Majlis Pelancaran eksPo BrUFiT 2015 - moh.gov.bn Kesihatan/Fokus Kesihatan Sep2015.pdf · Aktiviti...

12
Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (International Graduate Studies College) mengadakan Ekspo BruFit 2015. Majlis pelancarannya telah diadakan pada 5 September 2015 yang lalu yang berlangsung selama 2 hari bertempat di Pusat Promosi Kesihatan. Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya melancarkan Ekspo BruFit 2015 ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan. Pada majlis ini Tetamu Kehormat turut menyampaikan hadiah dan Sijil Penghargaan kepada Yang Mulia Pengiran Hajah Fatimah binti Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abd. Momin, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa dan seterusnya dengan penyerahan hadiah cenderhati kepada. Ahli Jawatankuasa Penganjur kepada Tetamu Kehormat. Majlis pelancaran kemudian diikuti dengan sesi senamrobik yang dikendalikan oleh Dojo Studio dan dimeriahkan dengan jualan produk makanan dan minuman sihat serta pelbagai produk kegiatan fizikal dan sukan. Ekspo BruFit 2015 ini juga ada memaparkan pameran ekspo yang berkaitan dengan perkhidmatan kegiatan fizikal dan sukan serta panduan pilihan makanan sihat di Negara Brunei Darussalam di samping beramal dengan menderma kepada DANA Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan Persatuan SMARTER. Ekspo ini juga turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti lain seperti jualan amal, peraduan mewarna bagi kanak-kanak, Treasure Hunt dan lain-lain. Terbitan Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam www.moh.gov.bn • SEPTEMBER 2015 • BILANGAN 171 MAJLIS PELANCARAN EKSPO BRUFIT 2015 Aktiviti ‘Community Outreach’ bagi kursus Orientasi dan Induksi Pegawai- Pegawai Tempatan Yang Baru Berkhidmat di Kementerian Kesihatan 2015 Majlis Penutup Kejohanan Piala Bola Jaring antara Kementerian- Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam Kali Ke-21 Majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia 2015 Majlis Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Bulan Kesedaran Kesihatan Hua Ho Manggis Anjuran Gedung Perniagaan Hua Ho Manggis Dengan Kerjasama Pusat Promosi Kesihatan Berita ms.8 Aktiviti Kesihatan ms.12 Berita ms.3 Berita ms.2 Ø Bersambung ke muka surat 2

Transcript of Majlis Pelancaran eksPo BrUFiT 2015 - moh.gov.bn Kesihatan/Fokus Kesihatan Sep2015.pdf · Aktiviti...

Page 1: Majlis Pelancaran eksPo BrUFiT 2015 - moh.gov.bn Kesihatan/Fokus Kesihatan Sep2015.pdf · Aktiviti ‘Community Outreach ... hingga 14 September dan salah satu dari program yang ...

Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (International Graduate Studies College) mengadakan Ekspo BruFit 2015. Majlis pelancarannya telah diadakan pada 5 September 2015 yang lalu yang berlangsung selama 2 hari bertempat di Pusat Promosi Kesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya melancarkan Ekspo BruFit 2015 ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Pada majlis ini Tetamu Kehormat turut menyampaikan hadiah dan Sijil Penghargaan kepada Yang Mulia Pengiran Hajah Fatimah binti Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abd. Momin, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa dan seterusnya dengan penyerahan hadiah cenderhati kepada. Ahli Jawatankuasa Penganjur kepada Tetamu Kehormat. Majlis pelancaran kemudian diikuti dengan sesi senamrobik yang dikendalikan oleh Dojo Studio dan dimeriahkan dengan jualan produk makanan dan minuman sihat serta pelbagai produk kegiatan fizikal dan sukan.

Ekspo BruFit 2015 ini juga ada memaparkan pameran ekspo yang berkaitan dengan perkhidmatan kegiatan fizikal dan sukan serta panduan pilihan makanan sihat di Negara Brunei Darussalam di samping beramal dengan menderma kepada DANA Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan Persatuan SMARTER. Ekspo ini juga turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti lain seperti jualan amal, peraduan mewarna bagi kanak-kanak, Treasure Hunt dan lain-lain.

Terbitan Kementerian KesihatanNegara Brunei Darussalam

www.moh.gov.bn• SEPTEMBER 2015 • BILANGAN 171

Majlis Pelancaran eksPo BrUFiT 2015

Aktiviti ‘Community Outreach’ bagi kursus Orientasi dan Induksi Pegawai-Pegawai Tempatan Yang Baru Berkhidmat di Kementerian Kesihatan 2015

Majlis Penutup Kejohanan Piala Bola Jaring antara Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam Kali Ke-21

Majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia 2015

Majlis Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Bulan Kesedaran Kesihatan Hua Ho Manggis Anjuran Gedung Perniagaan Hua Ho Manggis Dengan Kerjasama Pusat Promosi Kesihatan

Berita ms.8 Aktiviti Kesihatan ms.12Berita ms.3Berita ms.2

Ø Bersambung ke muka surat 2

Page 2: Majlis Pelancaran eksPo BrUFiT 2015 - moh.gov.bn Kesihatan/Fokus Kesihatan Sep2015.pdf · Aktiviti ‘Community Outreach ... hingga 14 September dan salah satu dari program yang ...

2 FOKUSKesihatan September 2015 Bilangan 171

BERITA

akTiviTi ‘Community outreaCh’ Bagi kUrsUs orienTasi dan indUksi Pegawai-Pegawai TeMPaTan Yang BarU BerkhidMaT di

keMenTerian kesihaTan 2015

ØDari muka surat 1

Kursus Orientasi dan Induksi bagi Pegawai-Pegawai Tempatan yang baru berkhidmat di Kementerian Kesihatan bagi tahun 2015 telah bermula dari 29 Ogos hingga 14 September dan salah satu dari program yang telah diaturkan ialah aktiviti Community Outreach yang diadakan di Balai Raya, Kampong Batu Apoi, Temburong.

Aktiviti mendekati masyarakat seperti ini diadakan bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Kementerian ini supaya lebih peka kepada keadaan pesakit-pesakit dari luar bandar di samping menjana kebolehan berkomunikasi

Antara Objektif Ekspo BruFit 2015 ini diadakan adalah:

• Untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Negara Brunei Darussalam;

• Bagi menggalakkan orang ramai di Negara ini untuk mengamalkan gaya hidup sihat;

• Menyumbang kepada usaha dan promosi pertumbuhan perniagaan kecil sederhana (PKS) di dalam bidang industry di Negara Brunei Darussalam.

Antara yang hadir pada Majlis Pelancaran Ekspo BruFit 2015 ini ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan Kementerian Kesihatan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan; Pensyarah-Pensyarah dan Siswazah-Siswazah Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa serta orang ramai.

dan berinteraksi bersama penduduk-penduduk kampong.

Antara program pada hari ini ialah perlaksanaan saringan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk-penduduk Kampong Batu Apoi, Temburong dan pemberian sumbangan barang-barang keperluan asasi kepada pesakit-pesakit di bawah Bahagian Kebajikan Perubatan di Kampong Selapun, Temburong.

Seramai 33 orang pegawai-pegawai tempatan yang baru berkhidmat di Kementerian Kesihatan menyertai program tersebut.

Page 3: Majlis Pelancaran eksPo BrUFiT 2015 - moh.gov.bn Kesihatan/Fokus Kesihatan Sep2015.pdf · Aktiviti ‘Community Outreach ... hingga 14 September dan salah satu dari program yang ...

3FOKUSKesihatanSeptember 2015Bilangan 171

BERITAMajlis PenUTUP kejohanan Piala Bola jaring anTara

keMenTerian-keMenTerian seMPena hari PerkhidMaTan awaM negara BrUnei darUssalaM kali ke-21

Kementerian Kesihatan pada tahun ini telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Piala Bola Jaring yang diadakan antara Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam Yang Ke-21. Kejohanan ini diadakan setiap tahun dan pada tahun ini ianya telah diadakan selama empat hari bermula 7 September hingga 10 September 2015. Majlis Penutup bagi Kejohanan Piala Bola Jaring antara Kementerian-Kementerian diadakan pada 10 September 2015 bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Hadir selaku Tetamu kehormat pada majlis ini dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Salmah binti Haji Hanafiah, isteri kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Antara aturcara majlis ialah Penyampaian sijil kepada para peserta dan juga para pemenang pertandingan. Sebanyak sepuluh buah kementerian menyertai pertandingan kali ini dan kira-kira 200 pemain menyertai kejohanan tersebut yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari kementerian-kementerian yang terlibat.

Pada perlawanan akhir, Kementerian Kesihatan telah memenangi tempat ketiga setelah berjaya menewaskan Kementerian Pembangunan dengan mata penuh 43-31, sementara Kementerian Pendidikan telah berjaya menewaskan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sekaligus merangkul gelaran juara pada Kejohanan Piala Bola Jaring antara Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-21, Tahun 2015.

Page 4: Majlis Pelancaran eksPo BrUFiT 2015 - moh.gov.bn Kesihatan/Fokus Kesihatan Sep2015.pdf · Aktiviti ‘Community Outreach ... hingga 14 September dan salah satu dari program yang ...

4 FOKUSKesihatan September 2015 Bilangan 171

Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn

...Seperti kita sedia maklum, trend penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCDs) iaitu penyakit cerebovascular (seperti serangan jantung dan strok), kanser, penyakit pernafasan kronik dan kencing manis (diabetes) ini semakin meningkat dari masa ke semasa dan mengakibatkan impak yang negatif serta bebanan kepada masyarakat dan negara. Menurut perangkaan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit-penyakit tidak berjangkit ini telah mengakibatkan 38 juta kematian pada setiap tahun. Dari jumlah tersebut, 16 juta kematian terdiri daripada golongan dibawah umur 70 tahun.

Bagi Negara Brunei Darussalam, trend peningkatan penyakit-penyakit tidak berjangkit yang kronik terus meningkat dari tahun ke setahun, yang mana pada tahun 2014 menunjukkan seramai 772 orang iaitu 52.5% daripada jumlah kematian seramai 1,470 orang, adalah daripada penyakit-penyakit tidak berjangkit. Senario ini amat membimbangkan bukan sahaja di peringkat global, malahan juga turut dialami di Negara Brunei Darussalam. Isu ini sangat diambil perhatian dengan serius. Justeru itu, pelbagai kaedah dan pendekatan dilaksanakan dalam usaha untuk membendung dan mencegah penyakit-penyakit ini menjadi semakin berleluasa.

Berdasarkan kepada dapatan kajian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), adalah terbukti bahawa diantara faktor-faktor risiko yang menjadi penyumbang utama kepada penyakit-penyakit kronik dan tidak berjangkit tersebut ialah tidak mengamalkan cara hidup sihat terutama sekali makan secara berlebihan dan

tidak seimbang termasuk pengambilan makanan yang mengandungi tahap gula, lemak dan garam yang tinggi; kurang pergerakan aktiviti-aktiviti fizikal; overweight (mempunyai berat badan berlebihan) dan obes (gemuk); mempunyai paras kolesterol yang berlebihan dan merokok. Jika kita berterusan mengamalkan cara hidup yang tidak sihat seperti ini, maka lambat-laun akan menyebabkan sesak pernafasan, tekanan darah tinggi, penyakit diabetis dan seterusnya boleh menimbulkan pelbagai penyakit yang lebih serius seperti penyakit jantung, strok dan buah pinggang.

Menyedari akan risiko dan bebanan penyakit-penyakit tidak berjangkit yang semakin meningkat ini, kementerian kesihtan telah dan akan sentiasa melipatgandakan usaha untuk memantapkan pelbagai langkah-langkah mempromosi serta strategi pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit tidak berjangkit telah dilaksanakan khususnya melalui Pelan Tindakan Multi-sektoral kebangsaan Mencegah dan Mengawal Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit 2013-2018 (Brunei Darussalam national multisectoral action Plan for the Prevention and Control of non-Communicable Diseases 2013-2018, BrumaP nCD 2013-2018). apa yang paling mustahak dan paling efektif adalah usaha kementerian kesihatan dalam menyarankan bagi mempromosi, menyedarkan dan menyerapkan setiap individu dan masyarakat di negara ini supaya kita bersama-sama mendisiplinkan diri masing-masing untuk mengamalkan dan membudayakan cara hidup sihat. Pendekatan seperti ini juga diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah

Yang BerhorMaT Pehin orang kaYa johan Pahlawan daTo seri seTia awang haji adanan Bin Begawan Pehin

siraja khaTiB daTo seri seTia haji Md. YUsoFMenTeri kesihaTan

negara BrUnei darUssalaM

Majlis Pelancaran BrUFiT eXPo

sabtu, 22 Zulkaedah 1436/ 5 september 2015

IntI SarI tekS Ucapan MenterI keSIhatan SepteMber 2015

Page 5: Majlis Pelancaran eksPo BrUFiT 2015 - moh.gov.bn Kesihatan/Fokus Kesihatan Sep2015.pdf · Aktiviti ‘Community Outreach ... hingga 14 September dan salah satu dari program yang ...

5FOKUSKesihatanSeptember 2015Bilangan 171

Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn

sebagai pendekatan yang kos-efektif dan lebih berkesan. ciri-ciri mengamalkan cara hidup sihat dikalangan semua lapisan masyarakat adalah asas yang paling penting bagi mempastikan kita sentiasa hidup dalam keadaan sihat, cergas dan produktif yang dapat menjamin kualiti dan kesejahteraan hidup kita sepanjang hayat, yang sekaligus dapat menyumbang kepada memantapkan lagi pembangunan sosio-ekonomi negara yang berdaya tahan dan dinamik.

Adalah tidak dapat dinafikan, dalam memperkesankan lagi usaha mengawal dan mencegah penyakit-penyuakit tidak berjangkit dan meningkatkan kualiti kesihatan di negara ini dengan lebih efektif dan mendatangkan impak yang sangat signifikan, peranan tersebut bukan sahaja dipertanggungjawabkan kepada kementerian kesihatan semata-mata, tetapi ianya memerlukan kerjasama, sokongan, komitmen dan penglibatan yang erat lagi padu dari semua stakeholders sama ada dari agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, institusi-institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan (ngos), Majlis Perunding Mukim dan kampung serta semua peringkat masyarakat di negara ini.

Inisiatif Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa khususnya yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi yang terdiri daripada golongan belia-belia yang merupakan asset negara dengan kerjasama Pusat Promosi Kesihatan mengungkayahkan BruFit Expo yang bertemakan ‘Be Fit, Stay Fit, Love It’ adalah sangat-sangat dihargai dan dialu-alukan. Ini adalah amat bertepatan dan selaras dengan strategi Brunei Darussalam national multisectoral action Plan for the Prevention and Control of non-Communicable Diseases 2013-2018 (BrumaP nCD 2013-2018) yang menjurus kepada penyerapan amalan cara hidup sihat dan pelan tindakan bagi pengawalan dan pencegahan penyakit-penyakit tidak berjangkit. Penglibatan institusi-institusi pendidikan seperti Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa ini adalah saya anggap sebagai role model kepada organisasi, institusi pendidikan, masyarakat di peringkat akar umbi serta NGOs yang lain supaya akan dapat tampil kehadapan bekerjasama secara partnership dengan kementerian kesihatan, bagi kita bersama-sama bertanggungjawab

dalam mempromosi dan menyerapkan kesedaran bukan sahaja kepada seluruh anggota organisasi berkenaan, malahan juga kepada semua lapisan masyarakat di negara Brunei darussalam yang dicintai betapa pentingnya membudayakan dan mengamalkan cara hidup sihat demi memelihara kualiti kehidupan dan kesejahteraan sepanjang hayat.

Apa yang difahamkan BruFit Expo ini dikendalikan sepenuhnya yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Program Ijazah Sarjana Muda Bisnes Perakaunan dan Pentadbiran Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa dimana ianya adalah projek yang berupa Pengurusan Majlis (Event management) yang termasuk dalam kurikulum program tersebut. saya percaya dan penuh berkeyakinan projek seperti ini akan dapat mengasuh dan memberi perangsang yang praktikal kepada mahasiswa dan mahasiswi di masa akan datang yang berpotensi menjadi pengusaha-pengusaha dan peniaga-peniaga yang terdiri daripada belia-belia yang lebih kreatif, innovative, berdaya maju dan dinamik yang sangat-sangat diperlukan oleh negara untuk kita bersama-sama mengembangmajukan sosio-ekonomi negara. Adalah diharapkan pengalaman seperti ini akan dapat menjadi aspirasi, idea dan suntikan semangat kepada belia-belia untuk menceburi peluang-peluang yang menjurus kepada bidang keusahawanan dan perniagaan dalam pelbagai sector yang viable termasuk untuk menerokai perniagaan dan penjualan makanan sihat dan kemudahan-kemudahan yang bersesuaian yang menjurus kepada bidang penjagaan kesihatan yang masih kekurangan di Negara Brunei Darussalam.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa kerana telah berjaya mengungkayahkan BruFit Expo secara partnership dengan Kementerian Kesihatan. Adalah diharapkan program partnership ini akan dapat dipertingkatkan lagi di masa akan datang, dimana Kementerian ini bersedia dan mengalu-alukannya. Semoga segala usaha dan khidmat bakti yang murni lagi ikhlas itu akan mendapatkan keberkatan dan ganjaran yang sebaik-baiknya dari Allah Subhanahu Wata’ala jua.

IntI SarI tekS Ucapan MenterI keSIhatan SepteMber 2015

Page 6: Majlis Pelancaran eksPo BrUFiT 2015 - moh.gov.bn Kesihatan/Fokus Kesihatan Sep2015.pdf · Aktiviti ‘Community Outreach ... hingga 14 September dan salah satu dari program yang ...

6 FOKUSKesihatan September 2015 Bilangan 171

AKTIVITI BULAN SEPTEMBER 2015kUnjUngan MUhiBBah

dr. noBUYUki nishikiori, Medical oFFicer, sToP TB and leProsY eliMinaTion wPro dan FUkUshi MorishiTa, PUBlic healTh

consUlTanT sPecialiZing in TB conTrol17 september 2015

Majlis saMBUTan korBan dan aQiQah keMenTerian kesihaTan dan jaBaTan-jaBaTan di BawahnYa

1436h/2015M17 september 2015

Page 7: Majlis Pelancaran eksPo BrUFiT 2015 - moh.gov.bn Kesihatan/Fokus Kesihatan Sep2015.pdf · Aktiviti ‘Community Outreach ... hingga 14 September dan salah satu dari program yang ...

7FOKUSKesihatanSeptember 2015Bilangan 171

BERITAAKTIVITI BULAN SEPTEMBER 2015akTiviTi coMMUniTY oUTreach

Bagi kUrsUs orienTasi dan indUksi Pegawai-Pegawai

TeMPaTan Yang BarU BerkhidMaT di keMenTerian

kesihaTan 20153 september 2015

Page 8: Majlis Pelancaran eksPo BrUFiT 2015 - moh.gov.bn Kesihatan/Fokus Kesihatan Sep2015.pdf · Aktiviti ‘Community Outreach ... hingga 14 September dan salah satu dari program yang ...

8 FOKUSKesihatan September 2015 Bilangan 171

BERITAsaMBUTan hari janTUng sedUnia 2015

Pusat Jantung, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha mengadakan Hari Terbuka Sempena Hari Jantung Sedunia 2015. Majlis sambutan tersebut diadakan pada 29 September 2015 bertempat di Pusat Jantung Bangunan Pakar 2, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis dan merasmikan majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Hari Terbuka Sempena Hari Jantung Sedunia 2015 yang dianjurkan oleh Jabatan Kardiologi, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ini merupakan acara tahunan yang disambut pada setiap 29 September, yang mana tahun ini bertemakan ‘Healthy Heart Choices For Everyone, Everywhere’. Ianya diadakan adalah bertujuan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penyakit kardiovaskular.

Pada majlis tersebut juga turut diselajurkan dengan penyampaian sumbangan barang-barang keperluan bagi kegunaan pesakit yang telah disampaikan oleh Pengarah Fiziq Enterprise Brunei, Pengiran Haji Talip bin Pengiran Haji Lampoh kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Bersempena Hari Jantung Sedunia 2015, Pusat Jantung Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha menganjurkan sebuah klinik terbuka di mana orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung dan menjalani pemeriksaan saringan kesihatan bagi melakukan pemeriksaan tekanan darah, gula dan kolesterol.

Sempena hari terbuka itu orang ramai juga dapat berinteraksi dengan para pakar, jururawat-jururawat, juruteknik-juruteknik jantung, pegawai pemakanan dan ahli-ahli Profesional Bersekutu Kesihatan (AHP) yang lain, di samping itu orang ramai juga berpeluang untuk menghadiri ceramah-ceramah kesihatan serta menyaksikan pameran poster dan peralatan-peralatan perubatan diagnosis jantung yang digunakan seperti ‘echocardiogram’, ‘stress-test’, ‘holter’, ‘pacemaker’ dan sebagainya.

Page 9: Majlis Pelancaran eksPo BrUFiT 2015 - moh.gov.bn Kesihatan/Fokus Kesihatan Sep2015.pdf · Aktiviti ‘Community Outreach ... hingga 14 September dan salah satu dari program yang ...

9FOKUSKesihatanSeptember 2015Bilangan 171

ProdUk-ProdUk kosMeTik didaPaTi diceMari dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu produk kosmetik yang mana hasil dari ujian makmal Bahagian Kawalan Mutu Ubat, Jabatan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk tersebut dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan.

Produk berkenaan telah didapati melalui aktiviti pemantauan semasa pasaran yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di kedai-kedai runcit.

Produk berkenaan adalah seperti berikut:

SIARAN AKHBAR

no. nama Produk Pengilang / Pengedar

dicemari dengan

1.

saloMa Zara-Ultimate skin Perfection-

Pearl daY creaM sPF 30

saloMa Zara spa &

BeautyMerkuri

2. swl-Toner lotion a

swl no. 10B, Putra court, jalan ipoh

kecil, 50350, kuala lumpur

hydroquinone dan Tretinoin

3. Treatment cream

Tidak dinyatakan

hydroquinone dan Tretinoin

Bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

Merkuri adalah bahan yang dilarang dalam produk kosmetik seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007.

Penggunaan merkuri di dalam produk kosmetik adalah dilarang kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Tahap merkuri yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh meyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan dari pengguna; yang boleh menggangu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.

hydroquinone adalah bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi bagi merawat penyakit kulit dan ianya dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik). Penggunaan Hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan perubahan warna kulit, hipersensitiviti, bahagian kulit yang disapu menjadi biru-hitam atau gelap serta boleh meningkatan risiko kanser kulit.

Tretinoin adalah bahan-bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi bagi merawat

penyakit kulit dan ianya dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik). Penggunaan tretinoin yang tidak betul boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, mengelupas dan parut pada kulit.

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi penjualan produk-produk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

Orang ramai yang telah membeli atau memakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas memakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ianya adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik dipasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di Kementerian Kesihatan, dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi $5000 penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.

Untuk maklumat lanjut dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi melalui talian telefon 2393298 sambungan 208, menghantar e-mel kepada [email protected] atau berjumpa terus Pegawai Penguatkuasaan Farmasi di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kg Madaras, Mukim Gadong A.

saloMa Zara-Ultimate skin Perfection-Pearl daY creaM sPF 30

swl-Toner lotion aTreatment cream

Page 10: Majlis Pelancaran eksPo BrUFiT 2015 - moh.gov.bn Kesihatan/Fokus Kesihatan Sep2015.pdf · Aktiviti ‘Community Outreach ... hingga 14 September dan salah satu dari program yang ...

10 FOKUSKesihatan September 2015 Bilangan 171

INFO KESIHATAN

Fakta garam

Sodium chloride (NaCl) atau Natrium Klorida adalah nama lain untuk garam. Badan memerlukan sedikit

garam sahaja (1 sudu teh sehari atau bersamaan dengan 5g) untuk berfungsi secara normal.

Mengambil banyak garam dikaitkan dengan penyakit tekanan darah tinggi yang boleh membawa kepada strok/lumpuh, masalah buah pinggang atau penyakit jantung.

Sodium atau Natrium dalam darah bertindak seperti span, menghisap air ke dalam badan dan menaikkan tekanan darah di seluruh badan.

Mengenal garam dalam Makanan

Kebanyakkan kita makan garam secara berlebihan. Kita tidak menyedari perkara ini kerana garam tersembunyi di sebalik makanan-makanan lain seperti:

• lkan masin, telur masin, sayur masin.

• Makanan-makanan berproses dan diawet seperti makanan dalam tin.

• Bahan perasa lain seperti serbuk perasa (MSG), kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram, kiub perasa dan bumbu dalam mi segera.

• Makanan segera seperti kentang goreng, keropok, keju, burger dan sosej.

• Lain-lain bentuk garam adalah seperti monosodium glutamate (MSG), sodium bicarbonate atau baking soda, sodium citrate dan lain-lain bahan berasaskan sodium atau nitrate.

Kurangkan Garam Lebih Lazat

TiPs:

Kurangkan sedikit demi sedikit garam dalam masakan awda.

• Kurangkan bahan yang banyak garam dalam masakan awda.

• Kurangkan tabiat suka menambah kicap, sos cili, sos tomato dalam hidangan awda.

kUrangkan PengaMBilan garaMaMalkan cara hidUP sihaT

• Hentikan pengunaan serbuk perasa sedikit demi sedikit.

• Bertukar kepada rempah, daun sup, bawang, ketumbar, daun parsli, bawang putih, halia, serai, lengkuas, dan perasa-perasa asli untuk menyedapkan masakan.

• Rendam makanan masin di dalam air selama 30 minit sebelum memasak.

garam mempunyai 40% sodium

contoh resipi kurang garam

k e r a b u M a n g g aBahan-bahannya: (4 hidangan)

1 biji Mangga muda dibuang kulit50 g Kacang tanah1 bantang Serai - dihiris bulat27 g Daun ketumbar - dicincang5 tangkai Cili Thailand - dihiris bulat5 tangkai Cili merah60 ml Jus limau kasturi2 sudu makan Sos ikanSedikit bawang goreng untuk hiasan

cara menyediakannya:

1. Mangga dibersihkan dan diparut2. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga

kekuningan dan tumbuk kasar.3. Masukkan serai, daun ketumbar, kacang dan cili

bersama mangga ke dalam mangkuk besar dan gaulkan dengan rata.

4. Tuangkan jus limau kasturi dan sos ikan dan gaul rata.5. Masukkan bahan yang digaul ke dalam piring dan hias

dengan bawang goreng.

nota:

- Resipi ini mengandungi rendah kalori dan lemak, tinggi dengan serat juga mengandungi vitamin C dari buah mangga.

- Mudah dan cepat disediakan.

Snek Lebih Lazat

Tukar tabiat suka makan keropok, kuaci, mi segera, kacang goreng, jeruk, samboi, coklat dan seumpamanya kepada buah-buahan segar, ubi rebus/panggang, jagung, roti, biskut kurang garam atau sandwic.

Page 11: Majlis Pelancaran eksPo BrUFiT 2015 - moh.gov.bn Kesihatan/Fokus Kesihatan Sep2015.pdf · Aktiviti ‘Community Outreach ... hingga 14 September dan salah satu dari program yang ...

11FOKUSKesihatanSeptember 2015Bilangan 171

DARI MEJA PENTADBIRANpegawaI-pegawaI yang MenghadIrI kUrSUS / perSIdangan / MeSyUarat / SeMInar

pegawaI dan kakItangan yang barU berkhIdMat

pegawaI dan kakItangan berSara

Nama & Jawatan Kursus / Mesyuarat / Bengkel / SeminarDr. Pengiran Haji Sofian bin Pengiran Haji MetassanZaki bin Amat DaudFelicia Chin Li Yun

Seminar ‘5th International Sysmex’, Philippines (2-3 September 2015)

Dr. Hjh Nooranun binti Haji Md YusofDr. Dk Hjh Roserahayu binti Pg Hj Idros

Program ‘National Haematology Updates’, Malaysia (5-6 September 2015)

Dr. Sylvester Andrew ShimDr. Aziman bin Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Ya’akub

17th Asia Pacific League of Association For Rheumatology Congress, India (6-9 September 2015)

Dr. Amy Thein Program ‘Liver Surgery : From Basics To Advanced Care’, Austria (7-9 September 2015)

Paul Liew Vun OnnHaji Faiz Dailami bin Haji Md Daud

Interpol Forensic Workshop for Southeast Asia and the Pacific, Singapore (8-10 September 2015)

Dr. Chong Chean Lin Mesyuarat ‘Lcz696 Heart Failure Advisory Board Meeting’, Malaysia (12 September 2015)

Dr. Jackson Tan Chee SengProgram ‘9th International Congress Of The International Society For Hemodialysis’, Malaysia (13-16 September 2015)

Asma A’tiyah binti Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Abd Hamid @ Haji DamitChua Lah Kheng

2015 Apec Harmonization Center Pharmacovigilance Workshop and Training Program, Republic of Korea (14-18 September 2015)

Nama & Jawatan Tarikh Melapor Bertugas

Nama & Jawatan Tarikh Melapor Bertugas

Dr Awang Aaron Lim Ya LoonDr Awang Lai Yuli Pegawai Perubatan Pelatih

5 September 2015

Ahmad Zahid bin Md Daud Psikologi

19 September 2015

Dr. Faten Jeehan binti Haji JamilPegawai Perubatan Gred 2

7 September 2015

Dr Awang Lim Tiong JengPegawai Perubatan Gred 2

22 September 2015

Dr Awang Mohammad Khairul Azmi bin Haji Moksin Pegwai Perubatan Pelatih

Dr Nor Islya Emma binti OthmanPegawai Perubatan Gred 2

29 September 2015

Nama & Jawatan Tarikh BersaraRoslan bin MorsilinTradesman Kumpulan 2 Tingkat Khas 1 September 2015

Pg Hamdani bin Pg Haji BakarPenyelenggara Stor Tingkat 2 4 September 2015

Hajah Mimah binti Haji Mat NoorPembantu Rekod Perubatan 22 September 2015

Hjh Umi Kalsum binti Haji Abdul Ghani Tukang Jahit 23 September 2015

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan.

Page 12: Majlis Pelancaran eksPo BrUFiT 2015 - moh.gov.bn Kesihatan/Fokus Kesihatan Sep2015.pdf · Aktiviti ‘Community Outreach ... hingga 14 September dan salah satu dari program yang ...

12 FOKUSKesihatan September 2015 Bilangan 171

AKTIVITI KESIHATANMajlis PenYaMPaian hadiah kePada PeMenang BUlan

kesedaran kesihaTan hUa ho Manggis anjUran gedUng Perniagaan hUa ho Manggis dengan kerjasaMa

PUsaT ProMosi kesihaTan

Gedung Perniagaan Hua Ho Manggis dengan kerjasama Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah mengadakan Porgram Bulan Kesedaran Kesihatan Hua Ho Manggis 2015. Pogram Bulan Kesedaran tersebut telah dilancarkan oleh Yang Mulia Dr. Hajah Rahmah binti Haji Md Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal), Kementerian Kesihatan pada 26 Ogos 2015 yang lalu.

Program yang berlangsung selama sebulan itu telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan sesi yang menarik dan interaktif kepada orang ramai dan berakhir pada 27 September 2015. Antara aktiviti semasa Bulan Kesedaran Kesihatan adalah Pertandingan Memasak Makanan Sihat Tefal. Awang Nasiruddin bin Awang Hamid muncul juara Pertandingan Memasak Makanan Sihat Tefal sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Hua Ho Manggis 2015. Naib juara dan tempat ketiga pertandingan tersebut masing-masing dimenangi oleh Raymond Yong Shuan Xian dan Chim Kim Kong. J u a r a m e m b a w a p u l a n g h a d i a h berupa baucar Tefal berjumlah BND500, sementara itu, naib juara dan tempat k e t i g a m a s i n g -masing menerima h a d i a h b a u c a r

Tefal berjumlah BND300 dan baucar Tefal berjumlah BND150.

Turut dimuatkan aktiviti kesihatan adalah kuiz mengenai membaca lebel makanan yang telah diadakan semasa Bulan Kesedaran Kesihatan Hua Ho. Kuiz telah dimenangi oleh Siti Rahaniwati binti Hj Hanipah memenangi mesin Air Fryer, Tempat Ke-Dua; Fauzimah binti Yatim memenangi mesin pengukus (steamer) dan Tempat Ke-Tiga Jenny CUbacub memenangi mesin pemerah (juicer).

Pegawai Penjaga Zat Makanan, Awang Haji Zakaria bin Haji Khamis dan Chef-chef Jemputan hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan di Ruang Legar Gedung Perniagaan Hua Ho Manggis.