seiring Penambahan FleetPenasihat Servis SPANCO adalah mereka yang terlatih dalam menangani setiap permasalahan dan kehendak pelanggan dengan mahir, cekap dan mesra. Mereka juga adalah duta kecil yang bertindak di barisan hadapan dalam menjamin servis dan mutu yang diberikan kepada pelanggan mencapai tahap piawaian yang tinggi dan profesional.

Bermula dengan hanya tiga orang Penasihat Servis di Pusat Servis Wilayah Segambut pada 1994, kini terdapat enam orang Penasihat Servis di Pusat Servis Wilayah Batu Caves dan enam orang lagi di Pusat Servis Wilayah Bangi.

PERANAN PENASIHAT SERvIS

Kesemua Penasihat Servis di SPANCO adalah diiktiraf oleh Proton Edar. Peranan utama yang dipikul oleh barisan Penasihat Servis adalah:

• Melayan pelanggan di kaunter servis dengan perkhidmatan yang pantas, mesra dan profesional.

• Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan tentang servis dan pembaikan serta hal-hal berkaitan penjagaan kenderaan.

• Melaksanakan tindakan susulan terhadap servis yang memerlukan kerja penangguhan pembaikan.

1990-an

JILID 3 | MEI - JUN 20168

Page 9: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

CABARAN YANG dIHAdAPI

PENASIHAT SERvIS

CABArAn DALAMAn• Memperlengkapkan

kemahiran ‘hard skill’ dan ‘soft skill’ seiring dengan kemajuan teknologi automotif yang berkembang pesat dan pada masa yang sama, menepati kehendak serta jangkaan pelanggan yang sentiasa meningkat.

CABArAn LuArAn• Meyakinkan pelanggan

supaya menghantar kenderaan mereka untuk diservis mengikut jadual.

• Memulangkan kereta kepada pelanggan dalam tempoh masa yang dijanjikan walaupun dengan kekurangan pembekalan alat ganti.

2000-an 2010-an

JILID 3 | MEI - JUN 2016 9

Yang bakal dilaksanakan• Penggunaan tablet mudah alih untuk pengagihan tugas (e-work order).

• Aplikasi telefon pintar untuk kerosakan dan kecemasan.

Selaras dengan prinsip komited memberi khidmat cemerlang kepada pelanggan, pasukan Penasihat Servis akan meneruskan kerjasama dengan pihak pengurusan untuk memberikan pakej yang menyeluruh kepada Kerajaan.

Mutu dan khidmat Penasihat Servis akan sentiasa dijaga bagi memenuhi pelan kecemerlangan khidmat pelanggan di SPANCO. Dengan pertambahan

saiz fleet, barisan Penasihat Servis masih mampu mengekalkan tahap kualiti perkhidmatan walaupun dengan jumlah kakitangan yang sama.

PENAMBAHBAIKAN

• Memanfaatkan sistem teknologi maklumat yang diperbaharui dari semasa ke semasa.

• Pemberitahuan pengambilan kereta dan tempahan servis melalui sistem perkhidmatan pesanan ringkas.

• Bahagian kaunter diberi nafas baharu dengan ruang yang

lebih luas dan menarik selain

kemudahan-kemudahan yang memberi keselesaan kepada pelanggan semasa menunggu.

• Sistem Kiosk yang memudah dan mempercepatkan urusan di kaunter serta pengambilan maklumat pendaftaran dengan lebih tepat.

• Tempahan temu janji servis secara dalam talian.

Dalam meningkatkan mutu servis menjangkaui Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA), pasukan Penasihat Servis sentiasa melaksanakan pelbagai penambahbaikan seperti:

Page 10: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 201610

KAtA MErEKA

Bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kanan di Bahagian Pentadbiran, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Ismail Abdul Rahman telah terlibat menguruskan kenderaan SPANCO sejak tahun 2006 sehinggalah sekarang. Di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan beliau bertanggung jawab dalam urusan-urusan Pentadbiran selain turut terlibat dalam Pengurusan Kenderaan Jabatan, menguruskan kereta-kereta sewaan SPANCO dan juga urusan penyenggaraan kenderaan jabatan serta urusan penempatan kenderaan jabatan.

“Di samping itu saya juga bertanggungjawab dalam menguruskan kereta-kereta bagi Kereta Rasmi Jawatan

bagi Pegawai Kumpulan Tertinggi Gred Utama/Khas A ,B & C (JUSA) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan terdapat sebanyak 77 buah Kereta Rasmi Jawatan bagi Pegawai Kumpulan Tertinggi JUSA iaitu kereta Proton Perdana dan Proton Inspira, di mana sebanyak 57 buah berada di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan selebihnya di Hospital Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri.

“Manakala kereta jabatan sewaan SPANCO di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan pula terdapat sebanyak 21 buah iaitu 9 untuk hospital, 10 untuk pejabat kesihatan dan 2 untuk Ibu

Pejabat,” jelas bapa kepada enam orang cahaya mata ini.

Sepanjang lebih sembilan tahun berurusan dengan SPANCO, beliau merasakan perkhidmatan yang diberikan sama ada pihak pengurusan mahupun kakitangannya amatlah baik dan cemerlang. Permasalahan yang timbul akan diselesaikan dengan pantas.

“Kalau ikut pengalaman dengan SPANCO, apabila menghadapi masalah atau kereta ‘breakdown’, kerjasama yang diberikan amat baik sekali, terutama semasa banjir pada tahun 2014. Sebanyak tiga buah kereta SPANCO yang berada di Kelantan tenggelam dan setelah dimaklumkan kepada SPANCO, kereta-kereta tersebut dihantar ke Kuala Lumpur untuk dibaiki.

Khidmat CemerlangBantu Kelancaran Tugas di Jabatan Kesihatan Kelantan

Ismail melihat salah satu kereta yang baharu diterima daripada pihak SPANCO. Menguruskan dokumen-dokumen penyerahan kereta.

Page 11: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 2016 11

Alhamdulillah, dalam masa dua bulan kami dapat balik kereta-kereta tersebut dalam keadaan yang baik,” ujar beliau.

Bercakap mengenai perbezaan yang dirasai apabila Kerajaan Malaysia menyewa kenderaan-kenderaan secara sewa pajak berbanding pembelian secara terus, beliau merasakan perbezaan yang jelas adalah dari segi penjimatan kos peruntukan jabatan.

“Saya bercakap mengenai tiga jenis penjimatan iaitu yang pertama dari segi peruntukan jabatan, yang mana kementerian terus berurusan dengan pihak SPANCO dalam urusan penyewaannya dan lain-lain urusan. Peruntukan ini tidak disalurkan kepada negeri-negeri dan ini akan menjimatkan kos pengurusan jabatan. Kedua, penjimatan setelah tamat tempoh usia kenderaan. Jelas melalui pajakan, apabila tamat lima tahun usia kenderaan, jabatan akan diberi kereta baharu sebagai ganti. Ini amat memudahkan kami untuk menjalankan tugas tanpa perlu membazir masa dan wang untuk membaiki kenderaan yang sudah berusia. Yang ketiga dari segi servis dan penyenggaraan yang mana jabatan dapat menjimatkan kos pembaikan kerana segala perkhidmatan ini ditanggung oleh SPANCO. Ini jelas boleh memberi penjimatan kepada

perbelanjaan dan peruntukan jabatan,” terang beliau.

Ismail turut melihat peranan SPANCO dalam memenuhi keperluan fleet di Jabatan Kesihatan amat membantu pengurusannya. Di mana kebanyakan kenderaan SPANCO ditempatkan di bahagian pengurusan masing-masing sama ada di Hospital, Pejabat Kesihatan atau Ibu Pejabat. Dengan penambahan kenderaan yang diberi oleh pihak SPANCO kepada jabatan, ini boleh mengurangkan penggunaan kenderaan jabatan.

Menurutnya lagi, kebanyakan kenderaan SPANCO ditempatkan di Bahagian Pengurusan Pentadbiran maka segala aktiviti jabatan akan menggunakan kenderaan SPANCO atau mengikut kesesuaian dengan kapasiti yang ada. Malah, beliau turut merasakan SPANCO berupaya memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam penyelesaian untuk keperluan fleet Jabatan Kesihatan di masa hadapan.

“Jika dilihat dari sekarang, SPANCO telah memberikan satu perkhidmatan yang cukup cemerlang dan tiada sebab kenapa ia tidak dapat memikul tanggungjawab itu sekiranya diberi peluang. Lagi pula, SPANCO sememangnya telah terlibat di seluruh

negeri-negeri dan jabatan-jabatan di Malaysia termasuklah Sabah, Sarawak dan Labuan. Jika tanggungjawab diberi kepada SPANCO, dengan pengalaman dan pegawai-pegawai yang berwibawa, saya rasa tiada masalah kepada SPANCO menjalankan tugas yang diamanahkan.”

Melihat kepada tugasan yang dijalankan setiap hari, beliau turut merasakan perlu ada penambahan kenderaan kepada Jabatan Kesihatan seperti kenderaan pacuan empat roda yang juga merupakan satu keperluan apabila menjalankan tugas di kawasan pendalaman. Malah, jabatan turut memerlukan kenderaan khas seperti bas mini atau van dan kereta eksklusif bagi memudahkan lagi pengurusan kenderaan di jabatan-jabatan.

Mengakhiri bicara, Ismail turut mencadangkan agar SPANCO dapat menyediakan pusat servis atau bengkel di kawasan Gua Musang dan Kuala Krai memandangkan pusat servis yang sedia ada sekarang hanya di Kota Bharu dan ia menimbulkan kesulitan bagi mereka yang tinggal jauh di pendalaman untuk melakukan servis dan penyenggaraan kenderaan.

Menguruskan dokumen-dokumen penyerahan kereta.

Kakitangan Jabatan Kesihatan Kelantan bergambar di perkarangan PSW Batu Caves selepas penyerahan kereta-kereta jabatan masing-masing.

Page 12: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 201612

SErvIS ItU pENtINg

Program Pentauliahan Kemahiran oleh Jabatan Pembangunan KemahiranMengekalkan standard profesional dalam mutu perkhidmatan kepada pelanggan sentiasa menjadi sasaran utama SPANCO. Oleh itu, memiliki kakitangan teknikal yang berkualiti dari segi ilmu dan pengalaman amatlah penting.

Umumnya, kemahiran kakitangan teknikal SPANCO telah pun diiktiraf oleh pihak pengeluar kenderaan, Proton Edar. Bagi memperkembangkan lagi pengiktirafan kemahiran kakitangan ke peringkat yang lebih tinggi maka pihak pengurusan telah mengambil inisiatif mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT). Program Penilaian Kemahiran melalui PPT telah dimulakan pada 2015 melibatkan 20 kakitangan teknikal terdiri daripada juruteknik, mekanik, fomen dan penyelia stor alat ganti.

Program Penilaian kemahiranJPK merupakan agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan kemahiran sejajar dengan usaha untuk memperkasa bidang kemahiran negara. Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK, menawarkan lima tahap persijilan dari Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hinggalah SKM Tahap 5.

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga kaedah iaitu melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf, melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN) dan melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT). SKM Tahap 4 adalah setanding peringkat diploma manakala Tahap 5 pula diploma lanjutan.

Page 13: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 2016 13

Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia

Persijilan Kemahiran

Malaysia diiktiraf oleh

industri di Malaysia.

Persijilan Kemahiran

Malaysia menyediakan

laluan untuk

meningkatkan kerjaya dan

pembangunan diri sejajar

dengan teknologi masa

kini.

Persijilan Kemahiran

Malaysia berupaya

melahirkan pekerja

mahir yang terlatih dan

berkelayakan untuk

mempertingkatkan daya

saing industri tempatan di

pasaran dunia.

Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.

Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pegawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Tahap kemajuan persijilan bergantung pada tahap kerumitan kerja tertentu yang disenaraikan di dalam modul di mana seramai 20 kakitangan telah pun berjaya melepasi SKM Tahap 1 dan 2 pada 2015.

Contohnya, seorang mekanik boleh mengemukakan laporan dan lembaran kerja sebagai bukti yang mencatatkan bahawa penukaran minyak pelincir dan penapis telah dilakukan olehnya pada sekian tarikh dan masa.

Pusat bertauliah Persijilan kemahiran malaYsiaPusat Bertauliah bererti menyediakan platform latihan kemahiran yang diluluskan oleh JPK untuk mengendali latihan kemahiran berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan.

Matlamat SPANCO adalah untuk terus mempertingkatkan kemahiran dan kualiti kerja kakitangannya serta mendapat pengiktirafan bukan sahaja

dari pihak pengeluar kenderaan, tetapi juga di peringkat kebangsaan.

Di samping itu, Pusat Servis SPANCO mensasarkan untuk menjadi salah sebuah Pusat Bertauliah SKM menjelang tahun 2018 bagi menyediakan latihan industri bagi pelajar-pelajar jurusan automotif yang ingin mendalami ilmu dalam industri pembaikan automotif.

Langkah ini adalah sebahagian dari inisiatif SPANCO untuk berkongsi pengalaman 22 tahun yang diperolehi dalam bidang automotif. Dalam masa yang sama melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial (CSR) bagi melahirkan tenaga kerja yang mahir dan berkelayakan.

Page 14: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

pErSADA INovASI

Dalam perkembangan dan kecanggihan arus teknologi, keselamatan melayari dunia siber sukar dikawal. Hinggakan penceroboh boleh mengetahui nombor akaun bank anda tanpa disedari sekiranya tidak berhati-hati. Berikut adalah antara penipuan dalam talian yang harus diawasi dan panduan bagaimana mengelakkannya.

CARA ANdABOLEH dIGOdAM& Tip untuk Mengelakkannya

ENAM

e-mel E-mel merupakan satu kemudahan komunikasi yang digunakan hampir semua orang namun sejak dicipta pada 1971, tidak banyak perubahan dari segi cara pengendaliannya. Ini memudahkan penggodam untuk menceroboh ke dalam e-mel sesiapa sahaja dan mencuri butiran sensitif seperti senarai kenalan, maklumat peribadi dan bank pengguna.

Daftarlah dengan pembekal e-mel yang

selamat seperti TOPMAIL dan Protonmail. E-mel yang selamat akan dienkripsikan sebaik sahaja dihantar bagi menjamin tiada siapa pun dapat memintas dan membaca mesej serta maklumat yang terkandung di dalamnya.

Elakkan menggunakan kata laluan yang serupa

untuk setiap akaun yang anda miliki. Gunakan kata laluan yang unik dan kental dengan menggabungkan huruf besar dan kecil, nombor serta simbol. Jangan gunakan frasa biasa yang terdapat di dalam kamus kerana penggodam boleh memecahkannya dengan menggunakan perisian mereka. Sebaik-baiknya tukar kata laluan setiap enam bulan.

KaTa laluanTahukah anda bahawa kata laluan sebenarnya mudah dicuri oleh penggodam? Setelah berjaya memperoleh kata-kata laluan ini, penggodam akan cuba mencari akaun yang sepadan dengan melayari Internet menggunakan kod program yang ditulis oleh mereka. Ia amat membimbangkan kerana 60% dari pengguna perkhidmatan dalam talian didapati menyimpan kata laluan yang sama untuk kebanyakan akaun mereka.

wi-fi awamMenggunakan wi-fi awam memang menyeronokkan kerana ianya percuma. Tetapi adakah ia benar-benar selamat? Kebanyakan wi-fi hotspot tidak melindungi data yang dihantar melaluinya, justeru mudah dipintas oleh penggodam. Anda juga boleh tertipu sekiranya anda tersilap memasuki rangkaian wi-fi palsu yang mempamerkan nama yang hampir serupa dengan rangkaian yang sebenar.

JILID 3 | MEI - JUN 201614

Page 15: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

Jangan gunakan kad kredit apabila mengakses wi-fi awam.

Pastikan anda gunakan kata laluan yang berlainan untuk setiap akaun. Tutup wi-fi apabila tidak digunakan atau tukar tetapan supaya sambungan tidak dilakukan secara automatik kepada mana-mana isyarat wi-fi yang berdekatan. Lebih lama anda berada dalam talian, maka lebih lama juga peluang penggodam menceroboh ruang peribadi siber anda.

Periksa akaun bank anda setiap

hari dan aktifkan amaran transaksi yang akan memaklumkan anda secara automatik jika terdapat sebarang aktiviti akaun yang mencurigakan.

Matikan Geo-tagging. Kebanyakan gambar

mempunyai tarikh, masa dan lokasi. Apabila berkongsi gambar di facebook, pastikan anda memeriksa tetapan privasi. Berhati-hati juga dengan senarai rakan-rakan yang tidak dikenali di dalam facebook anda. Sekiranya anda was-was, singkirkan nama mereka dari senarai anda.

Berwaspada terhadap tawaran yang mengandungi perkataan ‘PERCUMA’ di laman sosial dan laman sembang

anda. Satu cara untuk membezakan tawaran palsu dari yang tulen ialah dengan melihat URL pada pautan yang diberikan. Syarikat yang menjalankan perniagaan tulen lazimnya memiliki URL yang tertera nama syarikat mereka. Pautan palsu mengandungi virus yang boleh menjangkiti komputer anda bagi membolehkan penggodam memantau aktiviti dan mencuri butiran peribadi anda.

media sosialPemberian hadiah percuma melalui laman rangkaian media sosial adalah salah satu cara hebat untuk sesebuah perniagaan mendapatkan pelanggan baharu. Bagaimanapun kesempatan ini turut diambil oleh penggodam untuk melakukan jenayah siber dengan mencuri maklumat sensitif pengguna yang tidak mensyakinya.

perbanKan inTerneTPenipuan melalui e-mel yang kononnya dihantar atas nama bank kepada pelanggan semakin kerap berlaku. Mesej ‘phishing’ ini mengandungi pautan yang akan membawa penerima ke laman web samaran. Ini merupakan salah satu cara paling popular penggodam mendapatkan kata laluan, nombor akaun dan butiran peribadi pelanggan bank. Laporkan kepada bank dengan segera jika anda menerima e-mel sedemikian.

geo-TaggingGeo-tagging adalah satu kemudahan mengepilkan maklumat koordinat pada gambar atau video yang diambil. Mengepos foto ke rangkaian media sosial juga boleh membahayakan jika foto anda mendedahkan lokasi anda berada. Penjenayah boleh menggunakan maklumat ini bagi tujuan jenayah seperti memecah masuk kediaman anda apabila anda tiada di rumah.

JILID 3 | MEI - JUN 2016 15

Page 16: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 201616

Majlis ramah Mesra YAB Perdana Menteri Bersama Warga Korporat Pekan

Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya9 Mei 2016

Taklimat Pengurusan Kenderaan Kepada Bahagian Pengangkutan Pengkalan TLDM Lumut, Perak

Pusat Servis Wilayah Batu Caves9 Mei 2016

MErAKAM CAtAtAN

Taklimat Kenderaan Jabatan untuk Pegawai Perhubungan Dari Setiap Kementerian

Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya26 Mei 2016

Kursus Penyelenggaraan Kenderaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia - Sabah23 Mei 2016

Page 17: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 2016 17

PDrMRestoran Rebung, Taman Botani Perdana (Berhadapan Bukit Aman)21 Jun 2016

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) 16 Jun 2016

Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia serta Barisan Pengurusan Tertinggi Kementerian PertahananWisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia23 Jun 2016

Penyerahan Cek Kepada Balu Almarhumencik Yusof Yakob (Fomen)

Pusat Servis Wilayah Bangi10 Jun 2016

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

Kementerian Kerja raya (KKr), MInDeF, Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan MITIHotel Grand Seasons Kuala Lumpur28 Jun 2016

Page 18: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 201618

LIbUr DEStINASI

SuKAreLAWAn DI ‘SouP KITCHen’Anda boleh menjadi sukarelawan untuk

aktiviti ‘Soup Kitchen’ yang dikendalikan oleh kumpulan komuniti seperti PERTIWI dan YEPS yang menyediakan makanan untuk gelandangan. Inilah masanya untuk anda melakukan amal dan berkhidmat untuk masyarakat sambil mendalami kesusahan dialami oleh mereka yang kurang bernasib baik.

MeLAKuKAn PerJALAnAn JAuH TAnPA DIrAnCAng

Selalunya, perancangan yang tidak dirancang itulah yang menarik. Apa kata ajak seorang atau dua rakan dan pergilah ke bandar-bandar yang tidak pernah anda kunjungi dengan memandu. Ianya pasti menyeronokkan.

BerMAIn LAYAng-LAYAng DI TAMAn MeTroPoLITAn KePongTaman ini dulunya lombong bijih timah kini dijadikan tasik dan ia adalah tempat paling sesuai untuk bermain layang-layang bersama keluarga. Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berjoging dan berbasikal di taman ini.

03

01 02

BerBASIKAL DI IBu KoTADengan jalan yang sunyi agak seronok

untuk berbasikal di tengah ibu kota. Gunakan jalan khas untuk berbasikal yang disediakan seperti dari Mid Valley hingga ke Dataran Merdeka. Namun anda harus berhati-hati kerana sesetengah jalan berhubung dengan jalan raya utama.

04

JILID 3 | MEI - JUN 201618

Aidilfitri sememangnya dinantikan oleh semua umat Islam untuk dihabiskan bersama keluarga mengunjungi

sanak saudara dan sahabat handai jauh dan dekat. namun, bagi mereka yang lahir sebagai anak kota

raya, percutian ini memberi peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti lain bersama keluarga. Berikut beberapa cadangan yang boleh anda lakukan terutama di sekitar

Kuala Lumpur.

Perkara Menarik dilakukan

sePAnjAng CUTi HAri rAyA

Page 19: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 2016 19

BerMeSrA DengAn HAIWAnAnda seorang yang sukakan haiwan? Apa kata

berkunjung ke Zoo Negara dan luangkan masa bersama haiwan-haiwan di situ. Satu aktiviti yang menyeronokkan. Anda juga boleh ke ‘Farm In The City’ di Seri Kembangan yang mempunyai haiwan seperti kura-kura, kancil dan burung atau pergi ke Aquaria di KLCC, anda juga boleh membeli-belah di sana.

05

MeLIHAT HASIL SenI JALAnAnDi sekitar Lembah Klang terdapat

banyak hasil seni jalanan dan tempat-tempat yang mempamerkan karya seni seperti di ‘Petaling Jaya Street Art’ di SS2 dan Laman Seni di Shah Alam. Anda pasti teruja dengan karya-karya yang dihasilkan sambil mengabadikan gambar kenangan di situ.

06

BerKeLAHDi Malaysia, terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk berkelah sama

ada di pantai, air terjun, tasik atau berlibur di pulau-pulau menarik. Anda juga boleh

mencuba sesuatu yang lebih aktif seperti berkhemah, memanjat gunung, menyusuri

denai atau apa juga aktiviti lasak yang mencabar. Rehatkan minda bersama

keluarga atau rakan-rakan sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

08

JADI LeBIH KreATIFIsikan masa ini dengan membuat aktiviti yang lebih kreatif seperti membuat dekor

dari barangan terpakai, mengubahsuai pakaian lama atau membuat aksesori

yang menawan.

09

BergoTong-roYong DI TAMAn PeruMAHAn AnDA

Cuti yang panjang boleh juga dihabiskan dengan melakukan aktiviti komuniti seperti gotong-royong di taman perumahan anda. Dengan jiran-jiran yang juga tidak pulang ke kampung, anda boleh bersama-sama membersihkan kawasan perumahan sambil mengeratkan silaturahim. Buat ‘pot luck’ untuk menambah keseronokan.

07

Ikut jadual perjalanan yang disyorkan oleh

pihak pengurusan lebuh raya jika anda bercadang

untuk memandu.

Periksa cuaca sebelum keluar membuat sebarang aktiviti terutama dengan

keadaan jerebu dan panas sekarang ini.

Pastikan rumah anda selamat berkunci dan

hubungi pihak berkuasa untuk memberitahu

tentang ketiadaan anda di rumah nanti.

Jika ingin bercuti, tempah tiket kapal terbang atau hotel

penginapan lebih awal.

TiP PerCUTiAn HAri rAyA

Page 20: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 201620

bICArA SIhAt

Kawal PemaKanan SEMASA HARI RAYA

Ketibaan Syawal sememangnya dinantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan ramadan menahan lapar dan dahaga, kita pasti tidak

ingin melepaskan peluang menikmati pelbagai juadah istimewa di musim perayaan ini.

Pelbagai hidangan menanti seperti lemang, ketupat, rendang, masak lodeh, kuih muih dan bermacam lagi, semuanya pasti menggoda selera anda. Sukar untuk ditolak namun harus diingat kalori, kolesterol dan lemak sedang menanti anda dari hidangan tersebut. Ia juga penyebab kepada penyakit obesiti, kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, buah pinggang dan lain-lain. Ini adalah cabaran diet kepada kita dan perut yang telah sebulan ‘beristirahat’

dari makanan berat dan berkalori tinggi.

Untuk mengamalkan diet yang seimbang sebenarnya tidaklah terlalu sukar. Gunakan bahan-bahan alternatif untuk menggantikan beberapa bahan seperti santan, daging, ayam dan lain-lain. Kurangkan penggunaan gula dan garam serta gunakan lebih banyak rempah dalam masakan. Paling penting, kekalkan protein di dalam setiap masakan.

rancang pemakanan anda. Hanya ambil tiga makanan utama (makanan dalam jumlah yang banyak) dan dua-tiga makanan ringan (makanan dalam jumlah yang kecil).

YANG DAPAT MEMBANTU ANDA MEMANTAU DIET SEMASA

TIP

Hari Raya

Page 21: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 2016 21

+ Untuk pesakit kencing manis, pengambilan gula yang berlebihan akan mengubah tahap glukosa dalam darah tetapi untuk pesakit buah pinggang kronik tanpa kencing manis, kurangkan mengambil gula berlebihan kerana ia akan menjadikan anda dahaga dan membuatkan anda sukar untuk mengawal pengambilan cecair atau air.

+ Elakkan mengambil makanan manis, puding, kek, mufin dan kuih yang mempunyai kandungan gula dan coklat yang tinggi.

+ Gantikan makanan manis ini dengan buah-buahan dan minum lebih banyak air kosong.

Gula

Minuman berkarbonat juga tinggi fosfat.

Elak atau kurangkan meminumnya dan

gantikan dengan air kosong.

Makanan yang mengandungi santan atau kerisik seperti rendang ayam atau daging, kuah lodeh dan mi kari mengandungi banyak fosfat. Oleh itu elakkan dari makan terlalu banyak makanan ini.

Kacang dan kentang juga mengandungi fosfat yang tinggi. Kuah kacang dan mi rebus menggunakan kentang dan kacang yang

banyak. Ambillah kuantiti sedikit apabila makan kuah kacang bersama nasi himpit dan sate. Kurangkan kuah apabila makan mi rebus.

Fosfat adalah garam asid yang sememangnya banyak digunakan dalam masakan semasa Hari raya.

Fosfat

Ayam, daging, ikan, telur, makanan laut dan kekacang adalah sumber protein dalam makanan.

Protein

Untuk pesakit buah pinggang pra-dialisis yang kronik, mengurangkan pengambilan protein boleh melambatkan perkembangan sakit buah pinggang yang kronik. Dapatkan nasihat pakar diet untuk mengetahui jumlah protein yang terbaik untuk anda.

Untuk pesakit hemodialisis dan dialisis peritoneal, perlu mengambil protein yang lebih banyak. Namun harus lebih berhati-hati dengan makanan protein yang dimasak dengan masakan tinggi lemak iaitu minyak dan bersantan.

Kuning telur juga mengandungi fosfat

yang tinggi. Kurangkan pengambilan kek, mufin

dan kuih.

Page 22: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 201622

TayarBateri Hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & Bateri

MekanikalCawangan Proton edar atau wakil Servis Sah Proton edar

negeri SeMBiLan - PuSat ServiS PrOtOn eDar - SereMBan

PuSAT ServIS ProTon eDAr – SereMBAn

No. 2, Jalan Lombong Emas 6Kawasan Perindustrian RinganJalan Tun Dr. Ismail70200 Seremban, Negeri SembilanTel 06 763 6745 / 763 6758Faks 06 763 5312Juruteknik | 9 Orang Hoist | 11 Unit

negeri SeMBiLan - WakiL ServiS SaH PrOtOn eDar - Ling LiM MOtOr SDn BHD - BaHau

WAKIL ServIS SAH ProTon eDArLIng LIM MoTor SDn BHD

No. 1, Tingkat BawahJalan 1, Taman Muhibbah72100 Bahau, Negeri SembilanTel 06 454 3971 / 06 454 3733Faks 06 454 3971Juruteknik | 5 Orang Hoist | 6 Unit

pILIhAN SErvIS ANDA

Page 23: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan

JILID 3 | MEI - JUN 2016 23

TayarBateri Hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & Bateri

MekanikalCawangan Proton edar atau wakil Servis Sah Proton edar

JOHOr - WakiL ServiS SaH PrOtOn eDar - Yang autOBeSt SDn BHD - JOHOr BaHru

WAKIL ServIS SAH ProTon eDArYAng AuToBeST SDn BHD

33, Jalan Permatang 2Taman Desa Jaya81100 Johor Bahru, JohorTel 07 353 8112 / 07 353 3098Faks 07 353 8414Juruteknik | 8 Orang Hoist | 6 Unit

PeLAnTIKAn BAHAru

WAKIL ServIS SAH ProTon eDArHASFAS AuTo SDn BHD

1204 Mukim 11Jalan Padang Lalang14000 Bukit MertajamPulau PinangTel 04 530 3005Faks 04 530 3005

WAKIL ServIS SAH ProTon eDArKTC AuTo SDn BHD

No 18 Persiaran 1Taman Batang Padang Baru35500 Bidor, PerakTel 05 434 2525Faks 05 434 4525

WAKIL ServIS SAH ProTon eDAr TM HIng MoTor SDn BHD

Lot 3621 KM 2, Kws. PerindustrianJalan Pasir Mas17500 Tanah Merah, KelantanTel 09 955 2222Faks 09 955 4222

WAKIL ServIS SAH ProTon eDArSMnY AuTo CAr SDn BHD

741 – 742 Jalan Kubang Kurus24000 Kemaman, TerengganuTel 09 858 3679Faks 09 858 3677

WAKIL ServIS SAH ProTon eDArASPIrASI MoTor SDn BHD

Lot 6170 Alor SemadonJalan Tun Abdul Razak05200 Alor Setar, KedahTel 04 731 2721Faks 04 734 4902

Page 24: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelanggan