MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA (MMC) IKLAN …mmc.gov.my/images/contents/Vacancy/PEGAWAI TADBIR GRED N41...

4
1 MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA (MMC) IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Kementerian Kesihatan Malaysia seperti berikut :- BIL JAWATAN GRED TARAF JAWATAN BIL. JAWATAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM 1. PEGAWAI TADBIR N41 TETAP 6 Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan N41 RM2,080.00 RM 9,546.00 RM 225.00 SYARAT SYARAT KELAYAKAN 1. (a) Jawatan : Pegawai Tadbir Gred N41 (b) Agensi : Majlis Perubatan Malaysia (c) Ketua Perkhidmatan : Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perubatan Malaysia (d) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional (e) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan (N) 2. (a) Jadual Gaji Gred N41 : Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM2,080.00 RM9,546.00 RM225.00 3. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti (a)

Transcript of MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA (MMC) IKLAN …mmc.gov.my/images/contents/Vacancy/PEGAWAI TADBIR GRED N41...

Page 1: MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA (MMC) IKLAN …mmc.gov.my/images/contents/Vacancy/PEGAWAI TADBIR GRED N41 … · 1 (MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA (MMC) IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN Permohonan adalah

1

MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA (MMC)

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Kementerian Kesihatan Malaysia seperti berikut :-

BIL JAWATAN GRED TARAF

JAWATAN BIL.

JAWATAN JADUAL GAJI

MINIMUM - MAKSIMUM

1.

PEGAWAI TADBIR

N41

TETAP

6

Gred Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar Kenaikan

Gaji Tahunan

N41 RM2,080.00 RM 9,546.00

RM 225.00

SYARAT – SYARAT KELAYAKAN

1. (a) Jawatan : Pegawai Tadbir Gred N41

(b) Agensi : Majlis Perubatan Malaysia

(c) Ketua Perkhidmatan : Ketua Pegawai Eksekutif

Majlis Perubatan Malaysia

(d) Kumpulan Perkhidmatan

: Pengurusan Dan Profesional

(e) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan (N)

2. (a) Jadual Gaji Gred N41 :

Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

RM2,080.00

RM9,546.00

RM225.00

3. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti

(a)

Page 2: MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA (MMC) IKLAN …mmc.gov.my/images/contents/Vacancy/PEGAWAI TADBIR GRED N41 … · 1 (MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA (MMC) IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN Permohonan adalah

2

berikut:-

(i). Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau [ Gaji Permulaan : RM2,080.00 ] atau;

(ii). Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh

Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,283.43 ] dan;

(b) lulus dengan kepujian bagi Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Taraf Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat lantikan layak

memohon jawatan Pegawai Tadbir Gred N41.

5. Fungsi Bidang Tugas : (i) Menyelaras pengurusan personnel, gaji, elaun, perjawatan dan lain-lain yang berkenaan dengan sumber manusia.

(ii) Menyelaras pengurusan kewangan pejabat seperti kewangan am, belanjawan, akaun dan pembayarandan juga merancang dan menyediakan jadual audit. Memastikan urusan bank disemak agar mengikut standing instructions yang dipatuhi oleh pejabat.

(iii) Bertanggungjawab dan membantu di dalam proses pendaftaran sementara pengamal-pengamal perubatan yang berwarganegara Malaysia yang baru memperolehi ijazah.

(iv) Menjalankan tugas-tugas pengendalian pendaftaran sementara untuk pengamal-pengamal perubatan yang berwarganegara asing, berdaftar penuh untuk warganegara Malaysia dan bukan Malaysia.

(v) Bertanggungjawab dan membantu di dalam pengendalian kes-kes aduan/ perbicaraan terhadap pengamal-pengamal perubatan.

(vi) Bertanggungjawab di dalam proses pengendalian

pengakreditasian universiti-universiti bersama dengan pihak MQA.

(vii) Bertanggungjawab di dalam pemprosesan pengeluaran Sijil Amalan Tahunan untuk pengamal-pengamal perubatan.

(viii) Bertanggungjawab dan membantu di dalam perjalanan/ pengendalian jawatankuasa-jawatankuasa di MPM.

Page 3: MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA (MMC) IKLAN …mmc.gov.my/images/contents/Vacancy/PEGAWAI TADBIR GRED N41 … · 1 (MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA (MMC) IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN Permohonan adalah

3

CARA PERMOHONAN Permohonan jawatan adalah melalui Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati melalui laman web Majlis Perubatan Malaysia, http://mmc.gov.my/borang-permohonan atau dengan datang sendiri dan mengambil borang di pejabat MMC seperti alamat di bawah: Kaunter Khidmat Pelanggan MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA Blok B, Aras Bawah Jalan Cenderasari

50590 KUALA LUMPUR Sila kemukakan permohonan kepada : Ketua Pegawai Eksekutif MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA Blok B, Aras Bawah Jalan Cenderasari

50590 KUALA LUMPUR

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR. Setiap borang permohonan jawatan mestilah disertakan sekeping gambar berukuran pasport, salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut: a. Kad Pengenalan dan Surat Beranak; b. Diploma/ Ijazah berserta Transkrip; c. Sijil berhenti sekolah; d. Sijil-sijil seperti PMR, SPM dan STPM; dan e. Sijil – sijil lain yang berkaitan

f. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah disertakan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

g. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Page 4: MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA (MMC) IKLAN …mmc.gov.my/images/contents/Vacancy/PEGAWAI TADBIR GRED N41 … · 1 (MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA (MMC) IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN Permohonan adalah

4

Permohonan AKAN DITOLAK sekiranya:

a. Dokumen yang diperlukan tidak dilampirkan; b. Salinan sijil-sijil yang tidak disahkan oleh pegawai yang ditetapkan;

c. Pengisian borang tidak lengkap; d. Tidak menandatangani borang permohonan; dan e. Tidak melalui Ketua Jabatan bagi permohonan daripada pegawai-

pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 Oktober 2017 Hanya pemohon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah mengganggap permohonan mereka tidak berjaya. Unit Sumber Manusia Bahagian Khidmat Pengurusan Majlis Perubatan Malaysia