majlis perasmian Blueprint

21
E-BULETIN KKM KAMI SEDIA MEMBANTU EDISI MAC 2018 PENYAYANG PROFESIONALISME KERJA BERPASUKAN ms/1 Program Ziarah Kasih Sayang Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 Lawatan Kerja KPK ke Hospital Sultanah Nora Ismail ms/2 ms/11 ms/8 majlis perasmian Blueprint Perubatan Tradisional dan Komplementari (2018-2027)

Transcript of majlis perasmian Blueprint

Page 1: majlis perasmian Blueprint

E-BULETIN KKMKAMI SEDIA MEMBANTU

EDISI MAC 2018PENYAYANG PROFESIONALISME KERJA BERPASUKAN

ms/1

ProgramZiarah Kasih Sayang

Majlis AnugerahPerkhidmatan Cemerlang

(APC) 2017

Lawatan Kerja KPKke Hospital Sultanah Nora

Ismail ms/2 ms/11 ms/8

majlis perasmian BlueprintPerubatan Tradisional dan Komplementari (2018-2027)

Page 2: majlis perasmian Blueprint

YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan telah merasmikan Blueprint Perubatan Tradisional dan Komplementari (2018-2027). Turut hadir ialah YB Dato’ Seri

Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan dan YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK). Perasmian tersebut bertujuan menentukan hala tuju dan perkembangan sistem perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia. Selain itu, blueprint tersebut juga memberi peluang terhadap perkembangan industri perubatan ke arah yang lebih baik dan teratur demi manfaat kepada pesakit.

EDISi MAC 2018

E-BULETIN KKM 01

Tarikh: 13 Mac 2018Tempat: Institut Pengurusan Kesihatan, Kuala Lumpur

majlis perasmian Blueprint Perubatan Tradisionaldan Komplementari (2018-2027)

Page 3: majlis perasmian Blueprint

program ziarah kasih sayang

YB Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Hj. Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia telah menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sayang, iaitu Misi

Masuk Kampung di Kuala Nerang. Seramai 200 orang Jururawat Pelatih daripada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Alor Setar telah bersama mengikut Program Ziarah Kasih Sayang tersebut. Program tersebut bertujuan untuk memberikan rawatan perkhidmatan kesihatan ringkas dan saringan kepada penduduk di 23 buah kampung sekitar Kuala Nerang.

Tarikh: 11 Mac 2018Tempat: Kedah

EDISi MAC 2018

E-BULETIN KKM 02

Page 4: majlis perasmian Blueprint

EDISi mac 2018

YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) telah merasmikan Majlis Penyempurnaan Pelaksanaan Inisiatif NBOS, Pembaikan Bangunan Kelab

Warga Emas di Klinik Kesihatan Tanjung Malim, Perak. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

dengan kerjasama agensi luar sentiasa komited dan berusaha dalam memberikan sesuatu perkhidmatan kesihatan yang terbaik khususnya kepada komuniti setempat terutamanya kepada warga emas di sekitar kawasan Tanjung Malim.

Tarikh: 3 Mac 2018Tempat: Tanjung Malim, Perak

Majlis Penyempurnaan Pelaksanaan Inisiatif NBOS

E-BULETIN KKM 03

Page 5: majlis perasmian Blueprint

Simposium Hepatitis Kebangsaan 2018 ke-3

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KPK) telah merasmikan Simposium Hepatitis Kebangsaan 2018 ke-3 di Pusat

Persidangan dan Acara Connexion, Bangsar. Turut hadir bersama Puan Ying-Ru Lo, Ketua Misi dan Wakil Malaysia, Brunei dan Singapura di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tema simposium tersebut “Ke Arah Menghapuskan Virus Hepatitis” adalah bersesuaian dengan langkah baru untuk menangani virus hepatitis. Selaras dengan matlamat pembangunan mampan ke-17, Public & Private Partnership, KKM telah bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, Inisiatif Penyakit Dadah untuk Didakwa (DNDi), Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM), Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) untuk merealisasikan matlamat menghapuskan Hepatis C di negara ini. Di Malaysia, dianggarkan hampir 400,000 pesakit menghidap hepatitis C melalui usaha kerjasama tersebut kadar penurunan morbiditi dan kematian disebabkan hepatitis virus akan menjadi kenyataan.

Tarikh: 1 Mac 2018Tempat: Bangsar, Kuala Lumpur

EDISi mac 2018

E-BULETIN KKM 04

Page 6: majlis perasmian Blueprint

EDISi mac 2018

minggu kesedaran garam sedunia 2018Perasmian

YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan telah merasmikan Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2018. Turut hadir ialah YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji

Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) dan YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK). Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2018 bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia tentang kadar pengambilan garam yang sewajarnya dalam makanan dan masakan. Pengambilan garam yang berlebihan akan menyebabkan penyakit seperti darah tinggi, jantung dan angin ahmar. Oleh itu, YBMK menyeru

rakyat Malaysia pengambilan garam tidak melebihi lima gram atau kurang daripad satu sudu teh sehari. Terdapat lima langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan pengambilan garam kepada lima gram sehari iaitu pilih untuk makan secara sihat; menggantikan garam dengan rempah ratus dan perisa asli; lebihkan pengambilan sayur dan kerap makan di rumah. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang menjamin tubuh badan yang sihat dan kuat.

Tarikh: 14 Mac 2018Tempat: IPKKM, Putrajaya

E-BULETIN KKM 05

Page 7: majlis perasmian Blueprint

misi masuk kampung sungai burong

YB Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Hj. Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia telah merasmikan Misi Masuk Kampung Sungai Burong, Permatang Tengah, Taman

Sri Indah dan Flat Lily. Aktiviti tersebut melibatkan Jururawat Pelatih dari Institut Latihan KKM Georgetown (Kejururawatan) yang mengadakan pemeriksaan kesihatan asas untuk penduduk di kawasan tersebut secara percuma. Program Misi Masuk Kampung yang bermula sejak Tahun 2014 ini memberikan manfaat besar kepada warga Parlimen Balik Pulau dari aspek Kesihatan. YBTMK mengucapkan terima kasih kepada semua barisan JKKKP yang berjaya melaksanakan misi masuk kampung dengan jayanya.

EDISi mac 2018

Tarikh: 3 Mac 2018Tempat: Georgetown

E-BULETIN KKM 06

Page 8: majlis perasmian Blueprint

YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) telah menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) Pegawai Pergigian Bil1/2018 KKM. Turut hadir ialah YBhg. Datuk

Dr. Noor Aliyah bt Ismail, Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian dan Dr. Zainal Abidin bin Sait, Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan. KSU sempat berkongsi pengalaman dan amanat berhubung dasar semasa kerajaan serta tanggungjawab sebagai penjawat awam bersama pegawai-pegawai muda. KSU mengharapkan pegawai-pegawai muda tersebut dapat menimba ilmu dan pengalaman, setia dan kekal positif di dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan serta meneruskan kecemerlangan perkhidmatan berteraskan Budaya Korporat KKM iaitu Penyayang, Profesionalisme dan Kerja Berpasukan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kelas pertama kepada rakyat.

Program Transformasi Minda (PTM) Pegawai Pergigian Bil1/2018 KKMTarikh: 1 Mac 2018 Tempat: Kuala Lumpur

EDISi mac 2018

E-BULETIN KKM 07

Page 9: majlis perasmian Blueprint

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) telah turun padang melawat Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat. Turut hadir bersama Dr.

Selahuddeen bin Abdul Aziz, Pengarah Kesihatan Negeri Johor. Hospital Sultanah Nora Ismail yang merupakan hospital Pakar Major mempunyai 516 buah katil dan memberikan perkhidmatan kesihatan kepada lebih 480,000 penduduk Daerah Batu Pahat. Hospital Pakar Major ini menyediakan 13 bidang kepakaran dan mempunyai 7 bidang sub kepakaran secara lawatan daripada Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Selain daripada memberi perkhidmatan kepakaran kepada masyarakat sekitar Batu Pahat, Hospital ini turut terlibat secara aktif dalam penyelidikan dan juga latihan bagi housemanship, pelajar perubatan, pelajar sains bersekutu dan sebagainya.

hospital sultanah nora ismaillawatan kerja KPK KE

Tarikh: 4 Mac 2018Tempat: Johor

EDISi MAC 2018

E-BULETIN KKM 08

Page 10: majlis perasmian Blueprint

YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 Ibu Pejabat KKM. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) dan YBhg.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK). Majlis tersebut diadakan bertujuan meraikan warga kerja KKM yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dan menghargai jasa serta pengorbanan mereka dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. YBMK berharap penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang tersebut menjadi pembakar semangat kepada warga kerja KKM yang lain dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan ke arah yang lebih baik dan berkualiti.

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG(APC) 2017Tarikh: 26 Mac 2018Tempat: IPKKM, Putrajaya

E-BULETIN KKM 09

EDISi mac 2018

Page 11: majlis perasmian Blueprint

YB Dato’ Seri Dr. Hilmi telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Hospital Kuala Nerang. Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Dr. Norhizan bin Ismail, Pengarah Kesihatan

Negeri Kedah. Hospital Kuala Nerang beroperasi sejak tahun 1992 dan mempunyai 72 buah katil. YBTMK telah diberi taklimat oleh YBrs. Dr. Abdul Malek bin Osman, Pengarah Hospital Kuala Nerang. Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau keadaan fasiliti dan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk masyarakat di kawasan sekitar.

lawatan kerja ke hospital kuala nerangTarikh: 11 Mac 2018Tempat: Kedah

E-BULETIN KKM 10

EDISi mac 2018

Page 12: majlis perasmian Blueprint

E-BULETIN KKM 11

EDISi mac 2018

YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU) telah merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

2017 Pulau Pinang dan Melaka. Majlis tersebut diadakan bertujuan memberikan pengiktirafan kepada warga kerja KKM yang bertungkus-lumus, berdedikasi dan sentiasa komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat. Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti merupakan keutamaan KKM dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

majlis anugerah perkhidmatan cemerlang (APC)2017Tarikh: 15 & 27 Mac 2018Tempat: Pulau Pinang dan Melaka

APC JKN Pulau Pinang

APC JKN Melaka

Page 13: majlis perasmian Blueprint

E-BULETIN KKM 12

EDISi mac 2018

perbincangan Jawatan kuasa PemanduTelemedicine Development Group

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) telah menghadiri perbincangan Jawatankuasa Pemandu Telemedicine

Development Group (TDG) yang pertama di Cyberjaya. Turut hadir bersama YBhg. Tan Sri Dr Halim Shafie, Pengerusi SKMM. TDG merupakan platform kerjasama untuk memacu pembangunan eHealth dan untuk bekerjasama dalam menyokong pembangunan, penyelidikan

dan inovasi inisiatif kesihatan digital di Malaysia. Antara perkara yang dibincangkan ialah Dasar & Peraturan, Penyebaran Pengetahuan / Rangkaian, R & D, Ujian Klinikal dan Pensijilan, Go-to-Market & Manufacturing. KPK berharap Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu yang akan datang dapat mewujudkan matlamat dan strategi dalam bergerak kehadapan untuk membentuk penjagaan kesihatan masa depan bersama.

Tarikh: 15 Mac 2018Tempat: Cyberjaya, Selangor

Page 14: majlis perasmian Blueprint

E-BULETIN KKM 13

EDISi mac 2018

lawatan kerja ybmk ke

hospital selayang

YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Selayang. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah,

Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) dan Dr. Hajah Siti Zaleha bt Mohd Salleh, Pengarah Hospital Selayang.YB Datuk Dr. S. Subramaniam telah melawat ke bahagian rawatan hepatology Hospital Selayang yang merupakan rawatan berkaitan penyakit hati. Hepatitis C adalah satu penyakit disebabkan oleh kuman atau virus hepatitis C dan mengikut anggaran yang dibuat oleh KKM dan WHO, lebih daripada 400,000 rakyat Malaysia yang telah dijangkiti dengan virus ini. KKM juga sedang melihat langkah-langkah yang lebih berkesan dan lebih kos efektif untuk membuat pemeriksaan darah kepada rakyat Malaysia pada keseluruhannya supaya ia dapat mengenalpasti mereka yang dijangkiti dan mendapat rawatan sewajarnya. Kini, KKM sedang melihat kepada cara pemeriksaan yang bersesuaian yang kos efektif untuk membantu memberi saringan bagi rakyat Malaysia.

Tarikh: 19 Mac 2018Tempat: Selayang, Selangor

Page 15: majlis perasmian Blueprint

YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan dan YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Kesihatan telah menyaksikan majlis

menandatangani persefahaman (MoU) Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Integrasi Data Saringan Kesihatan Penyakit NCD (NCD-iS) bersama KKM, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). KKM telah diwakili oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha (KSU). Fokus utama bagi Projek NCD-iS adalah mewujudkan satu sistem data saringan kesihatan kebangsaan bagi Penyakit NCD yang merangkumi komuniti, penjawat awam dan swasta tanpa berlakunya duplikasi data.

E-BULETIN KKM 14

EDISi mac 2018

Majlis Pelancaran Dan Menandatangani Perjanjian Projek Integrasi Data Saringan Kesihatan Penyakit NCD (NCD-iS) bersama KKM, PERKESO DAN DOSH

Tarikh: 21 Mac 2018Tempat: IPKKM, Putrajaya

Page 16: majlis perasmian Blueprint

lawatan kerja ksuke tapak projek klinik kesihatan

Tarikh: 19 Mac 2018Tempat: Johor Baharu, Johor

Tarikh: 7 Mac 2018Tempat: Puchong, Selangor

E-BULETIN KKM 15

EDISi mac 2018

Tarikh: 7 Mac 2018Tempat: Nilai, Negeri Sembilan

Page 17: majlis perasmian Blueprint

E-BULETIN KKM 16

EDISi mac 2018

Tarikh: 10 Mac 2018Tempat: Shah Alam, Selangor

Majlis Sambutan Hari Pembantu PerubatanPeringkat Kebangsaan 2018

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) telah merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat

Kebangsaan Tahun 2018. Turut hadir bersama Professor Tan Sri Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, Presiden Management and Science University (MSU) Malaysia. Tema “Profesion Diperkasa, Masyarakat Sejahtera” merupakan tema Sambutan Hari Pembantu Perubatan Ke-7 Peringkat Kebangsaan 2018. Pemilihan tema ini mencerminkan kesungguhan Penolong Pegawai Perubatan untuk meningkatkan profesionalisma

dan berkhidmat dengan penuh dedikasi bagi memastikan kesejahteraan masyarakat. Sebagai salah satu profesion barisan hadapan dalam perkhidmatan kesihatan negara ini, peranan Penolong Pegawai Perubatan adalah sangat penting bagi memastikan kesihatan rakyat terjaga. Penolong Pegawai Perubatan adalah antara profesion terawal wujud di Malaysia dan ia kini menjangkau lebih daripada 230 tahun. Kini seramai 17,000 Penolong Pegawai Perubatan sedang menaburkan jasa dalam pelbagai bidang dan kepakaran kesihatan kepada rakyat di seluruh negara.

Page 18: majlis perasmian Blueprint

DR HAJI OMAR BIN MIHAT

JAWATAN / TEMPAT : PEGAWAI PERUBATAN GRED KHAS C BAHAGIAN KAWALAN PENYAKITTARIKH BERSARA : 12.03.2018 (BERSARA WAJIB)

PEGAWAI YANG BERSARA

NG SIEW KOON

JAWATAN / TEMPAT : JURURAWAT GRED U52 BAHAGIAN KEJURURAWATANTARIKH BERSARA : 18.03.2018 (BERSARA WAJIB)

MOHD AMIR BIN HAMZAH

JAWATAN / TEMPAT : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA32 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMATTARIKH BERSARA : 01.03.2018 (BERSARA PILIHAN)

CHUPIA @ JUPIAH BINTI GUTING

JAWATAN / TEMPAT : JURURAWAT GRED U44 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGATARIKH BERSARA : 12.03.2018 (BERSARA WAJIB)

Page 19: majlis perasmian Blueprint

SURINAH BINTI JEMAIN

JAWATAN / TEMPAT : PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19 BAHAGIAN KEWANGANTARIKH BERSARA : 04.03.2018 (BERSARA WAJIB)

NORLELAH BINTI ABD. AZIZ

JAWATAN / TEMPAT : PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMATTARIKH BERSARA : 14.03.2018 (BERSARA WAJIB)

KAMARIAH BINTI BABA

JAWATAN / TEMPAT : PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19 BAHAGIAN AMALAN PERUBATANTARIKH BERSARA : 09.03.2018 (BERSARA WAJIB)

NORMALA BINTI KADAJA

JAWATAN / TEMPAT : PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N26 BAHAGIAN AMALAN PERUBATANTARIKH BERSARA : 17.03.2018 (BERSARA WAJIB)

IBRAHIM BIN MANSOR

JAWATAN / TEMPAT : PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N26 BAHAGIAN PEMBANGUNANTARIKH BERSARA : 31.03.2018 (BERSARA WAJIB)

Page 20: majlis perasmian Blueprint

EDISi mac 2018

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/

https://twitter.com/KKMPutrajaya

https://www.instagram.com/kementeriankesihatanmalaysia/

Sidang redaksi e-Buletin KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pengurusan tertinggi KKM dan semua bahagian di KKM yang menjayakan penerbitan e-Buletin Edisi Mac 2018.

Sidang Redaksi e-Buletin KKMUnit Komunikasi KorporatAras 4, Blok E7Kementerian Kesihatan Malaysia, Kompleks EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62590 Putrajaya Malaysia.

Tel : 03-8883 3481 Faks : 03-8888 6187

YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw MinKetua SetiausahaKementerian Kesihatan Malaysia

Penasihat

Puan Yamuna PerimaluKetua Pengarang

Mona AngMohd Iswandy bin Wally

Pengarang

SIDANG

E-BULETIN KKMPENGARANG

Page 21: majlis perasmian Blueprint

UNIT KOMUNIKASI KORPORATAras 4, Blok E7, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62590 Putrajaya Malaysia.

2018

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA