MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan...
Transcript of MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF fileyang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan...
MANUAL MPK BIL : 46 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
PEMBAIKAN PARIT/LONGKANG
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 5
4.0 CARTA BAHAGIAN 6
5.0 SUMBER KUASA 7
6.0 SKOP KERJA 7
7.0 PROSES KERJA 8-9
8.0 CARTA ALIR 10
9.0 PENUTUP 11
10.0 LAMPIRAN 12-17
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya Terbilang
di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas kita
bersama sebagai wargakerja MPK untuk berusaha membuat
penambahbaikan agar penyampaian perkhidmatan kita
bermutu tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum
tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Sempena pengiktirafan Bandaraya ini, Bahagian Saliran dan Kawalan Banjir adalah bertanggungjawab mengendalikan dan menguruskan penyelenggaraan dan pembaikan parit/longkang dan kolam tadahan Majlis secara teratur dan diselia dengan baik dalam kawasan Majlis Perbandaran Klang [MPK].
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto yang telah
ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu untuk membuat
perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang dan tugas masing-masing
supaya bila tiba masanya status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita
sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang
berupaya memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”.
Sekian, Terima kasih.
Tuan Mohd Ikhsan bin Mukri
Setiausaha MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya Terbilang di
Malaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas kita bersama
sebagai wargakerja MPK untuk berusaha membuat
penambahbaikan agar penyampaian perkhidmatan kita
bermutu tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum
tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Manual Pembaikan Parit/Longkang, Jabatan Kejuruteraan ini adalah untuk
memastikan pihak awam maklum tentang dokumen rujukan yang mengandungi
prosedur-prosedur yang jelas, keterangan mengenai fungsi dan objektif jabatan
serta aktiviti pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab menguruskan
infrastruktur di Majlis Perbandaran Klang demi keselesaan warga Klang.
Dokumen ini adalah rujukan utama yang akan membantu Jabatan dan
kakitangan menjalankan tugas masing-masing dengan lebih cekap dan teratur.
Dengan adanya Manual Prosedur Kerja ini, diharap dapat memberi hasil kerja
dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”
Sekian. Terima kasih.
IR. HAJI MD. NOOR BIN MAHMUD
PENGARAH KEJURUTERAAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik Holistik
[PATH] MPK 2013.
1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.
1.3 Merupakan satu garis panduan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan parit monsun di kawasan Majlis.
1.4 Memberi maklumat dan fahaman berhubung dengan tatacara pelaksanaan penyelenggaraan parit monsun.
1.5 Mengenalpasti bentuk tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan permasalahan sengaraan parit monsun.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Pembaikan parit/longkang merupakan salah satu skop kerja di dalam Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir dalam carta organisasi Jabatan Kejuruteraan.
2.2 Pembaikan parit/longkang ini adalah untuk membaiki semua parit/longkang di kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
3.0 DEFINISI
3.1 Definisi adalah seperti berikut:-
PJ Pengarah Kejuruteraan
PPJP Penolong Pengarah Kejuruteraan
PJP Penolong Jurutera Parit
JT Juruteknik
PRA Pekerja Rendah Am
KONT Kontraktor yang dilantik
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 6
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
BAHAGIAN SALIRAN DAN KAWALAN BANJIR
PENGARAH ( J 52)
PENOLONG PENGARAH
( J 44)
JURUTEKNIK
(J 17)
PENOLONG JURUTERA (J 29)
UNIT KLANG UTARA
PRA
UNIT KLANG SELATAN
PENOLONG JURUTERA (J 29 )
JURUTEKNIK KANAN (J 22 )
JURUTEKNIK (J 17 )
PRA
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 7
5.0 SUMBER KUASA
5.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut:
5.1.1 Syarat-syarat kontrak 5.1.2 Arahan Teknik (JKR) 5.1.3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 133) 5.1.4 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 5.1.5 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan 1988 5.1.6 Akta Perancang Bandar dan Desa 1972
6.0 SKOP KERJA
6.1 Merancang, mengkaji, merekabentuk dan menyelia permasalahan
mengikut keperluan-keperluan semasa.
6.2 Membina / menaiktaraf sistem kawalan banjir dan perparitan (tanah /
konkrit) baru / sediada di kawasan Majlis.
6.3 Memastikan kerja-kerja mematuhi akta-akta dan undang-undang yang
telah ditetapkan.
6.4 Menyelidik, melapor dan mencadangkan bahan-bahan baru dan inovatif
yang dapat memberi pulangan kos dan mengadakan spesifikasi untuk
diimplmentasikan.
6.5 Membuat pemantauan berkala untuk memastikan sistem saliran dan kawalan banjir berada dalam keadaan yang baik.
6.6 Menyediakan perancangan kerja setiap tahun bagi setiap longkang/parit yang perlu dinaiktaraf yang juga merupakan sasaran kerja jabatan.
6.7 Merancang dan menyediakan anggaran kos peruntukan pembaikan bagi parit /longkang yang akan dilaksanakan pada setiap tahun dan mengemukakan permohonan kepada jabatan pelanggan.
6.8 Merancang dan menyediakan anggaran kos bagi kerja-kerja segera dan mengemukakan permohonan peruntukan khas kepada jabatan pelanggan sebelum pembaikan dilaksanakan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 8
7.0 PROSES KERJA
7.1 Pembaikan parit/longkang melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan
menaiktaraf parit/longkang di kawasan MPK. Proses kerja secara
ringkasnya adalah seperti berikut:-
a. Terdapat 3 kaedah bagi kerja-kerja penyelenggaran yang
dilaksanakan oleh bahagian ini iaitu:-
i. Aduan Pengguna melalui saluran aduan Iresponz
ii. Pemeriksaan Berjadual
iii. Permohonan surat rasmi
b. Selepas pemeriksaan di tapak dijalankan ke atas aduan, satu (1)
laporan akan dikeluarkan untuk menentukan kategori
penyelenggaraan yang boleh dilaksanakan. Kategori tersebut adalah:-
i. Pembaikan secara jabatan
- Diselenggara oleh pekerja Majlis (PRA).
ii. Penyelenggaraan secara kontrak
- Melibatkan pihak ketiga iaitu kontraktor di mana penyelenggaraan
tidak boleh dilaksanakan secara jabatan.
c. Penyeliaan kerja hendaklah dilaksanakan berdasarkan kepada
pematuhan kepada arahan, prosedur, peraturan dan piawaian yang
ditetapkan. MPK juga memberi penekanan dalam penyeliaan kerja
berkesan bagi memastikan kualiti kerja, bahan dan produk yang
dihasilkan memenuhi keperluan pelanggan. Bagi kerja-kerja secara
kontrak, prosedur pentadbiran kontrak dan pembayaran kepada
kontraktor yang ditetapkan oleh jabatan hendaklah dipatuhi
d. Penyeliaan kerja pembaikan secara kontrak hendaklah mematuhi
semua prosedur kerja MPK yang berkaitan seperti Prosedur
Perolehan, Pentadbiran Kontrak, Penyeliaan dan pemeriksaan ditapak,
pembayaran dan lain-lain. Kerja-kerja yang dilaksanakan samada
secara tenaga kerja, jabatan atau secara kontrak hendaklah diawasi
dan diselia dengan teliti dan bertanggungjawab.
e. Nilaian anggaran kos kerja-kerja pembaikan akan ditentukan selepas
pemeriksaan tapak dilaksanakan dan membuat kelulusan bagi
pemanggilan kerja mengikut Kaedah Kelulusan Majlis.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 9
f. Bagi permohonan bersurat dari mana-mana jabatan/ persatuan
penduduk, pegawai yang ditugaskan perlu merekod dan membuat
ulasan laporan tapak kepada pegawai atas untuk melaksanakan kerja
secara jabatan atau secara kontrak.
g. Pegawai penyelia MPK hendaklah memeriksa dan mengesahkan kerja
siap bagi setiap aktiviti senggara yang dilaksanakan oleh tenaga kerja
jabatan atau kontrak. Pengawai penyelia MPK hendaklah mengurus
lawatan bersama dengan pihak wakil jabatan/ persatuan penduduk
serta kontraktor untuk pentauliahan dan penyerahan. Pengesahan
kerja siap yang diterima oleh kedua-dua pihak MPK dan pelanggan
hendaklah direkod dalam format yang ditetapkan. Semua aktiviti
senggara, pindaan, tambahan atau pelupusan yang telah dilakukan
pada setiap pepasangan/ peralatan hendaklah dikemaskinikan dalam
DA atau DHM masing-masing di ruangan sejarah aktiviti senggara.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 10
Selenggara secara
jabatan
Selenggara dengan
melantik Kontraktor
8.0 CARTA ALIR
URUSAN PELAKSANAAN PEMBAIKAN
9.0 PENUTUP
Membuat kelulusan sebutharga kecil untuk
pembaikan secara kontrak < RM2000 &
RM2001-RM5000 & RM 5001-RM20000
Menyelia kerja-kerja pembaikan
Membuat laporan siap kerja dan
rekod dalam iventori
Menerima aduan/ memo/ surat Ahli
Majlis atau persatuan penduduk
Mula
Memeriksa aduan dan kategorikan
aduan
Penyelenggaraan parit
Merekod tindakan kerja
pembaikan dan rekod
dalam inventori
Mengesahkan kerja-kerja
pembaikan siap kerja
Memaklumkan kepada
pengadu yang buat aduan
Tamat
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 11
Secara umumnya, Jabatan Kejuruteraan menyediakan perkhidmatan
kejuruteraan meliputi penyelenggaraan dan pembaikan infrastruktur serta
pembinaan projek pembangunan kepada penduduk di dalam kawasan Majlis
kearah menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam yang lebih teratur dan
selesa.
10.0 LAMPIRAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 12
JABATAN KEJURUTERAAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG
LAPORAN LAWATAN TAPAK
LAPORAN PENOLONG JURUTERA/JURUTEKNIK :
……..……..………… (Tandatangan & Cop)
Tarikh : ULASAN JURUTERA/PENOLONG JURUTERA : ……...……..………… (Tandatangan & Cop)
Tarikh : * Potong yang mana tidak berkenaan
JABATAN KEJURUTERAAN
RINGKASAN LAPORAN PEMERIKSAAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 13
PERKARA :
NO. RUJUKAN / LAMPIRAN :
Laporan Penolong Jurutera / Juruteknik
Kepada : PPJP (Ir. Mohd Zaidi Bin Zainal)
……………………… Tandatangan
Juruteknik / Penolong Jurutera
Tarikh :
Ulasan Jurutera
Kepada : PJ
a. Tindakan Secara Jabatan
b. Tindakan Secara Kontrak
c. Lain-lain…………………………………………………………………..
………………………
Tandatangan Jurutera
Tarikh :
Ketua Jabatan
Kepada :
a. Setuju
b. Tangguh
c. Tolak
………………………..
Pengarah Kejuruteraan
Tarikh :
JABATAN KEJURUTERAAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
No. Fail : _________________________________________
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 14
No. Pesanan Tempatan : _________________________________________ Nama Kerja : _________________________________________ Laporan Oleh Juruteknik*:
……..……..………… (Tandatangan & Cop)
Tarikh : Laporan & Pengesahan Kerja Oleh Penolong Jurutera*:
……...……..………… (Tandatangan & Cop)
Tarikh : Ulasan Oleh Jurutera*:
……...……..………… (Tandatangan & Cop)
Tarikh : * Isi ruangan mana yang berkenaan sahaja
JABATAN KEJURUTERAAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG
POHON KELULUSAN PJ MENJALANKAN KERJA SEGERA
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 15
TARIKH : DARIPADA : PPJP KEPADA : PENGARAH KEJURUTERAAN TAJUK KERJA : LOKASI : ANGGARAN : SYARIKAT YANG DICADANGKAN : CATATAN : PERUNTUKAN : BAKI PERUNTUKAN : Disediakan Oleh : ……………………………. …………………………. ……………………………
Juruteknik Penolong Jurutera Pen. Peng. Kejuruteraan Majlis Perbandaran Klang Majlis Perbandaran Klang Majlis Perbandaran Klang DARIPADA : KEPADA : PJ KEPUTUSAN :
1. LULUS 2. TOLAK
3. TANGGUH
SYARIKAT YANG DILULUSKAN : .....................................................................................................
ULASAN ……………………………………………………………………………………………………
…………………………………. (Ir. Hj. Md. Noor Bin Mahmud) Pengarah Kejuruteran Majlis Perbandaran Klang
JABATAN KEJURUTERAAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG
KEGUNAAN BHG.
PENTADBIRAN TELAH DIREKOD
POHON KELULUSAN SU MENJALANKAN KERJA SEGERA
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 16
TARIKH : DARIPADA : PJ KEPADA : SU TAJUK KERJA : LOKASI : ANGGARAN : SYARIKAT YANG DICADANGKAN : CATATAN : PERUNTUKAN : BAKI PERUNTUKAN : Disediakan Oleh : ……………………………. ……………………………. ………………………………… Penolong Jurutera Pen. Peng. Kejuruteraan Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Klang Majlis Perbandaran Klang Majlis Perbandaran Klang DARIPADA : SU KEPADA : PJ KEPUTUSAN :
4. LULUS 5. TOLAK
6. TANGGUH
SYARIKAT YANG DILULUSKAN : .....................................................................................................
ULASAN ……………………………………………………………………………………………………
……………………………… (Mohd Ikhsan Bin Mukri) Setiausaha Majlis Perbandaran Klang
JABATAN KEJURUTERAAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG
KEGUNAAN BHG.
PENTADBIRAN TELAH DIREKOD
POHON KELULUSAN YDP MENJALANKAN KERJA SEGERA
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 46 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir 17
TARIKH : DARIPADA : PJ KEPADA : YDP TAJUK KERJA : LOKASI : ANGGARAN : SYARIKAT YANG DICADANGKAN : CATATAN : PERUNTUKAN : Disediakan Oleh : ……………………………. ……………………………. ………………………………… Penolong Jurutera Pen. Peng. Kejuruteraan Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Klang Majlis Perbandaran Klang Majlis Perbandaran Klang DARIPADA : YDP KEPADA : PJ KEPUTUSAN :
7. LULUS 8. TOLAK
9. TANGGUH
SYARIKAT YANG DILULUSKAN : .....................................................................................................
ULASAN ……………………………………………………………………………………………………
………………………
(Mohd Ikhsan Bin Mukri) Timbalan Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Klang
KEGUNAAN BHG.
PENTADBIRAN TELAH DIREKOD