Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan

3
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PUSAT SUMBER TAHUN 2015 Masa Ucapan Catatan 10.00 10.30 am Murid berkumpul di Dewan Terbuka Mengumumkan ketibaan Ketua Platun Rela Felda Mengkawang, Leftenan Wahid bin Rangning, diiringi oleh Tuan Guru Besar dan barisan pentadbir sekolah. Nyanyian Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan. Hadirin diminta berdiri tegak dan bersedia. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. 10.30 10.40 am Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Melati kuntum tumbuh melata Sayang merbah di pohon cemara Assalamualaikum mulanya kata Saya mohon membuka acara Yang Dihormati Ketua Platun Rela Felda Mengkawang Leftenan Wahid bin Rangning Yang Berusaha Encik Subiyamin bin Sulaiman Guru Besar Sek Keb Felda Mengkawang Yang Dihormati Encik Ahmad Yusri bin Mustafa Guru Penolong Kanan Pentadbiran Yang Dihormati Puan Maidatul Akmal binti Putek Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang Dihormati Encik Mohd Hisyam bin Alias Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Barisan pendidik yang dimuliakan dan murid-murid sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah kita berkumpul pada hari ini bagi menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan

description

PENGAWAS

Transcript of Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PUSAT SUMBER TAHUN 2015Masa UcapanCatatan

10.00 10.30 amMurid berkumpul di Dewan TerbukaMengumumkan ketibaan Ketua Platun Rela Felda Mengkawang, Leftenan Wahid bin Rangning, diiringi oleh Tuan Guru Besar dan barisan pentadbir sekolah.Nyanyian Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan. Hadirin diminta berdiri tegak dan bersedia.Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

10.30 10.40 amUcapan Aluan Pengerusi MajlisMelati kuntum tumbuh melataSayang merbah di pohon cemaraAssalamualaikum mulanya kataSaya mohon membuka acaraYang Dihormati Ketua Platun Rela Felda Mengkawang Leftenan Wahid bin RangningYang Berusaha Encik Subiyamin bin Sulaiman Guru Besar Sek Keb Felda MengkawangYang Dihormati Encik Ahmad Yusri bin Mustafa Guru Penolong Kanan PentadbiranYang Dihormati Puan Maidatul Akmal binti Putek Guru Penolong Kanan Hal Ehwal MuridYang Dihormati Encik Mohd Hisyam bin Alias Guru Penolong Kanan Ko-KurikulumBarisan pendidik yang dimuliakan dan murid-murid sekalian.Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah kita berkumpul pada hari ini bagi menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2015.Terlebih dahulu majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ketua Platun Rela Felda Mengkawang kerana sudi meluangkan masa dalam majlis yang penuh bermakna ini.

10.40 10.45 amBacaan DoaBagi memuliakan majlis, dijemput Al Fadhil Ustaz Bakhtiar Effendi bagi memimpin bacaan doa. Dengan hormatnya, dipersilakan.Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Bakhtiar Effendi atas pimpinan doa itu tadi.

10.45 11.30 amUcapan Guru BesarWarga dewan yang dimuliakan.Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar, Encik Subiyamin bin Sulaiman. Dengan sukacitanya, majlis mempersilakan.Ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

11.30 12.00 pmUcapan PerasmianDaun semulur di pekan sariBatang jerami rebah ke bumiMadah dihulur salam diberiKata perasmi hajatnya kamiKini, majlis diteruskan dengan mempersilakan Ketua Platun Rela Felda Mengkawang, Leftenan Wahid bin Rangning bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.

Gimik

12.00 12.30 pmPenyampaian WatikahWarga dewan sekalian,Majlis yang saban tahun diadakan ini merupakan salah satu usaha untuk memupuk nilai kepimpinan yang menjadi agenda penting bagi kemenjadian murid dan mengiktiraf tugas pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sebagai pembantu guru.Untuk maksud itu, majlis menjemput Tuan Guru Besar, Encik Subiyamin bin Sulaiman bagi mengiringi Ketua Platun Rela Felda Mengkawang, Leftenan Wahid bin Rangning untuk menyampaikan watikah pelantikan.Dipersilakan barisan pengawas sekolah yang terdiri daripada ( Rujuk Senarai Nama ).Seterusnya, dipersilakan barisan pengawas pusat sumber sekolah iaitu ( Rujuk Senarai Nama ).Terima kasih diucapkan kepada Leftenan Wahid bin Rangning kerana sudi menyampaikan watikah pelantikan sebentar tadi.

Cenderamata

12.30 12.40 pmIkrar Kini, majlis ingin menjemput Mohd Faizal bin Azmi bagi mengetuai lafaz ikrar. Dengan sukacitanya, dipersilakan.Tahniah diucapkan kepada barisan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber yang telah dilantik. Menjadi harapan kami agar semua amanah dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

12.40 12.45 pmPenutupBerakhir sudah majlis yang penuh bermakna ini. Majlis merakamkan terima kasih sekalung budi kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Saya juga menyusun sepuluh jari jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang mengendalikan majlis ini. Segala yang baik datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri. Assalamualaikum w.b.t