Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul s

download Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul s

of 4

description

ucapan teks

Transcript of Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul s

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

(Pembuka Bicara) . .Assalamualaikum...WBT

Selamat datang ke majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah tahun 1436 H, 2015 masihi.

Pergi ke pasar membeli ikan,Ikan dimasak diatas bara,Selamat datang kami ucapkan,Ucapan bismillah pembuka acara.

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahidimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATIDiiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

(Protokol)

Yang berbahagia , bonda pengetua SMK Subang Bestari, Pn. Rusliyah Bt Samiun, Yang berusaha, Pen. Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Hajah Tun Tijah Bt Jajuli, Pen. Kanan Kurikulum, Pn. Aliah Bt Ngah Tasir, Pen. Kanan Kokurikulum, En. Bahari B Said, Pen. Kanan PPKI, En. Azhar B Ahmad, guru kanan matapelajaran, guru-guru cemerlang, guru-guru, dan rakan pelajar sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul bagi satu lagi majlis ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2015 bersamaan dengan 1436 hijrah.

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekalian, Sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kita kepada Junjungan Rasulullah SAW dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1436 Hijrah; PERPADUAN NADI TRANFORMASI NEGARA

(Bacaan doa)Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. JUsteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan __________ untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*****************Bacaan Doa********************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada _________ di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

(Kata alu-aluan)Hadirin warga dewan yang di rahmati Allah sekalian,

Sambutan maulidur rasul saban tahun diadakan bagi memperingati tarikh kelahiran junjungan kita ,junjungan besar Rasullullah SAW. Seperti yang kita sedia maklum bahawa Rasullullah SAW merupakan pemimpin yang agung yang menjadi contoh umat baginda sehingga akhir zaman. Di samping itu juga, majlis seumpama ini dapat menzahirkan rasa cinta dan kasih kita yang mendalam terhadap junjungan besar Rasulullah SAW.

Dari Anas RA katanya Nabi SAW pernah bersabda.. Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sebelum dia lebih mencintai aku daripada mencintai ibubapanya, anaknya dan manusia umumnya.

Ya Allah, restui dan berkatilah junjungan kami Nabi Muhammad SAW sebagai hamba, Nabi dan Rasul mu yang ummi. Berkatilah keluarga dan sahabat baginda. Sejahterakanlah baginda selama-lamanya. Kami pohonkan sebanyak bilangan apa sahaja yang diketahui oleh Mu atau sebanyak perkara yang ditulis oleh kalam mu dan sebanyak yang dirangkum oleh kitab suci mu..Amin Ya Rabbal alamin

(Ceramah maulidur rasul)

Warga dewan yang dirahmati sekalian,

Majlis maulidur rasul 1436 H di bawah tema perpaduan nadi transformasi Negara diteruskan lagi dengan persembahan pidato yang akan disampaikan oleh dua orang pelajar. Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan ...............untuk menyampaikan pidato yang bertajuk .... Dipersilakan.

NUN DI SANA INDAHNYA KOTAKOTA BERSIH DIJAGA SENTIASAINDAH SUNGGUH BICARA KATAJADI IKTIBAR PADA SEMUA

Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang telah di sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada .

(Nasyid)

Pergi menimba telaga di Hulu,Tidakkan ikan melarat ke muara;Kini tibalah masa ditunggu,Persembahan nasyid penyeri acara,

Dijemput kumpulan nasyid dari SK Subang Bestari untuk mempersembahkan nyanyian nasyid. Dipersilakan.

Seterusnya, dijemput kumpulan nasyid PPKI untuk mempersembahkan nyanyian. Dipersilakan.

Seterusnya, dijemput kumpulan Az-Zahran untuk mempersembahkan nyanyian.

Begitulah persembahkan yang begitu merdu yang telah diperdengarkan oleh ketiga-tiga kumpulan.

(Forum)

Awan bersua citra berkisah,Ukiran sukma kilauan kelisa,Bingkisan pidato selesai sudah,Slot forum menyusul pula.

Seterusnya, dipersilakan Ustaz Hazlan selaku moderator,saudara Kana Rizki dan M. Amir Haiqal selaku panel bagi slot forum yang bertunjangkan tajuk Rasullah Idolaku. Dipersilakan.

*******forum**********

Sekalung apresiasi buat moderator dan panel-panel atas hujah hujah yang begitu mendalam dan terkesan di hati para pelajar. Semoga mampu dijadikan iktibar dan tauladan dalam meniti kehidupan seharian.

PENUTUP

Limau purut berbuah saratDipetik datuk di simpan di paraMakanan terhidang tanda isyaratIsyarat untuk menjamu selera

Hadirin warga dewan yang dirahmati sekelian

Acara majlis sambutan maulidur rasul berhenti seketika. Majlis akan diteruskan lagi jam daripada sekarang. Untuk itu majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berbahagia pengetua cemerlang puan norasikin binti md shazilli dan seterusnya menjemput dan mengiringi Yang dimuliakan tuan penceramah kita dan semua para tetamu untuk meninggalkan majlis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.