Majlis-Majlis Keagamaan1

15
MELAYU ISLAM BERAJA TAHUN 8

Transcript of Majlis-Majlis Keagamaan1

Page 1: Majlis-Majlis Keagamaan1

MELAYU ISLAM BERAJA

TAHUN 8

Page 2: Majlis-Majlis Keagamaan1

MAJLIS-MAJLIS KEAGAMAAN

Page 3: Majlis-Majlis Keagamaan1

Adapun terdapat beberapa majlis keagamaan diadakan di dalam bulan takwim hijrah.

Majlis-majlis keagamaan yang lazim diadakan ialah;

1.Awal Tahun Hijrah ( Muharram )2.Maulud Nabi Muhammad S.A.W ( Rabiulawal )3.Israk Mikraj ( Rejab )4.Nisfu Syaaban ( Syaaban )5.Nuzul al-Quran ( Ramadhan )6.Hari Raya Aidilfitri ( Syawal )7.Hari Raya Aidiladha ( Zulhijjah )

Tujuan majlis-majlis keagamaan diadakan adalah untuk;

1. Sebagai memperingati hari-hari kebesaran Islam.2. Mengeratkan perhubungan silaturrahim di kalangan umat Islam.3.Mengukuhkan falsafah Melayu Islam Beraja yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

PENGENALANPENGENALAN

Page 4: Majlis-Majlis Keagamaan1

Sambutan Awal Tahun Hijrah diadakan secara besar-besaran di negara ini.

Mengadakan bacaan doa awal dan akhir tahun, solat Maghrib berjemaah dan bacaan Surah Yasin beramai-ramai di semua tempat-tempat ibadat.

Majlis-majlis keagamaan juga diadakan di masjid, surau, jabatan kerajaan dan swasta seperti syarahan, dikir, peraduan yang berunsur keagamaan dan sebagainya.

AWAL TAHUN HIJRAH

AWAL TAHUN HIJRAH

Page 5: Majlis-Majlis Keagamaan1

Adapun Sambutan Awal Tahun Hijrah ini mempunyai kelebihan serta hikmahnya yang tersendiri seperti ; 1.Mengambil tabaruk hari kebesaran Islam.2.Menyemarakkan syiar Islam.3.Mengukuhkan keimanan.4.Mewujudkan perpaduan ummah.5.Mengeratkan silaturrahim.6.Meningkatkan takwa kepada Allah.

Page 6: Majlis-Majlis Keagamaan1

Nabi Muhammad diputerakan pada 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20 April 1571M di Kota al-Mukarramah.

Disambut secara besar-besaran di seluruh negara( sebagai tanda kasih dan cinta umat Islam kepada baginda ).

Bermula pada 1 Rabiulawal, majlis dikir diadakan di semua masjid dan surau selama 12 malam berturut-turut.

Acara kemuncak majlis sambutan Maulud Nabi di negara ini adalah seperti mengadakan ;

1.Syarahan agama.2.Dikir.3.Perarakan jalan kaki yang turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan beserta kerabat-kerabat Diraja dan rakyat.

MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W

MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W

Page 7: Majlis-Majlis Keagamaan1

Israk bermaksud ‘perjalanan waktu malam’ manakala Mikraj bermaksud ‘naik ke atas’.

Israk Mikraj merupakan perjalanan Nabi Muhammad S.A.W pada waktu malam dari Masjidilharam ( Mekah ) ke Masjidilaqsa ( Palestin ) kemudian naik ke langit sampai ke Sidratulmuntaha dan ke Arasy.

Berlaku pada 27 Rejab bersamaan dengan 620M.

ISRAK MIKRAJISRAK MIKRAJ

Page 8: Majlis-Majlis Keagamaan1

Dalam peristiwa ini, Nabi Muhammad telah menyaksikan keadaan neraka serta ahli-ahlinya yang menerima seksaan paling dahsyat dan keadaan syurga.

Melalui peristiwa Israk Mikraj ini juga berlakunya ketetapan sembahyang fardhu lima waktu ke atas umat Islam.

Acara kemuncak Majlis Sambutan Israk Mikraj ;

1. Penganugerahan masjid takmir. 2. Penganugerahan Sekolah Agama Teladan.

Di dalam acara sambutan ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan turut hadir bagi penganugerahan tersebut.

Page 9: Majlis-Majlis Keagamaan1

Bulan Syaaban – Salah satu bulan yang dimuliakan Allah.

Bulan yang mempunyai banyak kelebihan.

Syaaban bermaksud berserak-serak kerana didalamnya banyak kebajikan.

Digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadat seperti solat, berdoa memohon keampunan dan berpuasa pada siang harinya.

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Pintu langit akan dibuka.

Segala doa dikabulkan.

NISFU SYAABANNISFU SYAABAN

Page 10: Majlis-Majlis Keagamaan1

Allah memberi keampunan kepada semua umat Islam kecuali 9 golongan;

1. Tukang Sihir 2. Tukang Nujum 3. Orang yang bermusuhan sesama Islam 4. Peminum arak. 5. Orang yang berzina. 6. Pemakan riba. 7. Anak yang derhaka kepada ibu bapa. 8. Orang yang memutuskan silaturrahim. 9. Orang yang menghasut dengan menyampaikan cakap untuk menimbulkan permusuhan ( batu api ).

Page 11: Majlis-Majlis Keagamaan1

AKTIVITI PERBINCANGAN

Page 12: Majlis-Majlis Keagamaan1

1. Nyatakan majlis-majlis keagamaan yang diadakan di dalam bulan Muharram, Rabiulawal, Rejab dan Syaaban.

2. Apakah tujuan majlis-majlis keagamaan diadakan?

3. Berikan 3 sahaja kelebihan sambutan Awal Tahun Hijrah.

4. Bilakah sambutan Maulud Nabi diadakan dan apakah acara kemuncak sempena sambutan Maulud Nabi di Negara Brunei Darussalam?

5. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Israk Mikraj’ dan bila peristiwa ini berlaku?

6. Apakah kelebihan yang terdapat di dalam Malam Nisfu Syaaban?

7. Nyatakan 6 sahaja golongan yang tidak diberi pengampunan dari Allah.

SOALANSOALAN

Israk? Mikraj?

Maulud Nabi?

Page 13: Majlis-Majlis Keagamaan1

Di antara majlis keagamaan yang lazim diadakan di negara ini ialah Awal Tahun Hijrah, Maulud Nabi, Israk Mikraj dan Nisfu Syaaban.

Beberapa majlis keagamaan diadakan sempena menyambut Awal Tahun Hijrah.

Terdapat beberapa kelebihan sempena menyambut Awal Tahun Hijrah.

Pada 12 Rabiulawal, seluruh negara menyambut acara majlis sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W dengan disemarakkan lagi dengan perarakan berjalan kaki.

Israk Mikraj berlaku pada 27 Rejab bersamaan dengan 620M.

Israk Mikraj merupakan perjalanan Nabi Muhammad S.A.W pada waktu malam dari Masjidilharam ( Mekah ) ke Masjidilaqsa ( Palestin ) kemudian naik ke langit sampai ke Sidratulmuntaha dan ke Arasy.

Sambutan Majlis Israk Mikraj disemarakkan lagi dengan Penganugerahan Masjid Takmir dan Sekolah Agama Teladan.

KESIMPULANKESIMPULAN

Page 14: Majlis-Majlis Keagamaan1

Bulan Syaaban ialah salah satu bulan yang dimuliakan Allah.

Di dalam bulan ini pintu langit akan dibuka dan segala doa dikabulkan kecuali 9 golongan.

Digalakkan untuk perbanyakkan amal ibadat di dalam bulan ini.

KESIMPULANKESIMPULAN

Page 15: Majlis-Majlis Keagamaan1

TAMAT